Saturday, January 22, 2011

Kenyataan IM mengenai kebangkitan di Tunisia dan Tuntutan Rakyat Mesir

Satu kenyataan oleh Ikhwanul Muslimin baru-baru ini menegaskan bahawa gerakan itu berkeyakinan reformasi segera diperlukan jika Mesir ingin mengelak daripada pemberontakan bersejarah di Tunisia yang telah disaksikan oleh seluruh dunia.

Insiden yang berlaku di Tunisia sepanjang Disember 2010 dan Januari 2011 merupakan titik penting bagi peristiwa yang dilalui oleh penduduk rantau Arab dan dunia Islam. Rakyat Tunisia telah bangkit melawan penindasan, kezaliman dan rasuah yang dilakukan oleh pemerintah, keluarganya serta pembantu-pembantunya selama suku abad.

Seluruh dunia, khususnya Barat dan Zionis terkejut dengan apa yang berlaku dan tiada siapa pun dapat menahan kemarahan rakyat yang meletus di muka kezaliman. Rejim-rejim Arab juga dalam keadaan tidak menentu dan tersentak dengan nasib diktator Tunisia yang terpaksa melarikan diri.

Kebangkitan rakyat Tunisia memberikan peringatan jelas kepada semua pihak, di dalam dan luar Tunisia;
  1. Ia memberi harapan kepada rakyat yang tertindas bahawa rakyat yang tertekan boleh mencapai kejayaan;
  2. Ia memperingatkan penindas serta rejim dan pemimpin rasuah bahawa tidak ada yang kekal dan tiada jawatan yang selamat;
  3. Ia adalah isyarat kepada kuasa zalim dan mereka yang menggunakan wang untuk membonekakan pemerintah dunia ketiga, terutama di negara Arab dan Islam.
Isyarat-isyarat ini merupakan titik tolak penting serta dimensi baru dalam kehidupan rakyat negara Arab dan Islam. Kami yakin bahawa alasan dan motif kebangkitan di Tunisia adalah sama dan serupa dengan banyak negara di rantau ini, terutama Mesir.

Jika situasinya sama, seperti rasuah, ketidak-adilan, krisis ekonomi dan penindasan rejim yang berpanjangan, maka negara-negara lain juga akan menuju ke arah yang sama, yakni kebangkitan rakyat.

Disebabkan kami (IM) sangat cintakan keamanan dan kestabilan, kami percaya bahawa perjuangan berlandaskan perlembagaan akan berhasil sekiranya berlaku reformasi dalam arena politik, ekonomi dan sosial. IM yang merupakan sebahagian daripada negara Mesir berpandangan bahawa pelbagai pihak dan sistem dalam negara ini mampu berubah, jika terdapat kemahuan untuk berubah.

Persamaan ini; iaitu kestabilan oleh rakyat dan Ikhwanul Muslimin yang berdepan dengan kepincangan sistem pemerintah, kemampuan - dan tanggungjawab IM - untuk membawa reformasi damai dan perubahan positif; kita mengatakan bahawa persamaan ini sedang melalui satu fasa kritikal dan halus. Tetapi sayangnya sistem ini tidak mengambil langkah-langkah serius untuk memerangi rasuah dari merebak dan membawa pembaharuan yang diperlukan. Situasi ini tidak boleh diteruskan ketika sistem tidak seimbang sedangkan mereka kelihatan tidak berminat untuk menyelesaikan masalah kecuali dengan merujuk kepada anggota keselamatan sambil mengelakkan diri mereka dari berusaha. Jika sistem yang sekarang tidak bergerak cepat untuk mengambil tanggungjawab dan mengambil inisiatif untuk membawa pembaharuan serius, kestabilan tidak akan bertahan lama.

Oleh kerana kami sangat menghargai kestabilan negara dan demi mengelakkan kemarahan rakyat, kami menuntut:
  • Pertama: Pemansuhan Undang-Undang Darurat yang dipaksa ke atas rakyat Mesir selama tiga puluh tahun tetapi gagal menghasilkan keamanan atau mencegah jenayah.
  • Kedua: Pembubaran Dewan Rakyat ‘palsu’ dan mengadakan pilihanraya yang bersih dan adil di bawah penyeliaan penuh pihak kehakiman bagi memenuhi hasrat sebenar rakyat dan membolehkan mereka mencapai cita-cita dan aspirasi mereka.
  • Ketiga: Melakukan pindaan Perlembagaan bagi Artikel 5, 76, 77, 88 dan 179 bagi memastikan kebebasan mengadakan pilihanraya dengan pilihan demokratik dalam pilihanraya Presiden yang akan datang di bawah penyeliaan kehakiman. Ia juga akan menghapuskan konflik perlembagaan dan mencapai keserasian dengan asas, sejarah, kebudayaan dan tamadun negara besar ini.
  • Keempat: Mengambil tindakan segera dan efektif bagi menyelesaikan masalah rakyat yang kritikal seperti memulakan reformasi ekonomi bagi membolehkan kita mencapai keadilan sosial dengan menyediakan barangan keperluan dan ubatan, reformasi sistem pendidikan serta menyediakan bajet untuk kesihatan. Antara langkah yang boleh diambil ialah:
    1. Menggunakan dana lebihan yang mana lebih 1200 billion Pound Sterling kini dikawal oleh orang-orang yang menyalahguna kuasa.
    2. Menggunakan kemudahan dan keistimewaan yang diberikan kepada Menteri dan Pegawai Kanan Kerajaan bernilai berbilion paun serta melelong apa yang tidak perlu untuk membantu rakyat.
    3. Menghentikan penghantaran minyak dan gas kepada Zionis dan menilai semula harga komoditi tersebut serta mengeksportnya ke negara lain.
    4. Menilai semula harga tanah bernilai beratus bilion paun yang diperuntukkan kepada beberapa ahli perniagaan dan perasuah dan menjualnya secara lelong untuk manfaat rakyat.
  • Kelima: Menilai semula polisi luar negara Mesir terutama terhadap rejim Zionis dan keperluan memutuskan hubungan dengan mereka serta bagi menyokong gerakan pembebasan Palestin dan menubuhkan negara Palestin beribunegarakan Baitul Maqdis.
  • Keenam: Membebaskan dan memberi pengampunan kepada semua tahanan politik dan semua yang dijatuhkan hukuman penjara oleh mahkamah khas yang tidak mempunyai bidang-kuasa mengadili orang awam seperti Mahkamah Tentera atau Mahkamah Keselamatan Negara.
  • Ketujuh: Memberikan respons kepada tuntutan-tuntutan yang diutarakan oleh pelbagai pihak sejak sekian lama.
  • Kelapan: Kebebasan menubuhkan parti politik serta menghapuskan sekatan terhadap penerbitan akhbar serta media lain.
  • Kesembilan: Perbicaraan ke atas penyalahguna kuasa dan perasuah yang telah mengumpul kekayaan dengan cara salah sejak sekian lama.
  • Kesepuluh: Menghidupkan masyarakat madani, pemansuhan gangguan pasukan keselamatan dalam hal-ehwal dalaman sekolah, universiti, kesatuan sekerja, NGO, wakaf dan pertubuhan hak-hak asasi manusia.
Ikhwanul Muslimun
19 Januari 2011

Artikel Asal: http://www.ikhwanweb.com/article.php?id=27890

Tuesday, January 4, 2011

Al-Qaradawi: Pelaku Jenayah Pengeboman Iskandariah adalah Pembunuh Kejam dan Bukan Muslim

Isnin, 3 Januari 2011

Dr Yusuf al-Qaradawi, Presiden Kesatuan Antarabangsa Ulama’ Muslim (IUMS), mengecam keras serangan bunuh diri, yang berlaku pada Malam Tahun Baru di luar gereja Al-Qiddissine pada hari Sabtu. Kejadian itu membunuh 21 orang dan mencederakan 80 yang lain.

Al-Qaradawi menegaskan bahawa "pelaku-pelaku kejahatan ini adalah penjenayah, pembunuh dan bukan Islam kerana Islam menegaskan kesucian nyawa manusia dan sangat melarang pencerobohan keatasnya. Islam tidak membenarkan pembunuhan orang awam tak berdosa dari mana-mana bangsa atau warganegara kecuali sebagai hukuman yang disabitkan. Membunuh orang awam dari sebarang warga secara rawak oleh sebarang kumpulan, individu bahkan negara sekalipun, terutama jika mereka sedang merayakan sesuatu perayaan di tempat ibadah sama sekali tidak boleh dipandang sebagai jihad. Tanpa sebarang syak dan ragu lagi ia bertentangan dengan ajaran Al-Quran dan Sunnah".

