Dengan nama Allah, selawat dan salam ke atas Rasulullah SAW dan orang-orang yang mengikutinya.
Allah SWT berfirman:
سُبْحَانَ الَّذِي أَسْرَى بِعَبْدِهِ لَيْلًا مِنَ الْمَسْجِدِ الْحَرَامِ إِلَى الْمَسْجِدِ الْأَقْصَى الَّذِي بَارَكْنَا حَوْلَهُ لِنُرِيَهُ مِنْ آَيَاتِنَا إِنَّه هُوَ السَّمِيعُ الْبَصِيرُ
“Maha suci Allah, yang telah memperjalankan hamba-Nya pada suatu malam dari Al Masjidil Haram ke Masjidil Aqsa yang telah Kami berkati sekelilingnya agar Kami perlihatkan kepadanya sebahagian dari tanda-tanda (kebesaran) Kami. Sesungguhnya Dia adalah Maha mendengar lagi Maha mengetahui”. (Al-Isra:1)
Dari Anas bin Malik r.a berkata bahawa Rasulullah saw bersabda:
“Aku diberikan kenderaan lebih baik dari keldai dan bukan baghal jalannya begitu cepat, lalu aku mengenderainya bersama Jibril AS, lalu aku sampai pada suatu tempat, Jibril berkata: Turun dan solatlah, maka akupun melakukannya. Lalu dia berkata: Tahukah engkau tadi solat di mana? Aku berkata: Aku solat di Tibah (Madinah) dan kepadanya aku berhijrah. Kemudian dia berkata: Turun dan solatlah! Maka akupun melakukannya. Kemudian dia berkata: tahukah engkau tadi solat di mana? Aku berkata: tadi aku solat di bukit Sinai, dan di situlah Nabi Musa berbicara dengan Allah SWT. Kemudian dia berkata: Turun dan solatlah! Maka akupun melakukannya. Kemudian dia berkata: tahukah engkau tadi solat di mana? Tadi aku solat di Baitul Laham dan di situlah Nabi Isa dilahirkan. Kemudian aku masuk ke Baitul Maqdis, dan di situ dikumpulkan para nabi maka akupun diperintahkan oleh Jibril untuk menjadi imam mereka”. (An-Nasa’i)
Tujuan Isra’ dan misi perjalanan Nabi Muhammad SAW diringkaskan pada ayat pertama surat Al-Isra iaitu firman Allah: “agar Kami perlihatkan kepadanya sebahagian dari tanda-tanda (kebesaran) Kami”. Oleh itu setelah diperlihatkan dengan mata kepala baginda kekuasaan Ilahi yang bergerak dengannya ke arah angkasa yang luas untuk membawanya menuju masjid Al-Aqsa di Syam, kemudian naik ke langit paling tinggi untuk melihat kekuasaan Allah yang lebih besar.
Perjalanan yang agung ini memberikan keyakinan yang sempurna dan kekuatan yang besar untuk berhadapan dengan kebatilan yang berlaku di muka bumi dan kerosakan yang wujud di berbagai penjurunya. Justeru setelah ilmu para nabi dihubungkan dengan melihat tanda-tanda kekuasaan-Nya yang agung sehingga mereka memperolehi keyakinan yang teguh yang tiada tandingannya yang bukan sekadar berita. Dengan itu mereka memikul dakwah di jalan Allah tidak sama seperti orang lain. Seluruh kekuatan dunia yang menghalang dan mengancam mereka yang berupa ujian dan cobaan sedikitpun tidak dirasa membebankan.
Demikianlah yang ditegaskan Al-Qur’an yang mulia, kisah tentang nabi Ibrahim seperti yang diungkapkan oleh Allah SWT:
وَكَذَلِكَ نُرِي إِبْرَاهِيمَ مَلَكُوتَ السَّمَاوَاتِ وَالأَرْضِ وَلِيَكُونَ مِنَ الْمُوقِنِينَ
“Dan Demikianlah Kami perlihatkan kepada Ibrahim tanda-tanda keagungan (kami yang terdapat) di langit dan bumi dan (kami memperlihatkannya) agar Dia Termasuk orang yang yakin”.(Al-An’am:75).
