Segala puji bagi Allah, selawat dan salam ke atas Rasulullah saw dan mereka yang mengikutinya dari semasa ke semasa sehingga hari Kiamat.
Mesir dan Palestin adalah satu nyawa
Pencapaian terpenting revolusi Mesir ialah menerbitkan sumber kebebasan, ketinggian dan kemuliaan kepada bangsa Arab dan Islam. Ia telah mengembalikan cita-cita dengan harapan yang baru kepadanya, dan memberikan contoh yang unggul atas kemampuannya merebut kebebasan mereka dan mengalahkan rejim yang zalim. Harapan itu amat bermakna terutama pada saat kita melihat kebangkitan yang sebenar untuk membangunkan umat menuju ‘jantung yang berdegup’ (Palestin), sehingga tercapai pembebasan yang lebih besar di negara-negara Islam dari cengkaman kerajaan yang zalim, kejam dan tidak adil, dan mendirikan sebuah sistem yang adil lagi berkebajikan.
Seiring dengan itu, tidak menghairankan bahawa kita menggabungkan ke dalam satu jiwa antara bangsa Mesir dalam revolusi mereka dengan perasaan rakyat Palestin yang membara perjuangan mereka. Penggabungan ini mampu melemahkan kekuatan atas kekuatan. Justeru, seluruh Palestin adalah satu suara dari revolusi Mesir yang bertembung secara langsung dengan semua cabaran yang mengelilingi umat kita yang besar. Isu Palestin telah menempuh dimensi baru selepas revolusi Mesir. Perubahan itu pasti datang, dan matlamatnya pasti tercapai, jika usaha akar umbi disatukan untuk mengembalikan kebebasan dan kemuliaan tanpa melihat organisasi, kelompok atau ideologi tertentu. Terus meletakkan keutamaan dalam memberi perhatian kepada generasi revolusi baru yang berintelektual, yang memikul tanggungjawab kemerdekaan dan kebebasan, mampu untuk menghadapi cabaran dan mengisinya, bahkan mengalahkannya. Ia sama seperti yang dilakukan oleh bangsa Mesir yang telah mencetuskan satu revolusi yang penuh berkat. Kejayaan ini memperlihatkan bahawa apabila setiap kekuatan perpaduan dan kesatuan rakyat bangkit dengan mengenepikan kepentingan peribadi, ia akan mencetuskan gerakan rakyat dan politik yang membuka jalan kepada kehidupan yang lebih baik dan bermaruah.
Mesir dan Pembebasan Palestin
Mesir merupakan kunci bagi bangsa Arab dan menjadi cermin kepada kesejahteraannya. Hari ini ia kembali sihat, telah kembali, insya Allah – dengan terjatuhnya rejim diktator. Ia bersedia untuk melaksanakan projek akan datang iaitu pembebasan Baitulmuqaddis selepas mereka menutup pintu-pintu Palestin dengan dinding batu dan konkrit. Bangsa kita dipaksa berhadapan dengan penderitaan akibat pengepungan yang kejam dan mereka mengerang kesakitan angkara kekejaman tentera Zionis yang dikutuk di peringkat antarabangsa. Hasil dari revolusi juga telah mengembalikan Mesir kepada peranannya yang utama di dunia Arab selepas selama ini rejim diktator yang lalu sentiasa diancam oleh rejim Zionis dengan pelbagai tekanan disamping pemilikan senjata nuklear yang dimonopoli rejim Zionis di wilayah ini. Tekanan rejim Zionis itu berjaya membuatkan mereka menyerah diri dan menjadi pengecut untuk menuntut hak tanah air mereka yang asal.
Antara hak massa yang telah keluar berjuta-juta orang dalam sebuah revolusi damai yang dilindungi oleh pahlawan tentera yang setia - dan masih setia - untuk memainkan peranan bersejarah dalam menjaga bangsa dan melindungi revolusi ini ialah mengatasi kerosakan yang sudah berlaku dalam isu Palestin. Antara haknya juga ialah memasukkan salah satu tujuan Revolusi iaitu melakukan proses perubahan ke arah pembebasan Palestin melalui pengorbanan yang sangat besar dan nyawa jiwa-jiwa yang mulia. Pada hari ini perlulah ditetapkan pendirian yang serius tentang permasalahan umat Islam, iaitu hak rakyat Palestin untuk bebas seperti orang lain di dunia. Bahkan antara hak revolusi Mesir sekarang ialah menyeru pembebasan setiap inci negara Islam kita: Iraq dan Afghanistan, sama seperti kedudukan Palestin.
