Tulisan: Mohamed Hamid Elawa
Penterjemah: Ustaz Tajul Arifin Che Zakaria
الحمد لله والصلاة والسلام على رسول الله وعلى آله
وصحبه ومن والاه وبعد
يقول الله تعالى : ( قُلْ هَذِهِ
سَبِيلِي أَدْعُوا إِلَى اللَّهِ عَلَى بَصِيرَةٍ أَنَا وَمَنِ اتَّبَعَنِي
وَسُبْحَانَ اللَّهِ وَمَا أَنَا مِنَ الْمُشْرِكِينَ ) يوسف 108
Allah s.w.t. telah berfirman yang bermaksud: ‘Katakanlah
(wahai Muhammad):” Inilah jalanku, aku dan orang-orang yang menurutku, menyeru
manusia umumnya kepada ugama Allah dengan berdasarkan keterangan dan bukti yang
jelas nyata. Dan aku menegaskan: Maha Suci Allah (dari segala i’tiqad dan
perbuatan syirik); dan bukanlah aku dari golongan yang mempersekutukan Allah
dengan sesuatu yang lain”.
Ikhwan Muslimin adalah gerakan Islam yang komprehensif,
bekerja demi untuk menegakkan ugama Allah di muka bumi ini dan untuk
merealisasikan matlamat dan tujuan yang dengan sebabnya Islam yang maha suci
ini datang. Ikhwan beriman dengan Islam
yang menjadikan aqidah sebagai pengawal
yang memelihara halatuju orang-orang Islam sebagaimana mereka juga beriman
bahawa Islam juga merupakan syariat, kaedah yang syumul merangkumi setiap sudut
kehidupan
Berkata Imam Al-Banna dalam Risalah (الاخوان تحت
راية القرآن):
“Wahai Ikhwan Muslimun, bahkan wahai semua
manusia! Kita bukanlah parti politik, sekalipun politik di atas kaedah Islam
merupakan fikrah kita yang asli. Kita bukan pertubuhan kebajikan dan pembaharuan,
sekalipun kerja kebajikan dan pembaharuan merupakan objektif terbesar kita.
Kita bukan pasukan riadhah, sekalipun riadhah badan dan ruh merupakan
sebahagian dari wasilah terpenting kita. Kita tidak sama seperti pertubuhan
sedemikian kerana semua pertubuhan ini hanya untuk tujuan tertentu dan untuk
tempoh tertentu. Mungkin pertubuhan ini lahir hanya di atas dasar mahu
mewujudkan sebuah pertubuhan atau sekadar mahu meletakkan nama rasmi bagi
pertubuhan tersebut.
Akan tetapi wahai manusia! Kami adalah fikrah dan
aqidah, sistem dan manhaj. Kami tidak terbatas pada tempat tertentu atau bangsa
tertentu atau sempadan geografi tertentu. Kami tidak akan berhenti pada batas
tertentu melainkan setelah bumi dan segala isinya kembali kepada Allah s.w.t.
kerana sistem ini adalah sistem Tuhan Rabbul Alamin dan manhaj ini adalah manhaj
Rasul-Nya yang bersifat jujur lagi amanah”.
Pada tempat yang lain iaitu di akhir Risalah (بين الأمس
واليوم)
Imam Al-Banna berkata:
“Wahai Ikhwan! Kamu bukan pertubuhan
kebajikan, bukan parti politik, bukan badan yang ditubuhkan untuk tujuan yang
terbatas. Kamu adalah ruh baru yang mengalir dalam hati umat ini dan
menghidupkan umat ini dengan Al-Quran. Kamu adalah nur baru yang bersinar
menghapuskan kegelapan materialisme ke arah ma’rifah Allah s.w.t. Kamu adalah
suara yang berkumandang dan bergema melaungkan dakwah Rasulullah s.a.w.”.
Kita simpulkan kalam Imam Al-Banna
dalam beberapa faedah dan natijah:
·
Bahawa dakwah Ikhwan adalah
Dakwah Rabbaniyyah: Kerana asasnya itu berlegar di
sekitar objektif kita yang membawa manusia mendekatkan diri kepada tuhan
mereka. Berusaha menghubung dan mengikat hati-hati mereka dengan pencipta
mereka iaitu Allah s.w.t. supaya mereka ikhlas semata-mata untuk ugama dan
dakwah mereka. Mereka hendaklah membetulkan niat supaya ikhlas beramal kerana
Allah s.w.t. tuhan semesta Alam.
