عنوان الفتوى:
|
هل علي
إثم إذا خالفت رأي الجماعة؟
Adakah dikira berdosa bila saya menyalahi pandangan
Jamaah?
|
صاحب الفتوى:
|
أحمد
محمود من : مصر
Penanya:
Ahmad Mahmod drp Mesir
|
الفتوى:
|
مع شدة الهجوم على الإخوان
في مصر في الفترة الحالية أريد توضيحاً حتى يطمئن قلبي: هل أرتكب أثماً إذا صوت
مثلا لمرشح الإخوان رغم علمي أن هناك من هو أكفأ منه, وهذا ليس رأي شخصي فقط بل
آراء قوى مخلصة أخرى غير جماعتي ****سؤالي لا أقصد به انتخابات الرئاسة وإن كانت
من أهداف السؤال بل كل انتخابات أيا كانت حجمها *
إذا تعارض اختيار الأكفأ والأصلح
في الانتخابات مثلا مع البيعة لجماعة الإخوان ماذا أفعل؟؟؟؟
|
الــــــــــــــــــرد: |
Dalam situasi
IM diserang dgn begitu dahsyat di Mesir sekarang, saya minta penjelasan
utk menenangkan hati saya: Adakah saya
dikira berdosa bila saya memilih calon IM sekalipun saya tahu bahawa di sana
ada calon yang lebih layak daripadanya. Ini bukan pendapat peribadi saya
sahaja, bahkan ia merupakan pendapat sekelompok mereka yang ikhlas (bukan drp
IM). Soalan saya bukan khusus kepada isu pemilihan presiden sahaja, bahkan
termasuk juga pemilihan2 yang lain juga.
د:أحمد زايد
الأستاذ بجامعة الأزهر الشريف
Fatwa oleh: Dr
Ahmad Zayid (Prof Univ Al-Azhar)
بسم الله الرحمن الرحيم
الحمد لله وبعد:
قضت حكم الله تعالى وسنته
أن يد الله تعالى وبركته وتأييده وتوفيقه في الجماعة , قال تعالى: " وَاعْتَصِمُوا بِحَبْلِ اللَّهِ جَمِيعًا وَلَا
تَفَرَّقُوا..." وقال :" وَلَا
تَنَازَعُوا فَتَفْشَلُوا..."
فالله تعالى مع الجماعة يسدد أراءها ويقوي عزمها وقد تعلمنا من ديننا أن
رأي الفرد مهما كانت عبقريته لا يكون أكثر سدادا من رأي الجماعة, فأدواته في
المعرفة واتخاذ القرار أقل بكثير من أدوات الجماعة, وقد افترض الأخ السائل غير
هذا المنطق ,وهذا لا شك مخالف لمقتضى العقل والواقع والشرع.
Hukum Allah Ta’ala dan
undang-undangNya menyatakan bahawa ‘tangan’ Allah Ta’ala, keberkatan, bantuan
dan taufiqNya bersama-sama dengan jamaah. Allah Ta’ala berfirman: “Dan
berpeganglah kamu semua dengan tali Allah dan janganlah berpecahbelah”. “Dan
jangan kalian berbantah-bantah, nanti kalian akan menemui kekalahan..”. Maka
nyatalah bahawa Allah swt bersama-sama jamaah, Allah akan memperbetulkan
pandangan jamaah dan akan menperkuatkan keazamannya. Kita telah belajar
daripada agama ini bahawa pandangan seorang sekalipun dia seorang yang pintar
tidak akan sama seperti pandangan jamaah dari segi kewibawaannya; kerana
kemampuan jamaah dalam membuat keputusan jauh lebih hebat daripada yang dimiliki
oleh seorang peribadi. Penanya telah mengandaikan suatu yang tidak logic dan
ia bertentangan dengan kewarasan akal, reality dan syara’.
فأدعو الأخ الكريم ألا يفترض في نفسه الصواب
والكمال وفي الجماعة الخطأ والنقص, فالزم الجماعة فإنها لن تختار إلا الأكفأ
والأصلح , وافتراض العكس خطأ ينفيه الواقع والشرع وبحكم بيعتك ينبغي ألا تخالف
الجماعة ما لم تأمر بمعصية, ولأن نجتمع على المرجوح خير وأفضل من أن نتفرق على
الراجح, والخلاف شر كله.
Maka saya mengajak al-akh yang bertanya supaya
jangan mengandaikan dirinya betul dan sempurna dan jamaah salah dan lemah.
Beriltizamlah dengan jamaah kerana jamaah tidak akan memilih selain calon
yang terbaik dan berkemampuan. Mengandaikan sesuatu selain itu adalah satu
kesilapan dan bertentangan dengan reality, syara’ dan hukum baiah kamu yang
meminta kamu tidak menyanggahi pilihan jamaah selagimana ia tidak menyuruh
dalam perkara maksiat. Lagipun “bersepakat dalam suatu isu yang hukumnya
lemah itu lebih baik daripada berpecah dalam isu yang hukumnya kuat”… kerana
berpecah itu semuanya buruk.
|
Friday, May 25, 2012
هل علي إثم إذا خالفت رأي الجماعة؟ Adakah dikira berdosa bila saya menyalahi pandangan Jamaah?
Pandangan Jelas dalam menyokong Morsi ke atas Abul Futoh
Pandangan
Jelas dalam menyokong Morsi ke atas Abul Futoh
Selasa 2
Rejab 1433 bersamaan 22 Mei 2012
Muhammad
Ahmad Ar-Rashid
Tulisan saya ini agak terlambat disebabkan kesibukan saya
membantu Gerakan Dakwah Islah di UAE, semoga Allah
mengampuni saya dan semoga ikhwah semua memahami
keuzuran saya ini. Sepatutnya saya bersegera menyahut permintaan
al-akh Dr Wasfi untuk memberi pendapat tentang suatu pandangan
yang mengatakan bahawa anggota Jamaah Ikhwan bebas untuk tidak beriltizam
dengan pandangan Qiadah dalam persoalan pemilihan calon
daripada IM Sheikh Mohd Morsi. Namun saya berlengah
(tidak bersungguh) kerana menyangka bahawa isu tersebut sudah
jelas. Akan tetapi bila isu tersebut berlarutan
menjadi kabur, saya mengambil keputusan untuk
membetulkan keadaan.