Al-Quran, bersama-sama dengan tulisan suci yang lain, menyatakan bahawa [Barang siapa membunuh seorang manusia selain sebagai hukum balasan pembunuhan atau kerosakn di bumi, maka seolah-olah dia telah membunuh semua umat manusia] (Al-Ma'idah: 32).
Islam menganggap membunuh orang lain sebagai salah satu dosa paling besar di sisi Allah. Dosa keji dan kejahatan menjijikkan ini mengundang kutukan Allah di dunia ini dan hukuman berat-Nya di akhirat.

Persatuan Ulama Muslim Antarabangsa (IAMS) terkejut melihat insiden berdarah yang meninggalkan sejumlah besar korban awam yang tak berdosa. Mereka dibunuh secara terancang dan disengajakan sedangkan mereka tidak melakukan sebarang dosa terhadap penyerang mereka.

Perlembagaan etika peperangan yang sah dalam Islam menggariskan bahawa membunuh siapapun adalah dilarang kecuali bagi mereka yang terlibat dalam pertempuran. Dalam perang yang sah seperti itu, pertempuran dihadkan kepada konfrontasi semuka antara Muslim dan tentera penceroboh. Setelah melihat seorang wanita terbunuh dalam medan perang, Nabi SAW mengutuk perbuatan tersebut dan melarang pembunuhan perempuan, kanak-kanak, orang tua, biarawan di dalam biara, petani di ladang, dan pedagang. Semua ini dilindungi, jadi bagaimana mungkin membunuh orang-orang yang menyembah Allah dalam acara keagamaan itu dibenarkan? Hal ini tidak pernah dibenarkan oleh Islam.

Al-Qaradhawi melontarkan kemungkinan ada tangan asing di sebalik pengeboman ganas berani mati itu sebagai langkah untuk mencetuskan perselisihan sektarian di Mesir. Tegasnya, “tak dapat dibayangkan bahawa rakyat Mesir berada di sebalik kejadian itu. Hasutan adalah suatu bahaya yang tidak akan kami biarkan berlaku. Bahkan, saya mengutuk tindakan tercela ini kerana ia benar-benar melanggar undang-undang.”


Artikel asal: http://www.ikhwanweb.com/article.php?id=27726

Monday, January 3, 2011

IM kutuk serangan bom di luar gereja Iskandariah sebagai jenayah keji


IM mengutuk keras pengeboman yang berlaku di luar sebuah gereja di Iskandariah, menganggap tindakan pengeboman tersebut sebagai jenayah keganasan yang pengecut dan tidak berperi kemanusiaan. Ia menyeru agar penyiasatan dilakukan segera bagi mengenalpasti penjenayah dan menghukum mereka yang bertanggung-jawab.

Sekurang-kurangnya 10 orang terbunuh dan 24 orang cedera akibat serangan ke atas gereja di Daerah Sidi Bishr di wilayah utara Iskandariah.

Menurut saksi dan sumber polis, sebuah kereta yang diletakkan di luar gereja diletupkan sejurus selepas penganut Nasrani Qibti melaksanakan upacara sembahyang tengah malam sempena tahun baru.

Berikutan dengan pengeboman tersebut, penganut-penganut Nasrani yang keluar dari gereja berkenaan bertempur dengan pasukan keselamatan yang tiba di tempat kejadian. Beberapa kecederaan dilaporkan ketika polis menyuraikan penunjuk perasaan dengan gas pemedih mata.

Serangan itu berlaku setelah Kementerian Dalam Negeri Mesir berjanji akan meningkatkan keselamatan di sekitar kawasan Nasrani berikutan ancaman terhadap penganut Nasrani Mesir oleh kumpulan Al-Qaeda Iraq. Peristiwa ini juga berlaku setahun selepas serangan tembakan rambang ke atas Nasrani Qibti di bandar Nag Hammadi mengakibatkan kematian enam orang Nasrani dan seorang Muslim.

IM mengutuk sekeras-kerasnya satu tindakan keganasan yang tidak menghargai nyawa manusia. Ia menekankan bahawa tidak ada sebab yang membenarkan tindakan keganasan sedemikian yang merupakan pencerobohan terhadap nilai-nilai Islam yang melarang sebarang tindakan kekerasan tanpa membezakan bahasa, budaya atau agama.

IM meminta pihak berkuasa untuk maju dan memikul tanggung jawab dalam menyediakan langkah keselamatan di sekitar tempat ibadat dan menuntut agar mereka yang bertanggungjawab terhadap jenayah keji ini segera dibawa ke muka pengadilan.

Artikel asal: http://www.ikhwanweb.com/article.php?id=27711

Saturday, January 1, 2011

Risalah Mursyid : Dakwah Kepada Allah; Antara Sebab dan Akibat

Risalah dari Prof. Dr. Muhammad Badi, Mursyid Am Ikhwan Muslimin, 2 December 2010

Segala puji bagi Allah SWT, selawat dan salam ke atas Rasulullah saw beserta keluarga dan para sahabatnya serta orang-orang yang mengikuti mereka dengan baik hingga hari pembalasan.

Adapun selanjutnya:

Tidak ada keraguan bahawa dakwah kepada Allah SWT dalam segala aspeknya mestilah terbina di atas pendekatan utama yang bersumber dari Al-Qur’an dan sunnah Rasulullah saw. Allah SWT telah memberi tugas kepada kita untuk melaksanakan dakwah ini, dan telah menyerahkan tanggung jawab penting ini kepada kita. Malahan secara tegas Allah SWT menekankan bahwa semua makhluk tidak diberikan beban kecuali sesuai dengan kesanggupan dan kemampuannya.

Justeru, dakwah kepada Allah dalam berbagai bentuk dan wasilahnya adalah suatu kewajiban , sebagaimana yang difirmankan Allah SWT bermaksud:

“Serulah (manusia) kepada jalan Tuhan-mu dengan hikmah dan pelajaran yang baik dan bantahlah mereka dengan cara yang baik”. (An-Nahl:125)

Sesuai dengan kemampuannya, setiap individu muslim berkewajiban menunaikan dakwah ini; sama ada lelaki ataupun wanita, tidak ada alasan untuk berlepas tangan walaupun memiliki keuzuran. Allah SWT berfirman bermaksud:

“Tiada dosa (lantaran tidak pergi berjihad) atas orang-orang yang lemah, orang-orang yang sakit dan atas orang-orang yang tidak memperoleh apa yang akan mereka nafkahkan, apabila mereka Berlaku ikhlas kepada Allah dan Rasul-Nya. tidak ada jalan sedikitpun untuk menyalahkan orang-orang yang berbuat baik. dan Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang”. (At-Taubah: 91)

Ini kerana tugas dakwah merupakan kesinambungan dari tugas seperti dalam syariat Islam sejak kita menyerahkan diri untuk Allah SWT, Tuhan semesta alam.

“Katakanlah: “Inilah jalan (agama) ku, aku dan orang-orang yang mengikutiku mengajak (kamu) kepada Allah dengan hujjah yang nyata, Maha suci Allah, dan aku tiada Termasuk orang-orang yang musyrik”. (Yusuf:108)

Bahkan jinpun memahami tentang tugas ini, sejak dibacakan ayat Al-Qur’an, dan mereka dengan segera menunaikan tugas ini..

Tatkala mereka menghadiri pembacaan (nya) lalu mereka berkata: “Diamlah kamu (untuk mendengarkannya)”. ketika pembacaan telah selesai mereka kembali kepada kaumnya (untuk) memberi peringatan”. (Al-Ahqaf:29)

Nabi tercinta saw telah menunaikan tugas Ilahi ini dalam segala situasi dan keadaan dan memanfaatkan segala kemungkinan yang tersedia. Bahkan pada ketika baginda berada di Mekah Al-Mukarramah dan semasa bersama dengan kaum muslimin menghadapi kezaliman dan penindasan sehingga baginda bersabda:

“Siapa yang mahu membela dan melindungiku sehingga aku mampu menyampaikan dakwah Tuhanku?”

Akhirnya baginda masuk di bawah perlindungan Al-Muth’im bin Adi, padahal dia adalah seorang musyrik kerana memanfaatkan salah satu nilai-nilai positif masyarakat jahiliah iaitu menghormati jiran. Baginda juga melakukan tahaluf (penggabungan) dengan semua kekuatan yang ada dalam masyarakat ketika itu, biarpun terdapat perbezaan-perbezaan dalam mencapai tujuan mulia, iaitu menghapuskan kezaliman dari semua yang tertindas, baik siapa pun dia, sehingga baginda masuk dalam tahaluf kepada semua pihak dalam perkara-perkara kebajikan di rumah Abdullah bin Jad’an”.

