Tuesday, June 29, 2010

Risalah Mursyid: Dengan Keyakinan, Harapan dan Kerja .. Umat Mampu Menempuh Kesulitan dan Mengatasi Rintangan


Risalah dari Muhammad Badie’, Mursyid Ikhwan Muslimin, 11-06-2010

Segala puji bagi Allah, Selawat dan salam ke atas Rasulullah saw dan orang-orang yang mengikutinya ..adapun selanjutnya;

Setiap individu dan bangsa dalam kehidupan mereka pasti akan menempuh berbagai kesusahan yang sangat berat dan menghadapi rintangan yang sangat sukar. Ada di antara mereka yang menyerah di hadapan rintangan tersebut, lalu duduk diam tanpa bekerja dalam menghadapinya.

Namun sejarah membuktikan para pembawa hidayah dan pendokong perubahan yang terdiri dari para nabi dan rasul serta orang-orang yang berjalan mengikut petunjuk mereka bahawa melalui keyakinan yang teguh dan harapan yang kuat serta bekerja secara berterusan segala mimpi dan kemajuan umat akan tercapai, serta umat yang bangkit mampu mendapatkan nilai diri yang sebenar iaitu memiliki kedudukan yang mulia di tengah umat atau bangsa lainnya.


Junjungan besar kita nabi Muhammad saw dan para sahabat yang mulia telah meninggalkan lipatan sejarah yang harum, di Mekah sebelum hijrah dan di Madinah setelah pembentukan Negara Islam telah menghadapi berbagai rintangan dan halangan, namun – dengan kepemimpinan baginda Nabi saw – mereka mampu dalam dua dekad tersebut menempuh segala rintangan dan mengatasi berbagai halangan hingga ketika nabi masih hidup dakwah Islam telah tersebar ke seluruh Semenanjung Arab dan setelah kewafatannya dakwah tersebar ke serata pelosok dunia hingga menjadi negeri yang makmur dan dikenali pada ketika itu.

Benarlah firman Allah:

فَلا تَحْسَبَنَّ اللَّهَ مُخْلِفَ وَعْدِهِ رُسُلَهُ إِنَّ اللَّهَ عَزِيزٌ ذُو انْتِقَامٍ

Kerana itu janganlah sekali-kali kamu mengira Allah akan menyalahi janji-Nya kepada rasul-rasul-Nya; Sesungguhnya Allah Maha perkasa, lagi mempunyai pembalasan”. (Ibrahim:47).


Nabi Ya’qub a.s ketika berkata kepada anak-anaknya setelah kehilangan dua orang anak kesayangannya:

وَأَعْلَمُ مِنَ اللَّهِ مَا لا تَعْلَمُونَ
Dan aku mengetahui dari Allah apa yang kamu tiada mengetahuinya.” (Yusuf:86)

Itulah perasaan yakin kepada Allah yang memenuhi hati seorang nabi yang mulia, bahawa dirinya akan bertemu kembali dengan kedua anaknya. Baginda telah meminta kepada anak-anaknya yang lain untuk mengiringi keyakinan itu dengan cita-cita dan kerja. Oleh karena itu baginda berkata kepada mereka seperti firman Allah:


يَا بَنِيَّ اذْهَبُوا فَتَحَسَّسُوا مِنْ يُوسُفَ وَأَخِيهِ وَلا تَيْأَسُوا مِنْ رَوْحِ اللَّهِ إِنَّهُ لا يَيْأَسُ مِنْ رَوْحِ اللَّهِ إِلَّا الْقَوْمُ الْكَافِرُونَ
“Hai anak-anakku, pergilah kamu, maka carilah berita tentang Yusuf dan saudaranya dan jangan kamu berputus asa dari rahmat Allah. Sesungguhnya tiada berputus asa dari rahmat Allah, melainkan kaum yang kafir”. (Yusuf:87)

Nabi Yaakub a.s sebenarnya menempuh jalan sama seperti yang dilakukan oleh Siti Hajar ibu nabi Ismail a.s yang ditinggalkan di tempat yang tiada orang dan di negeri yang tandus. Beliau menyatakan di saat keberangkatan nabi Ibrahim a.s bahawa:


“آلله آمرك بهذا” فقال: “نعم”، فقالت: “إذن لن يضيعنا الله”.
Dia berkata kepada suaminya, “Apakah Allah yang memerintahkan Engkau demikian” nabi menjawab: Ya. Lalu beliaupun berkata lagi: “Kalau begitu, Allah pasti tidak akan menyia-nyiakan kami

Ketika Siti Hajar kehabisan bekalan makanan untuknya dan anak yang masih menyusu, beliau tidak duduk menunggu jalan keluar dan memenuhi hatinya dengan keyakinannya kepada Allah dalam mencapainya. Namun beliau bangkit, bergerak dan mengerahkan seluruh tenaganya, berlari-lari anak hingga tujuh pusingan antara bukit Sofa dan bukit Marwah. Beliau mengambil sebab dan menyambut panggilan fitrahnya yang melarang diri dari duduk-duduk dan berputus asa.

Demikian juga yang dilakukan oleh Nabi Muhammad saw yang menyahut panggilan dan perintah Allah. Baginda telah memenuhi hatinya dengan keyakinan penuh kepada Allah dan tidak mengenepikan harapan yang ada dalam dirinya untuk mencapai janji Allah untuknya. Justeru baginda bergerak dengan dakwah yang penuh keberkatan ke seluruh kota Mekah, kemudian pergi ke Taif, dan melakukan lawatan pada musim haji sambil memperkenalkan diri
kepada para delegasi dari suku-suku Arab.

Tugasan terakhir baginda adalah hijrah ke Madinah Al-Munawwarah untuk memenangkan dakwah Islam dan setelah itu nabi saw dapat kembali ke kota Mekah, membuka dan memenangkan dengan penuh ketundukan dan kerendahan hati di hadapan Allah dengan menerima kelebihan yang besar di sisi-Nya.


- Itulah keyakinan yang tidak goyah untuk percaya kepada Allah Yang Maha Esa.
- Itulah harapan yang sentiasa diperbaharui, yang tidak akan hilang dalam diri orang beriman.
- Itulah kerja yang berterusan dan gerakan yang berdisiplin yang tidak berhenti untuk mencapai matlamat.
- Itulah penerusan dan jalan yang panjang untuk mencapai matlamat.
Begitu juga kita yang berada di zaman ini berhadapan dengan situasi di mana setengah golongan yang menghantar pesanan yang berbau putus asa dan kekecewaan, sama ada pada peringkat antarabangsa, dalam isu Palestin atau di negara kita Mesir.

Kami katakankan dengan penuh keyakinan: tidak ada ruang dalam jiwa kami untuk berputus asa, kami tidak akan sekali-kali duduk diam, dan kami tidak akan sekali-kali menyerah. Kami tetap percaya terhadap janji Allah kepada orang-orang beriman, meyakini janji Allah kepada para mujahidin, dengan terus berusaha untuk memburu matlamat kami untuk mengembalikan kebebasan bangsa dan kemerdekaan negara serta untuk mencapai keamanan, kestabilan dan pembangunan yang adil bagi setiap rakyat dengan asas Islam yang suci.


Musuh kita Zionis Israel yang disokong oleh Amerika dan Eropah, seakan ingin menyatakan kepada orang-orang yang terkepung di Gaza sejak 4 tahun yang lalu dan kepada rakyat Palestin di bawah pendudukan selama 60 tahun, bahawa tidak ada harapan lagi untuk mereka. Zionis telah mencuba dengan berbagai cara membibitkan perasaan putus asa dalam jiwa dan hati orang-orang yang yakin dengan kebenaran dan keadilan terhadap rakyat Palestin, namun usaha mereka tetap gagal, bahkan muncul berita gembira kepada mereka yang sentiasa percaya kepada janji Allah tentang berita dan perkembangan yang sama sekali tidak disangka-sangka oleh semua orang.


Pengepungan kian kuat dan ditambah dengan pembangunan tembok besi di bawah tanah atas dorongan dan bantuan Amerika untuk memperketat pengepungan dengan menutup pintu-pintu kehidupan, bantuan dan penyeludupan melalui terowongan bawah tanah, dan perjanjian strategik ditandatangani oleh Amerika – atas nama untuk Mesir – dengan Zionis Israel untuk memperketat sekatan laut, dan kawalan musuh dalam semua urusan penyeberangan, termasuk pintu sempadan Rafah yang berada di bawah kawalan Mesir dari terbuka secara terus menerus.


Justeru usaha misi kemanusiaan flotila melalui laut yang disertai para pahlawan yang berusaha menembusi pengepungan yang anggotai lebih dari 40 negara Islam, Kristian dan Yahudi, termasuk anggota dewan, wanita, anak-anak dan orang tua yang gagah berani dari warga Palestin yang diduduki, negara-negara Arab dan Islam, dan seluruh Negara Eropah dan lain-lainnya, untuk mengumumkan keyakinan dan kepercayaan tentang hampirnya kehancuran pengepungan dan berakhirnya pendudukan, melalui daya usaha yang terus menerus dan berpanjangan walau terpaksa berhadapan dengan berbagai tipu daya dan rancangan jahat musuh. Sesungguhnya darah suci yang ditumpahkan di atas kapal “Mavi Marmara” dan penahanan terhadap ratusan aktivis tidak pernah menghentikan kegigihan para aktivis untuk menghancurkan pengepungan yang tidak adil yang telah menyebabkan warga Gaza kelaparan dan mengepung 1.5 Juta penduduk dan mengubah Semenanjung Gaza menjadi sebuah penjara terbesar di dunia, dan diikuti pula dengan keberanian dan kegigihan kapal kebebasan Ireland Rachel Corrie.


Di Mesir, berulang kali Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) melakukan penipuan semasa proses pengundian dan menghalang rakyat bersuara secara bebas dan bersih ke dalam peti undi untuk memilih ahli parlimen dan dewan undangan negeri. Ini merupakan pesanan untuk membibitkan perasaan putus asa dan kehampaan yang diingini oleh sebilangan pemimpin sambil berkata kepada semua orang: “Tidak ada harapan, dan tidak ada jalan.”, Sebaliknya mesti menyerah sepenuhnya kepada sebilangan mereka yang dianggap bahawa mereka memiliki kemampuan individu untuk membentuk dan mengubah nasib bangsa dan keadaan negara, dan menutup segala kekuatan yang berpotensial untuk bergabung dalam pembanguan negara.


Kami sampaikan atas nama suara rakyat yang kuat dalam menghadapi pesanan tersebut:


- Kami membawa pesanan keyakinan dan kepercayaan kepada Allah dan janji-Nya untuk para pejuang dan para mujahidin.

- Kami membawa pesanan harapan yang penuh tentang kemenangan pilihan rakyat melawan ketidakadilan dan kekejaman, kezaliman dan kerosakan.


- Kami membawa pesanan untuk terus bekerja keras dalam ruang lingkup perlembagaan dan undang-undang, serta perjuangan mengikut lunas undang-undang secara aman sehingga tercapai harapan semua rakyat Mesir dalam sistem politik demokrasi. Kami inginkan peralihan kuasa secara aman antara kekuatan dan parti politik mengikut kemahuan dan pilihan bangsa yang inginkan kebebasan. Ini kerana umat harus menjadi pemilik yang hak dan sumber kekuatan.


Allah Maha Besar dan segala puji hanya bagi Allah .. selawat dan salam ke atas nabi kita Muhammad saw beserta keluarganya dan para sahabatnya.


Artikel asal: http://www.ikhwanonline.com/Article.asp?ArtID=66318&SecID=213

Monday, June 21, 2010

IM dan NAC setuju atas tindakan bersama politik


Khamis, Jun 17, 2010





Mursyidul Am IM Dr. Mohamed Badie bertemu Hassan Nafaa, penyelaras umum Kesatuan Nasional untuk Perubahan (National Association for Change, NAC) di ibu pejabat IM.


