Wednesday, December 8, 2010

Risalah Mursyid: Kewajipan kita beramal, Natijah dari Allah

Risalah dari Prof. Dr. Muhammad Badie’, Mursyid am Ikhwan Muslimin,  3/12/2010

 Alhamdulillah, selawat dan salam ke atas Rasulullah , keluarga dan para sahabat baginda, serta siapa yang mengikuti jejak langkah baginda sehingga hari Akhirat.

Tidak syak lagi bahawa dakwah kepada Allah dalam setiap aspeknya berdiri atas beberapa perkara asasi yang diceduk dari kitab Allah dan sunnah RasulNya (s.a.w). Allah mentaklifkan kita dengan dakwah kepada-Nya. Allah mentaklifkan tanggungjawab penting ini lalu Dia menegaskan bahawa Dia tidak akan membebankan seseorang itu melainkan apa yang mampu ditanggungnya. Jika begitu, dakwah kepada Allah adalah wajib dalam setiap jenis dan wasailnya yang pelbagai. Firman Allah bermaksud:

“Serulah ke jalan tuhan kamu dengan penuh hikmah, nasihat  yang baik dan berdialoglah kamu dengan cara yang terbaik”. (An-Nahl: 125).

Kewajiban dakwah ini wajib dilaksanakan mengikut keupayaan setiap individu samaada lelaki ataupun perempuan, di mana setiap individu wajib melakukan dan tidak dikecualikan walaupun sesorang itu mempunyai keuzuran.

Firman Allah yang maksudnya:

Tiada menjadi kesalahan kepada orang-orang yang lemah, orang yang sakit dan orang yang tiada apa yang boleh mereka sedekahkan (untuk tidak pergi berjihad di jalan Allah) sekiranya mereka melakukan nasihat kepada Allah dan RasulNya, dan orang Islam tiada mempunyai alasan dari jalan Allah ini, dan Allah Maha Mengampuni dan Penyayang.

Ini kerana taklif ini merupakan kesinambungan dari tanggungjawab kita memikul amanah Islam itu sendiri, sejak kita menyerah diri kepada Allah Tuhan sekalian alam.

Firman Allah yang bermaksud:  

Katakan (Wahai muhamad) inilah jalanku yang aku dan siapa yang mengikutku seru kepada Allah di atas cahaya yang terang , Maha suci Allah dan tidaklah aku tergolong dari kalangan orang yang syirik (Yusuf:108).

Malah golongan jin telah memahami hakikat taklif ini apabila mereka dibacakan al-Quran oleh Rasulullah s.a.w.. Mereka terus melaksanakan taklif ini serta merta selepas itu.

Firman Allah yang bermaksud:

Apabila mereka hadir (ke tempat Rasulullah membaca al-Quran ini) mereka berkata (sesama mereka) : Diamlah. Apabila baginda selesai, mereka pulang memberi amaran kepada kaum mereka (berdakwah). (Al-Ahqaaf:29)

Kekasih Agung ini telah melaksanakan taklif ilahi dalam setiap keadaan dan suasana, mengambil peluang dari setiap peluang yang ada, hatta ketika baginda dan kaum muslimin berada di Mekah dalam keadaan dizalimi dan tertekan. Baginda bersabda yang bermaksud: Siapakah di antara kamu yang sanggup melindungi aku sehinggakan aku dapat menyampaikan dakwah tuhanku? Selepas itu baginda masuk ke Mekah di bawah perlindungan Mut’eim bin Adi, seorang musyrik.

Baginda mengambil peluang dari salah satu adat masyarakat jahiliah yang positif, yang menyatakan bahawa perlindungan seperti ini perlu dihormati. Malah baginda juga pernah bersekutu dengan pembesar-pembesar masyarakat walaupun ada perbezaan, demi matlamat yang baginda, iaitu untuk menghindar kezaliman dari setiap orang yang dizalimi. Dengan itu baginda masuk dalam satu Hilf (mamorandum) di mana setiap pihak akan komitmen dengan nilai-nilai mulia ini dalam Hilful Fudhul di rumah Uthman bin Jad’aan.

Baginda juga mengambil faedah dari perhimpunan seluruh qabilah arab di sekitar Baitullah yang mulia. Begitu juga perhimpunan di pasar-pasar samada pasar barangan ataupun pasar sastera dan syair. Perkara ini telah dilakukan oleh nabi-nabi terdahulu seperti Nabi Nuh yang disebut contohnya dalam al-Quran. Baginda menggunakan setiap wasilah dakwah dalam setiap suasana walaupun berhadapan dengan segala tekanan yang ada.

Firman Allah bermaksud:

Wahai tuhan, aku telah menyeru kaumku siang dan malam, kemudian aku menyeru meraka secara terang-terangan, kemudian aku menjelaskan dakwahku lalu selepas itu aku berdakwah secara rahsia pula (9: Nuh)

Generasi muslimin terdahulu telah melaksanakan amanah risalah ini dan menyampaikannya kepada generasi demi generasi, sebagaimana yang diberitahu oleh Rasulullah: Ilmu ini akan dipikul oleh setiap generasi khalaf kepada kelompok yang selepasnya, dengannya dapat menafikan penyelewengan orang yang melampau, kesesatan orang kafir dan pentakwilan orang yang jahil. Baginda juga memberikan berita gembira bahawa contoh ikutan ini akan sentiasa memikul amanah dan risalah ini sehingga hari qiamat, walau apapun kesusahan , tekanan dan juga halangan dari syaitan jin dan manusia.

Sabda baginda yang bermaksud: Sentiasalah ada kelompok dari umatku ini orang yang menzahirkan kebenaran , tidak merasa mudarat dengan orang yang menentang mereka danmengecewakan mereka sehinggalah datang keputusan Allah dalam keadaan mereka sedemikian.

Terdapat dua kalimah yang disebut oleh hadis Rasulullah yang mulia ini. Kedua-duanya  bukannya sinonim bahkan setiap satu daripadanya memberikan maksud berbeza yang kita perlukan dalam jalan dakwah ini, dapat menyimpulkan masalah yang amat penting dihadapi oleh amal jamaie ini.

Kalimah pertama (khalafahum = bermaksud : orang yang menentang mereka) iaitu orang yang sedari awal tidak bersama mereka, melakukan penentangan terhadap jalan untuk menyampaikan dakwah tuhan mereka. Manakala perkataan kedua, (man khazalahum bermaksud orang yang mengecewakan mereka). Kalimah ini memberi maksud bahawa ada orang yang bersama mereka beberapa ketika di jalan dakwah kepada Allah, kemudian menyeleweng dari meneruskan perjalanan ini samada kerana suasana tertindas yang amat kronik ataupun kerana fitnah kemewahan.

Ternyata apa yang diberitahu oleh Rasul yang benar dan dibenarkan ini telah benar-benar berlaku kepada jamaah yang diberkati ini , sepanjang jalan dan usianya yang panjang, samaada secara menegak atau melintang dan samada dari aspek geografi atau sejarah.

Ustaz al-Banna rhm telah mengikuti sumber yang mulia ini, lalu beliau memimpin pengikutnya ketika menjadi mursyid pertama jamaah ini, untuk mengikut manhaj Rasulullah. Beliau berusaha sedaya upaya bersama keikhlasan dan pengorbanan serta ikatan yang kukuh dengan setiap peribadi jamaah, sehinggalah mereka menjadi umpama satu bangunan yang tersusun , amat sukar untuk dirobohkan dan dibinasakan.

Namun perkara yang mesti kita fahami ialah: Allah ‘Azzawajalla tidak mentaklifkan kita untuk mendapatkan natijah kerana dalam banyak ketika, amal kita tidak mendapat natijah yang diingini walaupun selepas memberikan seluruh daya dan usaha. Justeru jiwa manusia akan merasa putus asa. Namun contoh sepatutnya telah ditunjukkan oleh Rasul Qudwah, ketika berhadapan dengan tekanan bahkan penindasan yang paling perit ketika di Taif. Walaupun baginda pergi ke Taif hanya untuk menyeru mereka kepada Allah dan redha-Nya tanpa upah/ganjaran.

Baginda hanya menginginkan hidayah kepada mereka seperti dalam doanya: Ya Allah , berikan hidayah kepada kaumku kerana sesungguhnya mereka tidak mengetahui.  Juga sepertimana firman Allah yang bermaksud: Wahai kaumku, kenapa kertika aku menyeru kamu kepada kejayaan, kamu pula menyeru aku kepada neraka? (Ghafir 41)

Juga firman-Nya bermaksud:

Aku tidak meminta ganjaran (dengan dakwahku ini) kerana ganjaranku hanyalah dari Allah (Yunus 72).

Allah berfirman kepada baginda: Kami telah ketahui bahawa kata-kata mereka telah menyakiti kamu, tetapi mereka sebenarnya tidak mendustaimu sahaja bahkan mereka yang zalim ini ingkar dengan ayat-ayat Allah. ( Al-Anaam 33).

Firman-Nya juga: Sesungguhnya kewajiban kamu hanyalah menyampaikan (As-Syuraa:48)

Kita bersaksi bahawa baginda  s.a.w telah menyampaikan risalah dan menunaikan amanah sebaik mungkin sepertimana yang ditaklifkan oleh Allah, moga-moga Allah memberikan ganjaran dengan sebab kita dengan ganjaran terbaik yang diberikan kepada seorang nabi kerana umatnya (yang mendapat hidayah). Rasulullah telah menceritakan kepada kita bahawa ada nabi a.s. yang dibangkitkan pada hari qiamat dalam keadaan tiada seorang pun yang menyahut seruannya. Lihatlah nabi Nuh, nabi Allah yang paling panjang umurnya dan seorang nabi Ulul Azmi. Baginda  berdakwah dalam kaumnya selama 950 tahun dengan hanya segelintir sahaja yang menyahut seruannya.

Allah juga telah membezakan antara mengambil inisiatif dan sebab dengan mendapat natijah dalam firman-Nya yang bermaksud: Maka berjalanlah dipenjuru-penjuru (bumi untuk berusaha) dan makanlah dari rezeki-rezekinya (al-Mulk:15). Rasulullah dan para sahabatnya telah menggali parit ketika baginda tidak menguasai situasi pertembungan yang berlaku sekitarnya. Namun datang kemenangan Allah dengan bantuan angin dan itu bukan dalam jangkaan mereka. Rasulullah juga telah membuat strategi yang terperinci dan mengambil segala sebab musabab yang terdaya dalam peristiwa hijrah namun akhirnya pihak kafir sampai juga ke muka gua persembunyian baginda. Selepas itu datang kemenangan kepadanya dan sahabatnya itu di luar lakaran strategi baginda dengan pengaburan pandangan mata orang-orang kafir ketika itu.

Saudara mujahidin kita di Palestin dan seumpamanya di setiap tempat, menanggung kesusahan yang amat perit, namun pertolongan dan kemenangan dari Allah datang dalam apa yang mereka tidak jangkakan. Kemenangan ini datang selepas mereka mengambil seluruh sebab musabab yang patut. Banyak contoh-contoh dalam perkara ini, namun kesimpulannya kita mohon dari Allah agar memanfaatkan kita dengannya di dalam agama dan dunia kita dalam perkara berikut:

1.      Ikhlas niat kepada Allah kerana dengannya kita diberikan ganjaran, kita mendapat kejayaan dan kemenangan

2.      Jika kita mencapai apa yang kita inginkan, kita akan memuji Allah kerana kurniaan dan taufiq-Nya

3.      Jika tidak, sesungguhnya pahala kita telah ada di sisi Allah, kita memohon kepada-Nya  agar mentaqdirkan kebaikan kepada dan meredhai kita.

4.      Penerusan dalam menunaikan kewajiban dalam setiap keadaan selepas yakin dengan kelancaran sebab yang kita ambil, dan usaha sedaya mungkin. Ini menegaskan bahawa amal adalah kerana Allah kerana apa yang dilakukan kerana Allah akan berpanjangan dan berterusan.

5.      Kita sentiasa mengingati pendirian ibu kita Hajar yang mengambil inisiatif dan asbab, dengan berlari-lari sebanyak tujuh pusingan untuk mencari air. Dalam setiap pusingan, apa yang dihajatinya masih tidak berlaku. Namun beliau terus berlari sehingga kehendak Allah iaitu kebajikan yang melimpah berlaku kepadanya.

6.      Kita juga sentiasa mengingati wasiat Rasulullah s.a.w. kepada kita dalam sabdanya: Jika berlaku qiamat dan ditangan seorang dari kamu ada semaian, makatanamkanlah ia... Lihatlah, ketika dunia berada di penghujung, sementara semaian yang disemai hanya akan mendatangkan hasil selepas beberapa tahun yang panjang. Sememangnya tiada hasil yang dapat dijangkakan dari perintah baginda itu, kecuali meneruskan sikap positif, melaksanakan kewajiban dan mendapatkan pahala.

Wahai muslimin di segenap tempat, wahai anak-anak dakwah dari ikhwah dan akhawat! Allah telah memberi rezeki kepada kami dan kamu dengan keikhlasan dan amal yang berterusan serta  ketekunan, pengharapan serta penerimaan yang berpanjangan. Berjalanlah dengan keberkatan dari Allah. Allah akan memberikan taufiq kepada kamu dan tidak akan mencuaikan amal-amal kamu. Allah akan beri ganjaran kepada kamu dengan izin-Nya dengan perkara yang lebih baik dari apa yang kamu ketahui.  

Allahuakbar wa lillahil Hamd. Wassalamualaikum wrh wbh. 


Artikel asal: http://www.ikhwanonline.com/Article.asp?ArtID=75645&SecID=213

Sunday, December 5, 2010

Risalah Mursyid: Haji: Suatu KembaraTarbawi



Risalah dari Dr. Muhammad Badie’, Mursyid Am Ikhwan Muslimin, 05-11-2010

Dengan nama Allah. Segala puji hanya bagi Allah, selawat dan salam ke atas Rasulullah saw, beserta keluarga dan sahabatnya serta orang-orang yang mengikutinya dengan benar hingga hari pembalasan…selanjutnya:
Allah SWT berfirman:

“Sesungguhnya rumah yang mula-mula dibangun untuk (tempat beribadat) manusia, ialah Baitullah yang di Mekah yang diberkahi dan menjadi petunjuk bagi semua manusia. Padanya terdapat tanda-tanda yang nyata, (di antaranya) maqam Ibrahim; Barangsiapa memasukinya (Baitullah itu) menjadi amanlah dia; mengerjakan haji adalah kewajiban manusia terhadap Allah, Yaitu (bagi) orang yang sanggup Mengadakan perjalanan ke Baitullah. Barangsiapa mengingkari (kewajiban haji), Maka Sesungguhnya Allah Maha Kaya (tidak memerlukan sesuatu) dari semesta alam”. (Ali Imran:96-97)

Diriwayatkan oleh Imam Bukhari dari Abu Dzar ra dia berkata: saya bertanya: Ya Rasulullah, masjid manakah yang pertama kali dibangunkan di muka bumi ini? Beliau bersabda: “Masjid Al-Haram” Aku bertanya lagi: Lalu apa? Beliau bersabda: ” Masjid Al-Aqsa.” Aku bertanya lagi: berapa jarak antara keduanya? Beliau bersabda: “Empat puluh tahun, dan di manapun kamu berada dan tiba waktui solat maka solatlah kerana ia merupakan masjid”.

