Kuala Lumpur. 31 Mei. Pertubuhan Ikram Malaysia (IKRAM) akan menganjurkan satu forum umum bertajuk: “Ikhwan Muslimin’s Role In Building A New Middle East” Sabtu depan. Penceramah yang dijemput terdiri daripada dua anggota kepemimpinan IM di Mesir dan Kuwait serta seorang pemimpin Islam Nusantara.
Penceramah pertama ialah Sheikh Hussein Ibrahim, anggota pimpinan kanan IM dan bekas ahli Parlimen Mesir, manakala Dr. Nasser Soni' akan mewakili Gerakan Islam yang diterajui IM di Kuwait. Sementara itu Presiden Partai Keadilan Sejahtera Indonesia, Bapak Luthfi Hassan Ishaaq dijangka memberikan perspektif Nusantara mengenai tajuk forum tersebut.
Sesi forum akan dipengerusikan oleh Ir Hj Zairulshahfuddin Zainal Abidin, Ahli Dewan Perwakilan Nasional IKRAM. Forum berkenaan yang akan diadakan di Dewan Banquet Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) akan dikendalikan di dalam bahasa Malaysia, Inggeris dan Arab dan terbuka kepada umum.