Dan kisah tentang nabi Musa AS:
لِنُرِيَكَ مِنْ آَيَاتِنَا الْكُبْرَى
“Agar Kami Perlihatkan kepadamu tanda-tanda kekuasaan Kami yang besar” (Toha:23)
Hadith di atas menunjukkan bahawa para nabi terdahulu mengakui risalah Nabi Muhamad SAW dengan solat di belakangnya. Ini tentunya isyarat bahawa pengikut para nabi wajib mengikut dan menjadi penolong Rasulullah SAW. Jikalau rasul-rasul mereka menerima nabi Muhammad SAW dan bersaksi tentang risalah dan kenabiannya, maka kepada para pengikutnya tidak boleh melakukan perkara lain kecuali berselawat dan salam ke atas nabi Muhammad SAW, berjalan sesuai dengan manhajnya, mengikuti syariatnya yang bersumber dari syariat mereka, dengan perbezaan bahawa syariah nabi Muhammmad SAW selamat dari sebarang penyelewengan.
Allah SWT berfirman:
الَّذِينَ يَتَّبِعُونَ الرَّسُولَ النَّبِيَّ الْأُمِّيَّ الَّذِي يَجِدُونَهُ مَكْتُوبًا عِنْدَهُمْ فِي التَّوْرَاةِ وَالْإِنْجِيلِ يَأْمُرُهُمْ بِالْمَعْرُوفِ وَيَنْهَاهُمْ عَنِ الْمُنْكَرِ وَيُحِلُّ لَهُمُ الطَّيِّبَاتِ وَيُحَرِّمُ عَلَيْهِمُ الْخَبَائِثَ وَيَضَعُ عَنْهُمْ إِصْرَهُمْ وَالْأَغْلَالَ الَّتِي كَانَتْ عَلَيْهِمْ فَالَّذِينَ آَمَنُوا بِهِ وَعَزَّرُوهُ وَنَصَرُوهُ وَاتَّبَعُوا النُّورَ الَّذِي أُنْزِلَ مَعَهُ أُولَئِكَ هُمُ الْمُفْلِحُونَ
“(yaitu) orang-orang yang mengikut rasul, Nabi yang Ummi yang (namanya) mereka dapati tertulis di dalam Taurat dan Injil yang ada di sisi mereka, yang menyuruh mereka mengerjakan yang ma’ruf dan melarang mereka dari mengerjakan yang mungkar dan menghalalkan bagi mereka segala yang baik dan mengharamkan bagi mereka segala yang buruk dan membuang dari mereka beban-beban dan belenggu-belenggu yang ada pada mereka. Maka orang-orang yang beriman kepadanya, memuliakannya, menolongnya dan mengikuti cahaya yang terang yang diturunkan kepadanya (Al Quran), mereka itulah orang-orang yang beruntung”. (Al-A’raf:157)
Hadith di atas juga menegaskan bahawa Tibah, bukit Sinai, Baitul Laham dan Baitul Maqdis merupakan tempat suci bagi umat Islam dan mereka lebih berhak memilikinya kerana Rasulullah saw telah menjejakkan kakinya yang suci dan mulia di sana dan para nabi dan rasul juga mengikat janji dengannya, di samping di tempat-tempat tersebut baginda Muhammad SAW telah solat di situ dan menjadi masjid bagi umat Islam.
Seandainya orang-orang Yahudi mencari di bawah tanah Al-Aqsa sebuah Haikal (Kuil) yang mereka sangkakan sehingga menganggapnya sebagai alasan untuk menuntut hak mereka ke atas tanah tersebut; apatah lagi bagi umat Islam di atas tanah tersebut berdiri sebuah masjid yang megah, yang dapat disaksikan dengan mata kepala, yang mengisytiharkan sebanyak lima kali setiap hari bahawa tempat tersebut dan yang ada di sekitarnya adalah kepunyaan umat Islam.
Perjalanan nabi Muhammad SAW yang termasuk perkara ghaib ini juga mengandungi makna yang begitu terperinci dan petunjuk yang sangat mendalam, yang menegaskan bahawa nabi Muhammad SAW adalah nabi dua kiblat, pemimpin di Timur dan Barat, pewaris para nabi sebelumnya, pemimpin generasi selepasnya, kerana baginda telah mempertemukan (dalam dirinya dan Isra’nya) Mekah dengan Baitul Maqdis, Baitul Haram dengan Masjid Al-Aqsa dan para nabi mendirikan solat di belakangnya. Ini semua merupakan tanda tentang risalahnya yang bersifat umum, kepemimpinannya yang kekal , petunjuknya yang bersifat manusiawi, dan kesesuaian ajarannya pada semua tempat dan zaman.