Nabi saw juga memanfaatkan persatuan dan perhimpunan Arab dari berbagai kabilah di Baitullah Al-Haram. Begitu juga perhimpunan di pasar-pasar, sama ada pasar barangan, atau pasar sastera dan syair. Hal ini telah dilakukan oleh Nabi Nuh as seperti yang disebutkan dalam Al-Quran. Baginda menggunakan segala cara dan wasilah dakwah dalam berbagai keadaannya sekalipun menghadapi berbagai tekanan .. Allah SWT berfirman bermaksud:

“Nuh berkata: “Ya Tuhanku Sesungguhnya aku telah menyeru kaumku malam dan siang”. (Nuh:5)

“Kemudian Sesungguhnya aku telah menyeru mereka (kepada iman) dengan cara terang-terangan. Kemudian Sesungguhnya aku (menyeru) mereka (lagi) dengan terang-terangan dan dengan diam-diam”. (Nuh:8-9)

Para generasi Islam juga telah melaksanakan tugas menyeru ke jalan Allah SWT ini dengan baik, memikul amanah risalah dan menyampaikannya dari satu generasi ke generasi lainnya, sebagaimana yang telah disampaikan khabar gembiranya oleh Rasulullah saw:


“Hendaknya yang membawa ilmu ini orang yang berada di belakang memiliki sifat adil sehingga mampu menghapuskan berbagai penyimpangan yang dilakukan oleh orang yang melampaui batas, taktik kotor para pelaku kebatilan dan pandangan keji para jahiliah”.

Baginda juga menyatakan khabar gembira kepada kita bahwa contoh teladan ini akan tetap ada pada generasi yang sentiasa membawa dan memikul amanah dan risalah ini hingga hari kiamat sekalipun terpaksa menghadapi berbagai rintangan dan tekanan, biar terpaksa menghadapi syaitan-syaitan dari bangsa jin dan manusia dengan berbagai rintangan dan ujian yang dibawanya:

“Sekelompok umatku akan sentiasa tampil pada kebenaran, tidak takut akan ancaman dari orang-orang yang menentangnya dan celaan mereka hingga datang keputusan Allah dan mereka tetap dalam keadaan demikian”.

Dua ungkapan yang disebutkan dalam hadits nabi saw di atas merupakan ungkapan yang ringkas tetapi padat yang membawa maksud yang berbeza. Namun setiap ungkapan tersebut memiliki makna yang kita perlukan dalam menempuh jalan dakwah ini, yang merupakan ringkasan dari berbagai permaslahan yang sentiasa dihadapi dalam amal jama’i ini.

Ungkapan pertama adalah orang-orang yang menyimpang atau menentang, maknanya adalah tidak akan berjalan seiring bersama mereka para penyimpang sejak awal dakwah yang mereka tempuh.

Ungkapan kedua adalah orang-orang yang mencela mereka, maknanya adalah ungkapan dalam bentuk lain, iaitu bahwa satu kelompok orang yang berada di tengah-tengah dakwah, namun akhirnya lepas dari meneruskan amal dakwah bersama mereka sama ada dalam suasana menghadapi ujian yang sangat berat atau suasana fitnah kemewahan.

Inilah yang terjadi dan dialami oleh jamaah yang penuh barakah ini, tentang panjangnya usia dan perjalanan dakwah yang melangkaui dari kehormatan, geografi dan sejarah, sama seperti yang disampaikan oleh nabi saw.

Hasan Al-Banna rahimahullah telah meneguk sumber yang jernih ini. Beliau mengarahkan dan membimbing para pengikutnya. Beliau adalah mursyid pertama jamaah ini yang mengikuti pendekatan nabi saw dalam menggemblengkan potensi yang dimiliki, disertai dengan keikhlasan dan pengorbanan serta ikatan yang kuat pada setiap individu jamaah sehingga mereka seperti bangunan yang kokoh dan kuat, mampu memberikan kemuliaan kepada mereka yang berusaha melindunginya.

Namun Allah SWT tidak membebani kita dengan hasil, kerana seringkali hasil tidak datang seiring dengan keinginan kita setelah melakukan segala usaha dan penat lelah, lalu mengakibatkan putus asa dalam jiwa, tapi datang hiburan dari teladan kita Rasulullah saw ketika menghadapi berbagai tekanan, bahkan serangan yang mana puncaknya adalah ketika di Taif. Meskipun dia pergi ke Taif untuk melaksanakan dakwah kepada Allah dan mengharap redha-Nya dan dan tiada seorangpun dari mereka yang menerima dakwahnya, namun baginda tetap mengharapkan mereka mendapat petunjuk:

“Ya Allah, berikanlah kepada mereka hidayah karena mereka tidak mengtahui”

“Hai kaumku, Bagaimanakah kamu, aku menyeru kamu kepada keselamatan, tetapi kamu menyeru aku ke neraka?”(Ghafir:41)

“Jika kamu berpaling (dari peringatanku), aku tidak meminta upah sedikitpun dari padamu. Upahku tidak lain hanyalah dari Allah belaka, dan aku disuruh supaya aku Termasuk golongan orang-orang yang berserah diri (kepada-Nya)”. (Yunus:72)

“Sesungguhnya Kami mengetahui bahwasanya apa yang mereka katakan itu menyedihkan hatimu, (janganlah kamu bersedih hati), karena mereka sebenarnya bukan mendustakan kamu, akan tetapi orang-orang yang zalim itu mengingkari ayat-ayat Allah”. (Al-An’am:33)

“Kewajibanmu tidak lain hanyalah menyampaikan (risalah)”. (As-Syura:48)

Kita bersaksi bahwa Nabi saw telah menyampaikan risalah dan menunaikan amanah dengan sebaik-baiknya atas apa yang ditugaskan kepadanya. Kita memohon kepada Allah SWT untuk memberi ganjaran terbaik kepadanya sebagaimana yang telah diberikan nabi kepada umatnya.

Baginda saw telah menceritakan kepada kita bahwa terdapat nabi yang akan dibangkitkan pada hari kiamat, tanpa seorangpun yang menerima dakwahnya, seperti Nuh a.s sebagai nabi yang usianya paling panjang dan salah satu dari nabi “Ulul Azmi”, tinggal bersama kaumnya selama 950 tahun namun tidak ada yang menerima dakwahnya kecuali hanya sedikit saja.

Allah SWT memisahkan antara sebab dan akibat seperti dalam firman Allah bermaksud:

“Maka berjalanlah di segala penjurunya dan makanlah sebahagian dari rezki-Nya”. (Al-Mulk:15)

Rasulullah saw dan sahabatnya membuat parit pada ketika Perang Ahzab dan tidak menyedari adanya peperangan yang terjadi disekitarnya, namun datang hasilnya kepada baginda berupa kemenangan dari Allah dalam bentuk angin yang keras lagi dingin. Hal tersebut tidak masuk dalam perkiraan mereka. Nabi saw juga membuat strategi yang begitu terperinci dan baik pada ketika akan melakukan hijrah ke Madinah, namun pada saat orang-orang kafir sampai ke Gua Tsur tempat nabi dan sahabatnya bersembunyi Allah memberikan pertolongan di luar konsep dan strategi yang dibuat oleh nabi saw dengan memalingkan pandangan mata orang-orang kafir.

Saudara-saudara kita para mujahidin di Palestin dan lainnya yang sedang menghadapi berbagai kesukaran dan dugaan untuk mendatangkan pertolongan Allah dan kemenangan dari arah yang tidak mereka sangka setelah menyempurnakan dan menunaikan sebab-sebabnya. Contohnya sangatlah banyak. Namun rumusan yang kita harapkan kepada Allah agar memberikan manfaat dalam agama dan dunia kita dalam perbincangan ini, iaitu:

  1. Keikhlasan niat untuk Allah semata-mata, kerana dengannya kita mendapat ganjaran, taufik dan pertolongan serta kemenangan.
  2. Ketika tercapai apa yang kita inginkan, maka kita memuji Allah SWT di atas kurnia dan taufik yang telah diberikan kepada kita.
  3. Jika tidak tercapai apa yang kita harapkan, kita menyakini bahwa ganjaran telah ditetapkan untuk kita, dan kita memohon semoga Allah SWT mentaqdirkan kita kebaikan, di manapun dan bagaimanapun, kemudian Allah meredhai kita.
  4. Terus melakukan tugas dalam apa jua keadaan setelah memastikan keselamatan mengambil segala sebab, dan menggemblingkan seluruh potensi yang menngukuhkan bahawa segala amal perbuatan hanya kerana Allah, kerana selama amal untuk Allah maka akan kekal dan sampai kepada-Nya.
  5. Kita masih ingat sikap Hajar yang melakukan berbagai sebab dengan lari tujuah kali, yang mana pada setiap larian tidak mendapatkan hasil yang diinginkan. Namun beliau tidak putus asa dan terus berlari sehigga berlaku seperti yang diinginkan oleh Allah untuknya dari berbagai kebaikan dan anugerah.
  6. Kita masih ingat wasiat Rasulullah saw untuk kita bahwa baginda bersabda

“Jika terjadi kiamat dan di tangan salah seorang dari kamu ada benih yang boleh ditanam maka tanamlah”.

