Sunday, July 18, 2010

Risalah Mursyid:Kehendak Umat .. Antara Penipuan dan Penyiksaan



Risalah dari Muhammad Badie’ Mursyid Ikhwan Muslimin, 25-06-201

Dengan nama Allah, selawat dan salam ke atas Rasulullah saw dan orang-orang yang mengikutinya,



Sunnah alam memperingatkan tentang kerosakan dan penyimpangan.

Betapa banyak peradaban yang pada awalnya berkuasa namun akhirnya binasa laksana tanam-tanaman yang sudah dituai, seakan-akan belum pernah tumbuh semalam. Setiap peradaban yang jelas penyimpangan dalam kekuasaannya sehingga terjadi kerosakan dan kehancuran adalah disebabkan mereka menolak dan mengenepikan hidayah Allah.

Hal ini hanya akan berlaku kerana peraturan dan individu telah keluar dari petunjuk Allah, menuruti hawa nafsu, melampaui batas dan menyombongkan diri, serta banyak melakukan kerosakan di muka bumi.

Allah SWT berfirman:

ظَهَرَ الْفَسَادُ فِي الْبَرِّ وَالْبَحْرِ بِمَا كَسَبَتْ أَيْدِي النَّاسِ لِيُذِيقَهُم بَعْضَ الَّذِي عَمِلُوا لَعَلَّهُمْ يَرْجِعُونَ
“Telah tampak di daratan dan di lautan apa yang dilakukan oleh tangan-tangan mereka, agar mereka merasakan dari sebahagian yang mereka lakukan, agar mereka dapat kembali”. (Ar-Ruum:41).

Pada ketika tangan-tangan manusia menjadi sebab lahirnya kezaliman, penipuan dan kecurangan, maka Allah akan menimpa hukuman ke atas sebahagian perbuatan yang mereka lakukan supaya diharapkan mereka kembali kepada Tuhan mereka dan menahan diri dari melakukan kerosakan, kezaliman dan penipuan.

Berhati-hatilah dari melakukan kata-kata dusta

Kesaksian palsu adalah seseorang yang menjadi saksi tanpa hak. Oleh sebab itu saksi palsu menjadi sebab tumbuhnya benih kebencian dan kedengkian di dalam hati kerana terdapat usaha menghilangkan dan mengabaikan hak-hak rakyat, menindas mereka, menghapuskan prinsip-prinsip keadilan dan keseimbangan.

Sudah tentu seorang yang zalim membantu melakukan penindasan terhadap yang tertindas, memberikan hak kepada seseorang yang tidak memiliki hak, melemahkan sendi-sendi keamanan, memporak perandakan kehidupan bermasyarakat dan menghancurkan asasnya. Justeru terdapat dalam Kitabullah dan sunnah Rasul-Nya kutukan terhadap tindakan tersebut. Allah berfirman:

وَالَّذِينَ لا يَشْهَدُونَ الزُّورَ وَإِذَا مَرُّوا بِاللَّغْوِ مَرُّوا كِرَامًا
“Dan mereka yang tidak melakukan saksi palsu, dan ketika mereka melewati sesuatu yang sia-sia, maka mereka akan melewatinya dengan ketundukan”. (Al-Furqan: 72).

Allah juga berfirman:

فَاجْتَنِبُوا الرِّجْسَ مِنَ الأَوْثَانِ وَاجْتَنِبُوا قَوْلَ الزُّورِ
“Maka jauhilah najis dari berhala-berhala dan jauhilah pula ucapan palsu (dusta). (Al-Hajj:30)
وَإِنَّهُمْ لَيَقُولُونَ مُنكَرًا مِّنَ الْقَوْلِ وَزُورًا

Allah juga berfirman:
“Dan sesungguhnya mereka hanyalah berkata dusta dan palsu”. (Al-Mujadilah:2)

Rasulullah saw juga mengingatkan umatnya dari penipuan, ucapan dusta dan bertindak ke atasnya. Beliau bersabda:
مَنْ لَمْ يَدَعْ قَوْلَ الزُّورِ وَالْعَمَلَ بِهِ فَلَيْسَ لِلَّهِ حَاجَةٌ فِي أَنْ يَدَعَ طَعَامَهُ وَشَرَابَهُ
“Barangsiapa tidak mampu menjauhi ucapan palsu dan bertindak ke atasnya, maka Allah tidak memerlukan darinya meninggalkan makanan dan minuman” (Bukhari),