Adapun perjalanan baginda mengandungi banyak pelajaran:
Pertama dan yang paling utama: kewajiban solat
Wahai umat Islam..
Kewajiban solat berlaku pada malam Isra’ dan Mi’raj pada ketika Allah SWT berada berdekatan dengan nabi Muhammad SAW yang jaraknya hanya dua hujung busur panah atau lebih dekat lagi. Kewajibannya disampaikan oleh Allah SWT terus kepadanya, pada saat dirinya berada di langit paling tinggi, merupakan petunjuk tentang peri pentingnya solat dan kedudukannya yang tinggi.
Solat merupakan mi’raj harian umat Islam pada setiap munajatnya sebagai peringatan tentang hari pembalasan, pada hari manusia menghadap Allah SWT Tuhan semesta alam, mengingatkan tugas muslim yang kerananya dia diciptakan seperti yang terangkum dalam firman Allah:
إِيَّاكَ نَعْبُدُ
“Kepada-Mu kami menyembah”,
Ayat ini merupakan seruan untuk bertawakkal kepada Allah secara penuh dan memohon pertolongan kepada Allah.
وَإِيَّاكَ نَسْتَعِينُ
“Hanya kepada-Mu lah kami memohon pertolongan”.
Ayat ini merupakan seruan untuk memiliki keistimewaan yang sempurna dan kemerdekaan yang sebenar dalam manhaj dan jalan. Justeru jalan mereka adalah jalan yang lurus.
اهْدِنَا الصِّرَاطَ الْمُسْتَقِيمَ
“Tunjukkan kami ke jalan yang lurus” iaitu jalan orang-orang yang telah diberikan nikmat oleh Allah kepada para nabi, para siddiqin, para syuhada dan salihin.
صِرَاطَ الَّذِينَ أَنْعَمْتَ عَلَيْهِمْ غَيْرِ الْمَغْضُوبِ عَلَيْهِمْ وَلَا الضَّالِّينَ
“ (iaitu) jalan orang-orang yang telah Engkau beri nikmat kepada mereka; bukan (jalan) mereka yang dimurkai dan bukan (pula jalan) mereka yang sesat”.
Iaitu dengan mengikuti petunjuk Al-Qur’an
وَأَنَّ هَذَا صِرَاطِي مُسْتَقِيمًا فَاتَّبِعُوهُ وَلَا تَتَّبِعُوا السُّبُلَ فَتَفَرَّقَ بِكُمْ عَنْ سَبِيلِهِ ذَلِكُمْ وَصَّاكُمْ بِهِ لَعَلَّكُمْ تَتَّقُونَ
“Dan bahawa (yang Kami perintahkan ini) adalah jalanKu yang lurus, Maka ikutilah Dia, dan janganlah kamu mengikuti jalan-jalan (yang lain), karena jalan-jalan itu mencerai beraikan kamu dari jalanNya. yang demikian itu diperintahkan Allah agar kamu bertakwa”. (Al-An’am:153)
Dan mengikuti petunjuk nabi Muhammad SAW
وَإِنَّكَ لَتَهْدِي إِلَى صِرَاطٍ مُسْتَقِيمٍ
“Sesungguhnya engkau membawa petunjuk pada jalan yang lurus”. (As-Syura:52)
Oleh itu, setiap muslim sewajarnya sentiasa berhati-hati daripada sebarang penyimpangan dari jalan dan petunjuk ini dengan melalui jalan yang dimurkai atau orang-orang yang telah disesatkan oleh Allah seperti Yahudi dan Nasrani.
Solat juga menggariskan kepada muslim jalan di tengah kegelapan yang meliputi dirinya, lalu mengangkat kedua tangannya dengan berdoa secara berturutan agar tidak menyimpang dari jalan yang lurus. Nabi Muhammad saw telah melihatnya pada malam Isra’, ada suara yang memanggilnya dari sebelah kanan dan satu lagi dari sebelah kirinya namun baginda tidak menjawab panggilan tersebut. Ketika baginda bertanya tentang suara itu Jibril berkata: “Suara yang memanggil tadi adalah Yahudi, jika tadi engkau menjawabnya maka umatmu akan menjadi Yahudi. Saya berkata: ketika saya berjalan ada yang memanggil dari sebelah kiri saya: “Wahai Muhammad, lihatlah kepadaku, aku mahu bertanya kepadamu”, maka akupun tidak menjawabnya. Maka Jibril berkata: itulah Orang Nasrani, jika engkau tadi menjawabnya maka umatmu akan menjadi Nasrani”.