Ini adalah saat-saat akhir dunia dan bahkan benih berarti penanaman pohon kurma yang tidak berbuah kecuali setelah bertahun-tahun lamanya, dan tidak ada hasil yang diharapkan kecuali kesinambungan dari amal positif dan menunaikan tugas dan menggapai ganjaran yang telah dijanjikan.

Wahai umat Islam di mana saja kalian berada…

Wahai para generasi dakwah dari ikhwah dan akhwat…

Allah telah mengurniakan kita semua untuk sentiasa ikhlas, sentiasa beramal, sentiasa berharap dan sentiasa memohon penerimaan doa. Justeru teruslah kalian bergerak dan beramal di jalan dakwah. Semoga Allah memberkati kalian… Semoga Allah memberikan taufik kepada kalian dan tidak menyia-nyiakan amal ibadah kalian, dan semoga Allah SWT memberikan ganjaran yang terbaik dari apa yang telah kalian lakukan…

Allah Akbar dan segala puji hanya milik Allah
Wassalamu’alaikum warahmatullah wabarakatuh

http://www.ikhwanonline.com/Article.asp?ArtID=75645&SecID=213

Wednesday, December 8, 2010

Risalah Mursyid: Kewajipan kita beramal, Natijah dari Allah

Risalah dari Prof. Dr. Muhammad Badie’, Mursyid am Ikhwan Muslimin,  3/12/2010

 Alhamdulillah, selawat dan salam ke atas Rasulullah , keluarga dan para sahabat baginda, serta siapa yang mengikuti jejak langkah baginda sehingga hari Akhirat.

Tidak syak lagi bahawa dakwah kepada Allah dalam setiap aspeknya berdiri atas beberapa perkara asasi yang diceduk dari kitab Allah dan sunnah RasulNya (s.a.w). Allah mentaklifkan kita dengan dakwah kepada-Nya. Allah mentaklifkan tanggungjawab penting ini lalu Dia menegaskan bahawa Dia tidak akan membebankan seseorang itu melainkan apa yang mampu ditanggungnya. Jika begitu, dakwah kepada Allah adalah wajib dalam setiap jenis dan wasailnya yang pelbagai. Firman Allah bermaksud:

“Serulah ke jalan tuhan kamu dengan penuh hikmah, nasihat  yang baik dan berdialoglah kamu dengan cara yang terbaik”. (An-Nahl: 125).

Kewajiban dakwah ini wajib dilaksanakan mengikut keupayaan setiap individu samaada lelaki ataupun perempuan, di mana setiap individu wajib melakukan dan tidak dikecualikan walaupun sesorang itu mempunyai keuzuran.

Firman Allah yang maksudnya:

“Tiada menjadi kesalahan kepada orang-orang yang lemah, orang yang sakit dan orang yang tiada apa yang boleh mereka sedekahkan (untuk tidak pergi berjihad di jalan Allah) sekiranya mereka melakukan nasihat kepada Allah dan RasulNya, dan orang Islam tiada mempunyai alasan dari jalan Allah ini, dan Allah Maha Mengampuni dan Penyayang.

Ini kerana taklif ini merupakan kesinambungan dari tanggungjawab kita memikul amanah Islam itu sendiri, sejak kita menyerah diri kepada Allah Tuhan sekalian alam.

Firman Allah yang bermaksud:  

Katakan (Wahai muhamad) inilah jalanku yang aku dan siapa yang mengikutku seru kepada Allah di atas cahaya yang terang , Maha suci Allah dan tidaklah aku tergolong dari kalangan orang yang syirik (Yusuf:108).

Malah golongan jin telah memahami hakikat taklif ini apabila mereka dibacakan al-Quran oleh Rasulullah s.a.w.. Mereka terus melaksanakan taklif ini serta merta selepas itu.

Firman Allah yang bermaksud:

Apabila mereka hadir (ke tempat Rasulullah membaca al-Quran ini) mereka berkata (sesama mereka) : Diamlah. Apabila baginda selesai, mereka pulang memberi amaran kepada kaum mereka (berdakwah). (Al-Ahqaaf:29)

Kekasih Agung ini telah melaksanakan taklif ilahi dalam setiap keadaan dan suasana, mengambil peluang dari setiap peluang yang ada, hatta ketika baginda dan kaum muslimin berada di Mekah dalam keadaan dizalimi dan tertekan. Baginda bersabda yang bermaksud: Siapakah di antara kamu yang sanggup melindungi aku sehinggakan aku dapat menyampaikan dakwah tuhanku? Selepas itu baginda masuk ke Mekah di bawah perlindungan Mut’eim bin Adi, seorang musyrik.

Baginda mengambil peluang dari salah satu adat masyarakat jahiliah yang positif, yang menyatakan bahawa perlindungan seperti ini perlu dihormati. Malah baginda juga pernah bersekutu dengan pembesar-pembesar masyarakat walaupun ada perbezaan, demi matlamat yang baginda, iaitu untuk menghindar kezaliman dari setiap orang yang dizalimi. Dengan itu baginda masuk dalam satu Hilf (mamorandum) di mana setiap pihak akan komitmen dengan nilai-nilai mulia ini dalam Hilful Fudhul di rumah Uthman bin Jad’aan.

Baginda juga mengambil faedah dari perhimpunan seluruh qabilah arab di sekitar Baitullah yang mulia. Begitu juga perhimpunan di pasar-pasar samada pasar barangan ataupun pasar sastera dan syair. Perkara ini telah dilakukan oleh nabi-nabi terdahulu seperti Nabi Nuh yang disebut contohnya dalam al-Quran. Baginda menggunakan setiap wasilah dakwah dalam setiap suasana walaupun berhadapan dengan segala tekanan yang ada.

Firman Allah bermaksud:

Wahai tuhan, aku telah menyeru kaumku siang dan malam, kemudian aku menyeru meraka secara terang-terangan, kemudian aku menjelaskan dakwahku lalu selepas itu aku berdakwah secara rahsia pula (9: Nuh)

Generasi muslimin terdahulu telah melaksanakan amanah risalah ini dan menyampaikannya kepada generasi demi generasi, sebagaimana yang diberitahu oleh Rasulullah: Ilmu ini akan dipikul oleh setiap generasi khalaf kepada kelompok yang selepasnya, dengannya dapat menafikan penyelewengan orang yang melampau, kesesatan orang kafir dan pentakwilan orang yang jahil. Baginda juga memberikan berita gembira bahawa contoh ikutan ini akan sentiasa memikul amanah dan risalah ini sehingga hari qiamat, walau apapun kesusahan , tekanan dan juga halangan dari syaitan jin dan manusia.

Sabda baginda yang bermaksud: Sentiasalah ada kelompok dari umatku ini orang yang menzahirkan kebenaran , tidak merasa mudarat dengan orang yang menentang mereka danmengecewakan mereka sehinggalah datang keputusan Allah dalam keadaan mereka sedemikian.

Terdapat dua kalimah yang disebut oleh hadis Rasulullah yang mulia ini. Kedua-duanya  bukannya sinonim bahkan setiap satu daripadanya memberikan maksud berbeza yang kita perlukan dalam jalan dakwah ini, dapat menyimpulkan masalah yang amat penting dihadapi oleh amal jamaie ini.

Kalimah pertama (khalafahum = bermaksud : orang yang menentang mereka) iaitu orang yang sedari awal tidak bersama mereka, melakukan penentangan terhadap jalan untuk menyampaikan dakwah tuhan mereka. Manakala perkataan kedua, (man khazalahum bermaksud orang yang mengecewakan mereka). Kalimah ini memberi maksud bahawa ada orang yang bersama mereka beberapa ketika di jalan dakwah kepada Allah, kemudian menyeleweng dari meneruskan perjalanan ini samada kerana suasana tertindas yang amat kronik ataupun kerana fitnah kemewahan.

Ternyata apa yang diberitahu oleh Rasul yang benar dan dibenarkan ini telah benar-benar berlaku kepada jamaah yang diberkati ini , sepanjang jalan dan usianya yang panjang, samaada secara menegak atau melintang dan samada dari aspek geografi atau sejarah.

Ustaz al-Banna rhm telah mengikuti sumber yang mulia ini, lalu beliau memimpin pengikutnya ketika menjadi mursyid pertama jamaah ini, untuk mengikut manhaj Rasulullah. Beliau berusaha sedaya upaya bersama keikhlasan dan pengorbanan serta ikatan yang kukuh dengan setiap peribadi jamaah, sehinggalah mereka menjadi umpama satu bangunan yang tersusun , amat sukar untuk dirobohkan dan dibinasakan.

