Saturday, April 23, 2011

Persepsi Terhadap IM – Suatu Perjuangan Antarabangsa




Rabu, 20 April, 2011

Sebuah badan ‘think  tank’ pemantau ekstremisme yang berpusat di London telah melontar kritik terhadap kerajaan Britain atas rancangannya untuk mengadakan lawatan rasmi ke ibu pejabat Ikhwan Muslimun di Mesir.

Di tengah kekhuatiran yang meningkat terhadap jalinan hubungan dengan kumpulan Islam, termasuk IM, seorang bekas pegawai CIA juga telah mengeluarkan amaran bahawa IM akan menggunakan kuasa untuk mengenepikan perjanjian damai dengan Israel. Memandangkan Israel merupakan sekutu utama AS di rantau itu, peringatan ini telah mendapat perhatian.

Seperti dimaklumi, referendum di Mesir baru-baru ini berfungsi untuk menguatkan Ikhwan Muslimun yang sekarang berada dalam kedudukan politik terbaik di Mesir.

Referendum baru-baru ini membawa perubahan perlembagaan signifikan yang telah memungkinkan pilihan raya berlangsung dalam masa enam bulan. Jika dilaksanakan, IM dipercayai  mampu meraih sehingga 40% kerusi parlimen, menjadikan mereka wakil terbesar dalam kerajaan.

Kesan terbesar IM dilihat akan terserlah jika kumpulan-kumpulan pembangkang lain bergabung dengannya. Apapun, AS dan Israel merasa mereka akan menjadi sasaran jika IM menang dalam sebarang pecaturan kuasa, meskipun IM berterusan mengeluarkan kenyataan yang menyatakan komitment mereka untuk membentuk masyarakat madani yang didasarkan pada keadilan sosial dan kesediaan mereka menghormati perjanjian antarabangsa yang dimetrai oleh rejim yang lepas.

AS dan Israel khuatir IM akan berusaha untuk memburukkan Israel, walaupun tindak-balas ganas tentera Israel dan penggunaan kekuatan berlebihan terhadap Palestin, khususnya di Semenanjung Gaza, telah didokumentasikan dengan baik dan sudah tersohor di seluruh dunia.

Dalam reaksi yang diselubungi ketakutan terhadap pertumbuhan dan peningkatan pengaruh sah IM, Israel bimbang bahawa Mesir, di bawah pengaruh IM, akan mendesak supaya perjanjian dengan Israel digubal semula.

Memandangkan pengaliran dana Amerika ke Israel dimudahkan oleh  perjanjian ini, Israel benar-benar bimbang.

IM kini terkenal dengan saranan ke arah demokrasi dan polisi perubahan tanpa kekerasan, namun sokongan mereka terhadap Hamas dianggap mendatangkan ancaman bagi Israel yang menjadi semakin gelisah dengan perubahan yang berlaku di seluruh wilayah berhampiran.

AS dan Israel masih enggan membiarkan diri mereka mempercayai bahawa IM bersedia dan mampu terlibat dalam politik dan dalam masa sama menjadi unsur penstabil di Mesir tanpa penggunaan kekerasan, walaupun IM mempamerkan tindak tanduk yang layak dijadikan teladan sepanjang Revolusi 25 Januari.

Perlu ditekankan bahawa kalaulah IM menyimpan niat rahsia untuk menggunakan kekerasan, revolusi itulah masa terbaik untuk mengeluarkannya.

Ikhwan Muslimun tidak segan silu menjulang  iltizam mereka kepada nilai-nilai dan etika Islam dan terhadap keinginan untuk membina bangsa mereka pada tahap peradaban yang tinggi sambil menyatukan umat Islam atas asas rahmat dan taqwa.

Ikhwan Muslimun telah membentuk parti politik baru bernama Parti Kebebasan dan Keadilan susulan dari perubahan di negara itu selepas Revolusi 25 Januari. IM kini mengharungi tahun-tahun yang bergejolak sepanjang rejim Mubarak, bekerjasama dengan kuasa-kuasa pembangkang dan mengatur kegiatan sosial, sokongan dan nasihat kepada rakyat Mesir.

Terdapat kumpulan-kumpulan politik di Mesir yang baru muncul dalam arena politik yang terbuka sekarang tapi IM mewarisi suatu legasi penghormatan yang unggul di kalangan masyarakat Mesir dan dikenali dengan tekad tinggi untuk memenangkan kepentingan terbaik buat Mesir.

Kekhuatiran AS bahawa IM sedang memodelkan kumpulan mereka seperti Iran adalah tidak  berasas. Begitu juga dengankebimbangan bahawa gerakan itu akan membatalkan perjanjian perdamaian 1979 dengan Israel dan menentang kepentingan AS di Timur Tengah yang masih ditimbulkan  meskipun IM membuktikan secara berterusan yang mereka adalah sebuah kuasa Islam yang sederhana.

Dengan membentuk Parti Kebebasan dan Keadilan yang baru, IM membuktikan bahawa mereka tidak takut untuk mematuhi peraturan negara dan dengan berbuat demikian mereka telah menceburkan diri secara sah ke dalam kancah arena politik Mesir.


http://www.ikhwanweb.com/article.php?id=28433
 

My Blog List

FIKRAH & DAKWAH Copyright © 2009 Blogger Template Designed by Bie Blogger Template