Wednesday, September 15, 2010

Ucapan Tahniah dan Pesanan Sempena Eidul Fitr

Tahniah dan Pesanan

فضيلة الأستاذ الدكتور محمد بديع

Risalah daripada Prof. Dr. Mohammad Badie’ Mursyd Am Ikhwan Muslimin

Segala puji hanya bagi Allah, selawat dan salam ke atas rasul, keluarga dan para sahabat dan orang-orang yang mengikutinya. Adapun selepasnya:

Kami dengan penuh keikhlasan mengucapkan tahniah kepada semua umat Islam di seluruh pelosok dunia sempena ketibaan Eidul Fitri al-Mubarak dengan mengharapkan Allah mengembalikan kita dan seluruh muslimin lebih dekat dengan Allah, lebih kekal di atas ketaatan dan menggolongkan kita di antara orang yang diberi pemeliharaan oleh Allah dan dibebaskan dari api neraka. Begitu juga kita memohon Allah mengembalikan kita dan bangsa Arab yang beragama Islam, membebaskan negeri-negeri kita dan membersihkannya daripada penjajah, menjadikan warganya bebas di negeri mereka, mengembalikan Palestin kepada rakyatnya dan mereka bergembira bersama umat Islam lain mendirikan solat di Masjid al-Aqsa sama seperti mereka bergembira mendirikan solat di Masjid al-Haram dan Masjid Nabawi. Hanya Allah yang memiliki kemuliaan.

Wahai umat Islam di mana jua,

Eid adalah kegembiraan yang dinikmati setelah menyempurnakan ibadah dan ketaatan. Bagi para muslimin dalam setahun mereka merayakan dua Eid iaitu Eidul Fitri dan Eidul Adha. Kedua-duanya dirayakan setelah menyempurnakan salah satu rukun dan salah satu ibadah fardu dalam Islam. Eid sebagai satu tanda yang jelas bahwa kegembiraan orang Islam selepas menyempurnakan ketaatan lebih dirasai berbanding kegembiraaan dalam semua urusan dunia. Asas kegembiraan mereka ialah seperti yang dinyatakan di dalam firman Allah bermaksud:

“Katakanlah: "Dengan kurnia Allah dan rahmat-Nya, hendaklah dengan itu mereka bergembira. kurnia Allah dan rahmat-Nya itu adalah lebih baik dari apa yang mereka kumpulkan". (Yunus: 58)
Inilah tetamu mulia yang dinikmati oleh para muslimin pada hari-hari tertentu dengan ketibaannya yang bersinar dan masanya yang dipenuhi kebaikan untuk kita dan kemudian meninggalkan kita dengan jalannya yang penuh makna.

Adakah kita akan bergembira di akhirat nanti seperti kita bergembira semasa Eidul Fitiri di dunia. Dari Abu Hurairah r.a, nabi saw telah bersabda:

“Firman Allah dalam hadith Qudsi : “Puasa adalah perisai. Setiap amalan anak Adam adalah untuknya melainkan puasa kerana ia adalah untuk Ku. Aku yang akan mengganjarinya. Apabila seorang daripada kamu berpuasa maka janganlah ia menuturkan kata-kata yang buruk (keji) dan janganlah memekik-mekik tidak tentu hala . Apabila ia dimaki atau dicabar untuk bergaduh oleh seseorang hendaklah ia berkata saya berpuasa, saya sedang berpuasa. Demi jiwa Muhammad di tanganNya, bau mulut orang yang berpuasa lebih\ harum daripada bau kesturi di sisi Allah. Bagi orang yang berpuasa akan memperolehi dua kegembiraan di mana kegembiraan yang pertama ialah semasa berbuka akan merasa gembira dan kedua apa bila bertemu dengan Allah dengan sebab puasanya”. (Bukhari)

Dan berilah pujian untuk Allah kerana mengurniakan hidayah dan taufik untuk melakukan ketaatan. Firman Allah:

“Karena itu, barangsiapa di antara kamu hadir (di negeri tempat tinggalnya) di bulan itu, Maka hendaklah ia berpuasa pada bulan itu, dan barangsiapa sakit atau dalam perjalanan (lalu ia berbuka), Maka (wajiblah baginya berpuasa), sebanyak hari yang ditinggalkannya itu, pada hari-hari yang lain. Allah menghendaki kemudahan bagimu, dan tidak menghendaki kesukaran bagimu. dan hendaklah kamu mencukupkan bilangannya dan hendaklah kamu mengagungkan Allah atas petunjuk-Nya yang diberikan kepadamu, supaya kamu bersyukur”. (Al-Baqarah: 185)

Iaitu supaya mereka mengingati Allah setelah mereka menyempurnakan ibadah puasa.
Begitu juga mereka disuruh mengingati Allah setelah selesai menunaikan ibadah haji. Firman Allah:
“Apabila kamu telah menyelesaikan ibadah hajimu, Maka berdzikirlah dengan menyebut Allah, sebagaimana kamu menyebut-nyebut (membangga-banggakan) nenek moyangmu, atau (bahkan) berdzikirlah lebih banyak dari itu”. (Al-Baqarah: 200)

Sama seperti kita disuruh membanyakkan zikir kepada Allah selepas solat Jumaat. Firman Allah:

“Hai orang-orang beriman, apabila diseru untuk menunaikan shalat Jum'at, Maka bersegeralah kamu kepada mengingat Allah dan tinggalkanlah jual beli. yang demikian itu lebih baik bagimu jika kamu Mengetahui. Apabila Telah ditunaikan shalat, Maka bertebaranlah kamu di muka bumi; dan carilah karunia Allah dan ingatlah Allah banyak-banyak supaya kamu beruntung”. (Al-Jumuah: 9-10)

Bahkan kita disuruh berzikir sebaik sahaja selesai solat fardu. Firman Allah:

“Maka apabila kamu Telah menyelesaikan shalat(mu), ingatlah Allah di waktu berdiri, di waktu duduk dan di waktu berbaring”. (An-Nisa’: 103)

Oleh itu terdapat sunnah nabi yang menyatakan galakan bertasbih, bertahmid dan bertakbir selepas solat wajib. Menurut Ibn Abbas: “Kami tidak pernah mengetahui amalan rasul saw selepas solat kecuali bertakbir”.

Wahai saudara yang dimuliakan di seluruh dunia,

Sesungguhnya kegembiraan muslim sebenar hanya apabila taatkan Allah dan apabila Allah memberi mereka taufik kepada ketaatan lalu mereka membesarkan Allah dan memuji-Nya (bertakbir dan bertahmid). Kemungkinan ini menjadi sebab Ikhwan Muslimin apabila Allah memberi mereka taufik atau mengumpulkan mereka di atas zikir dan dakwah, maka laungan mereka ialah “Allahu Akbar wa lillah il-hamd”..

Justeru, penuhilah wahai muslim masa anda dengan ketaatan. Sesuatu amalan kepada Allah tidak akan sempurna melainkan mengikut syarak sehingga akhirnya. Wahai mukmin sesuatu perbuatan baik tidak boleh terhenti melainkan perlu diikuti dengan perbuatan baik yang lain. Begitu juga anda menjadikan setiap hari sebagai Eid, bahkan setiap jam sebagai Eid yang dipenuhi dengan kegembiraan dan kemeriahan. Inilah yang disebut sebagai ‘orang yang saling berlumba-lumba dan orang yang saling berlumba-lumba’ antara ketaatan sedangkan ketaatan tidak menghalang untuk merasai kegembiraan dalam perkara diharuskan selagi tidak diharamkan oleh Islam.

Buat pejuang pembebasan di pusat-pusat tahanan dan penjara,

Kami sampaikan ucapan tahniah buat saudara-saudara yang kita kasihi pejuang-pejuang pembebasan di penjara Mesir, penjajah Zionis, Iraq dan sebagainya. Kita mohon kepada Allah supaya melepaskan dan membebaskan mereka dari tahanan dan memberi mereka peluang menikmati kebahagiaan semasa Eidul Fitri bersama bapa, isteri, ibu, anak-anak lelaki dan anak-anak perempuan dan saudara mara mereka dan diharapkan mereka menjadikan pengalaman yang ditempuh dan tidak ditempuhi dalam pertimbangan yang baik seluruhnya.

Buat pejuang pembebasan di Palestin,

Disamping itu kita sampaikan ucapan tahniah kepada saudara-saudara kita para mujahidin di Palestin dari laut sampai darat, kita juga memohon kepada Allah meneguhkan hati mereka, berdoa kepada Allah supaya mengikat hati-hati mereka, menghimpunkan anggota mereka dan menyatukan barisan mereka di dalam menghadapi Zionis yang menjajah bumi Palestin sebuah negeri Arab dan Islam.

Begitu juga kita berdoa supaya Allah mengurniakan mereka segala kebaikan dan keberkatan, Allah menolong mereka dengan tentera langit dan kemenangan. Kita sentiasa menghulurkan tangan kepada mereka sambil berkata: Tiada jalan membebaskan tanah air yang dirampas melainkan dengan jihad dan perjuangan, kita mengharapkan mereka bersatu padu sesama mereka dan terus berdiri di dalam satu barisan di dalam jihad menghadapi musuh, mententeramkan mereka bahwa setiap warga yang merdeka ialah yang saling bantu membantu dan berganding bahu. Ketahuilah wahai saudara yang dikasihi, bahawa keteguhan, kesabaran dan jihad kamu akan menggerakkan mereka yang memiliki hati nurani yang hidup dan merdeka di kalangan umat Islam mahupun yang bukan Islam. Pertolongan Allah sangat hampir. Allahu akbar wa lillah il-hamd

Saturday, September 11, 2010

Ucapan Tahniah dari Pimpinan Ikhwan sempena Eid Mubarak



Oleh: Ahmed Jundy

Sambutan Eid Mubarak bagi umat Islam dengan kemeriahan dan kegembiraan berbeza dari sambutan-sambutan yang lain, kerana Eidul Fitri di dalam Islam bukan sekadar mempunyai nilai-nilai kemasyarakatan yang menghubungkan umat Islam antara satu sama lain, tetapi sebagai ketaatan dan ibadah yang mendekatkan dengan Allah. Bahkan hari Eid Fitri al-mubarak ialah hari kemenangan, di mana Allah telah menyempurnakan pahala dan ganjaran untuk orang-orang Islam yang berpuasa dengan penuh ketaatan sepertimana orang-orang Islam sampai pada hari Eidul Fitri dengan penuh ketaatan dan ibadah yang mendekatkan diri kepada Allah.
Bagi saya sambutan Eidul Fitri mempunyai banyak nilai-nilai kemasyarakatan dan kemanusiaan kerana semasa Eid manusia bertemu dan saling bertaut hati-hati yang menghasilkan kasih saying dan kemesraan dan saling bersalaman antara satu samal lain. 

Begitu juga semasa Eid mengingatkan kita hak orang-orang miskin di dalam masyarakat Islam supaya kegembiraan turut dirasai oleh semua golongan . Inilah tujuan syariat seperti zakat fitrah semasa Eidul Fitri ini.
Adapun nilai kemanusiaan di hari Eidul Fitri terbukti di dalam penyertaan umat Islam keseluruhannya dengan merasai kegembiraan dan keriangan pada masa yang sama. Ini kerana jelas kesatuan mereka dan banyaknya perhimpunan dan pertemuan mereka. Apabila umat Islam bertemu dengan perasaan yang sama akan menguatkan ikatan pemikiran, semangat dan kemasyarakatan.

Hari Eid ialah hari keriangan dan kegembiraan bahkan orang-orang mukmin berhak menikmati kegembiraan di dunia dan akhirat kerana Allah memberi kelebihan kepada mereka dengan satu perlindungan berdasarkan firman Allah: 

“Katakanlah: "Dengan kurnia Allah dan rahmat-Nya, hendaklah dengan itu mereka bergembira. kurnia Allah dan rahmat-Nya itu adalah lebih baik dari apa yang mereka kumpulkan". (Yunus: 58)

Barisan pimpinan ikhwan amat menekankan ucapan tahniah kepada saudara-saudara mereka dan umat Islam seluruhnya setiap kali Eidul Fitri sebagau suatu cara untuk menguatkan hubungan silaturrahim dan ikatan pemikiran,semangat dan kesatuan antara mereka dan saudara-saudara mereka yang lain.