Namun perkara yang mesti kita fahami ialah: Allah ‘Azzawajalla tidak mentaklifkan kita untuk mendapatkan natijah kerana dalam banyak ketika, amal kita tidak mendapat natijah yang diingini walaupun selepas memberikan seluruh daya dan usaha. Justeru jiwa manusia akan merasa putus asa. Namun contoh sepatutnya telah ditunjukkan oleh Rasul Qudwah, ketika berhadapan dengan tekanan bahkan penindasan yang paling perit ketika di Taif. Walaupun baginda pergi ke Taif hanya untuk menyeru mereka kepada Allah dan redha-Nya tanpa upah/ganjaran.

Baginda hanya menginginkan hidayah kepada mereka seperti dalam doanya: Ya Allah , berikan hidayah kepada kaumku kerana sesungguhnya mereka tidak mengetahui.  Juga sepertimana firman Allah yang bermaksud: Wahai kaumku, kenapa kertika aku menyeru kamu kepada kejayaan, kamu pula menyeru aku kepada neraka? (Ghafir 41)

Juga firman-Nya bermaksud:

Aku tidak meminta ganjaran (dengan dakwahku ini) kerana ganjaranku hanyalah dari Allah (Yunus 72).

Allah berfirman kepada baginda: Kami telah ketahui bahawa kata-kata mereka telah menyakiti kamu, tetapi mereka sebenarnya tidak mendustaimu sahaja bahkan mereka yang zalim ini ingkar dengan ayat-ayat Allah. ( Al-Anaam 33).

Firman-Nya juga: Sesungguhnya kewajiban kamu hanyalah menyampaikan (As-Syuraa:48)

Kita bersaksi bahawa baginda  s.a.w telah menyampaikan risalah dan menunaikan amanah sebaik mungkin sepertimana yang ditaklifkan oleh Allah, moga-moga Allah memberikan ganjaran dengan sebab kita dengan ganjaran terbaik yang diberikan kepada seorang nabi kerana umatnya (yang mendapat hidayah). Rasulullah telah menceritakan kepada kita bahawa ada nabi a.s. yang dibangkitkan pada hari qiamat dalam keadaan tiada seorang pun yang menyahut seruannya. Lihatlah nabi Nuh, nabi Allah yang paling panjang umurnya dan seorang nabi Ulul Azmi. Baginda  berdakwah dalam kaumnya selama 950 tahun dengan hanya segelintir sahaja yang menyahut seruannya.

Allah juga telah membezakan antara mengambil inisiatif dan sebab dengan mendapat natijah dalam firman-Nya yang bermaksud: Maka berjalanlah dipenjuru-penjuru (bumi untuk berusaha) dan makanlah dari rezeki-rezekinya (al-Mulk:15). Rasulullah dan para sahabatnya telah menggali parit ketika baginda tidak menguasai situasi pertembungan yang berlaku sekitarnya. Namun datang kemenangan Allah dengan bantuan angin dan itu bukan dalam jangkaan mereka. Rasulullah juga telah membuat strategi yang terperinci dan mengambil segala sebab musabab yang terdaya dalam peristiwa hijrah namun akhirnya pihak kafir sampai juga ke muka gua persembunyian baginda. Selepas itu datang kemenangan kepadanya dan sahabatnya itu di luar lakaran strategi baginda dengan pengaburan pandangan mata orang-orang kafir ketika itu.

Saudara mujahidin kita di Palestin dan seumpamanya di setiap tempat, menanggung kesusahan yang amat perit, namun pertolongan dan kemenangan dari Allah datang dalam apa yang mereka tidak jangkakan. Kemenangan ini datang selepas mereka mengambil seluruh sebab musabab yang patut. Banyak contoh-contoh dalam perkara ini, namun kesimpulannya kita mohon dari Allah agar memanfaatkan kita dengannya di dalam agama dan dunia kita dalam perkara berikut:

1.      Ikhlas niat kepada Allah kerana dengannya kita diberikan ganjaran, kita mendapat kejayaan dan kemenangan

2.      Jika kita mencapai apa yang kita inginkan, kita akan memuji Allah kerana kurniaan dan taufiq-Nya

3.      Jika tidak, sesungguhnya pahala kita telah ada di sisi Allah, kita memohon kepada-Nya  agar mentaqdirkan kebaikan kepada dan meredhai kita.

4.      Penerusan dalam menunaikan kewajiban dalam setiap keadaan selepas yakin dengan kelancaran sebab yang kita ambil, dan usaha sedaya mungkin. Ini menegaskan bahawa amal adalah kerana Allah kerana apa yang dilakukan kerana Allah akan berpanjangan dan berterusan.

5.      Kita sentiasa mengingati pendirian ibu kita Hajar yang mengambil inisiatif dan asbab, dengan berlari-lari sebanyak tujuh pusingan untuk mencari air. Dalam setiap pusingan, apa yang dihajatinya masih tidak berlaku. Namun beliau terus berlari sehingga kehendak Allah iaitu kebajikan yang melimpah berlaku kepadanya.

6.      Kita juga sentiasa mengingati wasiat Rasulullah s.a.w. kepada kita dalam sabdanya: Jika berlaku qiamat dan ditangan seorang dari kamu ada semaian, makatanamkanlah ia... Lihatlah, ketika dunia berada di penghujung, sementara semaian yang disemai hanya akan mendatangkan hasil selepas beberapa tahun yang panjang. Sememangnya tiada hasil yang dapat dijangkakan dari perintah baginda itu, kecuali meneruskan sikap positif, melaksanakan kewajiban dan mendapatkan pahala.

Wahai muslimin di segenap tempat, wahai anak-anak dakwah dari ikhwah dan akhawat! Allah telah memberi rezeki kepada kami dan kamu dengan keikhlasan dan amal yang berterusan serta  ketekunan, pengharapan serta penerimaan yang berpanjangan. Berjalanlah dengan keberkatan dari Allah. Allah akan memberikan taufiq kepada kamu dan tidak akan mencuaikan amal-amal kamu. Allah akan beri ganjaran kepada kamu dengan izin-Nya dengan perkara yang lebih baik dari apa yang kamu ketahui.  

Allahuakbar wa lillahil Hamd. Wassalamualaikum wrh wbh. 


Artikel asal: http://www.ikhwanonline.com/Article.asp?ArtID=75645&SecID=213

Sunday, December 5, 2010

Risalah Mursyid: Haji: Suatu KembaraTarbawi



Risalah dari Dr. Muhammad Badie’, Mursyid Am Ikhwan Muslimin, 05-11-2010

Dengan nama Allah. Segala puji hanya bagi Allah, selawat dan salam ke atas Rasulullah saw, beserta keluarga dan sahabatnya serta orang-orang yang mengikutinya dengan benar hingga hari pembalasan…selanjutnya:
Allah SWT berfirman:

“Sesungguhnya rumah yang mula-mula dibangun untuk (tempat beribadat) manusia, ialah Baitullah yang di Mekah yang diberkahi dan menjadi petunjuk bagi semua manusia. Padanya terdapat tanda-tanda yang nyata, (di antaranya) maqam Ibrahim; Barangsiapa memasukinya (Baitullah itu) menjadi amanlah dia; mengerjakan haji adalah kewajiban manusia terhadap Allah, Yaitu (bagi) orang yang sanggup Mengadakan perjalanan ke Baitullah. Barangsiapa mengingkari (kewajiban haji), Maka Sesungguhnya Allah Maha Kaya (tidak memerlukan sesuatu) dari semesta alam”. (Ali Imran:96-97)

Diriwayatkan oleh Imam Bukhari dari Abu Dzar ra dia berkata: saya bertanya: Ya Rasulullah, masjid manakah yang pertama kali dibangunkan di muka bumi ini? Beliau bersabda: “Masjid Al-Haram” Aku bertanya lagi: Lalu apa? Beliau bersabda: ” Masjid Al-Aqsa.” Aku bertanya lagi: berapa jarak antara keduanya? Beliau bersabda: “Empat puluh tahun, dan di manapun kamu berada dan tiba waktui solat maka solatlah kerana ia merupakan masjid”.

