Thursday, August 30, 2012

Risalah Mursyid: Antara hasil bulan puasa .. meneguhkan cita-cita dan menguatkan kemahuan.. dan Eid kemenangan



Perutusan daripada Prof. Dr. Muhammad Badi’ Mursyidul Am Ikhwan Muslimin 16 Ogos 2012

Segala pujian hanya bagi Allah, selawat dan salam ke atas Rasulullah, keluarga, para sahabatnya dan orang-orang yang mengikuti mereka sehingga hari kiamat. Adapun selepas itu:

Bulan Ramadhan akan meninggalkan kita dan kita akan berpisah dengannya sedangkan hati kita telah terikat dengannya, ruh kita sangat dekat kepadanya dan berharap hari-hari yang masih tinggal ini terus berpanjangan. Janganlah malam-malam penghujuang ini berakhir melainkan setelah kita dapat menikmati rahmat yang diturunkan di dalamnya, menjadi semakin dekat dengan Allah dan meraih pembebasan diri dari api neraka.. dengan menerima keampunan dan keredhaan daripada Allah.

Diriwayatkan Jabir bin Abdullah r.a berkata: Rasulullah SAW bersabda (bermaksud):

"Telah diberikan kepada umatku di bulan Ramadhan lima perkara yang belum pernah diberikan kepada Nabi sebelumku. 1: Di malam pertama Ramadhan Allah memerhatikan umatku. Barangsiapa yang diperhatikanNya tidak akan diazab lagi selama-lamanya. 2: Bau mulut mereka yang berpuasa di siang hari lebih wangi di sisi Allah dari bau kasturi. 3: Para malaikat memohon ampun untuk mereka setiap hari dan malam. 4: Allah memerintahkan syurgaNya dan berfirman kepadanya: “bersiaplah kamu dan hiasilah untuk hamba-hambaKu. Mereka akan berehat dari kepayahan dunia menuju negeriKu dan kemulianKu. 5: Pada malam terakhir Ramadhan Allah mengampuni semua dosa mereka. Seorang sahabat bertanya: “Apakah itu malam Lailatul-qadar ya Rasulullah? Beliau bersabda: "Bukan, tidakkah engkau melihat para pekerja yang telah bekerja, jika mereka telah selesai dari pekerjaan mereka nescaya dibayar upah mereka dengan sempurna?" (HR. al-Bazzar)

Puasa adalah madrasah

Bulan Ramadhan adalah madrasah umum. Tempoh pembelajarannya ialah selama sebulan. Di dalam madrasah ini akan memperbaharui iman seorang muslim lelaki dan perempuan dan menguatkan perhubungan dengan Tuhannya. Oleh itu ia menjadi makhluk yang lain, tidak lagi cenderung untuk memilih kehidupan dunia, meningkat ke puncak malaikat dan melengkapkan diri dengan tiga ciri: Rabbaniah, insaniah dan menyebarkan kebaikan dan menentang kejahatan.

1. Rabbaniah bermaksud puasa anda semata-mata kerana Allah dengan penuh keimanan dan mengharapkan ganjaranNya . Puasa anda dalam bentuk ini adalah rahsia antara anda dan Tuhanmu .. Di dalamnya mengandungi erti tajarrud dan ikhlas serta meninggalkan keperluan-keperluan fizikal. Siapakah yang mampu meraih tampuk dirinya dan memutuskan kehendak hawa nafsunya hingga berjaya menakluk musuh utama dirinya sendiri, iaitu nafsu yang berada di dalam dirinya?

“Adapun orang yang takutkan keadaan semasa ia berdiri di mahkamah Tuhannya, (untuk dihitung amalnya), serta ia menahan dirinya dari menurut hawa nafsu, Maka sesungguhnya Syurgalah tempat kediamannya.” (An-Naziat: 40-41)

Tanpa perubahan di dalam diri dan jiwa, pastilah keadaan umat tidak berubah:

“Sesungguhnya Allah tidak mengubah keadaan sesuatu kaum sehingga mereka mengubah apa yang ada dalam diri mereka sendiri.” (Ar-Ra’d: 11).

Dan kemudian seorang penyair pernah menyebutkan:

“Terimalah jiwa sendiri dan lengkapkan segala kelebihannya
Kerana anda hidup dengan jiwa (nyawa) bukan dengan tubuh manusia.”

Puasa adalah madrasah tarbiah rohani; di mana para salaf agung menjadikan Ramadhan sebagai daurah (kursus) iman bagi ruh insan dan sekolah khas bagi tarbiah nafsu atau jiwa. Mereka membebaskan diri daripada kehendak-kehendak fizikal dan meninggalkan keinginan material yang boleh merantai ruh dengan belenggu yang ketat dan menghalang hati manusia untuk meningkat ke puncak  malaikat. Pada siangnya mereka berpuasa dan berzikir. Manakala pada malamnya mereka berqiam, bertilawah dan berfikir. Pandangan dan pemikiran mereka adalah pengajaran, pembelajaran dan inspirasi ..Percakapan mereka adalah al-Quran dan akhlak mereka adalah al-Quran .. Aishah ummul mukminin pernah ditanya tentang akhlak Rasulullah SAW, beliau berkata: "Bahawa akhlak baginda adalah al-Quran."

2. Insaniah (nilai-nilai kemanusiaan) dapat dicapai melalui puasa. Ianya berlaku dengan cara merubah diri, islah nafsu, menaik taraf mereka sehingga ke tahap rabbaniah dan mencapai takwa yang merupakan hasil daripada puasa. Kesan tersebut akan menghidupkan perasaan dan nurani, menyucikan jiwa serta mencetuskan pancutan kelembutan dan keghairahan yang mendorong kepada kemurahan hati dan sanggup berkorban serta menggemari kebaikan dalam nilai-nilai kemanusiaan. Begitulah Nabi kita merupakan orang yang paling pemurah dan lebih pemurah pada bulan Ramadan! Dan begitulah juga puasa menemukan golongan kaya dan miskin di dalam nilai kemanusiaan yang satu.

Bulan Ramadhan adalah bulan rangkaian sosial, mendahulukan kebajikan dan menggembling kebaikan. Semua ini antara faktor kesatuan, kecintaan dan kasih sayang. Semua ini sangat diperlukan oleh umat Islam dalam rangka melakukan perubahan seperti yang berlaku sekarang di rantau Arab dan Islam.

3. Menyebarkan kebaikan dan menentang kejahatan dan kebatilan. Ini adalah tujuan kebangkitan umat ini:

“Kamu adalah sebaik-baik umat yang dilahirkan bagi faedah umat anusia, kerana kamu menyuruh berbuat segala perkara yang baaik dan melarang daripada segala perkarayang salah, serta kamu beriman kepada Allah.” (Ali-Imran: 110)

Bukanlah Ramadhan sekadar bulan untuk menanamkan pengetahuan tentang Al-Quran dan perlaksanaan sifat ihsan sebagai perlaksanaan amali kepada matlamat dan objektif ini.

Takwa merupakan rahsia perubahan dan asas kebangkitan

Takwa adalah hasil puasa:

“Wahai orang-orang yang beriman! Kamu diwajibkan berpuasa sebagaimana diwajibkan atas orang-orang yang dahulu daripada kamu, supaya kamu bertaqwa.” (Al-Baqarah: 183)

Kita tidak diperintahkan oleh Allah untuk beribadah melainkan hanya untuk mencapai takwa:

“Wahai sekalian manusia! Beribadatlah kepada Tuhan kamu yang telah menciptakan kamu dan orang-orang yang terdahulu daripada kamu, supaya kamu (menjadi orang-orang yang) bertaqwa.” (Al-Baqarah: 21)

Malah Allah telah mewajibkan perlaksaan qisas adalah untuk tujuan takwa:

“Dan di dalam hukuman Qisas itu ada jaminan hidup bagi kamu, wahai orang-orang yang berakal fikiran, supaya kamu bertaqwa.” (Al-Baqarah: 179).

Takwa ialah melaksanakan perintah dan meninggalkan larangan. Oleh itu orang-orang yang bertakwa ialah mereka yang melihat Allah seperti yang diarahkan dan tidak mendahulukan apa dilarang. Orang-orang yang bertakwa juga mengiktiraf, mengetahui dan menegakkan kebenaran, menolak kebatilan dan menjauhinya serta takut kepada Rabb al-Jalil yang tiada satupun yang tersembunyi dariNya.

Orang-orang yang bertakwa adalah orang beramal berdasarkan Kitab Allah di mana mereka mengharamkan apa yang telah diharamkan dan menghalalkan apa yang telah dihalalkan. Mereka tidak mengkhianati amanah, tidak rela menerima penghinaan dan perlecehan, tidak membenci dan memutuskan perhubungan, tidak memudaratkan jiran-jiran, menyambung persahabatan dengan orang yang memutuskannya, memberi kepada orang orang yang pernah menghalang mereka dan memaafkan orang-orang yang pernah menzalimi mereka. Kebaikan bagi mereka adalah perkara yang diharapkan dan kejahatan bagi mereka adalah perkara yang selamat. Mereka tidak mengata, tidak berbohong, tidak berpura-pura, tidak mengadu-domba dan tidak berhasad dengki. Mereka tidak menunjuk-nunjuk, tidak bingung dan tidak menfitnah. Mereka tidak menyuruh kepada perkara buruk dan tidak melarang perkara baik, bahkan mereka sentiasa menyuruh kepada perkara baik dan melarang segala perkara yang buruk. Itulah sifat orang yang benar-benar bertakwa yang takut kepada Tuhan yang mengetahui perkara yang ghaib. Mereka sepanjang masa dalam ketakutan.

