Oleh: Ahmed Jundy
Sambutan
Eid Mubarak bagi umat Islam dengan kemeriahan dan kegembiraan berbeza
dari sambutan-sambutan yang lain, kerana Eidul Fitri di dalam Islam
bukan sekadar mempunyai nilai-nilai kemasyarakatan yang menghubungkan
umat Islam antara satu sama lain, tetapi sebagai ketaatan dan ibadah
yang mendekatkan dengan Allah. Bahkan hari Eid Fitri al-mubarak ialah
hari kemenangan, di mana Allah telah menyempurnakan pahala dan ganjaran
untuk orang-orang Islam yang berpuasa dengan penuh ketaatan sepertimana
orang-orang Islam sampai pada hari Eidul Fitri dengan penuh ketaatan dan
ibadah yang mendekatkan diri kepada Allah.
Bagi
saya sambutan Eidul Fitri mempunyai banyak nilai-nilai kemasyarakatan
dan kemanusiaan kerana semasa Eid manusia bertemu dan saling bertaut
hati-hati yang menghasilkan kasih saying dan kemesraan dan saling
bersalaman antara satu samal lain.
Begitu
juga semasa Eid mengingatkan kita hak orang-orang miskin di dalam
masyarakat Islam supaya kegembiraan turut dirasai oleh semua golongan .
Inilah tujuan syariat seperti zakat fitrah semasa Eidul Fitri ini.
Adapun
nilai kemanusiaan di hari Eidul Fitri terbukti di dalam penyertaan umat
Islam keseluruhannya dengan merasai kegembiraan dan keriangan pada masa
yang sama. Ini kerana jelas kesatuan mereka dan banyaknya perhimpunan
dan pertemuan mereka. Apabila umat Islam bertemu dengan perasaan yang
sama akan menguatkan ikatan pemikiran, semangat dan kemasyarakatan.
Hari
Eid ialah hari keriangan dan kegembiraan bahkan orang-orang mukmin
berhak menikmati kegembiraan di dunia dan akhirat kerana Allah memberi
kelebihan kepada mereka dengan satu perlindungan berdasarkan firman
Allah:
“Katakanlah:
"Dengan kurnia Allah dan rahmat-Nya, hendaklah dengan itu mereka
bergembira. kurnia Allah dan rahmat-Nya itu adalah lebih baik dari apa
yang mereka kumpulkan". (Yunus: 58)
Barisan
pimpinan ikhwan amat menekankan ucapan tahniah kepada saudara-saudara
mereka dan umat Islam seluruhnya setiap kali Eidul Fitri sebagau suatu
cara untuk menguatkan hubungan silaturrahim dan ikatan
pemikiran,semangat dan kesatuan antara mereka dan saudara-saudara mereka
yang lain.
Dr.Rasyad Bayoumi
Beliau
yang juga Naib Mursyid Am berkata: “Sempena hari bahagia saya ingin
mengucapkan tahniah dengan ketibaan Eidul Fitri yang mulia dengan
memohon Allah Taala mengembalikan kemuliaan dan kemenangan kepada
mereka, dan mencapai impian mereka dan menerima amal soleh mereka.
Beliau mengkhususkan ucapan kepada saudara-saudara yang berada di
sebalik jeriji dengan mengucapkan tahniah dan selamat sambil memohon
Allah mengembalikan mereka dalam keadaan selamat dan sihat kepada
keluarga mereka serta membahagiakan keluarga dengan kepulangan mereka.
Dr. Muhammed Morse
Dr.