Wahai umat Islam dimana kalian berada..Wahai para hujjaj di Baitullah al-Haram,

Situasi umat Islam dan Negara-negara Islam ketika ini telah berada dalam keadaan yang lemah dan berpecah seperti yang diingini musuhn-musuhnya seperti zionis dan lain-lainnya, di mana kehormatan diperlekeh, tempat-tempat suci dirampas, ke mana saja umat Islam menoleh dan mengarahkan wajahnya, maka kelihatan darah mengalir terutama di negeri-negeri muslim hasil tangan musuh-musuhnya dan juga kerana perang saudara yang berlaku sesama sendiri yang sengaja disuburkan oleh Zionis dan Amerika serta talibarut-talibarutnya untuk membangkitkan peperangan di antara mereka, seperti yang berlaku di di Palestin, Iraq, Somalia, Yaman, Mauritania, Afghanistan, Pakistan dan Kashmir .. dan sebelumnya juga berlaku di Chechnya, Bosnia dan Herzegovina, Kosovo sebagai bukti nyata akan hal tersebut.

Kita dapat lihat bahwa kezaliman telah meluas di negeri Islam secara keseluruhan sehingga kerosakan, kekerasan, kekejaman yang melampaui batas, dan sebagai amaran tentang bahaya kejahatan yang tiada henti .. menjadi penghambat, bahkan menjadi penghalang bagi semua orang yang ingin menghilangkan kekejaman dari menimpa umat Islam, yang berusaha melawan orang-orang zalim dan membetulkannya, menentang sebarang bentuk kezaliman, mendedahkan kerosakan dan para pelaku kerosakan, dan semua orang yang berusaha melakukan perubahan, atau berusaha untuk menjadi sebaik-baik umat, atau bekerja untuk mengembangkan dan membangkitkan, meraih kemuliaan dan kedudukannya kembali.

Berbagai laporan antarabangsa menegaskan bahwa negara-negara Islam adalah Negara yang banyak berlaku tindakan kerosakan, menular berbagai penyakit dan berleluasa kejahilan. Pada masa yang sama umat sedang menikmati kedudukannya yang istimewa, sumber alam dan kekayaan yang melimpah-ruah, sumber tenaga manusia yang besar. Sekiranya kita menggunakannya dengan baik maka kitapun mampu menjadi Negara yang maju. Hal tersebut bagi Allah yang Maha Perkasa tidak menjadi masalah. Sebenarnya tidak jauh dari kita jika kita mahu melakukan apa yang Allah perintahkan seperti syiar, syariat dan agenda-agendanya secara baik dan sempurna, dan menjadikan kitabullah dan Sunnah Rasul-Nya serta bimbingan para sahabat sebagai titik tolak menuju kebangkitan umat dan asas kepada binaannya yang dilakukan di atas kebenaran dan keadilan.

Wahai para hujjaj di Baitullah al-Haram…

Situasi umat hari ini memerlukan kita semua –bagi siapa yang sedang diberikan kemudahan menunaikan ibadah haji, dan bagi siapa yang di negerinya dibelenggu penindasan - untuk tunduk dan berserah kepada Allah dengan penuh kejujuran dan keikhlasan bagi menyatukan barisan kita dan suara kita, memberikan bimbingan kepada rakyat dan pemerintah menuju kebaikan Islam dan umat Islam, demi kebaikan Negara dan rakyat, bahkan demi kebaikan umat manusia seluruhnya, bekerja dalam satu barisan untuk kebangkitan umat dan mengangkat derjatnya, dan menegaskan akan doa ini kepada mereka yang berada di Arafah, dan kepada mereka yang dimuliakan Allah untuk melakukan tawaf di sekeliling Ka’bah dan kepada seluruh umat Islam yang berada di hari Arafah ketika ini.

Haji adalah kembara hati untuk menambah bekalan taqwa

Wahai umat Islam…
Haji bukanlah sekadar kembara seperti kembara lainnya, bahkan bukan hanya kembara yang disertai anggota tubuh saja menuju Mekah, tetapi ia merupakan kembara rabbani, kembara menuju cahaya, kembara hati dan seluruh ruh yang berusaha menuju Allah sebagai Pencipta, kerana dapat berhubung dengan sumbernya, dan memberikan bekal dengan sebaik-baik bekal iaitu taqwa kepada Allah..

“(Musim) haji adalah beberapa bulan yang dimaklumi, Barangsiapa yang menetapkan niatnya dalam bulan itu akan mengerjakan haji, Maka tidak boleh rafats, berbuat Fasik dan berbantah-bantahan di dalam masa mengerjakan haji. dan apa yang kamu kerjakan berupa kebaikan, niscaya Allah mengetahuinya. Berbekallah, dan Sesungguhnya Sebaik-baik bekal adalah takwa dan bertakwalah kepada-Ku Hai orang-orang yang berakal”. (Al-Baqarah:197)

Pada ketika umat mempunyai bekal taqwa dan menggantungkan kekuatan hanya kepada Allah SWT, maka sudah tentu umat tidak akan dikalahkan, bahkan dapat menikmati hidup dengan aman dan tenteram, dan dapat menaungi seluruh masyarakat di atas keadilan, kesemanaan dan kasih sayang.

Haji adalah kembara tarbawi

Haji sepanjang sejarahnya merupakan kembara yang menghubungkan seorang muslim dengan rasul-rasul Allah yang mulia yang telah menempuh rintangan dan melalui jalan yang sukar terutama bapa para nabi, Ibrahim a.s untuk mendirikan Baitullah dan mensucikannya, memberikan petunjuk kepada manusia yang tersesat menuju jalan yang lurus. Marilah kita renungkan sejenak beberapa pelajaran yang dapat kita petik dan mesti diambil oleh setiap muslim sehingga Allah berkenan merubah jiwa dan keadaan mereka… di antaranya adalah:

1. Tauhid dan keikhlasan

Nabi Ibrahim telah menyerahkan jiwanya untuk Allah, dan membersihkan dari selainnya:

“Ketika Tuhannya berfirman kepadanya: “Tunduk patuhlah!” Ibrahim menjawab: “Aku tunduk patuh kepada Tuhan semesta alam”. (Al-Baqarah:131)

Dan Rasul kita saw mendapatkan petunjuk mengikuti agama nabi Ibrahim AS

“Katakanlah: “Sesungguhnya aku telah ditunjuki oleh Tuhanku kepada jalan yang lurus, (yaitu) agama yang benar, agama Ibrahim yang lurus, dan Ibrahim itu bukanlah Termasuk orang-orang musyrik”. Katakanlah: Sesungguhnya sembahyangku, ibadatku, hidupku dan matiku hanyalah untuk Allah, Tuhan semesta alam. Tiada sekutu bagiNya; dan demikian Itulah yang diperintahkan kepadaku dan aku adalah orang yang pertama-tama menyerahkan diri (kepada Allah)”. (Al-An’am:161-163)

Sejak hari pertama Rasulullah saw menyeru penduduk Mekah kepada tauhid ini. Baginda berkata kepada mereka:

“Ucapkanlah kata “La ilaha Illallah” (tidak ada tuhan selain Allah) niscaya kalian akan beruntung”.

Maka Quraisy berasa takjub dari kalimat tauhid ini dan mereka berkata:

“Mengapa ia menjadikan tuhan-tuhan itu Tuhan yang satu saja? Sesungguhnya ini benar-benar suatu hal yang sangat menghairankan”. (Shaad:5)

Bagi kita sebagai individu dan umat akan mencapai kemenangan jika kita mahu menghayati tauhid yang murni dan membebaskan diri dari kesyirikan, dan jeritan para hujjaj dengan penuh keyakinan adalah:

لبيك اللهم لبيك، لبيك لا شريك لك لبيك، إن الحمد والنعمة لك والملك لا شريك لك
“Aku penuhi panggilanmu ya Allah aku penuhi.. aku penuhi panggilanmu tiada sekutu bagimu aku penuhi penggilanmu, sesungguhnya segala puji, nikmat dan kekuasaan hanyalah milikmu semata, tiada sekutu bagi-Mu”

Hal tersebut bermakna bahwa saya tunduk kepada-Mu, taat kepada perintah-Mu, siap sedia memikul seluruh amanah-Mu, taat hanya untuk-Mu, berserah diri tanpa ada paksaan dan keraguan. Membuktikan ketundukan dan ketaatan mutlak kepada segala perintah Allah pada ketika mengerjakan amalan-amalan tanpa mengetahui maksudnya (tujuan), seperti mencium Hajar Aswad, melontar Jumrah, hanya karena taat kepada Allah. Oleh sebab itu, Umar bin Khattab ketika mencium Hajar Aswad berkata:

“Demi Allah, saya sadar bahwa engkau adalah batu yang tidak memberikan manfaat, seandainya aku tidak melihat Rasulullah saw menciummu, maka Akupun tidak akan menciummu”.