Hakim itu adalah seorang mujtahid yang terkongkong oleh
kecenderungannya kepada Abul Futoh sebenarnya berada dalam
daerah kesilapan. Pendapat saya mengenai fatwa Tuan
Guru saya Sheikh Yusof Qardawi bahawa warga Mesir bebas
saja memilih salah seorang daripada tiga calon Islamic ialah; jika yang dimaksudkan itu rakyat awam Mesir maka
ijtihad itu betul, tapi jika yang dimaksudkan itu termasuk
Ikhwan yang merupakan anggota yang berintima' dengan
Dakwah IM , maka ijtihad tersebut adalah salah...ungkapan ini
agak berat untuk ditulis terhadap kedudukan Sheikh yang
termulia, namun khilaf pemberi fatwa menjadi sebab kepada datangnya rahmat kepada umat.
Saya
berani berkata demikian kerana saya kenal beliau seorang yang
sentiasa bersikap lapang dada dan terbuka serta jujur dalam
apa-apa perkongsian. Saya berpendapat
bila seorang al-akh itu memberi baiah secara sukarela kepada
kepimpinan dakwah, maka ia bermakna: bahawa dia telah redho
menyerahkan kepada kepimpinan dalam perkara ijtihadi dalam situasi berbilangnya pendapat, perkara ini amat penting dalam
intima' dakwah. Ini bermakna
beriltizam dengan perancangan dakwah adalah wajib dalam semua
perkara. Tanpanya tidak akan terlaksana amal secara jama'ie.
Pendakwah yang berintima' dengan Jamaah sebenarnya seorang muslim
yang thiqah kepada Jamaah dan kebenarannya. Justeru pandangan
saya ini bersandarkan neraca Fiqh Dakwah dan formula-formula
Mazhab Ihya' Fiqh Dakwah yang saya cuba
jelaskan di sini: Bahawa mereka yang berintima'
kepada dakwah IM tidak mempunyai pilihan lain dalam hal ini, iaitu mereka wajib memilih calon dakwah iaitulah
Sheikh Mohd Morsi.
Adapun pendokong bagi dakwah ini, iaitu mereka yang ada
hubungan dengan dakwah tetapi tidak sampai ke darjat
memberi baiah, begitu juga mereka yang kasih kepada dakwah
ini terdiri daripada kalangan rakyat awam Mesir:
Maka kaedah syariyyah yang lain juga mewajibkan mereka memilih calon dakwah Sheikh Mohd Morsi. Kaedah ini secara ringkas
menyatakan: Bahawa jawatan presiden hanya layak
disandang oleh presiden yang disokong oleh kelompok manusia yang
melantiknya dan jamaah itu mempunyai satu kesefahaman
bersamanya untuk berkhidmat dan melaksana segala perancangannya
agar mampu berhadapan dengan segala cabaran mendatang.
Syarat tersebut hanya dimiliki oleh satu-satunya calon iaitu Sheikh Mohd Morsi.
Beliau sahajalah (Mohd Morsi) yang memiliki kemampuan
mengagihkan pengalaman, ilmu dan
tenaga IM dalam memberi khidmat sesuai dengan kedudukannya sebagai
seorang presiden. Lebih-lebih lagi bagi memerangi kerosakan yang
berakar umbi dalam sistem pemerintah Mubarak. Sheikh Abul Futoh tidak
memiliki selain suara jalanan yang tidak diikat oleh sebarang iltizam
maupun sikap berkecuali menjadikannya pada kedudukan yang amat lemah.
Dalam Qaedah Syariyyah menyebut bahawa memilih yang lebih baik itu wajib, iaitu di kala terdapatnya banyak pilihan
sebagai memenuhi tuntutan ayat Allah:
(فَخُذْهَا بِقُوَّةٍ وَأْمُرْ قَوْمَكَ يَأْخُذُوا
بِأَحْسَنِهَا)
"Maka ambillah
ia dengan bersungguh dan perintahkanlah kaummu mengambil yang terbaik
daripadanya". Jadi yang terbaik dalam suasana Mesir sekarang ialah melantik orang yang paling layak iaitu Sheikh Mohd
Morsi, ditambah dan dikuatkan dengan kemampuan
Jamaah yang amat berpengalaman .
Kata-kata Ibnu Khaldun dalam Muqaddimahnya jelas bahawa yang
paling layak untuk memegang kerusi presiden dan
kepimpinan ialah seorang yang disokong oleh kelompok iaitu jamaah
yang membantu dan taat kepadanya atau qabilah yang
mampu merealisasikan kehendaknya. Puak atau kelompok yang dimaksudkan
di sini bukan puak tercela yang dinafikan oleh uruf imani,
bahkan ia adalah method ta'bir klasik (gaya bahasa lama). Ijtihad Ibnu Khaldun memang benar kerana beliau seorang yang faqih
dan dikenali, bukan hanya seorang sejarawan. IM
akan berusaha dengan segala kemampuannya untuk
memperkuatkan kedudukan Mohd Morsi bagi menunaikan janjinya
sebagai presiden terutama dalam masa paling genting sepanjang sejarah Mesir ini. IM adalah jamaah yang ikhlas
dan bersih, sejarah jihad dan idea
membangun masyarakat yang dibawanya amat cemerlang, kaya dengan
buah fikiran yang bernas. Hari-hari yang berlalu membuktikan mereka amat mementingkan kemaslahatan umat.