عَنْ عَبْدِ الرَّحْمَنِ بْنِ أَبِي بَكْرَةَ عَنْ أَبِيهِ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ قَالَ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ أَلَا أُنَبِّئُكُمْ بِأَكْبَرِ الْكَبَائِرِ قُلْنَا بَلَى يَا رَسُولَ اللَّهِ قَالَ الْإِشْرَاكُ بِاللَّهِ وَعُقُوقُ الْوَالِدَيْنِ وَكَانَ مُتَّكِئًا فَجَلَسَ فَقَالَ أَلَا وَقَوْلُ الزُّورِ وَشَهَادَةُ الزُّورِ أَلَا وَقَوْلُ الزُّورِ وَشَهَادَةُ الزُّورِ فَمَا زَالَ يَقُولُهَا حَتَّى قُلْتُ لَا يَسْكُتُ
Dan Abu Abdul-Rahman bin Abu Bakrah ra dari bapaknya ia berkata: ” Ketika kami berada di sisi Rasulullah saw baginda bersabda: “Mahukah kalian aku beritahu tentang dosa terbesar? Iaitu syirik kepada Allah dan durhaka pada kedua orang tua. Saat itu baginda berbaring kemudian duduk dan ia berkata: Begitu juga dengan ucapan dusta dan saksi palsu, baginda masih terus mengulangnya sehingga kami berkata: Diharapkan baginda menghentikannya dari terus berkata-kata” (Bukhari) .

Pemalsuan dan putarbelit fakta

Kesaksian palsu membawa kepada putarbelit fakta.

Nabi saw pernah bersabda:

عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ قَالَ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ سَيَأْتِي عَلَى النَّاسِ سَنَوَاتٌ خَدَّاعَاتُ يُصَدَّقُ فِيهَا الْكَاذِبُ وَيُكَذَّبُ فِيهَا الصَّادِقُ وَيُؤْتَمَنُ فِيهَا الْخَائِنُ وَيُخَوَّنُ فِيهَا الْأَمِينُ وَيَنْطِقُ فِيهَا الرُّوَيْبِضَةُ قِيلَ وَمَا الرُّوَيْبِضَةُ قَالَ الرَّجُلُ التَّافِهُ فِي أَمْرِ الْعَامَّةِ
“Akan datang kepada umat manusia tahun-tahun yang penuh dengan tipu daya, membenarkan yang dusta dan mendustakan orang yang jujur, memberikan amanah kepada pengkhianat, dan mengkhianati orang yang menunaikan amanah, dan berbicara di dalamnya Ar-Ruwaibidhah”, Ada sahabat yang bertanya: Apa itu Ar-Ruwaibidhah?! Nabi berkata: Orang yang bodoh dalam mengurus urusan umum” (Ibnu Majah).

Kemungkinan sifat yang disebutkan dalam hadits di atas bersesuaian dengan kehidupan kita ketika ini, iaitu zaman di mana kebenaran menjadi batil dan kebatilan menjadi hak, sementara pendusta dan pembohong menjadi tingkahlaku yang bermaharajalela, orang-orang bodoh berbicara dalam urusan-urusan besar umat Islam, bahkan fakta diputarbalikkan secara terang-terangan dalam berbagai suasana dan lokasi, dan langsung tidak mahu melayani sekelompok umat yang ikhlas yang hanya menghendaki kebaikan.

Bukankah ini tentunya satu kepalsuan ?! Jika kesaksian palsu setaraf dengan mensyirikkan Allah padahal kesannya hanya menimpa seorang sahaja, maka bagaimana dengan melakukan penipuan dan kepalsuan pada kehendak umat?!

Negara-negara yang melakukan penipuan, tidak mengharapkan kepuasan atau kerelaan bangsa, kerana bagi mereka bangsa tidak memiliki harga dan nilai besar dalam perhitungan mereka. Mereka hanya mahukan kepuasan dari para pendusta, berdiri di sampingnya dan menginginkan sokongannya. Hakikatnya mereka melakukan penipuan, Kita lihat dalam semua pilihanraya bebas yang dilakukan di pelbagai negara, jikalau para pemimpinnya tidak menunaikan janji-janji mereka menunggu kesempatan pada pilihanraya berikutnya untuk menjatuhkannya.
Justeru para pemerintah bekerja keras untuk mengekalkannya dengan seribu perhitungan, sedangkan di negara kita, para pemimpin tidak peduli masalah rakyatnya, kerana kekuasaan tidak bergantung kepadanya, sebaliknya hanya bergantung kepada jentera yang melakukan penipuan dan kecurangan.

Penipuan dan undang-undang rejim

Meskipun Mesir telah memperkenalkan pilihanraya parlimen dan pertukaran kuasa yang bersih di bawah Perlembagaan 1923, namun sejak revolusi Julai 1952 hingga sekarang tidak pernah lagi walaupun sekali pilihanraya dilakukan secara adil dan bersih, bahkan semuanya mengandungi penipuan dan penyelewengan, tidak mencerminkan keinginan pemilih sebaliknya hanya memberikan sokongan kepada calon-calon pemerintah, baik pada Pilihanraya presiden, parlimen atau tempatan.

