Friday, September 23, 2011

IM Puji Revolusi Yaman, Seru Negara-negara Teluk supaya Campur Tangan





Selasa, 20 September 2011

Jurucakap media Ikhwan Muslimun (IM), Dr Mahmoud Ghozlan, menyifatkan serangan membuta tuli oleh pasukan yang setia kepada Presiden Yaman Abdallah Saleh terhadap penunjuk perasaan aman sebagai "jenayah kemanusiaan dan pencabulan semua perjanjian antarabangsa dan nilai agama."

"Negara-negara Teluk perlu campur tangan bagi menghalang pembunuhan berdarah beramai-ramai di Yaman dan Syria, serta menyokong orang yang tidak berdosa dalam menghadapi rejim kejam di negara-negara ini," Ghozlan berkata.

Menurut laporan saksi, penembak hendap rejim pro-Yaman yang membidik mangsa dari bumbung telah membunuh sekurang-kurangnya 21 penunjuk perasaan Isnin lepas, iaitu hari kedua keganasan di ibu negara Yaman. Kakitangan kecemasan telah merekodkan lebih 113 cedera dalam apa yang mereka sifatkan sebagai serangan paling berdarah sejak beberapa bulan keatas penunjuk perasaan yang menuntut penyingkiran Presiden Ali Abdallah Saleh.

Ghozlan menyatakan bahawa IM memuji rakyat Yaman yang bertindak aman dan pendirian mereka semasa revolusi. Beliau menegaskan bahawa rakyat Yaman berupaya untuk mengangkat senjata dalam menghadapi kezaliman tetapi memilih untuk memerangi rejim melalui protes secara aman. "Lambat-laun penunjuk perasaan aman akan menang dan akhirnya mereka akan berjaya," tambah beliau.

http://www.ikhwanweb.com/article.php?id=29048
 

My Blog List

FIKRAH & DAKWAH Copyright © 2009 Blogger Template Designed by Bie Blogger Template