Dalam peristiwa tersebut menegaskan bahawa orang-orang Yahudi sekali-kali tidak akan menghentikan usaha dan rancangan yang berterusan untuk mengyahudikan umat Islam, sepertimana orang-orang Kristian yang terus melakukan tipu muslihat pada waktu malam dan siang untuk mengkristiankan umat Islam. Mereka tidak akan rela terhadap umat Islam kecuali jika telah berjaya mengembalikan umat Islam pada agama mereka dan mengikuti agama Yahudi, atau berjalan mengikuti jalan orang-orang nasrani. Al-Qur’an telah menegaskan hal demikian, bahkan sering diulang peringatan ini untuk mengingatkan umat Islam terhadap usaha yang dilakukan oleh musuh-musuh mereka.
Allah berfirman:
وَلَنْ تَرْضَى عَنْكَ الْيَهُودُ وَلَا النَّصَارَى حَتَّى تَتَّبِعَ مِلَّتَهُمْ قُلْ إِنَّ هُدَى اللَّهِ هُوَ الْهُدَى وَلَئِنِ اتَّبَعْتَ أَهْوَاءَهُمْ بَعْدَ الَّذِي جَاءَكَ مِنَ الْعِلْمِ مَا لَكَ مِنَ اللَّهِ مِنْ وَلِيٍّ وَلَا نَصِيرٍ
“Orang-orang Yahudi dan Nasrani tidak akan senang kepada kamu hingga kamu mengikuti agama mereka. Katakanlah: “Sesungguhnya petunjuk Allah Itulah petunjuk (yang benar)”. dan Sesungguhnya jika kamu mengikuti kemauan mereka setelah pengetahuan datang kepadamu, Maka Allah tidak lagi menjadi pelindung dan penolong bagimu”. (Al-Baqarah: 120).
Seorang muslim semasa solatnya merupakan perpindahan dari dunia menuju akhirat;di mana ia bertasbih di dalam syurga bersama orang-orang yang telah diberi nikmat, menatap dari jauh orang-orang yang mendapat azab. Ini seperti yang diriwayatkan oleh: Harits bin Malik Al-Anshari bahwa beliau melewati Rasulullah saw lalu bersabda: Bagaimana keadaanmu pagi ini wahai Haritsah? Dia berkata: Pagi ini saya beriman dengan baik. Beliau berkata: lihatlah apa engkau katakan? Kerana setiap sesuatu ada hakikatnya, kerana itu apa hakikat keimananmu? Dia berkata: jiwaku telah mengetahui tentang dunia, dan aku senantiasa terjaga di waktu malam, dan menghauskan diri di waktu siang, seakan saya melihat Arsy Rabb-ku begitu jelas, dan seakan saya melihat penghuni syurga saling berziarah di dalamnya, dan seakan saya melihat penghuni neraka saling berteriak di dalamnya. Nabi bersabda: Wahai Haritsah, engkau telah mengetahuinya maka berpegang teguhlah terhadapnya”.
Kedua: Bahaya dosa dan maksiat dan balasannya
Nabi Muhammad SAW sering menyampaikan berita tentang bahaya penyakit sosial dan menjelaskan hukuman ke atasnya, sepertimana nabi telah menyaksikan pada malam Isra’ dan Mi’raj. Di antara penyakit dan hukumannya adalah sebagai berikut:
* Memakan Harta Riba; iaitu nabi menyaksikan suatu kaum yang perut mereka terdapat bangunan, di dalamnya terdapat ulat yang tampak dari luar perut mereka, lalu Jibril berkata: “Mereka adalah orang yang sering makan harta riba.”
* Memakan harta anak yatim tanpa hak; nabi telah menyaksikan sekelompok orang yang memiliki bibir lebar seperti bibirnya unta, dan di tangan mereka terdapat bola api yang dilemparkan ke mulut mereka hingga keluar dari dubur mereka. Lalu Jibril berkata: “Mereka adalah orang yang memakan harta milik anak yatim dengan cara zalim “
*Mengumpat dan pengumpat; Nabi saw menyaksikan sekelompok orang yang memakan bangkai, lalu Jibril berkata: “Mereka adalah orang-orang yang memakan daging manusia.”