Wahai umat Islam dimana kalian berada..Wahai para hujjaj di Baitullah al-Haram,

Situasi umat Islam dan Negara-negara Islam ketika ini telah berada dalam keadaan yang lemah dan berpecah seperti yang diingini musuhn-musuhnya seperti zionis dan lain-lainnya, di mana kehormatan diperlekeh, tempat-tempat suci dirampas, ke mana saja umat Islam menoleh dan mengarahkan wajahnya, maka kelihatan darah mengalir terutama di negeri-negeri muslim hasil tangan musuh-musuhnya dan juga kerana perang saudara yang berlaku sesama sendiri yang sengaja disuburkan oleh Zionis dan Amerika serta talibarut-talibarutnya untuk membangkitkan peperangan di antara mereka, seperti yang berlaku di di Palestin, Iraq, Somalia, Yaman, Mauritania, Afghanistan, Pakistan dan Kashmir .. dan sebelumnya juga berlaku di Chechnya, Bosnia dan Herzegovina, Kosovo sebagai bukti nyata akan hal tersebut.

Kita dapat lihat bahwa kezaliman telah meluas di negeri Islam secara keseluruhan sehingga kerosakan, kekerasan, kekejaman yang melampaui batas, dan sebagai amaran tentang bahaya kejahatan yang tiada henti .. menjadi penghambat, bahkan menjadi penghalang bagi semua orang yang ingin menghilangkan kekejaman dari menimpa umat Islam, yang berusaha melawan orang-orang zalim dan membetulkannya, menentang sebarang bentuk kezaliman, mendedahkan kerosakan dan para pelaku kerosakan, dan semua orang yang berusaha melakukan perubahan, atau berusaha untuk menjadi sebaik-baik umat, atau bekerja untuk mengembangkan dan membangkitkan, meraih kemuliaan dan kedudukannya kembali.

Berbagai laporan antarabangsa menegaskan bahwa negara-negara Islam adalah Negara yang banyak berlaku tindakan kerosakan, menular berbagai penyakit dan berleluasa kejahilan. Pada masa yang sama umat sedang menikmati kedudukannya yang istimewa, sumber alam dan kekayaan yang melimpah-ruah, sumber tenaga manusia yang besar. Sekiranya kita menggunakannya dengan baik maka kitapun mampu menjadi Negara yang maju. Hal tersebut bagi Allah yang Maha Perkasa tidak menjadi masalah. Sebenarnya tidak jauh dari kita jika kita mahu melakukan apa yang Allah perintahkan seperti syiar, syariat dan agenda-agendanya secara baik dan sempurna, dan menjadikan kitabullah dan Sunnah Rasul-Nya serta bimbingan para sahabat sebagai titik tolak menuju kebangkitan umat dan asas kepada binaannya yang dilakukan di atas kebenaran dan keadilan.

Wahai para hujjaj di Baitullah al-Haram…

Situasi umat hari ini memerlukan kita semua –bagi siapa yang sedang diberikan kemudahan menunaikan ibadah haji, dan bagi siapa yang di negerinya dibelenggu penindasan - untuk tunduk dan berserah kepada Allah dengan penuh kejujuran dan keikhlasan bagi menyatukan barisan kita dan suara kita, memberikan bimbingan kepada rakyat dan pemerintah menuju kebaikan Islam dan umat Islam, demi kebaikan Negara dan rakyat, bahkan demi kebaikan umat manusia seluruhnya, bekerja dalam satu barisan untuk kebangkitan umat dan mengangkat derjatnya, dan menegaskan akan doa ini kepada mereka yang berada di Arafah, dan kepada mereka yang dimuliakan Allah untuk melakukan tawaf di sekeliling Ka’bah dan kepada seluruh umat Islam yang berada di hari Arafah ketika ini.

Haji adalah kembara hati untuk menambah bekalan taqwa

Wahai umat Islam…
Haji bukanlah sekadar kembara seperti kembara lainnya, bahkan bukan hanya kembara yang disertai anggota tubuh saja menuju Mekah, tetapi ia merupakan kembara rabbani, kembara menuju cahaya, kembara hati dan seluruh ruh yang berusaha menuju Allah sebagai Pencipta, kerana dapat berhubung dengan sumbernya, dan memberikan bekal dengan sebaik-baik bekal iaitu taqwa kepada Allah..

“(Musim) haji adalah beberapa bulan yang dimaklumi, Barangsiapa yang menetapkan niatnya dalam bulan itu akan mengerjakan haji, Maka tidak boleh rafats, berbuat Fasik dan berbantah-bantahan di dalam masa mengerjakan haji. dan apa yang kamu kerjakan berupa kebaikan, niscaya Allah mengetahuinya. Berbekallah, dan Sesungguhnya Sebaik-baik bekal adalah takwa dan bertakwalah kepada-Ku Hai orang-orang yang berakal”. (Al-Baqarah:197)

Pada ketika umat mempunyai bekal taqwa dan menggantungkan kekuatan hanya kepada Allah SWT, maka sudah tentu umat tidak akan dikalahkan, bahkan dapat menikmati hidup dengan aman dan tenteram, dan dapat menaungi seluruh masyarakat di atas keadilan, kesemanaan dan kasih sayang.

Haji adalah kembara tarbawi

Haji sepanjang sejarahnya merupakan kembara yang menghubungkan seorang muslim dengan rasul-rasul Allah yang mulia yang telah menempuh rintangan dan melalui jalan yang sukar terutama bapa para nabi, Ibrahim a.s untuk mendirikan Baitullah dan mensucikannya, memberikan petunjuk kepada manusia yang tersesat menuju jalan yang lurus. Marilah kita renungkan sejenak beberapa pelajaran yang dapat kita petik dan mesti diambil oleh setiap muslim sehingga Allah berkenan merubah jiwa dan keadaan mereka… di antaranya adalah:

1. Tauhid dan keikhlasan

Nabi Ibrahim telah menyerahkan jiwanya untuk Allah, dan membersihkan dari selainnya:

“Ketika Tuhannya berfirman kepadanya: “Tunduk patuhlah!” Ibrahim menjawab: “Aku tunduk patuh kepada Tuhan semesta alam”. (Al-Baqarah:131)

Dan Rasul kita saw mendapatkan petunjuk mengikuti agama nabi Ibrahim AS

“Katakanlah: “Sesungguhnya aku telah ditunjuki oleh Tuhanku kepada jalan yang lurus, (yaitu) agama yang benar, agama Ibrahim yang lurus, dan Ibrahim itu bukanlah Termasuk orang-orang musyrik”. Katakanlah: Sesungguhnya sembahyangku, ibadatku, hidupku dan matiku hanyalah untuk Allah, Tuhan semesta alam. Tiada sekutu bagiNya; dan demikian Itulah yang diperintahkan kepadaku dan aku adalah orang yang pertama-tama menyerahkan diri (kepada Allah)”. (Al-An’am:161-163)

Sejak hari pertama Rasulullah saw menyeru penduduk Mekah kepada tauhid ini. Baginda berkata kepada mereka:

“Ucapkanlah kata “La ilaha Illallah” (tidak ada tuhan selain Allah) niscaya kalian akan beruntung”.

Maka Quraisy berasa takjub dari kalimat tauhid ini dan mereka berkata:

“Mengapa ia menjadikan tuhan-tuhan itu Tuhan yang satu saja? Sesungguhnya ini benar-benar suatu hal yang sangat menghairankan”. (Shaad:5)

Bagi kita sebagai individu dan umat akan mencapai kemenangan jika kita mahu menghayati tauhid yang murni dan membebaskan diri dari kesyirikan, dan jeritan para hujjaj dengan penuh keyakinan adalah:

لبيك اللهم لبيك، لبيك لا شريك لك لبيك، إن الحمد والنعمة لك والملك لا شريك لك
“Aku penuhi panggilanmu ya Allah aku penuhi.. aku penuhi panggilanmu tiada sekutu bagimu aku penuhi penggilanmu, sesungguhnya segala puji, nikmat dan kekuasaan hanyalah milikmu semata, tiada sekutu bagi-Mu”

Hal tersebut bermakna bahwa saya tunduk kepada-Mu, taat kepada perintah-Mu, siap sedia memikul seluruh amanah-Mu, taat hanya untuk-Mu, berserah diri tanpa ada paksaan dan keraguan. Membuktikan ketundukan dan ketaatan mutlak kepada segala perintah Allah pada ketika mengerjakan amalan-amalan tanpa mengetahui maksudnya (tujuan), seperti mencium Hajar Aswad, melontar Jumrah, hanya karena taat kepada Allah. Oleh sebab itu, Umar bin Khattab ketika mencium Hajar Aswad berkata:

“Demi Allah, saya sadar bahwa engkau adalah batu yang tidak memberikan manfaat, seandainya aku tidak melihat Rasulullah saw menciummu, maka Akupun tidak akan menciummu”.

2. Penyerahan sepenuhnya hanya kepada Allah

Melalui ibadah haji kita dapat belajar tentang penyerahan sepenuhnya kepada Allah. Justeru, orang yang mengerjakan haji telah mengeluarkan diri dari hartanya, rumahnya dan negerinya untuk memenuhi panggilan, kemudian setelah itu melepaskan pakaian dan perhiasan dunia untuk melakukan ibadah wukuf, yang tidak ada perbezaan, semuanya sama di hadapan Allah Tuhan semesta alam, tidak ada perbezaan antara yang kaya dan miskin, pembesar dan rakyat jelata, tetapi timbangan antara adalah:

“Sesungguhnya yang paling mulia di antara kalian disisi Allah adalah Taqwa”. (Al-Hujurat:13)

3. Mengingatkan tentang akhirat dan bekerja untuknya

Dalam peristiwa yang agung ini mengingatkan kita tentang akhirat, pada saat seluruh manusia berdiri di hadapan Allah, Tuhan semesta alam dalam keadaan berkaki ayam, bertelanjang dan belum bersunat (kulup) seperti baru dilahirkan oleh ibu mereka, seluruhnya berdiri untuk Allah, untuk dihisab segala perbuatan mereka dan apa yang telah diperbuat oleh anggota tubuh mereka.

4. Tawakkal hanya kepada Allah

Bahwa haji memberikan bekal kepada setiap muslim untuk yakin dan sentiasa bertawakkal hanya kepada Allah, yang telah menghancurkan batu dengan air untuk diberikan kepada nabi Ismail dan ibunya, dan telah mengabulkan permohonan nabi Ibrahim a.s sehingga seluruh hati-hati manusia rindu dengannya, dan menganugerahkan rezeki kepada mereka:

“Dan mereka berkata: “Jika Kami mengikuti petunjuk bersama kamu, niscaya Kami akan diusir dari negeri kami”. dan Apakah Kami tidak meneguhkan kedudukan mereka dalam daerah Haram (tanah suci) yang aman, yang didatangkan ke tempat itu buah-buahan dari segala macam (tumbuh- tumbuhan) untuk menjadi rezki (bagimu) dari sisi Kami?. tetapi kebanyakan mereka tidak mengetahui”. (Al-Qashash:57)

Seorang muslim yang ingin memperolehi redha Allah maka mesti kembali kepada kembara ini, di samping dirinya percaya bahwa Allah tidak akan membiarkan umatnya, sekalipun di tengah bumi yang tandus dan gersang, di samping ibu Ismail, “Hajar” ketika menyedari dirinya dan anaknya ditinggalkan di bumi tersebut atas perintah Allah, lalu dirinya berkata: “Jadi Allah pasti tidak akan membiarkan kami”.Oleh kerana itu Allah tidak membiarkan keluarganya.

5. Perjuangan dan pengorbanan

Kenapa seorang muslim ragu dalam berkorban di jalan Allah, padahal dirinya mengetahui bahwa nabi Ibrahim a.s telah diperintah menyembelih anaknya lalu mentaatinya, sedangkan anaknya juga rela, dan ibunya pun tidak takut terhadap perintah Allah tersebut..

“Maka tatkala anak itu sampai (pada umur sanggup) berusaha bersama-sama Ibrahim, Ibrahim berkata: “Hai anakku Sesungguhnya aku melihat dalam mimpi bahwa aku menyembelihmu. Maka fikirkanlah apa pendapatmu!” ia menjawab: “Hai bapakku, kerjakanlah apa yang diperintahkan kepadamu; insya Allah kamu akan mendapatiku Termasuk orang-orang yang sabar”. (As-Shaffat:102)

Sesungguhnya Allah telah membeli jiwa dan harta kita, dan memberikan kita syurga yang harganya sangat mahal. Justeru bagaimana mungkin kita bakhil kepadaNya padahal Dia adalah pemilik jiwa kita dan kita tidak memiliki apa-apa:

“Sesungguhnya Allah telah membeli dari orang-orang mukmin diri dan harta mereka dengan memberikan surga untuk mereka”. (At-Taubah:111)

Jika nabi Ibrahim begitu taat terhadap perintah untuk menyembelih anaknya, maka jawapannya pun dengan penuh keyakinan berupa hadiah dan anugerah:

“Dan Kami tebus anak itu dengan seekor sembelihan yang besar”. (As-Shaffat:107)

Oleh sebab itu, marilah mentaati perintah dengan ‘menyembelih’ hawa nafsu yang sentiasa mengajak kepada kejahatan, yang selalu membawa setiap muslim untuk malas berkorban, berjuang dan berjihad, sehingga Allah memberikan balasan kepada kita, dan Allah telah memberikan kebaikan kepada kita, memberikan ilham berupa taqwa. Marilah kita ‘membunuh’ sikap pengecut, bakhil dan kedekut yang ada dalam tubuh kita, dan berlindung kepada Allah dari berbagai faktor kelemahan, sebagaimana yang telah diajarkan oleh Rasulullah saw kepada salah seorang sahabatnya untuk menghilangkan diri dari kegelisahan. Beliau bersabda:

“Katakanlah jika kamu berada pada pagi dan petang hari;” Ya Allah Aku berlindung kepada-Mu dari rasa gundah dan sedih, aku berlindung kepadaMu dari sikap lemah dan malas, aku berlindung kepadaMu dari sikap pengecut dan kedekut, dan aku berlindung kepada-Mu dari belenggu hutang dan dikuasai oleh orang”. Lalu sahabat tersebut berkata: maka sayapun melakukannya, lalu Allah menghilangkan dalam diriku rasa gundah dan melunasi segala hutangku”.

