Showing posts with label Risalah Mursyid. Show all posts
Showing posts with label Risalah Mursyid. Show all posts

Thursday, March 15, 2012

Bersabarlah warga Syria.. kemenangan datang melalui kesabaran


Risalah daripada Prof. Dr. Mohammed Badi’ Mursyid Am Ikhwan Muslimin 1/3/2012

Segala puji bagi Allah Raja yang paling berkuasa dan gagah perkasa, yang telah menundukkan tengkuk Firaun. Dialah yang memberikan kerajaan kepada orang-orang yang dikehendaki dan melucutkan kerajaan kepada orang yang dikehendaki-Nya. Selawat dan salam ke atas sebaik-baik makhluk Allah, pemimpin kita, ketua kita dan contoh teladan kita, Muhammad saw ..

Dan seterusnya.

Walaupun telah berlalu hampir setahun kebangkitan rakyat Syria yang dikasihi untuk menuntut hak-hak mereka yang sah kepada kebebasan, kemuliaan, keadilan dan persamaan, yang selari dengan tuntutan rakyat Arab yang lain dalam revolusi “Arab Spring”. Rejim Syria yang kejam telah menolak - dengan penuh kemarahan, penipuan dan kesombongan – untuk memenuhi tuntutan-tuntutan ini, malah telah bertambah teruk hingga sampai ke tahap membunuh beribu korban dan menyeksa puluhan ribu, menghalau, melakukan pembunuhan beramai-ramai dan mengalirkan dengan deras sungai darah yang suci, mensabotaj dan memusnahkan infrastruktur banyak bandar-bandar.. Walaupun wujud seruan yang berterusan dari kebanyakan negara di dunia yang meminta rejim Syria supaya memenuhi permintaan rakyatnya.

Zaman telah berubah. Rakyat adalah tuan kepada ketetapannya sendiri. Selepas hari ini mereka tidak akan menerima rejim yang menentukan masa depan mereka dan berjalan mengikut kehendaknya. Sungguhpun demikian, rejim Syria yang kejam masih melakukan kekerasan dalam tindakannya, telah mengikut jejak langkah syaitan dan tenteranya sehingga kejahatan rejim sampai kepada darjat yang paling rendah. Tiada lagi keamanan dan keselamatan kepada warganya dan tiada lagi pelindung kepada penduduknya, malah telah menjadi satu contoh kezaliman, kekejaman, kekerasan dan keganasan dalam bentuk yang paling dahsyat.

Telah buta matanya dari melihatkan kekejamannya, telah pekak telinganya dari mendengar kekacauannya. Benarlah kata-kata Allah SWT di dalam firman-Nya bermaksud:

“Kemudian apabila ia pergi (dengan mendapat hajatnya), berusahalah ia di bumi, untuk melakukan bencana padanya, dan membinasakan tanaman-tanaman dan keturunan (binatang ternak dan manusia); sedang Allah tidak suka kepada bencana kerosakan. Dan apabila dikatakan kepadanya: “Bertaqwalah engkau kepada Allah” timbulah kesombongannya dengan (meneruskan) dosa (yang dilakukannya itu). Oleh itu padanlah ia (menerima balasan azab) neraka jahannam dan demi sesungguhnya, (neraka jahannam itu) adalah seburuk-buruk tempat tinggal.” (Al-Baqarah: 205-206) ,


Akibat dari kemurkaan Tuhan rejim Syria tidak lagi dapat mendengar seruan orang-orang yang ikhlas dan tidak lagi dapat mengambil teguran dari orang-orang yang memberi nasihat. Malah berterusan dalam dasar-dasar politik terkutuk yang telah melemahkan dasar-dasarnya dan memusnahkan tunjangnya di mana rejim percaya bahawa ia masih kukuh kerana meniru politik ala Firaun terdahulu yang diperbaharui pada setiap zaman dengan melakukan kekerasan dan kekejaman:

“Kita akan membunuh anak-anak lelaki mereka dan kita biarkan hidup anak-anak perempuan mereka, dan kita tetap menguasai (menundukkan) mereka”. (Al-A’raf: 127).

Sesungguhnya darah para syuhada, deritanya orang-orang yang tercedera, mengerang kesakitan orang-orang yang diseksa, menghidu bau api, ubat bedil dan meriam, pelbagai cara penindasan dan penyeksaan adalah kecelakaan dan laknat yang Allah balikkan ke atas semua kerajaan yang kejam dan ingkar. Ini menandakan tentang kehilangan takhta mereka dan kuasa mereka untuk selama-lamanya dan menjadi paku terakhir kepada keranda rejim yang selama ini dipercayai ramai orang bahawa ia adalah tuan kepada rakyatnya dan bukan pekerja, dan seterusnya mengangkat dirinya bahawa rakyat perlu untuk berlutut kepadanya kerana menuruti jejak Firaun apabila dia berkata:

“Dengan berkata: “Akulah tuhan kamu, yang tertinggi”. (An-Naaziat: 24).

Kami telah menolak dari awal lagi dasar politik rejim di Syria dan cara menangani revolusi dari rakyatnya, mengasari kehendak dan permintaan rakyat Syria yang dikasihi. Kami serta orang lain meminta rejim supaya memenuhi tuntutan rakyat dan menjalankan peranannya dalam memberikan perlindungan dan perkhidmatan, rakyat tidak diganyang dan dibunuh, memelihara sumber negaranya, tidak dimusnahkan dan tidak dirampas. Namun, rejim Basyar tidak mahu menerima nasihat seorangpun, beliau menyangka bahawa melepasi sempadan dalam pembunuhan, kekejaman dan kerosakan di muka bumi akan memadamkan Revolusi Syria diberkati dalam sehari dan akan membuat rakyat Syria melutut dan berundur.

Namun, pedulilah!! Beliau terlupa bahawa darah pasti memarakkan revolusi dan setiap kali rejim melepasi sempadan dalam darah, maka semakin dekat kepada penghujung kerajaannya yang akan menjadi pengajaran seumpama rejim-rejim yang mendahuluinya, seperti rejim zalim di Mesir, Tunisia, Libya dan Yaman, mahupun sebelum mereka seperti Firaun dan Haman serta Haile Selassie dan lain-lainnya yang telah melakukan kezaliman dan kekejaman lama dahulu!!

Mesej kepada rakyat Syria yang dikasihi ..

Wahai warga mulia yang memiliki sejarah, keunggulan dan kemuliaan Arab dan Islam .. Allah mendengar anda dan melihat anda berdoa; "Ya Allah! Tiada lagi tempat kami meminta pertolongan selain Engkau, Wahai Allah!" dan anda menyerahkan para syuhada setiap hari dan tidak sedikit darah anda yang terkorban demi kebebasan anda. Demi Allah, bersumpahlah dengan ketinggian dan keagungan-Nya supaya Allah menolong anda walaupun selepas beberapa ketika .. Sesungguhnya pertolongan Allah sangat dekat dengan izin-Nya. Oleh itu, janganlah merasa lemah dan janganlah berdukacita. Bersatulah. Anda hendaklah menjadi hamba Allah yang bersaudara, kerana perpaduan anda adalah rahsia kekuatan anda. Mintalah pertolongan dan bantuan dari Allah. Dialah yang Maha Berkehendak dan Maha Berkuasa mengatasi hamba-hambaNya. Laksanakanlah punca kemenangan dalam diri anda sendiri sebelum terlaksana kemenangan di negeri anda. Satukanlah barisan anda dan usaha anda;

“Sesungguhnya Allah mengasihi orang-orang yang berperang untuk membela ugama-Nya, dalam barisan yang teratur rapi, seolah-olah mereka sebuah bangunan yang tersusun kukuh.” (As-Soff: 4),

Jadikanlah pimpinan anda sebagai matlamat anda,. Dahulukanlah kepentingan tertinggi untuk tanahair tercinta mengatasi kepentingan peribadi. Peliharalah revolusi aman anda. Janganlah anda menerima campur tangan asing dalam urusan anda. Pergunakanlah saluran media dan tawarkanlah hak-hak anda dalam semua forum antarabangsa dan serantau dan kepada semua kuasa-kuasa dan pertubuhan di semua negara.

Ketahuilah bahawa pertolongan itu datang dari Allah. Allah penolong kepada orang yang menolong-Nya;

“Dan sesungguhnya Allah akan menolong sesiapa yang menolong ugamaNya (ugama Islam); sesungguhnya Allah Maha Kuat, lagi Maha Kuasa; (Al-Hajj: 40)

Justeru, tolonglah Allah dalam diri anda dan dalam realiti sebenar supaya anda memperolehi keredhaan Allah, mendapat pertolongan dan bantuanNya dari arah yang tidak disangka-sangka. Allah menurunkan bala tentera yang tidak akan dapat anda lihat. Janganlah sekali-kali rejim yang zalim menipu anda dengan kekuasaan, kekerasan dan kekejaman mereka, kerana;

“Berapa banyak (yang pernah terjadi), golongan yang sedikit berjaya menewaskan golongan yang banyak dengan izin Allah; dan Allah (sentiasa) bersama-sama orang-orang yang sabar”. (Al-Baqarah: 245),

Oleh itu, ikhlaskanlah kepada Allah dan bersabarlah kerana pertolongan dan kemenangan bersama dengan kesabaran seketika.

“Wahai orang-orang yang beriman! Bersabarlah kamu (menghadapi segala kesukaran dalam mengerjakan perkara-perkara yang berkebajikan), dan kuatkanlah kesabaran kamu lebih daripada kesabaran musuh, di medan perjuangan), dan bersedialah (dengan kekuatan pertahanan di daerah-daerah sempadan) serta bertaqwalah kamu kepada Allah supaya, kamu berjaya (mencapai kemenangan)”. (Ali-Imran: 200).

Untuk rejim Syria yang kejam ..

Jika masih ada pada diri anda perasaan malu, maka malulah kepada Tuhan mu dan takutlah kepadaNya dalam kehambaan. Janganlah lupa bahawa anda adalah pekerja kepada rakyat anda. Peliharalah sumber negara yang masih tinggal dan tunaikanlah tuntutan-tuntutan mereka yang sah. Penuhilah kemahuan rakyat supaya menyerahkan kuasa anda kepada orang yang disukainya dan dipilih atas kehendaknya sendiri secara bebas. Hentikanlah pertumpahan darah dan pemusnahan bandar dengan senjata berat yang tidak digunakan terhadap perampas Bukit Golan, musuh Allah dan musuh kita. Bagaimana anda menghabiskan peluru-pelurunya terhadap warga negara anda yang tidak bersalah dan tidak bersenjata. Semoga Allah berikan kebaikan kepada orang yang berkata:

Untuk mendapatkan kebebasan warna merah berada di muka pintu
Setiap tangan yang berlumuran darah cuba mengetuk

Ketahuilah bahawa malam-malam itu ada tempoh dan orbit terus berputar. Dunia bukanlah sebuah negeri yang kekal..