Antara kesan puasa kepada golongan salaf  ialah terdapat tanda takwa yang anda boleh lihat melalui kekuatan dalam agama, ketegasan dalam kelembutan, kepercayaan dalam keyakinan, kesungguhaan dalam ilmu, pengetahuan dalam kesopanan, kemuliaan dalam kekayaan, kekhusyukan dalam ibadah, ketabahan dalam kemiskinan, kesabaran dalam kesulitan, keinginan dalam perkara halal, kecergasan dalam petunjuk dan berlepas dari sifat tamak.

“Takutlah kepada Allah dan janganlah anda meninggalkannya
Kerana takwa ialah yang paling berkuasa, paling utama dan paling tepat”

Wahai umat Islam di mana-mana .. Wahai manusia sekalian:

Dalam seluruh syariat Islam bertujuan membebaskan jiwa umat Islam dari ketamakan, hawa nafsu dan keinginan, menghubungkan jiwa mereka kepada Allah Pencipta alam semesta dan kehidupan ini, mengikat kemahuan mereka dengan kemahuanNya sahaja, Allah sahaja yang benar, Allah jualah petanda kebaikan, kasih sayang dan belas kasihan. Oleh itu, orang yang menyukai kebenaran dan seterusnya cenderung menyukai kebaikan dan belas kasihan, maka dia  bebas dari semua sifat-sifat mazmumah (tercela). Mereka adalah orang-orang yang dipilih oleh Allah SWT dengan kurnianNya sepertimana sabda Rasulullah SAW (bermaksud):

"Sesungguhnya Allah mempunyai segolongan hamba yang diberikan keistimewaan untuk memenuhi keperluan manusia, mereka menyukai manusia dalam kebaikan dan manusia juga menyukai kebaikan untuk mereka. Mereka adalah golongan pengaman ketika manusia ketakutan. "

Jikalau manusia mesti dikuasai oleh idea, kecenderungan atau perilaku, maka orang yang diasuh dan dipimpin supaya menyukai kebenaran lebih baik dan mulia daripada orang yang diperhambakan kepada kebatilan. Orang yang jiwa mereka diisi supaya suka untuk cenderung kepada nilai kemanusiaan yang mulia, sumbernya berasal daripada Allah SWT, maka adalah lebih mulia daripada orang yang diperhambakan untuk cenderung kepada syahwat dan keinginan yang bersumber daripada. Orang yang tunduk kepada Allah, mematuhi perintah dan meninggalkan laranganNya lebih baik, sempurna dan bijak daripada orang yang tunduk kepada syahwat dan nafsu. Malah Rasulullah SAW telah menyebutkan hal ini:

"Orang yang menjual akhirat untuk mendapatkan habuan dunia adalah orang yang bodoh. Orang paling bodoh ialah orang menjual akhirat untuk mendapatkan habuan dunia orang lain. "

Namun wahai saudaraku, tidakkah anda lihat bahawa mereka berhak mendapat belas kasihan dan keprihatinan anda, lebih utama daripada rasa tidak puas hati dan kemarahan dalam dirimu?

Mereka yang berusaha untuk memberikan kebebasan kepada manusia paling besar di sisi Allah dalam ibadah. Mereka ini tidak diperhambakan dengan kekayaan, tidak dikawal oleh nafsu dan syahwat, tidak diperhinakan dengan harta. Keseronokan tidak menghilangkan kemuliaan diri mereka, ketamakan dan kesedihan tidak menghina maruah mereka, ketakutan dan kepanikan  tidak menguasai diri mereka. Jelasnya ibadah kepada Allah telah membebaskan mereka dari perasaan takut selain-Nya:

“Ketahuilah! Sesungguhnya wali-wali Allah, tidak ada kebimbangan (dari sesuatu yang tidak baik) terhadap mereka, dan mereka pula tidak akan berdukacita. (Wali-wali Allah itu ialah) orang-orang yang beriman serta mereka pula sentiasa bertaqwa. Untuk mereka sahajalah kebahagiaan yang mengembirakan di dunia dan di akhirat; tidak ada (sebarang perubahan pada janji-janji Allah yang demikian itulah kejayaan yang besar.” (Yunus: 62-64)

Benarlah kata-kata Rasulullah yang pernah bersabda (bermaksud):

" Barangsiapa yang takutkan Allah, maka segala perkara akan dijadikan Allah takut kepadanya. Barangsiapa yang tidak takutkan Allah, maka Allah akan menjadikannya takut kepada segala perkara. "

Dalam penyembahan kepada Allah, mereka telah memutuskan daripada semua ketundukan kepada selain-Nya. Maka, mereka adalah ketua pada diri sendiri, merdeka pada hakikat sebenarnya,kemuliaan pada akhlak mereka dan kekayaan dalam hati mereka. Inilah kebebasan dan kemerdekaan yang terbesar. Benarlah sabda Rasulullah SAW bermaksud:

" Bukanlah kekayaan itu dikira daripada harta yang banyak, tetapi kekayaan sebenar ialah kekayaan jiwa "

Juga bersabda Rasulullah SAW:

"Barangsiapa yang telah menjadikan cita-citanya hanya cita-cita yang satu, iaitu Allah dan akhirat, maka Allah telah menjadikan kekayaan di dalam hatinya dan dunia baginya hanyalah kehinaan dan kebenciaan. "

Betapa indah pandangan Ibn Ata’illah:

“Anda merdeka selagi anda memutuskan angan-angan, dan anda menjadi hamba selagi anda tamak!

Dengan pengertian ini, fahamilah kata-kata hikmah yang dituturkan oleh Ahmad Bin Khaddroah:

"Melalui kemerdekaan akan menyempurnakan penyembahan, Dalam mencapai penyembahan akan menyempurnakan kemerdekaan."

Wahai umat Islam ..

Sesungguhnya orang Islam yang menegakkan syiar-syiar agama dan memelihara ibadat-ibadat yang difardukan kepadanya akan menjadi orang yang lebih menyayangi orang-orang di sekelilingnya, sanggup mencurahkan kebaikan untuk mereka kerana taatkan Allah dan bertaqarrub kepada-Nya, berjaga malam untuk memberikan mereka kerehatan demi mengharapkan keredhaan Allah. Rasulullah menyatakan orang Islam ini sebagai:

 " Beliau menyatukan dan disatukan."

Malahan Rasulullah menyatakan lagi:

 "Tiada kebaikan orang yang tidak menyatukan dan tidak boleh disatukan."

Kerana sabdanya:

 "Orang yang paling baik ialah orang paling bermanfaat untuk orang lain. "

Antara sifatnya yang lain ialah menghentikan kejahatan dan kesusahan ke atas orang lain kerana takutkan Allah dan gerun kepada balasannya. Justeru, Pengawalan ini lebih penting dan berkuasa daripada pengawalan undang-undang dan kekuasaan. Ianya seperti yang anda lihat ke atas orang sangat setia terhadap tanah airnya, berkorban dalam berbakti dan bekerja secara berterusan dan bermutu dalam agenda pembangunannya. Begitu juga anda dapati orang yang bersegera dalam mempertahankan umatnya, membela tanah airnya dan menawarkan pengorbanan demi Negara dan bangsanya.

Wahai umat Islam ..

Berbanggalah dengan agammu, dan beramallah dengan bersungguh-sungguh untuk Islam hingga berkibar panjinya, supaya mereka mendapat nikmat kebebasan, keadilan sosial, kasih sayang dan persamaan. Juga supaya mereka merasa aman dan selamat di tanah air mereka. Dunia menjadi damai dan tenang mahupun menghilangkan keperitan peperangan dan penyeksaan. Keamanan dinikmati di seluruh alam dan kepada semua manusia tanpa mengira perbezaan warna, bangsa atau kepercayaan. Di samping mendatangkan kebaikan yang lain iaitu Allah membuka pintu-pintu kebaikan dari langit dan bumi untuk anda:

“Dan (Tuhan berfirman lagi): Sekiranya penduduk negeri itu, beriman serta bertaqwa, tentulah Kami akan membuka kepada mereka (pintu pengurniaan) yang melimpah-limpah berkatnya, dari langit dan bumi. Tetapi mereka mendustakan (Rasul Kami), lalu Kami timpakan mereka dengan azab seksa disebabkan apa yang mereka telah usahakan.” (Al-A’raf: 96)

Akhirnya kami mengucapkan tahniah kepada semua umat Islam di atas ketibaan Eid al-Mubarak yang merupakan hari kemenangan setelah tamatnya ibadah. Namun ibadah kita sentiasa menjadi tanda syukur di atas kesempurnaan nikmat dan sebagai hadiah di atas amal-amal yang terbaik. Tangan dan hati kita saling bersalaman sambil memohon kepada Allah supaya jangan membiarkan Ramadhan akan datang melainkan Allah telah meneguhkan kedudukan agama yang diredhai untuk mereka, memberikan kebebasan di tanah air mereka, memberikan kepimpinan di negeri mereka, membebaskan daripada penjagaan selain mereka dan meninggikan panji Islam supaya berkibar di negeri-negeri Islam.