Abul Futoh sebenarnya telah terputus dengan jamaah. Dengan
sebab itu dia bersendirian dan amat lemah. Salem
Awa sebenarnya pendokong bid'ah Iran dan saya berpendapat
dia samasekali tidak wajar disokong kerana ia boleh
membuka ruang masuknya pengaruh Iran dan menjadi ancaman kepada keselamatan negara Arab. Bahaya itu mesti disekat,
semoga Allah swt membantu kita semua. Ayuh kita
jadikan suara dalam pilihanraya kali ini berjalan dengan penuh
kesedaran melalui kecerdikan memilih bersandarkan kaedah-kaedah
syara' dan neraca-neraca iman. Demikianlah fatwa saya sekalipun
kelewatannya menjadikan ia kurang menarik, hendaklah yang menyaksikan
menyampaikan kepada mereka yang tidak hadir..
Tuesday, April 17, 2012
Kenyataan Akhbar daripada IM dan Parti Kebebasan dan Keadilan
Ikhwan Muslimin dan Parti Kebebasan dan Keadilan ingin melahirkan perasaan terkejut dan hairan dengan keputusan Jawatankuasa Tertinggi untuk Pemilihan Presiden yang menolak rayuan yang difailkan oleh Ir. Khairat Shater calon dari IM dan parti dalam pilihan raya presiden.
Lebih-lebih lagi kerana keputusan untuk
menolak rayuan itu datang selepas penyerahan semua hujah dan asas hukum
perundangan dan kehakiman, termasuk tafsiran Mahkamah Agung Tentera yang
menolak Ir. Khairat Shater, termasuk kes tentera baru-baru ini yang dikaitkan
oleh Jawatankuasa dalam membuat keputusan untuk mengecualikan beliau daripada senarai
awal, dan kemudian enggan untuk menerima rayuan walaupun semua hujah-hujah
undang-undang telah dibuat oleh peguam.
Memandangkan sekarang adalah peringkat
paling getir dan penting, IM dan Parti Kebebasan dan Keadilan mengisytiharkan
bahawa mereka tetap meneruskan pertandingan bagi jawatan presiden bagi Mesir
melalui calon mereka yang baru Dr. Mohamed Morsi yang membawa pendekatan dan aspirasi
yang sama dalam usaha untuk mencapai kemaslahatan negara yang lebih tinggi dan
menjaga hak-hak rakyat.
IM dan Parti Kebebasan dan Keadilan ingin menegaskan
bahawa mereka mempunyai agenda untuk membangunkan semula negara dalam pelbagai lapangan.
Calon mereka mendokong agenda ini yang akan disokong oleh rakyat Mesir. IM dan
Parti berusaha untuk mencapainya bagi membawa Mesir menuju kepada keamanan yang
sebenar, dan seterusnya Mesir akan mengambil tempat yang sepatutnya di kalangan
umat Islam dan bangsa Arab.
Allah adalah di sebalik segala tujuan.
Dialah yang memberikan petunjuk kepada jalan yang benar.
Ikhwan Muslimin
Parti Kebebasan dan Keadilan
Kaherah: 5 Jamadil Awal 1433 Hijrah
bersamaan dengan 17 April 2012 Masihi
Friday, April 13, 2012
Sa'id Hawwa: Menerobos Ke Ufuk Ta'alim
Salah satu pusaka peninggalan yang paling berharga dari Imam Hasan Al Banna adalah ‘Risalah Ta’alim’ di
mana jika kita membacanya dengan saksama serta menyusuri isi
kandungannya secara mendalam, niscaya kita akan mengetahui betapa
luasnya cakrawala pemikiran dan gerakan yang dibina oleh Imam Hasan Al
Banna.
Karya ini hampir-hampir merupakan ijtihad terakhir beliau dalam bidang pemikiran dan gerakan.
Selain itu, ia juga merupakan buah pandangan yang bernas dan jitu terhadap :
1. Perjalanan sejarah.
2. Realiti ummat.
3. Kefahamannya yang tepat tentang nash-nash syari’at.
Mungkin ramai yang hairan setelah mengetahui bahwa ‘Risalah Ta’alim’ yang
hanya merupakan tulisan dalam beberapa lembaran kertas, namun ternyata
ianya menggariskan beberapa petunjuk di sepanjang jalan sejarah untuk
membangun beberapa generasi.
Sesungguhnya
tidak berlebihan jika kita mengatakan bahwa ia menggariskan
petunjuk-petunjuk perjalanan umat Islam dalam usaha mencapai agenda
kemenangan dan selepasnya hingga jangkauan yang sebegitu jauh.
Itu merupakan salah satu bukti nyata ‘kejeniusan’ Imam Hasan Al Banna. Bahkan itu merupakan salah satu bukti nyata anugerah Ilahi yang diberikan kepada lelaki ini.
Ramai di antara murid-murid dan pengikut Imam Hasan Al Banna yang telah mensyarahkan dengan lebih mendalam terhadap ‘Risalah Ta’alim’ dan di antaranya adalah Syeikh Sa’id Hawwa yang menulis di dalam kitabnya yang berjudul “Fi Afaaq at Ta’alim’.
Mari kita susuri sebahagian dari tulisan beliau di dalam kitab tersebut.
Tidak terlintas dalam fikiran saya untuk menulis syarah (komentar) bagi ‘Risalah Ta’alim’
atau risalah-risalah Imam Hasan Al Banna yang lain. Ini adalah kerana
kata-kata beliau mudah difahami oleh semua orang; perkara yang jarang
dilakukan oleh kebanyakan ulama’, di samping saya tidak mahu menjadi
hijab antara Imam Hasan Al Banna dengan pembacanya.
Namun, saya diminta oleh seseorang yang permintaannya itu tidak mungkin saya tolak, maka saya tulislah kitab ini.
Oleh
kerana tulisan Imam Hasan Al Banna amat mudah difahami dan tidak
memerlukan penafsiran harfiah kecuali sedikit sahaja, maka dalam kitab
ini saya tidak akan mengikuti cara penafsiran dan komentar yang biasa
berlaku.