6. Kesatuan, persamaan dan persaudaraan

Pendirian yang menyatukan umat Islam dari semua lima benua dengan berbagai perbedaan bangsa dan warna, bahasa dan pangkat, untuk mengumumkan kepada dunia, memberikan gambaran yang nyata dan kukuh bahwa Islam adalah agama persamaan dan persaudaraan yang sebenarnya, seluruhnya berada dalam satu hati, satu pakaian, satu tempat, satu ikatan, dari sebelah timur hingga sebelah barat, dari Jepun, Cina, Amerika dan Eropah.

Ini merupakan perasaan yang melimpah ke atas pelbagai bangsa yang ada dimuka bumi; iaitu persaudaraan yang telah Allah satukan di dalam hati umat Islam.. Allah berfirman:

“Dialah yang memperkuatmu dengan pertolongan-Nya dan dengan Para mukmin, dan yang mempersatukan hati mereka (orang-orang yang beriman). walaupun kamu membelanjakan semua (kekayaan) yang berada di bumi, niscaya kamu tidak dapat mempersatukan hati mereka, akan tetapi Allah telah mempersatukan hati mereka. Sesungguhnya Dia Maha gagah lagi Maha Bijaksana”. (Al-Anfal:62-63)

Ikatan Islam ini merupakan satu ikatan suci di antara umat Islam yang telah Allah wajibkan ke atas kita. Umat Islam wajib saling bergabung dan membantu dalam keadaan senang dan susah, sempit dan lapang, bergabung dalam memantap dan memelihara serta berjuang demi kemaslahatannya, berkerjasama dalam menghilangkan penderitaan dan kesusahan yang terdapat pada setiap individu di antara mereka. Bekerja dengan sungguh-sungguh untuk menolak permusuhan yang berlaku di kalangan umat Islam, menyumbangkan yang terbaik untuk mendatangkan manfaat dan kebaikan, memberikan simpati dan empati kepada umat Islam yang mengalami kesedihan, gempa bumi atau kelaparan.

Dengan itulah maka akan tercerna kasih sayang, saling mengasihi dan menyayangi di antara mereka. Dari Nu’man bin Basyir berkata: Rasulullah sawa bersabda:

“Perumpamaan orang mukmin dalam hal berkasih sayang, saling cinta dan kelembutan adalah seperti satu tubuh jika menderita sakit salah satu anggota tubuhnya maka semua anggota tubuhnya akan terasa sakit meriang dan tidak bisa tidur”.

Justeru, perjumpaan tahunan dan perhimpunan tahunan untuk para delegasi Allah dan pemakmur Baitullah al-Haram merupakan seruan kepada seluruh umat Islam supaya mengukuhkan kesatuan dan muafakat sebagai solusi kepada perpecahan dan percakaran, saling menolong dan membantu sebagai ganti kepada saling mencemuh dan menghina, saling melengkapi, bertukar-tukar pengalaman dan manfaat sebagai solusi dari bergabung dengan musuh yang tidak pernah memperhatikan kita kecuali dengan pandangan hina dan benci. Umat Islam hendaklah merasa bahwa kesatuan adalah kekuatan dan keutuhan, tidak merasa rendah walaupun sebagai kaum minoriti ditengah mereka di mana pun mereka berada, tidak dihinakan dan tidak diharamkan hak-hak dan kebebasan mereka, tidak dirampas harta mereka, tidak dihalang dalam menunaikan kewajiban mereka. Ini kerana kaum minoriti di negeri mana pun sebenarnya berhubung dengan seluruh muslim lainnya yang berjumlah 1 billion ramainya yang akan bergerak untuk kepentingannya, menyatukan kekuatan bumi seluruhnya dalam rangka menghapuskan berbagai rintangan dan hambatan.

7. Sucinya darah dan harta

Realiti yang dialami oleh kita adalah melindungi darah sesama kita. Marilah kita mengulang sabda Rasulullah saw yang disampaikan semasa haji Akbar:

“Sesungguhnya darah kalian, harta kalian haram (suci) sebagaimana sucinya hari kalian ketika ini, pada bulan ini dan di negeri yang suci ini hingga kalian bertemu dengan Tuhan kalian. Ketahuilah apa yang saya sudah menyampaikan?”. Mereka berkata:Ya. Baginda bersabda: “Ya Allah saksikanlah, maka yang menyaksikan hendaknya menyampaikan kepada orang yang tidak hadir, kerana betapa banyak orang yang menyampaikan lebih memahami dari orang yang hanya mendengar. Janganlah setelah saya (wafat) kalian kembali pada kekufuran dan sebahagian kalian menyerang yang lainnya”.

Disini kami ingatkan kepada umat Islam di seluruh pelosok dunia Islam tentang kesucian darah, harta serta kehormatan mereka, dan hendaklah seseorang berhati-hati dari perhiasan dan tipu daya syaitan dalam menumpahkan darah saudaranya sesama muslim atau manusia lainnya tanpa alasan yang benar atau menghalalkan kehormatan, atau hartanya dengan alasan yang kabur dan penuh tipu daya:

“Untuk membinasakan mereka dan untuk mengaburkan bagi mereka agama-Nya. dan kalau Allah menghendaki, niscaya mereka tidak mengerjakannya, Maka tinggallah mereka dan apa yang mereka ada-adakan”. (Al-An’am:137)

Begitu indah dan menakjubkan perjanjian yang dilakukan oleh Nabi saw ini, yang diumumkan pada hari Arafah.. perjanjian yang jika ditaati oleh orang-orang yang sedang saling membunuh, saling menumpahkan darah sebahagian mereka dengan yang lainnya tanpa alasan yang benar tentulah akan berhenti darah dari terus mengalir dan berhenti pula peperangan dengan segera…

“Dan di hari (kemenangan bangsa Rumawi) itu bergembiralah orang-orang yang beriman, karena pertolongan Allah. Dia menolong siapa yang dikehendakiNya. dan Dialah Maha Perkasa lagi Penyayang”. (Ar-Ruum:4-5)

Allah berada di sebalik semua tujuan ini. Dialah pemberi petunjuk ke jalan yang lurus.

http://www.ikhwanonline.com/Article.asp?ArtID=73364&SecID=213

Saturday, December 4, 2010

Tiada sebarang kritikan, bahkan ditegur pun tidak - AS dan Mesir

Rabu, 1 Disember 2010

Bolehkah dunia menutup mata terhadap semua penyelewengan sepanjang pilihanraya Mesir? Penipuan, kekerasan dan rasuah begitu jelas di depan mata sehinggakan AS terpaksa menggambarkan pilihanraya kali ini sebagai 'membimbangkan'.

Tapi apakah yang mereka bimbangkah?

Apakah mereka bimbang dengan rakyat marhain miskin yang tertindas? 

Atau apakah mereka bimbang dengan kediktatoran kesayangan mereka di Timur Tengah yang semakin kehilangan pegangan dalam keseimbangan kuasa yang begitu sensitif?

Ataukah, mereka bimbang dengan IM, yang walaupun kali ini kehilangan hampir semua kerusi tetapi berjaya mempertahankan kuasa popular dan pengaruh dan bahawa sesungguhnya kebenaran nyata dilihat di pihak IM.

Lantas dengan itu menyebabkan mereka, AS, secara diam-diam merestui penipuan, penyelewengan dan semua kebiadaban yang mengiringi ciri-ciri seperti itu?

Memang, banyak yang perlu dibimbangi oleh AS.

Beberapa penganalisis bimbang bahawa IM sedang didorongi ke ‘bawah tanah’ atau mungkin akan memilih untuk meninggalkan dasar ‘tanpa kekerasan’ mereka dan dengan itu menyelusuri jalan fanatik yang sering dikunjungi oleh begitu banyak kelompok minoriti yang terkecewa di seluruh dunia.

Tapi mereka tidak perlu khuatir kerana IM telah membuktikan saban kali bahawa mereka akan tetap berpegang dengan pendirian ‘tanpa kekerasan’ meskipun diprovokasi secara yang menggelisahkan. Lagipun, dek kerana mereka telah diisytiharkan sebagai sebuah entiti haram buat satu tempoh yang lama, IM mengenali kaedah bawah tanah, tapi  aparat dan kaki bantai rejim yang berkuasa ternyata  lebih  ganas dengan aparat dan kaki bantai mereka.

Dalam cubaan keras mereka menyerap kehebohan dan kebocoran maklumat dari Wikileaks, AS kelihatan hanya mampu sekadar memerhati fakta yang didedahkan. Kerana itulah sifat kebenaran, ia akan terserlah jua. Jadi sekarang jaminan AS yang kononnya berniat untuk menyuarakan kebimbangan mengenai pilihanraya kepada kerajaan Mesir, jatuh bukan saja pada telinga pekak malahan telinga yang kebingungan.

Anak jati Amerika, Philip Crowley, memiliki latar belakang yang mantap dalam hal-ehwal keganasan dan beliau diberi kepercayaan oleh Presiden Obama  sebagai Pembantu Setiausaha Negara untuk Hal Ehwal Umum pada tahun 2009. Ketika ditanya tentang penyalahgunaan kuasa secara terbuka oleh sekutu baiknya Mesir, Crowley mengatakan bahawa hubungan antara kerajaan Mesir dan rakyatnya sendiri adalah sangat penting sehingga ia menyekat peranan AS untuk 'menyuarakan keprihatinan' dan ini harus dilakukan, 'bila perlu.'

Tapi tiadakah kuasa atau pengaruh AS ke atas Mesir selain menghulurkan bantuan kewangan?

Mungkin ancaman untuk menarik balik bantuan ke atas Mesir akan memotivasikan rejim itu untuk mengikut garis panduan dan memenuhi janjinya untuk melaksanakan pilihanraya umum yang bebas dan adil.

Tetapi AS, tanpa malu dan teragak-agak enggan melakukannya, sebaliknya menegaskan kembali komitmen ‘mesranya’ dengan Mesir. Hal ini menyebabkan kita bertanya-tanya apakah lagi kezaliman yang perlu berlaku di Mesir sebelum AS membuat pendirian definitif dan seterusnya mencuba bersungguh-sungguh untuk membasmi rasuah?

Selain itu, AS tampaknya cukup yakin dengan keupayaannya, atau keupayaan kerajaan Mesir, untuk mengawal sebarang tindakan 'bawah tanah' atau 'kekerasan'. Melihat kepada fakta-fakta sekitar pilihanraya sekarang, ia ungkapan yang sesuai untuk menggambarkan rejim yang berkuasa, bukannya IM.

Pada dasarnya, kelihatan bahawa AS tidak mengambil pusing langsung tentang apa yang terjadi kepada rakyat Mesir, masalah kesopanan dan keadilan politik. Sebaliknya AS memilih untuk memejamkan mata terhadap isu-isu yang kontroversi, hanya menumpukan kepada bidang-bidang yang dipersetujui antara AS dan Mesir, mengakui bahawa mereka dan Mesir ‘pada umumnya boleh bertentang mata’, dan mereka menikmati kerjasama perisikan yang erat dan berkesan'. Rejim yang terlebih sensitif itu akan melenting jika dikritik oleh AS dalam setiap masalah panas yang menampakkan integritinya diragui.

Tapi, mungkin Mesir tidaklah sangat berharga kepada AS seperti yang disangkanya kerana tanpa bantuan luar negara, tanpa sokongan penduduk, dan tanpa moraliti, Mesir hanyalah  sekadar menjadi sekutu Amerika Syarikat yang ‘keras kepala dan tak beradab'.

Hidup dengan masing-masing terpaksa bergantung harap kepada orang lain biasanya tidak begitu selesa, tetapi bagi AS dan rejim Mesir pada waktu-waktu seperti pilihanraya ini, saling bergantung harap  sebegini di antara  mungkin sesuatu yang perlu.

Artikel asal: http://www.ikhwanweb.com/article.php?id=27379

Friday, November 26, 2010

Risalah Mursyid: Haji.. Perhimpunan Umat Menuju Kesatuan dan Kemenangan

Risalah dari Prof. Dr. Muhammad Badie’, Mursyid am Ikhwan Muslimin, 28-10-2010

Segala puji bagi Allah, selawat dan salam ke atas Rasulullah beserta keluarga dan sahabat serta orang-orang yang mengikutinya hingga hari Kiamat.. selanjutnya

Firman Allah yang bermaksud:

“Dan serulah kepada manusia untuk mengerjakan haji, niscaya mereka akan datang kepadamu dengan berjalan kaki, dan mengendarai unta yang kurus yang datang dari segenap penjuru yang jauh, supaya mereka menyaksikan berbagai manfaat bagi mereka dan supaya mereka menyebut nama Allah pada hari yang telah ditentukan”. (Al-Hajj:27-28)

Oleh kerana memenuhi panggilan nabi Ibrahim AS, umat Islam ketika ini datang dari berbagai penjuru dunia berkumpul di rumah Allah yang disucikan; sehingga hati-hati mereka melekat dan mulut-mulut mereka memanggil-manggil untuk menyaksikan tempat-tempat yang disucikan ini

“Ya Tuhan Kami, Sesungguhnya aku telah menempatkan sebahagian keturunanku di lembah yang tidak mempunyai tanam-tanaman di dekat rumah Engkau (Baitullah) yang dihormati, Ya Tuhan Kami (yang demikian itu) agar mereka mendirikan shalat, Maka Jadikanlah hati sebagian manusia cenderung kepada mereka dan beri rezkilah mereka dari buah-buahan, Mudah-mudahan mereka bersyukur”. (Ibrahim:37)

Umat kita adalah umat yang satu

Wahai umat Islam,

Prinsip asal dalam Islam adalah kesatuan umat, di mana umat Islam dan nilai-nilai mereka saling berhubung dengan berbagai tuntutan umat ini sekalipun mereka berbeza negeri dan zaman.
Haji merupakan persidangan sedunia (Muktamar ‘Alami) yang berulang-ulang setiap tahun, dan diadakan di Tanah Suci di sekitar Ka’bah; menyatukan umat Islam, dan mendamaikan hati mereka, dan menyatukan tujuan mereka, di bawah syiar: “Umat yang satu”.

