Saturday, February 27, 2010

Risalah Mursyid:Memperingati Syahidnya Hasan Al-Banna (2)


Imam Al-Banna dan Permasalahan Umat

11 Februari 2010



Risalah dari Dr. Muhammad Badee’ Mursyid Am Ikhwanul Muslimin

Segala puji bagi Allah, Selawat dan salam ke atas Rasulullah saw dan orang-orang yang mengikuti selepasnya.

Hari-hari berlalu dan tahun bertukar tahun pelbagai peristiwa, ujian dan cubaan yang disangka oleh musuh-musuh Allah seperti ‘alat pencukur` untuk melenyapkan dakwah IM telah berlaku. Namun ia sedikitpun tidak menggugat gerakerja IM melainkan semakin bertambah dan meningkat pegangan kepada prinsip-prinsip dakwah IM serta bertambah yakin dengan dakwah mereka dan berterusan dalam berkorban dan berjuang untuk agama, fikrah dan tanah air mereka. Bukan untuk mencari kepentingan peribadi atau keuntungan duniawi tetapi semata-mata mengikuti jejak langkah Rasulullah saw.

Bersama dengan perjalanan dakwah IM yang penuh berkah ini, bendera iman masih terpahat di dalam hati, mengalir di urat nadi sebagai amanah, terpaku dalam tingkahlaku sebagai komitmen dan terbukti dalam pekerjaan dan berbagai akitiviti sebagai ibadah dan jihad.

Perkara terbesar yang dapat memberikan kegembiraan bagi para pendukung yang beriltizam adalah meninggikan bendera yang dapat memberikan naungan kepada mereka, memberikan keselamatan perjalanan hidup mereka di hadapan orang-orang yang terus mengintip-intip Islam dan umat Islam dalam rangka mematahkan segala aktiviti dan agenda Islam yang sedang terbina. Hal ini mampu memberikan keamanan bagi semua khususnya orang-orang yang di dalam hati mereka memiliki keyakinan akan kebenaran dakwah IM, meresapi dalam diri mereka pemikiran Imam Al-Banna dan sikap-sikapnya terhadap berbagai masalah umat. Lantas mampu membuat para penulis, intelektual dan pendukung selama lapan dekad terakhir sibuk dengan hal tersebut.

Terbukti Imam Al-Banna telah sibuk dengan isu-isu dunia Islam dan permasalahan umat Islam di dalam mahupun di luar negeri khususnya masalah Palestin yang menjadi perhatian sepenuhnya. Malah Al-Banna selalu menyebut isu Palestin dalam setiap perhimpunan anggota IM.

Imam Al-Banna telah menganggap permasalahan Palestin seperti dalam ungkapannya:

“Kecintaan kepada Palestin telah menempati di dalam jiwa kita secara ruhi dan kudus mengatasi kecintaan tanahair sendiri. Allah telah menganugerahkan kita kemuliaan Baitul Maqdis yang penuh berkah kerana keberkatan para nabi dan siddiqin dan tempat kelahiran Nabi Isa AS. Semua itu mampu menghidupkan jiwa dan membangkitkan ruh.

Menurut Imam As-Syahid isu Palestin adalah isu yang berada pada kedudukan pertama yang merupakan isu dan permasalahan terbesar bagi Islam dan para penganutnya, sebagaimana As-Syahid berkata:

“Palestin adalah jantung tanah air kita, denyut nadi negeri kita, dan pati dari modal kita, pangkal perpaduan dan kesatuan kita, dan atasnya pula tergantung kemuliaan Islam atau kehinaannya”.

Imam Syahid Al-Banna menjadikan isu Palestin sebagai isu bagi bangsa Arab dan umat Islam di abad kedua puluh ini sehingga IM telah banyak memberikan dukungan dalam misi jihad di Palestin sejak tahun tiga puluhan. Pada pada tahun 1935 Imam Al-Banna berhubung dengan mujahid Izzudin Al-Qassam. Pada tahun 1936 pula As-Syahid memberikan ucapan yang berkobar-kobar dan bersemangat serta menyeluruh kepada anggota IM untuk menyertai jihad Palestin dan mengumpulkan harta mereka untuk mendukung para mujahidin semasa terjadi intifadhah besar-besaran di Palestin.

Justeru telah berlangsung muktamar Arab terbesar untuk memberikan sokongan kepada Palestin yang diadakan di ibupejabat IM di Mesir pada tahun 1938 yang turut dihadiri para pemimpin dunia Arab. Pada tahun 1947 sebagai respons terhadap seruan IM terbentuk sebuah yayasan yang terdiri dari berbagai pertubuhan politik di Mesir iaitu “Yayasan Lembah Nil untuk menyelamatkan Al-Quds” .

IM bukan sekadar menyertai jihad di Palestin dan menghantar para sukarelawan ke sana setelah diputuskan pembagian tanah Palestin kepada Negara haram Isreal pada tahun 1947 yang diiktiraf oleh PBB bahkan terbukti mereka memiliki track record yang baik yang disaksikan oleh dunia dan melakarkan sejarah dengan darah para syuhada tentang kepahlawanan IM bersama saudara mereka di Palestin. Kemudian dituruti dengan syahidnya oleh Imam Al-Banna pada tahun 1949.

Al-Banna dan Patriotisme

Imam Al-Banna berpendapat bahawa patriotisme dengan arti cinta kepada negara dan berhajat kepadanya, bekerja keras untuk memerdekakannya dan membina keutuhannya, mempertaut ikatan yang erat di antara rakyatnya supaya kebajikannya kembali kepada mereka merupakan pandangan yang tepat seperti yang ditetapkan oleh Islam. Justeru kerana kefahaman itulah kami yakini dan bekerja keras untuknya sebagaimana yang diingatkan oleh Imam As-Syahid bahawa IM merupakan manusia yang paling ikhlas terhadap tanahair mereka dan tidak berkira dalam memberikan khidmat kepadanya. Bahkan asas patriotisme menurut IM adalah aqidah yang berada di puncak tertinggi.

Dalam Risalah “Ila syabab” (Buat para pemuda) As-Syahid Al-Banna mengingatkan bahawa IM terus bekerja untuk tanahair mereka iaitu Mesir, berjuang di jalannya serta menyerahkan diri dalam berjihad di jalannya. Justeru Mesir adalah salah satu Negara Islam dan pemimpin negara Islam dan umat Islam. Ini merupakan bahagian pertama dari siri menuju kebangkitan yang diidamkan. Bahkan Mesir merupakan sebahagian dari negeri Arab secara umum. Kami ketika sedang bekerja untuk Mesir berarti juga bekerja untuk Arab, Timur dan Islam.

Karena itu, sikap patriotisme yang dibangun oleh Imam Al-Banna mampu membina pada setiap individu perasaan penggabungan yang tinggi dan perasaan memiliki negeri Mesir serta rasa tanggung jawab terhadapnya, mampu membangkitkan jiwa untuk bekerja menuju kemerdekaan dan kegemilangannya. Pada saat yang sama mampu memperluas bayangan terhadap negeri lain dengan anggapan bahawa Mesir merupakan bahagian pertama dari kebangkitan yang diimpikan.

Al-Banna dan persatuan Arab

Imam Al-Banna menjelaskan bahawa Arab dalam dakwah IM memiliki posisi yang sangat penting dan strategik kerana Arab merupakan umat Islam yang pertama. Islam muncul dan berkembang dari negeri Arab dan berbahasa Arab. Islam tersebar ke serata pelusuk negeri melalui orang-orang Arab. Kitab sucinya juga berbahasa Arab. Bersatunya bangsa-bangsa dengan nama Islam atas bahasa Arab. Justeru Arab adalah inti Islam. Al-Banna memperingatkan akan bahaya terlepasnya Mesir dari persatuan Arab dengan menjelaskan bahawa betapa pentingnya Mesir berpegang teguh pada bahasa Arab dan semangat Arab kerana Arab sebagai sebuah bangsa yang berakar umbi dari Teluk Parsi hingga ke Lautan Atlantik.

Imam Al-Banna juga menjelaskan bahawa persatuan Arab merupakan perkara yang sangat penting untuk mengembalikan daulah Islam dan kemuliaannya. Wajib ke atas setiap muslim untuk bekerja bagi menghidupkan kembali persatuan Arab dan kesatuannya, mendukung dan membelanya, kerana tanpa adanya seiring sekata pada bangsa Arab dan kebangkitannya maka tidak akan terjadi kebangkitan Islam. As-Syahid berkata:

Pada hakikatnya persatuan Arab yang berada pada posisi yang tepat mampu menyatukan dan menghimpun semua komponen Arab di muka bumi ini baik di timur maupun di barat, bahkan Arab akan mampu mengungkapkan ucapannya sehingga dihormati oleh Arab dan bukan Arab. Persatuan Arab ini sebagai sebahagian dari kewajiban kita untuk bekerja memperkuat dan menyokong serta mendukungnya. Menjadi sebahagian hak kita agar setiap manusia mengakui, menghargai dan menghormatinya, menyakini bahawa ketika bangsa Arab kuat dan kokoh maka ia merupakan sebahagian dari kekokohan dan kekuatan binaan Islam di seluruh dunia.