Dr.Rasyad Bayoumi

Beliau yang juga Naib Mursyid Am berkata: “Sempena hari bahagia saya ingin mengucapkan tahniah dengan ketibaan Eidul Fitri yang mulia dengan memohon Allah Taala mengembalikan kemuliaan dan kemenangan kepada mereka, dan mencapai impian mereka dan menerima amal soleh mereka. Beliau mengkhususkan ucapan kepada  saudara-saudara yang berada di sebalik jeriji dengan mengucapkan tahniah dan selamat sambil memohon Allah mengembalikan mereka dalam keadaan selamat dan sihat kepada keluarga mereka serta membahagiakan keluarga dengan kepulangan mereka. 

Dr. Muhammed Morse

Dr. Muhammed Morse anggota Maktab Irsyad dan jurucakap resmi mengucapkan tahniah dengan nama kesatuan umat Arab dan Islam bersempena Eidul Fitri al-Mubarak sambil memohon Allah mengurniakan kemenangan kepada ummah, membebaskan bumi Iraq daripada penjajahan terkutuk, menamatkan kepungan yang kejam ke atas Gaza, melumpuhkan Zionis dan sekutunya, Allah memuliakan para pejuang, mengembalikan Masjidil Aqsa, menyatukan perjuangan rakyat Palestin sehingga permasalahan mereka dapat diselesaikan, bagi membebaskan tanah air mereka dan menghadapi musuh mereka dan musuh kita sedangkan di belakang mereka ialah rakyat yang berkorban demi mendapatkan hak-hak mereka sambil melaungkan “Berdiri teguhlah dan bersabarlah, kuatkan ikatan kamu..wahai saudara kami di Gaza”.

Dr. Morsey turut berpesan kepada Ikhwan di semua tempat, di mana mereka telah mengemblingkan tenaga di jalan dakwah sambil memohon Allah menerima amalan, waktu dan pengorbanan mereka. Beliau berkata: “Ketahuilah bahwa kamu dengan kurniaan Allah berada di atas kebenaran dan kita wajib mengorbankan segala yang bernilai dan seluruh jiwa demi kemaslahatan akidah dan tanah air kita. Semoga Allah meneguhkan kamu dan kita semua di atas kebenaran serta mengurniakan kebaikan di dunia dan akhirat..

Begitu juga beliau turut mengucapkan tahniah dan salam buat Ikhwan yang dikurung khasnya yang dipenjarakan oleh undang-undang tentera yang kejam. Mangsa yang paling utama ialah Ir. Khirat Syatir, naib Mursyid Am Ikhwan Muslimin dan seluruh anggota Ikhwan yang lain dengan menegaskan bahwa mereka adalah golongan yang paling mulia di sisi Umat Islam biarpun undang-undang menzalimi mereka kerana kuasa Allah mengatasi tujuh petala langit di mana Allah pasti akan menghukum dan membalaskan kekejaman mereka. Segala pengorbanan mereka pada jalan meninggikan panji kebenaran dan pengislahan sekali-kali tidak akan lenyap. Mereka sebenarnya berdagang dengan Allah
dengan jiwa dan harta mereka. Dengan izin Allah perniagaan mereka tidak akan sia-sia. 

“Sesungguhnya Allah Telah membeli dari orang-orang mukmin diri dan harta mereka dengan memberikan surga untuk mereka. mereka berperang pada jalan Allah; lalu mereka membunuh atau terbunuh. (Itu Telah menjadi) janji yang benar dari Allah di dalam Taurat, Injil dan Al Quran. dan siapakah yang lebih menepati janjinya (selain) daripada Allah? Maka bergembiralah dengan jual beli yang Telah kamu lakukan itu, dan Itulah kemenangan yang besar”. (At-Taubah: 111)

Dr. Morsy berpesan kepada mereka yang menjadi tawanan dengan menegaskan bahawa ganjaran mereka dilipat gandakan insya Allah. Mereka adalah contoh pengorbanan, sumbangan dan ketaatan kepada apa yang diredhai Allah sambil mendoakan mereka supaya Allah meneguhkan pendirian mereka dengan menegaskan bahwa tahanan ini merupakan teladan dalam keteguhan, pengorbanan dan kesabaran di atas kesukaran dan ujian, bahkan mereka mempamerkan contoh kepada orang yang bekerja untuk Islam dan orang yang membela Islam. Mereka akan dibalas oleh Allah di atas apa yang menimpa mereka. 

Beliau mengatakan kepada mereka: “Kami pada hari yang mulia ini menyampaikan khabar gembira kepada kamu di atas kesabaran dan keteguhan kamu dengan ganjaran dan pahala di dunia dan akhirat, kerana sesuatu kezaliman adalah kegelapan yang pekat biarpun panjang tetap akan lenyap dan musnah sedangkan fajar kebenaran tetap akan menyingsing tidak lama lagi. Begitulah kehendak Allah yang Maha Perkasa. Firman Allah: 

"Dalam sedikit waktu lagi pasti mereka akan menjadi orang-orang yang menyesal." (Al-Hajj: 40)

Dr. ‘Issam ‘Iryan

Dr. ‘Issam anggota Maktab Irsyad turut memberi perutusan tahniah kepada mereka yang berpuasa yang melaksanakan ibadah puasa, qiam dan bersungguh-sungguh beribadah dan mendekatkan diri dengan Allah. Beliau memberikan tahniah khusus untuk ikhwah yang dikasihi yang berada di balik jeriji yang telah diperlakukan melalui undang-undang zalim yang telah merampas kegembiraan mereka dan keluarga mereka sempena Eid Mubarak ini sambil mendoakan supaya Allah memberikan kegembiraan di dalam tahanan, membebaskan mereka dan seterusnya bergembira merayakan Eidul Fitir bersama keluarga tersayang.
Beliau turut menambah bahawa Eidul Fitri adalah kegembiraan buat semua muslin yang tidak dicemari melainkan oleh darah-darah umat Islam yang mengalir di Somalia, Iraq dan Afghanistan, sama ada akibat tangan musuh atau tangan kumpulan-kumpulan tertentu yang kita tidak tahu siapakah disebaliknya, sambil memohon kepada Allah supaya menyempurnakan kegembiraan kita dengan pembebasan negeri-negeri Islam seluruhnya. 

Beliau turut mengucapkan tahniah khusus kepada Ikhwan Muslimin sambil mengharapkan Allah mendatang Eid yang akan dating dalam keadaan mereka lebih teguh keazaman dan tekad untuk melaksanakan syariat Allah, berjalan di atas landasan kebenaran dan membawa kebaiakan kepada semua manusia.

Dr. Muhammad Ali Basyar

Dr. Muhammad anggota Maktab Irsyad mengucapkan tahnia kepada Ikhwan yang berada di balik jeriji seperti Ir. Khirat Syatir, Hassan Malik, Shadiq Syarqawi, Ahmaed Syausyah dan Ahmad Asyraf sambil memohon Allah agar membebaskan mereka secepat yang mungkin dan juga semua saudara-saudara islam yang lain.


Beliau turut mengucapkan tahniah kepada Ikhwan Muslimin di seluruh dunia dengan mendoakan supaya meneguhkan agama ini dan membuka pintu hati sehingga kebaikan dan kebahagan tersebar di segenap ceruk kampung dan bandar kerana agama ini membawa penawar yang mampu mengubati penyakit yang melanda dunia hari ini.


Beliau juga berpesan kepada Ikhwan supaya menjaga hubungan dengan Allah, sentiasa membaca al-Quran, berdoa supaya Allah mengangkat segala bencana dan petaka yang melanda kita dan seterusnya Allah mengembalikan kedudukan umat Islam ke tempat yang tertinggi.


 
Sumber: http://zadud-duat.blogspot.com/2010/09/ucapan-tahniah-dari-pimpinan-ikhwan.html

Thursday, September 9, 2010

Anugerah dan Hadiah Ramadhan

Risalah daripada Prof. Dr. Mohammad Badie’ Mursyid Am Ikhwan Muslimin
Dengan nama Allah, selawat dan salam ke atas Rasulullah dan orang-orang yang mengikutinya. Selepasnya:

Kita masih mempunyai peluang

Perbincangan tentang hadiah bulan Ramadhan tidak akan menghentikan anugerahnya. Ketahuilah kita kini berada pada hari-hari akhir di bulan penuh keberkatan sebelum ianya berlabuh meninggalkan kita, iaitu 10 akhir Ramadhan yang menjadi tetamu Allah. Sekalipun dikenali dengan 10 hari akhir Ramadhan namun pada hakikatnya sebagai 10 hari awal dari tahun baru. Semuanya ada di bulan Ramadhan, di mana sunah beriktikaf, kehadiran malam Lailatul Qadr, ketibaan malam keampunan dan penyaksian hari hadiah.

Ayuhlah kita rebut kelebihan beriktikaf sebagai anugerah yang tidak ternilai iaitu hubungan yang erat dengan Allah, kemanisan iman, pembersihan dan keampunan. Iktikaf tidak lain hanyalah untuk mencapai maksud ini seperti yang dinyatakan oleh para ulamak dan seperti yang diamalkan dalam doa orang yang beriktikaf:

“Saya tidak akan tinggalkan dari berada di pintu rahmatMu sehingga Engkau mengampuni dosaku”.

Lakukanlah ibadah iktikaf yang lain walaupun selepas Ramadhan, namun bukan di mana-mana masjid kita tetapi di masjid nabi di mana solat satu rakaat menyamai seribu rakaat. Semua ini sebagai balasan demi kemaslahatan orang Islam, walaupun untuk beberapa detik sama ada Allah menerimanya ataupun tidak seperti yang dijanjikan oleh Rasulullah saw.

Perbanyakkanlah berdoa di malam Lailtul Qadr; anda memohon keampunan secara menyeluruh ke atas semua dosa. Anda semasa bertahajud memanjangkan munajat dengan doa:

اللهم إنك عفوٌّ كريم تحبُّ العفو فاعفُ عني

Dan anda memohon suatu kehidupan yang saling bertolak ansur dan saling memohon ampun sesame saudara Islam kerana disebabkan dua orang yang saling berbalah dan mencaci-maki Allah telah melupakan janjinya kepada nabi sebagai suatu hikmah tentang peri pentingnya menyatukan umat Islam di atas asas kasih saying dan menuntut ketaatan sebagai syarat untuk memperolehi keampunan dan penghapusan dosa.

Di dalam riwayat Bukhari dan Muslim menyebutkan sabda nabi saw:

“Barangsiapa yang menghidupkan malam Lailatul Qadr dengan penuh keimanan dan ketaatan pastilah dosa-dosanya yang terdahulu akan diampunkan”.

Daripada Umar bin al-Khattab r.a yang bergembira dengan hadiah Ramadhan pernah berkata:

“Selamat datang malam yang akan menghapuskan kita daripada dosa”.

Rebutlah hari-hari yang menghiburkan orang yang berpuasa dengan udara nyaman yang meninggikan jiwa mereka, udara segar yang membersihkan hati mereka dan merasai keindahan puncak ruh mereka selepas mengetahui bahwa para malaikat membantu mereka, menutup keburukan mereka dan memohon agar diberi keampunan dan penghapusan dosa berdasarkan sabda nabi saw:

“Para malaikat memohon keampunan kepada mereka sehingga waktu berbuka”. (Ahmad)

Rebutlah malam keampunan yang menyeluruh iaitu malam-malam akhir Ramadhan. Imam Ahmad meriwayatkan sabda nabi saw:

“Allah mengampuni dosa mereka pada malam-malam akhir Ramadhan”. Lalu ada sahabat yang bertanya: Adakah ia malam Laitul Qadr? Jawab nabi: Tidak, tetapi Allah tetap menyempurnakan pahalanya setelah selesai amalnya”.

Rebutlah peluang keemasan ini supaya tidak menyesal kerana menanggung kerugian yang amat besar berdasarkan sabda nabi saw:

“(Alangkah ruginya) seorang hamba yang mengetahui dan sangat dekat dengan Ramadhan tetapi berlalu (tanpa direbut dengan ibadah-ibadah) sedangkan dosa-dosanya tidak diampunkan”. (Muttafaq Alaih)

Ayuhlah orang yang mengetahui kelebihan Ramadhan..