“Dan Allah Maha Kuasa melakukan segala perkara yang telah ditetapkanNya, akan tetapi kebanyakan manusia tidak mengetahui.” (Yusuf: 21)


http://www.ikhwanonline.com/new/Article.aspx?SecID=213&ArtID=117270

Friday, August 24, 2012

Hamba Rabbani Bukan Hamba Ramadhani





Oleh: Dr. ‘Isam al-‘Iryan

Ramadhan telah pergi seolah-olah seperti tetamu yang pulang dan kita tidak merasai kunjungan yang lebih hangat dan indah dari tetamu istimewa ini. Kini tibalah kita merayakan kegembiraan yang pertama kepada orang-orang yang berpuasa. Sabda nabi:

Bagi orang yang berpuasa akan memperolehi dua kegembiraan di mana kegembiraan yang pertama ialah semasa berbuka akan merasa gembira dan kedua apa bila bertemu dengan Allah dengan sebab puasanya”. (Bukhari)

Kegembiraan pertama

Iaitu hadiah kemenangan kepada orang berpuasa setelah menyempurnakan amalan mereka dengan baik dan penuh ihsan. Lalu mereka layak menanti ganjaran daripada Allah dan keluar ke masjid untuk menunaikan solat Eidul Fitri dengan penuh kegembiraan dan kemeriahan. Para malaikat menemui mereka di sepanjang jalan ke masjid dan surau untuk mengucapkan tahniah dengan berakhirnya bulan Ihsan dan qiam. Mereka saling mengucapkan tahniah antara satu samal lain dengan penerimaan anugerah dariAllah yang bersifat Rahman. Mereka tidak lupa pada hari bahagia ini untuk memberikan kegembiraan kepada orang-orang fakir dan miskin sebelum mereka keluar menunaikan solat Eidul Fitri. Mereka mengeluarkan zakat fitrah untuk membersihkan puasa mereka daripada kekurangan dan memberikan kebahagiaan ke dalam hati orang-orang miskin supaya semua lapisan masyarakat turut merasai kemeriahan Eid Mubarak.

Bagi kita orang Islam sambutan Eidul Fitri diisi dengan takbir, tahlil dan zikrullah seperti sebagai pujian dan kesyukuran kerana memberi peluang kepada kita melaksanakan ibadah puasa yang merupakan salah satu rukun Islam yang agung. Slogan semasa Eid ialah تقبل الله منَّا ومنكم dan laungan kita ialah الله أكبر. Perasaan kita semasa Eid dipenuhi suatu kegembiraan yang diiringi keazaman untuk berpindah dari ketaatan kepada ketaatan yang lain.

Justeru kita merayakan Eid Mubarak dengan menunaikan solat dan merapatkan silaturrahim dengan jiran tetangga, sanak saudara, rakan dan taulan. Bukanlah kita sekadar bergembira dengan pakaian baru, hidangan kuih muih dan bukan sekadar melalui infak dan sedekah kita itu sahaja.

Kegembiraan kedua

Iaitu kegembiraan orang mukmin semasa bertemu dengan Allah. Bagi orang mukmin yang menempuh Ramdhan demi Ramadhan tentu telah memperolehi bekalan setiap Ramadhan untuk dibawa ke bulan-bulan yang lainnya supaya ia benar-benar menjadi seorang hamba yang rabbani dan bukan seorang hamba Ramadhani seperti yang pernah dipesankan oleh para salaf as-soleh.

Puncak kegembiraan orang berpuasa ialah ketika di hadapan pintu Ar-Rayyan yang dibuka untuknya di hari Kiamat nanti dan melaikat akan memanggil orang-orang yang berpuasa supaya masuk dari pintu yang dikhususkan untuknya.

Puncak kegembiraan orang berpuasa juga ialah ketika puasa dan al-Qur’an akan memberi syafaat untuknya dari sisi Allah. Puasa berkata: Ya Tuhan, orang ini menahan dari makan dan minum pada siang hari. Qiam berkata: Ya Tuhan, orang ini menahan dari tidur pada waktu malam. Kedua-duanya merayu kepada Allah yang bersifat Rahman dan syafaat kedua-duany telah diterima Allah. Lalu orang-orang yang berpuasa masuk ke dalam syurga dengan rahmat Allah dan kurniaNya yang besar yang telah dipilih di kalangan hamba yang berpuasa dan mendirikan qiam.

Puncak kegembiraan orang yang berpuasa juga ketika dirinya tergolong dalam orang yang diampunkan dosa-dosa yang terdahulu setiap tahun dan kunjungan Ramadhan tahun demi tahun menghapuskan segala kesalahan dan kejahatan masa lalu. Lalu dirinya bertemu Allah dalam keadaan dosa yang telah terampun. Benarlah sabda nabi saw:

“Solat lima waktu ke solat lima waktu, Jumaat ke Jumaat, Ramadhan ke Ramadhan berikutnya menghapuskan kesalahan-kesalahan yang terjadi di antara masing-masing selagi kesalahan syirik dijauhi”. (Muslim)

Benar anda telah menjadi hamba yang rabbani dan bukan hamba Ramadhani.

Benar puasa telah meninggalkan kesan dalam mengubah kebiasaan dan tingkah laku muslim dan muslimah kerana puasa telah menukar peribadi yang lalai dan tenggelam dengan maksiat menjadi seorang yang bertaubat dan insaf diri.

Benar seorang hamba keluar dari madrasah puasa selepas 30 hari dengan suatu penyaksian yang melayakkannya memperolehi kegembiraan besar pada hari bertemu dengan Allah.

Tanda sebagai hamba rabbani

- Sentiasa mendampingi Allah, berterusan dalam ibadah dan tidak terputus daripada amal soleh.

-Sentiasa menjaga solat berjamaah di masjid tanpa mencuaikan dalam solat-solat fardunya.

-Sentiasa memastikan hubungan dengan al-Quran dan tidak memisahkannya pada bulan-bulan selepas ramadhan. Berhati-hati dari tenggelam bersama mereka yang meninggalkan al-Quran seperti peringatan Allah kepada nabi saw tentang mereka:

“Dan rasul berkata: Wahai Tuhanku, sesungguhnya kaumku telah menjadikan al-Quran itu diabaikan”. (Al-Furqan: 30)

Seandainya mahu membuat persediaan untuk Ramadhan akan datang, maka seorang itu hanya akan merasai kemanisan al-Quran dan kesannya ke dalam hati jika ia mengambil bekalal-Quran lebih awal dengan membaca, menghafaz, mentadabur, memperhatikan maknanya. Justeru sepanjang tahun digunakan untuk mempelajari al-Quran, membaca, mentadabur dan mengulangkaji tafsirnya hingga dadanya terbuka tatkala membaca beberapa ayat atau mendengar bacaan al-Quran.

-Tidak terputus daripada melakukan puasa sunat antara dua Ramadhan. Di sunatkan puasa di bulan Syawal seperti yang dinyatakan oleh nabi saw apabila seorang hamba mendirikan puasa Syawal selepas Ramadhan ganjarannya seolah-olah puasa sepanjang tahun. Ini kerana satu hasanah menyamai sepuluh gadaan. Jumlah hari puasa ialah 36 hari bermakna seolah-olah setahun jikalau digandakan dengan sepuluh.    

Rentetan dari itu sepanjang tahun tersedia kurniaan Allah kepada orang berpuasa. Oleh itu ia bergembira dengan ketibaan 10 hari awal dari bulan Zulhijjah yang terdapat sebaik-baik hari untuk beramal soleh seperti yang dinyatakan oleh nabi saw. Pada penghujungnya terdapat hari yang paling utama “Hari Arafah” di mana ganjaran puasanya menghapuskan dosa dua tahun iaitu setahun yang telah lalu dan setahun yang akan datang. Jikalau seorang hamba berjaya memperolehi Malam Lailatul Qadr pada bulan Ramadhan yang merupakan sebaik-baik malam dan diikuti Hari Arafah dan berdoa kepada Allah sambil memuji dan berthamid kepadaNya, maka seluruh usianya benar-benar berada dalam ketaatan kepada Allah.

-Sentiasa berpuasa sunat tanpa terputus seperti puasa hari Asyura’, puasa hari-hari putih setiap bulan hijrah, puasa isnin dan khamis setiap minggu sehingga puasa baginya telah menjadi satu kebiasaan.