IM telah menempatkan isu dunia Arab seluruhnya terutama isu kemerdekaan negara-negara Arab dari penjajahan Barat dan isu persatuan Arab serta mengisi semua suratkhabar dan risalah mereka dengan berita-berita tentang dunia Arab dan membela permasalahannya, memberikan kesedaran akan situasi politik dan angkatan tenteranya. Tidak diragui bahawa penglibatan IM dalam Perang Palestin pada tahun 1948 adalah merupakan bukti terbesar dan konkrit tentang perasaan yang mendalam terhadap bangsa Arab yang tertanam dalam diri dan jiwa IM yang secara sukarela berjuang di Palestin.

Al-Banna dan isu wanita

Imam Al-Banna juga sangat prhatin terhadap isu dan permasalahan wanita. Sejak dari mula As-Syahid telah menyedari akan kepentingan peranan wanita serta potensi sosial yang sangat besar yang terdapat dalam diri wanita. Sikap As-Syahid jelas dengan keprihatinannya mendirikan sekolah khusus untuk “golongan wanita Islam” yang tidak hanya memberikan pengajaran dan pendidikan umum kepada wanita malah memberi fokus kepada aspek tarbiyah, nilai-nilai mulia dan akhlak Islam. As-Syahid menganggap bahawa pengalaman itu merupakan usaha pertama yang serius di dunia Arab – di zaman moden – untuk kemajuan golongan wanita, membangkitkan mereka secara intelektual, sosial dan politik supaya dapat menyertai dan menyumbangkan sesuatu dalam kehidupan sosial dan politik di tengah bangsa Arab.

Dalam risalah Wanita Islam (al-Mar’ah Muslimah) Imam Al-Banna berkata:

Islam telah menjadikan wanita berkongsi hak dan kewajipan dengan lelaki. Hal ini kerana dalam Islam wanita dan lelaki sama dari segi nilai kemanusiaan dan sama dalam nilai kehidupan. Islam juga mengakui hak-hak peribadi, hak-hak peradaban dan hak-hak politik. Islam memperlakukannya sebagai manusia dengan kesempurnaan kemanusiaannya yang memiliki hak dan kewajipan. “

Al-Banna dan orang-orang Kristian Koptik

Imam Al-Banna dalam berbagai ceramah dan risalahnya banyak menyentuh sikap terhadap golongan minoriti terutama Kristian Koptik. Dalam risalah Dakwah Kita (Dakwatuna) beliau berkata:

Islam adalah agama persatuan dan persamaan. Islam menjamin hubungan dan ikatan ini selama mereka mahu bekerjasama: “Allah tidak melarang kamu untuk berbuat baik dan berlaku adil terhadap orang-orang yang tiada memerangimu kerana agama dan tidak (pula) mengusir kamu dari negerimu. Sesungguhnya Allah menyukai orang-orang yang berlaku adil”. (Mumtahanah:8),Jadi di manakah letak perbedaan dan perpecahan itu?"

Dan dalam risalah Menuju Cahaya (Nahwan-Nur) beliau menyampaikan:

Islam melindungi kaum minoriti dengan cara: iaitu Islam sangat mensucikan kesatuan kemanusiaan secara umum dan kesatuan keagamaan secara khusus dengan mewajibkan kepada orang-orang yang beriman untuk meyakini dengan seluruh risalah sebelumnya, dan kemudian mensucikan kesatuan agama secara khusus tanpa berlebihan dan besar diri”.

Al-Banna juga mengatakan:

Bahawa hal ini merupakan (model kesaksamaan Islam) yang tidak lagi menjadi alasan sehingga boleh memecah belahkan kesatuan yang sedia terjalin. Bahkan diharap dari kesatuan ini mampu mencapai ciri kesucian agama Islam setelah selama ini hanya meletakkan sumber kekuatannya pada teks sivil sahaja. “


Begitu juga As-Syahid berpesan dalam risalah Ila syabab untuk bersikap adil kepada suku Koptik dan berbuat baik dalam berurusan dengan mereka. Hal ini kerana kita dan mereka seperti pepatah ‘cubit peha kanan peha kiri akan terasa sakit’. Jangan sekali-kali kita menyeru kepada perkauman atau semangat kesukuan.


Al-Banna dan sistem ekonomi

Imam Al-Banna juga mengajak kepada kemerdekaan ekonomi dari penguasaan asing dan peningkatan ekonomi negara. Justeru dalam berbagai ucapannya As-Syahid menuntut untuk mencapai hal tersebut seperti menggalakkan industry kraftangan, memajukan bidang industry perkilangan selain bidang pertanian dan membimbing umat Islam agar mengamalkan cara hidup berjimat cermat dan memberi perhatian kepada program pembangunan nasional.

IM juga telah berusaha melampaui seruan teori kepada kebangkitan dan kemajuan ekonomi. Justeru mereka menyeru agar memboikot berbagai barangan, pasaraya dan perusahaan asing. IM juga menubuhkan pelbagai syarikat dan mendirikan perusahaan yang memberikan saham kepada kemajuan ekonomi Negara. Bahkan IM mengajak para pekerja untuk menuntut hak-hak mereka dalam suratkhabar dan buku-buku mereka.

Al-Banna dan sistem perundangan

Imam Al-Banna dalam Risalah Muktamar al-Khamis berkata:

Bahwa tabiat Islam yang selalu selaras dengan perkembangan zaman dan bangsa, dan menerima berbagai tujuan dan tuntutannya, selamanya tidak menolak untuk tidak mengambil manfaat dari semua sistem yang berlaku selama tidak bertentangan dengan aturan-aturan umum dan konsep-konsep dasarnya

Imam al-Banna telah menyesuaikan manhaj Islam dalam menentukan pendirian tentang sistem parlimen dan perundangan yang lahir dari demokrasi Barat. Di dalam risalah Nahwan Nur As-Syahid berkata:

Penerapan sistem berparlimen yang kita contohi dari Eropah tidaklah bertentangan dengan Islam dalam sistem pemerintahan. Justeru berdasarkan perkiraan tersebut jelaslah bahawa sistem berparlimen tidak jauh dan tidak asing dari Islam.

Oleh kerana itu prinsip dan tujuan yang dibawa oleh Islam dalam menerapkan keadilan bagi umat dan negara akan dapat dicapai dengan “sistem sivil” dan “pengalaman manusia” yang merupakan kreativiti manusia. Norma dalam penerimaan dan penolakan adalah sejauh mana umat mampu mewujudkan sistem ini sesuai dengan tujuan (maqasid) Islam terhadap penglibatan bangsa dan umat dalam menetapkan keputusan dan mewujudkan keadilan di tengah umat manusia.

Demikianlah pendirian Imam Syahid Hasan al-Banna yang mampu merasa berbagai permasalahan umatnya dengan ruh, indera, akal dan pemikirannya. IM hingga saat ini masih berjalan di atas manhajnya, berpegang teguh dengan prinsip-prinsip dan ruang lingkup yang sesuai dengan Al-Quran dan Sunnah. Begitu juga dengan pendiriannya yang jelas dan tegas terhadap berbagai masalah bangsa di mana ia hidup di dalamnya dan rela mati syahid kerananya.

Inilah yang pernah disampaikan oleh Imam Banna dalam ungkapannya yang universal pada saat beliau ditanya: “Siapakah Anda” lalu beliau menjawab:

Saya adalah seorang pelancong yang mencari kebenaran, seorang manusia yang mencari makna kemanusiaan di tengah umat manusia, seorang warga negara yang mengidamkan sebuah negara yang memiliki martabat, kebebasan dan keutuhan serta kehidupan yang baik dibawah naungan Islam yang suci. Seorang yangsemata-mata berharap menemukan rahsia kewujudannya di dunia. Lantas As-Syahid membacakan ayat: “Katakanlah: Sesungguhnya sembahyangku, ibadatku, hidupku dan matiku hanyalah untuk Allah, Tuhan semesta alam. Tiada sekutu bagiNya; dan demikian Itulah yang diperintahkan kepadaku dan aku adalah orang yang pertama-tama menyerahkan diri (kepada Allah)”. (Al-An’am:162-163)

Artikel asal: http://www.ikhwanonline.com/Article.asp?ArtID=60291&SecID=213

Friday, February 26, 2010

Penglibatan Besar IM dalam Pilihanraya Sudan




Rabu, 17 Februari 2010

Tanpa dijangka, Ikhwan Muslimun Sudan telah menamakan seramai 140 orang calon untuk bertanding dalam kerusi pilihanraya legislatif, presiden dan kawasan menerusi pencalonan rasmi yang telah bermula pada hari Sabtu, 13 Februari. Ia akan berterusan selama 56 hari sebelum tarikh pengundian yang dijadualkan pada 11 April hingga 13 April.