“Dan demikian itulah keadaan hari-hari (dunia ini dengan peristiwa-peristiwa kemenangan atau kekalahan), kami gilirkan dia antara sesama manusia, (supaya menjadi pengajaran) (Al-Imran: 140),

Oleh itu, jenayah yang dilakukan tidak akan diampunkan dengan sebab masa yang lama dan rakyat tidak akan lupa untuk membalas balik bagi pihak para syuhada yang suci ..

“Dan janganlah engkau (wahai Muhammad) menyangka Allah lalai akan apa yang dilakukan oleh orang-orang yang zalim; sesungguhnya Ia hanya melambatkan balasan mereka hingga ke suatu hari yang padanya terbeliak kaku pemandangan mereka, (kerana gerun gementar melihat keadaan yang berlaku).” (Ibrahim: 42)

Sesungguhnya jenayah anda telah mengatasi jenayah yang pernah berlaku di mahkamah darurat di Eropah pada Zaman Pertengahan, jenayah para diktator dan zalim semasa sejarah hitam. Anda telah melakukan pembunuhan beramai-ramai, penyeksaan dan penangkapan yang ganas, tiada lagi belas kasihan dan kasih sayang walaupun ke atas wanita, kanak-kanak dan warga tua, kesombongan dan membuli yang lemah, tidak bersenjata daripada kanak-kanak, warga tua mahupun wanita, membalas dendam dengan menghinakan mereka, memalukan dan memijak-mijak maruah dengan yang hati keras membatu.

Ketahuilah bahawa sunnah Allah pasti akan berlaku iaitu dengan memberikan kehinaan kepada rejim yang kejam dan para penindas di dunia ini sebelum di akhirat ..

“Mereka (dengan perbuatan itu) akan beroleh kehinaan di dunia, dan di akhirat kelak mereka mendapat azab seksa yang amat besar.” (Al-Baqarah: 114)

Kesombongan akan dituruti dengan kehinaan. Begitulah sunnah Allah dan anda tidak akan mendapati sebarang perubahan tentang sunnah Allah.

“Sambil bersikap sombong takbur di muka bumi dan berusaha merancangkan rancangan-rancangan jahat (terhadap Rasul itu), sedang rancangan yang jahat itu tidak menimpa melainkan orang yang menjalankannya. (Dengan keadaan yang demikian, maka) tidak ada yang mereka tunggu selain daripada berlakunya kebinasaan menimpa mereka (sebagaimana yang telah menimpa) orang-orang kafir yang telah lalu. Kerana engkau tidak sekali-kali akan mendapati sebarang perubahan bagi ” Sunnatullah ” (undang-undang peraturan Allah), dan engkau tidak sekali-kali akan mendapati sebarang penukaran bagi perjalanan ” Sunnatullah ” itu. (Dan sebagai buktinya): tidakkah orang-orang (yang tidak mahu beriman) itu telah mengembara di muka bumi, lalu mereka menyaksikan bagaimana kesudahan orang-orang kafir yang terdahulu dari mereka, sedang orang-orang itu lebih kekuatannya dari mereka? Dan (sudah tetap) bahawa kekuasaan Allah tidak dapat dilemahkan atau dihalangi oleh sesuatupun sama ada di langit atau di bumi; sesungguhnya Ia adalah Maha Mengetahui, lagi Maha Kuasa. Dan kalaulah Allah mengirakan kesalahan manusia serta terus menyeksa mereka disebabkan amal-amal jahat yang mereka telah kerjakan, tentulah la tidak membiarkan tinggal di muka bumi sesuatu makhluk yang bergerak; akan tetapi (dia tidak bertindak dengan serta merta, bahkan) Ia memberi tempoh kepada mereka hingga ke suatu masa yang tertentu; kemudian apabila sampai tempoh mereka (maka Allah akan membalas masing-masing dengan adilnya), kerana sesungguhnya Allah sentiasa Melihat keadaan hamba-hamba-Nya. (Pencipta).

Kepada rakan sejenayah dengan rejim Syria ..

Sesiapa yang menghulurkan tangan membantu rejim yang tercemar, maka tangannya turut terpalit dengan darah saudara-saudara kita orang Syria yang akan membayar harga untuk itu secara politik, populariti dan undang-undang. Rakyat tidak lagi menerima campur tangan duta asing dalam hal ehwal dalaman dan sokongan duta kepada rejim pembunuh, berdiri di sebelahnya dan menyokongnya sama ada dalam forum antarabangsa atau menghantar bantuan seperti tentera pada masa-masa tertentu.

Jelasnya kehendak rakyat terus kuat dan kekal. Kepentingan yang sebenar adalah untuk rakyat, bukannya kepada rejim-rejim yang zalim dan pembunuh kepada rakyatnya. Kesedaran rakyat lebih utama daripada diperdaya dengan alasan-alasan bodoh atau hujah-hujah yang menjijikkan. Kepada negara-negara yang menyokong rejim ini akan menanggung akibat dari penolakan rakyat kepadanya, memulau dan mengklasifikasikannya sebagai negara yang menyokong pembunuh, penindas, perosak dan pemalsu.

Kepada rejim-rejim Arab ..

Terimalah tanggungjawab anda di hadapan Allah, kemudian di hadapan rakyat-rakyat anda tentang rakyat Syria. Marilah menyebelahi kehendak rakyat anda dalam menghentikan jenayah-jenayah rejim Syria dengan cara yang efisien dan berkesan untuk memelihara dan melindungi nyawa dan memulaukan rejim apartheid yang jahat ini, menjauhkan dari jawatankuasa yang tiada pendirian dan membenarkan rejim melakukan jenayah yang lebih teruk terhadap kemanusiaan.

Peranan anda diperlukan waktu ini lebih daripada sebelumnya, iaitu dengan menjalankan kewajipan dalam menghadapi isu Syria, memimpin gerak kerja dengan bersungguh-sungguh dalam menyokong revolusi di Syria, memberi tekanan kepada rejim untuk memaksanya mematuhi tuntutan-tuntutan rakyat Syria, dan kewajipan untuk menyediakan bantuan makanan dan sokongan moral kepada rakyat Syria dan pihak pembangkang di negara itu; demi mencapai kemenangan kepada matlamat yang ditetapkan.

Apa yang berlaku di Syria tidak membolehkan kita lupa apa yang sedang berlaku di atas bumi Palestin yang diberkati seperti usaha pro aktif rejim Zionis untuk mengyahudikan al-Quds, merobohkan Masjid Al-Aqsa dan menukar struktur demografi Palestin. Kita masih berhadapan - dan akan terus berhadapan - dengan semua kekuatan kita dan semua orang-orang Arab dan orang Islam mahupun semua kerajaan ada di dunia.

Mungkin perutusan penting yang disampaikan dalam masjid Al-Azhar semasa kunjungan Ismail Haniyeh, Perdana Menteri Palestin dalam forum Al-Azhar menjadi simbolik kerjasama erat al-Aqsa dan Al-Azhar dan semua orang-orang Arab dan Islam kepada isu-isu setempat dan serantau yang besar sehingga isu seluruh dunia. Ini kerana Palestin adalah jantung umat. Janganlah berfikir bahawa keprihatinan terhadap mana-mana Negara dengan masalah-masalah dalaman akan melupakan isu-isu yang menjadi pemusatan ..iaitu Palestin tercinta, Palestin yang mulia dan bermaruah.. Oleh itu, kebebasan, kemajuan dan kebangkitan kita seluruhnya adalah bertujuan untuk menyokong Palestin dan rakyatnya dan menyokong mereka sehingga mereka mendapat hak-hak mereka yang dirampas.

Semoga Allah melindungi tanahair kita dan rakyat kita, dan menolong saudara kita di Syria dan Palestin dan di mana-mana negara dalam mencari kebenaran, kebebasan dan kemerdekaan. Semoga Allah membantu kita sehingga tercapai kebaikan untuk agama, negara dan rakyat kita. Kebenaran tidak akan di sebalik permintaan ..

“Dan (ingatlah), orang-orang yang melakukan sebarang kezaliman, akan mengetahui kelak, ke tempat mana, mereka akan kembali.” (As-Syu’ara’: 224).

Selawat dan salam kepada Nabi Muhammad, keluarganya dan para sahabatnya. Segala puji hanya bagi Allah Tuhan seluruh alam. Allah yang Maha Besar dan kepada Allah segala pujian.

http://www.ikhwanonline.com/new/Article.aspx?SecID=213&ArtID=102489

Tuesday, September 6, 2011

Risalah Mursyid: Anugerah Ramadan


Perutusan dari Prof. Dr. Muhammad Badi’ Mursyid Am Ikhwan Muslimin 25/8/2011

Segala puji bagi Allah, dan selawat dan salam kepada junjungan kita Rasulullah saw, dan selepasnya ..

Kebijaksanaan Allah yang Maha Adil telah menentukan bahawa setiap orang yang berusaha bersungguh-sungguh akan memperolehi habuannya, dan setiap amal yang soleh memperolehi ganjaran dari amalannya. Balasan kesabaran itu adalah kemenangan dan kelapangan "Sesungguhnya kemenangan bersama dengan kesabaran kerja," dan "bahawa tiap-tiap kesukaran disertai kemudahan.” (Asy-Syarh: 6)

Seluruh umat Islam berpuasa pada bulan yang suci ini. Ramadhan tahun ini seumpama ‘makanan’ yang baru dan situasi yang menggembirakan, yang datang selepas Mesir dan Tunisia dan yang terakhir di Libya menikmati angin kebebasan dan musim bunga yang penuh kemuliaan. Masjid-masjid penuh dengan orang-orang yang rukuk dan sujud, dan meraikan malam-malamnya dengan iktikaf, bermabit dan bertilawah al-Quran, tanpa rasa takut adanya pemantauan atau intipan, serbuan, tangkapan dan serangan yang dahulunya pernah sampai tahap larangan dan penutupan masjid, sekatan ke atas imam-imam dan halangan daripada menghirup ilmu-ilmu mereka, terutama ke atas golongan yang berani menyatakan kebenaran dalam menghadapi kepalsuan ke atas semua negara-negara ini.