-Sentiasa bersifat belas ihsan kepasa fakir dan miskin dengan mengkhususkan sebahagian dari pendapatan anda untuk bersedekah. Tidak cukup sekadar mengelurkan zakat harta sahaja. Kamu mengambil berat penyaluran sedekah ke tempat dan sasaran yang betul iaitu keluarga miskin, rumah anak-anak yatim, pelajar dan penuntut.

-Sentiasa mengekalkan hubungan persaudaraan, tali silaturrahim dan menziarahi saudara dan jiran tetangga serta mengambil berat cabang-cabang iman.

Inilah insan rabbani yang keluar dari “Madrasah Ramadhan” dengan cemerlang. Seandainya kita Berjaya mengubah jiwa setiap tahun dan memperolehi ‘kemahuan’ beramal soleh, maka kita akan menukar kehidupan sepanjang tahun seumpama Ramadhan. Namun Ramadhan tetap kekal istimewa yang tidak boleh disaingi oleh mana-mana hari atau bulan dalam setahun kerana Allah telah memberi suatu keistimewaan yang tidak ada pada bulan lain di mana siang dan malamnya mengandungi rahsia yang besar yang tidak mungkin kita ketahui. Di sini kita menyeru orang-orang yang beribadah kepada Allah di bulan Ramadhan kemudian terputus ibadah mereka setelah berakhir bulan puasa yang agung supaya meneruskan apa yang telah mereka lakukan di bulan Ramadhan..Teruskan dengan amalan soleh.

Kita mohon kepada Allah memandang kita dengan pandangan rahmat dan kasih sayang, memberi kita kesihatan dan memanjangkan umur kita sehingga dapat bertemu Ramadhan pada tahun akan datang. Kita berazam bersungguh-sungguh membawa sebanyak-banyak bekal untuk bertemu Allah supaya kita memperolehi kegembiraan bersama orang-orang yang bergembira ketika bertemu Allah nanti.

Setiap tahun anda dalam kebaikan. Taqabballahu minna wa minkum. Selamat Hari Raya Edul Fitri. Dari ketaatan kepada ketaatan sehingga kita menemui Allah.

http://zadud-duat.blogspot.com/2010/09/hamba-rabbani-bukan-hamba-ramadhani.html
 

Ucapan Tahniah dari Pimpinan Ikhwan sempena Eid Mubarak



Oleh: Ahmed Jundy

Sambutan Eid Mubarak bagi umat Islam dengan kemeriahan dan kegembiraan berbeza dari sambutan-sambutan yang lain, kerana Eidul Fitri di dalam Islam bukan sekadar mempunyai nilai-nilai kemasyarakatan yang menghubungkan umat Islam antara satu sama lain, tetapi sebagai ketaatan dan ibadah yang mendekatkan dengan Allah. Bahkan hari Eid Fitri al-mubarak ialah hari kemenangan, di mana Allah telah menyempurnakan pahala dan ganjaran untuk orang-orang Islam yang berpuasa dengan penuh ketaatan sepertimana orang-orang Islam sampai pada hari Eidul Fitri dengan penuh ketaatan dan ibadah yang mendekatkan diri kepada Allah.
Bagi saya sambutan Eidul Fitri mempunyai banyak nilai-nilai kemasyarakatan dan kemanusiaan kerana semasa Eid manusia bertemu dan saling bertaut hati-hati yang menghasilkan kasih saying dan kemesraan dan saling bersalaman antara satu samal lain. 

Begitu juga semasa Eid mengingatkan kita hak orang-orang miskin di dalam masyarakat Islam supaya kegembiraan turut dirasai oleh semua golongan . Inilah tujuan syariat seperti zakat fitrah semasa Eidul Fitri ini.
Adapun nilai kemanusiaan di hari Eidul Fitri terbukti di dalam penyertaan umat Islam keseluruhannya dengan merasai kegembiraan dan keriangan pada masa yang sama. Ini kerana jelas kesatuan mereka dan banyaknya perhimpunan dan pertemuan mereka. Apabila umat Islam bertemu dengan perasaan yang sama akan menguatkan ikatan pemikiran, semangat dan kemasyarakatan.

Hari Eid ialah hari keriangan dan kegembiraan bahkan orang-orang mukmin berhak menikmati kegembiraan di dunia dan akhirat kerana Allah memberi kelebihan kepada mereka dengan satu perlindungan berdasarkan firman Allah: 

“Katakanlah: "Dengan kurnia Allah dan rahmat-Nya, hendaklah dengan itu mereka bergembira. kurnia Allah dan rahmat-Nya itu adalah lebih baik dari apa yang mereka kumpulkan". (Yunus: 58)

Barisan pimpinan ikhwan amat menekankan ucapan tahniah kepada saudara-saudara mereka dan umat Islam seluruhnya setiap kali Eidul Fitri sebagau suatu cara untuk menguatkan hubungan silaturrahim dan ikatan pemikiran,semangat dan kesatuan antara mereka dan saudara-saudara mereka yang lain.

Dr.Rasyad Bayoumi

Beliau yang juga Naib Mursyid Am berkata: “Sempena hari bahagia saya ingin mengucapkan tahniah dengan ketibaan Eidul Fitri yang mulia dengan memohon Allah Taala mengembalikan kemuliaan dan kemenangan kepada mereka, dan mencapai impian mereka dan menerima amal soleh mereka. Beliau mengkhususkan ucapan kepada  saudara-saudara yang berada di sebalik jeriji dengan mengucapkan tahniah dan selamat sambil memohon Allah mengembalikan mereka dalam keadaan selamat dan sihat kepada keluarga mereka serta membahagiakan keluarga dengan kepulangan mereka. 

Dr. Muhammed Morse

Dr. Muhammed Morse anggota Maktab Irsyad dan jurucakap resmi mengucapkan tahniah dengan nama kesatuan umat Arab dan Islam bersempena Eidul Fitri al-Mubarak sambil memohon Allah mengurniakan kemenangan kepada ummah, membebaskan bumi Iraq daripada penjajahan terkutuk, menamatkan kepungan yang kejam ke atas Gaza, melumpuhkan Zionis dan sekutunya, Allah memuliakan para pejuang, mengembalikan Masjidil Aqsa, menyatukan perjuangan rakyat Palestin sehingga permasalahan mereka dapat diselesaikan, bagi membebaskan tanah air mereka dan menghadapi musuh mereka dan musuh kita sedangkan di belakang mereka ialah rakyat yang berkorban demi mendapatkan hak-hak mereka sambil melaungkan “Berdiri teguhlah dan bersabarlah, kuatkan ikatan kamu..wahai saudara kami di Gaza”.

Dr. Morsey turut berpesan kepada Ikhwan di semua tempat, di mana mereka telah mengemblingkan tenaga di jalan dakwah sambil memohon Allah menerima amalan, waktu dan pengorbanan mereka. Beliau berkata: “Ketahuilah bahwa kamu dengan kurniaan Allah berada di atas kebenaran dan kita wajib mengorbankan segala yang bernilai dan seluruh jiwa demi kemaslahatan akidah dan tanah air kita. Semoga Allah meneguhkan kamu dan kita semua di atas kebenaran serta mengurniakan kebaikan di dunia dan akhirat..

Begitu juga beliau turut mengucapkan tahniah dan salam buat Ikhwan yang dikurung khasnya yang dipenjarakan oleh undang-undang tentera yang kejam. Mangsa yang paling utama ialah Ir. Khirat Syatir, naib Mursyid Am Ikhwan Muslimin dan seluruh anggota Ikhwan yang lain dengan menegaskan bahwa mereka adalah golongan yang paling mulia di sisi Umat Islam biarpun undang-undang menzalimi mereka kerana kuasa Allah mengatasi tujuh petala langit di mana Allah pasti akan menghukum dan membalaskan kekejaman mereka. Segala pengorbanan mereka pada jalan meninggikan panji kebenaran dan pengislahan sekali-kali tidak akan lenyap. Mereka sebenarnya berdagang dengan Allah
dengan jiwa dan harta mereka. Dengan izin Allah perniagaan mereka tidak akan sia-sia. 

“Sesungguhnya Allah Telah membeli dari orang-orang mukmin diri dan harta mereka dengan memberikan surga untuk mereka. mereka berperang pada jalan Allah; lalu mereka membunuh atau terbunuh. (Itu Telah menjadi) janji yang benar dari Allah di dalam Taurat, Injil dan Al Quran. dan siapakah yang lebih menepati janjinya (selain) daripada Allah? Maka bergembiralah dengan jual beli yang Telah kamu lakukan itu, dan Itulah kemenangan yang besar”. (At-Taubah: 111)

Dr. Morsy berpesan kepada mereka yang menjadi tawanan dengan menegaskan bahawa ganjaran mereka dilipat gandakan insya Allah. Mereka adalah contoh pengorbanan, sumbangan dan ketaatan kepada apa yang diredhai Allah sambil mendoakan mereka supaya Allah meneguhkan pendirian mereka dengan menegaskan bahwa tahanan ini merupakan teladan dalam keteguhan, pengorbanan dan kesabaran di atas kesukaran dan ujian, bahkan mereka mempamerkan contoh kepada orang yang bekerja untuk Islam dan orang yang membela Islam. Mereka akan dibalas oleh Allah di atas apa yang menimpa mereka. 