Saya hanya akan memberi komentar terhadap beberapa bahagian yang kiranya diperlukan oleh pengkaji ‘Risalah Ta’alim’ dan bahagian lain yang dikehendaki oleh Hasan Al Banna ketika ia menulisnya untuk menjadi acuan awal untuk melangkah.
Oleh kerana kitab ini bukan merupakan syarah secara tradisional sebagaimana lazimnya, maka saya namakannya ‘Fi Afaaqit Ta’alim’ (Di Ufuk Risalah Ta’alim) .
Saya
tidak akan menurunkan tulisan Imam Hasan Al Banna secara perkataan demi
perkataan lalu mensyarahkannya, meskipun perkara itu kadang-kadang
berlaku di beberapa tempat. Namun, bukan itu cara yang saya pakai dalam
penyusunan ‘Risalah Ta’alim’ ini.
CARA KAJIAN
Secara kontekstual, ‘Risalah Ta’alim’ mengungkapkan
persoalan yang sangat mendasar, iaitu keperibadian muslim di zaman
kini, meliputi tiang-tiang pembentukan dan kewajiban-kewajibannya.
Ia telah
menyebutkan tiang-tiang itu melalui penjelasan sepuluh rukun-rukun
bai’ah dan seterusnya dihuraikan kewajiban-kewajiban yang mesti
ditunaikan.
Melalui
pembicaraan tiang-tiang pembangunan keperibadian Islam dan
kewajiban-kewajibannya ini, beliau menyebutkan juga tujuan-tujuan yang
mesti diwujudkan, selain juga menyebutkan fasa-fasa dakwah.
Dalam
pembahasan ini saya akan menghuraikan tentang tujuan, berbagai wasilah
yang digunakan, kemudian disusuli dengan fasa-fasa dakwah, tiang-tiang
pembinaan keperibadian Islam dan kewajiban-kewajibannya.
Pembahasan ini saya lakukan sebagai komentar terhadap tulisan Imam Hasan Al Banna dalam ‘Risalah Ta’alim’nya. Keempat bab ini merupakan intisari pembahasan ‘Risalah Ta’alim’.
Sebelum
itu, saya bahas terlebih dahulu tiga bab lain yang isinya membicarakan
tentang ketokohan Imam Hasan Al Banna dalam kapasitinya sebagai peletak
dasar teori tentang amal-amal islami (gerakan islam) moden, kemudian
tentang kunci-kunci untuk memahami dakwahnya dan setelah itu pembicaraan
tentang tanggungjawab besar dalam dakwah ini. Dengan yang demikian,
buku ini memuat tujuh bab.
Agar ‘Risalah Ta’alim’ dapat menduduki posisinya dalam kerangka umum dakwah Ikhwanul Muslimin, maka saya tuliskan pula bab kelapan yang bertajuk ‘Fasal Penyempurnaan’ yang disusuli dengan ‘Kata-Kata Penutup’ di bab kesembilan sebagai bab terakhir.
Imam
Hasan Al Banna telah menetapkan beberapa tujuan yang mesti dicapai oleh
setiap muslim, selain menjelaskan kandungan-kandungannya. Ia bukanlah
tujuan-tujuan yang disusun secara serampangan, melainkan tujuan-tujuan
yang ditetapkan melalui penelitian yang mendalam ke atas nash-nash
syariat yang ada.
Beliau
juga menetapkan fasa-fasa amal untuk mencapai tujuan-tujuan itu dengan
memperhatikan keperluan umat Islam di setiap kawasan.
Beliau
menetapkan pula ciri-ciri keperibadian Islam melalui rukun-rukun bai’ah
dan kewajiban-kewajiban yang diperlukan oleh gerakan Islam dalam rangka
mencapai tujuan di setiap fasanya.
Beliau
juga menetapkan beberapa kaidah pokok yang menjadi bingkai kepada
kefahaman yang sahih, hubungan dan perjalanannya di mana tidak ada :
a. Sikap ekstrim dan menceroboh batasan.
b. Perilaku melampau.
c. Pengabaian terhadap hukum sunnatullah.
Semua itu telah terangkum dalam dua bahagian dari ‘Risalah Ta’alim’ iaitu :
PERTAMA : RUKUN-RUKUN BAI’AH
KEDUA : KEWAJIBAN-KEWAJIBAN SEORANG MUJAHID
Imam
Hasan Al Banna melalui dua bahagian dari risalahnya itu telah berhasil
menjelaskan perkara-perkara yang sangat diperlukan oleh setiap peribadi
dewasa ini untuk bangkit secara benar bersama kaum muslimin lainnya demi
meraih cita-cita.
Oleh kerana itu, meskipun ‘Risalah Ta’alim’ dilukiskan dalam bentuk taujih (pengarahan) kepada individu tetapi ia juga menyebutkan pandangan keseluruhan gerakan iaitu :
a. Menyangkut proses menuju penegakan daulah.
b. Cara perjalanan sesudah daulah diwujudkan.
c. Strategi politik gerakan.
dan lain-lainnya.
Semua
itu disampaikan secara langsung dalam bentuk arahan kepada individu.
Ini adalah kerana, jika individu tidak mempunyai pandangan yang jelas di
dalam sesuatu perkara, maka keupayaannya untuk bertolak secara
berterusan di dalam suatu barisan yang mantap akan menjadi lemah.
Titik tolak untuk mewujudkan saf yang mampu mencapai tujuan adalah dengan tersedianya indidvidu-individu yang :
1. Mempunyai kefahaman yang jelas tentang matlamat.
2. Mempunyai kefahaman yang jelas tentang cara-cara untuk melaksanakan matlamat tersebut.
3. Mempunyai keupayaan untuk menyesuaikan dirinya dengan saf.
‘Risalah Ta’alim’ memberikan
semua ini walaupun melalui lembarannya yang agak sedikit. Itulah salah
satu bukti anugerah Ilahi bagi Imam Hasan Al Banna.
