08-10-2010
Segala puji bagi Allah, Selawat dan salam ke atas Rasulullah saw, Nabi yang ummi dan Al-Amin, orang-orang yang mengikutinya dan berjalan di atas petunjuknya hingga hari kiamat, selanjutnya…
Setelah berlalu selama 37 tahun, tiba masa untuk kita memperingati kemenangan pada 6 Oktober 1973 bersamaan dengan 10 Ramadhan, terpahat dalam ingatan setiap rakyat Mesir, Arab dan Islam bahkan setiap Insan yang merdeka dan benar, tentang gambaran sebuah pengorbanan yang pernah meraih kemenangan dengan sebab memiliki sifat-sifat tertentu, darah mujahid yang teguh dengan pegangannya dan hak untuk hidup di negerinya sendiri, dan jiwa-jiwa yang beriman yang mahu meninggikan seruan kemenangan abadi, dan penduduk sebenar yang mengerah seluruh tenaga mempertahankan tanahair, harga diri dan harta menentang musuh perampas. Justeru kemenangan ialah kepada pendokong kebenaran ke atas pendokong kezaliman yang melampaui batas dan berdosa.
“Allahu Akbar” ..laungan yang telah menghimpunkan semua manusia yang ada disekelilingnya, yang menolak kehinaan di hadapan tentara paling keji dan biadap di dunia yang membentuk pasukan ‘pengganas’ dari seluruh dunia.
“Sesungguhnya kamu dapati orang-orang yang paling keras permusuhannya terhadap orang-orang yang beriman ialah orang-orang Yahudi dan orang-orang musyrik”. (Al-Maidah:82)
Orang Islam dan Kristian telah bersatu dalam satu pasukan menentang musuh ini sehingga tertumpah darah-darah mereka sehingga akhirnya semua merayakan kemenangan.
“Allahu Akbar” .. Laungan yang mengumumkan bahwa umat Islam mampu menghancurkan kekuatan musuh, dengan syarat ketika dalam peperangan keyakinan kepada Allah diperteguhkan, perasaan putus asa dihindarkan dan semangat yang lemah dielakkan.
“Janganlah kamu berhati lemah dalam mengejar mereka (musuhmu). Jika kamu menderita kesakitan, Maka Sesungguhnya merekapun menderita kesakitan (pula), sebagaimana kamu menderitanya, sedang kamu mengharap dari pada Allah apa yang tidak mereka harapkan. dan adalah Allah Maha mengetahui lagi Maha Bijaksana”. (An-Nisa:104)
“Allahu Akbar” ..Laungan penuh yakin bahwa dengan senjata sahaja tidak akan mampu mencapai kemenangan melainkan senjata itu dipikul oleh pasukan pejuang yang beriman, yang yakin dan setia terhadap kebenaran serta keadilan apa yang diperjuangkannya.
Pintu-pintu sejarah telah dibuka kepada orang-orang salih terdahulu, sehingga mereka mampu menakluki serata pelosok dunia. Allah memberikan kejayaan kepada mereka, padahal jumlah mereka tidak ramai dan peralatan ketenteraan yang tidak seberapa.. namun mereka adalah orang-orang yang beriman dan terus berjuang.. sekalipun mereka adalah manusia biasa yang pasti merasakan apa yang dirasakan oleh manusia lainnya..
“Dan ketika tidak tetap lagi penglihatan(mu) dan hatimu naik menyesak sampai ke tenggorokan dan kamu menyangka terhadap Allah dengan bermacam-macam purbasangka”. (Al-Ahzab:10)
Namun janji Allah adalah benar.
“Dan Allah menghalau orang-orang yang kafir itu yang Keadaan mereka penuh kejengkelan, (lagi) mereka tidak memperoleh Keuntungan apapun. dan Allah menghindarkan orang-orang mukmin dari peperangan. dan adalah Allah Maha kuat lagi Maha Perkasa. Dan Dia menurunkan orang-orang ahli kitab (Bani Quraizhah) yang membantu golongan-golongan yang bersekutu dari benteng-benteng mereka, dan Dia memasukkan rasa takut ke dalam hati mereka. sebahagian mereka kamu bunuh dan sebahagian yang lain kamu tawan. Dan Dia mewariskan kepada kamu tanah-tanah, rumah-rumah dan harta benda mereka, dan (begitu pula) tanah yang belum kamu injak. dan adalah Allah Maha Kuasa terhadap segala sesuatu”. (Al-Ahzab:25-27)
“Allahu Akbar” .. Laungan yang menjadi harapan rakyat Mesir untuk mengembalikan kegemilangan masa lalu. Mereka menanti-nanti hari di mana “Allahu Akbar ” menjadi syiar kehidupan. Saban hari “Allahu Akbar ” menerjah pendengaran.