Pilihanraya Presiden Sudan ini merupakan suatu pilihanraya yang bersejarah dan unik. Ia merupakan pilihanraya pertama yang melibatkan pelbagai parti politik sejak 1986 dengan 66 parti yang akan bertanding selaras dengan Perjanjian Damai Komprehensif (CPA) yang ditandatangani pada 31 Disember 2004.

Kepentingan pilihanraya Sudan ini dapat dilihat dari saingan yang sengit untuk kerusi presiden dengan 12 calon bertanding untuk jawatan tersebut, termasuk bekas Perdana Menteri Sudan Sadiq al-Mahd dan bekas pemberontak Pergerakan Pembebasan Rakyat Sudan (SPLM) dari selatan, Yasir Arman di samping sembilan calon lain. Calon yang disokong oleh Ikhwan Muslimun, Presiden Omar al-Bashir, iaitu calon dari parti pemerintah Parti Kongres Kebangsaan, merupakan calon utama untuk memenangi kerusi presiden. Kalangan pembuat keputusan dari Ikhwan Muslimun melihat beliau sebagai calon yang paling berkemampuan dan berkelayakan dalam arena politik yang genting pada masa sekarang. Sumber-sumber yang boleh dipercayai dari pergerakan itu melaporkan bahawa Ikhwan Muslimun berpandangan, “penyatuan Sudan memerlukan individu yang mempunyai personaliti yang kuat seperti Presiden Omar al-Bashir.”

Pilihanraya Sudan di peringkat nasional akan menyaksikan kehadiran yang kukuh dan penglibatan yang luas daripada Ikhwan Muslimun. Barisan calon mereka termasuk Professor Yusuf Hibir Nur Al-Da’im, ketua umum Ikhwan Muslimun Sudan, iaitu calon yang paling dikenali dalam pilihanraya Sudan ini di samping Dr. Sami Abd El Dayem Yassin yang merupakan ketua Bahagian Politik Ikhwan Muslimun dan timbalannya, Dr. Essam Youssef, dan Sheikh Ali Gawish. Sekumpulan ahli wanita IM, serta Nafisa Abdul Rahman iaitu isteri kepada bekas ketua umum Ikhwan Muslimun, Sheikh Sadiq Abd Allah Abd Al Majid adalah sebahagian daripada calon-calon dalam pilihanraya Sudan ini.

Sistem pilihanraya semasa dan bilangan calon yang ramai adalah alasan kepada penglibatan, menurut sumber pergerakan itu, terutama sekali sistem perwakilan berkadar yang dilihat sebagai cara dan saluran terbaik bagi calon berbanding sistem konstituensi berasaskan geografi.

Seorang pemimpin penting Ikhwan Muslimun, Mohamed Hibr, menjangkakan Ikhwan Muslimun akan menang di beberapa kawasan dalam pilihanraya akan datang terutamanya kawasan ketua umum Ikhwan Muslimun. Dalam kenyataan eksklusif di Islamyoon.net, Hibr menyebut bahawa wakil-wakil yang berkelayakan dari Ikhwan Muslimun di banyak konstituensi seperti di negeri Kordofan memungkinkan mereka mencapai kemenangan bagi 50 % calon yang bertanding.

Hibr menegaskan bahawa IM tidak berhajat untuk bertanding menentang wakil-wakil dari parti pembangkang yang lain di mana-mana kerusi, sebaliknya mereka lebih berminat untuk mengadakan perundingan awal dengan mereka. Kebanyakan calon Ikhwan Muslimun yang akan bertanding adalah di daerah-daerah utara Sudan. Ikhwan Muslimun akan melaungkan slogan yang menyeru kepada “pelaksanaan undang-undang syariah, kesatuan dan perubahan dengan hati.” Beliau menekankan bahawa matlamat utama bukan untuk memenangi undi tetapi untuk memenangi hati yang didorong dan diilhamkan oleh nilai-nilai agung Islam supaya Sudan boleh menjadi tempat untuk semua orang.

Pemerhati politik melihat penyertaan Ikhwan Muslimun sebagai satu tindakan yang berani. Walaubagaimanapun mereka tidak menjangka Ikhwan Muslimun akan mendapat keputusan yang baik di konstituensi kerusi parlimen yang ditandingi secara kerjasama Parti Kongres Kebangsaan. Hal ini berpunca daripada pengaruh yang terhad Parti berkenaan dalam pandangan umum rakyat Sudan di bawah program Islamisasi parti pemerintah.

Menurut wartawan Sudan, Walid al-Tayeb, usaha Ikhwan Muslimun untuk mendapatkan kemenangan dalam pilihanraya akan datang adalah bergantung kepada kerja amal, kerja dakwah dan sejarah kepimpinan yang cemerlang di mata rakyat Sudan terutamanya kerana Ikhwan Muslimun terkenal dengan pemimpin-pemimpin yang dihormati dan dikenali berbanding kesan kerja sosial yang dilaksanakannya.

Dalam perkembangan yang berkaitan, Ikhwan Muslimun Mesir berpandangan bahawa penyertaan Ikhwan Muslimun dalam pilihanraya Sudan merupakan urusan dalaman mereka dan bukan urusan Ikhwan Muslimun Mesir. Dalam sebuah kenyataan ekslusif kepada Islamyoon.net, Dr. Saad Al Katatni mengutarakan bahawa kedudukan rasmi Maktab Irsyad Ikhwan Muslimun dalam isu-isu rumit seperti ini adalah diguna pakai dan mereka tidak mahu masuk campur dalam urusan dalaman di negara-negara lain.

Pilihanraya Sudan yang akan datang merupakan pilihanraya demokrasi yang pertama setelah 24 tahun. Pengundi-pengundi yang kurang berpengalaman di Sudan akan berhadapan dengan salah satu pilihanraya paling kompleks yang pernah dicatatkan dengan sekurang-sekurangnya 6 undi yang berbeza untuk pencalonan presiden, gabenor, dan ahli-ahli Majlis Perundangan Kebangsaan Sudan di samping ahli-ahli Majlis Negeri seluruh Sudan dan gabenor bahagian selatan serta ahli-ahli Majlis Perundangan Selatan Sudan. Calon Presiden yang mewakili selatan buat pertama kali dan seorang calon wanita, Fatma Abdel-Mahmoud adalah sebahagian daripada calonnya. Beliau juga wanita Sudan pertama yang dicalonkan sebagai menteri dalam era pemerintahan bekas Presiden Numeiri.

Ulamak terkemuka Sudan, Sheikh Abdullah Yusuf telah menggesa para ulamak dan pemikir Sudan untuk menyeru rakyat agar mengundi calon-calon yang paling hampir dengan Allah. Hal ini ialah untuk menjamin penerusan undang-undang syariah memandangkan kebanyakan calon yang bakal bertanding dalam pilihanraya presiden pada bulan April dilihat sebagai cenderung untuk menjalankan undang-undang syariah Islam.

Permintaan daripada Timbalan Ketua Ulamak Sudan itu dibuat dua hari selepas kenyataan yang dikeluarkan oleh sekumpulan ulamak Sudan, Arab Saudi dan negara-negara lain yang menuntut kerajaan Sudan yang diwakili oleh Parti Kongres Kebangsaan untuk mengekalkan hegemoni identiti Arab-Islam di Sudan dan menyeru rakyat supaya tidak mengundi mereka yang menolak untuk melaksanakan undang-undang Allah di atas muka bumi ini serta menolak apa yang dinamai Referendum Hak Penentuan Sendiri 2011, yang boleh mengakibatkan pemisahan antara selatan dan utara.

Artikel asal: http://www.ikhwanweb.com/article.php?id=23226

Saturday, February 20, 2010

Memperingati hari syahid Hassan Al-Banna .. Pejuang dan Manhaj

Risalah dari Dr. Muhammad Badee, Mursyid Am Ikhwanul Muslimin, 04-02-2010

Segala puji bagi Allah, Selawat dan salam ke atas junjungan benar Rasulullah saw, dan orang-orang yang mendukungnya

Allah SWT berfirman:

مِنَ الْمُؤْمِنِينَ رِجَالٌ صَدَقُوا مَا عَاهَدُوا اللَّهَ عَلَيْهِ فَمِنْهُمْ مَنْ قَضَى نَحْبَهُ وَمِنْهُمْ مَنْ يَنْتَظِرُ وَمَا بَدَّلُوا تَبْدِيلاً

“Di antara orang-orang mukmin itu ada orang-orang yang menepati apa yang telah mereka janjikan kepada Allah; Maka di antara mereka ada yang gugur. dan di antara mereka ada (pula) yang menunggu- nunggu dan mereka tidak merubah (janjinya)”. (Al-Ahzab:23)

وَلا تَحْسَبَنَّ الَّذِينَ قُتِلُوا فِي سَبِيلِ اللَّهِ أَمْوَاتًا بَلْ أَحْيَاءٌ عِنْدَ رَبِّهِمْ يُرْزَقُونَ

“Janganlah kamu mengira bahawa orang-orang yang gugur di jalan Allah itu mati; bahkan mereka itu hidup disisi Tuhannya dengan mendapat rezeki”. (Al Imran: 169).