Muhammed Morse anggota Maktab Irsyad dan jurucakap resmi mengucapkan
tahniah dengan nama kesatuan umat Arab dan Islam bersempena Eidul Fitri
al-Mubarak sambil memohon Allah mengurniakan kemenangan kepada ummah,
membebaskan bumi Iraq daripada penjajahan terkutuk, menamatkan kepungan
yang kejam ke atas Gaza, melumpuhkan Zionis dan sekutunya, Allah
memuliakan para pejuang, mengembalikan Masjidil Aqsa, menyatukan
perjuangan rakyat Palestin sehingga permasalahan mereka dapat
diselesaikan, bagi membebaskan tanah air mereka dan menghadapi musuh
mereka dan musuh kita sedangkan di belakang mereka ialah rakyat yang
berkorban demi mendapatkan hak-hak mereka sambil melaungkan “Berdiri
teguhlah dan bersabarlah, kuatkan ikatan kamu..wahai saudara kami di
Gaza”.
Dr.
Morsey turut berpesan kepada Ikhwan di semua tempat, di mana mereka
telah mengemblingkan tenaga di jalan dakwah sambil memohon Allah
menerima amalan, waktu dan pengorbanan mereka. Beliau berkata:
“Ketahuilah bahwa kamu dengan kurniaan Allah berada di atas kebenaran
dan kita wajib mengorbankan segala yang bernilai dan seluruh jiwa demi
kemaslahatan akidah dan tanah air kita. Semoga Allah meneguhkan kamu dan
kita semua di atas kebenaran serta mengurniakan kebaikan di dunia dan
akhirat..
Begitu
juga beliau turut mengucapkan tahniah dan salam buat Ikhwan yang
dikurung khasnya yang dipenjarakan oleh undang-undang tentera yang
kejam. Mangsa yang paling utama ialah Ir. Khirat Syatir, naib Mursyid Am
Ikhwan Muslimin dan seluruh anggota Ikhwan yang lain dengan menegaskan
bahwa mereka adalah golongan yang paling mulia di sisi Umat Islam
biarpun undang-undang menzalimi mereka kerana kuasa Allah mengatasi
tujuh petala langit di mana Allah pasti akan menghukum dan membalaskan
kekejaman mereka. Segala pengorbanan mereka pada jalan meninggikan panji
kebenaran dan pengislahan sekali-kali tidak akan lenyap. Mereka
sebenarnya berdagang dengan Allah
dengan jiwa dan harta mereka. Dengan izin Allah perniagaan mereka tidak akan sia-sia.
“Sesungguhnya
Allah Telah membeli dari orang-orang mukmin diri dan harta mereka
dengan memberikan surga untuk mereka. mereka berperang pada jalan Allah;
lalu mereka membunuh atau terbunuh. (Itu Telah menjadi) janji yang
benar dari Allah di dalam Taurat, Injil dan Al Quran. dan siapakah yang
lebih menepati janjinya (selain) daripada Allah? Maka bergembiralah
dengan jual beli yang Telah kamu lakukan itu, dan Itulah kemenangan yang
besar”. (At-Taubah: 111)
Dr.
Morsy berpesan kepada mereka yang menjadi tawanan dengan menegaskan
bahawa ganjaran mereka dilipat gandakan insya Allah. Mereka adalah
contoh pengorbanan, sumbangan dan ketaatan kepada apa yang diredhai
Allah sambil mendoakan mereka supaya Allah meneguhkan pendirian mereka
dengan menegaskan bahwa tahanan ini merupakan teladan dalam keteguhan,
pengorbanan dan kesabaran di atas kesukaran dan ujian, bahkan mereka
mempamerkan contoh kepada orang yang bekerja untuk Islam dan orang yang
membela Islam. Mereka akan dibalas oleh Allah di atas apa yang menimpa
mereka.
Beliau
mengatakan kepada mereka: “Kami pada hari yang mulia ini menyampaikan
khabar gembira kepada kamu di atas kesabaran dan keteguhan kamu dengan
ganjaran dan pahala di dunia dan akhirat, kerana sesuatu kezaliman
adalah kegelapan yang pekat biarpun panjang tetap akan lenyap dan musnah
sedangkan fajar kebenaran tetap akan menyingsing tidak lama lagi.
Begitulah kehendak Allah yang Maha Perkasa. Firman Allah:
"Dalam sedikit waktu lagi pasti mereka akan menjadi orang-orang yang menyesal." (Al-Hajj: 40)
Dr. ‘Issam ‘Iryan
Dr.