“Adakah mereka semua telah berpesan-pesan (dan mencapai kata sepakat) untuk melemparkan tuduhan itu ? (Sudah tentu mereka tidak dapat berbuat demikian), bahkan mereka semuanya adalah kaum yang melampaui batas (dalam keingkarannya).” (Az-Zariyat: 53)

Inilah bangsa yang suci murni kembali kepada Tuhan dengan perasaan rindu dan cinta, selepas terlerai ikatannya, dan terburai belenggu kekejaman, malah terhumban para pemimpin rejim diktator ke dalam penjara; supaya mereka menerima pembalasan yang setimpal akibat daripada jenayah dan pengkhianatan hak rakyat dan negara mereka.

Inilah bangsa yang diumumkan identiti dan keasliannya .. bangsa yang diangkat dan ditinggikan oleh Islam, dimuliakan dan disatukan, dan dicelup dengan celupan yang termahal, tertinggi dan terunggul:

“Celupan Allah (yang mencorakkan seluruh kehidupan kami dengan corak Islam); dan siapakah yang lebih baik celupannya daripada Allah? (Kami tetap percayakan Allah) dan kepadaNyalah kami beribadat." (Al-Baqarah: 138).

Ramadan telah datang tahun ini adalah untuk mengingatkan umat tentang identiti dan kesatuannya, dan telah bersatu di dalam ibadah puasa – sama juga ketika berhimpun di hadapan juadah berbuka – semua kelompok-kelompok umat, biarpun berbeza pandangan dan berlainan ideologi .. Tetapi semuanya hanya taatkan Allah, sama dalam ibadah dan penyembahan, hidup harmoni dengan jirannya dan turut serta dalam setiap isu di tanah air, masa depan dan kesudahan.

Tiba sepuluh hari terakhir. Semua orang berusaha meningkatkan ibadahnya supaya tercapai kesudahan yang baik dan memperolehi malam yang lebih baik daripada seumur hidup, iaitu malam Lailatul-Qadar:

“Dan apa jalannya engkau dapat mengetahui apa dia kebesaran Malam Lailatul-Qadar itu? Malam Lailatul-Qadar lebih baik daripada seribu bulan.” (Al-Qadr: 2.3).

Inilah kita berhimpun hari ini untuk berdoa kepada Allah untuk diri kita, keluarga kita dan orang yang kita sayangi, negara kita dan bangsa kita, bahkan untuk semua manusia, supaya Allah memberi rahmat kepada makhluk-makhluk dan hamba-hamba-Nya, dan menunjukkan mereka jalan-jalan yang betul, dan menolong kita untuk memperbaiki apa yang telah dirosakkan oleh golongan perosak dan apa yang dimusnahkan oleh para rejim dictator.

Selepas itu tiba hari raya sebagai hari anugerah, hari yang Allah sempurnakan ganjaran kepada hamba yang bersungguh-sungguh dan ikhlas, para mujahidin di jalan Allah, dan para amilin yang bekerja untuk kemajuan negara, dan para pereka dan pencipta untuk membawa kebahagiaan ke atas rumah-rumah penduduk, dan melalui zakat fitrah akan menghilangkan kesakitan, dan mengatasi kehausan, dan menceriakan kehidupan .. Hari raya adalah hari anugerah, hari Eid dan hari bergembira:

Katakanlah (wahai Muhammad) "kedatangan Al-Quran itu adalah semata-mata dengan limpah kurnia Allah dan kasih sayangNya, maka dengan isi kandungan Al-Quran itulah hendaknya mereka bersukacita (bukan dengan yang lainnya), kerana ia lebih baik daripada apa yang mereka himpunkan dari segala benda dan perkara yang tidak kekal)". (Yunus: 58),

Kegembiraan ini tidak akan dirasai melainkan hanya orang yang ikhlas kepada Allah dalam beribadah, menyempurnakan ‘tawajuh’ kepada Pencipta dengan beramal dan berusaha bersungguh-sungguh, dan menanggung kesusahan dan kesukaran dengan sabar dan mengharapkan keredhaan Allah:

“Orang yang berpuasa itu mempunyai dua kegembiraan, kegembiraan ketika berbuka dan kegembiraan ketika bertemu dengan Tuhannya (nanti).” (Bukhari & Muslim)

“Sesungguhnya di dalam syurga terdapat sebuah pintu yang diberi nama Ar Rayyan, pada hari qiamat nanti, orang-orang yang berpuasa akan melaluinya, dan dilarang masuk selain daripada mereka, dan jika mereka semua sudah masuk maka pintu itu akan ditutup.” (Bukhari, Muslim, Turmizi & An Nasa’i)" .

Kini tiba untuk kita katakan bersama Rasulullah saw: "Kehausan telah hilang, dan peluh telah kering dan pastilah pahala untuk kita, insya-Allah."

Kita akan katakan di negara kita selepas dibebaskan dan dibersihkan dirinya: Telah pergi ketidakadilan, penindasan, penghinaan dan perhambaan, dan kita menghirup sumber mata air “Salsabil” kemuliaan dan kebebasan, dan kita akan mengambil ganjaran kita dan ganjaran para syuhada’kita dibayar dengan darah mereka yang suci .. Sebuah kehidupan yang bebas, kehormatan yang mulia dan kedudukan yang tinggi.

Manakala para syuhada, mereka merupakan orang-orang yang dipilih oleh Allah, mereka kini berada di atas makam tertinggi:

“Mereka adalah hidup (secara istimewa) di sisi Tuhan mereka dengan mendapat rezeki.” (Al-Imran: ayat 169),

“Sesungguhnya orang-orang yang bertakwa, di tempatkan dalam taman-taman Syurga (yang indah) dan (dekat) beberapa sungai, Di tempat yang sungguh bahagia, di sisi Tuhan Yang Menguasai segala-galanya, lagi Yang Berkuasa melakukan sekehendakNya.” (Al-Qamar: 54-55),

Kita memohon kepada Allah agar menjadikan kita menjejaki mereka, dan menghimpunkan kita bersama-sama mereka selepas kita menyempurnakan kerja-kerja mereka, dan menuai hasil kerja mereka, dengan memperolehi kesejahteraan dan pembaharuan di dunia ini dan kebahagiaan tempat tinggal di akhirat.

Janganlah lupa kita berada dalam kegembiraan di hari raya .. Kegembiraan menikmati sumber mata air selepas dahaga dan kebebasan selepas dibelengu .. Ada bangsa yang masih berjuang untuk mendapatkan kebebasan mereka, dan memusnahkan belengu dan ikatan mereka, dan mengembalikan maruah mereka; di Syria yang berjuang dan Yaman yang berjihad, yang semakin hampir dengan berita kemenangan, dan Palestin yang tercinta, pusat jihad umat, dan menjadi punca yang akan menerbitkan cahaya dari masjid al-Aqsa dalam keadaan telah kembali ke tangan umat selepas sekian lama menunggu:

“Sebenarnya mereka memandang azab itu jauh (daripada berlaku), Sedang Kami memandangnya dekat, (tetap akan berlaku).” (Al- Ma'arij: 6.7)

“dan pada ketika berlakunya (kemenangan Rom) itu, orang-orang yang beriman akan bergembira. Dengan kemenangan yang diberi Allah. Ia memberi kemenangan kepada sesiapa yang dikehendakiNya, dan Dia lah jua yang Maha Kuasa, lagi Maha Mengasihani. Demikian dijanjikan Allah. Allah tidak pernah mengubah janji-Nya, akan tetapi kebanyakan manusia tidak mengetahui (hakikat yang sebenarnya).” (Ar-Rom :4-6).
Jangan lupa, ketika kita berada dalam kegembiraan dan kemeriahan hari raya, saudara-saudara kita menanggung lapar dan dahaga di Somalia dan tempat lain. Kita tahu bahawa membantu dan menolong mereka adalah satu amanah di tengkuk kita. Tidak lengkap kegembiraan kita sehingga kelaparan mereka telah kenyang, kehausan mereka telah hilang dan keperluan tempat tinggal mereka telah dipenuhi.

“Sesungguhnya ugama Islam inilah ugama kamu, ugama yang satu asas pokoknya, dan Akulah Tuhan kamu; maka sembahlah kamu akan Daku.” (Al-Anbiya’: 92)

Bandingan orang-orang mukmin sesama mereka dalam berkasih sayang, hormat menghormati dan saling bersimpati dan saling bersimpati di antara mereka adalah seperti tubuh yang satu. Apabila satu anggota tubuhnya mengadu sakit maka semua anggota tubuh itu turut merasa sakit dengan berjaga malam (tak tidur) dan demam.” (HR. Muttafaqun Alaih)

Semoga setiap tahun anda dalam kebaikan. Semoga Allah menerima amalan kami dan amalan anda. Justeru, hari ini adalah hari kepujian, kesyukuran, pengetahuan dan keceriaan, tasbih dan takbir:

“Dan juga supaya kamu cukupkan bilangan puasa (sebulan Ramadan), dan supaya kamu membesarkan Allah kerana mendapat petunjukNya, dan supaya kamu bersyukur.” (Al-Baqarah:185),

Iaitu hari yang dijanjikan untuk bekerja, keteguhan hati dan perjuangan untuk mencapai tambahan nikmat:

“Jika kamu bersyukur nescaya Aku akan tambahi nikmatKu kepada kamu.” (Ibrahim: 7).

Ya Allah, selawat dan salam kepada junjungan kita Nabi Muhammad, keluarganya dan parasa sahabatnya.
Allah Maha Besar .. Allah Maha besar ..Segala puji hanya bagi Allah.

http://www.ikhwanonline.com/new/Article.aspx?SecID=213&ArtID=90105

Monday, August 29, 2011

Risalah Mursyid: Ramadhan bulan kemenangan




Perutusan daripada Prof. Dr. Muhammad Badi’ Mursyid Am Ikhwan Muslimin 18/8/2011

Segala puji bagi Allah, selawat dan salam kepada Rasulullah, keluarga dan sahabat-sahabatnya dan pengikut yang benar sehingga hari kiamat .. 

Selepasnya;

Islam adalah agama terakhir, dan risalah Allah yang terakhir kepada dunia, dan manhaj Allah kepada umat Islam ..Melalui Islam Allah telah menghimpunkan umat yang bercerai-berai, menyatu-padukan barisan, dan memperbaharui semangat para pemuda, dan menghidupkan jiwa yang mati.