Sesungguhnya pada diri kamu terdapat suatu khazanah yang sangat bernilai. Oleh itu memeliharanya adalah wajib pada waktu ini sehingga khazanah ini tidak dicuri dari kita selepas Ramadhan, bahkan rebutlah dengan hadiah-hadiah tambahan ini:

- Allah mengkhususkan dari ibadah puasa pahala dan anugerah. Menurut al-Baihaqi:

“Tiada seorangpun boleh mengambil pahala puasa sekalipun berbuat zalim. Tidak sama seperti ibadah dan amalam yang lain”.

- Amalan sunat berupa kemurahan hati akan memperolehi pahala yang tidak dihisab di mana Allah buka pintu kebaikannya dan menutup kejahatannya.
- Di antara kehidupan seharian yang menyeronokkan dan menggembirakan ialah meninggalkan akhlak keji dan menghiasi dengan akhlak mulia. Firman Allah:

“Katakanlah: "Dengan kurnia Allah dan rahmat-Nya, hendaklah dengan itu mereka bergembira. kurnia Allah dan rahmat-Nya itu adalah lebih baik dari apa yang mereka kumpulkan”. (Yunus: 58)

- Memenuhi siang hari dengan puasa dan malam hari dengan al-Quran. Keduanya adalah teman yang paling ikhlas kerana mampu memberi syafaat kepada kita nanti berdasarkan sabda nabi saw:

“Puasa dan al-Quran kedua-duanya akan membei syafaaat kepada seorang hamba pada hari Kiamat”. (Ahmad)

- Kaab bin Malik r.a pernah berkata:

“Barangsiapa yang berpuasa di bulan Ramadhan sambil dirinya berbicara bahwa apabila berbuka selepas Ramadhan untuk tidak lagi mahu melakukan maksiat kepada Allah nescaya akan dimasukkan ke dalam syurga tanpa sebarang masalah atau tanpa hisab. Barangsiapa yang berpuasa Ramadhan sambil dirinya berbicara bahwa apabila berbuka selepas Ramadhan untuk berbuat maksiat kepada Allah, maka puasanya sebenarnya tertolak”.

Wahai umat Islam..marilah kita rebut peluang ini

Ramadhan datang ke dunia kita untuk mengubah kepada dunia yang baru dalam semua perkara, baik di peringkat individu, keluarga, masyarakat mahupun negara meskipun penderitaan menimpa saudara kita di Palestin, Iraq dan Afghanistan. Kita tetap meraikannya dengan kegembiraan hati meskipun tekanan menimpa umatnya seperti konspirasi musuhnya, kerakusan musuhnya dan kejahilan penduduknya. Semua ini Allah mengkhususkan pada bulan ini bukan bulan-bulan yang lain. Di antara hadiah dan anugerah itu ialah:

1.Marilah kita mengisytiharkan taubat dari keadaan sedia ada

Seakan-akan bulan Ramadhan sebelum berlalu mengisytiharkan kepada orang-orang terpilih: Adakah kamu telah bersedia? Firman Allah:

“Jika mereka mau berangkat, tentulah mereka menyiapkan persiapan untuk keberangkatan itu”. (At-Taubah: 46)
Apakah persediaan kita? Inilah seperti seruan yang begitu dekat yang dilaungkan ke lubuk hati kita untuk kehidupan yang baru. Firman Allah:

“dan bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah, Hai orang-orang yang beriman supaya kamu beruntung”. (An-Nur: 31)
Apa yang kami maksudkan taubat kepada Allah berdasarkan keadaan kita ketika ini, taubat dari suatu kehidupan kepada kehidupan yang lain, dari satu pemikiran kepada pemikiran yang lain, dari satu harapan kepada harapan yanag lain. Alangkah perlunya dunia kita kepada Islam yang hidup di dalam hati nurani penganutnya, lelaki dan perempuan, tua dan muda sepertimana Islam pernah melekat pada hati dan pemikiran para sahabat yang mulia. Firman Allah:

“Muhammad itu adalah utusan Allah dan orang-orang yang bersama dengan dia adalah keras terhadap orang-orang kafir, tetapi berkasih sayang sesama mereka ”. (Al-Fath: 29)

Ayuh kita mulakan taubat dari kehidupan yang hina kepada kehidupan yang mulia (izzah), dari kehidupan yang ditempuhi sekarang kepada kehidupan yang mengembalikan kemuliaan dan kecemerlangan, dari kehidupan yang mundur dan tertinggal kepada kehidupan yang bekerja dan berjihad. Firman Allah:

“Dan orang-orang yang berjihad untuk (mencari keridhaan) kami, benar- benar akan kami tunjukkan kepada mereka jalan-jalan kami”. (Al-Ankabut: 69)

Ayuh kita mengisytiharkan taubat dari pemikiran yang pesimis kepada pemikiran yang optimis dalam menghadapi sebarang bentuk kezaliman, kerosakan dan penindasan, dari pemikiran putus asa kepada pemikiran semangat membara ke arah kesanggupan melakukan pengorbanan demi keamanan dan kesejahteraan. Firman Allah:

“Orang-orang yang beriman dan tidak mencampuradukkan iman mereka dengan kezaliman (syirik), mereka Itulah yang mendapat keamanan dan mereka itu adalah orang-orang yang mendapat petunjuk”. (Al-An’am: 82)

Kita menggalakkan taubat ini di kalangan manusia, dari harapan yang kecil dan mimpi yang lekeh kepada harapan yang besar dan mimpi yang agung dalam meneguhkan agama Allah dan mengukuhkan dunia dengan Islam. Firman Allah:

“Dialah yang Telah mengutus RasulNya (dengan membawa) petunjuk (Al-Quran) dan agama yang benar untuk dimenangkanNya atas segala agama”. (At-Taubah: 33)

2.Marilah kita jadikan suatu kehidupan yang berubah dan diperbaiki

Justeru perubahan dan pengislahan tidak mampu dicapai melainkan di sini, iaitu merebut hadiah dan anugerah ini dengan menyucikan jiwa, membersihkan dan mendidiknya supaya dalam ketaatan, Firman Allah:

“Sesungguhnya Allah tidak merobah keadaan sesuatu kaum sehingga mereka merobah keadaan yang ada pada diri mereka sendiri”. (Ar-Ra’d: 11)

Ia bertujuan supaya setiap individu merasai muraqabah dengan Allah dalam apa jua keadaan, membanyakkan zikir, tilawah al-Quran, doa dalam apa jua kesempatan dan membetulkan perjalanan hidup mereka di tengah masyarakat dari segi muamalah, akhlak, tingkah laku seperti soal kemurahan hati, pengorbanan dan penggemblingan tenaga. Firman Allah:

“Dan bersegeralah kamu kepada ampunan dari Tuhanmu dan kepada surga yang luasnya seluas langit dan bumi yang disediakan untuk orang-orang yang bertakwa”. (Ali Imran: 133)

3.Marilah jadilkan Eidul Fitri kita sebagai suatu kemerdekaan

Kemerdekaan dalam semua aspek hidup adalah maksud Eidul Fitri yang sebenar. Kemerdekaan individu dari kekolotan, kemerdekaan tanahair dari penguasaan kuasa asing dan kemerdekaan umat dari cengkaman pihak lain. Ketika hati menyatakan ubudiah kepada Allah sebenarnya suatu kemerdekaan dan pembebasan dari ketundukan kepada manusia dan ketakutan kepada mana-mana kuasa selain kuasa Allah. Firman Allah:

“Dan janganlah kamu cenderung kepada orang-orang yang zalim yang menyebabkan kamu disentuh api neraka”. (Hud:113)

Selama 30 hari di bulan Ramadhan adalah hari-hari pembebasan dan kemerdekaan yang tersemat kukuh di lubuk nurani kita erti kemerdekaan dan tertanam teguh di dalam ruh kita erti tanggungjawab supaya kita merasai seperti firman Allah:

“Kemuliaan adalah bagi Allah, rasul dan para mukminin”. (Al-Munafiqun: 8)

Menenggelamkan gambaran-gambaran hodoh berupa kekerasan, kezaliman, penipuan, penyamaran, perampasan, penyiksaan, menyekat kebebasan dan memalsu dan memutar belitkan fakta.

Marilah kita melaksanakan kewajipan kita yang paling utama sekarang

- Perancangan dan persiapan untuk kehidupan baru melalui strategi yang sesuai dengan hadiah dan anugerah yang terdapat di bulan ini yang diaplikasikan dalam program yang rapi kepada individu, keluarga dan masyarakat.

- Melengkapkan kemahuan dan keazaman yang mendorong kita untuk bekerja, keluar daripada kelemahan, menentang kelesuan. Justeru seluruh factor kejayaan tersedia seandainya lengkap kemahuan dan keazaman.

- Amalan tambahan..iaitu bergabung dan memberi sumbangan dalam usaha menyelamatkan tanahair kita, bersegera memberikan khidmat dan bertindas pantas untuk merebut waktu-waktu keemasan supaya keluar daripada kemalasan bekerja dan keengganan untuk bertindak.

Kita mohon kepada Allah sebagaimana Allah telah sampaikan kita kepada Ramadhan agar Allah menerima Ramadhan kita dan memakbulkan segala doa kita di bulan Ramadhan. Ya Allah, Amiin. Dan yang terakhir seruan kita adalah segala pujian hanya bagi Allah Tuhan sekalian alam.

http://www.ikhwanonline.com/Article.asp?ArtID=70145&SecID=213

Saturday, September 4, 2010

Mursyid Am : Sempena Memperingati Ghazwah Badar Al-Kubra

Risalah dari Prof. Dr. Muhammad Badie’ Mursyid Am Ikhwan Muslimin

Dengan nama Allah, segala puji hanya bagi Allah, selawat dan salam ke atas Rasulullah saw dan orang yang mengikuti selepasnya.

Ayuhlah kita mengenang semula Ghazwah Badar yang merupakan hari pemisahan, hari kemenangan sekelompok orang beriman yang sedikit bilangannya dan serba kekurangan persiapannya ke atas pembesar Quraisy yang sombong dan angkuh. Lalu Negara Islam yang baru muncul mula berakar umbi suatu hakikat yang terbukti dan kekalahan menimpa musyrikin Quraisy yang dirasuk keangkuhan, ketegaran dan kesombongan akibat kejahatan mereka.

Sempena peristiwa yang penuh keberkatan ini kita merenung sejenak keadaan kita dan keadaan umat kita yang lemah sambil bertanya: Adakah mungkin kita mampu mewujudkan Dua Badar sepertimana yang pernah dilakukan oleh para mukminin di Badar kerana Allah swt melihat kita dengan pandangan rahmat dan redha supaya kita menang seperti mereka telah menang?

Bersegera mempersiapkan diri

Sebahagian mukminin merasa cemas untuk menyahut seruan Rasul saw ketika berkata: “Kafilah dagang Quraisy membawa harta-harta mereka, keluarlah mendapatkannya mudah-mudahan Allah akan memberikan harta itu kepadamu”. Para mukminin berbelah bagi, setengah mereka bersegera menyahutnya dan sebahagian lagi merasa berat kerana mereka tidak percaya bahwa Rasulullah saw akan berjaya mendapatkannya. Namun apa yang berlaku kafilah dagang Quraisy telah terselamat sebaliknya para mukminin terpaksa bertemu tentera Quraisy yang mahu menghancurkan jamaah mukminah. Justeru peperangan tidak dapat dielakkan lagi. Nabi telah mengadakan mesyuarat dengan para sahabatnya. Lalu Saad bin Muaz pemimpin Bani Aus meluahkan pendapatnya:

“Sesungguhnya kami telah beriman denganmu dan kami telah membenarkanmu, dan kami telah bersaksi bahwa apa yang kamu bawa adalah benar. Kami telah memberikanmu janji dan kesetiaan kami untuk mendengar dan taat kepadamu. Teruskanlah mengikut kehendakmu ya Rasulullah seperti yang engkau kehendaki. Maka demi Dia yang mengutuskan dikau dengan kebenaran, seandainya engkau menyuruh kami mengharungi lautan ini pastilah kami akan mengharunginya bersama-sama engkau. Bahkan tiada seorangpun yang tertinggal dari kalangan kami. Kami sabar di dalam peperangan kami juga benar di dalam pertemuan. Maka gembirakanlah kami dengan keberkatan Allah”.