إِنَّ هَذِهِ أُمَّتُكُمْ أُمَّةً وَاحِدَةً وَأَنَا رَبُّكُمْ فَاعْبُدُونِ
“Sesungguhnya (agama Tauhid) ini adalah agama kamu semua; agama yang satu dan aku adalah Tuhanmu, Maka sembahlah aku”. (Al-Anbiya:92)

Dan firman Allah bermaksud:
وَإِنَّ هَذِهِ أُمَّتُكُمْ أُمَّةً وَاحِدَةً وَأَنَا رَبُّكُمْ فَاتَّقُونِ

“Sesungguhnya (agama Tauhid) ini, adalah agama kamu semua, agama yang satu, dan aku adalah Tuhanmu, Maka bertakwalah kepada-Ku”. (Al-Mu’minun:52)

Allah telah memerintahkan kita untuk sentiasa bersatu dan memperingatkan kita dari sebarang perpecahan.

“Dan berpeganglah kamu semuanya kepada tali (agama) Allah, dan janganlah kamu bercerai berai”. (Ali Imran:103)

Disamping Allah memerintahkan kita untuk taat kepada Allah dan Rasul-Nya, Allah juga memperingatkan kita dari sebarang perpecahan dan perselisihan kerana akibatnya adalah berupa kegagalan dan perasaan gementar. Allah SWT berfirman bermaksud:

“Dan taatlah kepada Allah dan Rasul-Nya dan janganlah kamu berbantah-bantahan, yang menyebabkan kamu menjadi gentar dan hilang kekuatanmu dan bersabarlah. Sesungguhnya Allah beserta orang-orang yang sabar”. (Al-Anfal:46)

Faktor-faktor kesatuan umat Islam

Faktor terbesar kesatuan di antara umat Islam adalah; Tuhannya satu, kitabnya satu, rasulnya satu, syariatnya satu, ibadahnya menyatukan mereka dan mempersatukan jiwa di antara mereka, solatnya mengarah pada kiblat yang satu, puasa dalam bulan yang satu, sementara haji hadir untuk mengukuhkan kesatuan ini.. dan di antara fenomena penting adalah sebagai berikut:

* Lidah mereka bergema dengan satu syiar:

“لَبَّيْكَ اللَّهُمَّ لَبَّيْكَ، لَبَّيْكَ لاَ شَرِيكَ لَكَ لَبَّيْكَ، إِنَّ الْحَمْدَ وَالنِّعْمَةَ لَكَ وَالْمُلْكَ، لاَ شَرِيكَ لَكَ
“Aku penuhi panggulanMu Aku penuhi, Aku penuhi tidak ada sekutu bagi-Mu Aku penuhi, sesungguhnya segala puji dan kenikmatan hanya milik-Mu dan kerajaan, tidak sekutu bagi-Mu”

* Dan mereka bertemu di satu tempat di Gunung Arafah yang seluas mata memandang: Rasulullah saw bersabda bermaksud:

“Haji adalah Arafat, Haji adalah Arafat, Haji adalah Arafat, dan hari-hari Mina ada tiga”.

Firman Allah bermaksud:

“Barangsiapa yang ingin cepat berangkat (dari Mina) sesudah dua hari, Maka tiada dosa baginya. dan Barangsiapa yang ingin menangguhkan (keberangkatannya dari dua hari itu), Maka tidak ada dosa pula baginya”. (Al-Baqarah:203)

“Barangsiapa yang mendapati Arafah sebelum terbit matahari maka dia telah mendapatkan ibadah haji”.

* Tawaf di sekitar Ka’bah .. Yang telah Allah jadikan sebagai kewajiban kepada manusia, menjadi tempat tumpuan pandangan dan kiblat untuk mereka.

“Sungguh Kami (sering) melihat mukamu menengadah ke langit, Maka sungguh Kami akan memalingkan kamu ke kiblat yang kamu sukai. Palingkanlah mukamu ke arah Masjidil Haram”. (Al-Baqarah:144)
“Allah telah menjadikan Ka’bah, rumah suci itu sebagai pusat (peribadatan dan urusan dunia) bagi manusia”. (Al-Maidah:97)

* Pada waktu yang sama:

Allah berfirman bermaksud:
“(Musim) haji adalah beberapa bulan yang dimaklumi, Barangsiapa yang menetapkan niatnya dalam bulan itu akan mengerjakan haji, Maka tidak boleh rafats, berbuat Fasik dan berbantah-bantahan di dalam masa mengerjakan haji”. (Al-Baqarah:197)

* Pakaian mereka sama sehingga mengenepikan semua perbezaan.. mengingatkan mereka kepada kain kafan pada saat bertemu dengan Allah yang Maha Penyayang

* Kesatuan gerak dalam kegiatan ritual yang dapat dilihat semasa mereka menuju ke Arafat, semasa meninggalkannya, dan melontar jamrah sebagai simbol permusuhan kepada syaitan dengan satu tangan, lalu tawaf di sekitar Baitullah dalam pusingan yang satu dan arah yang satu.
Inilah rukun yang agung dan mulia yang dapat mengenepikan perbezaan kaum, keturunan, bahasa, negeri, pangkat, dan menyatukan dalam kerja dan penampilan, lalu menjadikan mereka sebagai satu umat. Menghapuskan perpecahan yang sentiasa diusahakan oleh musuh-musuh umat siang dan malam, sebagaimana salah seorang dari mereka pernah berkata:
“Islam akan tetap kuat dan utuh sehingga tidak mampu dihancurkan oleh kerja misionari, selama Islam memiliki empat tunjang ini: “Al Qur’an .. Al-Azhar .. Pertemuan mingguan (Jumaat) ..Dan Perhimpuan tahunan (Ibadah haji) “

Sebagaimana dinyatakan dalam Encyclopaedia Britannica tentang ibadah haji:
“Ibadah yang satu ini memiliki peranan besar dalam memberikan kekuatan kesatuan dalam Islam; kerana ibadah tersebut, menarik ramai pengikut dari berbagai bangsa; bersatu dalam perayaan agama “.

Jalan kita menggapai kemuliaan dan kemenangan

Oleh kerana itulah umat Islam dituntut untuk berpegang teguh pada agama mereka yang suci supaya menjadi umat Islamyang sebenar. Dan hanya itu merupakan satu-satunya jalan menuju kebangkitan, pertumbuhan dan menghadapi musuh. Semoga Allah merahmati Imam Al-Banna ketika berbicara tentang elemen-elemen kekuatan: “Namun Ikhwan Muslimin mesti mempunyai ideologi yang dalam dan wawasan yang luas daripada hanya memiliki kerja dan fikiran yang dangkal, tidak mampu menyelam di bahagian paling dalam, tidak mampu menimbang natijahnya. Apa yang dimaksudkan dan yang diinginkan adalah bahawa mereka sedar, sesungguhnya darjat pertama dari berbagai darjat menuju kekuatan adalah kekuatan keyakinan dan iman, lalu kekuatan kesatuan dan ikatan persaudaraan, kemudian kekuatan pendokong dan senjata. Tidak akan diakui sebagai sebuah kelompok itu mempunyai kekuatan sehingga mampu memiliki semua elemen dan nilai-nilai itu semua”.

Umat ini tidak akan mampu mencapai apa yang diingini menuju kemuliaan dan kepimpinan dunia melainkan jika kita mampu mencabut sifat wahn seperti yang pernah Rasulullah saw peringatkan:

“Akan datang suatu masa, dalam waktu dekat, ketika bangsa-bangsa (musuh-musuh Islam) bersatu-padu mengalahkan (memperebutkan) kalian. Mereka seperti gerombolan orang rakus yang berkerumun untuk berebut hidangan makanan yang ada di sekitar mereka. Salah seorang sahabat bertanya: Adakah kerana kami (kaum Muslimin) ketika itu sedikit? Rasulullah menjawab: Tidak! Bahkan kalian waktu itu sangat ramai jumlahnya. Tetapi kalian bagaikan buih di atas lautan (yang terombang-ambing). (Ketika itu) Allah telah mencabut rasa takut kepadamu dari hati musuh-musuh kalian, dan Allah telah menanamkan di dalam hati kalian wahn. Seorang shahabat Rasulullah bertanya: Ya Rasulullah, apa yang dimaksudkan dengan wahn itu?
 Dijawab oleh Rasulullah saw.: Cinta kepada dunia dan takut (benci) kepada mati.”

Benar terjadi seluruh bangsa bersatu padu untuk mengalahkan umat Islam ketika ini sebagaimana mereka dengan rakusnya berebut makanan yang ada di sekitar mereka. Kita saksikan umat Islam tenggelam kepada cinta dunia dan tunduk kepada hawa nafsu, sehingga hilang kewibawaannya di hadapan musuh zionis dan lain-lainnya.

Dakwaan dari orang-orang ragu dan orang yang memiliki keyakinan tentang bangkitnya umat
Imam Al-Banna – semoga Allah merahmatinya – menyedari nilai yang dimiliki umat Islam dari berbagai elemen kekuatan dan immuniti, memiliki berbagai sebab kebangkitan sehingga dapat menghadapi orang-orang ragu dan dakwaan mereka dengan menyebarkan ungkapan: “Apakah wasilah yang kalian miliki wahai orang-orang lemah dan telah kalah atas segala urusan kalian untuk mewujudkan impian dan tuntutan kalian serta mendapatkan hak kalian?”. Kami sampaikan dengan mudah dan senang: lalu apa yang diinginkan manusia dari kita? Jika kita kalah atas segala urusan kita adakah kami tertolak akan hak-hak kami? Apakah layak bagi yang Maha Mulia dihinakan dan dilecehkan, dan Rasulullah saw bersabda:

“Barangsiapa yang telah memberikan kehinaan dari dirinya dan taat tanpa ada paksaan dan kebencian maka bukan dari golonganku”.

Allah juga berfirman bermaksud:

“Dan Kemuliaan itu hanya milik Allah , Rasul-Nya dan orang-orang beriman, namun orang-orang munafik tidak menyadarinya” (Al-Munafiqun:8)

Sesungguhnya kita memiliki senjata, yang tidak dimiliki dan tidak mampu diraih sama ada siang atau malam iaitu kebenaran: Kebenaran akan kekal dan abadi, Allah SWT berfirman bermaksud:
“Maka dengan serta merta yang batil itu lenyap. dan kecelakaanlah bagimu disebabkan kamu mensifati (Allah dengan sifat-sifat yang tidak layak bagi-Nya)”. (Al-Anbiya:18)

Allah juga berfirman bermaksud:

“Demikianlah Allah membuat perumpamaan (bagi) yang benar dan yang bathil. Adapun buih itu, akan hilang sebagai sesuatu yang tak ada harganya; Adapun yang memberi manfaat kepada manusia, Maka ia tetap di bumi. Demikianlah Allah membuat perumpamaan-perumpamaan” (Ar-Ra’ad:17)

Dan juga firman Allah bermaksud:

“Dan Katakanlah: “Yang benar telah datang dan yang batil telah lenyap”. Sesungguhnya yang batil itu adalah sesuatu yang pasti lenyap”. (Al-Isra:81)

Kita juga memiliki senjata lain iaitu iman: iman juga merupakan rahsia dari pelbagai rahsia kekuatan yang tidak dapat dimiliki kecuali oleh orang-orang mukmin yang sebenarnya. Tidaklah berjihad para amilin sebelumnya, dan tidaklah berjihad orang-orang setelah mereka kecuali kerana iman. Dan bagaimana jika iman hilang? Tentulah tidak akan mampu memberikan manfaat seluruh senjata dalam bentuk material kepada pemiliknya sedikitpun? Jika iman tidak tertanam dalam hati maka tidak akan mampu menemukan jalan keluar untuk mencapai keinginan dan tujuan, dan jika benar keazaman maka akan terang jalan menuju tempat yang diinginkan

“Dan Kami selalu berkewajiban menolong orang-orang yang beriman”. (Ar-Rum:47)

Jika pasukan bumi tidak bersama kita, maka pasukan langit tetap akan sentiasa bersama kita.

“(ingatlah), ketika Tuhanmu mewahyukan kepada Para Malaikat: “Sesungguhnya aku bersama kamu, Maka teguhkan (pendirian) orang-orang yang telah beriman”. (Al-Anfal:12)

Dan optimisme adalah senjata ketiga: Kami tidak akan menyerah, tidak akan terburu-buru, tidak mendahulukan takdir, tidak akan membuat kami lemah semangat lantaran panjangnya jihad. Segala puji bagi Allah, Tuhan semesta alam kerana kami yakin akan mendapatkan ganjaran selama kami mempunyai niat yang baik, hati yang ikhlas, iaitu ikhlas kerana Allah, dan kemenangan di sebalik itu tidak akan mustahil

“Allah telah menetapkan: “Aku dan rasul-rasul-Ku pasti menang”. Sesungguhnya Allah Maha kuat lagi Maha Perkasa”. (Al-Mujadilah:21)

“Sehingga apabila Para Rasul tidak mempunyai harapan lagi (tentang keimanan mereka) dan telah meyakini bahwa mereka telah didustakan, datanglah kepada Para Rasul itu pertolongan Kami, lalu selamatkan orang-orang yang Kami kehendaki. dan tidak dapat ditolak siksa Kami dari pada orang-orang yang berdosa”. (Yusuf:110)

Oleh kerana itu, kenapa ada keraguan dan putus asa, padahal putus asa itu tidak memberikan jalan sedikitpun bagi kita..

“Sesungguhnya tiada berputus asa dari rahmat Allah, melainkan kaum yang kafir”. (Yusuf:87)
Wahai bangsa Arab dan umat Islam seluruhnya

* Jadikanlah musim haji sebagai perhimpunan untuk saling mengenal, berkasih sayang dan bersatu, saling mempelajari realiti pahit yang berlaku dan mencari cara untuk menyelesaikannya, mendapatkan hak-hak dan mengembalikan harta yang telah terampas, serta menyelamatkan diri dari belenggu musuh-musuh… dari berbagai krisis ekonomi yang menyerang dunia. Ketahuilah bahwa kesatuan kalian akan mampu mewujudkan kesempurnaan ekonomi dan kecukupan diri; sehingga kita tidak menjadi tawanan dan gadaian orang lain. Hendaklah kalian saling bergotong royong di antara sesama kalian, saling menasihati dan saling menolong, kerana itulah yang sentiasa dinasihatkan oleh agama Islam yang mulia.

* Wahai para hujjaj ke Baitullah, marilah kalian saling kenal-mengenal, dan bersungguh-sungguhlah untuk menjalin hubungan di antara kalian, bahkan sampai kalian kembali ke negeri-negeri kalian nanti..
Kepada para rejim dan pemerintah ada peringatan dan nasihat..

* Bahwa berbagai perjumpaan dan perundingan dengan Zionis dan Amerika tidak akan dapat mengembalikan hak-hak kalian yang terampas, dan begitu juga dengan tempat-tempat suci yang telah diduduki.