“Wahai orang-orang yang beriman, sahut dan sambutlah seruan Allah dan seruan RasulNya apabila Ia menyeru kamu kepada perkara-perkara yang menjadikan kamu hidup sempurna.” (Al-Anfal: 24).

Rasulullah adalah penutup sekalian Nabi dan Rasul, rahmat petunjuk, nikmat yang diberikan dan lampu yang menerangi:

“Dan tiadalah Kami mengutuskan engkau (wahai Muhammad), melainkan untuk menjadi rahmat bagi sekalian alam.” (al-Anbiya: 107).

Rahmat ini begitu jelas dalam bentuk yang paling besar sehingga dalam keadaan kemenangan yang dicapai oleh Nabi dalam bulan yang agung ini.

Kemenangan di bulan Ramadan

Ramadan adalah bulan kesabaran, menguatkan kemahuan dan melengkapkan pembinaan keperibadian Islam dalam kedua-dua aspek rohani dan fizikal, di samping mencapai ketakwaan dan muraqabah yang berterusan kepada Allah SWT. Semua ini memberikan kekuatan kepada seorang Islam untuk menjadikannya berdiri di hadapan musuh dengan tabah hati, kuat semangat, saling menyabarkan orang lain dan menjadikannya sabar sehingga Allah benar-benar memberikan kemenangan.

Di bulan Ramadan, melalui puasa, qiam, pembacaan al-Quran dan iktikaf mendekatkan umat Islam kepada Tuhan mereka, memberikan mereka kekuatan, mengingatkan mereka tentang kemenangan di Badar dan penaklukan kota Mekah yang agung. Musuh-musuh Allah begitu takut untuk menghadapi orang Islam pada bulan Ramadan; kerana mereka percaya bahawa bulan Ramadan mermbekalkan orang Islam dengan suatu kekuatan yang tidak mereka perolehi pada bulan-bulan yang lain.

Pada bulan yang diberkati ini umat Islam telah mencapai beberapa kemenangan besar, di antaranya:

- Badar al-Kubra: di mana Allah telah menegakkan yang benar dan menghapuskan yang batil (salah) dan memenangi untuk hamba-hambaNya yang beriman dan meninggikan kedudukan mereka:

“Dan (ingatlah) ketika Allah menjanjikan kepada kamu salah satu dari dua angkatan, menjadi untuk kamu (menghadapinya), sedang kamu suka kiranya (angkatan perniagaan) bukan angkatan (perang) yang mempunyai kekuatan itu yang dijadikan untuk kamu (menghadapinya). Padahal Allah menghendaki untuk menetapkan yang benar (ugama Islam) dengan Kalimah-kalimahNya, dan untuk membinasakan kaum yang kafir seluruhnya; Supaya Allah menegakkan yang benar itu dan menghapuskan yang salah (kufur dan syirik), sekalipun golongan (kafir musyrik) yang berdosa itu tidak menyukainya. ( Anfal: 7-8)

- Penaklukan kota Mekah: Di bulan Ramadan berlaku penaklukan Mekah di mana Allah telah memuliakan Islam, menolongnya dan meninggikan panjinya. Kini kota Mekah telah menjadi Tanah Suci dan Kaabah yang mulia menjadi kiblat umat Islam sehingga hari kiamat.

- Penaklukan Andalus: Permulaan penaklukan Andalusia ialah pada bulan Ramadan Hijrah 92 Hijrah oleh Tariq bin Ziyad seorang hamba yang dimerdekakan daripada Musa bin Nusair.

- Ain Jalut: Berlaku pada sepuluh terakhir bulan Ramadan dalam tahun 658 Hijrah. Ini merupakan kemenangan yang bermakna ke atas tentera Tartar setelah jenayah dan kekejaman yang mereka lakukan seperti membunuh dan merampas negara dan rakyatnya.

- Hari Kesepuluh Ramadan: Dalam sejarah kontemporari kita berlaku kemenangan pada hari kesepuluh dalam bulan Ramadan 1393 Hijrah. Pada hari yang bersejarah dan unggul yang mengembalikan Mesir dan rantau Arab dan Islam kepada kemuliaan dan harga diri.

Dalam semua peperangan ini umat Islam adalah komited dengan akhlak Islam selepas cepat membunuh, perlindungan kepada wanita dan kanak-kanak, memelihara keluarga dan tidak membunuh tawanan walaupun musuh mereka tidak komited kepada nilai-nilai dan prinsip ini.

Faktor kemenangan

Melalui peperangan, kita boleh mengambil pengajaran dari beberapa faktor yang paling penting dalam kemenangan dan diringkaskan seperti berikut:

1 - Membina iman yang benar:

Ini dapat dilihat dalam ketaatan kepada Allah dan RasulNya, keteguhan hati, berzikir dan kesabaran. Allah berkata dalam mengulas mengenai peperangan Badar: 

“Wahai orang-orang yang beriman! Apabila kamu bertemu dengan sesuatu pasukan (musuh) maka hendaklah kamu tetap teguh menghadapinya, dan sebutlah serta ingatilah Allah (dengan doa) banyak-banyak, supaya kamu berjaya (mencapai kemenangan). Dan taatlah kamu kepada Allah dan RasulNya, dan janganlah kamu berbantah-bantahan; kalau tidak nescaya kamu menjadi lemah semangat dan hilang kekuatan kamu, dan sabarlah (menghadapi segala kesukaran dengan cekal hati); sesungguhnya Allah beserta orang-orang yang sabar. (Anfal : 45-46).

2 - Kekuatan jiwa dan ruhani sebelum kekuatan fizikal:

Ramai orang berfikir bahawa umat Islam tidak mempunyai kekuatan fizikal seperti harta dan peralatan; untuk bangkit dan bersaing dengan negara-negara yang menyebabkan kemundurannya dan mengurangi hak-hak rakyat. Itu memang betul dan penting, tetapi yang lebih penting dan lebih wajib darinya: kekuatan ruhani seperti iman yang benar, akhlak yang mulia, jiwa yang suci, semangat yang membara, dan pengorbanan pada jalan yang wajib dan kesetiaan yang terbina di atas kepercayaan dan perpaduan, dan dari keduanya berlaku kekuatan.

Seandainya sesuatu bangsa mempercayai hak mereka, mengubah dirinya sendiri, dan berpegang kepada kekuatan ruhani, dan mengindahkan akhlak mereka, sudah pasti akan dating jalan-jalan kekuatan fizikal dari semua arah. Lembaran sejarah telah membuktikan kebenarnya.

Iman membentuk semula psikologi dan kejiwaan seseorang insan, dan mengubah apa yang ada di dalam diri, dan menjadikannya makhluk yang berbeza dan menghadapi kesukaran dengan keazaman yang kuat dan semangat yang tidak akan pudar. Malah, akan mengatasi dorongan hawa nafsu, keinginan diri dan nafsu syahwatnya. Ramadan yang mulia memberikan impak yang besar dalam hal ini, sebagaimana Ramadan adalah bulan kesabaran, dan melalui kesabaran dan menuruh bersabar menjadi sebab kepada kemenangan ke atas musuh-musuh mereka: 

“Dan kalau kamu sabar dan bertaqwa, (maka) tipu daya mereka tidak akan membahayakan kamu sedikitpun. Sesungguhnya Allah meliputi pengetahuan-Nya akan apa yang mereka lakukan.” (Al-Imran: 120).

Juga, kekuatan rohani ini adalah asas yang kukuh untuk membina tamadun dan mencapai kebangkitan mana-mana bangsa. Oleh sebab itu, Imam al-Banna rahimahullah menyatakan: Pembentukan dan pembinaan sebuah bangsa, merealisasikan sebuah impian atau sekurang-kurangnya sekumpulan manusia yang mahu mencapai cita-cita ini memiliki jiwa yang benar-benar kental yang dapat dilihat melalui beberapa aspek iaitu: Kemahuan yang tinggi yang tidak mampu digugat oleh kelemahan. Kesetiaan sejati yang tidak mengenal erti kompromi dan pengkhianatan. Pengorbanan agung yang tidak mengenal erti tamak dan kedekut. Memahami prinsip, menyakininya, menghormatinya, tidak melakukan kesilapan, tidak terseleweng, tidak berkompromi dan tidak terpengaruh dengan prinsip lain.

Dengan hanya memiliki ke semua asas yang berbentuk rohani ini dan dengan memiliki kekuatan rohani yang agung akan tertegak sebuah prinsip dan akan mampu membentuk sebuah bangsa yang mampu bangkit, membentuk jiwa bangsa yang bersemangat waja dan akan bermula kembali suatu kehidupan bagi mereka yang telah sekian lama tidak. Ini adalah undang-undang dan sunnah yang telah Allah tetapkan untuk ala mini dan tiada apa yang dapat mengubah sunnah:

“Sesungguhnya Allah tidak mengubah apa yang ada pada sesuatu kaum sehingga mereka mengubah apa yang ada pada diri mereka sendiri.” (Ar-Ra’d: 11).

3 - Perpaduan dan keharmonian:

Jelasnya, dalam menghadapi musuh-musuh negara memerlukan kita bersatu dalam menghadapi kuasa-kuasa yang mahu mengheret kita kembali dan membawa kita kembali kepada keadaan pra-revolusi. Kuasa-kuasa ini berusaha sedaya upaya di dalam dan di luar negara sehingga kita tidak menikmati kebaikan dari kemenangan besar ini yang merakamkan sejarah negara kita sekali lagi. . Islam menggalakkan kerjasama dan saling bantu-membantu. Firman Allah SWT bermaksud: 

“Dan hendaklah kamu bertolong-tolongan untuk membuat kebajikan dan bertaqwa, dan janganlah kamu bertolong-tolongan pada melakukan dosa (maksiat) dan pencerobohan.” (Al-Maidah: 2).

Sungguh menghairankan dalam laungan ini masih terdapat orang Islam yang hanya berdiri di hadapan projek-projek Islam sehingga tidak dapat menikmati hak untuk hidup dan memainkan peranannya dalam membina Mesir.
Begitu juga, kita merasa hairan masih terdapat orang yang berusaha untuk memecah-belahkan bangsa, menyalakan api pertikaian dan konflik, dan meniupkan api yang merobek perpaduan rakyat dengan cara mengeksploitasi beberapa kesilapan, perbezaan pendapat dan pertikaian padahal perkara yang dipersetujui dan disepakati oleh semua pihak terlalu banyak.