Contoh pujian Rasulullah saw kepada Saad seperti sabda Baginda bermaksud:

“Lelaki yang mengambil tali kendati kudanya setiap kali mendengar seruan suara keras yang sampai kepadanya”.

Kalaulah orang-orang muslimin yang terkemudian keluar ke Badar mengetahui bahawa akan berlaku pertembungan besar dengan musyrikin dan sejarah akan merakamkanpertembungan pada hari tersebut, pintu langit akan terbuka untuk menurunkan para malaikat yang berperang bersama para mukminin dan ruh-ruh para syuhada’ akan segera dinaikkan ke puncak langit, seandainya mereka tahu tentulah tiada seorang pun yang rasa berat untuk menyahut panggilan Rasulullah saw. Bahkan mereka akan bersegera dan berlumba-lumba menyahutnya.

Firman Allah swt bermaksud:

“Dan orang-orang yang beriman paling dahulu. Mereka Itulah yang didekatkan kepada Allah”. (Al-Waqiah: 10-11)

Bagi orang yang tertinggal mereka menanggung sebesar-besar kerugian kerana terlepas daripada menyertai Badar. Islam memberi keistimewaan kepada ahli Badar selepas itu. Keistimewaan ini sebagai jaminan dengan mengampun dosa yang dilakukan selepas Badar seperti yang dilakukan oleh Khatib bin Abi Balta’ah yang telah mendedahkan rahsia persiapan tentera muslimin untuk membuka Kota Mekah. Pada ketika Umar bin al-Khattab meminta izin dari Rasulullah saw untuk memenggal leher Khatib, Rasulullah saw bersabda bermaksud:

“Sesungguhnya Khatib bin Abi Balta’ah telah menyertai Badar. Tidakkah kamu ketahui bahawa Allah memberi keisimewaan kepada ahli Badar. Lalu Allah berfirman (Qudsi): “Lakukanlah apa yang kamu mahukan kerana Aku telah mengampunkan kamu”. (Muttafaq Alaih)

Bagi mereka yang terlepas dari menyaksikan Badar tentulah jiwanya merasa derita kerana mereka melihat kekurangan diri mereka yang tidak diampun melainkan ketulusan dalam tuntutan syahadah ketika awal jihad..Di antara mereka ialah Anas bin Nadhar yang berkata: “Sekiranya Allah swt memberi peluang kepadaku menyaksikan perang yang lain selepas ini bersama Rasulullah saw pastilah Allah swt kan melihat bagaimana saya melakukannya”. Begitulah kehebatan Anas yang berkata kepada sahabat yang lain dengan penuh adab dan warak dengan Allah swt. Kemudian beliau telah menyertai peperangan Uhud dengan penuh keberanian sehingga gugur syahid dan mendapat keredhaan Allah swt. Kepada beliau dan para sahabat yang lain Allah swt berfirman bermaksud:

“Di antara orang-orang mukmin itu ada orang-orang yang menepati apa yang telah mereka janjikan kepada Allah; Maka di antara mereka ada yang gugur. dan di antara mereka ada (pula) yang menunggu- nunggu[1208] dan mereka tidak merobah (janjinya)”. (Al-Ahzab: 23) Hadith Muttafaq Alaih

Serba kekurangan bukan penghalang orang beriman daripada menuntut kemuliaan

Sebenarnya tentera muslimin yang keluar untuk menawan kafilah dagang Quraisy tidak bersedia untuk pertempuran besar. Bahkan bilangan mereka tidak lebih dari 313 orang lelaki yang bersama mereka hanya 70 ekor unta yang baru tumbuh gigi dan dua ekor kuda. Tentera yang lain adalah pejalan kaki. Keadaan mereka seperti yang diungkapkan oleh nabi saw di dalam doanya bermaksud:

“Ya Allah, sesungguhnya mereka lapar, lalu Engkau kenyangkanlah mereka. Ya Allah, mereka berkaki ayam lalu Engkau berilah mereka kenderaan untuk dinaiki. Ya Allah, mereka tidak berpakaian, lalu Engkau berilah mereka pakaian. Ya Allah, mereka miskin, lalu Engkau berilah mereka kekayaan dengan kurniaan Mu”.

Biarpun menukar pendirian dengan situasi yang baru pada keadaan yang tidak bersedia kerana kafilah dagang yang ingin disekat telah terlepas namun mereka tetap menyakini diri mereka untuk menghadapi tentera musyrikin Quraisy yang berjumlah tiga kali ganda. Mereka mempunyai dua pilihan sama ada menerima cabaran dan bersedia untuk bertempur tanpa mengira kekuatan yang ada atau mengutamakan keselamatan dan tidak menyahut cabaran Quraisy serta tidak menyertai peperangan yang diwajibkan ke atas mereka dan tidak memilih masa dan tempatnya..namun mereka memilih untuk berhadapan dan tidak mahu berundur serta memilih jihad yang diwajibkan ke atas mereka tanpa sedikitpun lari dari medan.

Bukankah sekian banyak si bacul mengutarakan hujah-hujah yang mengutamakan keselamatan pada setiap pendirian mereka dan si bacul dan pengecut menghiaskan hujah mereka dengan alasan hikmah, tanggungjawab dan rasional. Hujah-hujah ini kalau diterima oleh tentera muslimin di Badar, pastilah mereka akan terperosok ke dalam situasi yang penuh keuzuran dan helah, tetapi mereka mengutamakan pertembungan dengan tentera kuffar dan memilih hukum Allah yang merupakan sebaik-baik hukum..sama ada memperolehi kemenangan yang mengukuhkan kedudukan di hadapan golongan penindas dan penzalim atau memperoleh syahid yang dibukakan pintu syurga dan diberikan nikmat di dalamnya dengan keredhaan Allah  swt sebagai tempat tinggal yang kekal dan tidak bertukar.

Pendidikan melalui takdir Illahi yang penuh hikmah

Orang Islam pada awalnya tidak mahu berperang, seperti yang dijelaskan oleh Allah dalam firman-Nya bermaksud:

“Sedangkan kamu mengingnkan bahwa yang tidak mempunyai senjata untukmu. Tetapi Allah hendak membenarkan yang benar dengan ayat-ayat-Nya dan memusnahkan orang-orang kafir sampai ke askar-askarnya. Agar Allah memperkuat yang hak (Islam) dan menghilangkan yang batil walaupun orang musyrik tidak menyukainya. Ingatlah, ketika kamu memohon pertolongan kepada tuhanmu, lalu diperkenankan bagimu, “Sunnguh, aku akan mendatangkan bala bantuan kepadamu dengan seribu malaikat yang datang berturut-turut. (Al-Anfal: 7-9)

Tenyata pilihan Allah swt lebih baik daripada pilihan mereka untuk diri dan nyawa. Mereka mahukan unta yang membawa harta dagang yang diperolehi daripada harta mereka yang dihilang, namun Allah menghendaki bala tentera musyrikin supaya menjadi kemenangan yang besar kepada muslimin ke atas musyrikin dan supaya muslimin dapat menulis di dalam lembaran sejarah yang penuh kegemilangan dan supaya mendidik umat melalui takdir Allah yang berbuat menurut hikmah dan kebijaksanaan-Nya.

Pimpinan mengutamakan syura dan menegakkan keadilan

Nabi saw adalah orang yang paling banyak bermesyuarat dengan para sahabatnya padahal nabi disokong oleh wahyu. Nabi mahu mendidik sahabatnya supaya meyakini bahawa mereka memikul risalah dan berkongsi tanggungjawab tentangnya, memahami perbezaan antara kemaksuman penyampaian risalah dan situasi perang dan tipu helahnya. Antaranya mesyuarat Hubaib bin al-Munzir dengan Rasulullah saw untuk mengubah kedudukan tentera kepada kedudukan yang lain yang lebih sesuai dari segi strategi ketenteraan. Mesyuarat Saab bin Muaz dengan Rasulullah untuk mengesyorkan orang Islam membuat tempat perteduhan yang selamat untuk Rasullah saw bagi memimpin pertempuran. Kadang-kadang Rasulullah menyokong pendapat keduanya jikalau baginda melihat ada kebenarannya bahkan baginda melihat tidak timbul sebarang masalah atau kesulitan..Inilah pimpinan mukminah yang membuka jalan kepada akal untuk berfikir dan mencipta, dan jalan kepada lidah untuk berkata dan bersetuju.

Tentera muslimin hanya memiliki 70 ekor unta yang baru tumbuh gigi. Justeru tiga atau empat orang berkongsi menunggang satu unta. Seorang menunggang dan yang lain berjalan kaki secara bergilir-gilir. Bahkah Rasulullah turut berkongsi unta dengan dua sahabat yang lain. Kedua-dua lebih rela berjalan kaki dan mengutamakan baginda menunggang unta. Namun baginda menempelaknya dengan berkata: “Anda berdua bukanlah lebih kuat dari saya. Saya tidak memerlukan upah dari anda”. (An-Nasai)

Mendapatkan kemenangan dengan berdoa

Imam Ahmad meriwayatkan dalam Musnadnya daripada Ali bin Abu Talib yang berkata: “Anda telah lihat kami dan pada malam itu kami hanya tidur, melainkan Rasulullah saw yang berada di bawah sepohon pokok sambil menunaikan solat dan menangis hingga subuh. Hal ini berlaku pada malam Badar..Baginda banyakkan membaca Ya Hayyu Ya Qayyum sambil sujud. Nabi saw turut menadahkan tangan ke langit sambil merintih kepada Tuhan dengan berkata:

اللهم إن تهلك هذه العصابة لا تعبد بعدها في الأرض، اللهم أنجز لي ما وعدتني، اللهم نصرك

“Ya Allah seandainya kelompok orang Islam ini tewas dan binasa maka tentulah selama-lamanya tidak akan ada orang yang akan menyembahMu di muka bumi ini. Ya Allah, berilah pertolongan seperti yang Engkau telah janjikan itu. Ya Allah kami mengharapkan pertolongan Mu ”.

Rasulullah saw menadah tangan ke langit sehingga terjatuh selendang dari bahunya. Lalu Abu Bakar berkata kepada nabi dengan rasa kasihan: “Wahai Rasulullah, sebahagian yang kamu rintihkan kepada Tuhanmu pastilah Allah saw akan perkenankan apa yang dijanjikan itu”.

Tindakan nabi saw berdoa dengan perasaan rendah diri kepada Allah swt bukanlah semata-mata kerana jamaah mukminah cintakan kelangsungan dan mahukan keselamatan tetapi kerana memikul risalah kebenaran kepada seluruh alam. Justeru kebimbangan nabi kepada kemusnahan jamaah mukminah ini kerana bimbangkan dunia akan terbiar tanpa tanda-tanda petunjuk dan cahaya kebenaran..Doa adalah pati kepada ibadah bahkan doa adalah ibadah. Rasulullah saw adalah penghulu sekalian hamba. Tidak hairanlah sekiranya kesan permohonan kepada Allah swt berlaku dengan pantas dan spontan. Firman Allah swt bermaksud:

“Ingatlah, ketika kamu memohon pertolongan kepada Tuhanmu, lalu diperkenankan bagimu, “Sungguh, aku akan mendatangkan bala bantuan kepadamu dengan seribu malaikat yang datang berturut-turut”. (Al-Anfal: 9)

Dengan sebab itu para malaikat tiba dari langit dengan berturut-turut di mana mereka berturutan antara satu malaikat dengan malaikat yang lain atau malaikat berturutan dengan para mukminin sebagai bantuan untuk mereka..Para malaikat turut sama berperang pada Hari Badar seperti yang diriwayatkan oleh banyak hadith.

Merasa ghairah untuk mendapatkan syurga

Perasaan ghairah untuk mendapatkan syurga telah menggerakkan mereka dan mereka tahu ketentuan syurga sebagai barang dagangan Allah swt yang sangat mahal. Ketika nabi saw mendorong para sahabat untuk berperang, baginda telah bersabda :

“Demi jiwaku di tangan-Nya, Tiada seorangpun yang akan pergi berperang yang berjuang dengan penuh kesabaran, pengharapan dan keredhaan, melainkan Allah akan memasukkannya ke dalam syurga”.