Dalam bahagian kedua, ‘Risalah Ta’alim’ memperincikan
segala sesuatu yang diperlukan oleh setiap peribadi muslim dewasa ini,
agar tidak mengulangi kesalahan-kesalahan masa lalu, di samping
menjelaskan petunjuk-petunjuk untuk meniti masa depan.
Dengan yang demikian, ‘Risalah Ta’alim’ telah menetapkan titik bermula bagi setiap muslim untuk mencapai posisi ‘Hanya kalimat Allahlah yang tertinggi’ di muka bumi ini.
Bahkan ‘Risalah Ta’alim’ telah meletakkan anak kunci alam di tangan orang-orang Islam jika mereka pandai bergerak dan beramal secara betul, insyaAllah.
Di antara perkara penting yang diwujudkan oleh ‘Risalah Ta’alim’ pada sedikit halamannya adalah berupa penjelasan mengenai berbagai perkara yang diperlukan oleh gerakan Islam :
a. Dari yang berbentuk umum kepada yang lebih terperinci.
b. Dari yang samar-samar kepada bentuk yang lebih jelas.
Misalnya dalam permasalahan bai’ah di mana selama ini istilah “bai’ah”
dalam masyarakat Islam hanya dikenali dengan makna janji setia untuk
mengamalkan wirid tertentu atau untuk taat pada seseorang syeikh atau
tok guru tertentu.
RUKUN-RUKUN BAI’AH
‘Risalah Ta’alim’ datang dengan penjelasan tentang batasan-batasan bai’ah yang diperlukan pada zaman ini, bahwa ia adalah:
1. ‘Bai’ah’
untuk memahami Islam secara benar. Tanpa kefahaman yang benar ini,
aktiviti atas nama Islam tidak akan pernah berlaku. Tanpa kefahaman,
langkah bersama menuju Islam tidak dapat diwujudkan. Jika pun dapat
diwujudkan, maka ia hanya berada di ruang lingkup yang sempit dan tidak
dapat memenuhi keperluan masa kini mahupun masa mendatang.
2. ‘Bai’ah’
untuk ikhlas. Tanpa keikhlasan, amal apapun tidak akan diterima oleh
Allah dan tidak juga dapat bergerak di medan dakwah secara benar di
samping saf itu sendiri boleh ditipu.
3. ‘Bai’ah’
untuk beramal, yang telah ditentukan garis permulaannya dan jelas
kesudahannya iaitu yang dimulai dari diri sendiri dan berakhir dengan
penguasaan Islam ke atas dunia seluruhnya. Ini merupakan kewajiban yang
tidak disedari oleh orang-orang Islam namun tiada seorang muslim pun
yang terlepas dari kewajibannya.
4. ‘Bai’ah’ untuk melakukan jihad, yang ramai orang Islam lupa bahwa ia adalah neraca untuk menimbang keimanan.
5. ‘Bai’ah’ untuk berkorban dengan segala yang dimiliki, demi meraih tujuan suci dan syurga Allah.
6. ‘Bai’ah’ untuk taat sesuai dengan peringkat dan tingkatan kemampuan.
7. ‘Bai’ah’ untuk tegar menghadapi segala keadaan di setiap waktu.
8. ‘Bai’ah’ untuk memberikan kesetiaan bagi dakwah ini dengan melepaskan diri dengan keterikatan selainnya.
9. ‘Bai’ah’ untuk berukhuwah sebagai titik tolak untuk bergerak.
10. ‘Bai’ah’ untuk tsiqah (memberikan kepercayaan) kepada pemimpin dan safnya.
Demikianlah
bai’ah memiliki sepuluh rukun. Jika berlaku pelanggaran pada salah satu
dari rukun ini, maka titik tolaknya telah keliru dan pembinaan tidak
mungkin sempurna serta bangunan dakwah tidak akan pernah selesai secara
utuh.
Jika
itu yang berlaku, maka mungkin akan terjadi keretakan melalui rukun
yang cacat ini buat seseorang akh di mana Jamaah pun akhirnya akan
mendapat kesan dari keretakan ini melalui akh tersebut.
Oleh
kerana itu, pematerian dan penjelmaan tiap-tiap rukun yang sepuluh ini
dalam diri setiap akh merupakan satu-satunya syarat yang akan menjamin
permulaan langkah dan penerusannya.
Itulah bahagian pertama dari ‘Risalah Ta’alim’.
KEWAJIBAN-KEWAJIBAN SEORANG PEJUANG
Apabila
ia telah menjadi jelas, bererti telah ditemui sebuah peribadi pejuang
yang siap sedia memberikan komitmennya pada segala perkara yang
dituntut oleh harakah. Dari sanalah munculnya bahagian kedua yang
memuatkan tiga puluh lapan (38) arahan, dilanjutkan dengan penutup
risalah yang berisi kesimpulan dan rangsangan untuk beramal.
Oleh
yang demikian, dalam risalah ini telah digariskan perkara-perkara yang
diperlukan oleh seorang akh dalam kedudukannya sebagai seorang muslim
moden, serta seorang pejuang yang berkomitmen penuh kepada saf dan
pimpinannya.
Melalui
pembicaraan yang diarahkan kepada individu, maka bangunan jamaah, masa
depan harakah dan konsep perjalanan gerakannya telah ditegakkan.
Barangsiapa
yang tidak memahami risalah ini, maka ia tidak akan mengenali dakwah
Ikhwanul Muslimin dan barangsiapa yang tidak berpegang teguh dengannya
maka ia bukanlah golongan Ikhwanul Muslimin, meskipun mengibarkan
panjinya dan mendakwakan diri dengannya.
