Saturday, December 17, 2011

Kenyataan IM mengenai Pertembungan di Bangunan Kabinet Mesir



Sabtu, 17 Disember 2011

Rakyat Mesir berterima kasih dengan Majlis Tertinggi Angkatan Tentera (SCAF) kerana menyokong revolusi 25 Januari 2011. Mereka memberi keyakinan terhadap SCAF bagi mempertahankan tanah-air ini, melindungi rakyat, memimpin negara untuk tempoh sementara, sehingga satu kerajaan awam dipilih dengan sokongan popular untuk mengambil alih kuasa pentadbiran negara.

Memelihara rakyat bermaksud: mempertahankan jiwa, darah, kehormatan, wang ringgit dan kebebasan. Oleh itu, kami amat terkejut melihat ramai yang terkorban dan tercedera di Maspero, Mohammed Mahmoud Street, serta People’s Assembly Streets dan Qasr Al-Aini Street. Setakat ini, tidak seorang pun anggota tentera yang telah didapati bersalah kerana mengarahkan jenayah-jenayah ini.

Kita prihatin dengan keadaan bahawa apabila situasi kembali tenang dan negara memberi tumpuan kepada pilihanraya bersejarah bagi mencapai transformasi demokrasi sebenar, ada pihak akan menghasut, menyalakan api yang mencetuskan kekacauan dengan tujuan menghalang kestabilan seterusnya, merosakkan proses demokrasi dan pemindahan kuasa. Sementara itu kita juga melihat kenyataan-kenyataan yang pelik bertentangan dengan prinsip demokrasi dibuat oleh pemimpin SCAF, dan kenggananan SCAF mengutuk, menolak kenyataan-kenyataan bersifat provokasi tersebut. Protes aman dan tunjuk perasaan adalah hak yang termaktub di dalam perlembagaan.

Hanya beberapa hari lepas, Dr. Ganzouri menekankan bahawa protes aman dan tunjuk perasaan tidak akan disuraikan dengan kekerasan sama ada melalui lisan, fizikal atau moral. Namun semalam, kita menyaksikan serangan ganas terhadap penunjuk perasaan, menyebabkan ramai terkorabn dan cedera tanpa justifikasi. Peristiwa ini yang berlaku di kala minat rakyat meningkat terhadap pilihanraya dan keputusannya. Insiden ini hanya menimbulkan keraguan mengenai kemahuan menyempurnakan proses pilihanraya atau mengiktiraf wakil yang terpilih, seperti yang dinyatakan oleh Major General Al-Mulla.

IM dan rakyat Mesir akan mempertahankan kebebasan mereka, kedaulatan mereka dan hak mereka memerintah negara mereka serta bertekad mengatasi semua halangan yang dicipta untuk menyelewengkan revolusi dan menukar semua aspek tanahair ini.

IM dengan ini menuntut:

1. Satu permintaan maaf yang jelas serta-merta oleh SCAF terhadap jenayah yang terjadi pada Jumaat 16 Disember.

2. Satu penyiasatan yang adil dan menyeluruh oleh satu badan bebas, mempercepatkan perbicaraan anggota yang mengarah dan melaksanakan jenayah ini, dan kemudian mengumumkan keputusan penyiasatan ini termasuk penyiasatan peristiwa yang telah lalu.

3. Memberi pampasan kepada keluarga yang terkorban dan menyempurnakan rawatan bagi yang tercedera menggunakan peruntukan kerajaan serta memberi pampasan untuk kecederaan mereka. 4. Meneruskan proses pilihanraya Parlimen Mesir.

5. Mengesahkan bahawa pilihanra presiden dan pemindahan kuasa kepada kerajaan awam akan disempurnakan sebelum hujung Jun 2012.

Semoga Allah menyelamatkan Mesir daripada ujian dan tribulasi serta kejahatan anak bangsanya sendiri.
 

My Blog List

FIKRAH & DAKWAH Copyright © 2009 Blogger Template Designed by Bie Blogger Template