Ketika itu Umair bin Hamam terdengar ucapan nabi sedang di tangannya beberapa biji kurma yang hendak dimakan, lantas berkata: “Ahh, benarkah yang memisahkan di antara saya dan orang yang di masukkan ke syurga hanya dengan cara mati syahid? Kalaulah saya terus menghabiskan kurma ini, maka ia terlalu lama”. Kemudian Umair mencampakkan kurmanya dan bergegas memerangi tentera musyrikin hingga beliau gugur syahid dan memperolehi keredhaan Allah swt.

Persaudaraan akidah

Ahli Badar hanya meletakkan kesetiaan mereka kepada Allah. swt Mereka mendahulukan persaudaraan akidah lebih dari yang lain dan mereka yakin bahwa memantapkan barisan mereka sebagai alat kemenangan. Mus’ab bin Umair melalui seorang sahabat yang menawan saudara kandungnya yang masih musyrik, Abu Aziz bin Umair. Lalu Mus’ab berkata kepada sahabatnya: “Saya sokong anda menawannya kerana ibunya mempunyai harta dan kaya. Mudah-mudahan ibunya akan menebusnya darimu”. Kemudian saudara kandung Mus’ab yang tertawan memalingkan wajah ke arahnya sambil berkata: “Wahai saudaraku inikah wasiat anda dengan saya”. Lalu Mus’ab mengabaikannya sambil berkata: “Dia saudara saya (merujuk kepada sahabatnya) bukan kamu!!”.

Melalui persaudara akidah menghubungkan kita dengan semua negeri Islam yang tertindas. Kita lihat mereka di Palestin, Iraq, Somalia, Afghanistan dan lainnya. Musuh sangat rakus ke atas mereka dan mereka menyerahkan kepadanya dengan penuh kejujuran. Justeru ayuhlah kita jadikan dua Badar supaya kita lihat dari lubuk jiwa kita Allah lebih baik dalam menyelamatkan mereka dan menolong mereka??

Peringatan tentang keghairahan mendapatkan harta rampasan perang

Al-Quran tidak mengkhususkan surah dengan nama Badar – sepertiyang berlaku kepada surah al-Ahzab dan al-Fath – tetapi terdapat kisahnya ternukil di Surah al-Anfal..Jelasnya di sini terdapat fakta penting yang perlu diteliti.

Terdapat celaan Tuhan kepada ahli Badar lantaran perselisihan mereka dalam soal pembahagian harta ghanimah – anfal- secara lembut dan tegas pada satu perkara. Penamaan surah dengan nama ini bertujuan untuk memanjangkan penelitian tentang celaan tersebut dan perkara di sebaliknya..Walaubagaimanapun perselisihan mereka pada perkara yang tiada nas tentangnya daripada Allah dan Rasul. Justeru setelah turun ayat al-Quran yang menerangkan pembahagian harta ghanimah tidak timbul lagi sebarang perselisihan di kalangan mereka, bahkan mereka hanya berkata “kami dengar dan kami taat”. Bahkan kebanyakan kes mereka lebih rela melepaskan hak-hak mereka selepas suatu masa dahulu mereka rakus apa yang menjadi hak orang lain.

Jelasnya, proses terapi al-Quran ke atas suatu perkara begitu menakjubkan kerana disebutkan perselisihan mereka di awal ayat dalam surah al-Anfal bermaksud:

“Mereka menanyakan kepadamu tentang (pembagian) harta rampasan perang. Katakanlah: "Harta rampasan perang kepunyaan Allah dan Rasul, oleh sebab itu bertakwalah kepada Allah dan perbaikilah perhubungan di antara sesamamu; dan taatlah kepada Allah dan rasul-Nya jika kamu adalah orang-orang yang beriman." (Al-Anfal: 1)

Namun perselisihan tersebut tidak selesai melainkan selepas tiba pada ayat ke 41 surah al-Anfal:

“Ketahuilah, Sesungguhnya apa saja yang dapat kamu peroleh sebagai rampasan perang, Maka Sesungguhnya seperlima untuk Allah, rasul, kerabat rasul, anak-anak yatim, orang-orang miskin dan ibnussabil, jika kamu beriman kepada Allah dan kepada apa yang kami turunkan kepada hamba kami (Muhammad) di hari Furqaan, yaitu di hari bertemunya dua pasukan. dan Allah Maha Kuasa atas segala sesuatu”. (Al-Anfal: 41)

Sepanjang 40 ayat hanya menyebutkan suasana pertempuran dan menumpukan kepada pembinaan akidah umat. Kemudian perselisihan tentang harta ghanimah dapat diselesaikan hanya dalam satu ayat. Oleh itu perselisihan tentang kepentingan nafsu tidak mampu diubati dengan hukum yang panjang, bahkan hanya dengan mengubati jiwa manusia dan meluruskan yang bengkok sehingga berada di atas landasan yang lurus seperti yang dikehendaki oleh Allah kepada para mukminin..

Keperihatinan ayat-ayat yang memerintahkan supaya bertakwa kepada Allah, swt memulihkan hubungan silaturrahim dan mentaati Allah swt dan rasul ialah bekalan kemenangan yang sepatutnya diambil untuk mengukuhkan tunjangnya. Perselisihan hati para mukmin adalah permulaan kekecewaan yang hanya akan berakhir dengan menghancurkan factor-faktor kekuatan dan kemenangan umat seluruhnya.

Sesungguhnya orang-orang yang meraih kemenangan di Badar hanya berselisih tentang harta ghanimah yang diperolehi daripada pihak kuffar, sedangkan kita sekarang hanya menyerahkan ghanimah dan anfal kepada musuh umat!!

Ya Allah perbaikilah keadaan kami di bulan yang mulia ini. Berilah sebaik-baik balasan kepada Islam dan muslimin dengan ahli Badar dan kurniakan rezeki kepada kami dengan mengasihi mereka dan mengikuti mereka.

Firman Allah swt bermaksud :

“Sesungguhnya pada kisah-kisah mereka itu terdapat pengajaran bagi orang-orang yang mempunyai akal.”. (Yusof: 111)

Allah swt yang mengatakan kebenaran yang memberi petunjuk jalan yang lurus, Allah swt berselawat dan memberi salam dan keberkatan ke atas pemimpin kami Muhammad, saw keluarganya dan para sahabat seluruhnya.

Kaherah 16 Ramadhan 1431H bersamaan 26 Ogos 2010

Artikel asal: http://www.ikhwanonline.com/Article.asp?ArtID=69843&SecID=213

Sunday, August 29, 2010

Mursyid : Ramadan Bulan Membangun Kemahuan dan Kebebasan

Risalah dari Prof. Dr. Muhammad Badie’ Mursyid Am Ikhwan Muslimin

Segala puji bagi Allah swt, selawat dan salam ke atas junjungan kita Rasulullah saw, keluarga, para sahabat dan orang-orang mengikutinya.

Dengan limpahan cahaya Ramadan dan keharumannya yang semerbak, muncul di ufuk tentang kemuliannya yang dianugerahkan Allah  swt kepada kita kerana Ramadan adalah bulan al-Quran sebagai panduan untuk umat manusia.

Firman Allah swt bermaksud:

“Bulan Ramadan, adalah bulan diturunkannya Al-Qur’an sebagai petunjuk bagi manusia dan bukti yang jelas untuk petunjuk dan Al-Furqan” (Al-Baqarah: 185)

Di bulan Ramadan amal soleh dilipat gandakan, pintu-pintu syurga dibuka dan pintu-pintu neraka ditutup. Sabda nabi saw bermaksud:

“Apabila masuk ke bulan Ramadan pintu langit dibuka, pintu-pintu neraka ditutup dan syaitan dibelenggu”.

Pada bulan Ramadan terdapat Lailatul Qadar yang merupakan malam yang lebih baik daripada seribu bulan seperti sabda nabi saw bermaksud:

“Di dalamnya terdapat malam yang lebih baik daripada seribu bulan dan sesiapa yang tidak mendapat keberkatannya, maka ia merasai kerugian dan kekecewaan”.

Di bulan ini juga terdapat langkah mencapai maksud takwa dengan cara terbaik. Firman Allah swt bermaksud:

“Wahai orang-orang yang beriman telah diwajibkan ke atas kamu puasa sebagaimana orang-orang terdahulu sebelum kamu mudah-mudahan kamu bertakwa”. (Al-Baqarah: 183)

Rasulullah saw telah berdoa kepada orang yang menyedari Ramadan walaupun sekali tetapi tidak diampunkan dosanya dengan sabdanya: “merasai kerugian dan kekecewaan”.

Ramadan adalah bulan yang merakamkan kemenangan-kemenangan yang besar di dalam sejarah Islam yang silam dan baru. Di bulan ini berlaku kemenangan di dalam peperangan Badar al-Kubra, Fathul Mekah dan sebagainya daripada kemenangan yang mulia terutama kemenangan pada hari ke sepuluh Ramadhan di mana tentera memulakan pertempurannya ketika mereka sedang berpuasa. Kemungkinan di antara sebab kemenangan-kemenangan ini ialah mempraktiskan nilai-nilai yang sebenar dan luhur melalui puasa ke lubuk jiwa. Di antara yang paling utama dan jelas ialah pembebasan kemahuan dan keinginan dengan seluruh nilai-nilainya dan di dalam berbagai peringkat.

Di samping puasa bermatlamat untuk mencapai ketakwaan di dalam jiwa, puasa juga bermatlamat membangunkan kemahuan yang bebas. Oleh kerana itu intipati keikhlasan dan maksudnya ialah kebebasan daripada tunduk kepada semua kuasa selain Allah swt walaupun apa jua kuasa dan bentuknya. Justeru puasa adalah wasilah untuk membebaskan manusia daripada penyembahan kepada manusia, kebiasaaan dan syahwat. Orang yang mahu melatih supaya tidak mengikut – dengan pilihannya – kehendak syahwat dan nafsunya serta hanya taat kepada Allah swt, maka dia perlu membendung hawa nafsu dan kebiasaan-kebiasaannya dan akhirnya akan merasai kemenangan ke atasnya.

Perkara-perkara yang dilarang kepada orang yang berpuasa berkait dalam kehidupan seharian. Ini bertujuan mengukuhkan kesan dalam pentarbiahan kemahuan dalam dirinya untuk menjadikannya lebih kuat semasa latihannya, pembebasan daripada ikatan naluri dan tipu dayanya dan untuk menguatkan keazaman dan meneguhkan cita-citanya.

Oleh itu puasa membataskan kehendak jasad daripada mengatasi ruh dan kebendaan daripada mengatasi keinsanan dan perhambaan mengatasi kebebasan. Justeru kemahuan manusia ketika tunduk kepada kehendak dan ketentuan Allah tidak menyebabkan manusia mati atau kaku tetapi menghidupkan dan meneruskan peranan insan. Bagaimana seorang insan dikira menang ke atas syahwatnya yang halal sedangkan dia tewas di hadapan syahwat yang haram.

Oleh sebab itu puasa merupakan ibadah yang banyak mengukuhkan rohani dalam diri manusia, kerana puasa melemahkan syahwat lantaran tidak makan dan minum.

Dengan demikian tercapai tujuan untuk meningkatkan martabat ruh kepada benar-benar takutkan Allah  swt dan beriltizam dengan sepenuhnya apa yang dituntut dalam ibadah tentang disiplin, akhlak dan adab, di mana orang yang berpuasa sentiasa rasa diawasi oleh dirinya daripada perkara yang membatalkan puasa dan perkara yang haram dan ia tidak menunjuk-nunjuk (riya’) di hadapan orang tentang puasanya.

Ini kerana puasanya dapat mengubati daripada penyakit ini yang sangat dibimbangi oleh Rasulullah saw kepada kita yang dinamakan syirik kecil supaya ia menunaikannya dalam bentuk yang sempurna sepertimana yang dikehendaki dan disukai oleh Allah swt dan akhirnya sampai kepada darjat golongan rabbani yang mengagungkan ajaran Allah swt dalam perkataan dan perbuatan. Justeru seluruh pergerakan, diam, solat, ibadah, hidup dan mati mereka adalah semata-mata kerana Allah. Firman Allah swt bermaksud:

“Katakanlah, sesungguhnya solatku, ibadahku, hidupku dan matiku adalah untuk Allah Tuhan semesta alam”. (Al-An’am: 162)

Inilah pesanan nabi saw:

“Apabila seorang daripada kamu berpuasa maka janganlah ia menuturkan kata-kata yang buruk (keji) dan janganlah menjerit-jerit tidak menentu (hiruk pikuk). Apabila ia dimaki atau dicabar oleh seseorang hendaklah ia berkata saya berpuasa, saya sedang berpuasa”. (Bukhari).