Jika kita mahu menang dan mempertahankan negara kita, jalan kita ialah mengekalkan etika revolusi yang mulia yang sentiasa mengawal kita, dan tiangnya adalah perpaduan dan kesatuan antara rakyat di dalam tanah air semuanya, sama ada orang Islam dan Kristian, lelaki dan wanita, muda dan tua. 

Perpaduan dan kesatuan ini menjadikan matlamat utama ialah kebangkitan dan pembangunan negara kita dan kestabilannya, kebebasan yang sebenar, tercapai keadilan di kalangan rakyat dan kesaksamaan di kalangan warganya tanpa perbezaan oleh warna, agama atau kelas .. Menjadi matlamat semua memelihara prinsip, menyokong yang betul, meletakkan asas-asas demokrasi dengan erti yang sebenar, dan neraca adalah keadilan. Manakala demokrasi yang memiliki dua kriteria atau ‘double standard’, maka ia tidak bertepatan dengan revolusi besar ini yang dibangunkan oleh rakyat dan dikorbankan demi mencapainya.

4 - Berhati-hati dari sebab-sebab kekalahan:

Bagi mencapai perkara di atas, kita mesti berhati-hati daripada punca kelemahan dan kegagalan, antaranya:

- Konflik dan Perselisihan pendapat: Al- Quran dengan jelas menyatakan (bermaksud):

“Dan janganlah kamu berbantah-bantahan; kalau tidak nescaya kamu menjadi lemah semangat dan hilang kekuatan kamu, dan sabarlah (menghadapi segala kesukaran dengan cekal hati); sesungguhnya Allah beserta orang-orang yang sabar. (Anfal: 46).

Allah SWT juga memberi amaran daripada perpecahan (bermaksud):

“Dan berpegang teguhlah kamu sekalian kepada tali Allah (ugama Islam), dan janganlah kamu bercerai-berai.” (Al-Imran: 103)

“Dan janganlah kamu menjadi seperti orang-orang (Yahudi dan Nasrani) yang telah berceri-berai dan berselisihan (dalam ugama mereka) sesudah datang kepada mereka keterangan-keterangan yang jelas nyata (yang dibawa oleh Nabi-nabi Allah), Dan mereka yang bersifat demikian, akan beroleh azab seksa yang besar.” (Al-Imran: 105).

- Berlumba-lumba mendapatkan habuan dunia: 

Semasa di Badar, selepas terdapat tanda-tanda kemenangan dan memperolehi harta rampasan, bermula pertikaian siapa lebih berhak mendapat harta rampasan dan semua kumpulan masing-masing menuntut hak mereka. Lalu turun amaran ini (bermaksud):
“Mereka bertanya kepadamu (wahai Muhammad) tentang harta rampasan perang. Katakanlah: "Harta rampasan perang itu (terserah) bagi Allah dan bagi RasulNya (untuk menentukan pembahagiannya). Oleh itu, bertaqwalah kamu kepada Allah dan perbaikilah keadaan perhubungan di antara kamu.” (Anfal: 1),
Nabi saw bersabda (bermaksud): 

“Bukan kemiskinan yang ku bimbang menimpa kamu tetapi yang aku bimbang ialah dibentangkan di hadapan kamu kemewahan dunia sebagaimana telah dibentangkan kepada umat sebelum kamu, lalu kamu berlumba-lumba mengejarnya sebagaimana umat dahulu kala juga berlumba-lumba mengejarnya, lalu ia membinasakan kamu seperti mana umat dahulu kala juga telah dihancurkan oleh sifat sedemikian.” (Hadis Bukhari-Kitab al-Jizyah no 2924)

- Kelemahan jiwa: Lemah semangat dan berputus asa telah menyelinap ke dalam hati adalah satu kekalahan bagi manusia dari dalam diikuti dengan kekalahan dari musuh, hilang semangat dan mengalahkan yang diikuti oleh mengalah dan menyerah di hadapan lawan. Rasulullah pernah berpesan:
“Hampir tiba masanya kalian diperebutkan seperti sekumpulan pemangsa yang memperebutkan makanannya.” Maka seseorang bertanya: ”Apakah kerana sedikitnya jumlah kita?” ”Bahkan kalian ramai, namun kalian seperti buih yang terapung. Dan Allah telah mencabut rasa gentar dari dada musuh kalian terhadap kalian. Dan Allah telah menanamkan dalam hati kalian penyakit Al-Wahan.” Seseorang bertanya: ”Ya Rasulullah, apakah Al-Wahan itu?” Nabi saw bersabda: ”Cintakan dunia dan takutkan kematian.” (HR Abu Dawud 3745)

Adakah anda tidak melihat dengan jelas bahawa bahawa sebab kelemahan umat, kehinaan bangsa, lemah jiwa, hati lemah, dan hatinya kosong dari akhlak yang mulia dan sifat-sifat kelelakian yang sebenar, walaupun bilangannya ramai, sumber dan hasil meningkat. Umat jika tenggelam dalam keseronokan, hanyut dengan kemewahan dan tenggelam dalam matlamat-matlmat kebendaan, tertarik dengan keindahan hidup dunia, dan melupakan jalan yang sukar, perjuangan yang berat dan berjuang pada jalan yang benar, maka katakanlah: Kemuliaan dan harapan yang hilang.

- Kagum dengan orang Islam yang ramai: 

Orang Islam yang percaya kepada kebenaran dan mempertahankannya dengan apa jua yang dimiliki, tidak akan menyebabkannya meninggalkan perjuangan ini meskipun hanya jumlah yang sedikit atau kekurangan kelengkapan, bahkan kekal patuh kepada kebenaran dan mempertahankannya sehingga Allah memenangkan agamaNya atau mati tanpa mencapainya .. Hari ini orang Islam mempunyai bilangan yang ramai atau kelengkapan yang cukup, namun ia telah masuk ke dalam kagum pada diri sendiri dan tertipu dengan kekuatan. Inilah yang membawa kepada kekalahan: 

“Sesungguhnya Allah telah menolong kamu mencapai kemenangan dalam banyak medan-medan perang dan di medan perang Hunain, iaitu semasa kamu merasa megah dengan sebab bilangan kamu yang ramai; maka bilangan yang ramai itu tidak mendatangkan faedah kepada kamu sedikitpun; dan (semasa kamu merasa) bumi yang luas itu menjadi sempit kepada kamu; kemudian kamu berpaling undur melarikan diri.” (At-Taubah: 25).

Wahai umat Islam .. Wahai Ikhwan Muslimin

 
Rebutlah bulan yang diberkati ini bagi mengukuhkan ikatan iman, dan memperdalam akarnya melalui puasa, tilawah Al-Quran, zikir dan istighfar ..

Berilah perhatian tentang ikatan persaudaraan anda kerana ianya adalah rahsia kekuatan anda, tonggak kejayaan anda, sendi keamanan melalui kesatuan dan perpaduan di antara anda.. Yakinilah fikrah anda dan percaya, berkumpul di sekelilingnya, dan lakukanlah untuknya, dan teguh bersamanya.

Berlumba-lumbalah dalam melakukan amal soleh di hari yang masih tinggal dari bulan yang mulia ini, supaya anda beroleh kejayaan.

Selawat dan salam kepada junjungan kita Nabi Muhammad, keluarga dan para sahabatnya. Allah Yang Maha Besar dan segala puji hanya bagi Allah.

http://www.ikhwanonline.com/new/Article.aspx?SecID=213&ArtID=89691

Friday, August 12, 2011

Risalah Mursyid: Bulan al-Quran dan kesatuan umat


Perutusan dari Prof. Dr. Muhammad Badi’ Mursyid Am Ikhwan Muslimin 4 Ogos 2011

Segala puji bagi Allah, pembalasan baik bagi mereka yang bertakwa kepada Allah. Selawat dan salam ke atas penutup para nabi dan pemimpin para Rasul, keluarganya dan sahabat-sahabatnya, dan selepasnya:

Firman Allah SWT (bermaksud):

“Bulan Ramadan yang padanya diturunkan Al-Quran, menjadi petunjuk bagi sekalian manusia, dan menjadi keterangan-keterangan yang menjelaskan petunjuk dan (menjelaskan) perbezaan antara yang benar dengan yang salah.” (Al-Baqarah: 185).

Selamat datang bulan Ramadan, dan berita gembira tentang kebaikan yang menyeluruh dan pancaran sinar Al-Quran, bau harum syurga dan kerehatan ruh dalam solat, puasa dan qiam. Rasulullah saw bersabda (bermaksud):

"Apabila tiba bulan Ramadhan, dibuka pintu-pintu Syurga, ditutup pintu-pintu neraka, dan syaitan-syaitan dirantai, dan berseru malaikat yang berseru bagi pihak Allah dan berkata: "Wahai pencari kejahatan, berhentilah, dan wahai pencari kebaikan, rebutlah."

Sesungguhnya telah dipersembahkan kepada manusia "seorang nabi dan sebuah kitab" dalam bulan Ramadan ini di mana melalui kedua-duanya telah menjayakan kebangkitan terbesar umat manusia yang pernah ketahui di alam ini, dan telah menyempurnakan risalah terbesar yang pernah dilihat dunia ini. Nabi tersebut ialah Muhammad saw dan kitab tersebut adalah Al-Quran, dan risalah itu melengkapkan agama, menghidupkan umat, menubuhkan negara, misi dalam kewujudannya adalah untuk menyatukan di bawah panji-panji prinsip yang tertinggi, akhlak yang teragung dan kemuliaan manusia yang berkekalan. Firman Allah SWT (bermaksud):

“Supaya engkau mengeluarkan umat manusia seluruhnya dari gelap-gelita kufur kepada cahaya iman - dengan izin Tuhan mereka - ke jalan Allah Yang Maha Kuasa lagi Maha Terpuji.” (Ibrahim: 1).

Benar, Al-Quran telah mengeluarkan manusia daripada kegelapan kepada cahaya, kesesatan kepada petunjuk, dan penyembahan sesama manusia penyembahan kepada Tuhan sekalian hamba, daripada perpecahan dan perselisihan kepada kesatuan dan perpaduan, dan daripada kebencian dan pertumpahan darah kepada kasih sayang dan keamanan.

Islam telah menjadikan suku-suku Arab yang saling berperang ini menjadi umat yang terbaik:

“Kamu (wahai umat Muhammad) adalah sebaik-baik umat yang dilahirkan bagi (faedah) umat manusia (Ali-Imran: 110),



Dan melalui perpaduan dan kesatuan mereka telah mencapai kemenangan yang nyata dan memenangkan agamanya daripada Kisra dan Caesar .. Manusia beramai-ramai masuk ke dalam agama Allah.. Semua manusia berbahagia dengan keadilan dan kerahmatan Islam.