Saban ketika “Allahu Akbar ” menjadi nyanyian. Dengan “Allah Akbar” mentari hidayah menyinari alam, cahayanya merebak ke segenap pelusuk dan ke serata ruang. Itulah yang pernah berlaku suatu ketika dahulu selama beberapa kurun lamanya. Kedamaian berkibar menaungi dunia, manusia mengecapi manisnya bahagia. Hakim memerintah dengan adil dan saksama, rakyat tenteram hak terbela. Hidayah Allah dipatuhi, Syariah terlaksana sepenuhnya.
“ (ini adalah) kitab yang Kami turunkan kepadamu supaya kamu mengeluarkan manusia dari kegelapan kepada cahaya terang benderang dengan izin Tuhan mereka, (yaitu) menuju jalan Tuhan yang Maha Perkasa lagi Maha Terpuji”. (Ibrahim:1)
Kekalahan yang sebenar
Selepas tiga puluh tujuh tahun kemenangan, timbul persoalan: Apa yang masih tinggal dari kemenangan Oktober?!
Sesungguhnya kita harus mengakui bahawa reality umat pada hari ini dari semua sudut - (Keamanan – Politik – Ekonomi – Sosial – kedaulatan) mesti diperperbaiki. Dengan itu kita dapat menilai apa yang masih tinggal dari kemenangan? Semua setuju bahawa tujuan kemenangan ialah membebaskan tanah air, memerdekakan umat, menegakkan keadilan dan kedaulatan, menolak segala bentuk tawar menawar dan perjanjian damai dengan musuh zionis yang tangan-tangan mereka masih berlumuran dengan darah anak-anak bangsa kita yang terdiri dari: pemuda-pemudi Mesir yang baik ditawan oleh mereka, rakyat yang tidak berdosa dari wilayah Bahrul Baqar, mangsa kekejaman di Shabra dan Shatila, Deir Yassin, Qana, Selatan Lubnan dan Gaza.
Sesungguhnya hak seluruh rakyat Mesir untuk menuntut pihak berkuasa mereka supaya jangan biarkan darah syuhada Oktober mengalir sia-sia, jangan sampai pengorbanan yang mereka telah curahkan untuk tanah air dan rakyatnya terhambur begitu saja.
Oleh itu:
- Adalah hak para syuhada Oktober mendapatkan kedaulatan mereka di atas tanah yang telah mengalirkan darah dan mengorbankan nyawa mereka dengan kedaulatan yang penuh dan sempurna.
- Adalah hak para syuhada Oktober untuk ruh-ruh mereka tenang di alam barzakh kerana anak-anak mereka, kaum keluarga dan keturunan mereka hidup mulia di negeri sendiri, tanpa ada pihak yang melakukan kerusakan dengan menghisap harta dan kekayaan mereka serta merampas kebebasan mereka yang telah dibayar oleh syuhada dengan darah mereka.
- Adalah hak para syuhada Oktober untuk diberikan pengiktirafan yang setinggi-tingginya, nilai kemuliaan yang mereka perjuangkan terus diletakkan di puncaknya. Jangan ada pihak yang cuba menurunkan bendera kemuliaan di tengah masyarakat mereka dengan cara menyerah diri kepada musuh sebagai ganti kepada pertempuran dan perjuangan.
Sesungguhnya Ikhwanul Muslim ketika mana turut menghirup kewangian hari mengingati kemenangan 6 Oktober bersama negara Mesir, dunia Islam serta Negara-negara Arab, ingin menegaskan beberapa perkara berikut:
Pertama: Kemenangan tidak dijadikan hak bangsa
Kemenangan yang dicapai oleh rakyat dengan aqidahnya telah ditukar kepada sekadar peringatan dengan cara mengadakan perayaan-perayaan yang dihiasai dengan pidato yang memukau.
Bertukar daripada merayakan kemenangan yang berlandaskan akidah kepada sekadar dendangan kata-kata indah.
Bertukar daripada usaha ke arah mengekalkan kemenangan kepada pengabaian dalam membina nilai-nilai asas bagi mencapai kemenangan serta menjadikan kemenangan itu sesuatu yang dimiliki oleh rakyat seluruhnya agar darah para syuhada kekal utuh di persada ingatan dan terus diberi penghurmatan.