Pesanan nabi saw ini mendidik muslim tentang kekuatan kemahuan dan menjadikan puasa sebagai wasilah untuk mengindahkan akhlak, menahan kemarahan, menghadapi berbagai penghinaan dan kejahilan dengan kemaafan dan lapang dada.

Seorang muslim di bulan Ramadan berbeza dengan hari-hari biasanya, terutama adat kebiasaannya dan membebaskan diri dari belengunya serta meninggalkan kebiasaannya yang dihalalkan oleh Allah swt. Kita lihat ia menahan daripada makan, minum dan memenuhi syahwat pada siang Ramadan kerana mentaati perintah Allah swt. Oleh sebab itu puasa di sisi seorang muslim sebagai lapangan yang terbaik untuk menguatkan kemahuan kerana lebih tinggi daripada memenuhi keperluan jasad kerana mengutamakan ganjaran dan pahala yang diberikan oleh Allah swt.

Antara Kemahuan dan Kebebasan

Jelas bahawa kemahuan atau kehendak ialah kekuatan yang terdapat dalam diri manusia yang membolehkannya berkata: “Ya” atau “Tidak” dengan kebebasan mutlak yang lahir daripada penyerahan diri kepada Allah swt semata-mata tanpa mensyirikkan-Nya dengan sesuatu ketika syahwat atau perasaan memanggilnya, ataupun orang zalim cuba menggunakan untuk tujuan dan kepentingannya. Ketika itu pemimpin dan ketuanya ialah ketakwaan kepada Allah swt dan mengharapkan redha-Nya. Keupayaan untuk menolak dan menahan lebih kuat daripada keupayaan untuk menerima dan menyahut. Oleh itu ketika kemahuan generasi pertama Islam bebas daripada tarikan nafsu dan syahwat serta melaksanakan nilai-nilai sebenar puasa dalam diri mereka, maka mereka layak mengecapi pertolongan Allah swt dan dunia tunduk untuk mereka. Justeru kalau kita mahu mencapai kemenangan maka kita sewajarnya membebaskan diri dan kemahuan kita seperti yang dilakukan oleh generasi terdahulu.

Demikianlah puasa mendidik manusia supaya merdeka dan bebas di dalam kehidupannya secara keseluruhan, di mana dia tidak tunduk kepada syahwat, tidak dikuasai oleh perasaan dan memiliki kemahuannya sendiri. Demikianlah puasa menjadikannya tuan kepada diri atau nafsunya dan memiliki hak memilih sama ada mahu atau tidak. Di samping itu juga manusia boleh mengembangkan kebebasan kemahuan, melatih dan membentuk perjalanan hidupnya dengan keteguhan, keazaman dan kecekalan tanpa rasa hina dan kerdil. Justeru puasa itu sendiri sebagai latihan kepada nafsu untuk dididik memiliki kemahuan kerana ia adalah ibadah kepada Allah  swt yang mendekatkan seorang muslim kepadaNya.

Bila orang Islam mengambil peluang di bulan yang berkat ini dengan menguatkan azam dan kemahuannya dan perubahan akan berlaku ke atas dirinya, suatu perubahan yang menusuk kalbu, meneguhkan sifat dan akhlak yang mantap yang bukan sekadar impin sahaja, selalu saling bantu-membantu bersama masyarakat yang sekaligus bergabung di dalam ibadah dan amal soleh ini. Oleh itu semua pihak bersama-sama di dalam melakukan perubahan yang turut membantu meluaskan kesan terhadapnya meliputi semua bidang dalam kehidupannya secara total. Di sini wujud perbezaan ketara antara saya menyertai aktiviti masyarakat dan masyarakat mengikuti saya dalam perkara kebaikan dan antara saya sebagai seorang yang tiada pendirian dan tidak memiliki kemahuan, kerana manusia ketika berada di suasana terakhir di sebut akan menyertai masyarakat di dalam perkara kejahatan jikalau mendapati ada orang yang melakukan kejahatan. Oleh sebab itu Rasulullah saw berpesan kepada kita dengan sabdanya bermaksud:

“Janganlah kalian menjadi orang yang tiada pendirian, kalian mengatakan: Jika manusia baik kami ikut baik, dan jika mereka zalim maka kamipun ikut zalim, namun mantapkanlah jiwa kalian; jika masyarakat baik kalian tetap melakukan kebaikan dan jika mereka melakukan kejahatan maka jangan ikut melakukan kezhaliman”. (At-Tirmidzi)

Manusia secara umum sentiasa wujud dalam dirinya dua kekuatan yang saling tarik menarik:
Pertama adalah maddiyah (material).. yang mana sumbernya adalah unsur material dalam pembentukannya, seperti tindakan yang lahir tidak sama dengan perilakunya jika hanya mementingkan material saja..Firman Allah swt bermaksud:

Hai orang-orang yang beriman, Apakah sebabnya bila dikatakan kepadamu: “Berangkatlah (untuk berperang) pada jalan Allah swt” kamu merasa berat dan ingin tinggal di tempatmu? Apakah kamu puas dengan kehidupan di dunia sebagai ganti kehidupan di akhirat? Padahal kenikmatan hidup di dunia ini (dibandingkan dengan kehidupan) diakhirat hanyalah sedikit”. (At-Taubah:38)

Kedua adalah ruhiyah (kerohanian) yang sentiasa mendorong kepada peningkatan tindakan terhadap apa yang kurang pada agama atau akhlaknya, yang dapat meninggikan derjat dari kehinaan dan kesalahan.

Ibadah dalam Islam bertujuan mendukung unsur-unsur kerohanian yang ada dalam diri manusia, sehingga dapat menyempurnakan kemenangan ke atas unsur material. Selagi unsur kerohanian kuat maka hubungan dengan Tuhannya akan lebih kukuh dan teguh. Di kesempatan ini ibadah puasa datang untuk mengukuhkan tarikan unsur kedua dan meneguhkannya di dalam jiwa. Orang yang berpuasa dapat melatih nafsunya dan membebaskan kehendak dari berbagai pengaruh, keinginan dan syahwat. Justeru dengan sendirinya akan mampu membebaskan dan memerdekakan kehendaknya.

Pengalaman yang agung ini yang melatih diri dengan kelaparan dan memerdekakan keinginan kepada perkara larangan dan memperkukuh keazaman melalui ibadah puasa dengan sendirinya akan memberikan kekuatan dan pengetahuan.

Ini kerana hal tersebut memberikan kesan yang sangat besar dalam mendidik peribadi muslim yang berpuasa, memperteguh dan membersihkannya dari anasir kelemahan, al-wahn (cintakan dunia dan takut mati) dan kelesuan. Dengan itu tercapai dalam diri kita “Muslim yang kuat dan dipercayai” yang merupakan peribadi yang paling dicintai oleh Allah sebagaimana yang pernah disampaikan oleh Rasulullah saw dalam sabdanya bermaksud:

“ Mukmin yang kuat lebih baik dan lebih dicintai Allah swt daripada Mukmin yang lemah. ” (Muslim)

Pembebasan di bulan Ramadan 

Ayuh kita jadikan bulan Ramadan sebagai peluang untuk menguatkan kehendak dan keinginan dan menjauhkan diri dari syahwat dan perkara-perkara yang diharuskan, kebebasan dari belenggu adat istiadat, sehingga kita menjadi orang mendapatkan rahmat Allah swt dan melakukan puasa dan qiyam dengan penuh keimanan dan pengharapan sehingga dosa-dosa mereka diampunkan. 

Puasa merupakan latihan hati dan bukan sekadar pengharaman jasad sahaja, Oleh itu kita sangat memerlukan langkah untuk meningkatkan jati diri pada bulan Ramadan melalui pemantapan dan pengukuhan kemahuan dan keinginan. Petanda terbesar dari itu semua adalah menunaikan segala perintah Allah swt dan mencegah diri dari apa yang diharamkan ke atas kita, sehingga mengubati kerohanian kita dan bertambah kuat, melalui interaksi secara intensif dengan Al-Qur’an. Firman Allah swt bermaksud:

“Dan Demikianlah Kami wahyukan kepadamu wahyu (Al Quran) dengan perintah kami. sebelumnya kamu tidaklah mengetahui Apakah Al kitab (Al Quran) dan tidak pula mengetahui Apakah iman itu, tetapi Kami menjadikan Al Quran itu cahaya, yang Kami tunjuki dengan Dia siapa yang Kami kehendaki di antara hamba-hamba kami. dan Sesungguhnya kamu benar- benar memberi petunjuk kepada jalan yang lurus”. (Syura: 52).

Sesungguhnya kekuatan keazaman dan kemahuan yang ditanamkan dalam ibadah puasa pada diri juga merupakan keperluan umat dalam menghadapi hawa nafsu, syahwat, fitnah dan berbagai rintangan, dan diperlukan untuk menghadapi kecenderungan diri kepada kemunduran, kerehatan dan memilih berdamai daripada berjihad, berjuang dan berkorban.

Kita sangat memerlukan pembebasan kemahuan umat dan kehendak pemimpinnya dari tarikan duniawi dan bekerja keras kerananya, untuk mengutamakan kepentingan umum daripada kepentingan sendiri, dan memenangi isu-isu umat dan membelanya, dan tidak menganggap remeh, tidak membiarkan isu-isunya dan memilih cara berdamai dalam menghadapi tentangan dan memenanginya.

Malahan perubahan yang ditempuh dalam jiwa pada bulan Ramadan tidak hanya secara individu sahaja, tetapi merupakan perubahan secara jamaah di semua peringkat dan mencakupi umat dengan seluruh unsur-unsurnya. Justeru umat sangat berhajat kepada pembebasan kemahuan, terutama para pemimpin dan ketuanya. Mereka dituntut untuk membebaskan kemahuan mereka dari pengaruh luar yang tidak mengingini sebarang kebaikan kepada umat dan masa depannya. Mereka sama sekali tidak mampu mendatangkan manfaat kepada kalian, tidak mampu mendatangkan mudarat ataupun kemegahan untuk kalian, sebagaimana firman Allah swt bermaksud:

“Apakah mereka mencari kekuatan di sisi orang kafir itu? Maka Sesungguhnya semua kekuatan kepunyaan Allah swt”. (An-Nisa:139)

Ketahuilah bahawa dalam membebaskan kemahuan berarti membebaskan kemahuan umat seluruhnya, dan jika mereka merasa berat dan melambat-lambatkannya maka mereka akan terjerumus pada dosa umat seluruhnya. Sunnatullah akan sempurna di alam semesta ini dan perubahan akan berlaku dan menjadi kenyataan. Oleh kerana itu, lakukanlah peranan masing-masing, tunaikanlah kewajiban yang diamanahkan tanpa merasa berat dan rendah diri. Ketahuilah bahwa rakyat mengharapkan kalian. Justeru berikanlah mereka haknya dan lindungilah mereka.

Wahai Ikhwan Muslimin..Wahai umat manusia seluruhnya

Sesungguhnya kebangkitan hakiki adalah dimulai dari perubahan dalaman. Oleh kerana itu barangsiapa yang tewas dengan apa yang ada di dalam jiwanya maka akan menjadi orang yang paling lemah untuk mengalahkan yang lainnya. Mari kita jadikan bulan Ramadan sebagai peluang terbaik untuk melakukan perubahan dan mulai dengan kerja keras untuk membebaskan kehendak pada semua peringkat, berpegang teguh sepenuhnya terhadap semua yang Allah swt perintahkan, dan bersungguh-sungguh menunaikan seluruh perintah-Nya dan mengaplikasikannya dalam diri kita. 

Ketahuilah bahawa bebasnya kehendak merupakan rahsia kekuatan dan kemenangan kita dan tidak menerima keputusan kekuatan lain dalam tubuh kita, yang merupakan motivasi yang sebenar untuk menolak segala bentuk penghinaan, kerendahan dan kelemahan yang mungkin sebahagian orang yang lemah imannya merasa cukup dengan situasi tersebut terutama mereka yang tidak menghayati hakikat puasa Ramadan dalam bentuk realiti dan bermakna.