Jelasnya, Islam dibina di atas syariat dan ibadah, kefarduan dan kewajipan. Di antara keindahan perancangan Allah kepada para hamba ialah mendirikan Islam di atas asas-asas yang baik dan kaedah-kaedah yang mulia, mendatangkan faedah di dunia dan mendapat manfaat di akhirat, dan membahagiakan mereka di akhirat dan di dunia.

Salah satu ibadah yang paling besar yang mengukuhkan kesatuan umat Islam ialah solat berjamaah dan dalam satu barisan, fardu Jumaat yang menghimpunkan mereka dalam masa seminggu, berpuasa sebulan yang menggabungkan umat Islam di seluruh dunia dan haji yang menyatukan mereka dalam satu masa dan tempat serta mempertemukan semua orang dari seluruh dunia di atas satu taraf, satu pakaian, satu slogan dan satu laungan “لبيك اللهم لبيك” (Aku penuhi panggilan-Mu ya Allah).

Wahai seluruh umat Islam,

Wahai orang-orang yang jujur dan setia,

Ketahuilah dengan kewaspadaan dari rakyat yang diberkati, dan keinginan yang mendalam kepada kebebasan, cintakan keadilan, kemuliaan dan kehormatan .. dan keazaman mereka untuk bebas daripada semua kuasa asing.

Dengan semua kebaikan yang telah mendatangi umat kita pada tahun yang berkat ini .. maka tiada jalan untuk mencapai keinginan ini dan melaksanakan harapan ini melainkan dengan mengikuti petunjuk Al-Quran, berjalan berdasarkan cahayanya yang terang, dan mencontohi Rasul yang mulia dan para sahabatnya yang diredhai Allah ke atas mereka.

Al-Quran melalui ayat-ayat berikut dari surah Ali-Imran telah menggariskan kepada kita jalan kebebasan dan kemuliaan. Rumusannya adalah seperti berikut:

- Mencapai ketakwaan, iaitu yang merupakan himpunan segala kebaikan dan buah Islam yang baik. Firman Allah SWT berfirman (bemaksud):

“Wahai orang-orang yang beriman! Kamu diwajibkan berpuasa sebagaimana diwajibkan atas orang-orang yang dahulu daripada kamu, supaya kamu bertaqwa.” (Al-Baqarah:183),

Firman Allah SWT (bermaksud):

Wahai orang-orang yang beriman! Bertaqwalah kamu kepada Allah dengan sebenar-benar taqwa, dan jangan sekali-kali kamu mati melainkan dalam keadaan Islam.” (Al-Imran: 102),

Malahan takwa adalah tujuan utama diperintahkan beribadat.

Firman Allah SWT bermaksud:

“Wahai sekalian manusia! Beribadatlah kepada Tuhan kamu yang telah menciptakan kamu dan orang-orang yang terdahulu daripada kamu, supaya kamu (menjadi orang-orang yang) bertaqwa. (Al-Baqarah: 21),

Di dalam pengabdian kepada Allah akan tercapai kesempurnaan kebebasan, kerana pengabdian kepada Allah melarangnya daripada tunduk kepada selain Allah, dan membersihkan dirinya daripada kongkongan hawa nafsu dan keinginan jasad. Puasa itu sendiri adalah satu latihan yang paling utama dalam hal ini.

- Berpegang teguh dengan agama Allah yang kukuh:

“Dan berpegang teguhlah kamu sekalian kepada tali Allah (ugama Islam) (Al-Imran: 103),

Bekerja supaya berpegang teguh dengan agama adalah jalan untuk kesatuan umat pada saat ini di mana kita dituntut membina kesatuan dan perpaduan yang merupakan salah satu kewajipan agama ini:

“Dan sesungguhnya ugama Islam ini ialah ugama kamu - ugama yang satu asas pokoknya, dan Akulah Tuhan kamu; maka bertaqwalah kamu kepadaKu. (Al-Mukminun: 52).

Selepas penghijrahan Rasulullah meletakkan asas persaudaraan antara golongan Muhajirin dan golongan Ansar, dan membangunkan sebuah masyarakat baru di atas kasih sayang dan keharmonian di kalangan semua orang Islam.

“Sebenarnya orang-orang yang beriman itu adalah bersaudara, maka damaikanlah di antara dua saudara kamu (yang bertelingkah) itu; dan bertaqwalah kepada Allah supaya kamu beroleh rahmat.” (Al-Hujurat: 10)

Alangkah indahnya kata-kata al-Qadi Iyyad, "Keharmonian adalah salah satu tuntutan agama, rukun-rukun syariat, dan sistem Islam yang syumul. "

Dalam hal ini Imam al-Banna pernah menyatakan: "Saya percaya bahawa salaf as-soleh ra telah memperolehi kebahagiaan di dunia dan ganjaran di akhirat seperti yang Allah rakamkan tentang mereka di dalam Kitab-Nya. Allah SWT berfirman (bermaksud):

“Oleh itu, Allah memberikan mereka pahala dunia (kemenangan dan nama yang harum), dan pahala akhirat yang sebaik-baiknya (nikmat Syurga yang tidak ada bandingannya).” (Al-Imran:148)

Dengan dua perkara asas:

Pertama; Kekuatan iman mereka kepada Allah SWT, pergantungan yang sebaiknya kepada-Nya, kesungguhan memohon bantuan dan sokongan-Nya, dan mengharapkan pertolongan-Nya, dan berbangga dengan kemuliaan dan penghormatan Allah yang bersumber dari agama ini.

“Padahal bagi Allah jualah kemuliaan dan kekuatan itu dan bagi RasulNya serta bagi orang-orang yang beriman.” (Al-Munafiqun: 8),

Apabila salah seorang dari anda berkata-kata, berkerja, berjihad, tidur, atau bangun.. Merasakan bahawa Allah sentiasa bersamanya di mana-mana sahaja, melihat dan memerhatinya, membantu dan melindunginya.

“Dan tidaklah engkau (wahai Muhammad) dalam menjalankan sesuatu urusan, dan tidaklah engkau dalam membaca sesuatu surah atau sesuatu ayat dari Al-Quran dan tidaklah kamu (wahai umat manusia) dalam mengerjakan sesuatu amal usaha, melainkan adalah Kami menjadi saksi terhadap kamu, ketika kamu mengerjakannya. Dan tidak akan hilang lenyap dari pengetahuan Tuhanmu sesuatu dari sehalus-halus atau seringan-ringan yang ada di bumi atau di langit, dan tidak ada yang lebih kecil dari itu dan tidak ada yang lebih besar, melainkan semuanya tertulis di dalam Kitab yang terang nyata.” (Yunus: 61)

“Dan Ia tetap bersama-sama kamu di mana sahaja kamu berada, dan Allah Maha Melihat akan apa yang kamu kerjakan.” (Al-Hadid: 4).

Kedua; keutuhan binaan mereka dan kekuatan ikatan perkumpulan mereka, suatu kekuatan yang menjadi asas kemurnian hati dan kesucian nurani, dan menghargai makna kesetiaan dan merasai kesucian persaudaraan, dan memancarkan hati melalui perasaan cinta kerana Allah dengan pancaran yang tinggi sampai kepada pengertian itsar (mengutamakan orang lain melebihi dirinya sendiri).

“Dan orang-orang (Ansar) yang mendiami negeri (Madinah) serta beriman sebelum mereka, mengasihi orang-orang yang berhijrah ke negeri mereka, dan tidak ada pula dalam hati mereka perasaan berhajatkan apa yang telah diberi kepada orang-orang yang berhijrah itu; dan mereka juga mengutamakan orang-orang yang berhijrah itu lebih daripada diri mereka sendiri, sekalipun mereka dalam keadaan kekurangan dan amat berhajat.” (Al-Hasyr: 9),

hinggakan lelaki-lelaki di kalangan mereka mengutamakan saudaranya dalam harta, keluarga, kuasa dan hidupnya malah semua harta benda yang beliau miliki.

Melalui dua pengertian ini, sekumpulan salaf as-soleh telah memenangi, biarpun bilangan mereka yang sedikit dan lemah dalam persediaan mereka, dan mengatasi semua saingan selain mereka yang mempunyai kuasa dan kerajaan yang lebih besar dan lebih banyak harta dan lebih maju, tetapi iman dan kasih sayang adalah - tidak syak lagi – dua langkah yang paling kuat dalam memastikan kemenangan.”

- Menyebarkan yang baik dan mulia di kalangan manusia, membasmi benih-benih kejahatan, menyekat punca-punca kerosakan dan membersihkan masyarakat dari ketidakadilan dan kezaliman:

“Dan hendaklah ada di antara kamu satu puak yang menyeru (berdakwah) kepada kebajikan (mengembangkan Islam), dan menyuruh berbuat segala perkara yang baik, serta melarang daripada segala yang salah (buruk dan keji). Dan mereka yang bersifat demikian ialah orang-orang yang berjaya.” (Al-Imran: 104),

dan Rasulullah bersabda (bermaksud):

“Barangsiapa diantara kamu yang melihat kemungkaran, hendaklah ia merubah/mencegah dengan tangannya (kekuasaan) jika ia tidak mampu, maka dengan lidahnya (secara lisan), dan jika tidak mampu, maka dengan hatinya (merasakan tidak senang dan tidak setuju). Dan itu adalah selemah-lemah Iman". (HR. Muslim)

Oleh sebab itu kita layak memperolehi umat terbaik:

“Kamu (wahai umat Muhammad) adalah sebaik-baik umat yang dilahirkan bagi (faedah) umat manusia, (kerana) kamu menyuruh berbuat segala perkara yang baik dan melarang daripada segala perkara yang salah (buruk dan keji), serta kamu pula beriman kepada Allah (dengan sebenar-benar iman).” (Al-Imran: 110).

- Menolak sebarang perpecahan dan konflik:

“Dan berpegang teguhlah kamu sekalian kepada tali Allah (ugama Islam) (Al-Imran: 103),

Allah SWT telah memberi amaran kepada kita daripada terjerumus ke dalam perpecahan seperti umat terdahulu. Firman Allah SWT (bermaksud):

“Dan janganlah kamu menjadi seperti orang-orang (Yahudi dan Nasrani) yang telah berceri-berai dan berselisihan (dalam ugama mereka) sesudah datang kepada mereka keterangan-keterangan yang jelas nyata (yang dibawa oleh Nabi-nabi Allah), Dan mereka yang bersifat demikian, akan beroleh azab seksa yang besar.” (Al-Imran: 105).