Pertemuan yang dianggap berjaya itu meneroka mekanisme-mekanisme sesuai yang mungkin diguna pakai untuk tindakan bersama politik pada masa depan.


Dr. Essam el Erian, jurucakap media gerakan itu menyatakan bahawa perwakilan NAC berterima kasih kepada pengerusi IM kerana menyertai inisiatif NAC untuk melaksanakan reformasi politik.


Dr. Mohamed Morsy, jurucakap IM dan ahli Maktab Irsyad menambah bahawa perjumpaan itu menjelaskan kaedah-kaedah untuk mencapai tujuh tuntutan yang termaktub dalam kenyataan pro-reformasi NAC, yang bertepatan dengan agenda reformasi blok IM.


Langkah pertama agenda itu mensasarkan untuk meningkatkan kesedaran rakyat terhadap kesan negatif daripada penipuan undi oleh Parti Demokratik Kebangsaan dalam pilihanraya Majlis Syura Mesir yang baru lepas kepada masa depan politik dan kestabilan negara, di samping untuk menyatukan pembangkang menjelang pilihan raya Majlis Rakyat dan Presiden yang akan datang.


Nafaa memuji IM atas kesediaan mereka untuk bekerjasama dengan semua kekuatan politik di Mesir, yang akan mendatangkan lebih banyak manfaat kepada semua rakyat Mesir. IM menyatakan bahawa ia akan menyertai semua kegiatan NAC, termasuk mesyuarat, demonstrasi dan petisyen
.

Artikel asal: http://www.ikhwanweb.com/article.php?id=25306

Thursday, June 17, 2010

Risalah Mursyid:Jati diri dan Sikap Positif Jalan Menuju Kebangkitan Umat




Risalah dari Dr. Muhammad Badie’, Mursyid Am Ikhwan Muslimin,

27-05-2010

Segala puji bagi Allah, selawat dan salam ke atas Rasulullah saw dan orang-orang yang mengikutinya…selanjutnya

Jika setiap orang menyedari kedudukannya yang diberikan oleh Islam lalu memberikan perhatian penuh terhadap kehidupan ini, maka dirinya akan mengetahui nilai jati diri, tarbiyah dan pendidikannya, terutama kerana kita semua dilahirkan dalam keadaan fitrah (suci). Oleh karena itu kita hendaklah menyedari tanggung jawab menjaga lembaran putih kehidupan kita, dengan merasai tanggungjawab, menjauhkan dari kecelaruan, mementingkan diri dan egoisme, dan berusaha membersihkan dan meningkatkan diri yang merupakan termasuk prinsip-prinsip langkah bermula dan penglibatan.

Kita sangat perlu kepada ketaqwaan yang menumbuhkan kepercayaan dalam jiwa, bertawakkal kepada-Nya, meminta pertolongan serta bergantung sepenuh kepada-Nya. Betapa perlunya diri kita dengan pergantungan dengan Allah hasil dari ketaqwaan kerana memberikan kesedaran dan kefahaman sehingga dapat memimpin kita untuk berfikir dan merenung, mendapat petunjuk dan mempunyai akhlak yang seimbang dalam kehidupan ini.

Allah SWT berfirman:

قُلْ هَذِهِ سَبِيلِي أَدْعُو إِلَى اللَّهِ عَلَى بَصِيرَةٍ أَنَا وَمَنِ اتَّبَعَنِي

“Katakanlah: “Inilah jalan (agama) ku, aku dan orang-orang yang mengikutiku mengajak (kamu) kepada Allah dengan hujjah yang nyata, Maha suci Allah, dan aku tiada Termasuk orang-orang yang musyrik”. (Yusuf:108)

Kehidupan orang yang mempunyai jati diri sentiasa mendahului dan bersegera

Terdapat riwayat mengenai Dzul Jushan. Nabi saw telah menyerukan Islam kepadanya setelah perang Badar, baginda berkata: “Wahai Dzul Jushan! Tidakkah engkau masuk Islam sehingga menjadi orang yang terkehadapan pada umat ini?" Maka iapun menolaknya dan berkata:

“Jika engkau berjaya menguasai Mekah dan menghuninya (baru aku masuk Islam)”, Nabi saw bersabda lagi: “Jika engkau masih hidup nanti, kelak akan menyaksikannya,” Pada satu masa kemudian Dzul Jushan berkata: “Demi Allah, ketika aku bertemu seseorang yang datang sambil berkendaraan. Aku bertanya: Anda dari mana? Dia menjawab: Dari Mekah. Aku bertanya lagi: Apa berita yang anda bawa? Ia berkata: Nabi Muhammad telah menguasai Mekah dan mendudukinya. Dzul Jushan berkata: “Aku katakan: Aku telah dibohongi ibuku! Seandainya aku masuk Islam pada saat itu (alangkah lebih baik)”. (Usudul ghabah)

Pada ketika berlaku perang Al-Yamamah, Khalid Al-Walid merasakan bahangnya pertempuran, membara dan menuncak, dia berpaling kepada al-Barra bin Malik dan berkata: “Pergilah menuju mereka wahai pemuda Ansar .. lalu al-Barra berpaling kepada kaumnya dan berseru: “Wahai Ansar, jangan ada di kalangan kalian seorangpun yang berfikir untuk kembali ke Madinah! Sesungguhnya tidak ada lagi kota Madinah untuk kalian selepas ini. Yang ada hanyalah Allah Yang Esa kemudian syurga. Kemudian dia meluru ke arah musyrikin dan mereka meluru bersamanya. Inilah kewajipan kita yang utama dan paling penting, iaitu mencabut sifat wahan dari hati. Dan mulakanlah dengan mencabutnya dari hatimu!

Dari manakah timbul jati diri kita?

Sesungguhnya Allah telah menetapkan langkah untuk mencapai keberkesanan dalam melakukan perbaikan dan perubahan ialah dengan kekuatan jati diri.

Allah SWT berfirman:

يَا يَحْيَى خُذِ الْكِتَابَ بِقُوَّةٍ

“Wahai Yahya, ambillah buku ini dengan penuh kekuatan” (Maryam: 12)

Iaitu kekuatan dalam mengembangkan potensi diri, kekuatan dalam menghadapi kesukaran, kekuatan dalam meninggikan nilai atau harga diri dan kekuatan keyakinan pada diri dan cita-cita, sekalipun rintangan dan cubaan sentiasa menghadang. Sesungguhnya kesukaran merupakan wahana paling berkesan dalam menggilap cita-cita dan menguatkan kemahuan.

Orang yang mempunyai kemahuan yang kuat akan berusaha mengatasi segala rintangan walau sebesar mana sekalipun. Maka di situlah letaknya kemenangan.

Bagi mereka yang tidak memiliki kekuatan diri menghadapi kelemahan dan putus asa dalam melakukan perbaikan dan perubahan, maka mereka hanya membawa berita-berita bodoh tentang kemalasan, kelalaian serta ketidakpedulian, seperti kenyataan yang menyebut apa manfaatnya menyertai pilihanraya umum sedangkan keputusannya sudah diduga? Dan berbagai lagi halangan dan rintangan. Cara untuk menghilangkan halangan-halangan ini adalah dengan terus menerus bekerja sesuai dengan matlamat, terurus dan berkesinambungan sehingga dapat mencapai jati diri dalam bekerja.

Allah SWT berpesan kepada Rasul-Nya saw:
فَاسْتَمْسِكْ بِالَّذِي أُوحِيَ إِلَيْكَ إِنَّكَ عَلَى صِرَاطٍ مُسْتَقِيمٍ
“Maka berpegang teguhlah kamu kepada agama yang telah diwahyukan kepadamu. Sesungguhnya kamu berada di atas jalan yang lurus”. (Az-Zukhruf:43)

Sabda Nabi saw: “Jika anda telah mengetahuinya maka berilah komitmen”; Maksudnya apabila sesuatu tanggungjawab tersebut menjadi tanggungjawab anda, dan anda wajib mempunyai keyakinan tentang kemuliaan amanah yang ada pikul dan ganjaran besar yang menanti anda.

Dari sini kita mula bebas dari berbagai kekangan, kerana kebebasan adalah ruh kepada amal atau kerja yang berterusan. Kebebasan dan kemerdekaan adalah satu cara mengatasi segala bentuk penindasan dan kekejaman luaran. Begitu juga membebaskan diri dari penghambaan terhadap hawa nafsu , kerana pada hakikatnya jiwa manusia cintakan kebebasan dan kemerdekaan, dan lubuk hatinya juga sangat menyenangi hidup di dalam kemerdekaan.

Hal ini tidak akan tercapai kecuali dengan menghambakan diri kepada Allah dengan penuh keikhlasan, menentang sebarang bentuk kekejaman luaran dan perhambaan dalaman. Nabi saw bersabda:
“Barangsiapa yang rela dengan kehinaan dirinya dengan taat kepada yang lain tanpa ada paksaan maka bukan golongan kami”,
“Barangsiapa yang meninggal dalam mempertahankan hartanya maka ia adalah syahid, barangsiapa yang meninggal kerana mempertahankan tanah kelahirannya maka ia adalah syahid dan barangsiapa yang meninggal dalam rangka mempertahankan kehormatannya maka ia adalah syahid”;

Allah SWT juga berfirman:
Maka datanglah sesudah mereka, pengganti (yang keji) yang menyia-nyiakan solat dan memperturutkan hawa nafsunya, Maka mereka kelak akan menemui kesesatan”. (Maryam: 59)

Nabi saw juga bersabda:

Binasalah hamba dinar, Binasalah hamba dirham, Binasalah hamba permaidan), Binasalah hamba makanan”

Justeru melalui sifat jati diri inilah akan mampu membangkitkan umat Islam, dan mampu mendorong jiwa dalam menunaikan tugas dan amanah dengan baik. Namun jika jati diri ini hilang maka pelbagai usaha akan berubah menjadi kerja yang dilakukan secara sambil lewa, tidak menggunakan akal, tidak memahami, dan tidak teliti.

Sikap positif jalan membina umat

Di antara hak umat ke atas anggotanya adalah: menjadikan umat sentiasa wujud dalam fikiran dan akal mereka di manapun mereka berada dan merasai tanggung jawab penuh terhadapnya. Hak umat ke atas setiap anggotanya bukanlah hal yang baru bagi mereka, malahan suatu umat dapat dibangunkan melalui anggotanya yang memiliki sikap positif, ketika mereka mahu menukar fikiran, nilai-nilai dan konsep kepada praktis dan perilaku secara nyata dan realiti.