Kami ingin menghadirkan peringatan hari syahidnya Hasan Al-Banna, 12 Februari tahun 1949, yang kita menyedari bahawa Hasan Al-Banna telah pergi untuk menghadap Tuhannya dengan penuh keredaan dan diredai, banyak peluru telah menembus tubuhnya yang selalu menghabiskan waktu malamnya dengan bersujud di hadapan Allah, dan pada siang harinya berjuang di jalan Allah menyusuri pelosok desa dan kota di Mesir, dari penjuru hingga penjuru lainnya, namun semangat, manhaj dan pembinaa yang beliau tegakkan tetap membara, dan terus kukuh dan meningkat dari masa ke semasa, Imam Syahid Hasan Al-Banna telah memberikan darahnya yang suci dan bersih sebagai bekalan dan bahan bakar yang tidak akan pernah putus, namun terus melahirkan para syuhada dan air mata orang yang sujud di hadapan Allah SWT, ketahanan diri orang-orang yang disiksa di penjara, dan doa jutaan tahanan dan keluarga mereka kepada Allah, Tuhan semesta alam, dan keteguhan orang-orang yang mengorbankan hartanya yang berharga dan jiwanya yang mahal di jalan Allah dalam mempertahankan aqidah, fikrah dan manhaj mereka untuk menggapai reda Allah, Tuhan semesta alam. Bagi mereka Allah adalah matlamat mereka, Rasul adalah teladan mereka, jihad adalah jalan mereka, syariat adalah manhaj mereka, dan kematian di jalan Allah adalah cita-cita tertinggi mereka, mereka jujur kepada Allah dan Allah menerima kejujuran mereka.

Beliau memiliki nama yang bernasib baik; beliau telah meletakkan bangunan besar dan menjulang tinggi, menghirup kebaikan dari sirah Nabi saw sebagai manhaj yang jelas dan terang untuk melakukan reformasi dan perubahan bagi mencapai tujuan dan misi yang mulia dan suci iaitu membangkitkan umat Islam, mengembalikan kemuliaannya, memulihkan martabat dan kepemimpinannya di seluruh dunia, setelah membebaskan tanah air dan mengembalikan kedaulatan ke atas dunia untuk umat ini.

Manhaj ini telah digariskan langkah-langkahnya dan telah ditentukan jalan-jalannya

Bersumber dari firman Allah SWT:

إِنَّ اللَّهَ لا يُغَيِّرُ مَا بِقَوْمٍ حَتَّى يُغَيِّرُوا مَا بِأَنْفُسِهِمْ

“Sesungguhnya Allah tidak mengubah keadaan sesuatu kaum sehingga mereka mengubah keadaan yang ada pada diri mereka sendiri”. (Ar-Ra’ad:11)

Dan firman Allah:

ذَلِكَ بِأَنَّ اللَّهَ لَمْ يَكُ مُغَيِّرًا نِعْمَةً أَنْعَمَهَا عَلَى قَوْمٍ حَتَّى يُغَيِّرُوا مَا بِأَنْفُسِهِمْ

“(siksaan) yang demikian itu adalah keranas sesungguhnya Allah sekali-kali tidak akan mengubah sesuatu nikmat yang telah dianugerahkan-Nya kepada suatu kaum, hingga kaum itu mengubah apa-apa yang ada pada diri mereka sendiri”. (Al-Anfal:53)

Dan firman Allah:

قُلْ هُوَ مِنْ عِنْدِ أَنْفُسِكُمْ

“Katakanlah, hal itu datang dari sisi kalian sendiri” (Ali Imran:165)

Dan firman Allah:

وَضَرَبَ اللَّهُ مَثَلاً قَرْيَةً كَانَتْ آمِنَةً مُطْمَئِنَّةً يَأْتِيهَا رِزْقُهَا رَغَدًا مِنْ كُلِّ مَكَانٍ فَكَفَرَتْ بِأَنْعُمِ اللَّهِ فَأَذَاقَهَا اللَّهُ لِبَاسَ الْجُوعِ وَالْخَوْفِ بِمَا كَانُوا يَصْنَعُونَ

“Dan Allah telah membuat suatu perumpamaan (dengan) sebuah negeri yang dahulunya aman lagi tenteram, rezekinya datang kepadanya melimpah ruah dari segenap tempat, tetapi (penduduk)nya mengingkari nikmat-nikmat Allah kerana itu Allah merasakan kepada mereka pakaian kelaparan dan ketakutan, disebabkan apa yang selalu mereka perbuat”. (An-Nahl:112)

Beliau menggariskan gerak-kerja yang konkrit dan yang ada objektif, yang membuktikan pada hari-hari ini akan kelayakan dan kualitinya, berbeza dengan kegagalan yang dilakukan oleh pihak lain yang membuat gerak-kerja secara gopoh dan tanpa berencana. Beliau memperkenalkan konsep yang bermula dengan melakukan perbaikan pada individu, pembentukan rumahtangga Islam, mengarahkan masyarakat kepada yang lebih baik, memerangi kejahatan dan kemungkaran, lalu berlanjutan pada kemerdekaan tanah air dari segala penguasaan dan penjajahan asing, mereformasi dan memperbaiki pemerintah sehingga mereka mahu berjalan sesuai dengan manhaj Islam, dan berakhir setelah kembalinya kedaulatan untuk umat Islam dan ustaziatul alam (guru bagi dunia), tanpa melakukan pengawasan antara satu dengan yang lainnya bahkan menuju kemanusiaan alami seperti yang dibawa oleh Islam.

Imam syahid pada awal dakwah yang memiliki asas dan sebagai rukun padanya “Dari mana kami memulai”?

إِنَّ تَكْوِيْنَ الأُمَمِ، وَتَرْبِيَةَ الشُّعُوْبِ، وَتَحْقِيْقَ الآمَالَ، وَمُنَاصَرَةَ الْمَبَادِئِ؛ تَحْتَاجُ مِنَ الأُمَّةِ الَّتِي تُحَاوِلُ هَذَا أَوْ مِنَ الْفِئَةِ الَّتِي تَدْعُوْ إِلَيْهِ عَلَى الأَقَلِّ إِلَى قُوَّةٍ نَفْسِيَّةٍ عَظِيْمَةٍ، تَتَمَثَّلُ فِي عِدَّةِ أُمُوْرٍ: إِرَادَةٌ قَوِيَّةٌ لاَ يَتَطَرَّقُ إِلَيْهَا ضَعْفٌ، وَوَفَاءٌ ثَابِتٌ لاَ يَعْدُو عَلَيْهِ تُلَوُّنٌ وَلاَ غَدَرٌ، وَتَضْحِيَةٌ عَزِيْزَةٌ لاَ يَحُوْلُ دُوْنَهَا طَمَعٌ وَلاَ بَخْلٌ، وَمَعْرِفَةٌ بِالْمَبْدَأِ وَإِيْمَانٌ بِهِ وَتَقْدِيْرٌ لَهُ، يَعْصِِمُ مِنَ الْخَطَأَ فِيْهِ وَالانْحِرَافِ عَنْهُ وَالمُسَاوَمَةِ عَلَيْهِ وَالْخَدِيْعَةِ بِغَيْرِهِ.. عَلَى هَذِهِ الأَرْكَانِ الأَوَّلِيَّةِ الَّتِي هِيَ مِنْ خُصُوْصِ النُّفُوْسِ وَحْدِهَا، وَعَلىَ هَذِهِ الْقُوَّةِ الرُّوْحِيَّةِ الْهَائِلَةِ تُبْنَى المَبَادِئُ، وَتَتَرَبَّى الأُمَمَ النَّاهِضَةَ، وَتَتَكَوَّنَ الشُّعُوْبَ الَفَتِيَّةَ، وَتَتَجَدَّدَ الْحَيَاةَ فِيْمَنْ حُرِمُوا الْحَيَاةُ زَمَنًا طَوِيْلاً

“Bahwa pembentukan suatu bangsa, pembinaan suatu umat, untuk mewujudkan harapan, menyokong prinsip-prinsipnya; memerlukan umat yang berusaha melakukan hal ini atau suatu kelompok yang menyeru kepadanya, sekurang-kurangnya mempunyai kekuatan psikologi yang besar, yang terdiri pada beberapa hal: kemahuan yang kuat yang tidak ada kelemahan di dalamnya, kesetiaan yang tidak tergugat atau ada pengkhianatan di dalamnya, pengorbanan yang murni yang tidak dihalangi oleh adanya tamak dan bakhil, mengenal tentang prinsip, meyakininya dan menghargainya, terlindung dari kesalahan di dalamnya, tidak ada penyimpangan dan tawar-menawar serta penipuan padanya…. Berbagai rukun yang utama ini merupakan bahagian dari ciri-ciri jiwa itu sendiri, merupakan kekuatan kekuatan spiritual yang luar biasa ini yang mampu membangun dan memperkokoh prinsip-prinsip, dan membina umat untuk bangkit, yang terdiri dari umat dari kalangan pemuda dan bertenaga, dan memperbaharui kehidupan ke atas mereka yang telah lama kehilangan semangatnya. “

Setiap bangsa yang kehilangan empat ciri di atas atau setidaknya kehilangan pemimpinnya dan pendokong perubahan di dalamnya, akan menjadi bangsa yang miskin dan kacau, tidak akan dapat meraih kebaikan, tidak akan mampu mewujudkan harapan, dan akan hidup dalam suasana mimpi, berfantasi dan prasangka.