* Dalam riwayat juga disebutkan tentang hukuman penzina, penyebar fitnah, para pemidato yang berkata namun tidak melaksanakannya, meremehkan amanah, dan orang bercakap besar lalu menyesal namun ia tidak dapat mengembalikannya. Bahawa maksiat dan dosa merupakan penghancur dan pembinasa sesuatu umat.
Allah berfirman:
وَإِذَا أَرَدْنَا أَنْ نُهْلِكَ قَرْيَةً أَمَرْنَا مُتْرَفِيهَا فَفَسَقُوا فِيهَا فَحَقَّ عَلَيْهَا الْقَوْلُ فَدَمَّرْنَاهَا تَدْمِيرًا
“Dan jika Kami hendak membinasakan suatu negeri, Maka Kami perintahkan kepada orang-orang yang hidup mewah di negeri itu (supaya mentaati Allah) tetapi mereka melakukan kedurhakaan dalam negeri itu, Maka sudah sepantasnya berlaku terhadapnya Perkataan (ketentuan kami), kemudian Kami hancurkan negeri itu sehancur-hancurnya”. (Al-Isra: 16)
Di samping itu Rasulullah SAW telah menyaksikan ganjaran yang melimpah ruah terhadap perbuatan baik, untuk memberikan dorongan dan berita baik bagi para pembuat kebaikan di dunia yang berupa ganjaran yang baik, seperti para mujahidin yang bercucuk tanam lalu memungut hasilnya dengan cepat, dan Baginda juga mendengar telapak kaki Bilal r.a di belakangnya di syurga nanti; kerana menjadi kebiasaannya melakukan solat sunat nawafil.
Wahai umat Islam di seluruh dunia,
Bahawa surah Al-Isra disebut juga dengan surah “Bani Israel”, dan Masjid Al-Haram datang beriringan dengan masjid Al-Aqsa, dan kisah tentang Isra’ datang beriringan dengan kerosakan Bani Israel…ini semua terdapat dalil dan ayat di antaranya adalah:
* Para sahabat menyedari pentingnya Masjid Al-Aqsa dan tanggung jawab mereka terhadapnya, yang ketika itu berada dalam tawanan kerajaan Rom. Lalu dibebaskan oleh Umar bin Al-Khattab r.a, sehingga tempat tersebut merasa aman dan sejahtera. Namun menjadi tawanan kembali oleh Tentara Salib setelah berjalan lima abad dari hijrahnya Nabi saw. Tentera Salib tinggal disana (menguasainya) hampir satu abad dengan melakukan kerosakan dan maksiat, sehingga Allah mengutus salah seorang pemimpin Islam Salehuddin Al-Ayyubi, lalu berjaya memerdekakannya kembali, dan sekarang diduduki oleh Yahudi. Cara kita untuk menumpaskannya adalah dengan jihad fi sabilillah, sebagaimana jalan yang telah ditempuh oleh para sahabat sebelumnya.
* Ancaman terhadap Masjid Al-Aqsa adalah ancaman bagi Masjid Al-Haram dan para penduduknya, dan merampas kembali masjid Al-Aqsa adalah langkah awal untuk merampas masjid Al-Haram. Justeru masjid Al-Aqsa merupakan pintu menuju masjid Al-Haram, dan hilang atau hancurnya masjid Al-Aqsa merupakan kehancuran masjid Al-Haram dari tangan umat Islam dan dikuasai oleh tangan-tangan kotor yahudi. Ini bermaksud masjid Al-Haram dan Hijaz berada dalam ancaman, dan banyak mata-mata musuh yang mengintainya untuk menguasai dan menjajahnya.