Allah berfirman:
مَنْ عَمِلَ صَالِحًا مِنْ ذَكَرٍ أَوْ أُنْثَى وَهُوَ مُؤْمِنٌ فَلَنُحْيِيَنَّهُ حَيَاةً طَيِّبَةً وَلَنَجْزِيَنَّهُمْ أَجْرَهُمْ بِأَحْسَنِ مَا كَانُوا يَعْمَلُونَ

“Barangsiapa yang mengerjakan amal saleh, baik laki-laki maupun perempuan dalam Keadaan beriman, Maka Sesungguhnya akan Kami berikan kepadanya kehidupan yang baik dan Sesungguhnya akan Kami beri balasan kepada mereka dengan pahala yang lebih baik dari apa yang telah mereka kerjakan”. (An-Nahl:97)

Sejarah umat manusia menguatkan keadaan tersebut, maka Al-Banna menyatakan:

“Bahawa suatu bangsa dan peradabannya akan jatuh dan runtuh oleh kerana runtuhnya nilai-nilai dalaman bukan luaran, terutama yang berkaitan dengan keruhanian (semangat), kehendak dan akhlak. Jatuhnya suatu bangsa merupakan sunnah ilahiyah yang adil. Pertama kerana Allah SWT tidak akan mengubah nasib suatu kaum sampai mereka yang mengubah nasib mereka sendiri. Oleh kerana itu, perubahan keadaan menuju yang terbaik terletak di tangan umat itu sendiri biarpun keadaan umat masih lagi buruk. Namun pemulihan tetap dapat dilakukan pada bila-bila masa dengan syarat memiliki keinginan yang kuat. Tanggung jawab untuk menyelamatkan umat dari keruntuhan adalah tanggung jawab semua anggota dan warganya tanpa terkecuali, mengikut bidang masing-masing, sesuai dengan kemampuan dan potensinya, dengan syarat semua orang yang terlibat dalam penyelamatan ada perasaan tanggung jawab dan kepercayaan diri terhadap kemampuannya untuk melakukan pengislahan dan perubahan. Berdasarkan penegasan ini maka kebangkitan umat mungkin berlaku bahkan pasti berlaku. Kita semua memiliki unsur-unsur kekuatan dan kebangkitan, asalkan kita tahu bagaimana menggunakannya untuk kepentingan umat dan berkhidmat kepadanya”.

Dalam Al-Qur’an banyak contoh-contohnya.

Allah berfirman:
وَجَاءَ مِنْ أَقْصَى الْمَدِينَةِ رَجُلٌ يَسْعَى قَالَ يَا قَوْمِ اتَّبِعُوا الْمُرْسَلِينَ . اتَّبِعُوا مَنْ لا يَسْأَلُكُمْ أَجْرًا وَهُمْ مُهْتَدُونَ . وَمَا لِي لا أَعْبُدُ الَّذِي فَطَرَنِي وَإِلَيْهِ تُرْجَعُونَ
“Dan datanglah dari hujung kota, seorang laki-laki dengan bergegas-gegas ia berkata: “Hai kaumku, ikutilah utusan-utusan itu”. ikutilah orang yang tiada minta balasan kepadamu; dan mereka adalah orang-orang yang mendapat petunjuk. Mengapa aku tidak menyembah (tuhan) yang telah menciptakanku dan yang hanya kepada-Nya-lah kamu (semua) akan dikembalikan? (Yasin:20-22) adalah kerana jati diri dan sikap positif.

Allah juga berfirman:
﴿ وَقَالَ رَجُلٌ مُؤْمِنٌ مِنْ آلِ فِرْعَوْنَ يَكْتُمُ إِيمَانَهُ أَتَقْتُلُونَ رَجُلاً أَنْ يَقُولَ رَبِّي اللهُ وَقَدْ جَاءَكُمْ بِالْبَيِّنَاتِ مِنْ رَبِّكُمْ وَإِنْ يَكُ كَاذِبًا فَعَلَيْهِ كَذِبُهُ وَإِنْ يَكُ صَادِقًا يُصِبْكُمْ بَعْضُ الَّذِي يَعِدُكُمْ

“Dan seorang laki-laki yang beriman di antara Pengikut-pengikut Fir’aun yang Menyembunyikan imannya berkata: “Apakah kamu akan membunuh seorang laki-laki kerana Dia menyatakan: “Tuhanku ialah Allah padahal Dia telah datang kepadamu dengan membawa keterangan-keterangan dari Tuhanmu. dan jika ia seorang pendusta, maka Dialah yang menanggung (dosa) dustanya itu; dan jika ia seorang yang benar nescaya sebahagian (bencana) yang diancamkannya kepadamu akan menimpamu”. (Ghafir:28) adalah kerana jati diri dan sikap positif.

Dalam hadits disebutkan:
ورجل آخذ بعنان فرسه كلما سمع هيعة طار إليها
“Dan seseorang yang sentiasa memegang tali kekang kudanya. Setiap kali dia mendengar panggilan spontan meloncat kepadanya” adalah kerana jati diri dan sikap positif.

Dan sabda nabi saw:
المؤمن إلف مألوف، ولا خير فيمن لا يألف ولا يؤلف
“Seorang mukmin adalah kesatuan dan sentiasa bersat. Tiada sebarang kebaikan terhadap orang yang tidak bersatu dan tidak boleh disatukan” adalah kerana jati diri dan sikap positif.
Dengan pertimbangan ini menjadi bekal gerakan kita

Yang dimaksudkan bersikap positif adalah bergerak bersama umat dan di dalam masyarakat, sehingga seseorang individu hidup untuk memberi manfaat kepada orang lain dalam gerakan yang berterusan dan tidak mengenal erti berhenti. Melalui pertimbangan ini kita akan menghadapi berbagai konspirasi, kerana musuh-musuh Islam tidak akan berhenti melakukan konspirasi dari satu keadaan kepada keadaan yang lain. Oleh kerana itu di antara bentuk proses menuju sikap positif adalah menyedari dan mengenal berbagai perencanaan konspirasi, tidak tertipu oleh idea-idea tipu muslihat mereka, tidak terpengaruh dengan berbagai propaganda mereka, sentiasa berhati-hati terhadap seruan-seruan mereka yang menghancurkan dan menghadapi serangan-serangan mereka dengan memberikan berpegang kepada agama dan mempertahankannya .. Imam Al-Banna telah memberikan peringatan kepada kita supaya tidak terjerumus dengan tipu daya mereka, menyimpang dari jalan dan berdamai dengan mereka serta tertipu dengan tipu muslihat mereka”.

Justeru, kami mengingatkan kepada sesiapa sahaja yang ingin menggapai jati diri dan sikap positif untuk berhati-hati dari perbuatan dosa dan maksiat, lemah kemahuan, kejahilan, kejumudan, sibuk dengan dunia, berlepas tangan dari realiti umat. Semua ini telah diusahakan oleh musuh sehingga tercapai matlamatnya, supaya umat membiarkan mereka tinggal bersama, merampas kekayaan umat, dan mencuri hasil mahsulnya ketika anggota umat dalam keadaan lalai.

Sungguh indah apa yang diungkapkan oleh Imam Al-Banna, ketika beliau merumuskan jalan menuju jati diri sebenar ialah dengan empat sifat:
متين الخلق، قوي الجسم، مثقف الفكر، قادر على الكسب”، ثم وجهنا إلى التربية الذاتية بثلاث صفات: “سليم العقيدة، صحيح العبادة، مجاهد لنفسه”، وبهذا تتحقق الإيجابية بثلاث صفات: “منظم في شئونه، حريص على وقته، نافع لغيره

“Akhlak yang teguh, tubuh yang kuat, berfikiran intelek, mampu mencari nafkah sendiri, ” kemudian kita diarahkan pada tarbiyah diri dengan tiga sifat: “akidah yang sejahtera, ibadah yang sahih, bermujahadah pada dirinya sendiri”, sehingga dengan demikian mampu membentuk sikap positif dengan tiga sifat lainnya: “Teratur dalam urusannya, mengisi masanya, dan bermanfaat bagi orang lain.”

Wahai umat Islam,

Berilah perhatian kalian terhadap pembinaan jati diri dan sikap positif, gunakanlah potensi-potensi kalian, kerana umat sangat memerlukan apa yang dapat kalian berikan walaupun sedikit, bekerjalah untuk menggilapkan cita-cita kalian, dan doronglah masyarakat untuk bekerja dan berusaha, gunakanlah kesempatan sebaik mungkin ..

Imam Ali ra pernah berkata:
الفرصة تمر مر السحاب، فانتهزوا فرص الخير
“Kesempatan berlalu seperti berlalunya awan, maka gunakanlah kesempatan tersebut sebaik-baiknya”.

Dan selidikilah realiti yang ada kerana hal tersebut merupakan sebahagian dari perencanaan,”
Imam Al-Banna menyatakan tentang sifat orang yang memiliki cita-cita yang tinggi:
“Iaitu yang sentiasa berfikir, memberi perhatian yang utama, jika dijemput segera menerima, jika dipanggil segera menyahut, tidak menjauhkan diri dari medan amal, dia merasai kerehatan, keseronokan dan kenikmatannya di dalam bekerja. Matlamatnya adalah mencapai keredhaan Allah dan mendapat syurga serta menjadi sebaik-baik manusia, sebagaimana yang disifatkan oleh Rasulullah s.a.w. di dalam hadis baginda:
خير الناس أنفسهم للناس
“sebaik-baik manusia adalah yang bermanfaat untuk manusia.”

Hindarilah sikap negatif terhadap umat manusia, kerana orang yang memiliki sikap positif sentiasa membersihkan hati mereka dari yang negatif, dan mendorong orang-orang yang bersamanya supaya memiliki sikap positif untuk bekerja. Renungkanlah apa yang diucapkan oleh orang-orang yang memiliki sikap negatif ketika melihat situasi umat seperti yang dirakamkan oleh Allah dalam FirmanNya:
لِمَ تَعِظُونَ قَوْمًا اللَّهُ مُهْلِكُهُمْ أَوْ مُعَذِّبُهُمْ عَذَابًا شَدِيدًا

“Mengapa kamu menasihati kaum yang Allah akan membinasakan mereka atau mengazab mereka dengan azab yang amat keras?”

Lalu Al-Qur’an merakam pula apa yang diungkapkan oleh orang-orang yang berjiwa positif. Allah berfirman:
مَعْذِرَةً إِلَى رَبِّكُمْ وَلَعَلَّهُمْ يَتَّقُونَ

“mereka menjawab: “Agar Kami mempunyai alasan (pelepas tanggung jawab) kepada Tuhanmu, dan supaya mereka bertakwa”. (Al-A’raf:164)

Dan akhir dari seruan dan doa kami adalah bahawa segala puji hanya milik Allah.

Artikel asal http://www.ikhwanonline.com/Article.asp?ArtID=65530&SecID=213

Monday, June 7, 2010

Risalah Mursyid: Gaza menghamburkan percikan kemerdekaan dan kemuliaan kepada dunia


3 Jun 2010







Segala puji bagi Allah, selawat dan salam ke atas Rasulullah, keluarga dan sahabat-sahabat baginda serta semua yang mengikutinya sehingga ke hari pembalasan.

Amma ba’du…


Sesungguhnya kebebasan adalah satu daripada fitrah manusia, anugerah dari Allah untuk seluruh makhluk-Nya. Tidak ada seorangpun – walau setinggi mana kedudukannya - berhak untuk merampasnya.

Hakikat ini sangat jelas.
Allah s.w.t. sendiri tidak memaksa sesiapapun supaya beriman kepada-Nya sebagaimana ditegaskan di dalam firman-Nya (لَآ إِكۡرَاهَ فِى ٱلدِّينِ‌ۖ), maksudnya “Tidak ada paksaan dalam agama (Islam)…” (Al-Baqarah:256).

Kebebasan paling tinggi terpapar di persada maya, pada keEsaan Allah Yang Maha Tunggal, mencipta dan mentadbir. Dan perhambaan diri kepada Dia Yang Esa adalah kemuncak kebebasan paling tinggi bagi umat manusia. Dengan mengabdikan kepada Allah, manusia bebas dari menyembah tiga ‘tuhan’ yang sebenarnya tidak layak dilayak disembah: batu, manusia dan hawa nafsu.

Pengabdian diri kepada Allah juga membebaskan manusia dari kongkongan pengabdian kepada adat resam dan budaya bangsa, bebas dari pengaruh manusia dan bebas dari cengkaman nafsu durjana. Dengan mengabdikan diri kepada Allah, darjat manusia terangkat ke mercu ketinggian, mencecah kebenaran, menjadi hamba kepada Yang Maha Benar, Maha Esa dan Maha Tunggal, tempat bergantung segala sesuatu, tiada bandingan dan tiada sekutu.