2. Penyerahan sepenuhnya hanya kepada Allah

Melalui ibadah haji kita dapat belajar tentang penyerahan sepenuhnya kepada Allah. Justeru, orang yang mengerjakan haji telah mengeluarkan diri dari hartanya, rumahnya dan negerinya untuk memenuhi panggilan, kemudian setelah itu melepaskan pakaian dan perhiasan dunia untuk melakukan ibadah wukuf, yang tidak ada perbezaan, semuanya sama di hadapan Allah Tuhan semesta alam, tidak ada perbezaan antara yang kaya dan miskin, pembesar dan rakyat jelata, tetapi timbangan antara adalah:

“Sesungguhnya yang paling mulia di antara kalian disisi Allah adalah Taqwa”. (Al-Hujurat:13)

3. Mengingatkan tentang akhirat dan bekerja untuknya

Dalam peristiwa yang agung ini mengingatkan kita tentang akhirat, pada saat seluruh manusia berdiri di hadapan Allah, Tuhan semesta alam dalam keadaan berkaki ayam, bertelanjang dan belum bersunat (kulup) seperti baru dilahirkan oleh ibu mereka, seluruhnya berdiri untuk Allah, untuk dihisab segala perbuatan mereka dan apa yang telah diperbuat oleh anggota tubuh mereka.

4. Tawakkal hanya kepada Allah

Bahwa haji memberikan bekal kepada setiap muslim untuk yakin dan sentiasa bertawakkal hanya kepada Allah, yang telah menghancurkan batu dengan air untuk diberikan kepada nabi Ismail dan ibunya, dan telah mengabulkan permohonan nabi Ibrahim a.s sehingga seluruh hati-hati manusia rindu dengannya, dan menganugerahkan rezeki kepada mereka:

“Dan mereka berkata: “Jika Kami mengikuti petunjuk bersama kamu, niscaya Kami akan diusir dari negeri kami”. dan Apakah Kami tidak meneguhkan kedudukan mereka dalam daerah Haram (tanah suci) yang aman, yang didatangkan ke tempat itu buah-buahan dari segala macam (tumbuh- tumbuhan) untuk menjadi rezki (bagimu) dari sisi Kami?. tetapi kebanyakan mereka tidak mengetahui”. (Al-Qashash:57)

Seorang muslim yang ingin memperolehi redha Allah maka mesti kembali kepada kembara ini, di samping dirinya percaya bahwa Allah tidak akan membiarkan umatnya, sekalipun di tengah bumi yang tandus dan gersang, di samping ibu Ismail, “Hajar” ketika menyedari dirinya dan anaknya ditinggalkan di bumi tersebut atas perintah Allah, lalu dirinya berkata: “Jadi Allah pasti tidak akan membiarkan kami”.Oleh kerana itu Allah tidak membiarkan keluarganya.

5. Perjuangan dan pengorbanan

Kenapa seorang muslim ragu dalam berkorban di jalan Allah, padahal dirinya mengetahui bahwa nabi Ibrahim a.s telah diperintah menyembelih anaknya lalu mentaatinya, sedangkan anaknya juga rela, dan ibunya pun tidak takut terhadap perintah Allah tersebut..

“Maka tatkala anak itu sampai (pada umur sanggup) berusaha bersama-sama Ibrahim, Ibrahim berkata: “Hai anakku Sesungguhnya aku melihat dalam mimpi bahwa aku menyembelihmu. Maka fikirkanlah apa pendapatmu!” ia menjawab: “Hai bapakku, kerjakanlah apa yang diperintahkan kepadamu; insya Allah kamu akan mendapatiku Termasuk orang-orang yang sabar”. (As-Shaffat:102)

Sesungguhnya Allah telah membeli jiwa dan harta kita, dan memberikan kita syurga yang harganya sangat mahal. Justeru bagaimana mungkin kita bakhil kepadaNya padahal Dia adalah pemilik jiwa kita dan kita tidak memiliki apa-apa:

“Sesungguhnya Allah telah membeli dari orang-orang mukmin diri dan harta mereka dengan memberikan surga untuk mereka”. (At-Taubah:111)

Jika nabi Ibrahim begitu taat terhadap perintah untuk menyembelih anaknya, maka jawapannya pun dengan penuh keyakinan berupa hadiah dan anugerah:

“Dan Kami tebus anak itu dengan seekor sembelihan yang besar”. (As-Shaffat:107)

Oleh sebab itu, marilah mentaati perintah dengan ‘menyembelih’ hawa nafsu yang sentiasa mengajak kepada kejahatan, yang selalu membawa setiap muslim untuk malas berkorban, berjuang dan berjihad, sehingga Allah memberikan balasan kepada kita, dan Allah telah memberikan kebaikan kepada kita, memberikan ilham berupa taqwa. Marilah kita ‘membunuh’ sikap pengecut, bakhil dan kedekut yang ada dalam tubuh kita, dan berlindung kepada Allah dari berbagai faktor kelemahan, sebagaimana yang telah diajarkan oleh Rasulullah saw kepada salah seorang sahabatnya untuk menghilangkan diri dari kegelisahan. Beliau bersabda:

“Katakanlah jika kamu berada pada pagi dan petang hari;” Ya Allah Aku berlindung kepada-Mu dari rasa gundah dan sedih, aku berlindung kepadaMu dari sikap lemah dan malas, aku berlindung kepadaMu dari sikap pengecut dan kedekut, dan aku berlindung kepada-Mu dari belenggu hutang dan dikuasai oleh orang”. Lalu sahabat tersebut berkata: maka sayapun melakukannya, lalu Allah menghilangkan dalam diriku rasa gundah dan melunasi segala hutangku”.

6. Kesatuan, persamaan dan persaudaraan

Pendirian yang menyatukan umat Islam dari semua lima benua dengan berbagai perbedaan bangsa dan warna, bahasa dan pangkat, untuk mengumumkan kepada dunia, memberikan gambaran yang nyata dan kukuh bahwa Islam adalah agama persamaan dan persaudaraan yang sebenarnya, seluruhnya berada dalam satu hati, satu pakaian, satu tempat, satu ikatan, dari sebelah timur hingga sebelah barat, dari Jepun, Cina, Amerika dan Eropah.

Ini merupakan perasaan yang melimpah ke atas pelbagai bangsa yang ada dimuka bumi; iaitu persaudaraan yang telah Allah satukan di dalam hati umat Islam.. Allah berfirman:

“Dialah yang memperkuatmu dengan pertolongan-Nya dan dengan Para mukmin, dan yang mempersatukan hati mereka (orang-orang yang beriman). walaupun kamu membelanjakan semua (kekayaan) yang berada di bumi, niscaya kamu tidak dapat mempersatukan hati mereka, akan tetapi Allah telah mempersatukan hati mereka. Sesungguhnya Dia Maha gagah lagi Maha Bijaksana”. (Al-Anfal:62-63)

Ikatan Islam ini merupakan satu ikatan suci di antara umat Islam yang telah Allah wajibkan ke atas kita. Umat Islam wajib saling bergabung dan membantu dalam keadaan senang dan susah, sempit dan lapang, bergabung dalam memantap dan memelihara serta berjuang demi kemaslahatannya, berkerjasama dalam menghilangkan penderitaan dan kesusahan yang terdapat pada setiap individu di antara mereka. Bekerja dengan sungguh-sungguh untuk menolak permusuhan yang berlaku di kalangan umat Islam, menyumbangkan yang terbaik untuk mendatangkan manfaat dan kebaikan, memberikan simpati dan empati kepada umat Islam yang mengalami kesedihan, gempa bumi atau kelaparan.

Dengan itulah maka akan tercerna kasih sayang, saling mengasihi dan menyayangi di antara mereka. Dari Nu’man bin Basyir berkata: Rasulullah sawa bersabda:

“Perumpamaan orang mukmin dalam hal berkasih sayang, saling cinta dan kelembutan adalah seperti satu tubuh jika menderita sakit salah satu anggota tubuhnya maka semua anggota tubuhnya akan terasa sakit meriang dan tidak bisa tidur”.

Justeru, perjumpaan tahunan dan perhimpunan tahunan untuk para delegasi Allah dan pemakmur Baitullah al-Haram merupakan seruan kepada seluruh umat Islam supaya mengukuhkan kesatuan dan muafakat sebagai solusi kepada perpecahan dan percakaran, saling menolong dan membantu sebagai ganti kepada saling mencemuh dan menghina, saling melengkapi, bertukar-tukar pengalaman dan manfaat sebagai solusi dari bergabung dengan musuh yang tidak pernah memperhatikan kita kecuali dengan pandangan hina dan benci. Umat Islam hendaklah merasa bahwa kesatuan adalah kekuatan dan keutuhan, tidak merasa rendah walaupun sebagai kaum minoriti ditengah mereka di mana pun mereka berada, tidak dihinakan dan tidak diharamkan hak-hak dan kebebasan mereka, tidak dirampas harta mereka, tidak dihalang dalam menunaikan kewajiban mereka. Ini kerana kaum minoriti di negeri mana pun sebenarnya berhubung dengan seluruh muslim lainnya yang berjumlah 1 billion ramainya yang akan bergerak untuk kepentingannya, menyatukan kekuatan bumi seluruhnya dalam rangka menghapuskan berbagai rintangan dan hambatan.