Rakyat Palestin dan fasa baru
Bukanlah revolusi Mesir hanya sekadar revolusi ke atas sistem pemerintahan semata-mata. Malah ia juga sebuah revolusi dalaman terhadap penindasan, penghinaan, intimidasi, kelaparan dan kekecewaan. Ia juga sebuah revolusi luaran sebagai pemimpin utama untuk menyambung kesatuan Arab dan memainkan peranan menyatukan negara-negara Islam selepas tiga puluh tahun tunduk kepada dasar Zionis Amerika dan menurut kehendak perjanjian Camp David. Ekoran itu kita telah menyaksikan suatu skandal yang amat memalukan berupa perjanjian penjualan gas kepada musuh dengan harga yang tak munasabah berbanding harga di pasaran Mesir dan pasaran dunia. Transaksi itu mengakibatkan kerugian tahunan berjumlah 3 bilion dollar! Rakyat Palestin bersorak gembira meraikan revolusi saudara mereka di Mesir yang telah memecahkan halangan ketakutan dan persenjataan dengan penuh keberanian sambil mengerahkan berjuta-juta orang ke jalan raya. Saat ini sangat memerlukan perpaduan, pembaikan dan tanggungjawab demi perubahan dan mencipta sejarah. Saat ini juga menyaksikan bahawa bangsa ini masih dalam sihat sejahtera, dan bukan seperti yang digambarkan oleh rejim penindas sebagai pengganas yang hanya tahu untuk meledakkan diri mereka, atau bangsa yang malas berusaha untuk memulihkan kebebasan mereka. Demikianlah, rakyat Palestin sudah boleh dalam waktu terdekat untuk mengumumkan permulaan suatu fasa baru bagi kebangkitan Arab, mempercepat langkah untuk pembebasan Palestin dan negara-negara saudara kita yang dijajah. Jelasnya, bumi diciptakan dalam keadaan bebas dan kita dilahirkan bebas. Dengan itu kebebasan adalah hak asasi manusia. Justeru, isu Palestin terangkum dalam ruang lingkup iman dan al-Quran. Firman Allah swt (bermaksud):
“untuk membinasakan sehabis-habisnya apa saja yang mereka kuasai” (A-Isra’: 7)
Kita yakin bahawa Allah akan mencukupkan keperluannya. Sesungguhnya Allah melaksanakan urusan yang dikehendakiNya dan Allah telah menyediakan ketentuan bagi tiap-tiap sesuatu.
Apakah selepas itu?!
Apa yang berlaku selepas itu menjadi pertimbangan penting buat pilihan Revolusi. Apakah yang berlaku selepas berjaya meningkatkan keseimbangan kekuatan? Apakah yang berlaku selepas rakyat dan tentera menjadi bagaikan satu tangan? Ya .. tidak akan berlaku lagi perlindungan dari Zionis selepas hari ini. Palestin tidak akan dibiarkan tanpa perhatian Mesir yang kuat dan Gaza tidak akan dibiarkan dalam kepungan atau menjadi pengemis. Justeru, dengan harapan ini, telah kembali kepercayaan diri rakyat Palestin ke arah penstrukturan domestik atas dasar kemasalahatan, mengenepikan perebutan kuasa dan kepuakan. Melalui semangat kesatuan rakyat telah bangkit dan rejim-rejim diktator telah jatuh. Penguasa akan lenyap, sedangkan rakyat tetap kekal. Mengatasi semua pertimbangan, kebenaran adalah yang tertinggi dan perintahnya perlu dilaksanakan. Ketentuannya telah berlalu dalam membantu penduduknya dan mengembalikan hak-hak mereka yang dirampas – mengembalikan kemuliaan mereka yang telah lenyap dan kekayaan mereka yang dijarah.