إِنَّ الظَّنَّ لا يُغْنِي مِنَ الْحَقِّ شَيْئًا

“Padahal sesungguhnya prasangka itu tidak memberikan kebaikan sedikitpun” (Yunus:36).

Ini adalah hukum Allah dan sunnatullah dalam ciptaan-Nya, dan kita tidak akan menemukan perubahan sedikitpun dari sunnatullah ini

إِنَّ اللَّهَ لا يُغَيِّرُ مَا بِقَوْمٍ حَتَّى يُغَيِّرُوا مَا بِأَنْفُسِهِمْ

“Sesungguhnya Allah tidak mengubah keadaan sesuatu kaum sehingga mereka mengubah keadaan yang ada pada diri mereka sendiri”. (Ar-Ra’ad:11)

Justeru beliau menjelaskan bahawa kebangkitan suatu bangsa tidak akan tercapai selama-lamya melainkan di atas dasar-dasar Islam dan ajaran-ajarannya. Inilah yang ditetapkan setelah syahidnya Al-Banna bagi menyakinkan umat dan diungkapkan oleh umat Islam pada setiap pilihanraya yang bebas dan adil dengan mendukung cita-cita Islam.

Imam Al-Banna berkata:

إِذَا كَانَ الإِخْوَانُ الْمُسْلِمُوْنَ يَعْتَقِدُوْنَ أَنَّ اللهَ تَبَارَكَ وَتَعَالَى وَضَعَ فِي هَذَا الدِّيْنِ الْقَوِيْمِ كُلَّ الأُصُوْلِ اللاَّزِمَةِ لِحَيَاةِ الأُمَمِ وَنَهْضَتِهَا وَإِسْعَادِهَا؛ فَهُمْ يُطَالِبُوْنَ النّاسَ بِأَنْ يَعْمَلُوْا عَلَى أَنْ تَكُوْنَ قَوَاعِدَ الإِسْلاَمَ الأُصُوْلَ الَّتِي تُبْنَى عَلَيْهَا نَهْضَةَ الشَّرِقْ الْحَدِيْثِ فِي كُلِّ شَأْنٍ مِنْ شُئُوْنِ الْحَيَاةِ، وَيَعْتَقِدُوْنَ أَنَّ كُلَّ مَظْهَرٍ مِنْ مَظَاهِرِ النَّهْضَةِ يَتَنَافَى مَعَ قَوَاعَدِ الإِسْلاَمِ وَيَصْطَدِمُ بِأَحْكَامِ الْقُرْآنِ؛ فَهُوَ تَجْرِبَةٌ فَاسِدَةٌ فَاشِلَةٌ، سَتَخْرُجُ مِنْهَا الأُمَّةُ بِتَضْحِيَاتٍ كَبِيْرَةٍ فِي غَيْرِ فَائِدَةٍ

“Jika Ikhwanul Muslimin percaya bahawa Allah yang Maha Kuasa menempatkan agama yang lurus ini semua dasar-dasarnya yang diperlukan untuk kehidupan bangsa, kebangkitan dan kebahagiannya; Maka mereka juga mengajak umat yang lainnya untuk bekerja dengan mengikuti segala dasar Islam yang dapat membangun kebangkitan timur dalam segala urusan kehidupan, dan mereka percaya bahawa dari setiap aspek kebangkitan yang tidak sesuai dengan ajaran Islam dan bertentangan dengan Al-Quran; maka akan menjadi pengalaman kegagalan dan kehinaan yang akan mengeluarkan umat dengan berbagai pengorbanan yang besar bangsa tanpa ada manfaat sama sekali “.

Sungguh telah terbukti pada hari-hari dan peristiwa masa lalu selama lebih dari satu abad, bahawa setiap percubaan suatu kebangkitan yang dilakukan suatu bangsa selalu menemui jalan buntu malahan kita masih mencari jalan menuju kemerdekaan yang hakiki, untuk memiliki kehendak yang merdeka, keadilan yang sejati, keadilan sosial dan penegakan hukum, kebebasan secara meneyeluruh, dan pertukaran kekuasaan, yang berasal dari pemimpin umat yang dihasilkan oleh pilihanraya yang bebas sekalipun berlalunya zaman di mana umat melewati kekuasaan liberal, sosialisme atau komunisme, rampasan kuasa tentera sehingga kita selalu menghadapi berbagai duri dan halangan, lalu kita kembali dari mana kita mula...

Demikianlah yang dilakukan oleh penjajahan imperialis ke atas lebih 40 negara, yang dipimpin oleh AS yang berhasil menduduki Palestina, Iraq, Afghanistan dan Somalia ..

Demikianlah yang terjadi; adanya pangkalan tentera AS yang terdapat di negara-negara Arab dan Islam dari benua ke benua lainnya melewati Teluk ..

Demikianlah perjanjian damai yang dilakukan pemimpin Islam, dan menempatkan pasukan tentara dan polis dalam menghadapi rakyatnya sendiri atau terhadap negara jirannya yang muslim ..

Semua ini, sekalipun tujuan asalnya adalah inginkan kemerdekaan tetapi baik media, perlembagaan, parlimen atau kementerian telah tunduk kepada AS. Begitu juga sekalipun wujud kesepakatan para pemimpin Arab tetapi AS telah merampas kekayaan bangsa Arab dan muslim, baik individu, pemerintah, lembaga atau perusahaan, semua terpedaya dengan pengambilan kekayaan Arab malah terjerumus pada bank-bank konvensional yang mengamalkan riba dua kali ganda, merugikan kekayaan Negara Arab hingga mencapai trilion dollar bukan bilion dollar sahaja. Sedangkan dalam masa yang sama kelaparan telah membunuh jutaan warga muslim dan perkhemahan-perkhemahan pelarian yang diisi negara Islam berada dalam kelaparan dan kelelahan termasuk orang tua, wanita dan anak-anak.

Sekalipun demikian, persidangan dan konspirasi yang sering diadakan secara diam-diam pada abad yang lalu tetapi sekarang diadakan secara terang-terangan, di siang hari secara terang-terangan yang dihadiri oleh para pemimpin dari anak bangsa kita, para pembesar yang selalu menuruti kehendak kekuatan asing untuk bersekongkol melawan anak bangsa mereka, memberikan dokongan kepada asing untuk melawan orang-orang mereka sendiri. Sungguh menakjubkan sekali!! Dua pertemuan telah diadakan secara bersamaan di London, ibukota kerajaan British yang masih memainkan peranan sebagai penjajah yang kekuatannya telah hilang dalam memiliki hati jutaan umat. Namun itulah konspirasi – sekalipun semua lujnah penyelidikan formal yang tidak melakukan apa-apa – yang telah membuat Arab mematuhi perintah dari kuasa dunia iaitu dunia ketidakadilan, kezaliman dan kerosakan, untuk tujuan menghantar lebih banyak tentera dan menghabiskan lebih banyak wang bukan untuk tujuan apapun dan bukan untuk alasan apapun kecuali hanya untuk mematahkan kebangkitan di negara Islam, yang hanya dapat dicapai melalui kerja keras anak bangsanya, melalui langkah yang digariskan oleh nabinya dan berjalan sesuai dengan manhaj Islamnya.

Demikianlah dunia – dengan PBB dan masyarakat antarabangsa – menampilkan ciri perkauman yang menjijikkan, menodai tanah Palestine, menghancurkan pohon-pohon zaitun dan kebun-kebun anggur, dan menghalau jutaan pemilik rumah dan tanah yang terdiri warga tua, perempuan dan anak-anak. Sementara yang sudah menjadi warga tua tidak akan mendapat kunci rumah mereka sebagai hak warisan yang turun dari generasi ke generasi selama-lamanya.

Meskipun begitu semua perbuatan jenayah dan keji terus dilakukan oleh penjenayah. Terkini mereka lakukan dalam komplot pembunuhan ke atas as-syahid, “Mahmoud Abdul-Rauf Al-Mabhuh” di Negara Emiriat oleh agen Mossad, yang datang bersama dengan menteri Zionis yang telah menodai tanah Arab di bawah bendera persidangan antarabangsa dan menggunakan pasport Eropah. Meskipun puluhan resolusi PBB, pemimpin seluruh dunia – dan termasuk para pemimpin Arab dan Islam yang hina- tidak mampu bersikap tegas menghentikan pendudukan Israel dan tidak mampu menuntut balas atas kejahatan keji mereka. Malahan PBB dan dunia Arab tidak mampu menuntut bela terhadap penggunaan fosfor putih yang dilarang masyarakat antarabangsa baru-baru ini yang ditimpakan atas bangsa mereka sendiri dan yang telah diakui telah digunakan dalam perang di Gaza setahun yang lalu. Namun mereka tetap menyokongnya dengan wang dan senjata, peralatan dan pasukan, bahkan mereka tetap percaya dengan jalan damai dan keamanan melalui berbagai perjanjian dan pembinaan tembok dinding. Mereka terus menerus melakukan keganasan terhadap pejuang yang gagah berani yang ditegah dalam meraih hak mereka yang sah, sehingga mereka –para pemimpin Arab yang belot- terus melakukan berbagai tekanan dan menggunakan kertas tawar-menawar.