Sesebuah Negara tidak akan bebas, tidak akan memperoleh kemerdekaan yang hakiki dari sebarang bentuk penjajahan kecuali apabila rakyatnya telah merdeka jiwa raganya. Inilah maksud firman Allah s.w.t. (إِنَّ ٱللَّهَ لَا يُغَيِّرُ مَا بِقَوۡمٍ حَتَّىٰ يُغَيِّرُواْ مَا بِأَنفُسِہِمۡ‌ۗ ) maksudnya: “Sesungguhnya Allah tidak mengubah apa yang ada pada sesuatu kaum sehingga mereka mengubah apa yang ada pada diri mereka sendiri…” (Ar-Ra’d:11).

Dan bangsa yang paling berhak hidup ialah yang paling banyak berkorban untuk mencapai kebenaran.
Sesungguhnya Islam telah datang untuk membebaskan manusia daripada perhambaan kepada selain Allah. Hal ini pernah diungkapkan dengan begitu indah sekali oleh pahlawan Islam Rab’ei bin ‘Aamir: “Sesungguhnya Allah telah membangkitkan kami supaya kami mengeluarkan hamba-hamba-Nya daripada menyembah hamba kepada menyembah Tuhan sekelian hamba, daripada kezaliman agama-agama kepada keadilan Islam dan daripada kesempitan dunia kepada keluasan dunia dan akhirat”.

Kata-kata ini sejajar dengan ungkapan yang pernah ditegaskan oleh Nabi Allah Musa a.s. ketika beliau berjuang untuk membebaskan Bani Israel dari cengkaman Firaun (وَتِلۡكَ نِعۡمَةٌ۬ تَمُنُّہَا عَلَىَّ أَنۡ عَبَّدتَّ بَنِىٓ إِسۡرَٲٓءِيلَ ) maksudnya “Dan budimu memeliharaku yang engkau bangkit-bangkitkan itu adalah kerana engkau telah bertindak memperhambakan kaum Bani Israil.” (Asy-Syu’ara’:22)


Wahai dunia seluruhnya…


Sesungguhnya kebebasan manusia semua tidak akan tegak kecuali di bawah naungan Islam. Islam memberikan kebebasan kepada semua golongan hidup di bawah dakapannya tanpa membeza-bezakan antara manusia berdasarkan agama yang dianutinya, bangsa dan warna kulitnya, status sosial serta darjat keturunannya. Semuanya sama dari segi hak mendapat kebebasan.

Islam berpegang kepada prinsip manusia semuanya berasal dari Adam, dan Adam berasal dari tanah. Tiada kelebihan bagi orang Arab atau Ajam kecuali dengan taqwa. (يَـٰٓأَيُّہَا ٱلنَّاسُ إِنَّا خَلَقۡنَـٰكُم مِّن ذَكَرٍ۬ وَأُنثَىٰ وَجَعَلۡنَـٰكُمۡ شُعُوبً۬ا وَقَبَآٮِٕلَ لِتَعَارَفُوٓاْ‌ۚ إِنَّ أَڪۡرَمَكُمۡ عِندَ ٱللَّهِ أَتۡقَٮٰكُمۡ‌ۚ إِنَّ ٱللَّهَ عَلِيمٌ خَبِيرٌ۬) maksudnya “Wahai umat manusia! Sesungguhnya Kami telah menciptakan kamu dari lelaki dan perempuan dan Kami telah menjadikan kamu berbagai bangsa dan bersuku puak, supaya kamu berkenal-kenalan (dan beramah mesra antara satu dengan yang lain). Sesungguhnya semulia-mulia kamu di sisi Allah ialah orang yang lebih takwanya di antara kamu, (bukan yang lebih keturunan atau bangsanya). Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui, lagi Maha Mendalam PengetahuanNya (akan keadaan dan amalan kamu).” (Al-Hujurat:13)

Adakah di sana terdapat satu pendirian yang lebih hebat daripada pendirian yang telah ditunjukkan oleh Umar bin al-Khattab ketika dia melayan gabenornya di Mesir, ‘Amru bin al-Aas r.a.? Anak kepada gabenor, telah menampar seorang Kristian sambil berbangga dengan kedudukan dan kemuliaan datuk neneknya. Lalu Umar mengeluarkan perintahnya: “tangkap anak orang yang mulia itu, dan kenakan dia hukuman qisas dengan perintah Umar!” Dan kepada ‘anak orang yang mulia’ itu Umar mengajukan soalan cepu masnya: “bilakah kamu dibenarkan memperhambakan manusia, sedangkan mereka telah dilahirkan ibu mereka sebagai insan yang merdeka?”

Sesungguhnya Islam, sejak dahulu, sekarang dan akan datang merupakan payung rahmat, keadilan, kebebasan, persamaan yang meliputi seluruh persada bumi dan menaungi seluruh manusia, hamba kepada Penciptanya.
Kebebasan adalah sesuatu yang difardhukan.

Sesungguhnya Imam al-Banna telah menegaskan sejak permulaan munculnya gerakan dakwah ini bahawa kemerdekaan adalah sesuatu yang difardhukan di dalam Islam.

Beliau berkata: “Apabila kamu ditanya, kamu menyeru manusia kepada apa? Maka jawablah, kami menyeru kepada Islam yang dibawa oleh junjungan kami, Muhammad s.a.w. dan kerajaan adalah sebahagian daripadanya, kebebasan adalah satu fardhu daripada fardhu-fardhunya. Sekiranya mereka bertanya lagi, itu adalah politik. Maka katakanlah kepada mereka, inilah Islam dan kami tidak mengenali pembahagian-pembahagian yang kamu nyatakan itu!
Seterusnya beliau menyatakan dengan lebih jelas lagi: adapun kata-kata kami bahawa kami adalah orang politik, yang kami maksudkan ialah kami mengambil berat tentang urusan umat kami dan kami beriktiqad bahawa kekuatan dalam melaksanakan ajaran Islam adalah sebahagian daripada ajaran Islam itu sendiri. Ia termasuk di dalam ruang lingkupnya dan teradun di bawah hukum-hakamnya. Kami percaya bahawa kebebasan politik dan kemuliaan bangsa adalah satu tiang daripada tiang-tiang Islam yang utuh, satu kewajipan daripada kewajipan-kewajipannya.

Dan kami berusaha bersungguh-sungguh untuk menyempurnakan kebebasan serta institusi pelaksanaannya. Dalam kami melaksanakan usaha ini, kami yakin bahawa kami tidak mendatangkan sesuatu yang baru. Semua ini diketahui oleh setiap muslim yang mempelajari Islam dengan betul. Kami tidak mengetahui tentang dakwah kami, dan tidak boleh membayangkan kewujudannya melainkan untuk melaksankan tujuan ini. Kami tidak akan berganjak daripadanya walau seurat rambut sekalipun daripada tugas dakwah kepada Islam dengan makna ini. Islam tidak menuntut daripada muslim berdakwah dengan sekadar memberi nasihat dan peringatan sahaja.

Sebaliknya Islam sentiasa menyeru agar berjuang dan berjihad (وَٱلَّذِينَ جَـٰهَدُواْ فِينَا لَنَہۡدِيَنَّہُمۡ سُبُلَنَا‌ۚ وَإِنَّ ٱللَّهَ لَمَعَ ٱلۡمُحۡسِنِينَ ) maksudnya, “Dan orang-orang yang berusaha dengan bersungguh-sungguh kerana memenuhi kehendak agama Kami, sesungguhnya Kami akan memimpin mereka ke jalan-jalan Kami (yang menjadikan mereka bergembira serta beroleh keredaan) dan sesungguhnya (pertolongan dan bantuan) Allah adalah berserta orang-orang yang berusaha membaiki amalannya.” (Al-Ankabut:69)


Wahai pendokong kebenaran,


Inilah din kita. Inilah kedudukan kebebasan di dalam agama Islam kita. Sesungguhnya kita telah merealisasikannya. Dan kita telah jadikan ia benar-benar terlaksana di alam nyata. Maka dunia telah mendapat ni’mat daripadanya, telah mengecapi kebahagiaan dan keamanan dengannya.

Maka apakah sumbangan kalian (wahai dunia barat)?


Apa yang kamu persembahkan adalah serangan yang tidak berperi kemanusiaan.

Apa yang tercatat di dalam deklarasi sejagat tentang hak asasi manusia, pengisytiharan undang-undang yang melindungi hak-hak manusia, semua itu hanya sekadar untuk mempastikan agar rakyat tidak memberontak menentang kezaliman dan penindasan kalian. Kemudian tercatat perkara (3) daripada deklarasi itu: bagi setiap individu hak untuk hidup, kebebasan dan keselamatan diri, dan perkara (5): tidak ada seorang manusiapun yang boleh disiksa, dihukum, dikasari, dilayan dengan cara yang buruk atau dijatuhkan kehormatan dirinya.

Namun dari segi praktiknya apa yang kamu telah sumbangkan kepada umat manusia wahai dunia yang kononnya bertamadun? Semuanya adalah meruntuhkan apa yang telah wujud sebelumnya. Perang dunia sebagai contoh, yang telah menghancurkan segala sesuatu, tidak ada umat Islam yang terlibat walau sekelumit. Bom atom di Jepun, pembunuhan jutaan manusia di Eropah, pengusiran bangsa Algeria dari Perancis, pengusiran rakyat Libya dari Itali, apa yang dilakukan oleh British di Mesir, Syria, Iraq, India, Pakistan dan Afghanistan, menghitamkan titik-titik sejarahnya. Begitu juga apa yang dilakukan oleh Amerika di Vietnam dan Korea. Serangan tiga penjuru (British, Perancis dan Rejim Zionis) ke atas Mesir, serangan Zionis ke atas Mesir tahun 1967, serangan ke atas Afghanistan yang kadang-kadang datangnya dari Rusia dan kadang-kadang datangnya dari Amerika dengan sokongan dunia, serangan ke atas India dan Pakistan, serangan ke atas Iraq, Somalia dan Yaman…
Bermacam-macam peperangan ke atas Lubnan, Bosnia, Kosovo, Chechnya, serangan-serangan ke atas Palestin di Jenin, Gaza dan lain-lain.

Secara ringkasnya tiada suatu daerahpun di muka bumi ini melainkan kamu telah tumpahkan darah di atasnya. Dan pada setiap tempat itu pasti berlaku pembunuhan kanak-kanak, wanita, orang tua, orang awam, orang yang tidak bersenjata, perobohan rumah-rumah kediaman, masjid-masjid, hospital, pusat-pusat bantuan mangsa keganasan yang dikendalikan oleh PBB dan sekolah-sekolah.

Apabila terpadamnya satu peperangan dengan izin Allah, mereka nyalakan pula api peperangan yang lain. Semua peperangan dunia, boleh dikatakan merekalah pencetusnya. Maha benarlah Kalam Allah (كُلَّمَآ أَوۡقَدُواْ نَارً۬ا لِّلۡحَرۡبِ أَطۡفَأَهَا ٱللَّهُ‌ۚ وَيَسۡعَوۡنَ فِى ٱلۡأَرۡضِ فَسَادً۬ا‌ۚ ) maksudnya: “Tiap-tiap kali mereka menyalakan api peperangan, Allah memadamkannya dan mereka pula terus-menerus melakukan kerosakan di muka bumi,…” (Al-Maidah:64).


Tentang permusuhan etnik pula, lihat apa yang dilakukan oleh Amerika terhadap Red Indian dan bangsa kulit hitam di Afrika. Begitu juga tindakan Barat mengekang kebebasan umat Islam dan menghalang hak-hak asasi mereka, menceroboh kehormatan mereka, menodai masjid-masjid mereka, membakar dan mencemarinya. Semua itu disaksikan secara terang-terangan dari jauh dan dekat.