Beliau mengatakan kepada mereka: “Kami pada hari yang mulia ini menyampaikan khabar gembira kepada kamu di atas kesabaran dan keteguhan kamu dengan ganjaran dan pahala di dunia dan akhirat, kerana sesuatu kezaliman adalah kegelapan yang pekat biarpun panjang tetap akan lenyap dan musnah sedangkan fajar kebenaran tetap akan menyingsing tidak lama lagi. Begitulah kehendak Allah yang Maha Perkasa. Firman Allah: 

"Dalam sedikit waktu lagi pasti mereka akan menjadi orang-orang yang menyesal." (Al-Hajj: 40)

Dr. ‘Issam ‘Iryan

Dr. ‘Issam anggota Maktab Irsyad turut memberi perutusan tahniah kepada mereka yang berpuasa yang melaksanakan ibadah puasa, qiam dan bersungguh-sungguh beribadah dan mendekatkan diri dengan Allah. Beliau memberikan tahniah khusus untuk ikhwah yang dikasihi yang berada di balik jeriji yang telah diperlakukan melalui undang-undang zalim yang telah merampas kegembiraan mereka dan keluarga mereka sempena Eid Mubarak ini sambil mendoakan supaya Allah memberikan kegembiraan di dalam tahanan, membebaskan mereka dan seterusnya bergembira merayakan Eidul Fitir bersama keluarga tersayang.
Beliau turut menambah bahawa Eidul Fitri adalah kegembiraan buat semua muslin yang tidak dicemari melainkan oleh darah-darah umat Islam yang mengalir di Somalia, Iraq dan Afghanistan, sama ada akibat tangan musuh atau tangan kumpulan-kumpulan tertentu yang kita tidak tahu siapakah disebaliknya, sambil memohon kepada Allah supaya menyempurnakan kegembiraan kita dengan pembebasan negeri-negeri Islam seluruhnya. 

Beliau turut mengucapkan tahniah khusus kepada Ikhwan Muslimin sambil mengharapkan Allah mendatang Eid yang akan dating dalam keadaan mereka lebih teguh keazaman dan tekad untuk melaksanakan syariat Allah, berjalan di atas landasan kebenaran dan membawa kebaiakan kepada semua manusia.

Dr. Muhammad Ali Basyar

Dr. Muhammad anggota Maktab Irsyad mengucapkan tahnia kepada Ikhwan yang berada di balik jeriji seperti Ir. Khirat Syatir, Hassan Malik, Shadiq Syarqawi, Ahmaed Syausyah dan Ahmad Asyraf sambil memohon Allah agar membebaskan mereka secepat yang mungkin dan juga semua saudara-saudara islam yang lain.


Beliau turut mengucapkan tahniah kepada Ikhwan Muslimin di seluruh dunia dengan mendoakan supaya meneguhkan agama ini dan membuka pintu hati sehingga kebaikan dan kebahagan tersebar di segenap ceruk kampung dan bandar kerana agama ini membawa penawar yang mampu mengubati penyakit yang melanda dunia hari ini.


Beliau juga berpesan kepada Ikhwan supaya menjaga hubungan dengan Allah, sentiasa membaca al-Quran, berdoa supaya Allah mengangkat segala bencana dan petaka yang melanda kita dan seterusnya Allah mengembalikan kedudukan umat Islam ke tempat yang tertinggi.
 
Sumber: http://zadud-duat.blogspot.com/2010/09/ucapan-tahniah-dari-pimpinan-ikhwan.html
 

Friday, May 25, 2012

هل علي إثم إذا خالفت رأي الجماعة؟ Adakah dikira berdosa bila saya menyalahi pandangan Jamaah?

عنوان الفتوى:
  هل علي إثم إذا خالفت رأي الجماعة؟
Adakah dikira  berdosa bila saya menyalahi pandangan Jamaah?
  صاحب الفتوى:
  أحمد محمود  من :  مصر
Penanya: Ahmad Mahmod drp Mesir
  الفتوى:
مع شدة الهجوم على الإخوان في مصر في الفترة الحالية أريد توضيحاً حتى يطمئن قلبي: هل أرتكب أثماً إذا صوت مثلا لمرشح الإخوان رغم علمي أن هناك من هو أكفأ منه, وهذا ليس رأي شخصي فقط بل آراء قوى مخلصة أخرى غير جماعتي ****سؤالي لا أقصد به انتخابات الرئاسة وإن كانت من أهداف السؤال بل كل انتخابات أيا كانت حجمها *
إذا تعارض اختيار الأكفأ والأصلح في الانتخابات مثلا مع البيعة لجماعة الإخوان ماذا أفعل؟؟؟؟








  الــــــــــــــــــرد:
Dalam situasi IM diserang dgn begitu dahsyat di Mesir sekarang, saya minta penjelasan utk  menenangkan hati saya: Adakah saya dikira berdosa bila saya memilih calon IM sekalipun saya tahu bahawa di sana ada calon yang lebih layak daripadanya. Ini bukan pendapat peribadi saya sahaja, bahkan ia merupakan pendapat sekelompok mereka yang ikhlas (bukan drp IM). Soalan saya bukan khusus kepada isu pemilihan presiden sahaja, bahkan termasuk juga pemilihan2 yang lain juga.

د:أحمد زايد الأستاذ بجامعة الأزهر الشريف
Fatwa oleh: Dr Ahmad Zayid (Prof Univ Al-Azhar)
بسم الله الرحمن الرحيم
الحمد لله وبعد:       
قضت حكم الله تعالى وسنته أن يد الله تعالى وبركته وتأييده وتوفيقه في الجماعة , قال تعالى: " وَاعْتَصِمُوا بِحَبْلِ اللَّهِ جَمِيعًا وَلَا تَفَرَّقُوا..." وقال :" وَلَا تَنَازَعُوا فَتَفْشَلُوا..."  فالله تعالى مع الجماعة يسدد أراءها ويقوي عزمها وقد تعلمنا من ديننا أن رأي الفرد مهما كانت عبقريته لا يكون أكثر سدادا من رأي الجماعة, فأدواته في المعرفة واتخاذ القرار أقل بكثير من أدوات الجماعة, وقد افترض الأخ السائل غير هذا المنطق ,وهذا لا شك مخالف لمقتضى العقل والواقع والشرع.
Hukum Allah Ta’ala dan undang-undangNya menyatakan bahawa ‘tangan’ Allah Ta’ala, keberkatan, bantuan dan taufiqNya bersama-sama dengan jamaah. Allah Ta’ala berfirman: “Dan berpeganglah kamu semua dengan tali Allah dan janganlah berpecahbelah”. “Dan jangan kalian berbantah-bantah, nanti kalian akan menemui kekalahan..”. Maka nyatalah bahawa Allah swt bersama-sama jamaah, Allah akan memperbetulkan pandangan jamaah dan akan menperkuatkan keazamannya. Kita telah belajar daripada agama ini bahawa pandangan seorang sekalipun dia seorang yang pintar tidak akan sama seperti pandangan jamaah dari segi kewibawaannya; kerana kemampuan jamaah dalam membuat keputusan jauh lebih hebat daripada yang dimiliki oleh seorang peribadi. Penanya telah mengandaikan suatu yang tidak logic dan ia bertentangan dengan kewarasan akal, reality dan syara’.
 فأدعو الأخ الكريم ألا يفترض في نفسه الصواب والكمال وفي الجماعة الخطأ والنقص, فالزم الجماعة فإنها لن تختار إلا الأكفأ والأصلح , وافتراض العكس خطأ ينفيه الواقع والشرع وبحكم بيعتك ينبغي ألا تخالف الجماعة ما لم تأمر بمعصية, ولأن نجتمع على المرجوح خير وأفضل من أن نتفرق على الراجح, والخلاف شر كله.
Maka saya mengajak al-akh yang bertanya supaya jangan mengandaikan dirinya betul dan sempurna dan jamaah salah dan lemah. Beriltizamlah dengan jamaah kerana jamaah tidak akan memilih selain calon yang terbaik dan berkemampuan. Mengandaikan sesuatu selain itu adalah satu kesilapan dan bertentangan dengan reality, syara’ dan hukum baiah kamu yang meminta kamu tidak menyanggahi pilihan jamaah selagimana ia tidak menyuruh dalam perkara maksiat. Lagipun “bersepakat dalam suatu isu yang hukumnya lemah itu lebih baik daripada berpecah dalam isu yang hukumnya kuat”… kerana berpecah  itu semuanya buruk.