* Sesungguhnya usaha untuk mempersempit dan menekan bangsa tidak akan mampu menghentikan takdir Allah yang berjalan menuju perbaikan dan perubahan, dan tidak akan mampu menghalangi cahaya Allah untuk tersebar ke seluruh alam, dan kita wajib memahami bahwa konspirasi Zionis..

“Rencana yang jahat itu tidak akan menimpa selain orang yang merencanakannya sendiri”. (Fathir:43)
Sementara kezaliman dan penyimpangan yang dilakukan oleh kekuatan Amerika dengan kejam juga tidak akan melemahkan Allah sedikitpun

“Mereka ingin memadamkan cahaya Allah dengan mulut (tipu daya) mereka, tetapi Allah (justru) menyempurnakan cahaya-Nya, walau orang-orang kafir membencinya”. (As-Shaff:8)

Kami yakin bahwa seluruh bantuan material dan moral, dan seluruh yang dibelanjakan di dunia ini untuk memberikan penyelesaian tanpa mengajak manusia kembali ke jalan Allah, akan berubah menjadi kerugian di dunia, dan tidak akan mampu mengalahkan orang-orang beriman, sementara mereka telah ditunggu oleh azab Allah di akhirat kelak sesuai dengan janji Allah

“Sesungguhnya orang-orang yang kafir menafkahkan harta mereka untuk menghalangi (orang) dari jalan Allah. mereka akan menafkahkan harta itu, kemudian menjadi sesalan bagi mereka, dan mereka akan dikalahkan. dan ke dalam Jahannamlah orang-orang yang kafir itu dikumpulkan”. (Al-Anfal:36)

Justeru kita mesti yakin bahwa kemenangan umat Islam pasti akan datang dengan pertolongan Allah dan kekuatan-Nya, dan hal demikian kerana Allah Maha Perkasa.

Dan kami juga tidak lupa menyampaikan bahwa pada musim haji dan musim berkorban ini, ada saudara kita pasukan pejuang yang masih tetap kental dan sabar di Palestin, bumi Arab dan Islam, untuk sentiasa mendoakan mereka dan memohon kepada Allah agar diberi jalan keluar dan wasilah-wasilah yang berpatutan.

“Dan Allah berkuasa terhadap urusan-Nya, tetapi kebanyakan manusia tiada mengetahuinya”. (Yusuf:21)

http://www.ikhwanonline.com/Article.asp?ArtID=72955&SecID=213

Monday, November 15, 2010

Risalah Mursyid : Konspirasi Terhadap Dunia Islam Masih Terus Berjalan

Risalah dari Prof. Dr. Muhammad Badie’, Mursyid Am Ikhwan Muslimin, 22-10-2010

Dengan nama Allah. Selawat dan salam ke atas Rasulullah dan orang-orang yang mengikutinya;

Zionis berada di sebalik agenda pemecahan paling serius abad kedua puluh ini.

Salah satu alasan atau sebab terjadinya perang Ahzab adalah bersatunya suku-suku Arab yang memusuhi Islam di bawah pimpinan Quraisy untuk memusnahkan agama Islam dan pengikutnya. Bermula dari peristiwa rombongan warga Yahudi Madinah yang dipimpin oleh Huyay bin Akhtab keluar dan menuju ke Mekah dan negeri-negeri di Semenanjung Arab, untuk menghasut Quraisy dan suku-suku yang lain supaya memerangi kaum muslimin, mengepung dan menghancurkan mereka.

Peranan yang sama juga telah dilakukan oleh Dr. Bernard Lewis, Seorang Zionis berwarganegara Amerika dan berbangsa Inggeris, kini seorang profesor di Universiti Princeton Amerika, memiliki kepakaran dalam bidang sejarah kumpulan-kumpulan Islam dan sangat terkenal permusuhannya terhadap Islam dan umat Islam. Beliau telah menyerahkan draf rancangan / agenda / gagasannya untuk pemecahan Negara-negara Islam, lalu diambil oleh Inggeris dan Amerika sebagai asas politik mereka di wilayah tersebut sejak tahun 1980.

Ketika meletus perang Iran-Iraq, penasihat keamanan negara, “Brezinski” di zaman Presiden “Reagan,” menjelaskan bahwa dilema yang akan ditanggung Amerika mulai dari sekarang (1980); ialah bagaimana menggerakkan perang Teluk kedua sebagai kesinambungan perang Teluk pertama yang mana Amerika mampu membetulkan sempadan yang dibuat melalui perjanjian “Sykes – Picot” (1916)?!.

* Ekoran dari kenyataan Brezinski ini, Bernard Lewis mulai meletakkan draf atau agendanya yang terkenal dan khusus; memecah belah negara-negara Arab dan Islam, dan mencerai-beraikan negara-negara tersebut menjadi kumpulan yang terpisah dan Negara-negara berdasarkan etnik, agama dan mazhab . Beliau turut melampirkan agendanya secara terperinci dalam bentuk peta yang disusun di bawah kelolaannya, mencakupi semua negara-negara Arab dan Islam yang dijadikan sasaran pemecahan mengikut inspirasi kenyataan Brezinski.

* Pada tahun 1983 dalam satu sidang tertutup, Kongres Amerika dengan sebulat suara menyetujui draf atau agenda “Bernard Lewis “. Dengan itu selesailah proses menyakinkan agenda ini, mengesahkan dan menyematkan ke dalam senarai strategi politik Amerika. Sejak dari itu bermula gerakan mempromosikan idea negara Timur Tengah, untuk menggantikan negara-negara Arab dan Islam, dan menanggalkan identiti Arab dan Islam mereka dari Negara tersebut.

Agenda penguasaan ke atas dunia Islam 

Melalui kelemahan pertubuhan Arab, kekuatan penguasaan memainkan peranan memanipulasi nasib bangsanya, dan mencari helah untuk melakukan perpecahan dan pengkaburan identitinya. Oleh kerana itu gagasan yang dicadangkan kadangkala dengan sebutan Timur Tengah baru dan kadangkala dengan sebutan Timur Tengah Raya, yang bermatlamat untuk melenyapkan identiti bangsa Arab dan Islam, dan membuka pintu untuk mengukuhkan regim Zionis Israel dan memperakui dari segi perundangan sebagai sebahagian dari negara yang sah di wilayah tersebut.

“Timur Tengah Baru” merupakan idea yang dicetus oleh Zionis, “Shimon Peres”, dan “Timur Tengah Raya” telah dikembangkan Amerika semasa pemerintahan Presiden Bush selepas peristiwa 11 September. Setelah itu muncul idea penggabungan Euro-Mediteranian untuk membentuk pintu yang lain, dan terakhir muncul idea dari Presiden Peranchis Nicolas Sarkozy pada tahun 2007 dengan gagasannya “Uni Mediteranian” yang menggabungkan 43 negara, termasuk 9 negara-negara Arab, di samping regim Zionis Israel.

Mengapa konspirasi pemecahan bermula di negara Sudan? 

Sudan merupakan salah satu negara-negara Arab yang luas dan berada dalam tubuh Afrika. Sudan mempunyai keistimewaan tersendiri berupa kedudukan strategik dalam lipatan sejarah dan masa yang akan datang, iaitu menjadi laluan Arab dan Islam menuju ke Afrika sama ada secara politik, geografi dan budaya, dan merupakan jambatan melintasi dua peradaban Islam dan Afrika kerana lokasi yang strategic dari segi geografi. Berdasarkan komposisi penduduk di mana Sudan terdiri dari penduduk pelbagai etnik dan bangsa; Arab dan Afrika. Justeru seruan untuk memecahkan Sudan dan membahagikan kepada dua negara merupakan inisiatif Barat dan Zionis Israel yang akan menjadi batu penghalang antara dunia Islam dan Arab dan rakyat benua Afrika, kerana telah diketahui dari segi sejarah, Sudan sejak menerima Islam menjadi jambatan yang menjadi laluan budaya Arab dan Islam ke seluruh negara-negara Afrika. Tertegaknya negara di bahagian selatan akan mengancam kesatuan ini.

Barat juga berharap – jika Sudan terpecah- akan berlaku rampasan kuasa yang penting di dalam suasana yang strategik di daerah sekitarnya, kemudian di Afrika Tengah dan Tanduk Afrika, dan seterusnya dalam menguasai Laut Merah.

Persiapan untuk memisahkan Sudan Selatan

Semasa kunjungannya ke Sudan, Naib Presiden Amerika(John Biden) mengumumkan keazaman Amerika Syarikat untuk mengiktiraf Negara Sudan Selatan sekiranya keputusan akhir referendum memutuskan untuk berpisah. Perkara ini dilengkapkan lagi dengan perisytiharan Rusia dan China akan mengiktiraf sama. Hal ini seolah-olah memberikan gambaran wujudnya persepakatan di peringkat antara bangsa terhadap pemisahan itu. Amerika dan Zionis sangat mengharapkan ia terjadi sehingga sekalipun hasil referendum itu tidak sesuai dengan kehendak mereka. Itulah yang terjadi di Iraq. Dan Negara-negara lain memainkan peranan mencetuskan senario yang sama. Boleh jadi kenyataan terbaru Obama bahawa, jika tidak ada referendum, maka akan ada jutaan penduduknya yang terkorban, membayangkan seolah-olah dia telah mempersiapkan penyembelihan besar-besaran di daerah selatan.

Dalam pada itu akhbar (Washington Times) menegaskan bahwa Amerika memberikan sokongan kewangan setiap tahunnya dengan nilai billion dolar kepada Selatan Sudan, dan dana yang besar ini digunakan untuk melatih pasukan keamanan, dan pembentukan apa yang dinamakan sebagai pasukan yang mampu melindungi wilayah.

Ancaman pasca-pemisahan 

Ada pelbagai ancaman keamanan, politik dan ekonomi yang dijangkakan akan berlaku. Antaranya:
  1.  Perang antara utara dan selatan kerana pertikaian tentang garisan persempadanan wilayah “Abyei” yang kaya minyak, belum selesai.
  2. Implikasi yang berlaku dari pemisahan ialah muncul gerakan pemberontak di Darfur selatan, Kordofa Selatan, Nil Biru dan Sudan timur.
  3. Peningkatan tekanan antarabangsa terhadap Sudan di Mahkamah Jenayah Antarabangsa, dan perlindungan hak asasi manusia bertujuan mendesak dan memperhebatkan tekanan ke atas kerajaan Sudan supaya melayan tuntutan gerakan pemberontak yang lain pula.
  4. Menyusutnya pendapatan Kerajaah Sudan dari hasil minyak di selatan, di mana sekarang mencapai 80%. Penyusutan ini akan menyebabkan timbul masalah yang besar di Sudan Utara.
  5. Risiko terhadap air yang mengalir di sungai Nil yang kuotanya lebih besar untuk Mesir iaitu 55 billion meter padu untuk Mesir, dibandingkan dengan 18 billion meter padu untuk Sudan; iaitu pengagihan yang ditolak oleh gerakan pemberontak di Sudan selatan, dan menganggap bahawa kuota Mesir sangat besar. Justeru mereka menuntut kesepakatan baru, di samping mereka ingin menjual air Nil dan mengambil keuntungan daripadanya. Mereka pasti akan berusaha – dibantu oleh Israel dan Amerika – untuk membina empangan untuk menahan air dan melakukan kawalan; yang akan mengakibatkan kerugian besar di pihak Mesir, terutamanya selepas mengalami kekurangan sumber air dan peperangan merebut air.
Lalu apakah yang berlaku selepas Selatan Sudan?

Pemisahan Sudan selatan akan menjadi langkah awal dalam sebuah agenda untuk mengubah peta wilayah. Untuk tujuan supaya tidak nampak seperti konspirasi Zionis – Amerika saja, maka usaha untuk mendirikan Negara kecil Palestin akan menjadi sebahagian daripada agenda mengubah peta wilayah ini, supaya kewujudan Negara haram Zionis memperolehi keabsahan dari sudut perundangan dan membenarkan Zionis terlibat dalam semua urusan di wilayah ini. Dan ini bererti istilah Zionis sebagai musuh dihilangkan dan sebagai gantinya di dizahirkan dalam bentuk Negara Yahudi yang diterima dan diakui di wilayah tersebut. 

Setelah munculnya Negara Sudan Selatan mungkin dapat memperakui di sisi undang-undang pemecahan Palestin, dan diikuti pemecahan negara Iraq sebagai langkah berikutnya, baik sebelum atau setelahnya; dan usaha untuk memisahkan Selatan Yaman dari utara mampu memperolehi momentum politik yang lebih besar, dan selama semua orang merasa bahwa ia dapat berinteraksi dengan munculnya regim-regim baru, kerana ia dapat menular ke negara-negara lain.

Harapan terletak pada pertolongan Allah 

Biarpun apa yang berlaku terhadap umat Islam di Sudan, Palestin, Iraq, Yaman, Kashmir, China, Chechnya dan lain-lainnya di serata pelusok bumi ini, namun keyakinan dan kepercayaan kita terhadap pertolongan Allah akan memudahkan kita dan memotivasi kita untuk tetap bekerja keras dan bersungguh-sungguh sebagai sebab atau alasan dalam meraih kemenangan, Allah swt berfirman bermaksud:

“Jika kamu menolong (agama) Allah, niscaya Dia akan menolongmu dan meneguhkan kedudukanmu”. (Muhammad:7)

Kesatuan Islam dan Arab sekarang merupakan satu-satunya jalan penyelesaian, untuk dapat membela agama, tempat-tempat suci, jiwa dan kehormatan mereka, bahkan negara dan harta kekayaan mereka, sehingga mereka dapat hidup dan menghadapi pakatan politik dunia, ketenteraan, ekonomi, dan kekejaman sistem dunia baru dengan baik.

Justeru, dengan kesatuan akan dapat mengembalikan martabat dan keunggulan peradaban mereka, dan memiliki kekuatan antarabangsa yang besar yang memungkinkan mereka mempunyai kemampuan untuk menghalang serangan ganas yang bertali arus ke atas mereka, seolah-olah kita melihat para pelahap sedang berebut mengambil makanan di pinggan kita, kerana menganggap kita sebagai mangsa yang lemah dan mudah diratah dek kerana perpecahan yang membelenggu kita.

Oleh sebab itu, marilah kita bersatu dan bekerja bersama-sama; dimulai dari rakyat, kerana merekalah pemilik keputusan, kemudian kita nantikan janji Allah berupa kemenangan dan kejayaan.