Justeru Hassan Al-Banna tidaklah mati, namun ia tetap hidup dan masih kekal di tangan para pendukung-pendukung yang telah dibina dan ditarbiyyah, meskipun tubuh beliau yang melakukan perjalanan dan rihlah di jalan Allah telah hancur namun ruhnya tetap ada di tengah para pemimpin dakwah yang berjuang di seluruh pelosok bumi di lima benua.

Peristiwa-peristiwa ini hanya membuktikan kebenaran manhaj dan bersihnya dakwah ini.

Wahai Ikhwanul Muslimin…

Berjalanlah di atas jalan yang penuh keberkatan Allah..

Jadilah kalian orang-orang menepati janji di hadapan Allah..

Pelajarilah dan dalamilah Al-Qur’an sehingga kalian dapat memahami jalan yang harus ditempuh dan manhaj yang telah digariskan, teruslah berada pada sirah Rasul kalian saw sehingga kalian memahami manhaj kalian sebagai aplikasi praktikal sirah Nabi saw…

Bekerjalah .. bekerjalah .. dan bekerjalah .. dan janganlah kalian berputus asa kerana masa depan adalah milik dakwah kalian, dan kemenangan untuk umat kalian ..

وَقُلِ اعْمَلُوا فَسَيَرَى اللَّهُ عَمَلَكُمْ وَرَسُولُهُ وَالْمُؤْمِنُونَ

”Dan Katakanlah: “Bekerjalah kamu, Maka Allah dan Rasul-Nya serta orang-orang mukmin akan melihat pekerjaanmu itu, dan kamu akan dikembalikan kepada (Allah) yang mengetahui akan yang ghaib dan yang nyata, lalu diberitakan-Nya kepada kamu apa yang telah kamu kerjakan”. (At-Taubah:105)

Maha benar Allah yang maha Kuasa atas segala firman-Nya.

Artikel Asal: http://www.ikhwanonline.com/Article.asp?ArtID=59977&SecID=213

Friday, February 19, 2010

Pandangan Ikhwanul Muslimin terhadap penangkapan anggota IM baru-baru ini.









Selasa, 16 Februari 2010

Pasukan Keselamatan Mesir menangkap 16 daripada para pemimpin Ikhwanul Muslimin pada hari Selasa 8 Januari 2010. Penangkapan tersebut termasuk Timbalan Mursyidul Am Dr Mahmoud Ezzat, dan tiga ahli Maktab Irsyad iaitu Dr Essam Elerian, Dr Mohy Hamed dan Dr Abdel Rahman El-Barr.

Dua belas pemimpin IM lain dan tokoh-tokoh dalam masyarakat Mesir juga ditangkap sekaligus membuktikan bahawa sistem pemerintah yang mahu mengecualikan dan menolak penyertaan kekuatan politik rakyat dan masyarakat dalam pilihan raya Parlimen dan Majlis Syura yang akan datang.

Penangkapan ini dibuat terus-menerus sebagai tanda kebobrokan dan penindasan oleh sistem pemerintah tanpa memperhatikan masalah-masalah yang dihadapi oleh negara secara dalaman dan luaran. Dari mengutamakan masalah untuk meredakan ketegangan sosial, mengatasi krisis ekonomi dan memulakan pendamaian antara rejim dengan semua lapisan masyarakat, rejim pemerintah lebih sibuk untuk menjadi diktator dan berbuat kezaliman. Penangkapan dibuat berikutan pemilihan Mursyidul Am Ikhwanul Muslimin yang telah dijalankan dengan gambaran kematangan sosial dan politik gerakan tersebut yang tidak menyenangkan pihak berkuasa yang mahukan ketegangan dan ketidakstabilan serta merobek prinsip kebebasan.

Hal ini juga berlaku ketika cabaran-cabaran berkenaan pembebasan Palestin yang merupakan perkara utama bagi dunia Arab dan dunia Islam, menunjukkan bahawa ada usaha mendasar untuk membatalkan dan menghancurkan semua kekuatan yang menyokong rakyat Palestin dan penentangan terhadap Israel untuk membebaskan Palestin dan Masjid Aqsa.

Kami ingin menekankan perkara berikut:

1. Ikhwanul Muslimin ditubuh berdasarkan reformasi dengan dasar Islam yang benar dan lengkap melalui semua usaha yang damai. Kami menyeru kepada orang-orang Islam di mana kerajaan merupakan sebahagian daripadanya dan kebebasan adalah salah satu prinsipnya. Rejim pemerintah perlu menghentikan sarana dan langkah untuk menghancurkan usaha yang merosakkan identiti, budaya dan tamadun Mesir.

2. Kempen yang zalim ini tidak akan sesekali berjaya menjejas atau mengalihkan perhatian dari seruan dan jalan kami. Kami tidak akan berundur dari pendekatan dan kaedah pembaharuan kami serta perubahan berperingkat secara damai. Strategi utama kami dalam fasa berikutnya adalah untuk meneruskan usaha IM bagi mencapai matlamat kami melalui semua sarana yang menepati perlembagaan dan perjuangan secara damai dengan memperluaskan hubungan dan dialog dengan semua pihak dalaman untuk kepentingan negara.

3. Penangkapan yang berterusan dan juga sejumlah tuduhan yang tidak adil terhadap IM serta permusuhan yang terus berlangsung terhadap usaha mereka tidak akan memanfaatkan negara, bahkan hal itu akan menyebabkan ketidakstabilan dan inilah antara keinginan pihak Israel.

4. Penangkapan tersebut bertujuan untuk menutup bantahan-bantahan rakyat; maka kami menyeru kepada semua kekuatan nasional untuk mengutuk kempen ini, mengisytiharkannya dan bersatu dalam menentang kezaliman dan rasuah.

5. Penangkapan ini merupakan respon awal kepada mereka yang mendakwa bahawa gerakan IM berpecah belah dan berpuak-puak, dengan istilah-istilah seperti "reformis", "konservatif", "merpati" dan "helang". Penangkapan ini adalah respon terhadap hubungan antara IM dan rejim pemerintah yang rosak.

6. Tindakan yang menindas ini menggambarkan keadaan sebenar sistem pemerintah dan kegagalan dasar-dasar di samping juga masalah-masalah yang menimpa rakyat Mesir.

7. Langkah ini telah merosakkan reputasi dan maruah negara Mesir dan juga menggagalkan rakyat daripada memainkan peranan mereka untuk kepentingan negara dan tanah air. Hal ini adalah untuk kepentingan beberapa orang yang mahu kekal dengan pangkat, mendorong mereka untuk terus mengamalkan rasuah dan penindasan, serta merompak kekayaan negara untuk kepentingan beberapa orang sahaja. Ini hanya mengukuhkan lagi hegemoni global (Amerika dan Israel) dan kami Ikhwanul Muslimin tidak akan pernah bersetuju dan berdiam diri.

Artikel asal: http://www.ikhwanweb.com/article.php?id=23199

Wednesday, February 17, 2010

Ikhwanul Muslimin Mesir merupakan sebuah pertubuhan sivil


Jumaat, 12 Februari 2010

oleh Dr Abdel Monem Abul Fotouh

Ketika Imam Al-Banna pengasas gerakan Ikhwanul Muslimin menggambarkan pertubuhan Ikhwanul Muslimin sebagai Salafi, doktrin Sunni, pendekatan sufi, badan sosial dan politik, pasukan sukan, syarikat ekonomi, gagasan sosial dan saintifik serta persatuan kebudayaan, beliau berhasrat untuk menjadikannya sebagai sebuah pertubuhan sivil yang unik merangkumi seluruh aspek kewujudannya

Dalam gerak kerja Ikhwanul Muslimin, beliau benar-benar berpegang teguh kepada ideologi bahawa Ikhwanul Muslimin adalah sebagai Salafi dan Sunni. Hal ini bermaksud bahawa Sunni yang mengambil pendekatan dan prinsip-prinsip asas Sufi iaitu Muslim soleh yang berusaha untuk mengejar redha Allah dan menghindari murka-Nya di akhirat justeru akan segera menunaikan kewajipan Ilahi bagi mengikuti Sunnah Nabi Muhammad.

