Oleh: Dr. ‘Isam al-‘Iryan
Ramadhan
telah pergi seolah-olah seperti tetamu yang pulang dan kita tidak
merasai kunjungan yang lebih hangat dan indah dari tetamu istimewa ini.
Kini tibalah kita merayakan kegembiraan yang pertama kepada orang-orang
yang berpuasa. Sabda nabi:
“Bagi
orang yang berpuasa akan memperolehi dua kegembiraan di mana
kegembiraan yang pertama ialah semasa berbuka akan merasa gembira dan
kedua apa bila bertemu dengan Allah dengan sebab puasanya”. (Bukhari)
Kegembiraan pertama
Iaitu
hadiah kemenangan kepada orang berpuasa setelah menyempurnakan amalan
mereka dengan baik dan penuh ihsan. Lalu mereka layak menanti ganjaran
daripada Allah dan keluar ke masjid untuk menunaikan solat Eidul Fitri
dengan penuh kegembiraan dan kemeriahan. Para malaikat menemui mereka di
sepanjang jalan ke masjid dan surau untuk mengucapkan tahniah dengan
berakhirnya bulan Ihsan dan qiam. Mereka saling mengucapkan tahniah
antara satu samal lain dengan penerimaan anugerah dariAllah yang
bersifat Rahman. Mereka tidak lupa pada hari bahagia ini untuk
memberikan kegembiraan kepada orang-orang fakir dan miskin sebelum
mereka keluar menunaikan solat Eidul Fitri. Mereka mengeluarkan zakat
fitrah untuk membersihkan puasa mereka daripada kekurangan dan
memberikan kebahagiaan ke dalam hati orang-orang miskin supaya semua
lapisan masyarakat turut merasai kemeriahan Eid Mubarak.
Bagi
kita orang Islam sambutan Eidul Fitri diisi dengan takbir, tahlil dan
zikrullah seperti sebagai pujian dan kesyukuran kerana memberi peluang
kepada kita melaksanakan ibadah puasa yang merupakan salah satu rukun
Islam yang agung. Slogan semasa Eid ialah تقبل الله منَّا ومنكم dan laungan kita ialah الله أكبر. Perasaan
kita semasa Eid dipenuhi suatu kegembiraan yang diiringi keazaman untuk
berpindah dari ketaatan kepada ketaatan yang lain.
Justeru
kita merayakan Eid Mubarak dengan menunaikan solat dan merapatkan
silaturrahim dengan jiran tetangga, sanak saudara, rakan dan taulan.
Bukanlah kita sekadar bergembira dengan pakaian baru, hidangan kuih muih
dan bukan sekadar melalui infak dan sedekah kita itu sahaja.
Kegembiraan kedua
Iaitu
kegembiraan orang mukmin semasa bertemu dengan Allah. Bagi orang mukmin
yang menempuh Ramdhan demi Ramadhan tentu telah memperolehi bekalan
setiap Ramadhan untuk dibawa ke bulan-bulan yang lainnya supaya ia
benar-benar menjadi seorang hamba yang rabbani dan bukan seorang hamba
Ramadhani seperti yang pernah dipesankan oleh para salaf as-soleh.
Puncak
kegembiraan orang berpuasa ialah ketika di hadapan pintu Ar-Rayyan yang
dibuka untuknya di hari Kiamat nanti dan melaikat akan memanggil
orang-orang yang berpuasa supaya masuk dari pintu yang dikhususkan
untuknya.
Puncak
kegembiraan orang berpuasa juga ialah ketika puasa dan al-Qur’an akan
memberi syafaat untuknya dari sisi Allah. Puasa berkata: Ya Tuhan, orang
ini menahan dari makan dan minum pada siang hari. Qiam berkata: Ya
Tuhan, orang ini menahan dari tidur pada waktu malam. Kedua-duanya
merayu kepada Allah yang bersifat Rahman dan syafaat kedua-duany telah
diterima Allah. Lalu orang-orang yang berpuasa masuk ke dalam syurga
dengan rahmat Allah dan kurniaNya yang besar yang telah dipilih di
kalangan hamba yang berpuasa dan mendirikan qiam.
Puncak
kegembiraan orang yang berpuasa juga ketika dirinya tergolong dalam
orang yang diampunkan dosa-dosa yang terdahulu setiap tahun dan
kunjungan Ramadhan tahun demi tahun menghapuskan segala kesalahan dan
kejahatan masa lalu. Lalu dirinya bertemu Allah dalam keadaan dosa yang
telah terampun. Benarlah sabda nabi saw:
“Solat
lima waktu ke solat lima waktu, Jumaat ke Jumaat, Ramadhan ke Ramadhan
berikutnya menghapuskan kesalahan-kesalahan yang terjadi di antara
masing-masing selagi kesalahan syirik dijauhi”. (Muslim)
Benar anda telah menjadi hamba yang rabbani dan bukan hamba Ramadhani.
Benar
puasa telah meninggalkan kesan dalam mengubah kebiasaan dan tingkah
laku muslim dan muslimah kerana puasa telah menukar peribadi yang lalai
dan tenggelam dengan maksiat menjadi seorang yang bertaubat dan insaf
diri.