“Dan Allah telah berjanji kepada orang-orang yang beriman di antara kamu dan mengerjakan amal-amal yang saleh bahwa Dia sungguh- sungguh akan menjadikan mereka berkuasa dimuka bumi, sebagaimana Dia telah menjadikan orang-orang sebelum mereka berkuasa, dan sungguh Dia akan meneguhkan bagi mereka agama yang telah diridhai-Nya untuk mereka, dan Dia benar-benar akan menukar (keadaan) mereka, sesudah mereka dalam ketakutan menjadi aman sentausa. mereka tetap menyembahku-Ku dengan tiada mempersekutukan sesuatu apapun dengan aku. dan Barangsiapa yang (tetap) kafir sesudah (janji) itu, Maka mereka Itulah orang-orang yang fasik”. (Maksud An-Nuur:55)

“Sesungguhnya Kami menolong Rasul-rasul Kami dan orang-orang yang beriman dalam kehidupan dunia dan pada hari berdirinya saksi-saksi (hari kiamat)”. (Maksud Al-Mu’min:51)

“Mereka memikirkan tipu daya dan Allah menggagalkan tipu daya itu. dan Allah Sebaik-baik pembalas tipu daya”. (Maksud Al-Anfal:30)

“Sesungguhnya orang-orang yang kafir menafkahkan harta mereka untuk menghalangi (orang) dari jalan Allah. mereka akan menafkahkan harta itu, kemudian menjadi sesalan bagi mereka, dan mereka akan dikalahkan. dan ke dalam Jahannamlah orang-orang yang kafir itu dikumpulkan”. (Maksud Al-Anfal:36)

“Dan Allah berkuasa terhadap urusan-Nya, tetapi kebanyakan manusia tiada mengetahuinya”. (Maksud Yusuf:21)

http://www.ikhwanonline.com/Article.asp?ArtID=72526&SecID=213

Sunday, November 14, 2010

Peguam Utama IM kutuk penahanan 550 anggota MB

Sabtu 13 November 2010

Peguam Utama IM, Abdul Monem Abdel-Maqsoud menimbulkan keperihatinan mengenai penahanan pemimpin dan anggota IM yang semakin meningkat sejak IM mengumumkan penglibatannya di dalam pilihanraya. Menurut beliau, penahanan tanpa sebab tersebut ialah satu usaha konspirasi bagi menipu di dalam pilihanraya Parlimen akan datang.

Sehingga kini, sekitar 550 orang anggota IM telah ditahan di seluruh negara termasuk 3 wanita dan 5 calon yang bertanding. Daripada bilangan itu, 285 orang telah dibebaskan manakala 89 akan dibicarakan. Abdel Maqsoud percaya penangkapan akan meningkat menjelang pilihanraya. Menurutnya, serangan ke atas institusi IM juga kini semakin agresif.

Abdel Maqsoud mengecam tindakan kerajaan yang telah menyalah-guna undang-undang darurat bagi mengugut rakyat dan menghalang mereka daripada menyuarakan pandangan mereka melalui penglibatan aktif dan positif mereka di dalam pilihanraya. Menurutnya, ini bertentangan dengan norma dan undang-undang antarabangsa mengenai hak-asasi manusia, di samping serta pelanggaran undang-undang dan perlembagaan Mesir, yang menjamin hak penyertaan untuk semua.

Abdel Maqsoud menegaskan bahawa tindakan sewenang-wenangnya tersebut akan menyebabkan kehilangan kepercayaan awam, membuat mereka enggan untuk menyertai pilihanraya.

http://www.ikhwanweb.com/article.php?id=27151

Wednesday, November 10, 2010

Timbalan Mursyidul Am IM: Kami Optimis dan Tidak Menganggap Pilihanraya sebagai Medan Pertempuran


Isnin 1 November 2010

Timbalan Mursyidul Am IM, Mahmoud Ezzat berkata beliau optimis dan yakin IM akan mencapai keputusan yang memuaskan di dalam pilihanraya parlimen kali ini.

Beliau menyatakan walaupun IM mempunyai keupayaan mencalonkan lebih ramai anggota yang berkaliber, mereka memilih untuk bertanding hanya di 30% kerusi.

IM ditubuhkan oleh Imam Hassan AlBanna dengan matlamat mendirikan sebuah negara madani yang berasaskan syariah Islam melalui jalan aman.

Di dalam pilihanraya 2005, IM memperolehi 88 kerusi menjadikannya blok pembangkang paling besar.
Ezzat menarik perhatian kepada peningkatan penahanan tidak sah dan sewenang-wenang ke atas IM sejak pengumumannya menyertai pilihanraya dan medan politik. Polis telah menahan 361 orang anggota dan pemimpinnya di seluruh negara.

Beliau menambah, walaupun Mahkamah telah memutuskan pada 26 Oktober bahawa slogan IM yang terkenal “Islam Adalah Penyelesaian” selaras dengan perlembagaan, Ketua Jawatankuasa Agung Pilihanraya Abdel Aziz Omar tetap mengumumkan supaya slogan tersebut dibuang daripada senarai calon. Sementara itu, Jurucakap Media IM, Dr. Mohamed Saad el-Ketatni menegaskan bahawa slogan tersebut ialah berbentuk politik, bukan keagamaan.

Menurut Ezzat, IM tidak menganggap pilihanraya sebagai medan pertempuran tetapi sebagai satu hak bagi setiap orang awam menyertainya. Beliau menambah, pilihanraya ini bukan penghujung kepada reformasi politik yang diperjuangkan oleh IM.

http://www.ikhwanweb.com/article.php?id=26988

Tuesday, November 2, 2010

Risalah Mursyid : Kesatuan Islam adalah Jalan Menuju Kemuliaan dan Kekuatan

Perutusan dari Prof. Dr. Muhammad Badie’, Mursyid Am Ikhwan Muslimin, 15-10-2010

Dengan nama Allah, selawat dan salam ke atas Rasulullah SAW dan orang-orang yang mengikutinya dari semasa ke semasa sehingga hari Kiamat.

Sesuai dengan kehendak Allah SWT yang mencipta manusia mempunyai kecenderungan untuk hidup berkumpulan jauh dari sifat individualistik dan mengasingkan diri kerana sesuai dengan tabiat dan fitrah manusia yang terikat dengan kehidupan secara berkumpulan. Sesuai dengan masa yang berlalu, hidup secara berkumpulan menjadi satu keperluan yang sangat penting untuk menuju konsep baru yang dikenali sebagai kesatuan, agar orang yang mengasingkan diri tidak menjadi mangsa dari umat dan bangsa yang sejarah dan latar belakang pendiriannya adalah mengorbankan bangsa lain, dan umat Islam sedang berhadapan dengan bangsa-bangsa yang sangat memerlukan kesatuan ini. Oleh kerana itu kesatuan adalah jantung dari sebuah hukum yang telah ditetapkan oleh Allah SWT sebagaimana firman-Nya yang bermaksud:

“Dan berpeganglah kamu semuanya kepada tali (agama) Allah, dan janganlah kamu bercerai berai”. (Ali Imran:103)

“Dan janganlah kamu menyerupai orang-orang yang bercerai-berai dan berselisih sesudah datang keterangan yang jelas kepada mereka. mereka Itulah orang-orang yang mendapat siksa yang berat”. (Ali Imran:105)'

“Sesungguhnya orang-orang yang memecah belah agama-Nya dan mereka menjadi bergolongan, tidak ada sedikitpun tanggung jawabmu kepada mereka”. (Al-An’am:159)

“Sesungguhnya (agama Tauhid) ini adalah agama kamu semua; agama yang satu dan aku adalah Tuhanmu, Maka sembahlah aku”. (Al-Anbiya:92)

“Sesungguhnya (agama Tauhid) ini, adalah agama kamu semua, agama yang satu, dan aku adalah Tuhanmu, Maka bertakwalah kepada-Ku”. (Al-Mu’minun:52)

Rasulullah saw bersabda yang bermaksud:

“Perumpamaan orang-orang beriman dalam hal saling mencintai, saling mengasihi dan saling menyayangi adalah seperti satu tubuh. Apabila ada sebahagian dari tubuhnya sedang sakit, maka bahagian tubuh yang lain turut merasakannya, sehingga membuatnya tidak boleh tidur dan demam”. (Muslim)

“Seorang mukmin bagi mukmin yang lain ibarat satu bangunan yang saling menguatkan antara satu dengan lainnya”. (Bukhari Muslim).

“Kalian hendaklah berjamaah dan jauhilah dari perpecahan”.

Dunia Islam memiliki unsur kekuatan

Para pembuat peradaban Barat yang kini telah mengumumkan kemuflisannya dan memimpin umat manusia pada kebinasaan, sementara kita umat Islam memandang bahwa Islam adalah satu-satunya agama yang layak untuk menerima tampuk kepemimpinan umat manusia. Oleh sebab itu, para pemikir Barat ada yang menyedari akan peranan ini. Mungkin di antara tulisan yang paling tepat dalam memberikan gambaran tentang unsur-unsur kekuatan Islam adalah tulisan, “Powell Schamtaz” dalam bukunya (Islam adalah kuasa dunia masa depan), yang bertujuan memberikan pencerahan dan peringatan kepada bangsanya sendiri terhadap unsur -unsur kekuatan Islam. Beliau menyatakan unsur kekuatan asasi yang dimiliki umat Islam adalah:

  1. Kedudukan strategik yang dimiliki umat Islam di dunia.
  2. Pertumbuhan manusia yang begitu pesat di kalangan umat Islam, yang menjadikan pertumbuhan mereka unggul berbanding orang lain.
  3. Kekayaan sumber alam dan bahan mentah. Melalui sumber alam yang besar yang dimiliki umat Islam menyebabkan mereka mampu membangun kuasa industry yang terhebat di peringkat dunia.
  4. Islam adalah unsur kekuatan paling penting di tengah masyarakat Islam. Menurut “Schamtaz” adalah: “Demikianlah agama yang memiliki kekuatan bagaikan ‘sihir’ untuk menghimpunkan perbagai jenis manusia di bawah satu bendera setelah menghilangkan perbezaan bangsa dan keturunan dari jiwa mereka, memiliki tenaga ruh yang mampu mendorong orang beriman mempertahankan tanahairnya dan sumber kekayaannya sehingga sanggup mengorbankan apa jua yang dimiliki hatta nyawa mereka sendiri”.

Dia juga berkata: “Sejarah akan berulang kembali, bermula dari daerah kuasa Islam dunia pertama diraih. Kuasa ini akan muncul apabila berpegang teguh pada Islam dan bersatunya pasukan tentera. Kuasa ini akan kukuh dan wujud apabila umat Islam menyedari bagaimana mengeluarkannya dan mengambil manfaat darinya, dan seterusnya mampu mengimbangi kuasa dunia lainnya”.

Seorang penulis Inggeris (Heller Block) berkata: “Sesuatu peradaban yang mana tonggak-tonggaknya terikat dengan ikatan yang kukuh, bahagian tepinya saling berpegangan dengan kuat dan membawa bersamanya ideologi seperti Islam, tidak sekadar sedang menunggu masa depan yang cerah saja namun juga akan menjadi bahaya bagi musuh-musuhnya. ”

Ikhwan Muslimin dan kesatuan Islam

Agenda kesatuan Islam merupakan matlamat dakwah Ikhwan Muslimin yang tertinggi, bahkan ia merupakan tonggak utama dalam agenda kebangkitan ini. Justeru matlamatnya yang tertinggi adalah kesatuan seluruh umat Islam di pelbagai ceruk dunia dan menghidupkan kembali negara Islam raya mulai dari Ghana sebelah selatan hingga di bumi Afghanistan di sebelah utara.

Di antara petujuk utama didahulukan agenda kesatuan Islam dalam pemikiran Imam Al-Banna dan gerakan siasahnya adalah kerana perhatiannya yang mendalam terhadap isu membaiki hubungan antara mazhab-mazhab dalam Islam dengan kadar yang segera untuk membangkitkan sudut ini di medan Islam sehingga memberikan saham dalam pembentukan kumpulan yang mendekatkan mazhab-mazhab yang didirikan pada tahun 1948 di Kaherah.

Dalam Risalah Ta’lim Imam al-Banna, beliau berbicara tentang pemerintahan di negara Islam: “Dengan itu , supaya pemerintah dapat melaksanakan tugasnya sebagai pelayan bangsa, mendapat upah darinya dan bekerja untuk kemaslahatannya ”

Dalam risalah Muktamar Kelima dengan judul “Ikhwan dan nasionalisme, Arab dan Islam,” beliau berkata: “Bahwa Ikhwan Muslimin sangat mencintai tanahair mereka, dan sangat menekankan keutuhan dan kesatuan bangsa”.

Beliau juga menjelaskan bahwa gagasan Arab atau Liga Arab dalam kaca mata dakwah Ikhwan Muslimin mempunyai kedudukan yang sangat strategik dan penting. Ini kerana orang-orang Arab adalah umat Islam pertama, dan tidak akan ada kebangkitan Islam tanpa kesatuan bangsa Arab dan perpaduan mereka. Beliau juga berkata: “Bahwa batas geografi dan pembahagian secara politik yang dilakukan oleh penjajah Barat terhadap Negara Arab tidak mempunyai apa-apa nilai dalam menyentuh kesatuan Arab dan Islam”.

Halangan dalam menuju kesatuan Islam

Di antara permasalahan dan halangan utama yang dihadapi dalam menuju kesatuan Islam adalah isu perkauman iaitu fanatik kepada kaum dan bangsa yang menghilangkan nilai kemanusiaan dan pendidikan sama sekali. Oleh kerana itu seseorang individu hidup dalam penyimpangan persepsi, ideologi dan nilai; di mana bahasa dan warna kulit dan keturunan sebagai neraca kemuliaan, dan mengenepikan nilai utama yang telah ditetapkan al-Quran dan hadith nabi saw:

“Sesungguhnya yang paling mulia diantara kalian adalah yang bertaqwa”. (Al-Hujurat:13)

“Tidak ada yang lebih mulia dari bukan Arab ke atas Arab kecuali taqwa”

Kemudian isu kesukuan atau etnik, yang mendedahkan kebodohan umat Islam dan menyuburkan pertikaian dan konflik etnik, sebagai alat kepentingan peribadi sehingga membakar api peperangan dan pertikaian yang tidak ada gunanya sama sekali.

Akhirnya .. Kerajaan yang kalah adalah kelompok pemimpin yang lemah di dunia Islam yang rela menekan para pejuang kerana melaksanakan strategi mengikut, melakukan penindasan terhadap gerakan rakyat yang mengingini kebebasan dan kemerdekaan, mengabaikan sumber kekayaan umat baik material mahupun spiritual. Sekalipun ada perubahan pemikiran pemerintah di hadapan para pejuang, namun mereka tetap mempamerkan sikap yang penuh dengan kezaliman dan permusuhan. Dengan itu seseorang pemimpin terpisah dari bangsanya sendiri, menghalangi anggota masyarakat meraih dan mencari asas kesatuan, iaitu kesatuan pemimpin dan yang dipimpin.