Bagi kerja-kerja penipuan biasanya dimulakan penyelewengan peraturan pilihanraya dengan mengeluarkan undang-undang yang mengatur pilihanraya umum, yang bertentangan dengan perlembagaan, yang bertujuan untuk memastikan parti pemerintah tetap berkuasa, seperti yang terjadi dengan menokok tambah pada Pasal 76, yang menyebabkan kehendak para pemilih dinafikan, mengenepikan hak peluang yang sama , menghalang rakyat dari menyuarakan pendapat, pihak pemerintah bermaharajalela menggunakan kuasanya, sikap hipokrit dan dusta menular di kalangan golongan intelektual, keadaan ekonomi dan social yang gawat, tercetus sikap negatif dan beralih pada tindakan kekerasan. Oleh, kerana itulah kesahihan anggota dewan dipersoalkan, begitu juga pilihanraya dewan syura dan dewan rakyat atau presiden dimana wujud pertikaian tentang kesahihan sistem pemerintahan dan sistem politik keseluruhannya.

Pembunuhan dan penyiksaan antara bukti adanya kecurangan

Demi penipuan dan kecurangan dalam pilihanraya tahun 2005, seramai 14 orang penduduk telah dibunuh dan tidak ada seorangpun yang berani menyuarakannya. Sekiranya hal ini berlaku di negeri lain tentu dunia akan bangkit dan tidak akan berdiam diri. Rentetan penipuan pada pilihanraya majlis Syura menyebabkan seorang pemuda yang bernama Khaled Said dibunuh di Alexandria. Ketika pihak berkuasa menggunakan media untuk menyakinkan rakyat bahawa yang terbunuh adalah seorang penjenayah dan bukan syahid. Oleh itu usaha menutup kematian pemuda tersebut berjaya, padahal dia mati kerana kecedaraan di kepala. Namun Allah tetap mendedahkan tembelang kedurjanaan mereka setelah tersebar skandal pembunuhan di dalam dan di luar negeri. Ini mengundang kritikan pedas dari jurucakap AS dan memerintahkan supaya diadakan penyiasatan semula.

Sungguh pelik AS yang mengkritik dasar penyiksaan di Mesir, juga merupakan negara yang melakukan kedurjanaan dan penyiksaan di Afghanistan dan Iraq serta di penjara Guantanamo.

Islam adalah yang pertama menentang penyiksaan

Pada tarikh 26 Jun ini, dunia akan merayakan Hari Antarabangsa menentang penyiksaan, Sesungguhnya Islam adalah agama yang pertama melakukan hal itu ketika Allah melarang orang Islam melakukan serangan terhadap nyawa, kerana hidup merupakan kurniaan Allah dan haram hukumnya melakukan perlanggaran ke atasnya.

Allah SWT berfirman:

وَلاَ تَقْتُلُواْ النَّفْسَ الَّتِي حَرَّمَ اللَّهُ إِلاَّ بِالْحَقِّ
“Janganlah kalian membunuh jiwa yang telah dilarang Allah kecuali dengan hak” (Al-An’am:151).

Bahkan Allah juga menganggap orang yang membunuh satu nyawa seolah-olah telah membunuh nyawa semua umat manusia. Islam juga mensyariatkan qisas sebagai pecegahan dari berlakunya pembunuhan terhadap nyawa seseorang yang telah dianugerahkan Allah kepadanya untuk hidup.

Allah berfirman:

وَلَكُمْ فِي الْقِصَاصِ حَيَاةٌ يَاْ أُولِيْ الأَلْبَابِ لَعَلَّكُمْ تَتَّقُونَ
“Dan dalam hukuman qisas ada kehidupan bagi kalian, wahai orang yang memiliki akal, agar kalian bertaqwa”. (Al-Baqarah:179).

Nabi saw bersabda:

إِنَّ اللَّهَ يُعَذِّبُ الَّذِينَ يُعَذِّبُونَ النَّاسَ فِي الدُّنْيَا
“Sesungguhnya Allah akan menyiksa orang-orang yang menyiksa manusia di dunia”. (Muslim)


Nabi juga bersabda:

كل المسلم على المسلم حرام دمه وماله وعرضه
“Setiap Muslim atas muslim, haram darahnya, hartanya dan jiwanya”. (Muslim)
Disamping itu Islam turut melindungi seluruh hak bukan Islam secara tetap.

Nabi saw bersabda:

من آذى ذميًّا فأنا حجيجه يوم القيامة
“Barangsiapa yang menyiksa seorang kafir zimmi maka aku akan menjadi lawannya di hari kiamat”.