Tentang penjara kezaliman, penyiksaan dan penahanan tanpa mengikut undang-undang, lihatlah di Guantanamo, Abu Gharib, penjara-penjara rahsia di Syria, Iraq, Eropah, dalam Negara yang dirampas Zionis Yahudi dan di kebanyakan Negara-negara dunia, Arab dan Islam. Semua itu tidak berhajat kepada bukti akan kewujudan dan kezalimannya. Ia diiktiraf oleh semua Negara, pemerintah, badan-badan dunia dan institusi-institusi antara-bangsa.
Itulah erti rahmat kamu kepada umat manusia, keadilan kamu, persamaan sesama manusia, kebebasan dan demokrasi yang kamu laung-laungkan. Palestin – luka yang dalam dan darah yang membuak.

Wahai manusia yang merdeka di Barat, wahai umat yang berakal di seluruh dunia!

Tibalah masa untuk kamu undur dari kezaliman dan keganasan kamu?
Tibalah masa untuk kamu perbaiki apa yang dirosakkan oleh datuk nenek kamu. Kamu telah menanamkan rejim zionis ini secara zalim di atas bumi kami. Maka menjadi kewajipan kamu mencabutnya dengan adil dari bumi kami.
Kemudian, telah tiba masanya untuk bangsa yang diusir dari tanah airnya dan rumah kediamannya untuk merasai ni’mat pulang semula ke tanah air, menghirup udara dan mengecapi segala kebaikannya.

Telah tiba masanya untuk bangsa Palestin meni’mati kebebasan, kemuliaan, kehormatan di tanahairnya. Sekiranya kamu tidak laksanakannya, maka daerah itu tidak akan aman, bahkan seluruh dunia tidak akan aman. Tidak akan ada sesiapapun yang berasa aman dan selamat selagi rakyat Palestin tidak mengecapinya. Dan mereka sekali-kali tidak akan mengecapi keamanan melainkan rejim zionis yang merampas itu nyah dari daerah ini.

Angkatan LifeLine 4 Gaza mempunyai alasan di hadapan Tuhannya.
Sesungguhnya Gaza telah menyumbang kepada umat Arab dan umat Islam satu gambaran yang hidup tentang apa yang sepatutnya dilakukan oleh setiap muslim, kerajaan dan Negara. Mereka sentiasa melaungkan slogan: jangan kamu takut kepada penguasa yang mengangkat dirinya sebagai raja kepada seluruh manusia, yang menuntut supaya semua manusia tunduk kepada kehendak mereka semata-mata walau terpaksa pengorbankan kebebasan, kehormatan, aqidah dan tanah air sendiri. Mereka mengangkat slogan di hadapan kita: iman yang kuat tidak mungkin dapat dipatahkan, walaupun masa berputar silih berganti.

Bangsa yang teguh pendiriannya pasti akan menang. Kata seorang penyair:
Apabila suatu bangsa pada suatu hari telah menetapkan ia akan hidup Maka taqdir pasti akan menyahut kemahuannya itu Malam pasti akan berlalu Rantai-rantai yang mengikat pasti akan terlerai. Sesungguhnya mereka melaungkan di hadapan kita dan di hadapan musuh-musuh kita: sesungguhnya muslimin adalah umat yang tidak akan pupus dan tidak mati. Muslimin akan terus hidup dengan para syuhada’nya, anak-anak mereka akan hidup dengan mengejar syahid.

Kehidupan mereka yang syahid adalah kehidupan bagi umat Islam dan kebanggaannya.
Sesungguhnya mereka melaungkan bersama kita: sesungguhnya kebebasan tidak akan diberi oleh perampas, kebebasan tidak boleh ditagih dengan cara rundingan. Tidak pernah terjadi sepanjang sejarah, perampas akan keluar dari bumi yang dirampas kecuali dengan melawan mereka. Satu bangsa tidak akan mencapai kebebasan kecuali dengan jihad. Sesungguhnya sejarah tidak pernah menulis cerita kebebasan dengan dakwat, tetapi dengan darah.

Alangkah tepatnya ungkapan seorang penyair:

Tidak akan tercapai cita-cita dengan angan-angan
Tetapi dunia akan dikuasai dengan perjuangan

Suatu kaum tidak akan sulit mencapai cita-citanya

Andainya mereka tidak berhenti dari berusaha


Mereka berkata kepada kita: sesungguhnya kepungan, kelaparan pembunuhan tidak akan mematahkan semangat pencari kebebasan dan pembebasan, pencinta kemuliaan dan kehormatan. Sesungguhnya dalam perjuangan di jalan Allah dan membebaskan tanah air serta memerdekakannya semua kesusahan enteng belaka.


Mereka melaungkan kepada dunia yang merdeka supaya mengangkat kepungan dan kezaliman daripada Gaza melalui ketetapan antara-bangsa yang adil sebagaimana mereka telah dizalimi dengan ketetapan antara-bangsa yang zalim.


Dan kita berkata kepada dunia seluruhnya: tibalah masanya untuk kamu memukul rejim zionis yang merampas dengan tangan besi, rejim yang tidak henti-henti melanggar ketetapan-ketetapan antara-bangsa ke atas Palestin. Kini kejahatannya makin terserlah di hadapan mata dunia dengan jenayah ala lanunnya yang terbaru, merampas Freedom Flotilla di perairan antara-bangsa.


Sungguh aneh dunia ini. Semua Negara bangkit untuk menghalang lanun di perairan Somalia, Majlis Keselamatan bersidang, mengumpul kekuatan laut dari semua Negara dengan ketetapan yang cukup pantas untuk menghentikan lanun yang berupa individu-individu. Namun pada masa yang sama PBB membutakan matanya, tidak bermaya tangannya, kelu lidahnya untuk menyekat lanun zionis yang mengotorkan tangannya dengan darah puluhan rakyat pelbagai Negara, yang memijak-mijak kehormatan mereka dan menceroboh hak-hak-hak mereka. Seolah-olah PBB dan majlis keselamatan tidak diwujudkan kecuali untuk mewujudkan rejim zionis dengan ketetapan antara-bangsa yang zalim kemudian melindunginya dengan ketetapan antara-bangsa yang zalim.


Kita berkata kepada saudara kita di Palestin:

Sabarlah wahai ahli Palestin, sesungguhnya kemenangan itu akan tercapai dengan kesabaran satu saat sahaja. Fajar pasti menyinsing, janji Allah pasti datang.
وَنُرِيدُ أَن نَّمُنَّ عَلَى ٱلَّذِينَ ٱسۡتُضۡعِفُواْ فِى ٱلۡأَرۡضِ وَنَجۡعَلَهُمۡ أَٮِٕمَّةً۬ وَنَجۡعَلَهُمُ ٱلۡوَٲرِثِينَ وَنُمَكِّنَ لَهُمۡ فِى ٱلۡأَرۡضِ وَنُرِىَ فِرۡعَوۡنَ وَهَـٰمَـٰنَ وَجُنُودَهُمَا مِنۡهُم مَّا ڪَانُواْ يَحۡذَرُونَ
Maksudnya: “Dan Kami hendak berihsan dengan memberikan pertolongan kepada kaum yang tertindas di negeri itu dan hendak menjadikan mereka pemimpin-pemimpin, serta hendak menjadikan mereka orang-orang yang mewarisi (apa yang dimiliki oleh Firaun dan kaumnya). Dan Kami hendak memberi mereka kedudukan yang kukuh di negeri itu, serta hendak memperlihatkan kepada Firaun dan Haman bersama-sama tentera mereka apa yang mereka bimbangkan dari golongan yang bertindas itu.” (Al-Qasas: 5-6)


Wahai Negara Arab dan Islam Wahai pertubuhan-pertubuhan Islam Wahai Jamiah Arabiyyah,

Maralah untuk memecahkan kepungan yang menyekat saudara-saudara kamu di Gaza.
Berjalanlah dalam satu kafilah menuju ke Palestin.
Janganlah kamu takut kepada Amerika yang mendokong rejim zionis, yang menutup jenayah mereka. Jangan kamu gerun kepada rejim zionis. Sesungguhnya telah terbongkar kelemahan mereka dan ketidak upayaan mereka.
Cukuplah bagi kamu berada dalam kehinaan hampir empat tahun, kini Freedom Flotilla pula mendahului kamu.
Mereka telah menghulurkan syuhada’, sedangkan bilangan kamu tidak kurang daripada mereka. Selepas ini orang lain pula akan mengikuti jejak mereka sekalipun angkatan pertama dihalang oleh rejim zionis dengan cara yang tidak bermaruah dan tidak mematuhi sebarang undang-undang dan perjanjian antara-bangsa.

Ketahuilah bahawa kepungan akan dipecahkan dari Gaza sama ada kamu mara atau kamu mundur. Tetapi kami menyeru kamu demi mempertahankan Islam, demi hak persaudaraan Islam, demi hak kejiranan supaya kamu mencapai kemuliaan dan membasuh kehinaan dari diri kamu.

Ketahuilah wahai umat Islam, sesungguhnya jihad sekarang ini adalah fardhu ‘ain. Wajib di atas para pemerintah, jika mereka sendiri enggan mengangkat bendera jihad, jangan menghalang rakyat dari melakukannya. Mereka hendaklah membuka sempadan untuk memberi laluan kepada mujahidin (وَلَيَنصُرَنَّ ٱللَّهُ مَن يَنصُرُهُ ۥۤ‌ۗ إِنَّ ٱللَّهَ لَقَوِىٌّ عَزِيزٌ ) maksudnya: “…dan sesungguhnya Allah akan menolong sesiapa yang menolong agamaNya (agama Islam); sesungguhnya Allah Maha Kuat, lagi Maha Kuasa.” (Al-Hajj:40).

Ketahuilah bahawa kebatilan tidak akan menang dalam sesuatu pertempuran apabila kebenaran bangkit menentang. Apabila bertembungnya dua musuh ‘kebenaran dan kebatilan’, pertempuran antara keduanya akan berlaku dalam beberapa pusingan.

Pusingan yang awal kebatilan menang, kemudian pertempuran akan berakhir dengan kemenangan kebenaran. Inilah rahsia firman Allah (وَٱلۡعَـٰقِبَةُ لِلۡمُتَّقِينَ ) “…dan kesudahan yang baik adalah bagi orang-orang yang bertakwa.” (Al-Qasas:83)
إِنَّ ٱلۡبَـٰطِلَ كَانَ زَهُوقً۬ا “… sesungguhnya yang batil itu sememangnya satu perkara yang tetap lenyap.” (Al-Isra’:81) وَكَانَ حَقًّا عَلَيۡنَا نَصۡرُ ٱلۡمُؤۡمِنِينَ “… dan sememangnya adalah menjadi tanggungjawab Kami menolong orang-orang yang beriman.” (Ar-Rum:47) وَيَوۡمَٮِٕذٍ۬ يَفۡرَحُ ٱلۡمُؤۡمِنُونَ (٤) بِنَصۡرِ ٱللَّهِ‌ۚ يَنصُرُ مَن يَشَآءُ‌ۖ وَهُوَ ٱلۡعَزِيزُ ٱلرَّحِيمُ (٥) وَعۡدَ ٱللَّهِ‌ۖ لَا يُخۡلِفُ ٱللَّهُ وَعۡدَهُ ۥ وَلَـٰكِنَّ أَڪۡثَرَ ٱلنَّاسِ لَا يَعۡلَمُونَ “… dan sesudah berlakunya dan pada ketika berlakunya (kemenangan Rom) itu, orang-orang yang beriman akan bergembira; Dengan kemenangan yang diberi Allah. Dia memberi kemenangan kepada sesiapa yang dikehendakiNya dan Dialah jua Yang Maha Kuasa, lagi Maha Mengasihani. Demikian dijanjikan Allah. Allah tidak pernah mengubah janjiNya, akan tetapi kebanyakan manusia tidak mengetahui (hakikat yang sebenarnya).” (Ar-Rum: 4, 5, 6)


Allah Maha Besar dan segala puji hanya untuk Allah.