Jelas bahwa perhatian kita yang utama ialah kehendak dan perhatian kita yang terakhir ialah cita-cita. Justeru, marilah kita bergerak dan menyeru kepada Allah swt pada setiap saat dan ketika, janganlah merasa relak dan bosan, dan jadikanlah tarbiyah Ramadan sebagai bekalan ruh kita untuk mencapai matlamat kita. Marilah kita menggemblingkan semaksima mungkin tenaga untuk mencapainya. Jadikanlah slogan kita sebagaimana yang diungkapkan oleh para salaf-salih:

“Penggemblingan tenaga manusia yang paling besar berpunca daripada keyakinan yang paling besar”.

Ketahuilah bahawa langkah pertama menuju kemenangan adalah membebaskan kehendak dari berbagai tarikan duniawi.

Wahai para presiden, menteri dan pemimpin 

Ketahuilah bahawa bulan Ramadan adalah kesempatan untuk membebaskan kemahuan kalian, menghiasi diri dengan akhlak puasa dan kemuliannya dan memberikan perhatian kepada kepentingan umat dan rakyat kalian, agar kalian dapat memperolehi keredhaan Tuhan mu dan kepercayaan umat dan rakyat kalia. Jelas bahawa kehinaan dan kelemahan yang ditanggung umat adalah akibat siasah kalian yang sangat jauh dari kepentingan rakyat dan umat kalian. Kalian hanya menitik beratkan kepentingan peribadi daripada kepentingan umum. 

Oleh kerana itu kembalilah kepada Tuhan kalian pada bulan yang suci ini, dan bebaskanlah kemahuan kalian kerana Allah swt, Tuhan semesta alam. Firman Allah swt bermaksud:

“Sesungguhnya Allah swt pasti menolong orang yang menolong (agama)-Nya. Sesungguhnya Allah swt benar-benar Maha kuat lagi Maha perkasa”. (Al-Hajj:40)

Wahai saudara tercinta yang berada di sebalik jeriji besi

Kalian telah menjadi simbol dan contoh tentang keteguhan dan kesabaran bersama kalian keluarga dan anak-anak kalian dalam memerdekakan kemahuan kalian, tidak mudah tunduk walaubagaimanapun keadaannya terhadap diri kalian. Kalian menghadapi apa yang kalian alami dengan penuh azam tanpa mengenal erti lemah atau kalah.. Ketahuilah bahawa orang yang kalah adalah orang yang tidak mampu mengalahkan kepercayaan dan ideologi kalian, dan merekalah yang pasti akan hancur kemahuannya jika tidak memenuhi petunjuk yang telah diberikan, dan kembali pada jalan Tuhan mereka sebagaimana firman Allah swt bermaksud:

“Dan Allah swt berkuasa terhadap urusan-Nya, tetapi kebanyakan manusia tiada mengetahuinya”. (Yusuf:21)

Semoga Allah swt sentiasa menolong kalian dalam ketaatan dan kebaikan, dan mempercepatkan kalian mendapatkan jalan keluar, sesegera mungkin bukan selambat mungkin. Kalian telah mewariskan dakwah, umat, keluarga, anak dan harta sebagai sebaik-baik warisan seperti yang telah dilakukan oleh hamba-hamba Allah swt yang soleh.
Selawat dan salam ke atas nabi kita Muhammad saw, beserta keluarga dan para sahabatnya..Dan segala puji hanya bagi Allah swt, Tuhan semesta alam

Allahu Akbar walillahilhamd!

Artikel asal: http://www.ikhwanonline.com/Article.asp?ArtID=69226&SecID=213

Tuesday, August 17, 2010

Mursyid : Ramadhan...Langkah Pembinaan dan Perubahan

Risalah daripada Prof. Dr. Muhammad Badie’ Mursyid Am Ikhwan Muslimin

Dengan nama Allah, segala pujian hanya bagi Allah, selawat dan salam ke atas Rasulullah s.a.w, keluarga, para sahabat dan orang-orang yang mengikutinya dari semasa ke semasa sehingga hari Kiamat.

Sesungguhnya umat Islam umumnya dan negeri-negeri Arab khususnya telah menempuh peringkat kritikal yang tidak pernah ditempuhi sebelum ini yang mana segala kuasa jahat dan batil telah berkumpul dan bersatu untuk menanamkan benih yang buruk di negeri yang baik dan berkat serta negara yang berada di sekitarnya. Lantaran ia sebuah negeri yang baik dan berkat maka ia telah menggagalkan segala racun dan benih yang buruk dari akar umbinya.

Dalam tempoh masa tersebut Afghanistan di ceroboh, Iraq dijajah, khazanah dirampas, rakyat diusir, ratusan ribu kanak-kanak, wanita dan orang tua yang tidak berdosa dibunuh, wanita-wanita diperkosa dan tempat-tempat suci dinodai. Begitu juga yang berlaku di Pakistan, Kashmir, Somalia dan Yaman yang menghadapi serangan dari kekuatan jahat sedunia yang didokong oleh Zionis Amerika dan pemimpin-pemimpin negara yang bersekutu dengan mereka serta pihak-pihak yang memberikan lorong untuk campurtangan dan memulakan permusuhan.

Rentetan dari itu maka timbullah :

- Krisis ekonomi dunia yang melanda segala sesuatu, mengesani semua orang dan memberi kesan yang berpanjangan. Apakah yang berlaku selepas Amerika menanggung hutang dengan jumlah yang terlalu besar. Berbagai-bagai Negara mengisytiharkan bangkrap dan begitu juga ratusan bank memgumumkan kerugian dan kemuflisan.

- Perasaan putus asa menyelubungi jiwa para pemimpin dan pemerintah negara. Harapan kepada berlakunya perubahan bagaikan terpadam tanpa sekelumit sinar. Ini menjadikan mereka hanya menerima semua perkara yang disogokkan kepada mereka dan menyerah dalam keadaan yang hina dan memalukan. Mereka langsung tidak berusaha untuk bangkit menentang perampas dan penjajah. Alangkah baiknya jika mereka sendiri mahu menyerah kalah, mereka berikan kepada rakyat mereka hak untuk hidup, menikmati kebebasan dan berjuang menentang perjajahan! Namun apa yang berlaku sebaliknya. Tangan-tangan rakyat diikat dan dipukul dengan tongkat besi yang keras supaya mereka tidak berupaya meninkmati hak mereka menentang penjajahan. Bukan sekadar itu! Malah apa yang dikatakan kebebasan itu semuanya dirampas daripada rakyat.

- Kebejatan moral dan kehilangan nilai-nilai yang mulia dan contoh teladan yang unggul.

- Tiada keamanan dan kedamaian di serata dunia.

- Kesusahan dan kepayahan yang tidak diketahui sebabnya oleh manusia. Tetapi Allah telah mengajar kita tentang hal itu di dalam firmanNya (bermaksud):

“Dan siapa yang berpaling dari peringatan-Ku, maka sungguh, dia akan menjalani kehidupan yang sempit, dan Kami akan mengumpulkannya pada Hari Kiamat dalam keadaan buta”. (Taha: 124-126)

- Realiti merupakan sebaik-sebaik saksi bahawa kuasa dunia yang mahu menguasai dunia sebenarnya rosak dalam serba-serbi, hala tujunya dan nilai-nilai murninya. Agenda yang mereka bawa semuanya menemui kegagalan baik ketenteraan, politik, ekonomi dan moral. Mereka telah mengalami kegagalan di semua Negara yang mereka takluki. Tidak lama lagi mereka akan keluar dari Palestin, Afghanistan dan Iraq dengan hati mereka yang remuk dihempap rasa keciwa dan duka. Mereka akan mengeluh sambil menghitung-hitung kerugian besar yang mereka tanggung di atas apa yang mereka telah belanjakan. Mereka akan menanggung kesedihan sebelum tiba azab siksa yang sangat pedih dan kekal di akhirat nanti. Firman Allah (bermaksud):

“Sesungguhnya orang-orang kafir itu, menginfakkan harta mereka untuk menghalang-halangi orang di jalan Allah. Mereka akan terus menginfakkan harta itu, kemudian mereka akan menyesal sendiri, dan akhirnya mereka akan dikalahkan. Ke dalam neraka Jahannamlah orang-orang kafir itu akan dikumpulkan” (Al-Anfal: 36)

- Wahai umat Islam di semua tempat! Wahai manusia seluruhnya! Ini hanyalah satu sudut yang terlalu kecil yang menggambarkan sebahagian daripada penderitaan dan keperitan yang dialami umat manusia pada hari ini. Semua orang mencari penyelamat yang dapat menarik mereka keluar dari keadaan yang melemaskan dan keluar dari kegelapan yang mencengkam. Namun mereka tidak menemuinya padahal penyelamat berada di hadapan mereka dan penawar ada di sisi mereka.
- Sesungguhnya penyelamat itu adalah Islam, Agama rahmat, keadilan, persamaan dan kebebasan. Islam mengajar nilai-nilai murni yang unggul dan mendidik menusia dengan akhlak mulia dan terpuji.

- Penyelamat itu adalah Al-Quran, ajaran Allah yang kekal. Firman Allah (bermaksud) :

“Yang tidak akan didatangi oleh kebatilan baik dari depan mahupun dari belakang (pada masa lalu dan yang akan datang), yang diturunkan dari Tuhan Yang Maha Bijaksana, Maha Terpuji”. (Fussilat: 42)

- Penyelamat itu adalah Rasulullah s.a.w. utusan terakhir yang membawa rahmat, hidayah, nikmat yang tidak ternilai serta cahaya yang terang benderang. Firman Allah (bermaksud) :

“Tidak Kami utus engkau (wahai Muhammad) melainkan sebagai rahmat kepada seluruh alam”. (Al-Anbiya’: 107)

Bulan Ramadhan adalah langkah perubahan

Langkah pengislahan bermula dari jiwa. Pengislahan yang kita laungkan bukanlah terlalu sukar dan bukanlah jauh dari kita. Ia hanya tercapai dengan pengislahan diri yang kita pikul dipundak kita dan memperbaikinya dengan mengambil panduannya dari apa yang diredai oleh Allah, kerana hanya Allah yang mampu mengubah apa jua di sekeliling kita. Benarlah Firman Allah (bermaksud):

“Sesungguhnya Allah tidak mengubah keadaan suatu kaum sebelum mereka mengubah keadaan diri mereka sendiri”. (Ar-Ra’d: 11)

Justeru setiap orang Islam lelaki dan perempuan wajib mengenali Tuhannya dan memperbaiki dirinya serta menyeru orang lain ke arah kebaikan ini.

Bulan Ramadhan memulakan hembusannya yang bertiup ke arah kita dari jauh yang membawa tujuan semua makna-makna perubahan dan ciri-ciri pembinaan jiwa yang bermula dengan pembersihan daripada dosa dan noda yang kemudian sampai kepada setinggi-tinggi tingkat penyucian. Firman Allah (bermaksud):

“Demi jiwa serta penyempurnaannya. Maka Dia mengilhamkan kepadanya jalan kejahatan dan ketakwaannya. Sungguh beruntung orang yang menyucikannya. Dan sungguh rugi orang yang mengotorinya”. (As-Shams: 7-10)

Inilah bulan puasa, bulan al-Qur’an, bulan berqiamullail dan bulan sabar. Inilah bulan yang merupakan musim ketaatan. Di dalam bulan ini terkandung ibadah-ibadah khusus di bulan Ramadhan dan ibadah-ibadah lain yang dilipat gandakan pahalanya di bulan ini. Ibadah-ibadah yang mengindahkan waktu-waktunya, menghiasi detik-detiknya, mencantikkan hari-hari dan malam-malamnya. Ibadah yang manis pada setiap waktu, dan pada bulan ini bertambah manis lagi. Ganjarannya pula lebih besar dan lebih hebat.