Dalam lapangan sosial, Ikhwanul Muslimin telah diberi gambaran oleh Imam Al-Banna sebagai suatu yang memenuhi kriteria pertubuhan sivil yang lengkap. Sebelumnya dalam politik yang merupakan bahagian penting daripada pemahaman yang komprehensif terhadap Islam dan dalam hal ini saya ingin membezakan antara amalan politik dan bangsawan atau kerja sosial dengan ekonomi, saintifik dan komponen pendidikan atau kegiatan sukan dan kegiatan pengakap sebagai kurikulum tambahan.

Pada pertengahan 30an, negara-negara Muslim dan Arab hidup di bawah penjajahan Inggeris dan Perancis serta kumpulan-kumpulan pejuang kemerdekaan yang berjuang secara aman dan secara bersenjata muncul di mana-mana. Mesir juga ketika itu mempunyai pelbagai pihak yang serius menentang penjajahan Inggeris secara bersenjata. Memandangkan tiada kuasa kerajaan mahupun politik di Mesir; mereka berjuang di dalam gerakan gerilla untuk menentang penjajahan oleh kuasa asing. Kita masih ingat Parti Misr El-Fatah (Young Egypt) dan Parti Wafd dengan pakaian bertemakan biru dan hijau. Oleh kerana Ikhwanul Muslimin adalah antara yang mempunyai kekuatan politik terbesar di Mesir serta memberikan pengaruh besar dalam lapangan politik tersebut, wajar sahaja mereka turut serta memainkan peranan penting dalam gerakan gerila menentang penjajah dan para pendukungnya.

Lebih mengeruhkan suasana, pendatang asing Yahudi mula masuk secara berperingkat, merampas Tanah Palestin untuk menubuhkan negara Haram Israel pada tahun 1948. Walaubagaimanapun, ia menjadi sebuah strategi defensif yang besar, di mana Ikhwanul Muslimin segera membentuk komando tentera untuk mengusir penjajah Inggeris dan untuk membela Palestin.

Imam Hasan Al-Banna sebenarnya mahu memastikan perkara ini sebagai suatu kes terpencil dan berbeza daripada Ikhwanul Muslimin yang asal dalam segala sesuatu, hingga beliau menamakanya sebagai " Pasukan Khusus", merujuk pada kes terpencil tersebut yang jauh dari garis tradisi asal gerakan itu. Ikhwanul Muslimin adalah pertubuhan sivil dan pendamai dalam matlamatnya dan bersifat konstruktif dalam semua institusi dan pentadbirannya di samping budaya dan mekanisma gerak kerja yang berbeza daripada yang bersifat kerahsiaan dan struktur seperti “Pasukan (tentera) Khusus" tersebut. Ikhwanul Muslimin hanyalah sebuah pertubuhan sivil.

Imam al-Banna juga sebenarnya mahu memberikan mesej daripada "ajaran" tersebut bahawa ia hanya merujuk kepada sebahagian anggota Ikhwanul Muslimin, bukan ditujukan kepada semua anggota gerakan.
Saya sendiri membaca bahagian pengenalan mesej ini, yang menyatakan dengan jelas bahawa ia adalah khusus untuk sebahagian anggota dan tidak untuk semua anggota gerakan seperti mana ketika menyatakan, “Ini adalah mesej kepada Ikhwanul Muslimin", dia terus menekankan, "anggota yang lain harus memfokuskan kepada menghadiri pelajaran dan ceramah, menulis buku dan artikel dan juga dalam pekerjaan pentadbiran sahaja serta setiap dari kamu punyai tujuan masing-masing, maka berusahalah bersama-sama dan bersatu di dalam semua perkara yang baik."

Para sejarawan menyatakan bahawa anggota-anggota "Pasukan Khusus" ini telah menerima pelatihan di padang pasir Kaherah oleh pegawai tentera Mesir yang membekalkan mereka dengan senjata dalam kebanyakan keadaan. Sejarah mencatat bahawa “Pasukan Khusus" ini berjuang dan mengorbankan diri mereka mempertahankan tanah Palestin dan Terusan Suez walaupun diakui terdapat beberapa kesilapan yang dilakukan oleh para anggotanya.

Imam Hassan Al-Hudaybi, yang menerajui Ikhwanul Musliminin selepas itu, sedar bahawa agenda Imam Al-Banna melalui "Pasukan Khusus" telah menurun setelah kekalahan tahun 1948 dan juga disebabkan penjajahan Inggeris di Timur Tengah yang menjadi suatu isu untuk beberapa tahun khususnya selepas kekalahan Perang Dunia II. Beberapa kesilapan yang dilakukan “Pasukan Khusus” sangat dikesali Imam al-Banna lalu mendorong beliau untuk memansuhkannya. Al-Hudaybi telah mengambil alih tanggung jawab dengan sangat baik hingga salah satu keputusan pertama yang diambil adalah untuk memindahkan tanggung jawab pentadbiran daripada Sindi ke Talat Talat sebagai langkah awal kearah pemansuhan mutlak “Pasukan Khusus” bersandar pada apa yang beliau fahami secara peribadi daripada Al-Banna.

Malangnya berlaku pertembungan langsung antara anggota Ikhwanul Muslimin dan pegawai yang terlibat dalam Revolusi 23 Julai yang mengakibatkan penangkapan, penahanan di penjara dan pembunuhan ramai anggota gerakan tersebut yang berlangsung selama dua dekad.

Pada awal tahun 70an, Ikhwanul Muslimin membuka era baru dalam sejarahnya. Pengalaman-pengalaman mereka, kecuali dalam beberapa perkara dan keadaan yang terpencil, telah didorong oleh latar belakang sejarah yang menggabungkan generasi unik yang terdiri daripada yang lama dan baru, di mana memerlukan mereka untuk memberikan komitmen penuh kepada misi Ilahi dan matlamat yang luhur.

Ikhwanul Muslimin tidak pernah dilihat sebagai sebuah komposisi dalam bentuk ketenteraan ataupun bersedia untuk mengambil jalur pengganas bagi mencapai cita-cita politik mereka dan jika Al-Banna menginginkan sebegitu sejak dari mula lagi, beliau mampu melakukan sedemikian. Keadaan negara secara keseluruhan membenarkan untuk perkara tersebut berlaku dan tidak ada yang hujah boleh mempersalahkan beliau. Beliau berada di dalam sebuah negara yang dijajah di mana sempadan timur terancam oleh musuh yang gemar memperkosa.

Sejarah merakamkan bahawa pintu ini adalah jalan untuk menceroboh walaupun Al-Banna ingin menunjukkan bahawa latihan ketenteraan merupakan bahagian penting dari Ikhwanul Muslimin, sememangnya dia seorang yang layak untuk bersuara dalam usaha menjelaskan usahanya di dalam tulisan-tulisan beliau sebagai Sunni, para pelaku jihad, saintifik, persatuan politik, dan sebagainya.

Oleh kerana itu, sangat penting untuk diakui bahawa Ikhwanul Muslimin adalah sebuah pertubuhan sivil yang mempunyai matlamat dan objektif dengan gerak kerja secara sukarela dan perubahan sosial secara damai di dalam semua lapangan serta komited kepada pendekatan para reformis Ahlul Sunnah wal Jamaah yang dipegang oleh para sarjana Muslim bermula dengan Imam Hasan Al-Bashri yang melawan diktator kejam iaitu Hajjaj bin Yusuf al-Tsaqafi dan berakhir dengan Imam As-Syahid Hasan Al-Banna.

Walaupun ada khabar angin disebarkan bahawa Ikhwanul Muslimin menggunakan strategi organisasi dalaman sulit; suatu operasi khusus telah menunjukkan bahawa kurikulum tarbiyah Ikhwanul Muslimin menyetujui perkara tersebut. Oleh kerana itu, Ikhwanul Muslimin – dari segi intelektual - berusaha untuk menggambarkannya sebagai sebuah pertubuhan sivil berserta mekanisma gerak kerja yang menunjukkan bahawa gerak kerja ketenteraan adalah berbeza dengan gerak kerja sivil serta mencampur adukkan antara keduanya hanya akan menyebabkan kekeliruan dan tindakan yang lemah.

Artikel asal: http://www.ikhwanweb.com/article.php?id=23145

Tuesday, February 16, 2010

Morsy: Regim pemerintah Mesir menggunakan kekerasan bagi mengesahkan keabsahannya memerintah



Morsy: Regim pemerintah Mesir mahu mengesahkan keabsahannya untuk memerintah dengan menggunakan kekerasan terhadap warganya sendiri


Selasa, Februari 9, 2010


Dalam sebuah kenyataan kepada Ikhwanweb, Dr Mohamed Morsy dari Maktab Irsyad menekankan bahawa penindasan diteruskan oleh rejim Mesir terhadap pembangkang aman Mesir yang memperjuangkan pembaharuan. Beliau merujuk kepada gelombang baru penahanan yang dilakukan oleh pasukan keselamatan negara terhadap ahli terkemuka pergerakan itu. Beliau menyatakan bahawa "IM berusaha untuk mengembalikan identiti kebangsaan negara dan pendiriannya di dunia Arab selepas kegagalan polisi-polisi dan kediktatoran yang berdekad-dekad" sambil menambah, "jelas ini tidak dihargai."

