Friday, September 23, 2011

Veto USA ke atas permohonan Negara Palestin bakal mudaratkan lagi hubungan USA dengan Umat Islam


Oleh Hussein Mahmoud and Deana Mohamed

Khamis, September 22, 2011

Parti Kebebasan dan Keadilan (FJP) mengeluarkan kenyataan hari ini menolak langkah oleh Pihak Berkuasa Palestin untuk mendapatkan pengiktirafan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) ke atas negara Palestin yang merdeka. FJP berpendirian ia tidak akan menjadi penyelesaian kepada konflik Arab Israel, malah bukan sebagai permulaan kepada penyelesaian itu.

Walau bagaimanapun FJP menegaskan bahawa pendirian Pentadbiran Amerika Syarikat yang lantang menggesa pemerintahan Palestin untuk menggugurkan percubaan mereka melalui pentas PBB serta mengancam untuk menggunakan kuasa veto bagi menghalangnya merupakan satu kesinambungan polisi AS yang berat sebelah dan berpihak kepada Israel sambil mengabaikan hak-hak sah rakyat Palestin.

"Amerika Syarikat terus membuat kesilapan yang sama dengan memberi sokongan tanpa syarat terhadap penaklukan Israel sambil memalingkan mata mereka terhadap serangan ganas Israel ke atas orang Arab dan umat Islam. AS telah gagal untuk membina satu hubungan yang dijalin atas dasar saling hormat menghormati dengan dunia Islam," kenyataan itu menyebut.

Ia menambah, "AS terus mempercayai bahawa sokongan mereka kepada Israel akan melindungi kepentingan mereka di rantau itu. Walau bagaimanapun, mereka mesti memahami yang pendekatan itu adalah satu kesilapan dasar yang serius, lebih-lebih lagi selepas revolusi Arab di negara-negara utama yang terlibat dalam konflik Arab Israel."

http://www.ikhwanweb.com/article.php?id=29059
 

My Blog List

FIKRAH & DAKWAH Copyright © 2009 Blogger Template Designed by Bie Blogger Template