Benar
seorang hamba keluar dari madrasah puasa selepas 30 hari dengan suatu
penyaksian yang melayakkannya memperolehi kegembiraan besar pada hari
bertemu dengan Allah.
Tanda sebagai hamba rabbani
- Sentiasa mendampingi Allah, berterusan dalam ibadah dan tidak terputus daripada amal soleh.
-Sentiasa menjaga solat berjamaah di masjid tanpa mencuaikan dalam solat-solat fardunya.
-Sentiasa
memastikan hubungan dengan al-Quran dan tidak memisahkannya pada
bulan-bulan selepas ramadhan. Berhati-hati dari tenggelam bersama mereka
yang meninggalkan al-Quran seperti peringatan Allah kepada nabi saw
tentang mereka:
“Dan rasul berkata: Wahai Tuhanku, sesungguhnya kaumku telah menjadikan al-Quran itu diabaikan”. (Al-Furqan: 30)
Seandainya
mahu membuat persediaan untuk Ramadhan akan datang, maka seorang itu
hanya akan merasai kemanisan al-Quran dan kesannya ke dalam hati jika ia
mengambil bekalal-Quran lebih awal dengan membaca, menghafaz,
mentadabur, memperhatikan maknanya. Justeru sepanjang tahun digunakan
untuk mempelajari al-Quran, membaca, mentadabur dan mengulangkaji
tafsirnya hingga dadanya terbuka tatkala membaca beberapa ayat atau
mendengar bacaan al-Quran.
-Tidak
terputus daripada melakukan puasa sunat antara dua Ramadhan. Di
sunatkan puasa di bulan Syawal seperti yang dinyatakan oleh nabi saw
apabila seorang hamba mendirikan puasa Syawal selepas Ramadhan
ganjarannya seolah-olah puasa sepanjang tahun. Ini kerana satu hasanah
menyamai sepuluh gadaan. Jumlah hari puasa ialah 36 hari bermakna
seolah-olah setahun jikalau digandakan dengan sepuluh.
Rentetan
dari itu sepanjang tahun tersedia kurniaan Allah kepada orang berpuasa.
Oleh itu ia bergembira dengan ketibaan 10 hari awal dari bulan
Zulhijjah yang terdapat sebaik-baik hari untuk beramal soleh seperti
yang dinyatakan oleh nabi saw. Pada penghujungnya terdapat hari yang
paling utama “Hari Arafah” di mana ganjaran puasanya menghapuskan dosa
dua tahun iaitu setahun yang telah lalu dan setahun yang akan datang.
Jikalau seorang hamba berjaya memperolehi Malam Lailatul Qadr pada bulan
Ramadhan yang merupakan sebaik-baik malam dan diikuti Hari Arafah dan
berdoa kepada Allah sambil memuji dan berthamid kepadaNya, maka seluruh
usianya benar-benar berada dalam ketaatan kepada Allah.
-Sentiasa
berpuasa sunat tanpa terputus seperti puasa hari Asyura’, puasa
hari-hari putih setiap bulan hijrah, puasa isnin dan khamis setiap
minggu sehingga puasa baginya telah menjadi satu kebiasaan.
-Sentiasa
bersifat belas ihsan kepasa fakir dan miskin dengan mengkhususkan
sebahagian dari pendapatan anda untuk bersedekah. Tidak cukup sekadar
mengelurkan zakat harta sahaja. Kamu mengambil berat penyaluran sedekah
ke tempat dan sasaran yang betul iaitu keluarga miskin, rumah anak-anak
yatim, pelajar dan penuntut.
-Sentiasa
mengekalkan hubungan persaudaraan, tali silaturrahim dan menziarahi
saudara dan jiran tetangga serta mengambil berat cabang-cabang iman.
Inilah
insan rabbani yang keluar dari “Madrasah Ramadhan” dengan cemerlang.
Seandainya kita Berjaya mengubah jiwa setiap tahun dan memperolehi
‘kemahuan’ beramal soleh, maka kita akan menukar kehidupan sepanjang
tahun seumpama Ramadhan. Namun Ramadhan tetap kekal istimewa yang tidak
boleh disaingi oleh mana-mana hari atau bulan dalam setahun kerana Allah
telah memberi suatu keistimewaan yang tidak ada pada bulan lain di mana
siang dan malamnya mengandungi rahsia yang besar yang tidak mungkin
kita ketahui. Di sini kita menyeru orang-orang yang beribadah kepada
Allah di bulan Ramadhan kemudian terputus ibadah mereka setelah berakhir
bulan puasa yang agung supaya meneruskan apa yang telah mereka lakukan
di bulan Ramadhan..Teruskan dengan amalan soleh.
Kita
mohon kepada Allah memandang kita dengan pandangan rahmat dan kasih
sayang, memberi kita kesihatan dan memanjangkan umur kita sehingga dapat
bertemu Ramadhan pada tahun akan datang. Kita berazam
bersungguh-sungguh membawa sebanyak-banyak bekal untuk bertemu Allah
supaya kita memperolehi kegembiraan bersama orang-orang yang bergembira
ketika bertemu Allah nanti.
http://zadud-duat.blogspot.com/2010/09/hamba-rabbani-bukan-hamba-ramadhani.html