Wednesday, November 10, 2010

Timbalan Mursyidul Am IM: Kami Optimis dan Tidak Menganggap Pilihanraya sebagai Medan Pertempuran


Isnin 1 November 2010

Timbalan Mursyidul Am IM, Mahmoud Ezzat berkata beliau optimis dan yakin IM akan mencapai keputusan yang memuaskan di dalam pilihanraya parlimen kali ini.

Beliau menyatakan walaupun IM mempunyai keupayaan mencalonkan lebih ramai anggota yang berkaliber, mereka memilih untuk bertanding hanya di 30% kerusi.

IM ditubuhkan oleh Imam Hassan AlBanna dengan matlamat mendirikan sebuah negara madani yang berasaskan syariah Islam melalui jalan aman.

Di dalam pilihanraya 2005, IM memperolehi 88 kerusi menjadikannya blok pembangkang paling besar.
Ezzat menarik perhatian kepada peningkatan penahanan tidak sah dan sewenang-wenang ke atas IM sejak pengumumannya menyertai pilihanraya dan medan politik. Polis telah menahan 361 orang anggota dan pemimpinnya di seluruh negara.

Beliau menambah, walaupun Mahkamah telah memutuskan pada 26 Oktober bahawa slogan IM yang terkenal “Islam Adalah Penyelesaian” selaras dengan perlembagaan, Ketua Jawatankuasa Agung Pilihanraya Abdel Aziz Omar tetap mengumumkan supaya slogan tersebut dibuang daripada senarai calon. Sementara itu, Jurucakap Media IM, Dr. Mohamed Saad el-Ketatni menegaskan bahawa slogan tersebut ialah berbentuk politik, bukan keagamaan.

Menurut Ezzat, IM tidak menganggap pilihanraya sebagai medan pertempuran tetapi sebagai satu hak bagi setiap orang awam menyertainya. Beliau menambah, pilihanraya ini bukan penghujung kepada reformasi politik yang diperjuangkan oleh IM.

http://www.ikhwanweb.com/article.php?id=26988
 

My Blog List

FIKRAH & DAKWAH Copyright © 2009 Blogger Template Designed by Bie Blogger Template