‘Issam anggota Maktab Irsyad turut memberi perutusan tahniah kepada
mereka yang berpuasa yang melaksanakan ibadah puasa, qiam dan
bersungguh-sungguh beribadah dan mendekatkan diri dengan Allah. Beliau
memberikan tahniah khusus untuk ikhwah yang dikasihi yang berada di
balik jeriji yang telah diperlakukan melalui undang-undang zalim yang
telah merampas kegembiraan mereka dan keluarga mereka sempena Eid
Mubarak ini sambil mendoakan supaya Allah memberikan kegembiraan di
dalam tahanan, membebaskan mereka dan seterusnya bergembira merayakan
Eidul Fitir bersama keluarga tersayang.
Beliau
turut menambah bahawa Eidul Fitri adalah kegembiraan buat semua muslin
yang tidak dicemari melainkan oleh darah-darah umat Islam yang mengalir
di Somalia, Iraq dan Afghanistan, sama ada akibat tangan musuh atau
tangan kumpulan-kumpulan tertentu yang kita tidak tahu siapakah
disebaliknya, sambil memohon kepada Allah supaya menyempurnakan
kegembiraan kita dengan pembebasan negeri-negeri Islam seluruhnya.
Beliau
turut mengucapkan tahniah khusus kepada Ikhwan Muslimin sambil
mengharapkan Allah mendatang Eid yang akan dating dalam keadaan mereka
lebih teguh keazaman dan tekad untuk melaksanakan syariat Allah,
berjalan di atas landasan kebenaran dan membawa kebaiakan kepada semua
manusia.
Dr. Muhammad anggota Maktab Irsyad mengucapkan tahnia kepada Ikhwan yang berada di balik jeriji seperti Ir. Khirat Syatir, Hassan Malik, Shadiq Syarqawi, Ahmaed Syausyah dan Ahmad Asyraf sambil memohon Allah agar membebaskan mereka secepat yang mungkin dan juga semua saudara-saudara islam yang lain.
Beliau turut mengucapkan tahniah kepada Ikhwan Muslimin di seluruh dunia dengan mendoakan supaya meneguhkan agama ini dan membuka pintu hati sehingga kebaikan dan kebahagan tersebar di segenap ceruk kampung dan bandar kerana agama ini membawa penawar yang mampu mengubati penyakit yang melanda dunia hari ini.
Beliau juga berpesan kepada Ikhwan supaya menjaga hubungan dengan Allah, sentiasa membaca al-Quran, berdoa supaya Allah mengangkat segala bencana dan petaka yang melanda kita dan seterusnya Allah mengembalikan kedudukan umat Islam ke tempat yang tertinggi.
Dr. Muhammad Ali Basyar
Dr. Muhammad anggota Maktab Irsyad mengucapkan tahnia kepada Ikhwan yang berada di balik jeriji seperti Ir. Khirat Syatir, Hassan Malik, Shadiq Syarqawi, Ahmaed Syausyah dan Ahmad Asyraf sambil memohon Allah agar membebaskan mereka secepat yang mungkin dan juga semua saudara-saudara islam yang lain.
Beliau turut mengucapkan tahniah kepada Ikhwan Muslimin di seluruh dunia dengan mendoakan supaya meneguhkan agama ini dan membuka pintu hati sehingga kebaikan dan kebahagan tersebar di segenap ceruk kampung dan bandar kerana agama ini membawa penawar yang mampu mengubati penyakit yang melanda dunia hari ini.
Beliau juga berpesan kepada Ikhwan supaya menjaga hubungan dengan Allah, sentiasa membaca al-Quran, berdoa supaya Allah mengangkat segala bencana dan petaka yang melanda kita dan seterusnya Allah mengembalikan kedudukan umat Islam ke tempat yang tertinggi.
Sumber: http://zadud-duat.blogspot.com/2010/09/ucapan-tahniah-dari-pimpinan-ikhwan.html