·
Bahawa dakwah Ikhwan adalah
Dakwah Islamiyyah: Kerana ia dinasabkan kepada Islam
yang Maha Agung dengan kesyumulan, kesempurnaan dan kelengkapannya. Allah
s.w.t. berfirman:
(الْيَوْمَ
أَكْمَلْتُ لَكُمْ دِينَكُمْ وَأَتْمَمْتُ عَلَيْكُمْ نِعْمَتِي وَرَضِيتُ لَكُمُ
الْإسْلامَ دِينًا ) المائدة 3
·
Bahawa dakwah Ikhwan adalah
Dakwah Alamiyyah: Dakwah ini ditujukan kepada seluruh
manusia kerana manusia pada hokum Islam adalah bersaudara. Asal usul mereka
dari satu (Adam).
( وَمَا
أَرْسَلْنَاكَ إِلَّا كَافَّةً لِلنَّاسِ بَشِيرًا وَنَذِيرًا وَلَكِنَّ أَكْثَرَ
النَّاسِ لَا يَعْلَمُونَ) سبأ 28
‘Dan
tiadalah Kami mengutusmu (wahai Muhammad) melainkan untuk umat manusia
seluruhnya, sebagai Rasul pembawa berita gembira (kepada orang-orang yang
beriman), dan pemberi amaran (kepada orang-orang yang ingkar), akan tetapi
kebanyakan manusia tidak mengetahui (hakikat itu)’.
(إِنَّ أَكْرَمَكُمْ عِنْدَ اللَّهِ أَتْقَاكُمْ) .الحجرات
13
·
Bahawa dakwah Ikhwan adalah
Dakwah Syumul: Dakwah ini tidak hanya mementingkan
sudut tertentu dan mengabaikan sudut kehidupan yang lain. Ia tidak terbatas
pada kerja-kerja politik dan pertembungan dengan parti serta sibuk dengan
pilihanraya, sekalipun politik adalah sebahagian dari kerja kita. Sama halnya
kita tidak boleh membataskan kerja-kerja kita pada sudut kemasyarakatan,
kecemasan dan terlibat sama dalam aktiviti masyarakat, sekalipun kerja-kerja
kebajikan tersebut merupakan sebahagian dari tanggungjawab kita.
·
Bahawa dakwah Ikhwan adalah
Dakwah Tarbiyah dan Takwin: Kerana tarbiyah yang syumul dan
takwin yang berterusan; kedua-duanya adalah tiang (pasak) bagi dakwah ini. Ia
juga perbezaan terpenting yang membedakannya dari dakwah-dakwah lain. Melalui
Manhaj Tarbawinya dakwah ini mampu digerakkan melalui soff yang mantap. Ini
hasil terpenting tarbiyah (hasilkan individu muslim), sebabnya ialah kerana
individu itu teras kepada kebangkitan ummah. Imam Al-Banna sentiasa ingatkan
kita:
(كونوا
أنفسكم تتكون بكم أمتكم)
“Bentuklah
diri anda sekalian, nescaya akan terbentuklah dengan kamu umat kamu”.
Inilah tarbiyah… di mana semua
orang mesti tunduk (mengikutinya) tanpa kecuali; sama ada besar atau kecil,
lama atau baru, qiadah atau jundi. Dalam Ikhwan tiada orang yang berada di luar
lingkungan tarbiyah dan takwin.
·
Bahawa dakwah Ikhwan adalah
Dakwah Ikhlas dan Tajarrud: Dakwah ini
mentarbiyah pengikutnya dan matlamat dari amal dan ucapan mereka tidak lain
melainkan untuk mendapat keredhaan Allah s.w.t. dan pahala dari sisi-Nya. Tidak
ada nawaitu selain itu. Di sini bukan tempat untuk memperolehi kekayaan atau
kemasyhuran atau pangkat dan gelaran. Justeru Ikhlas adalah satu rukun dari
rukun-rukun Bai’ah. Imam Al-Banna sentiasa mengungkapkan kepada ikhwan
kata-kata ini: (إن
الخفي على هذه الطريق خير من الظاهر)
‘Sesungguhnya yang sunyi (tak
bising) di atas jalan dakwah ini lebih baik daripada yang zahir
(nampak/menonjol)’.
Dakwah ini juga suci dari
dikuasai oleh hawa nafsu dan ketamakan; di mana orang yang berada di atas jalan
ini mestilah tajarrud kepada fikrah dan prinsip dakwahnya kerana ia
adalah semulia-mulia fikrah dan kedudukannya paling atas. Allah s.w.t.
berfirman:
(صِبْغَةَ اللَّهِ
وَمَنْ أَحْسَنُ مِنَ اللَّهِ صِبْغَةً وَنَحْنُ لَهُ عَابِدُونَ) . البقرة
138.
‘Celupan Allah, dan siapakah yang
lebih baik celupannya selain Allah s.w.t. dan kami menjadi hamba yang menyembah
kepadaNya’.
وآخر
دعوانا أن الحمد لله رب العالمين