Justeru, apa yang dituntut ialah kerajaan Mesir hendaklah mengambil langkah-langkah yang serius dalam memperbaiki keadaan rakyatnya. Nyalakan semangat ingin mencapai kemenangan yang begitu membara pada Oktober yang lalu. Selepas itu pihak musuh telah bekerja keras merancang dengan pelbagai tipu daya untuk memadamkan api itu dari akar umbinya. Sesungguhnya rakyat Mesir adalah pasukan tentera terbaik di muka bumi ini seperti khabar gembira yang disampaikan oleh Nabi saw. Keamanan adalah petanda negeri Mesir sebagaimana terkandung di dalam firman Allah yang bermaksud:
“Dia berkata: “Masuklah kamu ke negeri Mesir, insya Allah dalam Keadaan aman”. (Yusuf: 99)
Sumber kekayaan Mesir adalah satu perbendaharaan yang tidak kunjung habis. Oleh kerana itu, apa yang kita perlukan sekarang adalah mengarahkan hala tuju ummah menuju kemenangan dalam semua bidang dengan cara yang sungguh-sungguh, dengan bekerja keras di bawah pimpinan pemimpin yang adil, system yang mesra rakyat dan kerajaan yang bersih.
Kedua: Tidak melupakan musuh
Kemenangan Oktober adalah menentang musuh yang jelas dan nyata: Israel, yang didukung oleh Amerika. Orang yang mengatakan bahwa perang 6 Oktober adalah perang terakhir adalah kenyataan yang salah dan terkeliru. Zionis memendam niat jahat terhadap semua manusia yang berada disekeliling mereka. Hakikat kejahatan niat mereka telah didedahkan oleh Allah di dalam Al-Qur’an (maksudnya):
“Setiap mereka menyalakan api peperangan Allah memadamkannya dan mereka berbuat kerusakan di muka bumi dan Allah tidak menyukai orang-orang yang membuat kerusakan”. (Al-Maidah:64)
Niat jahat ini diperkukuhkan lagi dengan slogan yang menjadi pegangan mereka serta bendera yang mereka lakarkan: dari Furat hingga ke Nil, “Inilah tanahair kamu wahai Israel”.
Lantaran itu, dengan menyerahkan diri yang mereka namakan sebagai ‘perdamaian, dengan mengadakan perjanjian dengan orang yang menggunakan tangannya untuk menyerang, menggunakan senjatanya untuk merampas, menjajah, membunuh dan mengkhianat, yang menggali bumi Sinai untuk di tanam mayat-mayat syuhada, yang memperdagangkan organ-organ manusia (yang terdiri dari bangsa kita) sedang mereka masih hidup; merupakan pengkhianatan besar terhadap darah para syuhada Oktober. Sesungguhnya realiti yang berlaku sekarang; kacau bilau dalam negeri, perpecahan, fitnah, pergaduhan semua itu adalah natijah dari menuruti dan bersekongkol dengan musuh.
Allah Ta’ala telah memberikan amaran kepada kita tentang hal ini di dalam firman-Nya yang bermaksud:
“ Adapun orang-orang yang kafir, sebagian mereka menjadi pelindung bagi sebagian yang lain. jika kamu (hai Para muslimin) tidak melaksanakan apa yang telah diperintahkan Allah itu, niscaya akan terjadi kekacauan di muka bumi dan kerusakan yang besar”. (Al-Anfal:73)
Dan sesuatu yang menarik untuk mentafsir keadaan yang rusak teruk dalam Negara sekarang sama ada dalam aspek politik, ekonomi dan social adalah hasil daripada berbaik-baik dengan musuh. Pakaian kehinaan yang meliputi negara kini tidak mampu lagi ditutup kecuali dengan penggantikan pakaian kita yang asli, iaitu pakaian yang telah kita abaikan, yang sebenarnya memberi kita kemenangan, iaitu “Allahu Akbar”!
“ (yaitu) orang-orang yang mengambil orang-orang kafir menjadi teman-teman penolong dengan meninggalkan orang-orang mukmin. Apakah mereka mencari kekuatan di sisi orang kafir itu? Maka Sesungguhnya semua kekuatan kepunyaan Allah”. (An-Nisa:139)
Ketiga: Peperangan adalah ideologi mereka
Bukankah Amerika adalah Negara yang telah mencatat bilangan peperangan di luar negaranya sebanyak 235 kali? Semua itu dilancarkan atas ke atas negara-negara di seluruh dunia sejak ia mengisytiharkan kemerdekaannya. Ini ditambah lagi dengan peperangan dalaman di beberapa buah Negeri di dalam Amerika Syarikat itu sendiri. Setiap peperangan disandarkan kepada berbagai-bagai sebab dan alasan demi mencapai tujuan dan memenuhi kepentingannya yang sentiasa diperbaharui!!
