Monday, May 2, 2011

IM Menutup Persidangan 2 Hari; Memilih Pimpinan Parti


Sabtu, 30 April 2011

Setelah bersidang selama dua hari, Majlis Syura IM telah mengumumkan keputusan-keputusan yang tercapai dalam sidang paling bersejarah dalam tempoh 16 tahun.

Pelbagai isu telah dibincangkan termasuk masa depan Parti Kebebasan dan Keadilan serta peranannya dalam arena politik Mesir.

IM mengesahkan bahawa ia akan bertanding sehingga 50% kerusi parlimen tetapi menegaskan tidak akan mengemukakan calon untuk pilihanraya Presiden. Bagaimanapun, tiada keputusan diambil tentang siapakah yang akan disokong sebagai calon Presiden.

Persidangan diakhiri dengan pemilihan Dr. Mohamed Morsy sebagai Ketua Parti Kebebasan dan Keadilan manakala Dr. Essam Al-Erian terpilih sebagai Timbalan Ketua dan Setiausaha Agung akan disandang oleh Dr. Saad Ketatny. Ketiga-tiga mereka akan mengosongkan jawatan mereka dalam Maktab Irsyad.

Walaupun keputusan belum diambil samaada mereka akan menubuhkan pakatan dengan kumpulan politik lain, IM sedang berbincang dengan kumpulan politik lain dalam membentuk visi masa depan politik Mesir. Ketatny menerangkan apabila parti dilancarkan, keputusannya akan diambil secara bersendirian, selaku entiti berlainan walaupun parti dan IM akan menyelaraskan usaha-usaha mereka.

IM mengesahkan parti baru itu akan melibatkan keahlian dari segenap lapisan masyarakat mesir termasuk golongan Qibti. Parti Kebebasan dan Keadilan akan menjadi parti madani berdasarkan Islam dan memenuhi segenap peruntukan undang-undang dan perlembagaan Mesir.

Morsy juga menegaskan IM adalah sebuah entiti Islam yang sebahagian wadahnya melibatkan kerja politik yang akan dizahirkan melalui usaha-usaha Parti Kebebasan dan Keadilan.


Sumber: http://www.ikhwanweb.com/article.php?id=28494
 

My Blog List

FIKRAH & DAKWAH Copyright © 2009 Blogger Template Designed by Bie Blogger Template