Isnin 31 Mei 2010
Mursyidul Am IM, Dr. Mohammed Badie menyeru negara-negara Islam dan Arab untuk menggalas tanggungjawab mereka terhadap Palestin dan mengambil pendirian yang tegas terhadap serangan tentera Israel ke atas Freedom Flotilla awal pagi tadi yang dilaporkan menyebabkan kematian hampir 20 aktivis antarabangsa dan mencederakan 60 yang lain.
Dalam temubual di saluran berita al-Jazeera, Dr. Badie menekankan bahawa ummat kini berdepan dengan satu saat yang ditunggu-tunggu oleh seluruh dunia. Beliau juga menekankan, Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu mesti mengambil pendirian terhadap keganasan tentera Israel dan pelanggaran undang-undang antara-bangsa yang dilakukannya.
Beliau menambah, “ Kami tidak mahukan gendang kosong dan kecaman. Kami mahukan pertanggung-jawaban, perbicaraan dan hukuman”. Beliau meminta semua negara yang mempunyai warganegara di tahan Israel mempertahankan hak rakyat mereka.
Dr. Badie mengakhiri temubualnya dengan menyeru semua pemimpin dunia “menghentikan semua perundingan langsung atau tidak langsung [ dengan Israel] dan memutuskan hubungan dengan kerajaan Israel dan mempertahankan hak rakyat mereka”.
Artikel asal: http://www.ikhwanweb.com/article.php?id=25