والله أعلم.
Sumber - http://www.manaratweb.com/news.ph

Pandangan Jelas dalam menyokong Morsi ke atas Abul Futoh

Pandangan Jelas dalam menyokong Morsi ke atas Abul Futoh
Selasa 2 Rejab 1433 bersamaan 22 Mei 2012

Muhammad Ahmad Ar-Rashid

Tulisan saya ini agak terlambat disebabkan kesibukan saya membantu Gerakan Dakwah Islah di UAE, semoga Allah mengampuni saya dan semoga ikhwah semua memahami keuzuran saya ini. Sepatutnya saya bersegera menyahut permintaan al-akh Dr Wasfi untuk  memberi pendapat tentang suatu pandangan yang mengatakan bahawa anggota Jamaah Ikhwan bebas untuk tidak beriltizam dengan pandangan Qiadah dalam persoalan pemilihan calon  daripada  IM  Sheikh Mohd Morsi. Namun saya berlengah (tidak bersungguh) kerana menyangka bahawa isu tersebut sudah jelas. Akan tetapi bila isu tersebut berlarutan menjadi kabur, saya mengambil keputusan untuk membetulkan keadaan.  

Hakim itu adalah seorang mujtahid yang  terkongkong oleh kecenderungannya kepada Abul Futoh sebenarnya berada dalam daerah kesilapan. Pendapat saya mengenai fatwa Tuan Guru saya Sheikh Yusof Qardawi bahawa warga Mesir bebas saja memilih salah seorang daripada tiga  calon Islamic  ialah; jika yang dimaksudkan itu rakyat awam Mesir maka ijtihad itu betul, tapi jika yang dimaksudkan itu termasuk Ikhwan yang merupakan anggota yang berintima' dengan Dakwah IM , maka ijtihad tersebut adalah salah...ungkapan ini agak berat untuk ditulis terhadap kedudukan Sheikh yang termulia, namun khilaf pemberi fatwa menjadi sebab kepada datangnya rahmat kepada umat

Saya berani berkata demikian kerana saya kenal beliau seorang yang sentiasa bersikap lapang dada dan terbuka  serta jujur dalam apa-apa perkongsian. Saya berpendapat bila seorang al-akh itu memberi baiah secara sukarela kepada kepimpinan dakwah, maka ia bermakna: bahawa dia telah redho  menyerahkan kepada kepimpinan dalam perkara ijtihadi dalam situasi berbilangnya pendapat, perkara ini amat penting dalam intima' dakwah. Ini bermakna beriltizam dengan perancangan dakwah adalah wajib dalam semua perkara. Tanpanya  tidak akan terlaksana amal secara jama'ie. Pendakwah yang berintima' dengan Jamaah  sebenarnya seorang muslim yang thiqah kepada Jamaah dan kebenarannya. Justeru pandangan saya ini bersandarkan neraca Fiqh Dakwah dan formula-formula Mazhab Ihya' Fiqh Dakwah  yang saya cuba jelaskan di sini: Bahawa mereka yang berintima' kepada dakwah IM  tidak mempunyai pilihan lain dalam hal ini, iaitu mereka wajib memilih  calon dakwah iaitulah  Sheikh Mohd Morsi

Adapun pendokong bagi dakwah ini, iaitu mereka yang ada hubungan dengan dakwah tetapi tidak sampai ke darjat memberi baiah, begitu juga mereka yang kasih kepada dakwah ini terdiri daripada kalangan rakyat awam Mesir: Maka kaedah syariyyah yang lain juga mewajibkan mereka memilih calon dakwah Sheikh Mohd Morsi. Kaedah ini secara ringkas menyatakan: Bahawa jawatan presiden hanya layak disandang oleh presiden yang disokong oleh kelompok manusia yang melantiknya dan jamaah itu mempunyai satu kesefahaman bersamanya untuk berkhidmat dan melaksana segala perancangannya agar mampu berhadapan dengan segala cabaran mendatang. Syarat tersebut hanya dimiliki oleh satu-satunya calon iaitu Sheikh Mohd Morsi.

Beliau sahajalah  (Mohd Morsi) yang memiliki kemampuan mengagihkan pengalaman, ilmu dan tenaga IM dalam memberi khidmat sesuai dengan kedudukannya sebagai seorang presiden.  Lebih-lebih lagi bagi memerangi kerosakan yang berakar umbi dalam sistem pemerintah Mubarak. Sheikh Abul Futoh tidak memiliki selain suara jalanan yang tidak diikat oleh sebarang iltizam maupun sikap berkecuali menjadikannya pada kedudukan yang amat lemah. Dalam Qaedah Syariyyah menyebut bahawa  memilih yang lebih baik itu wajib, iaitu di kala terdapatnya banyak pilihan sebagai memenuhi tuntutan ayat Allah:
(فَخُذْهَا بِقُوَّةٍ وَأْمُرْ قَوْمَكَ يَأْخُذُوا بِأَحْسَنِهَا) 
"Maka ambillah ia dengan bersungguh dan perintahkanlah kaummu mengambil yang terbaik daripadanya". Jadi  yang terbaik dalam suasana Mesir sekarang ialah melantik orang yang paling layak iaitu Sheikh Mohd Morsi, ditambah dan dikuatkan dengan  kemampuan Jamaah yang amat berpengalaman .    

Kata-kata Ibnu Khaldun dalam Muqaddimahnya jelas bahawa yang paling layak untuk memegang kerusi presiden dan kepimpinan ialah seorang yang disokong oleh kelompok iaitu jamaah yang membantu dan taat kepadanya atau qabilah yang mampu merealisasikan kehendaknya.  Puak atau kelompok yang dimaksudkan di sini bukan puak tercela yang dinafikan oleh uruf imani, bahkan ia adalah method ta'bir klasik (gaya bahasa lama). Ijtihad Ibnu Khaldun memang benar kerana beliau seorang yang faqih dan dikenali, bukan hanya seorang sejarawan. IM akan berusaha dengan segala kemampuannya untuk  memperkuatkan kedudukan Mohd Morsi bagi menunaikan janjinya sebagai presiden terutama  dalam masa paling genting sepanjang sejarah Mesir ini. IM adalah jamaah yang ikhlas  dan bersih,  sejarah jihad dan idea membangun masyarakat yang dibawanya amat cemerlang, kaya dengan buah fikiran  yang bernas.  Hari-hari yang berlalu membuktikan mereka amat mementingkan kemaslahatan umat.

Abul Futoh sebenarnya telah terputus dengan jamaah. Dengan sebab itu dia bersendirian dan amat lemah. Salem Awa sebenarnya pendokong bid'ah Iran dan saya berpendapat  dia  samasekali tidak wajar disokong kerana ia boleh membuka ruang masuknya pengaruh Iran  dan menjadi ancaman kepada keselamatan negara Arab. Bahaya itu mesti disekat, semoga Allah swt membantu kita semua. Ayuh kita jadikan suara dalam pilihanraya kali ini berjalan dengan penuh kesedaran melalui kecerdikan memilih bersandarkan kaedah-kaedah syara' dan neraca-neraca iman. Demikianlah fatwa saya sekalipun kelewatannya menjadikan  ia kurang menarik, hendaklah yang menyaksikan menyampaikan kepada mereka yang tidak hadir.. 

Sumber - http://www.manaratweb.com/news.ph

Tuesday, April 17, 2012

Kenyataan Akhbar daripada IM dan Parti Kebebasan dan Keadilan



 









Ikhwan Muslimin dan Parti Kebebasan dan Keadilan  ingin melahirkan perasaan terkejut dan hairan   dengan keputusan  Jawatankuasa Tertinggi untuk Pemilihan Presiden yang menolak rayuan yang difailkan oleh Ir. Khairat Shater calon dari IM dan parti  dalam pilihan raya presiden.

Lebih-lebih lagi kerana keputusan untuk menolak rayuan itu datang selepas penyerahan semua hujah dan asas hukum perundangan dan kehakiman, termasuk tafsiran Mahkamah Agung Tentera yang menolak Ir. Khairat Shater, termasuk kes tentera baru-baru ini yang dikaitkan oleh Jawatankuasa dalam membuat keputusan untuk mengecualikan beliau daripada senarai awal, dan kemudian enggan untuk menerima rayuan walaupun semua hujah-hujah undang-undang telah dibuat oleh peguam.

Memandangkan sekarang adalah peringkat paling getir dan penting, IM dan Parti Kebebasan dan Keadilan mengisytiharkan bahawa mereka tetap meneruskan pertandingan bagi jawatan presiden bagi Mesir melalui calon mereka yang baru Dr. Mohamed Morsi yang membawa pendekatan dan aspirasi yang sama dalam usaha untuk mencapai kemaslahatan negara yang lebih tinggi dan menjaga hak-hak rakyat.

IM dan Parti Kebebasan dan Keadilan ingin menegaskan bahawa mereka mempunyai agenda untuk membangunkan semula negara dalam pelbagai lapangan. Calon mereka mendokong agenda ini yang akan disokong oleh rakyat Mesir. IM dan Parti berusaha untuk mencapainya bagi membawa Mesir menuju kepada keamanan yang sebenar, dan seterusnya Mesir akan mengambil tempat yang sepatutnya di kalangan umat Islam dan bangsa Arab.

Allah adalah di sebalik segala tujuan. Dialah yang memberikan petunjuk kepada jalan yang benar.