Implikasi konflik dan perpecahan antara anggota umat yang paling bahaya ialah akan menghantar mereka kepada kehancuran dan menjerumuskan mereka kepada kelemahan, kegagalan dan kehinaan:

“Dan taatlah kamu kepada Allah dan RasulNya, dan janganlah kamu berbantah-bantahan; kalau tidak nescaya kamu menjadi lemah semangat dan hilang kekuatan kamu, dan sabarlah (menghadapi segala kesukaran dengan cekal hati); sesungguhnya Allah beserta orang-orang yang sabar. “ (Al-Anfal: 46),


Sabda Rasulullah saw (bermaksud):

"Jauhilah dari saya sekalian dari sebarang perpecahan, dan (ingatlah) semasa anda datang dahulu dalam keadaan berpecah belah di mana umat sebelum kamu ditimpa kebinasaan akibat dari berpecah belah." Dalam riwayat lain: "Di mana umat sebelum kamu ditimpa kebinaan akibat dari perselisihan. "

- Allah telah mengurniakan kemenangan besar kepada kita apabila melihat perpaduan rakyat Mesir dalam semua bidang – Islam, Kristian, lelaki dan wanita, muda dan tua - Buat pertama kali dilakukan syiar ibadah dalam satu tempat, dan dijaga oleh yang lain. Ini kerana, orang Islam solat dalam jagaan Kristian, orang Kristian menunaikan ibadah dalam jagaan orang Islam. Adakah telah sampai kepada anda kisah orang Kristian yang berdiri sambil berkata: “Allahu Akbar”, supaya takbir imam dapat di dengari makmum yang tidak mendengar.

- Ketahuilah setiap rakyat Mesir lelaki dan perempuan bahawa tidak akan tercapai kebebasan, keadilan, kemuliaan dan kehormatan yang kita revolusikan kerananya, melainkan dengan mengekalkan perpaduan dan kesatuan kita, dan mengutamakan kepentingan awam atas kepentingan peribadi, dan menjadikan Mesir dan kepentingannya mengatasi kepentingan semua perkara.

Wahai Ikhwan Muslimin:

Ada setengah orang yang hanya mengiringi kata-katanya dengan berkata-kata dan masih berkisar tentang kata-kata, tetapi masih tidak melakukannya, dan ada setengah orang yang mengiringi kata-katanya dengan tindakan dan berkerja, dan ada setengah orang yang mengiringi suatu tindakan dengan tindakan yang lain dan tiada tempat untuknya berkata-kata .. Oleh itu lakukanlah dalam diam, dan ikhlaskanlah dalam tindakan dan kerja anda, dan berbuat baiklah mudah-mudahan anda berjaya.

Di dalam bulan yang mulia ini perbaharuilah azam, ikhlaskan niat, pertingkatkanlah iman, berlumba-lumbalah mendapatkan kebaikan, tambahkanlah keyakinan terhadap dakwah anda. Iringilah sesuatu pekerjaan dengan pekerjaan yang lain, pastikanlah ikatan persaudaraan anda, kerana ianya adalah tonggak kekuatan anda dan rahsia kejayaan anda. Justeru, jamaah tidak akan mencapai matlamatnya melainkan dengan kepercayaan kepada pimpinan dan ketaatan yang berpandukan kejelasan dalam perkara yang baik.

“Dan katakanlah (wahai Muhammad): Beramallah kamu (akan segala yang diperintahkan), maka Allah dan RasulNya serta orang-orang yang beriman akan melihat apa yang kamu kerjakan; dan kamu akan dikembalikan kepada (Allah) Yang Mengetahui perkara-perkara yang ghaib dan yang nyata, kemudian Ia menerangkan kepada kamu apa yang kamu telah kerjakan". (At-Taubah: 105).

http://www.ikhwanonline.com/new/Article.aspx?SecID=213&ArtID=88901


Thursday, August 4, 2011

Risalah Mursyid: Ramadan Bulan Kebangkitan dan Pembinaan



Perutusan dari Prof. Dr. Muhammad Badi’ Mursyid Am Ikhwan Muslimin 28/7/2011

Pujian bagi Allah dengan pujian sebanyak-banyaknya, dengan penuh kebaikan dan keberkatan. Selawat dan salam ke atas junjungan kita Rasulullah saw .. Selepas..

Alangkah gembiranya kita menerima ‘hadiah’ bulan Ramadan.

Kita berbahagia menanti ketibaannya; kerana di dalamnya mengandungi hadiah rabbani, rahmat, pengampunan dan pembebasan dari api neraka. dan di dalamnya mengandungi pengajaran yang besar. Ramadan adalah sebuah ‘madrasah’ untuk pengajaran, pembelajaran dan pendidikan dengan seluruh pengertiannya di mana seorang Muslim dididik dengan pelbagai ibadat dan akhlak yang tinggi dan luhur, membersihkan diri sendiri dari sikap dan akhlak tercela, dan membebaskan kemahuannya dari semua kuasa atau ikatan yang membelenggu, meninggikan cita-cita dan mengasuh kelakuannya.

..Firman Allah SWT (bermaksud):

“Wahai orang-orang yang beriman! Kamu diwajibkan berpuasa sebagaimana diwajibkan atas orang-orang yang dahulu daripada kamu, supaya kamu bertaqwa.” (Al-Baqarah: 183),

Justeru, bertakwa kepada Allah dan bermuraqabah kepada-Nya di waktu terang atau tersembunyi adalah ketetapan dan tujuan paling utama bulan Ramadan yang mulia.

 Kelebihan Ramadan


Di antara kebijaksanaan Allah SWT ialah menetapkan sesuatu kelebihan masa dan tempat antara makhluk-Nya, di mana Allah melebihkan sesuatu tempat ke atas tempat yang lain dan melebihkan sesuatu masa ke atas masa yang lain. Dari aspek masa; Allah telah melebihkan bulan Ramadan ke atas bulan-bulan yang lain, dan mengurniakan pelbagai kelebihan yang besar dan kemuliaan yang begitu ketara.

Ramadan adalah bulan yang Allah turunkan al-Quran.

Firman Allah SWT(bermaksud):

“bulan Ramadan yang padanya diturunkan Al-Quran, menjadi petunjuk bagi sekalian manusia, dan menjadi keterangan-keterangan yang menjelaskan petunjuk dan (menjelaskan) perbezaan antara yang benar dengan yang salah (Al-Baqarah:185).

Ramadan adalah bulan yang Allah perintahkan berpuasa.

Firman Allah SWT (bermaksud):

 “Wahai orang-orang yang beriman! Kamu diwajibkan berpuasa sebagaimana diwajibkan atas orang-orang yang dahulu daripada kamu, supaya kamu bertaqwa.” (Al-Baqarah: 183),

“Oleh itu, sesiapa dari antara kamu yang menyaksikan anak bulan Ramadan (atau mengetahuinya), maka hendaklah ia berpuasa bulan itu.” (Al-Baqarah: 185).

Ramadan adalah bulan taubat dan pengampunan, serta pembersihan dosa dan kejahatan.

Sabda Rasulullah saw (bermaksud): 

“Solat lima waktu (sehari semalam) dan jumaat hingga jumaat, dan Ramadan hingga ke Ramadan merupakan penebus-penebus dosa (ketika itu) selama tidak dikerjakan dosa-dosa besar.” (Muslim),

Rasulullah bersabda (bermaksud):

"Sesiapa yang berpuasa Ramadhan dengan penuh keimanan dan mengharapkan pahala, dosa-dosa terdahulu akan diampuni." (Bukhari)

Ramadan adalah bulan pembebasan dari api neraka.

Dalam hadith Abu Hurairah ra, Rasulullah saw bersabda (bermaksud): 

"Dan berseru para Malaikat: “Wahai pencinta kebaikan, terimalah (sambutlah). Wahai pencinta kejahatan, berhentilah, dan Allah membebaskan dari api neraka, dan ini berlaku setiap malam" (HR. al-Tirmidhi).

Ramadan adalah bulan yang mana dibuka pintu-pintu syurga, ditutup pintu-pintu neraka dan syaitan-syaitan dibelenggu.

Rasulullah saw bersabda (bermaksud):

"Apabila datang bulan Ramadan, dibuka pintu-pintu syurga dan ditutup pintu-pintu neraka dan syaitan-syaitan dibelenggu" , (HR. Bukhari)

Iaitu syaitan dalam keadaan digari dan dirantai. Maka pada bulan Ramadan syaitan tidak dapat berhubung dengan manusia seperti apa yang mereka lakukan pada bulan yang lain.

Ramadan adalah bulan yang terdapat di dalamnya malam Lailatul Qadr, yang mana Allah telah menjadikan amalan-amalan pada malam itu lebih baik daripada seribu bulan.

Firman Allah SWT (bermaksud):

“Malam Lailatul-Qadar lebih baik daripada seribu bulan.” (Al-Qadr: 3)

Sabda Rasulullah saw (bermaksud):

"Sesungguhnya bulan yang mulia ini telah datang menemui kamu, dan di dalamnya terdapat satu malam yang lebih baik dari seribu bulan. sesiapa yang tidak diberikan kebaikan malam itu, bererti diharamkan baginya segala rupa kebaikan dan tidak diberikan kebaikan melainkan orang yang diharamkan kebaikan untuknya " .

Ramadan adalah bulan kesabaran; Bukti kesabaran dapat dilihat dalam bentuk yang lebih jelas semasa berpuasa, kerana seseorang muslim perlu menahan diri dari menuruti keinginan dan nalurinya. Oleh sebab itu, puasa adalah separuh dari kesabaran, dan ganjaran kesabaran adalah syurga. Firman Allah SWT (bermaksud):

“Sesungguhnya orang-orang yang bersabarlah sahaja yang akan disempurnakan pahala mereka dengan tidak terkira".  (Az-Zumar: 10) .

Ramadan adalah bulan kemurahan hati dan kebajikan, kerana Rasulullah saw ialah seorang yang paling dermawan pada bulan Ramadhan.

Ramadan adalah bulan berdoa.