Beliau memperihalkan tuduhan terhadap 13 pemimpin IM berpangkat tinggi yang ditahan, termasuk Timbalan Mursyid Dr Mahmoud Ezzat, ahli senior Dr Essam el-Erian dan ahli Maktab Irsyad Dr Abdul Rahman Al-Barr sebagai palsu, tidak mempunyai sebarang alasan undang-undang atau perlembagaan.Morsy menambah bahawa penangkapan kerajaan terhadap IM adalah petunjuk kegagalan politik regim yang mencerminkan kurangnya kredibiliti mereka pada saat IM menikmati sokongan awam dan kejayaan politik yang meningkat.Beliau menggesa semua rakyat Mesir supaya menolak segala bentuk tindakan regim dalam menentang arus yang berdepan dengannya termasuk dari IM, -kuasa- uslimi warganya sendiri.yakuasa-kuasa nasional dan gerakan popular yang mewakili sebuah pakatan nasional yang menentang semua amalan platform AS-Israel.

IM menekankan kempen penangkapan semasa tidak akan menghambat gerakan itu daripada perjuangan mereka ataupun jalan yang telah mereka pilih untuk mencapai kesejahteraan negara, mahupun kemajuannya dalam mengangkatnya ke status yang lebih tinggi. Regim ini tidak boleh dan tidak akan berjaya merungkaikan dasar-dasar pergerakan dalam menaikkan panji Islam. IM komited kepada perjuangan damai dan berperlembagaan dan tidak akan terlibat dalam sebarang aktiviti yang menjejaskan keselamatan dan kestabilan negara. Morsy menegaskan bahawa "IM akan tetap kekal dalam prinsip dan manhajnya sambil berjuang untuk mempertahankan pembaharuan aman melalui jalur berperlembagaan dan undang-undang." Kebebasan berpendapat dan bersuara tetap menjadi asas utama bagi mereka yang memperjuang dan mementingkan kepentingan bangsa.Penangkapan dari barisan Ikhwan Muslimun baru-baru ini mendedahkan pelanggaran serius terhadap perlembagaan dan undang-undang kerana ia dibuat dalam konteks cubaan rejim untuk menyelesaikan pertikaiannya dengan IM yang berusaha untuk membantu dan mempertahankan isu-isu nasional Mesir dengan menyokong dan membela warga Gaza terhadap serangan ganas Israel. Pada pada masa yang sama, serangan Israel itu juga menimbulkan ancaman serius terhadap keamanan nasional Mesir.

Kempen itu juga berlaku sehari selepas gerakan itu menggesa rejim pemerintah melibatkan diri dalam dialog untuk menggerakkan reformasi dan menamatkan keadaan darurat di negara itu.
Dr Mohamed Morsy menuduh rejim menggunakan undang-undang darurat terhadap warganya selepas gagal untuk mengatasi masalah-masalah warganya, serta menggambarkan serangan terhadap gerakan IM itu - gerakan pembangkang terbesar di Mesir - sebagai pelanggaran undang-undang dan perlembagaan.Beliau menyatakan yang beliau percaya bahawa tindakan keras terbaru oleh pihak keselamatan ke atas pemimpin kumpulan ini mempunyai kaitan dengan proses memberikan kesetiaan secara terbuka kepada Dr Mohammed Badie’ yang baru dilantik Mursyidul Am bulan lepas di hadapan stesen-stesen TV global dan dalam suatu perhimpunan besar.

Morsy merumus dengan menyimpulkan bahawa "Kami telah melaksanakan hak kami dalam menjalankan syura, perundingan dan demokrasi dan ini selaras dengan perlembagaan dan undang-undang; kami bukan mencabar atau memprovokasi regim itu."


Artikel asal: http://www.ikhwanweb.com/article.php?id=23079

Amnesty International Desak Dr. Mahmud Ezzat Dan Rakannya Dibebaskan

10 Februari 2010

Samir Ismail menulis:





Pertubuhan Amnesty International menuntut Kerajaan Mesir supaya membebaskan dengan segera tanpa syarat pemimpin IM yang ditangkap dalam satu operasi ke atas Dr.Mahmud Ezzat Naib Mursyid Am IM, Dr. Essam El-Arayan, Dr.Abdulrahman al-Barr dan Dr. Muhyi Hamid anggota Maktab Irsyad.

Dalam satu kenyataannya pertubuhan ini menekankan betapa pentingnya kerajaan Mesir memberhentikan serangannya ke atas golongan pembangkang politik yang bertindak secara aman. Kerajaan juga mestilah menyokong kebebasan dan hak memberikan pandangan, menubuhkan persatuan dan mengadakan perhimpunan di Mesir. Kenyataan ini dibuat selepas pemerintah Mesir menahan 15 anggota jamaah IM pada pagi Isnin lalu sebelum Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) mengeluarkan kenyataan tahunannya mengenai hak asasi manusia di Mesir yang akan diisytiharkan pada 17 Februari ini.


Pertubuhan ini juga menyeru Majlis Hak Asasi Manusia di bawah PBB supaya memperingatkan Kerajaan Mesir tentang pentingnya penilaian semula dibuat ke atas Undang-undang Darurat yang digunakan kerajaan untuk menekan golongan pembangkang dalam negeri. Peringatan ini hendaklah disampaikan melalui laporan tahunan yang dilakukan bagi penilaian semula secara menyeluruh yang akan dikeluarkan pada bulan ini

Pertubuhan ini menjelaskan bahawa penangkapan yang dilakukan baru-baru ini dilatarbelakangi oleh kegiatan politik secara aman yang dilakukan Ikhwan Muslimin dan juga atas dasar bahawa mereka kumpulan pembangkang paling besar di Masir yang memiliki 20% kerusi parlimen Mesir

Pertubuhan ini juga menjelaskan bahawa anggota Ikhwan menjadi sasaran rutin pihak keamanan Mesir yang menahan mereka berdasarkan kuasa yang sangat luas yang diberikan Undang-undang Darurat yang telah digunakan dalam satu tempoh yang lama untuk menghapuskan golongan pembangkang.

Amnesty International berpendapat Kerajaan Mesir telah menggandakan serangannya terhadap Ikhwan Muslimin sebelum pemilihan Majlis Syura diadakan pada musim bunga 2010 ini dan sebelum pemilihan Majlis Dewan Rakyat diadakan pada musim luruh 2010.

Pertubuhan ini menyatakan bahawa penahanan anggota Ikhwan Muslimin berlaku secara rutin hanya berdasarkan arahan eksekutif. Mereka ditahan selama berbulan-bulan tanpa mengemukakan sebarang pertuduhan di mahkamah. Ini dilakukan atas perintah Menteri Dalam Negeri Mesir.

Pertubuhan ini juga menekankan bahwa sekatan dan penangkapan secara zalim di Mesir ini telah mendapat kritikan antarabangsa. Pada tahun 2008 golongan pakar PBB dan kumpulan bertanggungjawab memantau penahanan yang dilakujkan secara zalim telah mengeluarkan kenyataan yang menekankan bahawa keputusan menangkap 26 anggota Ikhwan Muslimin adalah keputusan yang zalim.

Pertubuhan ini mendapati pemimpin Ikhwan Muslimin dibicarakan di Mahkamah Tentera sekaligus mencabul hak untuk menerima satu perbicaraan adil di hadapan mahkamah terbuka, kompeten, bebas dan berkecuali yang diwujudkan berdasarkan undang-undang.

Pertubuhan ini juga menyatakan bahawa prosedur yang dilakukan Mesir telah mendapat kritikan Martin Scheinin pelapor PBB yang bertanggungjawab melindungi hak asasi manusia semasa menentang kumpulan pelampau pada Oktober 2009 dan November 2009, di mana Mahkamah Tentera telah enggan membebaskan 18 pemimpin jamaah Ikhwan yang antara mereka ialah Naib Mursyid Am Jurutera Khairat Syatir. Mahkamah Sivil telah menyokong hukuman (penjara) sehingga tujuh tahun yang dijatuhi Mahkamah Tentera ke atas mereka pada bulan April 2008. Amnesty International telah berusaha berkali-kali untuk mengikuti perjalanan perbicaraan ini, namun Kerajaan Mesir menghalangnya.

Amnesty International meminta pemerintah Mesir supaya mematuhi dengan pengakuan iltizam antarabangsanya untuk memelihara dan menyokong kebebasan bersuara, hak menubuhkan persatuan dan mengadakan perhimpunan, terutama dalam hal yang berkaitan sekatan menggunakan hak ini oleh Kerajaan Mesir yang terus-menerus mengeluarkan arahan-arahan tangkapan berdasarkan arahan pentadbiran dan membicarakan orang awam di Mahkamah Tentera.

Artikel Asal: http://www.ikhwanonline.com/Article.asp?ArtID=60239&SecID=211
 

My Blog List

FIKRAH & DAKWAH Copyright © 2009 Blogger Template Designed by Bie Blogger Template