Apakah yang berlaku selepas ketakutan dan panik menimpa Zionis setelah terjadinya pemuafakatan antara Fatah dan Hamas? Ia sebenarnya ketakutan tentang masa depan Palestin dan isu konflik yang kini terancam dek revolusi nasional. Nentanyahu menyebut bahawa dia tidak akan mengusahakan persepakatan damai Zionis dengan Hamas. Ia seolah-olah mengesahkan bahawa Hamas bercita-cita menghancurkan negara mereka seperti sangkaan mereka sendiri! Pihak Radio tentera Zionis melaporkan tentang galakan untuk memecahkan usaha setelah Abu Mazen dilihat mula ‘bermain dengan api’ melalui pemuafakatan dengan Hamas, dan setelah pemerintah Palestin dilihat memilih untuk condong kepada pemuafakatan. Ini sebenarnya nada yang sudah lapuk. Amerika harus menyedari bahawa dunia telah berubah. Hanya Amerika yang masih degil dengan pendirian bahawa Palestin berdepan ancaman gerakan pengganas - merujuk kepada Hamas - yang akan menjadi sebahagian dari pemerintah Palestin!
Apakah yang berlaku selepas majlis tentera mengambil pendirian untuk menyokong dan memastikan suasana kondusif buat isu Palestin? Setelah tiada lagi cengkaman dari rejim diktator yang selama ini langsung tidak mengusahakan jalan penyelesaian, majlis tentera telah mengambil langkah berani menamatkan pemecahan dan menandatangani kepentingan kedua-dua belah pihak. Ia merupakan pencapaian baru bagi Mesir, yang diwakili oleh anggota majlis tentera, yang berusaha untuk mencipta ruang bagi membuka sempadan Rafah secara kekal selepas penutupan panjang. Penutupan itu berjaya menidakkan umat daripada memperolehi 3 bilion dolar melalui perdagangan bebas. Ini satu jaminan untuk mengembalikan semula keuntungan Arab untuk orang Arab. Justeru, pelaburan yang menggantikan perang ke atas umat kini menjadi pemacu ekonomi dan meningkatkan saiz pertukaran domestik. Ia suatu yang diperlukan untuk membangunkan kehidupan rakyat dan meningkatkan kesejahteraan mereka. Kegembiraan Palestin adalah juga dari usaha rakyat Mesir. Mereka kini terus menyokong Palestin dan sentiasa mengikuti keputusan-keputusan majlis tentera hari demi hari.
Kita telah menyaksikan pelbagai peristiwa kezaliman ke atas Palestin oleh rejim yang digulingkan – perjanjian Camp David, normalisasi, eksport gas ke Israel, bersekongkol dengan musuh dengan berdiam diri terhadap pencerobohan di Gaza, pengepungan dan kelaparan, pembinaan dinding besi di sempadan, dan membenarkan Zionis masuk tanpa visa. Ketika itu juga Menteri Luar Negara rejim Mubarak sanggup mengisytiharkan bahawa dia tidak akan membenarkan rakyat Palestin menyeberangi sempadan secara aman tanpa ‘memecahkan kakinya.’ Mereka berusaha menangkap pejuang Palestin dan menutup sempadan Rafah. Kini Mesir menuntut dengan suara yang kuat perkara berikut: menghentikan isu normalisasi yang membawa kepada kestabilan musuh kita, menamatkan masalah keselamatan sempadan Zionis, membunuh penyusup untuk musuh, menyelesaikan isu kepentingan ekonomi seperti Suez dan eksport gas yang merugikan disamping untuk keselamatan bangsa kita, bekerja keras untuk menyelesaikan pembukaan sempadan Rafah secara kekal, dan mempertimbangkan kembali perjanjian Camp David untuk dibentangkan kepada ahli-ahli parlimen yang dipilih melalui pilihanraya yang bebas. Inilah masanya untuk rakyat menyatakan pendapatnya selepas hak itu dirampas selama bertahun-tahun. Ini juga masanya untuk Mesir menawarkan perlindungan dan membantu kejayaan perdamaian Palestin. Sekiranya penjajah itu tidak memahami melainkan melalui logik kekerasan, biarkan rakyat Palestin yang kuat menentangnya. Namun sumber kekuatan saat ini adalah untuk mendamaikan dan bersatu bagi menamatkan situasi perpecahan. Setelah itu biarlah intifadhah rakyat yang akan menamatkan pendudukan dan mengembalikan Al-Aqsa yang dikasihi. Semua itu bagi Allah tidak terlalu jauh!
http://www.ikhwanonline.com/new/Article.aspx?SecID=213&ArtID=83759