Bagaimanakah caranya mewujudkan kesatuan Islam?

Pertama: Kembali kepada agama Islam dan aqidah Islam

Pengalaman Islam yang telah ditempoh semasa Nabi saw dan Khulafa Rasyidin yang merakamkan sejarah kemanusiaan tentang kejayaan yang sangat menakjubkan dalam mewujudkan masyarakat yang satu dalam ideologi, perasaan dan tujuan. Islam telah muncul di tempat yang di belenggu berbagai konflik suku, ras dan kelas. Kejayaan yang dicapai Islam mampu mencipta masyarakat yang menolak adanya diskriminasi ras (putih dan hitam), diskriminasi kelas (tuan dan hamba) atau diskriminasi suku atau etnik (Quraisy dan kabilah lainnya), persaudaraan menguasai setiap anggotanya, ukhuwwah antara Muhajirin dan Ansar begitu kuatnya, lenyap semua pertikaian antara suku dan kabilah arab, dan berakhir pula era perhambaan dan fanatik jahiliyah, era terbelenggu dari tangan-tangan pemerintah kejam, bahkan pelbagai suku telah bergabung ke dalam kesatuan negara Islam, seperti bersatunya Bilal al-Habsyi dan dengan Suhaib Ar-Rumi, dan Salman dari Parsi dan saudara-saudara lainnya dari suku Quraisy.

Di samping itu aqidah Islam juga mampu menyatukan hat-hati umat dan membersihkannya dari berbagai kotoran serta menguasai berbagai titik tolak dalam tubuh setiap individu mahupun masyarakat, dan menundukkan umat serta berinteraksi dengan mereka, sehingga sentiasa berada dalam kebenaran yang nyata ketika menetapkan pendirian dan meninggalkannya, terpancar seluruh tenaga anak bangsa dalam memberi sumbangan, berkreativiti dan membangun; yang itu semua merupakan cara yang kukuh untuk mencapai kesatuan Islam yang sebenarnya.

Kedua: membangun pertubuhan dan institusi yang kuat dalam bidang keilmuan, ekonomi, pendidikan dan sosial di semua lapisan masyarakat.

Dunia hari ini hidup di era pakatan besar yang dimainkan oleh negara-negara besar, blok-blok ekonomi dan politik yang besar, dimulai dari Amerika Utara; ada blok ekonomi yang disebut dengan (NAFTA), dan blok Eropah dengan ( EU), blok Asia Tenggara dengan (ASEAN) dan Afrika yang mempunyai blok Ekonomi Negara-negara Afrika Barat (ECOWAS).

Di tengah-tengah ruang yang mengelilingi dunia dengan berbagai pakatan besar ini terdapat umat Islam yang senantiasa bercakaran dan berpecah belah. Bahkan sungguh menghairankan di saat terjadi kesepakatan kesatuan ekonomi Arab pada bulan Mac 1957, pada bulan dan tahun yang sama terjadi perjanjian Rom antara enam negara Eropah yang melahirkan kerjasama pasaran bebas Eropah bagi menyempurnakan gagasan yang dinamakan EU pada tarikh 1/1/1933, iaitu setelah 36 tahun dari perjanjian kerjasama tersebut, sedangkan perjanjian Kerjasama Kesatuan Ekonomi Arab telah gagal untuk kekal di dunia nyata ini.

Oleh itu keadaan hari ini sangat mendesak untuk mengoptimumkan pertubuhan-pertubuhan besar Islam sedia ada seperti Pertubuhan Persidangan Islam (OIC) dan Liga Arab, dan menghidupkan kembali Kesatuan negara-negara Islam yang diasaskan oleh Erbakan di Istanbul pada tarikh 29/5/1990, sempena mengenang tarikh penaklukkan kota Konstantinopel yang bertujuan menjadi pagar bagi kesatuan Islam, jika tidak ada konspirasi Barat atau usaha untuk menghentikannya.

Ketiga: Sedar tentang konspirasi musuh

Pada tahun-tahun sebelumnya telah membuktikan bahwa musuh umat Islam terus bertungkus lumus membahagi-bahagikan daerah dan memperkukuhkan blok-blok dari negara-negara Arab dan negara-negara Muslim; sehingga menjadi negara-negara kecil yang berasaskan etnik, suku dan mazhab, iaitu dengan mengambil kesempatan dari konflik-konflik minoriti yang tercetus di serata pelosok dunia Islam, yang selalu melaungkan pemisahan dan kemerdekaan.

Bukti yang paling kukuh adanya konspirasi ini ialah seperti yang berlaku di Sudan hari ini; di mana kuasa antarabangsa mengikat tali di tengkuk negara Sudan, yang kadang kala menarik tali sehingga tersedak tengkuknya dan kemudian meleraikan ikatannya; untuk memulakan peringkat membahagikan ‘harta rampasan’ sesama kuasa-kuasa besar tersebut.

Semua petanda ini menunjukkan konspirasi yang disengajakan untuk memisahkan Sudan selatan dari utara melalui referendum yang dijadualkan berlangsung pada awal tahun 2011 di bawah kesepakatan damai selatan yang ditandatangani antara Garang dan Bashir di Naivasha, Kenya, pada 09/01/2005. Sekarang kita menyaksikan pelbagai gerakan antarabangsa yang lebih luas yang diterajui Amerika Syarikat dan melibatkan PBB untuk mengesahkan pembahagian melalui referendum.

Justeru apa yang patut kita buat?!,

Umat dan para pemimpin Islam dituntut untuk mengambil berat terhadap konspirasi yang sangat berbahaya ini supaya Sudan tidak hancur, kemudian kita menangisi susu yang tertumpah, kejahatan yang menghendaki pemisahan dan akan ada yang mengiringinya iaitu pertumpahan darah.

Kesimpulannya

Bahawa kesatuan Islam memerlukan kemahuan yang tinggi dan usaha yang besar yang tak kenal erti penat. Benar kemahuan rakyat Jerman sangatlah kuat dalam merobohkan tembok Berlin dan menyatukan kembali dua negara dan bangsa Jerman, hidup dalam satu negara, di bawah satu bendera. Sedangkan di Palestin telah dibina dinding pemisah untuk mengukuhkan pendudukan dan perampasan tanah dan menghalang pembentukan negara Palestin. Namun kemahuan dan keperwiraan rakyat Palestine terus menerus melakukan perjuangan mampu merobohkan dinding pemisah dan mengembalikan negeri mereka, dan akan tiba waktunya untuk merobohkan seluruh dinding yang dibina oleh para pemimpin yang zalim dan sombong kerana kemahuan rakyat mengatasi keangkuhan mereka.

“Dan mereka berkata: Bilakah itu terjadi, katakanlah waktunya sudah dekat”. (Al-Isra: 51).

Artikel asal: http://www.ikhwanonline.com/Article.asp?ArtID=72170&SecID=213

Thursday, October 21, 2010

Risalah Mursyid: 6 Oktober - Antara Kemenangan Aqidah dan Kekalahan yang membebankan

Perutusan dari Prof. Dr. Mohammad Badie’, Mursyid Am Ikhwan Muslimin,
08-10-2010

Segala puji bagi Allah, Selawat dan salam ke atas Rasulullah saw, Nabi yang ummi dan Al-Amin, orang-orang yang mengikutinya dan berjalan di atas petunjuknya hingga hari kiamat, selanjutnya…

Setelah berlalu selama 37 tahun, tiba masa untuk kita memperingati kemenangan pada 6 Oktober 1973 bersamaan dengan 10 Ramadhan, terpahat dalam ingatan setiap rakyat Mesir, Arab dan Islam bahkan setiap Insan yang merdeka dan benar, tentang gambaran sebuah pengorbanan yang pernah meraih kemenangan dengan sebab memiliki sifat-sifat tertentu, darah mujahid yang teguh dengan pegangannya dan hak untuk hidup di negerinya sendiri, dan jiwa-jiwa yang beriman yang mahu meninggikan seruan kemenangan abadi, dan penduduk sebenar yang mengerah seluruh tenaga mempertahankan tanahair, harga diri dan harta menentang musuh perampas. Justeru kemenangan ialah kepada pendokong kebenaran ke atas pendokong kezaliman yang melampaui batas dan berdosa.

“Allahu Akbar” ..laungan yang telah menghimpunkan semua manusia yang ada disekelilingnya, yang menolak kehinaan di hadapan tentara paling keji dan biadap di dunia yang membentuk pasukan ‘pengganas’ dari seluruh dunia.

“Sesungguhnya kamu dapati orang-orang yang paling keras permusuhannya terhadap orang-orang yang beriman ialah orang-orang Yahudi dan orang-orang musyrik”. (Al-Maidah:82)

Orang Islam dan Kristian telah bersatu dalam satu pasukan menentang musuh ini sehingga tertumpah darah-darah mereka sehingga akhirnya semua merayakan kemenangan.
“Allahu Akbar” .. Laungan yang mengumumkan bahwa umat Islam mampu menghancurkan kekuatan musuh, dengan syarat ketika dalam peperangan keyakinan kepada Allah diperteguhkan, perasaan putus asa dihindarkan dan semangat yang lemah dielakkan.

“Janganlah kamu berhati lemah dalam mengejar mereka (musuhmu). Jika kamu menderita kesakitan, Maka Sesungguhnya merekapun menderita kesakitan (pula), sebagaimana kamu menderitanya, sedang kamu mengharap dari pada Allah apa yang tidak mereka harapkan. dan adalah Allah Maha mengetahui lagi Maha Bijaksana”. (An-Nisa:104)

“Allahu Akbar” ..Laungan penuh yakin bahwa dengan senjata sahaja tidak akan mampu mencapai kemenangan melainkan senjata itu dipikul oleh pasukan pejuang yang beriman, yang yakin dan setia terhadap kebenaran serta keadilan apa yang diperjuangkannya.

Pintu-pintu sejarah telah dibuka kepada orang-orang salih terdahulu, sehingga mereka mampu menakluki serata pelosok dunia. Allah memberikan kejayaan kepada mereka, padahal jumlah mereka tidak ramai dan peralatan ketenteraan yang tidak seberapa.. namun mereka adalah orang-orang yang beriman dan terus berjuang.. sekalipun mereka adalah manusia biasa yang pasti merasakan apa yang dirasakan oleh manusia lainnya..

“Dan ketika tidak tetap lagi penglihatan(mu) dan hatimu naik menyesak sampai ke tenggorokan dan kamu menyangka terhadap Allah dengan bermacam-macam purbasangka”. (Al-Ahzab:10)

Namun janji Allah adalah benar.

“Dan Allah menghalau orang-orang yang kafir itu yang Keadaan mereka penuh kejengkelan, (lagi) mereka tidak memperoleh Keuntungan apapun. dan Allah menghindarkan orang-orang mukmin dari peperangan. dan adalah Allah Maha kuat lagi Maha Perkasa. Dan Dia menurunkan orang-orang ahli kitab (Bani Quraizhah) yang membantu golongan-golongan yang bersekutu dari benteng-benteng mereka, dan Dia memasukkan rasa takut ke dalam hati mereka. sebahagian mereka kamu bunuh dan sebahagian yang lain kamu tawan. Dan Dia mewariskan kepada kamu tanah-tanah, rumah-rumah dan harta benda mereka, dan (begitu pula) tanah yang belum kamu injak. dan adalah Allah Maha Kuasa terhadap segala sesuatu”. (Al-Ahzab:25-27)

“Allahu Akbar” .. Laungan yang menjadi harapan rakyat Mesir untuk mengembalikan kegemilangan masa lalu. Mereka menanti-nanti hari di mana “Allahu Akbar ” menjadi syiar kehidupan. Saban hari “Allahu Akbar ” menerjah pendengaran.

Saban ketika “Allahu Akbar ” menjadi nyanyian. Dengan “Allah Akbar” mentari hidayah menyinari alam, cahayanya merebak ke segenap pelusuk dan ke serata ruang. Itulah yang pernah berlaku suatu ketika dahulu selama beberapa kurun lamanya. Kedamaian berkibar menaungi dunia, manusia mengecapi manisnya bahagia. Hakim memerintah dengan adil dan saksama, rakyat tenteram hak terbela. Hidayah Allah dipatuhi, Syariah terlaksana sepenuhnya.

“ (ini adalah) kitab yang Kami turunkan kepadamu supaya kamu mengeluarkan manusia dari kegelapan kepada cahaya terang benderang dengan izin Tuhan mereka, (yaitu) menuju jalan Tuhan yang Maha Perkasa lagi Maha Terpuji”. (Ibrahim:1)

Kekalahan yang sebenar

Selepas tiga puluh tujuh tahun kemenangan, timbul persoalan: Apa yang masih tinggal dari kemenangan Oktober?!

Sesungguhnya kita harus mengakui bahawa reality umat pada hari ini dari semua sudut - (Keamanan – Politik – Ekonomi – Sosial – kedaulatan) mesti diperperbaiki. Dengan itu kita dapat menilai apa yang masih tinggal dari kemenangan? Semua setuju bahawa tujuan kemenangan ialah membebaskan tanah air, memerdekakan umat, menegakkan keadilan dan kedaulatan, menolak segala bentuk tawar menawar dan perjanjian damai dengan musuh zionis yang tangan-tangan mereka masih berlumuran dengan darah anak-anak bangsa kita yang terdiri dari: pemuda-pemudi Mesir yang baik ditawan oleh mereka, rakyat yang tidak berdosa dari wilayah Bahrul Baqar, mangsa kekejaman di Shabra dan Shatila, Deir Yassin, Qana, Selatan Lubnan dan Gaza.

Sesungguhnya hak seluruh rakyat Mesir untuk menuntut pihak berkuasa mereka supaya jangan biarkan darah syuhada Oktober mengalir sia-sia, jangan sampai pengorbanan yang mereka telah curahkan untuk tanah air dan rakyatnya terhambur begitu saja.

Oleh itu:

- Adalah hak para syuhada Oktober mendapatkan kedaulatan mereka di atas tanah yang telah mengalirkan darah dan mengorbankan nyawa mereka dengan kedaulatan yang penuh dan sempurna.

- Adalah hak para syuhada Oktober untuk ruh-ruh mereka tenang di alam barzakh kerana anak-anak mereka, kaum keluarga dan keturunan mereka hidup mulia di negeri sendiri, tanpa ada pihak yang melakukan kerusakan dengan menghisap harta dan kekayaan mereka serta merampas kebebasan mereka yang telah dibayar oleh syuhada dengan darah mereka.

- Adalah hak para syuhada Oktober untuk diberikan pengiktirafan yang setinggi-tingginya, nilai kemuliaan yang mereka perjuangkan terus diletakkan di puncaknya. Jangan ada pihak yang cuba menurunkan bendera kemuliaan di tengah masyarakat mereka dengan cara menyerah diri kepada musuh sebagai ganti kepada pertempuran dan perjuangan.