Rasulullah saw bersabda (bermaksud):

“Ada tiga orang yang tidak ditolak do’a mereka: Orang yang berpuasa sampai dia berbuka; Seorang penguasa yang adil; Dan do’a orang yang dizalimi (teraniaya).” (HR. Tirmidhi)

Firman Allah SWT selepas ayat-ayat puasa (bermaksud):

“Dan apabila hamba-hambaKu bertanya kepadamu mengenai Aku maka (beritahu kepada mereka): sesungguhnya Aku (Allah) sentiasa hampir (kepada mereka); Aku perkenankan permohonan orang yang berdoa apabila ia berdoa kepadaKu. (Al-Baqarah: 186).

Ramadan adalah satu bulan yang menyatukan umat Islam. Kaum muslimin semuanya menjadi seperti saudara dalam satu keluarga, berbuka puasa pada satu masa, dan imsak pada satu masa, dan menunaikan solat di belakang imam yang satu. Justeru, marilah kita merasakan pengertian, konsep dan makna yang sebenar ini, dan bergerak dalam kehidupan kita dan bersatu di sebalik matlamat yang lebih tinggi dan tujuan yang lebih besar bagi umat, dan mengenepikan perselisihan antara kita dan menyatukan kata-kata dan usaha kita, supaya kita mendapat kemuliaan dan ketinggian sepertimana orang-orang terdahulu dari kita.

Bulan Al-Quran

Jibril as sentiasa mengajarkan Al-Quran kepada Rasulullah saw pada bulan Ramadan. Sesungguhnya Al-Quran memberi impak besar kepada pendidikan, perubahan tingkah laku dan memperolehi keredhaan Allah ..

Ini kerana di dalam al-Quran terkandung petunjuk: 

“Menjadi petunjuk bagi sekalian manusia, dan menjadi keterangan-keterangan yang menjelaskan petunjuk dan (menjelaskan) perbezaan antara yang benar dengan yang salah.  (Al-Baqarah: 185),

“Sesungguhnya Al-Quran ini memberi petunjuk ke jalan yang amat betul (ugama Islam), dan memberikan berita yang mengembirakan orang-orang yang beriman yang mengerjakan amal-amal soleh, bahawa mereka beroleh pahala yang besar.  (Al-Isra: 9).

Di dalam al-Quran terkandung pelajaran terbesar, pengajaran terindah dan kisah-kisah terbaik: 

“Kami ceritakan kepadamu (wahai Muhammad) seindah-indah kisah dengan jalan Kami wahyukan kepadamu Al-Quran ini, padahal sebenarnya engkau sebelum datangnya wahyu itu, adalah dari orang-orang yang tidak pernah menyedari akan halnya.” (Yusuf: 3).

Di dalam al-Quran mengandungi penawar bagi jiwa:

Wahai umat manusia! Sesungguhnya telah datang kepada kamu Al-Quran yang menjadi nasihat pengajaran dari Tuhan kamu, dan yang menjadi penawar bagi penyakit-penyakit batin yang ada di dalam dada kamu, dan juga menjadi hidayah petunjuk untuk keselamatan, serta membawa rahmat bagi orang-orang yang beriman.  (Younus: 57)

Namun penawar ini tidak memberi manfaat kecuali kepada orang-orang yang beriman seperti firman Allah SWT (bermaksud):

Dan Kami turunkan dengan beransur-ansur dari Al-Quran Aya-ayat Suci yang menjadi ubat penawar dan rahmat bagi orang-orang yang beriman kepadanya; dan (sebaliknya) Al-Quran tidak menambahkan orang-orang yang zalim (disebabkan keingkaran mereka) melainkan kerugian jua. (Al-Isra ': 82),

“Katakanlah (wahai Muhammad): "Al-Quran itu, menjadi (cahaya) petunjuk serta penawar bagi orang-orang yang beriman.” (Fusshilat: 44)

Allah telah mudahkan al-Quran untuk menjadi peringatan. Allah SWT berfirman (bermaksud):

Dan demi sesungguhnya! Kami telah mudahkan Al-Quran untuk menjadi peringatan dan pengajaran, maka adakah sesiapa yang mahu mengambil peringatan dan pelajaran (daripadanya)?  (Al-Qamar: 17).

Semua ini tidak akan memberi apa-apa makna melainkan kita menghalakan kepada al-Quran, membukanya pada bulan yang mulia ini, membaca, merenung, menghayati ayat-ayat dan berinteraksi dengannya, menghidupkan makna-maknanya dan melaksanakannya  kepada diri kita sendiri, supaya kita menerima ganjaran dan kemuliaan Al-Quran, bulan Ramadan, dan supaya kita mengubah dari diri sendiri dan memperolehi keredhaan Tuhan kita.

Begitu juga membina kebangkitan bermula dengan membina manusia. Untuk membina manusia hanya akan tercapai dengan  mengadunkan nilai-nilai yang luhur dan akhlak yang mulia adalah suatu yang tidak dapat dinafikan. Satu-satunya sumber yang tulen, yang boleh dipegang, yang dipercayai dan bukan di atas kemampuan manusia adalah wahyu dari langit yang tidak akan bercampur dengan perkara kebatilan sama ada dari depan atau belakang:

“Celupan Allah; dan siapakah yang lebih baik celupannya daripada Allah? (Kami tetap percayakan Allah) dan kepadaNyalah kami beribadat".  (Al-Baqarah: 138).

Bulan kemahuan dan pembinaan

Di samping tiupan angin bulan yang penuh kesucian, kini muncul di ufuk kita cahaya kebebasan dan sinar harapan, yang tersebar kenikmatannya; untuk mengubah semua kezaliman melalui kemahuan yang kuat, mengubah ketidakadilan dan korupsi melalui keyakinan yang tinggi dan menumbuhkan dalam diri kita semangat pembinaan. Semua ini tidak akan berlaku melainkan dengan kemahuan yang tulus dan keazaman yang teguh, yang dididik di dalam jiwa oleh Ramadan.

Pendidikan tertegak di atas asas kemenangan dalam menentang nafsu dan syaitan. Kedua-dua unsur ini diperkukuhkan oleh Ramadan di dalam roh untuk melaksanakan ketaatan kepada Allah. Di antara keinginan yang paling penting yang mesti kita hadapi ialah keinginan penguasa yang kita maksudkan ketika ini. Kita dapati bahawa setengah pemimpin melakukan kekerasan terhadap rakyatnya dan memusnahkan keupayaan negaranya bagi memenuhi ‘keinginan haram’ dan mengekalkan kuasa yang dirampas dari rakyat.

Ramadan selepas revolusi Arab yang diberkati mempunyai rasa sesuatu yang istimewa dan semangat yang unik. Kita berdoa kepada Allah supaya mengekalkan revolusi kita, dan memberkati kita dengannya. Di bulan Ramadan kita menghirup aroma kebebasan yang telah dinafikan kepada kita selama beberapa dekad. Kita telah dinafikan walaupun hak untuk beribadah dengan bebas, dan kita dinafikan hak untuk menikmati tujuan berpuasa, seperti yang kita harap dan kita mahu. Ini disebabkan terdapat pelbagai sekatan ke atas solat, perhubungan, berbuka dan pergerakan, dan kesemua sekatan ini telah dipecahkan oleh Allah dan dipecahkan oleh pemiliknya, dan menjadikan mereka tanda-tanda kekuasaan-Nya.

Di antara makna terbesar berpuasa dan tujuannya ialah pembebasan kemahuan dalam seluruh pengertiannya; supaya seseorang individu menanggalkan apa jua tarikan dunia untuk mengangkat dan meninggikannya sehingga ia menjadi seorang hamba rabbani, meninggikan jiwanya, meninggikan penciptaannya, dan meninggikan perbuatan dan tindakannya. Oleh itu, jika manusia berjaya mengatasi semua keinginan dan keseronokan dan tidak ada jalan untuk nafsu menguasai dirinya dan tidak ada keputusan dan pengaruh nafsu kepadanya, maka dengan itu ia telah berjaya menanggalkan dalam dirinya segala halangan kepada kemajuan.

Apabila kemahuan individu itu telah merdeka, maka kemahuan umat seluruhnya turut merdeka dan bebas, bangkit dan maju. Inilah yang kita lihat di hadapan kita sekarang tentang kebebasan bangsa kita daripada semua kuasa luar atau kezaliman dalaman, dan tiada pihak yang berkuasa melainkan atas kehendak rakyat, nilai-nilai dan etika. Semua ini adalah natijah semula jadi seperti yang kita pelajari dari erti kesabaran dalam berpuasa, menanggung lapar dan dahaga, dan menahan dari perkara yang diharuskan apatah lagi yang diharamkan.

Jelaslah, seluruh umat kini amat perlu untuk menghayati nilai-nilai dan tujuan bulan Ramadan yang mulia, dan menghayati ciri-ciri dan keistimewaannya; untuk menghadapi pelbagai cabaran, dan membebaskan diri daripada kemunduran, kelemahan dan kehinaan. Ini kerana puasa menanamkan dalam diri kita ketinggian, kemuliaan dan kehormatan. Tidak mungkin sama sekali umat yang beribadat kepada Allah dengan berpuasa akan merendahkan atau menghina yang disembah sesiapapun jua, atau akan tertakluk kemahuannya kepada keputusan orang lain. Ini kerana di dalam kesabaran menanggung lapar, dahaga dan meninggalkan yang harus, bagi kita adalah untuk melatih kebebasan kemahuan kita dan menguatkan kemahuan kita, dan tidak tunduk kepada sesuatu selain daripada Allah SWT.

Justeru, ke atas umat seluruhnya sama ada sebagai sebuah bangsa, kerajaan dan badan-badan hendaklah melaksanakan erti puasa dan nilai-nilainya, dan menggunakannya di jalan menuju kemajuan, dan perlu meletakkan semua ini ke dalam perlaksanaan. Kita hendaklah menghayati dalam tingkah laku yang jelas dan dapat dilihat dengan mata; untuk pembangunan umat kita dan bangsa kita, dan memberi contoh kepada seluruh dunia suatu perlaksanaan amali bagi nilai-nilai dan akhlak Islam. Dalam hal ini, menerima keredhaan Allah SWT, kebangkitan umat dan mengembalikan kedudukan dan peranannya serta melayakkannya untuk memperolehi pertolongan Allah.

Selawat dan salam ke atas junjungan kita Nabi Muhammad saw, keluarganya dan para sahabatnya
Dan Allah Maha Besar dan pujian hanya bagi Tuhan

Kaherah: 27 Sya’ban 1432, 28 Jul 2011

 

Tags

My Blog List

FIKRAH & DAKWAH Copyright © 2009 Blogger Template Designed by Bie Blogger Template