Dengan memerhatikan risalah ini dari mukadimah hingga penutup, dapatlah difahami bahwa ‘Risalah Ta’alim’ bersifat praktial di mana ianya ditujukan secara khusus untuk golongan tertentu dari kalangan Ikhwanul Muslimin.
Gagasan
Imam Hasan Al Banna yang mengkhususkan pembicaraan untuk sekelompok
tertentu dari ikhwan tidak boleh dianggap sebagai sesuatu yang aneh
kerana cara seperti ini juga merupakan cara yang dilakukan oleh Al
Qur’an dan sebahagian dari sunnah Rasulullah saw.
Al
Qur’an telah berbicara secara khusus kepada Rasulullah saw, lalu kepada
orang-orang yang beriman, dan di saat lain dengan golongan lain pula.
Oleh
kerana itu, jika Imam Hasan Al Banna mengkhususkan pembicaraan kepada
orang tertentu di kalangan Ikhwan, perkara itu menunjukkan atas
kearifannya.
Imam
Hasan Al Banna sedar bahwa tidak semua orang muslim dewasa ini memiliki
kesediaan untuk mewujudkan komitmen atas keislamannya yang tertinggi.
Beliau sedar bahwa Islam memerlukan suatu kelompok tertentu. Untuk
tujuan itulah beliau membuat peringkat-peringkat keterikatannya kepada
dakwah.
Risalah
ini ditujukan kepada anggota ikhwan pada peringkat pejuang dengan
maksud agar dapat membangkitkan cita-cita umat Islam dan pada saat yang
sama dapat mengetahui syarat-syarat yang perlu dipenuhi dalam jihad.
Sungguh,
Islam tidak akan bangkit tanpa kelompok seperti ini. Kelompok seperti
ini tidak akan mampu melaksanakan syarat-syarat kebangkitan kecuali jika
ia memiliki komitmen penuh dengan risalah ini, yakni komitmen terhadap
rukun-rukun bai’ah dan menunaikan kewajiban-kewajibannya.
DAKWAH IKHWAN ADALAH UBAT
Dakwah
Ikhwanul Muslimin adalah merupakan ubat. Setiap individunya diberi
panduan khusus. Jika berlaku kecacatan pada panduan maka berlaku jugalah
kecacatan pada ubat sehingga ia boleh menjadi racun.
Oleh
itu, setiap al akh hendaklah menjaga ciri-ciri dakwah ini dengan
sempurna dengan tidak mengubah panduannya, kerana itu akan memberi
akibat yang buruk.
Dengan panduan ini, jamaah menjadi ubat yang mujarab bagi setiap penyakit yang menimpa orang-orang Islam.
Jika
panduan berbeza maka berbeza pula cara pengubatannya. Oleh itu
hendaklah kita menjaga panduan supaya ia menjadi ruh bagi umat ini.
Kita
hendaklah bijak berdakwah kepada Allah dan dakwah kita hendaklah
semata-mata untuk Allah bukan utuk diri kita. Kedapatan ramai di antara
pendakwah-pendakwah yang memulakan dakwah mengajak mansuia kepada Allah
kemudiannya bertukar dengan mengajak manusia kepada diri mereka sendiri.
Kita
hendaklah fahami betul-betul tentang jiwa manusia, pandai mendidiknya,
pandai membersihkannya dan pandai meningkatkannya. Ini tidak boleh
dilakukan kecuali kita memiliki kunci untuk membuka pintu hati manusia.
Kunci ini tidak boleh diperolehi tanpa ilmu dan amal di samping hikmah
dan petunjuk dari Allah Rabbul Alamin
Ya
Allah, jadikanlah kami penolong-penolong agamaMu yang berjanji setia
untuk mendengar dan taat samada dalam keadaan susah atau senang, samada
semasa suka atau terpaksa. Tetapkanlah kami di atas jalan dakwah ini
sehingga kami dipanggil pulang kepadaMu dalam keadaan ridha dan
meridhai.
http://tinta-perjalananku.blogspot.com/2012/04/menerobos-ke-ufuk-taalim.html
Tuesday, April 3, 2012
Risalah Mursyid: Wahai Penduduk Syam….Tetap Teguhlah Kerana Kemenangan Akan Menjelma
Segala puji bagi Allah, selawat dan salam kepada
Rasulullah, keluarganya dan orang yang mengikut mereka dengan baik sehingga
hari kiamat.
Sesungguhnya apa yang berlaku di bumi Syam – di Palestin yang suci dan Syria yang mulia
– memanggil umat manusia seluruhnya, menuntut umat Islam khususnya dan semua
orang yang merdeka di dunia ini, untuk menghulurkan tangan bagi membantu dan
menyokong mereka. Penderitaan yang mereka lalui mewajibkan semua orang untuk
memberikan bantuan kebendaan dan sokongan moral supaya dapat dipelihara nyawa
dan kehormatan dan diselamatkan harta benda, disamping untuk memastikan mereka menikmati
keamanan dan keselamatan di rumah sendiri, dan kekal merdeka di tanah air
mereka.
Sikap membisu dan berdiam diri
terhadap jenayah-jenayah keji yang berlaku, atau memberikan sokongan kepada
rejim-rejim zalim dan kuku besi yang melakukan penindasan untuk menyembelih
rakyat di Palestin dan Syria, atau pembunuhan beramai-ramai keatas segala yang
bernyawa di atas muka bumi adalah suatu jenayah perang. Ia mewajibkan pesalah
dihadapkan ke tribunal antarabangsa, sebagai penjenayah perang dan pelaku
penyembelihan beramai-ramai.
Wahai umat Islam di mana-mana … wahai dunia yang merdeka … wahai para
aktivis hak-hak kemanusiaan …
Kini sampailah masa untuk
menyelamatkan orang yang tertindas dan melepaskan orang yang dizalimi, mahupun
menyelamatkan orang yang dikepung di rumah dan tanah air mereka!! Kini sampailah masa untuk
menghentikan jenayah rejim zalim dan diktator, sebelum dunia terjerumus ke
dalam jurang dan terjebak di tengah-tengah perang yang akan menghancurkan!!
