Saturday, December 4, 2010

Tiada sebarang kritikan, bahkan ditegur pun tidak - AS dan Mesir

Rabu, 1 Disember 2010

Bolehkah dunia menutup mata terhadap semua penyelewengan sepanjang pilihanraya Mesir? Penipuan, kekerasan dan rasuah begitu jelas di depan mata sehinggakan AS terpaksa menggambarkan pilihanraya kali ini sebagai 'membimbangkan'.

Tapi apakah yang mereka bimbangkah?

Apakah mereka bimbang dengan rakyat marhain miskin yang tertindas? 

Atau apakah mereka bimbang dengan kediktatoran kesayangan mereka di Timur Tengah yang semakin kehilangan pegangan dalam keseimbangan kuasa yang begitu sensitif?

Ataukah, mereka bimbang dengan IM, yang walaupun kali ini kehilangan hampir semua kerusi tetapi berjaya mempertahankan kuasa popular dan pengaruh dan bahawa sesungguhnya kebenaran nyata dilihat di pihak IM.

Lantas dengan itu menyebabkan mereka, AS, secara diam-diam merestui penipuan, penyelewengan dan semua kebiadaban yang mengiringi ciri-ciri seperti itu?

Memang, banyak yang perlu dibimbangi oleh AS.

Beberapa penganalisis bimbang bahawa IM sedang didorongi ke ‘bawah tanah’ atau mungkin akan memilih untuk meninggalkan dasar ‘tanpa kekerasan’ mereka dan dengan itu menyelusuri jalan fanatik yang sering dikunjungi oleh begitu banyak kelompok minoriti yang terkecewa di seluruh dunia.

Tapi mereka tidak perlu khuatir kerana IM telah membuktikan saban kali bahawa mereka akan tetap berpegang dengan pendirian ‘tanpa kekerasan’ meskipun diprovokasi secara yang menggelisahkan. Lagipun, dek kerana mereka telah diisytiharkan sebagai sebuah entiti haram buat satu tempoh yang lama, IM mengenali kaedah bawah tanah, tapi  aparat dan kaki bantai rejim yang berkuasa ternyata  lebih  ganas dengan aparat dan kaki bantai mereka.

Dalam cubaan keras mereka menyerap kehebohan dan kebocoran maklumat dari Wikileaks, AS kelihatan hanya mampu sekadar memerhati fakta yang didedahkan. Kerana itulah sifat kebenaran, ia akan terserlah jua. Jadi sekarang jaminan AS yang kononnya berniat untuk menyuarakan kebimbangan mengenai pilihanraya kepada kerajaan Mesir, jatuh bukan saja pada telinga pekak malahan telinga yang kebingungan.

Anak jati Amerika, Philip Crowley, memiliki latar belakang yang mantap dalam hal-ehwal keganasan dan beliau diberi kepercayaan oleh Presiden Obama  sebagai Pembantu Setiausaha Negara untuk Hal Ehwal Umum pada tahun 2009. Ketika ditanya tentang penyalahgunaan kuasa secara terbuka oleh sekutu baiknya Mesir, Crowley mengatakan bahawa hubungan antara kerajaan Mesir dan rakyatnya sendiri adalah sangat penting sehingga ia menyekat peranan AS untuk 'menyuarakan keprihatinan' dan ini harus dilakukan, 'bila perlu.'

Tapi tiadakah kuasa atau pengaruh AS ke atas Mesir selain menghulurkan bantuan kewangan?

Mungkin ancaman untuk menarik balik bantuan ke atas Mesir akan memotivasikan rejim itu untuk mengikut garis panduan dan memenuhi janjinya untuk melaksanakan pilihanraya umum yang bebas dan adil.

Tetapi AS, tanpa malu dan teragak-agak enggan melakukannya, sebaliknya menegaskan kembali komitmen ‘mesranya’ dengan Mesir. Hal ini menyebabkan kita bertanya-tanya apakah lagi kezaliman yang perlu berlaku di Mesir sebelum AS membuat pendirian definitif dan seterusnya mencuba bersungguh-sungguh untuk membasmi rasuah?

Selain itu, AS tampaknya cukup yakin dengan keupayaannya, atau keupayaan kerajaan Mesir, untuk mengawal sebarang tindakan 'bawah tanah' atau 'kekerasan'. Melihat kepada fakta-fakta sekitar pilihanraya sekarang, ia ungkapan yang sesuai untuk menggambarkan rejim yang berkuasa, bukannya IM.

Pada dasarnya, kelihatan bahawa AS tidak mengambil pusing langsung tentang apa yang terjadi kepada rakyat Mesir, masalah kesopanan dan keadilan politik. Sebaliknya AS memilih untuk memejamkan mata terhadap isu-isu yang kontroversi, hanya menumpukan kepada bidang-bidang yang dipersetujui antara AS dan Mesir, mengakui bahawa mereka dan Mesir ‘pada umumnya boleh bertentang mata’, dan mereka menikmati kerjasama perisikan yang erat dan berkesan'. Rejim yang terlebih sensitif itu akan melenting jika dikritik oleh AS dalam setiap masalah panas yang menampakkan integritinya diragui.

Tapi, mungkin Mesir tidaklah sangat berharga kepada AS seperti yang disangkanya kerana tanpa bantuan luar negara, tanpa sokongan penduduk, dan tanpa moraliti, Mesir hanyalah  sekadar menjadi sekutu Amerika Syarikat yang ‘keras kepala dan tak beradab'.

Hidup dengan masing-masing terpaksa bergantung harap kepada orang lain biasanya tidak begitu selesa, tetapi bagi AS dan rejim Mesir pada waktu-waktu seperti pilihanraya ini, saling bergantung harap  sebegini di antara  mungkin sesuatu yang perlu.

Artikel asal: http://www.ikhwanweb.com/article.php?id=27379
 

My Blog List

FIKRAH & DAKWAH Copyright © 2009 Blogger Template Designed by Bie Blogger Template