Artikel asal: http://www.ikhwanonline.com/Article.asp?ArtID=65986&SecID=213

Wednesday, June 2, 2010

Mursyidul Am IM seru dunia bersatu menentang kezaliman Israel




Isnin 31 Mei 2010

Mursyidul Am IM, Dr. Mohammed Badie menyeru negara-negara Islam dan Arab untuk menggalas tanggungjawab mereka terhadap Palestin dan mengambil pendirian yang tegas terhadap serangan tentera Israel ke atas Freedom Flotilla awal pagi tadi yang dilaporkan menyebabkan kematian hampir 20 aktivis antarabangsa dan mencederakan 60 yang lain.

Dalam temubual di saluran berita al-Jazeera, Dr. Badie menekankan bahawa ummat kini berdepan dengan satu saat yang ditunggu-tunggu oleh seluruh dunia. Beliau juga menekankan, Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu mesti mengambil pendirian terhadap keganasan tentera Israel dan pelanggaran undang-undang antara-bangsa yang dilakukannya.

Beliau menambah, “ Kami tidak mahukan gendang kosong dan kecaman. Kami mahukan pertanggung-jawaban, perbicaraan dan hukuman”. Beliau meminta semua negara yang mempunyai warganegara di tahan Israel mempertahankan hak rakyat mereka.

Dr. Badie mengakhiri temubualnya dengan menyeru semua pemimpin dunia “menghentikan semua perundingan langsung atau tidak langsung [ dengan Israel] dan memutuskan hubungan dengan kerajaan Israel dan mempertahankan hak rakyat mereka”.

Artikel asal: http://www.ikhwanweb.com/article.php?id=25

Tuesday, June 1, 2010

Kenyataan barisan ulama’ seluruh dunia mengenai serangan zionis ke atas kapal yang membawa misi kemanusiaan ke GAZA

بسم الله الرحمن الرحيم

Segala puji bagi Allah, Penolong orang-orang yang beriman, Yang menurunkan kehinaan ke atas orang-orang yang sombong, Yang menundukkan orang-orang yang angkuh dan ganas. Selawat Allah dan barakah-Nya ke atas Imam pembawa hidayah dan islah, Sayyidina Muhammad, juga ke atas ahli keluarganya serta semua sahabat-sahabatnya.

Sesungguhnya barisan ulamak yang menurunkan tandatangan pada kenyataan ini sangat terkejut dengan apa yang dilakukan oleh komando-komando zionis terhadap sukarelawan yang datang dari pelbagai Negara di dunia untuk memecahkan kepungan yang tidak berperi kemanusiaan ke atas Semenanjung Gaza. Para ulamak beserta majority umat mengikuti dengan penuh rasa duka dan keciwa jenayah yang sungguh kejam dilakukan zionis yang diketuai oleh askar penjajah yang telah menyebabkan puluhan nyawa yang tidak berdosa terkorban dan puluhan yang lain tercedera.

Barisan ulamak juga mengikuti dengan penuh kagum dan hormat di atas keberanian, keikhlasan serta kesungguhan yang ditunjukkan oleh semua peserta konvoi serta kesediaan mereka untuk menghadapi sebarang tindakan jahat pihak zionis. Tidak lupa setinggi-tinggi ucapan penghargaan ke atas para syuhada’ dan mereka yang cedera, yang darah mereka mengalir demi mempertahankan orang-orang yang dizalimi dan terkepung di Gaza, kepada tawanan yang terus bertekad untuk membantu orang yang tertindas sekalipun diugut dengan berbagai-bagai ancaman oleh pihak zionis.

Justeru, barisan ulamak menyeru seluruh umat Arab, Islam dan dunia seluruhnya agar segera bertindak untuk membebaskan tawanan secepat mungkin. Dengan ini barisan ulamak mengeluarkan kenyataan yang ditujukan kepada seluruh umat sama ada rakyat atau kerajaan agar memainkan peranan masing-masing demi keselamatan para tawanan yang berada di bawah kepungan zionis, melindungi hak saudara kita di Palestin, menolong para mujahidin di bumi yang diberkati.

Serangan jahat yang dilakukan oleh zionis yang menyebabkan berlaku kematian, luka parah dan tertawannya peserta konvoi yang tidak berdosa dan tidak bersenjata yang berada di dalam kapal kebebasan yang menggabungkan peserta yang terdiri dari lebih daripada 40 buah Negara di waktu fajar hari Isnin 18 Jamadil-Akhir 1431 bersamaan 31 May 2010 memberi gambaran bahawa zionis berada dalam keadaan selamat daripada tentangan Negara Islam, kutukan Amerika dan bantahan antara bangsa terhadap keganasan dan kekejaman mereka.

Maka kami menyeru semua ilmuan umat, pertubuhan-pertubuh an, institusi-institusi , rakyat yang beragama Islam yang berbangsa Arab dan bukan Arab, bangsa-bangsa yang merdeka di seluruh dunia agar bangkit dan bergerak menentang kumpulan zionis yang jahat dan keji ini.

Sesungguhnya dengan ini kami ingin menegaskan perkara-perkara berikut:

Pertama: Sesungguhnya telah menjadi suatu hakikat, suatu reality yang terang nyata bahawa Bani Israel adalah golongan yang suka menumpahkan darah, membunuh manusia yang tidak berdosa sebagaimana dinyatakan di dalam firman Allah s.w.t. yang bermaksud:

“Maka patutkah, tiap-tiap kali datang kepada kamu seorang Rasul membawa sesuatu (kebenaran) yang tidak disukai oleh hawa nafsu kamu, kamu (dengan) sombong takbur (menolaknya) , sehingga sebahagian dari Rasul-rasul itu kamu dustakan dan sebahagian yang lain pula kamu membunuhnya?” (Al-Baqarah: 87)

Mereka tidak pernah bertanggungjawab dan berpegang kepada janji dengan orang yang beriman. Mereka tidak berintima’ kepada agama yang dibawa oleh Nabi Allah Musa a.s. sama ada secara dekat atau jauh. Dan Nabi Allah Musa tiada kaitan dengan mereka. Mereka adalah golongan terbuang, lanun-lanun di zaman moden dan talibarut zionis antara bangsa. Semua agama tiada kena mengena dengan mereka termasuk agama Nabi Musa a.s.

Kedua: Kami menyeru kerajan Arab dan Islam agar menukar sikap mereka yang negative sehingga menampakkan lebih dekat kepada bekerjasama dengan zionis dalam serangan mereka yang berulang-ulang. Kami menyeru agar segera diadakan persidangan tergempar yang menggariskan langkah-langkah yang wajib diambil dan dilaksanakan, sama ada dari segi politik, ekonomi, media dan ketenteraan demi menyekat kebiadapan musuh zionis dari terus sombong dengan tindakan ganasnya. Perkara pertama yang wajib dilakukan ialah hentikan usaha rundingan damai sepenuhnya. Hentikan sebarang bentuk rundingan baik secara terang atau senyap dengan mereka. Gunakan segala kekuatan dan keupayaan yang ada pada umat Arab dan Islam, suburkan hubungan dengan semua Negara di dunia bagi mewujudkan tekanan yang mengesankan ke atas rejim zionis yang telah merampas Palestin dengan cara haram dan tidak sah. Langkah ini wajib diambil demi membebaskan al-Aqsa dan Palestin, menyokong perjuangan yang diterajui oleh rakyat Palestin baik secara material, moral dan media, mengukuhkan kekuatan mereka, memudahkan hubungan rasmi dan sya’bi dengan mereka. Kami juga menyeru kerajaan Mesir dan kerajaan-kerajaan Arab yang lain semuanya agar membuka sempadan Rafah dan meruntuhkan tembok kepungan ini. Mengapa kita harus menghormati perjanjian dan undang-undang antara-bangsa dengan Zionis sedangkan mereka tidak pernah mengambil peduli terhadap sebarang nilai akhlak, moral, uruf dan perjanjian antara-bangsa?

Ketiga: Kami menyeru rakyat Palestin agar segera berdamai dan bersatu. Lupakan perbezaan pandangan politik kepartian. Bersatu di atas landasan perjuangan menentang seteru yang sebenar. Kami menyeru pihak berkuasa Palestin agar berhenti sepenuhnya dari memburu mujahidin. Isytiharkan dengan segera pemberhentian rundingan damai secara total dengan musuh. Tiada lagi sebarang usaha ke arahnya baik secara langsung atau tidak langsung. Batalkan sebarang pertemuan dengan pemimpin rejim penjajah zionis. Sesungguhnya pertemuan itu tidak sejajar dengan perinsip akhlak dan undang-undang kerana mereka telah melakukan kezaliman demi kezaliman.

Keempat: Kami menyanjung tinggi dan memohon keberkatan di atas usaha murni yang dilakukan oleh rakyat Turki, pertubuhan-pertubuh an serta kerajaannya. Kami mengakui bahawa pengorbanan paling besar adalah datangnya daripada rakyat Turki. Kami menyeru umat Islam dan semua umat yang merdeka di seluruh dunia agar menghargai dan menjejaki peranan kemanusiaan Turki yang berani.

Kelima: Kami menyeru seluruh pertubuhan dan institusi hak asasi manusia dan pertubuhan-pertubuh an bukan kerajaan (NGO) di Negara Arab, Negara Islam dan semua Negara di dunia supaya bergerak dan menggerakkan seluruh rakyat dengan kadar segera untuk menentang jenayah zionis di semua peringkat dan semua lapangan, dengan menggunakan undang-undang bagi mengenakan tindakan yang tegas ke atas penjenayah perang yang telah menyerang secara terang-terangan. Mereka mesti didakwa di hadapan semua mahkamah di Eropah dan di peringkat antara-bangsa. Semua pemimpin mereka mesti diheret dan dibicarakan. Tiada seorangpun dari kalangan mereka yang boleh dilepaskan atau diberi keampunan.

Keenam: Kami menyeru media massa Arab dan Islam agar memberi sepenuh keutamaan dalam mendedahkan kejahatan rejim Zionis yang merampas bumi Palestin serta keganasan-keganasan yang mereka lakukan. Dedahkan segala usaha mereka memalsukan dokumen rasmi kedutaan beberapa buah Negara. Dedahkan identity mereka dan usir mereka dari semua Negara, dedahkan keadaan genting yang dialami oleh penduduk Gaza dan semua kawasan yang terletak di bawah jajahan mereka di Palestin dan akhir sekali penyembelihan konvoi keamanan Mavi Marmara.

Ketujuh: Berhadapan dengan ancaman musuh zionis ini, semua bangsa yang merdeka di seluruh dunia, bukan hanya penduduk Gaza sahaja, wajib menghidupkan ruh keimanan dan membangkitkan semangat juang menentang kezaliman serta menolak sebarang usaha rundingan damai dengan zionis. Jihad adalah satu-satunya jalan untuk menggerunkan penjajah itu dan membebaskan masjid al-Aqsa dan Palestin.

Oleh kerana ulamak dan para ilmuan merupakan minda yang sedar di kalangan ummah, hati yang sentiasa berdenyut dengan keinsafan, lidah yang mampu menuturkan kebenaran, melakarkan cita-cita dan harapan; mereka adalah ibarat kepala kepada badan ummah, jantung yang menentukan kesihatan perjalanannya, maka kami menyeru para ulamak dan ilmuan agar memainkan peranan memegang teraju utama dalam menyatakan kebenaran dan mendedahkan hakikat zionis yang sebenarnya sejak dahulu hingga sekarang. Ulamak dan para ilmuan mesti memainkan peranan menjelaskan kepada ummah apa yang mereka perlu sediakan untuk menghadapi zionis durjana ini, membebaskan tawanan-tawanan dan masjid al-Aqsa, membela mereka yang terluka, cedera dan terbunuh serta mengembalikan kemuliaan ummah seluruhnya.