Islam dan kebebasan bersuara

Meskipun AS berusaha melakukan diskriminasi kaum di tahun sebelum enam puluhan; namun akhirnya kulit hitam mampu memperoleh hak-hak mereka, bahkan berjaya merebut jawatan presiden kulit hitam yang pertama dalam sejarah AS. Ini kerana ada mekanisme untuk sampai kepada kebenaran, iaitu melalui pilihanraya, yang memberikan kebebasan memilih tanpa ada unsur penipuan atau penyelewengan.

Jika kebebasan di Barat mampu memecah semua ikatan dan kekangan, maka kebebasan dalam Islam adalah kebebasan yang berpaksikan syariat dan berkait dengan fitrah yang sihat; sehingga wanita pada masa jahiliyah, bertanya dengan penuh kehairanan:
أوتزني الحرة
“Apakah engkau menzinahi kebebasan?!”

Jelasnya kebebasan berpolitik merupakan kebebasan manusia yang diktiraf sebagai cabang dari asas Islam secara umum . Islam mengakui bahawa dirinya adalah manusia, dan sesuai dengan ketentuan yang telah ditetapkan dalam Al-Qur’an dan Sunnah.

Oleh sebab itu Nabi saw bersabda kepada sahabatnya:

لا يكن أحدكم إمَّعة؛ يقول أنا مع الناس، إن أحسن الناس أحسنت، وإن أساءوا أسأت
“Janganlah seorang di antara kalian menjadi orang berperwatakan tidak tetap; dengan berkata: saya sesuai dengan keinginan manusia, jika mereka baik maka baiklah aku dan jika buruklah aku”.

Allah telah mengutus para rasul dengan membawa syariat yang memberikan kehidupan yang bebas dan mengajarkan kepada mereka cara menempuh kehidupan dan kebebasan.
Islam yang tersebar kepada umat manusia adalah untuk menghormati hak untuk hidup dan bebas serta persamaan sesama manusia yang tidak diketahui oleh bangsa-bangsa lain sebelumnya.

Demikianlah Umar Bin Al Khattab r.a yang mengecam dan mencela Amru bin Al-Ash dengan berkata:

متى استعبدتم الناس وقد ولدتهم أمهاتهم أحرارًا
“Bilakah kalian memperhambakan manusia padahal dilahirkan oleh ibu mereka dalam keadaan merdeka!”?;

Ini sebagai pembelaan terhadap seorang Qibti yang dizalimi oleh anak gabenor Mesir (Amru bin Al-Ash).

Justeru setiap bangsa atau umat memiliki kebebasan untuk memilih pemimpinnya. Di antara haknya ialah berbincang tentang apa yang mereka ingin laksanakan dalam urusan hidupnya, bukan hanya keputusan pihak yang berkuasa secara individu sahaja atau tanpa persetujuan suara rakyat.

Setiap bangsa atau umat memiliki hak untuk mengawasi pemimpinnya, menilai segala tindak tanduknya dan juga tindakan para pembantunya.

أطيعوني ما أطعت الله فيكم، فإن عصيت فلا طاعة لي عليكم
“Taatilah aku selama aku mentaati Allah namun jika aku bermaksiat maka tidak ada taat atas kalian kepadaku. ”

Demikianlah ungkapan Abu Bakar As-Siddiq di hadapan umat Islam ketika memegang jawatan khilafah kerana di samping umat berhak mengangkat pemimpinnya, mereka juga berhak untuk memecat pemimpinnya jika melanggar kewajibannya.

Kami menyeru kepada sekalian umat supaya segera menuntut hak-hak mereka seperti yang telah ditetapkan oleh Allah, mengambil kembali dari tangan para perampas, berusaha menjaga dan melindungi diri dari para pengintip.

Kami turut menyeru supaya menyedari bahwa kebebasan tersebut bukanlah pemberian dari manusia sebagai haknya yang telah dirampas atau diberikan oleh mereka, pada ketika itu kita meletakkan kaki pada jalan yang benar dalam rangka memainkan peranan kita yang telah Alah tetapkan kepada kita.

Allah SWT berfirman:

كُنْتُمْ خَيْرَ أُمَّةٍ أُخْرِجَتْ لِلنَّاسِ تَأْمُرُونَ بِالْمَعْرُوفِ وَتَنْهَوْنَ عَنِ الْمُنْكَرِ وَتُؤْمِنُونَ بِاللَّهِ
“Kalian adalah umat terbaik yang pernah dibangkitkan untuk manusia mengajak pada yang baik dan mencegah kemungkaran dan beriman kepada Allah…” (Ali Imran: 110).

Allah berada di sebalik tujuan ini semua.

Artikel asal: http://www.ikhwanonline.com/Article.asp?ArtID=66992&SecID=213
 

My Blog List

FIKRAH & DAKWAH Copyright © 2009 Blogger Template Designed by Bie Blogger Template