7. Sucinya darah dan harta

Realiti yang dialami oleh kita adalah melindungi darah sesama kita. Marilah kita mengulang sabda Rasulullah saw yang disampaikan semasa haji Akbar:

“Sesungguhnya darah kalian, harta kalian haram (suci) sebagaimana sucinya hari kalian ketika ini, pada bulan ini dan di negeri yang suci ini hingga kalian bertemu dengan Tuhan kalian. Ketahuilah apa yang saya sudah menyampaikan?”. Mereka berkata:Ya. Baginda bersabda: “Ya Allah saksikanlah, maka yang menyaksikan hendaknya menyampaikan kepada orang yang tidak hadir, kerana betapa banyak orang yang menyampaikan lebih memahami dari orang yang hanya mendengar. Janganlah setelah saya (wafat) kalian kembali pada kekufuran dan sebahagian kalian menyerang yang lainnya”.

Disini kami ingatkan kepada umat Islam di seluruh pelosok dunia Islam tentang kesucian darah, harta serta kehormatan mereka, dan hendaklah seseorang berhati-hati dari perhiasan dan tipu daya syaitan dalam menumpahkan darah saudaranya sesama muslim atau manusia lainnya tanpa alasan yang benar atau menghalalkan kehormatan, atau hartanya dengan alasan yang kabur dan penuh tipu daya:

“Untuk membinasakan mereka dan untuk mengaburkan bagi mereka agama-Nya. dan kalau Allah menghendaki, niscaya mereka tidak mengerjakannya, Maka tinggallah mereka dan apa yang mereka ada-adakan”. (Al-An’am:137)

Begitu indah dan menakjubkan perjanjian yang dilakukan oleh Nabi saw ini, yang diumumkan pada hari Arafah.. perjanjian yang jika ditaati oleh orang-orang yang sedang saling membunuh, saling menumpahkan darah sebahagian mereka dengan yang lainnya tanpa alasan yang benar tentulah akan berhenti darah dari terus mengalir dan berhenti pula peperangan dengan segera…

“Dan di hari (kemenangan bangsa Rumawi) itu bergembiralah orang-orang yang beriman, karena pertolongan Allah. Dia menolong siapa yang dikehendakiNya. dan Dialah Maha Perkasa lagi Penyayang”. (Ar-Ruum:4-5)

Allah berada di sebalik semua tujuan ini. Dialah pemberi petunjuk ke jalan yang lurus.

http://www.ikhwanonline.com/Article.asp?ArtID=73364&SecID=213

Saturday, December 4, 2010

Tiada sebarang kritikan, bahkan ditegur pun tidak - AS dan Mesir

Rabu, 1 Disember 2010

Bolehkah dunia menutup mata terhadap semua penyelewengan sepanjang pilihanraya Mesir? Penipuan, kekerasan dan rasuah begitu jelas di depan mata sehinggakan AS terpaksa menggambarkan pilihanraya kali ini sebagai 'membimbangkan'.

Tapi apakah yang mereka bimbangkah?

Apakah mereka bimbang dengan rakyat marhain miskin yang tertindas? 

Atau apakah mereka bimbang dengan kediktatoran kesayangan mereka di Timur Tengah yang semakin kehilangan pegangan dalam keseimbangan kuasa yang begitu sensitif?

Ataukah, mereka bimbang dengan IM, yang walaupun kali ini kehilangan hampir semua kerusi tetapi berjaya mempertahankan kuasa popular dan pengaruh dan bahawa sesungguhnya kebenaran nyata dilihat di pihak IM.

Lantas dengan itu menyebabkan mereka, AS, secara diam-diam merestui penipuan, penyelewengan dan semua kebiadaban yang mengiringi ciri-ciri seperti itu?

Memang, banyak yang perlu dibimbangi oleh AS.

Beberapa penganalisis bimbang bahawa IM sedang didorongi ke ‘bawah tanah’ atau mungkin akan memilih untuk meninggalkan dasar ‘tanpa kekerasan’ mereka dan dengan itu menyelusuri jalan fanatik yang sering dikunjungi oleh begitu banyak kelompok minoriti yang terkecewa di seluruh dunia.

Tapi mereka tidak perlu khuatir kerana IM telah membuktikan saban kali bahawa mereka akan tetap berpegang dengan pendirian ‘tanpa kekerasan’ meskipun diprovokasi secara yang menggelisahkan. Lagipun, dek kerana mereka telah diisytiharkan sebagai sebuah entiti haram buat satu tempoh yang lama, IM mengenali kaedah bawah tanah, tapi  aparat dan kaki bantai rejim yang berkuasa ternyata  lebih  ganas dengan aparat dan kaki bantai mereka.

Dalam cubaan keras mereka menyerap kehebohan dan kebocoran maklumat dari Wikileaks, AS kelihatan hanya mampu sekadar memerhati fakta yang didedahkan. Kerana itulah sifat kebenaran, ia akan terserlah jua. Jadi sekarang jaminan AS yang kononnya berniat untuk menyuarakan kebimbangan mengenai pilihanraya kepada kerajaan Mesir, jatuh bukan saja pada telinga pekak malahan telinga yang kebingungan.

Anak jati Amerika, Philip Crowley, memiliki latar belakang yang mantap dalam hal-ehwal keganasan dan beliau diberi kepercayaan oleh Presiden Obama  sebagai Pembantu Setiausaha Negara untuk Hal Ehwal Umum pada tahun 2009. Ketika ditanya tentang penyalahgunaan kuasa secara terbuka oleh sekutu baiknya Mesir, Crowley mengatakan bahawa hubungan antara kerajaan Mesir dan rakyatnya sendiri adalah sangat penting sehingga ia menyekat peranan AS untuk 'menyuarakan keprihatinan' dan ini harus dilakukan, 'bila perlu.'

Tapi tiadakah kuasa atau pengaruh AS ke atas Mesir selain menghulurkan bantuan kewangan?

Mungkin ancaman untuk menarik balik bantuan ke atas Mesir akan memotivasikan rejim itu untuk mengikut garis panduan dan memenuhi janjinya untuk melaksanakan pilihanraya umum yang bebas dan adil.

Tetapi AS, tanpa malu dan teragak-agak enggan melakukannya, sebaliknya menegaskan kembali komitmen ‘mesranya’ dengan Mesir. Hal ini menyebabkan kita bertanya-tanya apakah lagi kezaliman yang perlu berlaku di Mesir sebelum AS membuat pendirian definitif dan seterusnya mencuba bersungguh-sungguh untuk membasmi rasuah?

Selain itu, AS tampaknya cukup yakin dengan keupayaannya, atau keupayaan kerajaan Mesir, untuk mengawal sebarang tindakan 'bawah tanah' atau 'kekerasan'. Melihat kepada fakta-fakta sekitar pilihanraya sekarang, ia ungkapan yang sesuai untuk menggambarkan rejim yang berkuasa, bukannya IM.

Pada dasarnya, kelihatan bahawa AS tidak mengambil pusing langsung tentang apa yang terjadi kepada rakyat Mesir, masalah kesopanan dan keadilan politik. Sebaliknya AS memilih untuk memejamkan mata terhadap isu-isu yang kontroversi, hanya menumpukan kepada bidang-bidang yang dipersetujui antara AS dan Mesir, mengakui bahawa mereka dan Mesir ‘pada umumnya boleh bertentang mata’, dan mereka menikmati kerjasama perisikan yang erat dan berkesan'. Rejim yang terlebih sensitif itu akan melenting jika dikritik oleh AS dalam setiap masalah panas yang menampakkan integritinya diragui.

Tapi, mungkin Mesir tidaklah sangat berharga kepada AS seperti yang disangkanya kerana tanpa bantuan luar negara, tanpa sokongan penduduk, dan tanpa moraliti, Mesir hanyalah  sekadar menjadi sekutu Amerika Syarikat yang ‘keras kepala dan tak beradab'.

Hidup dengan masing-masing terpaksa bergantung harap kepada orang lain biasanya tidak begitu selesa, tetapi bagi AS dan rejim Mesir pada waktu-waktu seperti pilihanraya ini, saling bergantung harap  sebegini di antara  mungkin sesuatu yang perlu.

Artikel asal: http://www.ikhwanweb.com/article.php?id=27379
 

My Blog List

FIKRAH & DAKWAH Copyright © 2009 Blogger Template Designed by Bie Blogger Template