Ikhwan Muslimin                                                                 Parti Kebebasan dan Keadilan

Kaherah: 5 Jamadil Awal 1433 Hijrah bersamaan dengan 17 April 2012 Masihi

Friday, April 13, 2012

Sa'id Hawwa: Menerobos Ke Ufuk Ta'alim

Salah satu pusaka peninggalan yang paling berharga dari Imam Hasan Al Banna adalah ‘Risalah Ta’alim’ di mana jika kita membacanya dengan saksama serta menyusuri isi kandungannya secara mendalam, niscaya kita akan mengetahui betapa luasnya cakrawala pemikiran dan gerakan yang dibina oleh Imam Hasan Al Banna.

Karya ini hampir-hampir merupakan ijtihad terakhir beliau dalam bidang pemikiran dan gerakan.

Selain itu, ia juga merupakan buah pandangan yang bernas dan jitu terhadap :

1.      Perjalanan sejarah.
2.      Realiti ummat.
3.      Kefahamannya yang tepat tentang nash-nash syari’at.

Mungkin ramai yang hairan setelah mengetahui bahwa Risalah Ta’alim’ yang hanya merupakan  tulisan dalam beberapa lembaran kertas, namun ternyata ianya menggariskan beberapa petunjuk di sepanjang jalan sejarah untuk membangun beberapa generasi.

Sesungguhnya tidak berlebihan jika kita mengatakan bahwa ia menggariskan petunjuk-petunjuk perjalanan umat Islam dalam usaha mencapai agenda kemenangan dan selepasnya hingga jangkauan yang sebegitu jauh.

Itu merupakan salah satu bukti nyata ‘kejeniusan’ Imam Hasan Al Banna. Bahkan itu merupakan salah satu bukti nyata anugerah Ilahi yang diberikan kepada lelaki ini.

Ramai di antara murid-murid dan pengikut Imam Hasan Al Banna yang telah mensyarahkan dengan lebih mendalam terhadap ‘Risalah Ta’alim’ dan di antaranya adalah Syeikh Sa’id Hawwa yang menulis di dalam kitabnya yang berjudul “Fi Afaaq at Ta’alim’.

Mari kita susuri sebahagian dari tulisan beliau di dalam kitab tersebut.

Tidak terlintas dalam fikiran saya untuk menulis syarah (komentar) bagi Risalah Ta’alim’ atau risalah-risalah Imam Hasan Al Banna yang lain. Ini adalah kerana kata-kata beliau mudah difahami oleh semua orang; perkara yang jarang dilakukan oleh kebanyakan ulama’, di samping saya tidak mahu menjadi hijab antara Imam Hasan Al Banna dengan pembacanya.

Namun, saya diminta oleh seseorang yang permintaannya itu tidak mungkin saya tolak, maka saya tulislah kitab ini.

Oleh kerana tulisan Imam Hasan Al Banna amat mudah difahami dan tidak memerlukan penafsiran harfiah kecuali sedikit sahaja, maka dalam kitab ini saya tidak akan mengikuti cara penafsiran dan komentar yang biasa berlaku.

Saya hanya akan memberi komentar terhadap beberapa bahagian yang kiranya diperlukan oleh pengkaji Risalah Ta’alim’ dan bahagian lain yang dikehendaki oleh Hasan Al Banna ketika ia menulisnya untuk menjadi acuan awal untuk melangkah.

Oleh kerana kitab ini bukan merupakan syarah secara tradisional sebagaimana lazimnya, maka saya namakannya Fi Afaaqit Ta’alim’ (Di Ufuk Risalah Ta’alim) .

Saya tidak akan menurunkan tulisan Imam Hasan Al Banna secara perkataan demi perkataan lalu mensyarahkannya, meskipun perkara itu kadang-kadang berlaku di beberapa tempat. Namun, bukan itu cara yang saya pakai dalam penyusunan Risalah Ta’alim’ ini.

CARA KAJIAN

Secara kontekstual, Risalah Ta’alim’ mengungkapkan persoalan yang sangat mendasar, iaitu keperibadian muslim di zaman kini, meliputi tiang-tiang pembentukan dan kewajiban-kewajibannya.

Ia telah menyebutkan tiang-tiang itu melalui penjelasan sepuluh rukun-rukun bai’ah dan seterusnya dihuraikan kewajiban-kewajiban yang mesti ditunaikan.

Melalui pembicaraan tiang-tiang pembangunan keperibadian Islam dan kewajiban-kewajibannya ini, beliau menyebutkan juga tujuan-tujuan yang mesti diwujudkan, selain juga menyebutkan fasa-fasa dakwah.

Dalam pembahasan ini saya akan menghuraikan tentang  tujuan, berbagai wasilah yang digunakan, kemudian disusuli dengan fasa-fasa dakwah, tiang-tiang pembinaan keperibadian Islam dan kewajiban-kewajibannya.

Pembahasan ini saya lakukan sebagai komentar terhadap tulisan Imam Hasan Al Banna dalam Risalah Ta’alim’nya. Keempat bab ini merupakan intisari pembahasan Risalah Ta’alim’.

Sebelum itu, saya bahas terlebih dahulu tiga bab lain yang isinya membicarakan tentang ketokohan Imam Hasan Al Banna dalam kapasitinya sebagai peletak dasar  teori tentang amal-amal islami (gerakan islam) moden, kemudian tentang kunci-kunci untuk memahami dakwahnya dan setelah itu pembicaraan tentang tanggungjawab besar dalam dakwah ini. Dengan yang demikian, buku ini memuat tujuh bab.
Agar Risalah Ta’alim’ dapat menduduki posisinya dalam kerangka umum dakwah Ikhwanul Muslimin, maka saya tuliskan pula bab kelapan yang bertajuk ‘Fasal Penyempurnaan’ yang disusuli dengan ‘Kata-Kata Penutup’ di bab kesembilan sebagai bab terakhir.

Imam Hasan Al Banna telah menetapkan beberapa tujuan yang mesti dicapai oleh setiap muslim, selain menjelaskan kandungan-kandungannya. Ia bukanlah tujuan-tujuan yang disusun secara serampangan, melainkan tujuan-tujuan yang ditetapkan melalui penelitian yang mendalam ke atas nash-nash syariat yang ada.
Beliau juga menetapkan fasa-fasa amal untuk mencapai tujuan-tujuan itu dengan memperhatikan keperluan umat Islam di setiap kawasan.
Beliau menetapkan pula ciri-ciri keperibadian Islam melalui rukun-rukun bai’ah dan kewajiban-kewajiban yang diperlukan oleh gerakan Islam dalam rangka mencapai tujuan di setiap fasanya.
Beliau juga menetapkan beberapa kaidah pokok yang menjadi bingkai kepada kefahaman yang sahih, hubungan dan perjalanannya di mana tidak ada :
a.       Sikap ekstrim dan menceroboh batasan.
b.      Perilaku melampau.
c.       Pengabaian terhadap hukum sunnatullah.
Semua itu telah terangkum dalam dua bahagian dari ‘Risalah Ta’alim’ iaitu :
PERTAMA : RUKUN-RUKUN BAI’AH
KEDUA : KEWAJIBAN-KEWAJIBAN SEORANG MUJAHID
Imam Hasan Al Banna melalui dua bahagian dari risalahnya itu telah berhasil menjelaskan perkara-perkara yang sangat diperlukan oleh setiap peribadi dewasa ini untuk bangkit secara benar bersama kaum muslimin lainnya demi meraih cita-cita.

Oleh kerana itu, meskipun Risalah Ta’alim’ dilukiskan dalam bentuk taujih (pengarahan) kepada individu tetapi ia juga menyebutkan pandangan keseluruhan gerakan iaitu :

a.       Menyangkut proses menuju penegakan daulah.
b.      Cara perjalanan sesudah daulah diwujudkan.
c.       Strategi politik gerakan.

dan lain-lainnya.

Semua itu disampaikan secara langsung dalam bentuk arahan kepada individu. Ini adalah kerana, jika individu tidak mempunyai pandangan yang jelas di dalam sesuatu perkara, maka keupayaannya untuk bertolak secara berterusan di dalam suatu barisan yang mantap akan menjadi lemah.

Titik tolak untuk mewujudkan saf yang mampu mencapai tujuan adalah dengan tersedianya indidvidu-individu yang :

1.      Mempunyai kefahaman yang jelas tentang matlamat.
2.      Mempunyai kefahaman yang jelas tentang cara-cara untuk melaksanakan matlamat tersebut.
3.      Mempunyai keupayaan untuk menyesuaikan dirinya dengan saf. 

Risalah Ta’alim’ memberikan semua ini walaupun melalui lembarannya yang agak sedikit. Itulah salah satu bukti anugerah Ilahi bagi Imam Hasan Al Banna.

Dalam bahagian kedua, Risalah Ta’alim’ memperincikan segala sesuatu yang diperlukan oleh setiap peribadi muslim dewasa ini, agar tidak mengulangi kesalahan-kesalahan masa lalu, di samping menjelaskan petunjuk-petunjuk untuk meniti masa depan.

Dengan yang demikian, Risalah Ta’alim’ telah menetapkan titik bermula bagi setiap muslim untuk mencapai posisi ‘Hanya kalimat Allahlah yang tertinggi’ di muka bumi ini.