Sekalipun Amerika berusaha mencari jalan yang mengharuskan pendudukannya atas Iraq dan sebelumnya Afghanistan dengan alasan memerangi keganasan; namun mereka juga sebelum itu telah melaungkan propaganda untuk “memerangi Komunisme” bagi melawan di bawahnya revolusi liberalisasi di Dunia ketiga, iaitu menggulingkan rejim Mossadeq di Iran pada tahun 1953 oleh Central Intelligence Agency (CIA), dan campur tangan pasukan AS pada tahun 1958 ke atas Lebanon, dan memarakkan api peperangan antara Korea Utara dan Korea Selatan pada 1950, bahkan parlimen Amerika menerima cadangan untuk mengugur bom atom di Korea Utara dengan meniupkan angin panas, dan akhirnya membawa kepada campur tangan langsung Amerika dalam perang Korea.
Campur tangan langsung Amerika memberi peluang untuk menghancurkan industry perkilangan di bandar dan desa di Korea, dan membunuh ratusan ribu rakyatnya. Dan ini juga yang terjadi di Vietnam, Nicaragua, Somalia dan negara-negara lain di serata dunia. Justeru Amerika adalah sebuah negara yang berideologi perang.
Negara anak didik AS adalah Israel yang didakwa tidak melakukan jenayah kecuali hanya ingin menguasai tanah air sepenuhnya.
Suatu jenayah dan kejahatan yang dikutuk oleh dunia namun didiamkan oleh lidah-lidah pemerintah di dalamnya, perwakilan yang ada di PBB hanya berusaha menutupi pencurian terhadap Palestin, membisu terhadap hilangnya warisan kemanusiaan dengan kerja penggalian terowong di bawah Masjid Aqsa dan meyahudikan Al-Quds dan siri-siri kedurjanaan lainnya yang tidak berpenghujung; seperti pembunuhan, penghancuran, perampasan, penyiksaan dan pemenjaraan rakyat Palestin. Biarpun siri-siri kedurjanaan telah dilakukan oleh Israel secara sistemik dan terus menerus, namun dunia masih bercakap tentang perdamaian dan hak Yahudi untuk kekal di dunia!
Keempat: Medan perang kian meluas
Perang belumlah berakhir. Bahkan medannya tambah meluas dan sasarannya telah melebar lebih dari sekadar batas geografi; untuk menelan bangsa, negeri dan peradaban yang telah menghiasi wajah dunia; Afghanistan telah jatuh pada cengkaman penjajahan Amerika, kemudian diikuti oleh pendudukan Iraq dalam bentuk yang paling keji yang diketahui oleh dunia di sepanjang sejarahnya. Serangan ke atas Iraq mereka lakukan bergantung kepada maklumat yang palsu mengakibatkan mereka telah menghancurkan sebuah negera Arab yang kuat, yang kini hanya tinggal kenangan. Namun hal ini disangkal oleh mereka.
Anak panah hukuman menyerang Syria dan Iran sementara anak panah fitnah pun sedang diarahkan ke Somalia, Sudan, Yaman, Pakistan, Lebanon, dan melempar ke tubuh umat yang satu dalam bentuk perpecahan agama, mazhab, sektarian dan etnis, dan merubah negara yang memiliki satu bahasa dan satu agama menjadi berpecah belah dan bermusuhan; saling melempar kritik dan fitnah, dan berjuang menjaga perbatasan dengan alasan pendudukan; sehingga yang berperanan di antara kita adalah senjata setelah sebelumnya kita berpegang kepada motto “saling berbelas kasihan di antara mereka.”
Sehinggakan akal fikiran kitapun menjadi sasaran nilai-nilai globalisasi dan seni-seninya; untuk memusnahkan kehidupan di atas landasan budaya kita, dan menggantikannya dengan budaya yang asing bagi kita, iaitu budaya yang berasaskan nafsu, yang melahirkan individu yang memiliki keperibadian yang keliru dan bercelaru. Individu yang tidak menyakini nilai-nilai murni serta perjuangan membela fikrah dan tidak berpegang dengan akhlak mulia..
Semua orang mestilah menyedari bahwa musuh kita adalah satu yang menjadikan kita semua sebagai sasaran.
“Jika mereka memperoleh kemenangan terhadap kamu, mereka tidak memelihara hubungan kekerabatan terhadap kamu dan tidak (pula mengindahkan) perjanjian.