Bulan Ramadhan adalah bulan tarbiyyah, penyucian dan kemenangan

Ibadah puasa merupakan pembebasan daripada cengkaman nafsu. Oleh kerana itu Allah mewajibkan puasa untuk membebaskan manusia daripada belenggu nafsu dan memulakan langkah keluar daripada penjara jasadnya dan menewaskan belitan syahwatnya, meletakkan diri pada tahap keinsanan dan menyerupai para malaikat. Tidak hairan ruh orang berpuasa meningkat naik dan semakin dekat dengan Raja yang Tertinggi dan orang yang berpuasa mengetuk pintu langit dengan doanya lalu dibuka pintu langit, dan dia berdoa kepada Tuhannya lalu diperkenankan permintaannya, dan orang yang berpuasa memanggil-Nya lalu Allah berkata (maksudnya): “Aku menyahut panggilanmu hambaku, Aku menyahut panggilanmu”.

Kemungkinan inilah hikmahnya kenapa ayat tentang doa diselitkan di celah-celah ayat-ayat puasa. Firman Allah (maksudnya):

“Dan apabila hamba-hambaKu bertanya kepadamu (Muhammad) tentang Aku, maka sesungguhnya Aku dekat. Aku kabulkan permohonan orang yang berdoa apabila dia berdoa kepadaKu. Hendaklah mereka itu memenuhi perintahKu dan beriman kepadaKu, agar mereka memperolehi kebenaran”. (Al-Baqarah: 186)

Puasa membersihkan daripada dosa. Bagaimana doa seorang muslim tidak diperkenankan Allah sedangkan puasa membersihkannya dengan sebersih-bersihnya daripada dosa.

Daripada Abu Hurairah r.a dari nabi saw bersabda (maksudnya):

"Barangsiapa yang berpuasa dengan penuh keimanan dan mengharapkan keredhaan Allah tentulah dosa-dosa yang terdahulu akan diampunkan”.

Di dalam ibadah puasa juga meningkatkan kekuatan akhlak: Justeru puasa membersihkan jiwa muslim dan meninggikan akhlaknya kerana semasa menjalani puasa dipesankan supaya mengelakkan diri daripada memekik tak tentu pasal dan menuturkan kata-kata keji serta tidak melemparkan tuduhan melulu dan mengumpat, malah dipesan supaya ingat tentang nilai puasa. Daripada Abu Hurairah r.a bahwa Rasulullah saw bersabda (dalam sebuah hadith Qudsi) (maksudnya):

“Apabila seorang daripada kamu berpuasa maka janganlah ia menuturkan kata-kata yang buruk (keji) dan janganlah menjerit-jerit tidak menentu (hiruk pikuk). Apabila ia dimaki atau dicabar oleh seseorang hendaklah ia berkata saya berpuasa, saya sedang berpuasa”. (Al-Bukhari)

Begitu juga semasa berpuasa dipesankan supaya mengelakkan diri daripada penyaksian palsu dan bekerja untuknya (antaranya penipuan pilihanraya), dipesankan supaya tidak membantu sebarang bentuk kekejaman atau menyokong kebatilan hingga menggagalkan hasil puasanya. Nabi pernah menyatakan berapa ramai orang yang berpuasa tetapi hanya mendapat lapar dan dahaga sahaja.

Daripada Abu Hurairah r.a bahawa Rasulullah saw bersabda (maksudnya):

“Orang yang tidak meninggalkan kata-kata dusta dan beramal dengannya tidaklah Allah berhajat supaya dia meninggalkan makanan dan minumannya”.

Menurut kata penyair tentang hal in i:

Jika aku tidak dapat menutup telingaku daripada mendengar perkataan yang buruk,
Tidak dapat menundukkan mataku daripada melihat perkara yang haram,
Tidak dapat mengawal lidahku daripada berkata dusta
Maka habuanku daripada puasaku hanyalah lapar dan dahaga
Sekalipun aku mengaku berpuasa pada suatu hari, namun sebenarnya aku tidak puasa!

Ramadhan adalah bulan Al-Qur’an: Di dalam bulan Ramadhan al-Quran telah diturunkan untuk mengeluarkan manusia daripada kegelapan kepada cahaya, memberi petunjuk kepada jalan yang lurus, meletakkan suatu peraturan yang lengkap untuk mereka dan undang-undang yang kekal dalam segenap bidang kehidupan. Di dalam bulan Ramadhan manusia umumnya berada di masjid dan rumah sambil membaca al-Quran dan mentadabburnya. Begitu juga pengajaran dan intipati al-Quran diterjemahkan ke dalam amalan. Dengan itu al-Quran akan menggilap jiwa, mendidik akhlak dan menghiasi diri dengan al-Quran. Al-Quran inilah yang menjadi akhlak Rasulullah s.a.w.

Daripada Abu Darda’, Aku bertanya Aisyah tentang akhlak Rasulullah. Beliau menjawab: “Akhlak Rasulullah adalah al-Quran. Baginda marah lantaran al-Quran marah dan baginda suka lantaran al-Quran suka”.

Dunia Islam di bulan Ramadhan yang penuh berkat ini bertukar seolah-olah menjadi sebuah masjid. Alangkah hebatnya! Dunia ini menjadi sebuah masjid yang amat besar, setiap sudutnya bergema dengan alunan ayat-ayat al-Quran, setiap batang tiangnya di kelilingi jutaan huffaz al-Quran! Mereka mengalunkan ayat-ayat suci yang diturunkan dari langit, diperdengarkan kepada seluruh penghuni bumi! Senario yang sungguh indah, menarik dan bergemerlapan! Bertepatan dengan firman Allah (maksudnya):

“Bulan Ramadhan adalah bulan yang di dalamnya diturunkan al-Quran, sebagai petunjuk bagi manusia dan penjelasan-penjelasan mengenai petunjuk itu dan pembeza (antara yang benar dan batil)”. (Al-Baqarah: 185)

Di bulan Ramadhan dipenuhi Qiamullail: Berqiamullail mengandungi kelebihan yang besar yang tidak dapat diatasi melainkan oleh solat yang fardu. Daripada Abu Hurairah r.a secara marfu’ berkata:

Nabi saw ditanya, apakah solat yang paling utama selepas solat fardu? Dan apakah puasa yang paling utama selepas puasa Ramadhan? Nabi menjawab: Solat yang paling utama selepas solat fadu ialah solat di tengah malam. Puasa yang lebih utama selepas puasa Ramadhan ialah puasa pada bulan-bulan Haram”.

Daripada Abu Malik al-Asy’ari, Rasulullah saw telah bersabda (maksudnya):

“Di dalam syurga ada sebuah bilik. Diperlihatkan luarnya dari dalamnya dan diperlihatkan dalamnya dari luarnya yang Allah sediakan untuk orang yang memberi makan kepada orang lapar, orang yang lembut kata-katanya, orang yang sentiasa berpuasa dan orang yang solat ketika manusia sedang tidur”.

Qiam di bulan ramadhan boleh membersihkan diri daripada dosa. Daripada Abu Hurairah r.a berkata. Aku mendengar Rasulullah s.aw. berkata tentang Ramadhan (maksudnya):

“Barangsiapa yang mendirikan malam ramadhan dengan penuh keimanan dan mengharapkan keredhaan Allah tentulah dosa-dosanya yang terdahulu akan diampunkan”.

Para salihin zaman silam mereka akan naik ke menara tertinggi sambil mendendangkan nasyid:

“Wahai lelaki yang menghidupkan malam, bersungguh-sungguhlah!
Boleh jadi satu suara (ungkapan doa) tidak akan ditolak.
Tidak bangun pada waktu malam kecuali
Orang yang mempunyai azam dan tekad”

Bulan Ramadhan adalan bulan jihad

Bulan Ramadhan kekal mengurniakan kepada umat Islam kekuatan dan mengingatkan mereka kepada Perang Badar. Musuh Allah sebenarnya gentar untuk berhadapan dengan tentera muslimin di bulan Ramadhan kerana mereka yakin bahawa bulan Ramadhan membekalkan orang Islam dengan kekuatan yang tidak diperolehi pada bulan lain. Sesungguhnya orang-orang Russia menganggap Ramadhan adalah bulan malang kerana mereka pernah menerima kekalahan pada masa lalu. Mereka takut bulan jihad tiba ketika mereka sedang berperang dengan tentera Islam. Kalau itu berlaku pastinya mereka akan ditewaskan!

Bulan ramadhan bukan bulan menyerah dan malas bahkan Ramadhan ialah bulan sabar yang memberikan bekalan jihad kepada seorang muslim. Bekalan yang pertama untuk berjihad ialah sabar dan kemahuan yang kuat. Sekiranya orang yang tidak mampu berjihad melawan nafsunya jauh sekali mampu melawan musuhnya. Orang yang tidak mampu memenangi ke atas nafsu dan syahwatnya jauh sekali mampu memenangi perjunagan melawan musuhnya. Orang yang tidak mampu bersabar menahan lapar dalam sehari jauh sekali mampu bersabar menghadapi perpisahan dengan keluarga dan tanah air demi mencapai matlamat yang besar. Ibadah puasa yang terkandung makna sabar dan mengekang runtunan nafsu merupakan wasilah paling ampuh dalam mempersiapkan individu yang beriman, sabar, tangkas dan semangat juang yang tinggi. Mukmin yang bersedia menanggung kehausan, kelaparan dan kepayahan, yang sanggup menempuh keperitan, kesukaran dan tekanan hidup selagi mana masih di jalan Allah..Sejarah menyaksikan beberapa peperangan besar berlaku pada bulan yang mulia ini seperti Badar al-Kubra, Fathu Mekah, pertempuran Balat Syuhada’ pada tahun 114H / 732M di Poitiers, Perancis dan Peperangan Ain Jalut tahun 658H/1260M di Palestin.

Oleh sebab itu musuh kita menyedari hakikat ini. Seorang Orientalis Nicholson telah menyatakan rahsia kemenangan tentera Islam di Badar walaupun jumlahnya yang sedikit melalui komentarnya: “Sesungguhnya kemenangan Muhammad ke atas tentera Quraisy yang menyembah berhala merupakan satu perkara yang semulajadi dan jelas sekali. Ini kerana Rasul mengajar pengikutnya system ketenteraan sepenuhnya sebanyak lima kali sehari di masjid.” Tidak dinafikan bahawa pemikiran ketenteraan terjelma di dalam solat..Tidak dinafikan bahawa melalui solat mempunyai kesan dan natijahnya. Namun di sana wujud ruh lain yang tersembunyi yang membantu kemenangan yang cemerlang ini. Iaitu ruh kemahuan yang dinyalakan di dalam jiwa orang Islam pada bulan Ramadhan yang sebenarnya berlaku satu pertempuran kemanusiaan yang besar di bulan ini. Jiwa-jiwa yang turut berperang di dalam barisannya para malaikat mestilah telah sampai kepada kesucian, keimanan, keikhlasan, ketulusan yang melayakkan turunnya tentera langit. Sesungguhnya tentera langit tidak turun dari langit kecuali untuk membantu manusia bertaraf malaikat. Manusia yang telah dididik oleh Rasulullah s.a.w di madrasah wahyu, di maahad al-Quran dan di antara dua dinding masjid. Semua itu terpancar daripada firman Allah Ta’ala (bermaksud): “Mudah-mudahan kamu bersyukur”. ( Ali-Imran: 123)”

Demikianlah puasa menurut Islam bukan disyariatkan untuk menyiksa manusia. Bagaimana hal ini terjadi sedangkan Allah nyatakan ayat-ayat tentang puasa: “Dan mudah-mudahan kamu bersyukur”. (Al-Baqarah: 185)

Allah telah menyediakan jalan untuk membangkitkan ruh, menyihatkan jasad, menguatkan kemahuan, membiasakan diri menahan sabar, mengetahui nikmat, mendidik perasaan belas kasihan dan latihan untuk menyerah diri kepada Allah Tuhan seluruh alam secara total.

Moga Allah menerima amal soleh kami dan anda semua, dan menjadikan kita semua ke dalam golongan yang mendengar peringatan, lalu mengikutinya dengan sebaiknya..Setiap tahun anda semua dalam ketaatan.

Kesejahteraan, kerahmatan dan keberkatan Allah untuk anda.

Artikel asal: http://www.ikhwanonline.com/Article.asp?ArtID=68892&SecID=213
 

My Blog List

FIKRAH & DAKWAH Copyright © 2009 Blogger Template Designed by Bie Blogger Template