Sejarah masa lalu dan sekarang menegaskan hal ini, bahwa sejarah Perang Salib memberitahu kita bahwa seorang Kristian pemilik kerajaan Al-Kark bernama Arnat menghantar utusan untuk ke Hijaz bagi merosakkan kubur nabi saw dan jasadnya di masjid Nabawi, pasukan Portugis (Katolik Kristian) juga berusaha di awal zaman moden ini untuk menguasai Dua Masjid Suci untuk melaksanakan apa yang tidak dapat dilakukan oleh nenek moyang mereka dari pasukan Salib. Namun tentangan hebat yang dilakukan oleh kerajaan Khalifah Othmaniah, menjadi penghalang usaha mereka tanpa meraih agenda mereka sedikitpun. Dengan sebab itu pada tahun 1967 selepas Yahudi berjaya menduduki Baitul Maqdis, pemimpin mereka berjenaka bahwa tujuan mereka setelah ini adalah menduduki bumi Hijaz, dan permulaannya adalah pendudukan kota Rasulullah saw iaitu Madinah dan Khaibar.
David Ben-Gurion seorang pemimpin Yahudi, setelah pasukan Yahudi berjaya memasuki kota Al-Quds, beliau berdiri menghadap pasukan dan pemuda Yahudi berdekatan Masjid Al Aqsa dan menyampaikan pidato dengan penuh semangat lalu menutupnya dengan impian:
“Kita telah mengambil alih Al-Quds, dan kita sedang dalam perjalanan menuju ke Yathrib.”
Golda Meir, Perdana Menteri wanita Yahudi, setelah berjaya menduduki Al-Quds dan di Teluk Eilat Aqaba, berkata:
“Aku mencium bau nenek moyang saya di Madinah dan Hijaz, yang merupakan negara kita yang akan kita ambil kembali. “
* Rejim Zionis adalah orang-orang yang akan menodai tempat Isra’nya Rasulullah saw, dan menggiatkan aktiviti kotor di dalamnya. Justeru untuk membersihkan bumi dari kejahatan dan kerosakan mereka, hanya dapat dilakukan oleh hamba-hamba Allah yang ikhlas, yang mampu menggabungkan kekuatan ubudiyah kepada Allah dan kekuatan perang berupa kekuatan fizikal dan kekuatan senjata… “iaitu hamba-hamba Kami”
* Setiap berbuat baik dan konsisten maka ganjarannya akan kembali pada diri mereka sendiri, sementara perbuatan jahat mereka juga hukumannya akan kembali kepada mereka.
Allah berfirman:
إِنْ أَحْسَنْتُمْ أَحْسَنْتُمْ لِأَنْفُسِكُمْ وَإِنْ أَسَأْتُمْ فَلَهَا
“Jika kalian berbuat baik maka ganjarannya untuk diri kalian dan jika kalian berbuat jahat maka untuk kalian juga”.
Setiap titisan darah yang mereka tumpahkan maka akan terjadi kepada diri mereka juga, dan setiap jiwa yang terbunuh maka merekapun akan terbunuh.
* Membersihkan Masjid Al-Aqsa dari kehancuran pasti datang, dan membersihkan tanah Palestin dari kejahatan mereka sudah semakin dekat.
* Allah SWT telah berjanji memberikan teguran setiap kali mereka kembali melakukan kejahatan. Allah berfirman:
عَسَى رَبُّكُمْ أَنْ يَرْحَمَكُمْ وَإِنْ عُدْتُمْ عُدْنَا
“Semoga Tuhanmu akan melimpahkan rahmat, namun jika kalian kembali (melakukan kejahatan) maka Kamipun akan membalasnya”. (Al-Isra:8)
Dan firman Allah:
وَإِذْ تَأَذَّنَ رَبُّكَ لَيَبْعَثَنَّ عَلَيْهِمْ إِلَى يَوْمِ الْقِيَامَةِ مَنْ يَسُومُهُمْ سُوءَ الْعَذَابِ
“Dan (ingatlah), ketika Tuhanmu memberitahukan, bahwa sesungguhnya Dia akan mengirim kepada mereka (orang-orang Yahudi) sampai hari kiamat orang-orang yang akan menimpakan kepada mereka azab yang seburuk-buruknya”. (Al-A’raf:167)
* Al-Qur’an memberikan jalan untuk kita cara mudah untuk menghilangkan kejahatan dan menghapuskan bumi Palestin dari kejahatan zionis. Allah berfirman:
إِنَّ هَذَا الْقُرْآَنَ يَهْدِي لِلَّتِي هِيَ أَقْوَمُ
“Sesungguhnya Al Quran ini memberikan petunjuk kepada (jalan) yang lebih Lurus” (Al-Isra:9)
Zionis sama sekali tidak akan mampu mencapai dari apa yang mereka inginkan kecuali hanya mampu menangkap dan membunuh para pembawa dan penghafal Al-Qur’an, menangkap para pendokong aqidah daripada Ikhwan Muslimin dan yang lain-lainnya daripada orang-orang secara sukarela untuk membela Palestin. Iaitu dengan cara melakukan konspirasi antara Barat, Zionis dan para penguasa tempatan. Selama Ikhwan Muslimin tetap berada di bumi Palestin maka rejim Zionis tidak akan mampu berdiri teguh dan tidak akan mampu mengangkat bendera mereka.