Allahu Akbar! Kemenangan untuk Islam dan muslimin!

Ditandatangani oleh:

Dr. Sofwat Hijazi - Mesir, Dr. Muhammad Musa asy-Syarif – Saudi, Dr. Solah Sultan – Mesir, Syeikh Salim asy-Syeikhi – Libya, Syeikh Muhammad al-Amin – Bahrain, Syeikh Majd Makki – Syria, Syeikh Akram Kassab – Mesir, Dr. Hamdy Arsalan – Turki, Dr. Khalid Hanafy – Mesir, Dr. Muwaffaq Kadasah – Saudi, Dr. Sa’eid al-Ghamidy – Saudi, Dr. Abdul Ghani at-Tamimy – Palestin, al-Qadhi Muhammad Tais al-Jamily – Qatar, Dr. Saleh Sowwab – Yaman, Syeikh Hasan Qatarji – Lubnan, Dr. Muhyiddin Ghazi – India, Syeikh Muhammad al-Hasan bin ad-Dadu – Mauritania, Syeikh Wasfy ‘Asyur Abu Zaid – Mesir, Dr. Ahmad Abu Bakar Jumi – Nigeria, Dr. Abdul Hayyi Yusuf – Sudan, Dr. Abdul Wahhab ad-Dailamy – Yaman, Dr. Umar Abdul Aziz – Mesir, Syeikh Khalid Saifullah ar-Rahmany – India, Syeikh Amin al-Uthmany – India, Dr. Muhammad Abdul Maqsud – Mesir, Dr. Abdul Sattar Fathullah Sa’eid – Mesir, Dr. Yahya Ismail – Mesir, Dr. Ali as-Solaby – Libya, Dr. Ahmad ar-Risuni – Maghribi, dan ramai lagi….
(sebenarnya terdapat 108 nama, rasa cukup dimasukkan sebahagian saja)

Sumber: http://zaadut-taqwa.blogspot.com/

Risalah Mursyid: Bukankah (waktu) Subuh Itu Sudah Dekat?





Risalah dari Dr Muhammad Badi’, Mursyid Am Ikhwan Muslimin,

21 Mei 2010


Palestin jantung umat

Segala puji bagi Allah, selawat dan salam ke atas Rasulullah saw, beserta keluarganya dan para sahabat serta orang-orang yang mengikutinya ..


Palestin masih menjadi pusat konflik dunia sejak Allah membuka kota Al-Quds untuk Umat Islam dan kuncinya diterima oleh Saidina Umar bin Al-Khattab r.a.

Sejak waktu itu, musuh-musuh umat terus-menerus membibitkan konflik dari satu waktu ke waktu yang lain. Maksud dan tujuan mereka adalah untuk mengusir rakyat Palestin dari bumi yang diberkati Allah di sekitarnya.


Tentera Salib dalam Perang Salib yang berlangsung selama dua abad telah berusaha mengambil alih dan merebut kembali tanah yang telah dibebaskan oleh Islam. Biarpun dalam beberapa waktu mereka berjaya menguasai namun setelah itu mereka pergi seperti orang-orang yang zalim yang lain, hingga akhirnya muncul gerakan Zionis yang telah dicetuskan oleh Barat untuk menjadi penjajah di jantung hati umat Islam iaitu bumi Palestin. Mereka terus bekerja untuk mengosongkan tanah dari penduduknya yang asal, merampas dan menduduki seluruh hak milik umat Islam dan Kristian dan melakukan ancaman tempat-tempat suci mereka.


Israel tidak dapat bertahan hidup kecuali dengan menjalin hubungan dengan orang lain


Pada hakikatnya Zionis Israel lebih hina dan lebih lemah walaupun ketika mereka kuat dan tidak dapat dikalahkan. Ini dibuktikan di mana mereka berusaha mempromosikan diri mereka sendiri dan mempromosikan kekalahan dari anak bangsa kita secara psikologi.


Al-Quran menggambarkan sifat pengecut mereka dengan begitu jelas dan terang.

ضُرِبَتْ عَلَيْهِمْ الذِّلَّةُ أَيْنَ مَا ثُقِفُوا إِلاَّ بِحَبْلٍ مِنْ اللهِ وَحَبْلٍ مِنْ النَّاسِ

Mereka diliputi kehinaan di mana saja mereka berada, kecuali jika mereka berpegang kepada tali (agama) Allah dan tali (perjanjian) dengan manusia”. (Ali Imran:112)

Tanpa menjalin hubungan dengan orang lain (وَحَبْلٍ مِنْ النَّاسِ ) seperti yang disebutkan Al-Qur’an maka suatu umat akan menjadi lebih hina. Apa yang dimaksudkan dengan menjalin hubungan dengan orang lain? Iaitu suatu unsur yang diambil mengikut keadaan berikut:


1 – Tali yang pertama ialah hubungan musuh-musuh Islam dan seluruh instrumen yang ada. Oleh kerana negara haram Israel tidak memiliki ciri sebuah negara yang stabil dan aman, maka ia bergantung pada sokongan moral, politik, media, ekonomi, dan ketenteraan dari Barat dan Timur, dan bantuan kewangan yang mencurah-curah masuk ke Negara Yahudi serta pendirian politik yang tidak adil diumumkan secara terang-terangan. Ini salah satu sumber kekuatan dan kelangsungan hidup mereka sekalipun dasar mereka adalah lemah, kebaculan jiwa mereka, dan sekalipun banyak kesukaran yang mereka terpaksa tempuhi.

Kita lihat perjanjian damai “Deklarasi Balfour”, telah memberikan peluang kepada mereka yang tidak berhak dan yang tidak layak memilikinya. Kita melihat mereka pernah membuat latihan bersama satu ketumbukan tentera daripada gabungan Tentera Bersekutu dalam Perang Dunia Kedua. Begitu juga kita melihat AS dan Soviet Union dengan pantas memberikan pengiktirafan terhadap kewujudan negara haram Israel hanya berselang tiga minit setelah deklarasi dan pengumuman dibuat. Juga contoh lain yang berbentuk bantuan ketenteraan dan politik yang tidak terbatas banyaknya.

Pun begitu sekalipun hubungan mereka dengan Amerika dan Eropah nampak rapat dan terbentang luas, namun hubungan tersebut tidak akan kekal, akan terputus dan kembali seperti yang telah Allah tetapkan ke atas mereka; iaitu menjadi bangsa yang hina dan malang, Insya Allah. Hal ini sebagai balasan di atas perbuatan yang mereka lakukan seperti pelanggaran, kekejaman dan penghinaan yang memalukan bagi kemanusiaan.


2 – Tali yang kedua – dan sangat dikesali – adalah hubungan yang lemah, hambar, dipandang rendah, hina dan hilang keyakinan di dalam hati orang-orang Arab dan umat Islam. Kemudian sikap berat sebelah yang dipamerkan oleh beberapa regim dan kerajaan terhadap Negara haram Israel, bahkan ada yang sanggup membantu dan bergabung dengan mereka dalam melakukan berbagai kejahatan dan jenayah yang mereka lakukan, dan yang lebih serius dari itu adalah menyebarkan pemahaman yang salah bahawa regim Zionis benar-benar dapat hidup bersama entiti lainnya. Padahal pada waktu yang sama Al-Qur’an telah menegaskan dalam bentuk reality sebenar – dan ditambah oleh sejarah masa lalu dan terkini – tentang tabiat dan hakikat perasaan mereka terhadap kita.



Allah berfirman:

هَاأَنْتُمْ أُوْلاءِ تُحِبُّونَهُمْ وَلا يُحِبُّونَكُمْ وَتُؤْمِنُونَ بِالْكِتَابِ كُلِّهِ وَإِذَا لَقُوكُمْ قَالُوا آمَنَّا وَإِذَا خَلَوْا عَضُّوا عَلَيْكُمْ الأَنَامِلَ مِنْ الغَيْظِ قُلْ مُوتُوا بِغَيْظِكُمْ إِنَّ اللهَ عَلِيمٌ بِذَاتِ الصُّدُورِ . إِنْ تَمْسَسْكُمْ حَسَنَةٌ تَسُؤْهُمْ وَإِنْ تُصِبْكُمْ سَيِّئَةٌ يَفْرَحُوا بِهَا وَإِنْ تَصْبِرُوا وَتَتَّقُوا لا يَضُرُّكُمْ كَيْدُهُمْ شَيْئًا إِنَّ اللهَ بِمَا يَعْمَلُونَ مُحِيطٌ

Beginilah kamu, kamu menyukai mereka, Padahal mereka tidak menyukai kamu, dan kamu beriman kepada Kitab-Kitab semuanya. apabila mereka menjumpai kamu, mereka berkata “Kami beriman”, dan apabila mereka menyendiri, mereka menggigit hujung jari lantaran marah bercampur benci terhadap kamu. Katakanlah (kepada mereka): “Matilah kamu kerana kemarahanmu itu”. Sesungguhnya Allah mengetahui segala isi hati. Jika kamu memperoleh kebaikan, nescaya mereka bersedih hati, tetapi jika kamu mendapat bencana, mereka bergembira kerananya. jika kamu bersabar dan bertakwa, nescaya tipu daya mereka sedikitpun tidak mendatangkan kemudharatan kepadamu. Sesungguhnya Allah mengetahui segala apa yang mereka kerjakan”. (Ali Imran:119-120)


Al-Quran menambah tentang tingkah laku mereka yang selalu melanggar perjanjian. Allah berfirman:


أَوَكُلَّمَا عَاهَدُوا عَهْدًا نَبَذَهُ فَرِيقٌ مِنْهُمْ بَلْ أَكْثَرُهُمْ لا يُؤْمِنُونَ

Setiap kali mereka mengikat janji, segolongan mereka melemparkannya, bahkan sebahagian besar dari mereka tidak beriman”. (Al-Baqarah:100)


Tetapi sebahagian orang Arab tidak mahu mengambil pelajaran, tidak mahu belajar dan tidak mahu memahami itu semua.


Negara Haram Israel akan lenyap dan hancur


Sesungguhnya kehebatan dan kemuliaan bangsa Yahudi Zionis adalah sementara kerana ia diperolehi bukan melalui cara yang sebenar. Jikalau dibiarkan Zionis bersendirian tanpa hubungan dengan pihak lain pastilah mereka kembali pada asal asul mereka yang hina dan rendah, lemah dan tidak berdaya. Mereka tidak akan mampu menewaskan umat kita dengan kekuatan yang mereka ada sebaliknya mereka hanya mampu dek kerana kelemahan dan kealpaan kita.

Ada ungkapan menyebut; “Sekiranya anda meletakkan tangan di pintu yang memang telah terkopak sudah tentulah pintu itu akan terjatuh. Ini menjadi bukti bukan tangan anda yang kuat tetapi kerana pintu itu yang telah terkopak”.