Sesungguhnya Ikhwanul Muslim ketika mana turut menghirup kewangian hari mengingati kemenangan 6 Oktober bersama negara Mesir, dunia Islam serta Negara-negara Arab, ingin menegaskan beberapa perkara berikut:

Pertama: Kemenangan tidak dijadikan hak bangsa

Kemenangan yang dicapai oleh rakyat dengan aqidahnya telah ditukar kepada sekadar peringatan dengan cara mengadakan perayaan-perayaan yang dihiasai dengan pidato yang memukau.

Bertukar daripada merayakan kemenangan yang berlandaskan akidah kepada sekadar dendangan kata-kata indah.

Bertukar daripada usaha ke arah mengekalkan kemenangan kepada pengabaian dalam membina nilai-nilai asas bagi mencapai kemenangan serta menjadikan kemenangan itu sesuatu yang dimiliki oleh rakyat seluruhnya agar darah para syuhada kekal utuh di persada ingatan dan terus diberi penghurmatan.

Justeru, apa yang dituntut ialah kerajaan Mesir hendaklah mengambil langkah-langkah yang serius dalam memperbaiki keadaan rakyatnya. Nyalakan semangat ingin mencapai kemenangan yang begitu membara pada Oktober yang lalu. Selepas itu pihak musuh telah bekerja keras merancang dengan pelbagai tipu daya untuk memadamkan api itu dari akar umbinya. Sesungguhnya rakyat Mesir adalah pasukan tentera terbaik di muka bumi ini seperti khabar gembira yang disampaikan oleh Nabi saw. Keamanan adalah petanda negeri Mesir sebagaimana terkandung di dalam firman Allah yang bermaksud:

“Dia berkata: “Masuklah kamu ke negeri Mesir, insya Allah dalam Keadaan aman”. (Yusuf: 99)

Sumber kekayaan Mesir adalah satu perbendaharaan yang tidak kunjung habis. Oleh kerana itu, apa yang kita perlukan sekarang adalah mengarahkan hala tuju ummah menuju kemenangan dalam semua bidang dengan cara yang sungguh-sungguh, dengan bekerja keras di bawah pimpinan pemimpin yang adil, system yang mesra rakyat dan kerajaan yang bersih.

Kedua: Tidak melupakan musuh

Kemenangan Oktober adalah menentang musuh yang jelas dan nyata: Israel, yang didukung oleh Amerika. Orang yang mengatakan bahwa perang 6 Oktober adalah perang terakhir adalah kenyataan yang salah dan terkeliru. Zionis memendam niat jahat terhadap semua manusia yang berada disekeliling mereka. Hakikat kejahatan niat mereka telah didedahkan oleh Allah di dalam Al-Qur’an (maksudnya):

“Setiap mereka menyalakan api peperangan Allah memadamkannya dan mereka berbuat kerusakan di muka bumi dan Allah tidak menyukai orang-orang yang membuat kerusakan”. (Al-Maidah:64)

Niat jahat ini diperkukuhkan lagi dengan slogan yang menjadi pegangan mereka serta bendera yang mereka lakarkan: dari Furat hingga ke Nil, “Inilah tanahair kamu wahai Israel”.

Lantaran itu, dengan menyerahkan diri yang mereka namakan sebagai ‘perdamaian, dengan mengadakan perjanjian dengan orang yang menggunakan tangannya untuk menyerang, menggunakan senjatanya untuk merampas, menjajah, membunuh dan mengkhianat, yang menggali bumi Sinai untuk di tanam mayat-mayat syuhada, yang memperdagangkan organ-organ manusia (yang terdiri dari bangsa kita) sedang mereka masih hidup; merupakan pengkhianatan besar terhadap darah para syuhada Oktober. Sesungguhnya realiti yang berlaku sekarang; kacau bilau dalam negeri, perpecahan, fitnah, pergaduhan semua itu adalah natijah dari menuruti dan bersekongkol dengan musuh.

Allah Ta’ala telah memberikan amaran kepada kita tentang hal ini di dalam firman-Nya yang bermaksud:

“ Adapun orang-orang yang kafir, sebagian mereka menjadi pelindung bagi sebagian yang lain. jika kamu (hai Para muslimin) tidak melaksanakan apa yang telah diperintahkan Allah itu, niscaya akan terjadi kekacauan di muka bumi dan kerusakan yang besar”. (Al-Anfal:73)

Dan sesuatu yang menarik untuk mentafsir keadaan yang rusak teruk dalam Negara sekarang sama ada dalam aspek politik, ekonomi dan social adalah hasil daripada berbaik-baik dengan musuh. Pakaian kehinaan yang meliputi negara kini tidak mampu lagi ditutup kecuali dengan penggantikan pakaian kita yang asli, iaitu pakaian yang telah kita abaikan, yang sebenarnya memberi kita kemenangan, iaitu “Allahu Akbar”!

“ (yaitu) orang-orang yang mengambil orang-orang kafir menjadi teman-teman penolong dengan meninggalkan orang-orang mukmin. Apakah mereka mencari kekuatan di sisi orang kafir itu? Maka Sesungguhnya semua kekuatan kepunyaan Allah”. (An-Nisa:139)

Ketiga: Peperangan adalah ideologi mereka

Bukankah Amerika adalah Negara yang telah mencatat bilangan peperangan di luar negaranya sebanyak 235 kali? Semua itu dilancarkan atas ke atas negara-negara di seluruh dunia sejak ia mengisytiharkan kemerdekaannya. Ini ditambah lagi dengan peperangan dalaman di beberapa buah Negeri di dalam Amerika Syarikat itu sendiri. Setiap peperangan disandarkan kepada berbagai-bagai sebab dan alasan demi mencapai tujuan dan memenuhi kepentingannya yang sentiasa diperbaharui!!

Sekalipun Amerika berusaha mencari jalan yang mengharuskan pendudukannya atas Iraq dan sebelumnya Afghanistan dengan alasan memerangi keganasan; namun mereka juga sebelum itu telah melaungkan propaganda untuk “memerangi Komunisme” bagi melawan di bawahnya revolusi liberalisasi di Dunia ketiga, iaitu menggulingkan rejim Mossadeq di Iran pada tahun 1953 oleh Central Intelligence Agency (CIA), dan campur tangan pasukan AS pada tahun 1958 ke atas Lebanon, dan memarakkan api peperangan antara Korea Utara dan Korea Selatan pada 1950, bahkan parlimen Amerika menerima cadangan untuk mengugur bom atom di Korea Utara dengan meniupkan angin panas, dan akhirnya membawa kepada campur tangan langsung Amerika dalam perang Korea.

Campur tangan langsung Amerika memberi peluang untuk menghancurkan industry perkilangan di bandar dan desa di Korea, dan membunuh ratusan ribu rakyatnya. Dan ini juga yang terjadi di Vietnam, Nicaragua, Somalia dan negara-negara lain di serata dunia. Justeru Amerika adalah sebuah negara yang berideologi perang.
Negara anak didik AS adalah Israel yang didakwa tidak melakukan jenayah kecuali hanya ingin menguasai tanah air sepenuhnya.

Suatu jenayah dan kejahatan yang dikutuk oleh dunia namun didiamkan oleh lidah-lidah pemerintah di dalamnya, perwakilan yang ada di PBB hanya berusaha menutupi pencurian terhadap Palestin, membisu terhadap hilangnya warisan kemanusiaan dengan kerja penggalian terowong di bawah Masjid Aqsa dan meyahudikan Al-Quds dan siri-siri kedurjanaan lainnya yang tidak berpenghujung; seperti pembunuhan, penghancuran, perampasan, penyiksaan dan pemenjaraan rakyat Palestin. Biarpun siri-siri kedurjanaan telah dilakukan oleh Israel secara sistemik dan terus menerus, namun dunia masih bercakap tentang perdamaian dan hak Yahudi untuk kekal di dunia!


Keempat: Medan perang kian meluas

Perang belumlah berakhir. Bahkan medannya tambah meluas dan sasarannya telah melebar lebih dari sekadar batas geografi; untuk menelan bangsa, negeri dan peradaban yang telah menghiasi wajah dunia; Afghanistan telah jatuh pada cengkaman penjajahan Amerika, kemudian diikuti oleh pendudukan Iraq dalam bentuk yang paling keji yang diketahui oleh dunia di sepanjang sejarahnya. Serangan ke atas Iraq mereka lakukan bergantung kepada maklumat yang palsu mengakibatkan mereka telah menghancurkan sebuah negera Arab yang kuat, yang kini hanya tinggal kenangan. Namun hal ini disangkal oleh mereka.

Anak panah hukuman menyerang Syria dan Iran sementara anak panah fitnah pun sedang diarahkan ke Somalia, Sudan, Yaman, Pakistan, Lebanon, dan melempar ke tubuh umat yang satu dalam bentuk perpecahan agama, mazhab, sektarian dan etnis, dan merubah negara yang memiliki satu bahasa dan satu agama menjadi berpecah belah dan bermusuhan; saling melempar kritik dan fitnah, dan berjuang menjaga perbatasan dengan alasan pendudukan; sehingga yang berperanan di antara kita adalah senjata setelah sebelumnya kita berpegang kepada motto “saling berbelas kasihan di antara mereka.”

Sehinggakan akal fikiran kitapun menjadi sasaran nilai-nilai globalisasi dan seni-seninya; untuk memusnahkan kehidupan di atas landasan budaya kita, dan menggantikannya dengan budaya yang asing bagi kita, iaitu budaya yang berasaskan nafsu, yang melahirkan individu yang memiliki keperibadian yang keliru dan bercelaru. Individu yang tidak menyakini nilai-nilai murni serta perjuangan membela fikrah dan tidak berpegang dengan akhlak mulia..

Semua orang mestilah menyedari bahwa musuh kita adalah satu yang menjadikan kita semua sebagai sasaran.

“Jika mereka memperoleh kemenangan terhadap kamu, mereka tidak memelihara hubungan kekerabatan terhadap kamu dan tidak (pula mengindahkan) perjanjian.
Musuh yang terdiri dari zionis, Amerika dan konconya ini berbicara tentang perdamaian dan hak asasi manusia seperti yang diungkapkan di dalam firman Allah yang bermaksud:

“Mereka menyenangkan hatimu dengan mulutnya, sedang hatinya menolak. dan kebanyakan mereka adalah orang-orang yang Fasik (tidak menepati perjanjian)”. (At-Taubah:8)
Musuh inilah yang membuat persiapan dan bergerak memutarkan reality, yang benar menjadi batil, yang fakta menjadi kabur, menamakan kezaliman dan perseteruan sebagai perjuangan suci tepat seperti apa yang digambarkan di dalam firman yang bermaksud:

“Sesungguhnya Amat buruklah apa yang mereka kerjakan itu. Mereka tidak memelihara (hubungan) Kerabat terhadap orang-orang mukmin dan tidak (pula mengindahkan) perjanjian. dan mereka Itulah orang-orang yang melampaui batas”. (At-Taubah:10)

Dan akhirnya ..

Ketika kita mengenang kemenangan Oktober, kita menegaskan bahwa faktor-faktor kemenangan dan kekuatan tersembunyi di dalam tubuh umat kita, potensi dan tenaganya tidak digembling, anggota badannya terikat, dan akal fikirannya terbantut dengan sebab peraturan yang tidak adil, undang-undang darurat serta pemerintah yang rusak dan kebebasan yang dirampas. Oleh kerana itu para penguasa  hendaklah memahami situasi sebenar ketika ini dan menginsafi hakikat tanggung jawab yang diamanahkan di pundak mereka. Mereka mesti memahami apa yang diinginkan oleh rakyat mereka. Semua ini akan disoal oleh Allah ketika mereka berdiri di hadapan-Nya nanti. Mereka akan disoal tentang tanggungjawab ke atas rakyat mereka.
Kepada seluruh ikhwanul Muslimin dan anggota umat yang mulia dan ikhlas saya kemukakan beberapa pesanan

Jadikanlah kemenangan Oktober sebagai panji harapan yang kalian kibarkan di jiwa manusia yang dahagakannya. Sesungguhnya cita-cita tinggi yang sepatutnya tersemat di jiwa mereka telah lama terancam. Reality yang sentiasa berdepan dengan kekalahan membuatkan manusia lupa bahawa mereka mempunyai kemampuan untuk menang.
Jadikanlah syiar kalian apa yang termaktub di dalam firman Allah yang bermaksud:
“Dan jangan kamu berputus asa dari rahmat Allah. Sesungguhnya tiada berputus asa dari rahmat Allah, melainkan kaum yang kafir”. (Yusuf:87)

Dan tanamkan sikap positif di dalam diri, sekalipun amal itu nampak kecil. Nabi s.a.w. pernah bersabda maksudnya: “ … sekalipun hanya menghilangkan duri dari jalan ia dikira sedekah”. Itulah contoh praktikal bahawa kita mampu melakukan pengislahan dan perubahan bersandarkan pada pengislahan jiwa.

“Sesungguhnya Allah tidak merobah Keadaan sesuatu kaum sehingga mereka merobah keadaan yang ada pada diri mereka sendiri. “ (Ar-Ra’ad:11)

Dan berikan kembali kepada kemenangan itu nilainya, dan kepada para syuhada itu kemuliaannya; dengan mendedahkan setiap percubaan untuk menjual apa yang telah kamu bina di pasar-pasar murah yang boleh ditawar menawar. Bongkarkan wajah musuh yang sebenarnya dan konspirasi mereka, dengan kayakinan penuh tanpa ada keraguan bahwa janji Allah adalah benar

“Dan Kami hendak memberi karunia kepada orang-orang yang tertindas di bumi (Mesir) itu dan hendak menjadikan mereka pemimpin dan menjadikan mereka orang-orang yang mewarisi (bumi)”. (Al-Qashash:5)

Dan ancaman Allah mengenai Zionis juga adalah benar.

“Dan (ingatlah), ketika Tuhanmu memberitahukan, bahwa Sesungguhnya dia akan mengirim kepada mereka (orang-orang Yahudi) sampai hari kiamat orang-orang yang akan menimpakan kepada mereka azab yang seburuk-buruknya. Sesungguhnya Tuhanmu amat cepat siksa-Nya, dan Sesungguhnya dia adalah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang”. (Al-A’raf: 167)

“Allah tetap menyempurnakan cahayanya meskipun orangorang kafir membenci.”

Artikel asal: http://www.ikhwanonline.com/Article.asp?ArtID=71783&SecID=213
 

My Blog List

FIKRAH & DAKWAH Copyright © 2009 Blogger Template Designed by Bie Blogger Template