Pada masa silam Allah SWT telah memberikan kekuasaan di tangan Bakhtansir ke atas Yahudi, ketika dikatakan kepadanya tentang mereka:
“Mereka adalah orang-orang yang memiliki kitab di tangan namun tidak menerapkannya, dan memiliki para nabi namun tidak mentaatinya, dan mereka suka bercerai berai. “
Pada ketika ini kita dikuasai oleh Yahudi kerana kita telah meninggalkan kitab Allah, membunuh para ulama yang merupakan pewaris para nabi, dan slogan mereka dikumandangkan di tengah kita: “Pecah dan perintah”
Jalan menuju keselamatan
* Marilah kita menghidupkan kembali Kitab Allah di antara kita, menegakkan keadilan, menyuburkan kasih sayang, dan mewujudkan persamaan di tengah umat manusia sekalipun berbeza keyakinan, bangsa, bahasa dan warna kulit mereka.
* Marilah kita kembalikan kemuliaan para ulama yang setia dan jujur, dan menjawab seruan mereka yang mengajak kita untuk kembali pada syariat Allah yang terdapat kehidupan dan kemuliaan kita.
* Marilah kita jauhkan perpecahan, konflik dan perselisihan, dan mengembalikan kesatuan umat seperti yang diinginkan oleh Allah kepada kita;
إِنَّ هَذِهِ أُمَّتُكُمْ أُمَّةً وَاحِدَةً وَأَنَا رَبُّكُمْ فَاعْبُدُونِ
“Sesungguhnya (agama Tauhid) ini adalah agama kamu semua; agama yang satu dan Aku adalah Tuhanmu, Maka sembahlah Aku”. (Al-Anbiya:92)
* Marilah kita berjihad dengan jihad yang sebenar-benarnya, kerana ganjaran bagi orang-orang yang berjihad akan kekal dan tidak terputus. Nabi saw pada waktu Isra’ dan Mi’rajnya mendatangi suatu kaum yang menanam dalam satu hari namun langsung memungut hasilnya, setiap kali mereka memungut hasilnya maka tumbuh kembali dan memungut hasil kembali. Maka nabi Muhaammad SAW bertanya kepada Jibril. Apa maksudnya ini?!
Jibril berkata:
“Mereka adalah para mujahid di jalan Allah yang telah diberikan ganjaran berlipat ganda oleh Allah berupa kebaikan sebanyak 700 kali lipat, dan apa yang mereka infakkan dari sesuatu yang ditinggalkannya”.
Wahai umat Islam,
Allah SWT tidak akan memberikan kebaikan kepada umat ini kecuali dengan melakukan kebaikan dalam diri umat itu sendiri.
Tidak terdapat kebaikan yang mereka inginkan kecuali dengan kejujuran iman mereka kepada Allah, dan ikatan yang erat dalam ukhuwah yang murni dan ikhlas, bersatu di dalamnya Arab, Habsyah, Rom dan Parsi dalam satu barisan. Tidak akan tercapai kemuliaan dan kemenangan mereka kecuali dengan jihad dan kerinduan mereka pada syahid di jalan Allah!
Ketahuilah wahai umat Islam di mana jua kalian berada, bahawa setiap umat yang berniat mahukan kematian yang baik, dan mengetahui bagaimana cara mencapai kematian yang mulia, Allah SWT akan memberikan kehidupan yang mulia di dunia, dan kenikmatan yang kekal di Akhirat kelak. Tidak ada yang menjerumuskan kepada kehinaan kecuali kerana cintakan dunia dan takutkan mati. Justeru, persiapkanlah diri kalian untuk tugas yang besar ini, dan berusahalah untuk mengecapi kematian yang memberikan kehidupan yang lebih mulia dari dunia kalian.
Artikel asal: http://www.ikhwanonline.com/Article.asp?ArtID=67597&SecID=213