Wahai umat Islam … Adakah anda kini tidak memahami sejauh mana perikatan Zionis-US merancang dan melaksanakan
konspirasi terhadap anda untuk melakukan kemusnahan sejak dua dekad yang lalu? Di
belakangnya ialah kebanyakan kuasa dunia yang menyokong dan menolongnya. Hal
ini terbukti dengan jelas apabila terlukis peta bumi yang sentiasa berlegar dan
berputar dengan pelbagai kancah peperangan dalam dua dekad yang lalu: Palestin,
Bosnia dan Herzegovina, Kosovo, Chechnya, Somalia, Afghanistan, Pakistan, Iraq,
Sudan, Yaman, Lebanon, dan akhirnya di Syria kini. Bukankah ia menimbulkan syak
wasangka yang mendalam tentang tujuan di sebalik semua itu adalah untuk
menghentikan kebangkitan Islam di negeri-negeri Islam dari
mengambil tempatnya? Kebangkitan itu untuk membangkitkan umat mereka,
meninggikan panji mereka sehingga tersebar keadilan, meluasnya kasih sayang dan
mencapai kesamarataan agar semua orang dapat menikmati kebebasan, dan semua
orang Islam dan bangsa-bangsa lain merasai keselamatan untuk diri, harta
benda dan kehormatan mereka.
Allah Membela
Orang Beriman
Allah SWT berfirman (bermaksud):
“Sesungguhnya
Allah membela orang yang beriman; sesungguhnya Allah tidak suka kepada
tiap-tiap seorang yang khianat, lagi tidak bersyukur. Diizinkan
berperang bagi orang (Islam) yang diperangi (oleh golongan penceroboh), kerana
sesungguhnya mereka telah dianiaya; dan sesungguhnya Allah Amat Berkuasa untuk
menolong mereka (mencapai kemenangan).” (Al-Hajj: 38-39)
Allah telah berjanji untuk mempertahankan orang
beriman yang telah terkandas, yang telah lemah kedudukan mereka dan dikuasai
sewenang-wenangnya oleh pemerintah zalim dan kejam. Mereka dibunuh dan
ditindas, sehingga mendorong mereka meninggalkan tanah air dan negara asal
mereka, memecah belahkan kesatuan mereka sedangkan tiada sebarang pertolongan
dari kuasa dunia, bahkan dari jiran yang sebangsa dengan mereka sendiri dan
satu agama dengan mereka. Malahan mereka ini menyebelahi penindas dan penzalim
pula, membantunya melakukan kezaliman. Mungkin mereka ini lebih zalim dan lebih
kejam. Ketahuilah tentang laknat Allah ke atas orang yang zalim dan orang yang
membantu mereka yang melakukan kezaliman.
Rasulullah saw telah menyebut
bahawa kedudukan para mujahidin di Syria dan Palestin yang tidak mendapat
pembelaan dan pertolongan sewajarnya, semua ini sedikitpun tidak akan menggugat
dan melemahkan mereka. Dari Abu Hurairah ra,
Rasulullah saw telah bersabda (bermaksud):
“Akan sentiasa ada
segolongan dari umatku yang berperang dan berjuang di pintu Damsyik dan di
sekelilingnya, dan pintu Baitul Maqdis dan di sekitarnya; tidak dapat menggugat
mereka orang yang enggan menolong mereka. Mereka terus teguh di atas kebenaran
sehingga ke hari kiamat.” (Abu Ya’la dan Ibn ‘Asakir)
Dalam usaha untuk mencapai pertolongan
dan pembelaan Allah keatas para penolongNya mereka mestilah:
1 – Bersatu
padu dan tidak berpecah belah. Pertolongan hanya berlaku apabila berpegang
teguh dengan agama Allah:
“Berpegang teguhlah kamu sekalian kepada tali
Allah (agama Islam),
dan janganlah
kamu bercerai-berai.” (Al-Imran: 103)
2 – Taat kepada Allah dan Rasul-Nya, dan jangan
berselisih faham:
“Dan taatlah kamu kepada Allah dan RasulNya, dan janganlah
kamu berbantah-bantahan;
kalau tidak nescaya kamu menjadi lemah semangat dan hilang
kekuatan kamu,
dan sabarlah (menghadapi segala kesukaran dengan cekal
hati);
sesungguhnya Allah beserta orang yang sabar.” (Al-Anfal: 46)
3 – Terus menerus dalam kesabaran dan ketabahan, dan juga kuatkan
kesabaran mengatasi kesabaran musuh:
“Wahai orang yang beriman! Bersabarlah kamu
(menghadapi segala kesukaran dalam mengerjakan perkara-perkara yang
berkebajikan), dan kuatkanlah kesabaran kamu (lebih daripada kesabaran musuh,
di medan perjuangan), dan bersedialah (dengan kekuatan pertahanan di
daerah-daerah sempadan) serta bertaqwalah kamu kepada Allah supaya kamu berjaya
(mencapai kemenangan). (Ali-Imran: 200)
4 – Melakukan persiapan dan persediaan dengan segala kekuatan yang kita miliki
… Tentang kekuatan, Imam al-Banna rahimahullah telah berkata: “Kekuatan adalah lambang Islam
dalam setiap sistem dan undang-undangnya. Al-Quran al-karim
sendiri menyebut dengan jelas dan nyata:
“Dan sediakanlah untuk menentang mereka (musuh yang
menceroboh) segala jenis kekuatan yang dapat kamu sediakan.” (Al-Anfal:
60)
dan Nabi saw juga bersabda (bermaksud):
“Orang beriman yang kuat lebih baik daripada orang
beriman yang lemah.”