Musuh yang terdiri dari zionis, Amerika dan konconya ini berbicara tentang perdamaian dan hak asasi manusia seperti yang diungkapkan di dalam firman Allah yang bermaksud:
“Mereka menyenangkan hatimu dengan mulutnya, sedang hatinya menolak. dan kebanyakan mereka adalah orang-orang yang Fasik (tidak menepati perjanjian)”. (At-Taubah:8)
Musuh inilah yang membuat persiapan dan bergerak memutarkan reality, yang benar menjadi batil, yang fakta menjadi kabur, menamakan kezaliman dan perseteruan sebagai perjuangan suci tepat seperti apa yang digambarkan di dalam firman yang bermaksud:
“Sesungguhnya Amat buruklah apa yang mereka kerjakan itu. Mereka tidak memelihara (hubungan) Kerabat terhadap orang-orang mukmin dan tidak (pula mengindahkan) perjanjian. dan mereka Itulah orang-orang yang melampaui batas”. (At-Taubah:10)
Dan akhirnya ..
Ketika kita mengenang kemenangan Oktober, kita menegaskan bahwa faktor-faktor kemenangan dan kekuatan tersembunyi di dalam tubuh umat kita, potensi dan tenaganya tidak digembling, anggota badannya terikat, dan akal fikirannya terbantut dengan sebab peraturan yang tidak adil, undang-undang darurat serta pemerintah yang rusak dan kebebasan yang dirampas. Oleh kerana itu para penguasa hendaklah memahami situasi sebenar ketika ini dan menginsafi hakikat tanggung jawab yang diamanahkan di pundak mereka. Mereka mesti memahami apa yang diinginkan oleh rakyat mereka. Semua ini akan disoal oleh Allah ketika mereka berdiri di hadapan-Nya nanti. Mereka akan disoal tentang tanggungjawab ke atas rakyat mereka.
Kepada seluruh ikhwanul Muslimin dan anggota umat yang mulia dan ikhlas saya kemukakan beberapa pesanan
Jadikanlah kemenangan Oktober sebagai panji harapan yang kalian kibarkan di jiwa manusia yang dahagakannya. Sesungguhnya cita-cita tinggi yang sepatutnya tersemat di jiwa mereka telah lama terancam. Reality yang sentiasa berdepan dengan kekalahan membuatkan manusia lupa bahawa mereka mempunyai kemampuan untuk menang.
Jadikanlah syiar kalian apa yang termaktub di dalam firman Allah yang bermaksud:
“Dan jangan kamu berputus asa dari rahmat Allah. Sesungguhnya tiada berputus asa dari rahmat Allah, melainkan kaum yang kafir”. (Yusuf:87)
Dan tanamkan sikap positif di dalam diri, sekalipun amal itu nampak kecil. Nabi s.a.w. pernah bersabda maksudnya: “ … sekalipun hanya menghilangkan duri dari jalan ia dikira sedekah”. Itulah contoh praktikal bahawa kita mampu melakukan pengislahan dan perubahan bersandarkan pada pengislahan jiwa.
“Sesungguhnya Allah tidak merobah Keadaan sesuatu kaum sehingga mereka merobah keadaan yang ada pada diri mereka sendiri. “ (Ar-Ra’ad:11)
Dan berikan kembali kepada kemenangan itu nilainya, dan kepada para syuhada itu kemuliaannya; dengan mendedahkan setiap percubaan untuk menjual apa yang telah kamu bina di pasar-pasar murah yang boleh ditawar menawar. Bongkarkan wajah musuh yang sebenarnya dan konspirasi mereka, dengan kayakinan penuh tanpa ada keraguan bahwa janji Allah adalah benar
“Dan Kami hendak memberi karunia kepada orang-orang yang tertindas di bumi (Mesir) itu dan hendak menjadikan mereka pemimpin dan menjadikan mereka orang-orang yang mewarisi (bumi)”. (Al-Qashash:5)
Dan ancaman Allah mengenai Zionis juga adalah benar.
“Dan (ingatlah), ketika Tuhanmu memberitahukan, bahwa Sesungguhnya dia akan mengirim kepada mereka (orang-orang Yahudi) sampai hari kiamat orang-orang yang akan menimpakan kepada mereka azab yang seburuk-buruknya. Sesungguhnya Tuhanmu amat cepat siksa-Nya, dan Sesungguhnya dia adalah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang”. (Al-A’raf: 167)
“Allah tetap menyempurnakan cahayanya meskipun orangorang kafir membenci.”
Artikel asal: http://www.ikhwanonline.com/Article.asp?ArtID=71783&SecID=213