Al-Qur’an secara terang mendedahkan sikap pengecut mereka:


لأَنْتُمْ أَشَدُّ رَهْبَةً فِي صُدُورِهِمْ مِنْ اللهِ ذَلِكَ بِأَنَّهُمْ قَوْمٌ لا يَفْقَهُونَ . لا يُقَاتِلُونَكُمْ جَمِيعًا إِلاَّ فِي قُرًى مُحَصَّنَةٍ أَوْ مِنْ وَرَاءِ جُدُرٍ بَأْسُهُمْ بَيْنَهُمْ شَدِيدٌ تَحْسَبُهُمْ جَمِيعًا وَقُلُوبُهُمْ شَتَّى

Sesungguhnya kamu dalam hati mereka lebih ditakuti daripada Allah. yang demikian itu kerana mereka adalah kaum yang tidak mengerti. Mereka tidak akan memerangi kamu dalam Keadaan bersatu padu, kecuali dalam kampung-kampung yang berbenteng atau di balik tembok. permusuhan antara sesama mereka adalah sangat hebat. kamu kira mereka itu bersatu, sedang hati mereka berpecah belah. yang demikian itu kerana Sesungguhnya mereka adalah kaum yang tidak mengerti”. (Al-Hasyr:13-14)


Setiap kali para mujahidin dari anak- anak bangsa diberi peluang masuk dalam medan jihad yang sebenar dan bertempur dengan mereka, ternyata mereka tidak mampu bertahan di hadapan tentera pejuang kebenaran.

Allah berfirman:


لَنْ يَضُرُّوكُمْ إِلاَّ أَذًى وَإِنْ يُقَاتِلُوكُمْ يُوَلُّوكُمْ الأَدْبَارَ ثُمَّ لا يُنْصَرون

Mereka sekali-kali tidak akan dapat membuat mudarat kepada kamu, selain dari gangguan-gangguan celaan saja, dan jika mereka berperang dengan kamu, pastilah mereka berbalik melarikan diri ke belakang (kalah). kemudian mereka tidak mendapat pertolongan”. (Ali Imran:111)


Semua pasukan penentang Zionis Yahudi yang terdiri dari pendokong kebenaran dan pengikut Al-Banna, pengikut Yassin, Rantisi dan semua pasukan pejuang yang bersih dan benar terhadap musuh Zionis menjadi bukti kukuh dan terkini tentang leburnya kesombongan dan keangkuhan ini, menelanjangi lemahnya kekuatan regim Zionis yang mengaku mempunyai kekuatan yang tidak boleh ditewaskan!.


Jalan menuju pembebasan Al-Quds dan Palestin


Tidak diragui bahawa kemenangan sudah kian hampir dan saat membebaskan tubuh dan jantung umat kita dari sebarang kezaliman dan kekejaman pasti akan datang, terutama setelah umat ini mulai sedar dari terlena dan setelah majoriti umat di mana mereka saja berada mampu membezakan antara yang baik dari yang buruk. Tidak sekali-kali bagi pemerintah yang hina dengan mudah melakukan penyelewengan fakta kepada majority umat selepas melihat apa yang berlaku di selatan Lebanon dan Gaza yang mendedahkan hakikat sebenar Yahudi Zionis adalah umpama kertas sahaja. Namun kita harus melakukan perkara berikut:


1 – Mula melakukan proses perubahan dalam diri kita terlebih dahulu, dengan membina keperibadian muslim sejati yang memiliki aqidah yang sahih, yang melaksanakan pengabdian kepada Allah Yang Maha Esa dalam dirinya, dan percaya dengan janji Allah, sehingga umat memiliki ikatan yang erat dengan Allah dengan ikatan iman yang kuat dan kukuh, menyandarkan kepada kekuatan-Nya sebagai kekuatan yang mampu menghilangkan perasaan lemah, menyandarkan kepada ketinggian-Nya yang mampu menghilangkan perasaan hina, dan menyandarkan kepada iradah dan kehendak-Nya yang mampu mengukuhkan tekad dan mengatasi kelemahan untuk merubah dirinya, dan berani menghadapi protokol kelima dari Yahudi Zionis yang hina. Justeru melalui asas yang kukuh inilah generasi pembawa kemenangan mampu menyelamatkan Baitul Maqdis. Demikianlah rumusan yang diyatakan oleh Nabi saw tentang generasi pembawa kemenangan ketika baginda bersabda:


لاَ تَقُومُ السَّاعَةُ حَتَّى يُقَاتِلَ الْمُسْلِمُونَ الْيَهُودَ، فَيَقْتُلُهُمُ الْمُسْلِمُونَ حَتَّى يَخْتَبِئَ الْيَهُودِيُّ مِنْ وَرَاءِ الْحَجَرِ وَالشَّجَرِ، فَيَقُولُ الْحَجَرُ أَوِ الشَّجَرُ: يَا مُسْلِمُ، يَا عَبْدَ اللَّهِ، هَذَا يَهُودِيٌّ خَلْفِي فَتَعَالَ فَاقْتُلْهُ

Tidak akan terjadi hari kiamat sehingga terjadi perang antara umat dan orang-orang Yahudi, lalu umat Islam memerangi orang-orang Yahudi, lalu mereka bersembunyi di balik batu dan pohon, namun batu dan pohon akan berbicara: wahai Muslim, wahai hamba Allah, ini ada dibalik saya orang Yahudi, ke marilah dan bunuhlah dia”. (Muslim).


Wahai Muslim .. Wahai hamba Allah .. sesungguhnya janji Allah hanya mampu dicapai sekiranya seorang muslim memiliki sifat ubudiyah yang tulen dan murni kerana Allah. Cara untuk mencapai tujuan itu adalah melalui tarbiyah yang seimbang yang berpaksi dari akidah yang suci dan tidak dicemari oleh yang lainnya dan Islam yang syumul dan menyeluruh tanpa mengambil sebahagian dan meninggalkan sebahagiannya atau mengabaikan bahagian yang kami sebutkan tadi.


2 – Usaha yang terus menerus dan tanpa henti menyatukan umat dalam satu kata sebagaimana firman Allah:


وَاعْتَصِمُوا بِحَبْلِ اللهِ جَمِيعًا وَلا تَفَرَّقُوا

Dan berpegang teguhlah pada tali Allah dan jangan bercerai berai”. (Ali Imran: 103),


Islam telah membuktikan kebenarannya menyatukan umat dalam satu bangunan besar, keturunan yang berbeza, dihubungkan dalam wadah yang satu, menciptakan peradaban yang mampu memberikan kebahagiaan Timur dan Barat, menaburkan kebaikan di dunia dan melindungi hak-hak negara-negara Arab dan Islam.


Di dalam sejarah kita sebenarnya mempunyai pengajaran berharga ketika Salahuddin Al-Ayubi membebaskan Al-Quds dan membersihkan negara dari saki baki Tentera Salib yang telah menguasainya selama dua ratus tahun.


3 – Menyokong perjuangan yang di lakukan oleh para pemuda dan komando jihad di Palestin yang rela mengorbankan jiwa mereka, yang mampu menggentarkan Yahudi Zionis, merimaskan tempat tidur mereka sehingga mengecutkan hati mereka sampai ke kerongkongan mereka. Inilah Yahudi Zionis mendekati saat kekalahannya sedangkan kebenaran mendekati saat kemenangan dan maju ke hadapan. Nabi saw bersabda:


لاَ تَزَالُ طَائِفَةٌ مِنْ أُمَّتِي عَلَى الْحَقِّ ظَاهِرِينَ، على عَدُوِّهِمْ قَاهِرِينَ، لاَ يَضُرُّهُمْ مَنْ خَذَلَهُمْ وَلا مَنْ نَاوَأهُم

Umatku akan tetap berada dalam kebenaran dan tampil melawan musuh mereka, tidak gentar terhadap orang yang menyakiti mereka, dan yang berusaha menjauhi mereka


Sungguhpun saudara-saudara mereka telah memperlecehkan mereka dan negara-negara Arab yang berdekatan membiarkan mereka berseorangan, namun mereka tetap melawan dan bertempur dengan Yahudi Zionis. Ini merupakan khabar gembira bagi para mujahidin yang tetap teguh berada dalam kebenaran. Sabda baginda: “..Sampai Allah memutuskan urusan-Nya sementara mereka tetap seperti itu (teguh dengan pendiriannya)”, lalu para sahabat bertanya; “Wahai Rasulullah, di manakah mereka?”. Jawab baginda; “Di Baitul Maqdis dan sekitar Baitul Maqdis.” (Ahmad)


Karena itu menyokong dan membantu warga Al-Quds dengan harta dan senjata serta berbagai bentuk bantuan lainnya adalah suatu kewajiban yang suci, bukan dengan bersekongkol dengan Zionis Israel dan bersimpati dengannya.


4 – Berusaha mencari dan mendapatkan sokongan orang awam tempatan dan antarabangsa untuk kepentingan isu Palestin, dengan menjelaskan ruang lingkup permasalahan kepada masyarakat dunia, bekerjasama dengan semua pertubuhan masyarakat (NGO) di seluruh penjuru dunia, dan bekerja untuk membina asas informasi yang mampu menyaingi serangan media Zionis yang sudah pasti dapat memberikan manfaat. Dalam hal ini kita menyambut baik masyarakat di Eropah dan dunia yang memimpin kempen bantuan kemanusiaan yang bertekad akan menuju ke Gaza, dan mendeklarasikan diri untuk berada di tengah-tengah warga Palestin sebagai pemilik kebenaran.


Justeru pengorbanan yang mulia dan darah yang suci yang dipersembahkan oleh para pemuda Palestin adalah merupakan ‘pendahuluan’ menuju kemenangan yang sudah dekat, insya Allah. Allah berfirman:


فَسَيُنْغِضُونَ إِلَيْكَ رُءُوسَهُمْ وَيَقُولُونَ مَتَى هُوَ قُلْ عَسَى أَنْ يَكُونَ قَرِيبًا

Lalu mereka akan menggeleng-gelengkan kepala mereka kepadamu dan berkata: “Bilakah itu (akan terjadi)?” Katakanlah: “Mudah-mudahan waktu (kemenangan) itu dekat”. (Al-Isra:51)


Selawat dan salam ke atas Rasulullah saw beserta keluarganya dan sahabatnya …

Allah Maha Besar dan segala puji hanya milik Allah.

Artikel asal: http://www.ikhwanonline.com/Article.asp?ArtID=65155&SecID=213

Kenyataan HAMAS mengenai Serangan ganas ke atas Freedom Flotilla

PERGERAKAN KEBANGKITAN ISLAM (HAMAS-PALESTINE)

PEJABAT PENERANGAN

_____________________________________________________________________________________________


PERUTUSAN

BERKENAAN SERANGAN KE ATAS FREEDOM FLOTILLA

Saudara-saudaraku yang dimuliakan,

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh

Kenyataan kami berkenaan usaha konvoi Freedom Flotilla bagi memecahkan kepungan terhadap Gaza, di sini kami membuat kenyataan dan polisi umum ini yang perlu diguna pakai semasa membuat kenyataan dan respons sebagaimana berikut :

1. Fokuskan kepada sudut kemanusiaan yang dibuat oleh konvoi bagi membantu 1.5 juta orang yang terkepung di Gaza

2. Elakkan dari membuat kenyataan berunsur sindiran politik terhadap kumpulan lain di Palestin, atau menyentuh sensitiviti politik Arab supaya tidak menyeleweng dari perkara asas iaitu memecahkan kepungan Zionis terhadap Gaza

3. Fokuskan kecaman kita terhadap Israel melalui media massa bahawa Zionis bertanggungjawab sepenuhnya atas apa yang berlaku.

4. Semarakkan sokongan kepada mereka yang terlibat dalam Misi Bantuan Kemanusiaan, selain menjadikan mereka ini sebagai ‘role-model’ kepada masyarakat dunia.

5. Pendirian terhadap serangan yang dilakukan ke atas konvoi ini, fokuskan kecaman kepada pihak Zionis bahawa mereka bertanggungjawab sepenuhnya dengan menyifatkan tindakan mereka sebagai :

  • Lanun
  • Jenayah Hak Kemanusiaan
  • Sikap biadap berterusan melakukan kepungan terhadap Gaza
6. Menggesa agar mereka dihukum atas jenayah perang yang dilakukan.

Tarikh : 30/5/2010

 

My Blog List

FIKRAH & DAKWAH Copyright © 2009 Blogger Template Designed by Bie Blogger Template