Bahkan Risalah Ta’alim’ telah meletakkan anak kunci  alam di tangan orang-orang Islam jika mereka pandai bergerak dan beramal secara betul, insyaAllah.

Di antara perkara penting yang diwujudkan oleh Risalah Ta’alim’ pada sedikit halamannya adalah berupa penjelasan mengenai berbagai perkara yang diperlukan oleh gerakan Islam :

a.       Dari yang berbentuk umum kepada yang lebih terperinci.
b.      Dari yang samar-samar kepada bentuk yang lebih jelas.

Misalnya dalam permasalahan bai’ah di mana selama ini istilah “bai’ah” dalam masyarakat Islam hanya dikenali dengan makna janji setia untuk mengamalkan wirid tertentu atau untuk taat pada seseorang syeikh atau tok guru tertentu.

RUKUN-RUKUN BAI’AH

Risalah Ta’alim’ datang dengan penjelasan tentang batasan-batasan bai’ah yang diperlukan pada zaman ini, bahwa ia adalah:

1.      ‘Bai’ah’ untuk memahami Islam secara benar. Tanpa kefahaman yang benar ini, aktiviti atas nama Islam tidak akan pernah berlaku. Tanpa kefahaman, langkah bersama menuju Islam tidak dapat diwujudkan. Jika pun dapat diwujudkan, maka ia hanya berada di ruang lingkup yang sempit dan tidak dapat memenuhi keperluan masa kini mahupun masa mendatang.
2.      ‘Bai’ah’ untuk ikhlas. Tanpa keikhlasan, amal apapun tidak akan diterima oleh Allah dan tidak juga dapat bergerak di medan dakwah secara benar di samping saf itu sendiri boleh ditipu.
3.      ‘Bai’ah’ untuk beramal, yang telah ditentukan garis permulaannya dan jelas kesudahannya iaitu yang dimulai dari diri sendiri dan berakhir dengan penguasaan Islam ke atas dunia seluruhnya. Ini merupakan kewajiban yang tidak disedari oleh orang-orang Islam namun tiada seorang muslim pun yang terlepas dari kewajibannya.
4.      ‘Bai’ah’ untuk melakukan jihad, yang ramai orang Islam lupa bahwa ia adalah neraca untuk menimbang keimanan.
5.      ‘Bai’ah’ untuk berkorban dengan segala yang dimiliki, demi meraih tujuan suci dan syurga Allah.
6.      ‘Bai’ah’ untuk taat sesuai dengan peringkat dan tingkatan kemampuan.
7.      ‘Bai’ah’ untuk tegar menghadapi segala keadaan di setiap waktu.
8.      ‘Bai’ah’ untuk memberikan kesetiaan bagi dakwah ini dengan melepaskan diri dengan keterikatan selainnya.
9.      ‘Bai’ah’ untuk berukhuwah sebagai titik tolak untuk bergerak.
10.  ‘Bai’ah’ untuk tsiqah (memberikan kepercayaan) kepada pemimpin dan safnya.

Demikianlah bai’ah memiliki sepuluh rukun. Jika berlaku pelanggaran pada salah satu dari rukun ini, maka titik tolaknya telah keliru dan pembinaan tidak mungkin sempurna serta bangunan dakwah tidak akan pernah selesai secara utuh.
Jika itu yang berlaku, maka mungkin akan terjadi keretakan melalui rukun yang cacat ini buat seseorang akh di mana Jamaah pun akhirnya akan mendapat kesan dari keretakan ini melalui akh tersebut.
Oleh kerana itu, pematerian dan penjelmaan tiap-tiap rukun yang sepuluh ini dalam diri setiap akh merupakan satu-satunya syarat yang akan menjamin permulaan langkah dan penerusannya.
Itulah bahagian pertama dari Risalah Ta’alim’.

KEWAJIBAN-KEWAJIBAN SEORANG PEJUANG

Apabila ia telah menjadi jelas, bererti telah ditemui sebuah peribadi pejuang yang siap sedia  memberikan komitmennya pada segala perkara yang dituntut oleh harakah. Dari sanalah munculnya bahagian kedua yang memuatkan tiga puluh lapan (38) arahan, dilanjutkan dengan penutup risalah yang berisi kesimpulan dan rangsangan untuk beramal.

Oleh yang demikian, dalam risalah ini telah digariskan perkara-perkara yang diperlukan oleh seorang akh dalam kedudukannya sebagai seorang muslim moden, serta seorang pejuang yang berkomitmen penuh kepada saf dan pimpinannya.
Melalui pembicaraan yang diarahkan kepada individu, maka bangunan jamaah, masa depan harakah dan konsep perjalanan gerakannya telah ditegakkan.
Barangsiapa yang tidak memahami risalah ini, maka ia tidak akan mengenali dakwah Ikhwanul Muslimin dan barangsiapa yang tidak berpegang teguh dengannya maka ia bukanlah golongan Ikhwanul Muslimin, meskipun mengibarkan panjinya dan mendakwakan diri dengannya.
Dengan memerhatikan risalah ini dari mukadimah hingga penutup, dapatlah difahami bahwa Risalah Ta’alim’ bersifat praktial di mana ianya ditujukan secara khusus untuk golongan tertentu dari kalangan Ikhwanul Muslimin.

Gagasan Imam Hasan Al Banna yang mengkhususkan pembicaraan untuk sekelompok tertentu dari ikhwan tidak boleh dianggap sebagai sesuatu yang aneh kerana cara seperti ini juga merupakan cara yang dilakukan oleh Al Qur’an dan sebahagian dari sunnah Rasulullah saw.

Al Qur’an telah berbicara secara khusus kepada Rasulullah saw, lalu kepada orang-orang yang beriman, dan di saat lain dengan golongan lain pula.

Oleh kerana itu, jika Imam Hasan Al Banna mengkhususkan pembicaraan kepada orang tertentu di kalangan Ikhwan, perkara itu menunjukkan atas kearifannya.

Imam Hasan Al Banna sedar bahwa tidak semua orang muslim dewasa ini memiliki kesediaan untuk mewujudkan komitmen atas keislamannya yang tertinggi. Beliau sedar bahwa Islam memerlukan suatu kelompok tertentu. Untuk tujuan itulah beliau membuat peringkat-peringkat keterikatannya kepada dakwah.

Risalah ini ditujukan kepada anggota ikhwan pada peringkat pejuang dengan maksud agar dapat membangkitkan cita-cita umat Islam dan pada saat yang sama dapat mengetahui syarat-syarat yang perlu dipenuhi dalam jihad.

Sungguh, Islam tidak akan bangkit tanpa kelompok seperti ini. Kelompok seperti ini tidak akan mampu melaksanakan syarat-syarat kebangkitan kecuali jika ia memiliki komitmen penuh dengan risalah ini, yakni komitmen terhadap rukun-rukun bai’ah dan menunaikan kewajiban-kewajibannya.
DAKWAH IKHWAN ADALAH UBAT

Dakwah Ikhwanul Muslimin adalah merupakan ubat. Setiap individunya diberi panduan khusus. Jika berlaku kecacatan pada panduan maka berlaku jugalah kecacatan pada ubat sehingga ia boleh menjadi racun.

Oleh itu, setiap al akh hendaklah menjaga ciri-ciri dakwah ini dengan sempurna dengan tidak mengubah panduannya, kerana itu akan memberi akibat yang buruk.

Dengan panduan ini, jamaah menjadi ubat yang mujarab bagi setiap penyakit yang menimpa orang-orang Islam.

Jika panduan berbeza maka berbeza pula cara pengubatannya. Oleh itu hendaklah kita menjaga panduan supaya ia menjadi ruh bagi umat ini.

Kita hendaklah bijak berdakwah kepada Allah dan dakwah kita hendaklah semata-mata untuk Allah bukan utuk diri kita. Kedapatan ramai di antara pendakwah-pendakwah yang memulakan dakwah mengajak mansuia kepada Allah kemudiannya bertukar dengan mengajak manusia kepada diri mereka sendiri.

Kita hendaklah fahami betul-betul tentang jiwa manusia, pandai mendidiknya, pandai membersihkannya dan pandai meningkatkannya. Ini tidak boleh dilakukan kecuali kita memiliki kunci untuk membuka pintu hati manusia. Kunci ini tidak boleh diperolehi tanpa ilmu dan amal di samping hikmah dan petunjuk dari Allah Rabbul Alamin

Ya Allah, jadikanlah kami penolong-penolong agamaMu yang berjanji setia untuk mendengar dan taat samada dalam keadaan susah atau senang, samada semasa suka atau terpaksa. Tetapkanlah kami di atas jalan dakwah ini sehingga kami dipanggil pulang kepadaMu dalam keadaan ridha dan meridhai.

http://tinta-perjalananku.blogspot.com/2012/04/menerobos-ke-ufuk-taalim.html

 

My Blog List

FIKRAH & DAKWAH Copyright © 2009 Blogger Template Designed by Bie Blogger Template