Malah kekuatan menjadi lambang Islam termasuk dalam doa, sekalipun doa
adalah lambang kekhusyukan dan ketenangan. Dengarlah doa Nabi saw untuk dirinya
sendiri dan diajarkan kepada para sahabatnya. Baginda bermunajat kepada
Tuhannya:
“Ya Allah, aku
memohon agar Engkau jauhi diriku daripada rasa murung dan sedih, aku memohon
agar Engkau jauhi diriku daripada rasa lemah dan malas, aku memohon Engkau
jauhi diriku daripada rasa takut dan kedekut, aku memohon agar Engkau jauhi
diriku daripada kongkongan hutang dan penindasan manusia.”
Bukankah kesemua doa ini bertujuan agar Allah
menjauhkan sifat-sifat lemah? Lemah kehendak kerana murung dan sedih. Lemah
bekerja kerana tidak berupaya dan malas. Lemah dengan wang kerana rasa takut
dan kedekut. Lemah harga diri kerana hutang dan penindasan orang lain. Apa lagi
yang kamu mahu daripada penganut agama ini selain mempunyai kekuatan dalam
segenap aspek; slogannya ialah kuat dalam segala hal! Ini bermakna setiap
anggota Ikhwan Muslimun mestilah kuat dan mereka juga perlu bekerja dengan kuat!
5 – Membuang perasaan takut dari hati … Iaitu dengan cara membaharui
keimanan kepada Tuhan dan menyempurnakan tawakal kepadaNya, bergantung
kepadaNya, dan yakin Allah sentiasa bersamanya dan kemenangan dariNya. Orang
yang diberikan pertolongan dan kemenangan tiada siapa pun yang mampu
mengalahkannya … Allah swt telah berfirman
(bermaksud):
“Dan Allah tidak
menjadikan (bantuan malaikat) itu melainkan sebagai berita gembira dan supaya
hati kamu tenang tenteram dengannya. Dan kemenangan itu pula hanyalah dari sisi
Allah. Sesungguhnya Allah Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana.” (Al-Anfal:
10)
Firman Allah lagi (bermaksud):
“Jika Allah
menolong kamu mencapai kemenangan maka tidak ada sesiapa pun yang akan dapat
mengalahkan kamu; dan jika Ia mengalahkan kamu, maka siapakah yang akan dapat
menolong kamu sesudah Allah (menetapkan yang demikian)? Dan (ingatlah), kepada
Allah jualah hendaknya orang yang beriman itu berserah diri.”
(Ali-Imran: 161)
Jika perasaan takut menjadi
naluri pada manusia, kita mesti mengatasinya. Para rasul juga terdapat perasaan
takut, apabila Tuhan menghantar Musa dan saudaranya kepada Firaun:
“Mereka
berdua berkata: “Wahai Tuhan kami! Sesungguhnya kami takut bahawa ia akan
segera menyiksa kami, atau ia akan melampau batas.” Allah
berfirman: “Janganlah kamu takut, sesungguh-nya Aku ada bersama-sama kamu; Aku
mendengar dan melihat segala-galanya.” (Taha: 45-46),
Dan pada ketika;
“berkatalah pengikut-pengikut Nabi Musa: “Sesungguhnya kita
akan dapat ditawan.” (As-Syu`ara’: 61)
Lalu nabi Musa berkata kepada mereka:
“Nabi Musa menjawab: “Tidak! Jangan fikir (akan
berlaku yang demikian)! Sesungguhnya aku sentiasa disertai oleh Tuhanku (dengan
pemuliharaan dan pertolonganNya), Ia akan menunjuk jalan kepadaku”. (As-Syu`ara’: 62)
Dan dengan membuang ketakutan
dari hati maka semua anggota umat akan mengikuti jejak perjuangan, bahkan
melahirkan pejuang-pejuang yang berani, serta melakukan gerakan untuk menikmati
ketinggian, kemuliaan dan
kebebasan.
6 – Membuang
perasaan putus asa dan menghidupkan cita-cita dan harapan … Orang Islam tidak mengenal putus asa
sebagai jalan ke dalam hati, dan putus harapan sebagai jalan ke dalam jiwanya;
Al-Quran al-karim mendidik mereka dengan;
“Dan janganlah kamu berputus asa dari rahmat serta pertolongan
Allah. Sesungguhnya tidak berputus asa dari rahmat dan pertolongan Allah itu
melainkan kaum yang kafir”. (Yusuf: 87)
Sekiranya sifat berputus asa
telah menimpa sesuatu bangsa dan kekecewaan telah menguasai seseorang, ia akan
menyebabkan mereka hanya berpeluk tubuh dan meninggalkan kerja, seterusnya
menjadikan mereka orang yang rugi.
Dalam pada itu, orang Islam hendaklah maju ke hadapan dan sentiasa memastikannya bercita-cita
tinggi kerana ia mematuhi sesuatu yang benar dalam kehidupan dan perjuangannya.
Janji Allah untuk memenangkan yang benar walaupun memerlukan jihad yang
panjang.
“Bahkan Kami sentiasa mengarahkan yang benar
menentang yang salah, lalu ia menghancurkannya, maka dengan serta-merta hilang
lenyaplah dia.” (Al-Anbiya’: 18)
Firman Allah swt lagi (bermaksud):
“Kemudian Kami menyiksa orang yang berlaku salah
(mengingkarinya); dan sememangnya adalah menjadi tanggungjawab Kami menolong
orang yang beriman.” (Ar-Rum: 47)
Antara sebab tuntutan harapan dan
cita-cita kepada penduduk Syam ialah kerana Allah melimpahkan rahmat-Nya kepada
mereka. Sabda Rasulullah saw kepada mereka:
“Berbahagialah
penduduk Syam.” Kami berkata: Wahai Rasulullah, apakah maksudnya?
Beliau berkata:
“Allah melimpahkan rahmat kepada mereka.”
Oleh
sebab itu, janganlah berputus asa wahai orang yang ‘merdeka’ di Palestin dan
Syria. Janganlah anda putus harapan dari memperolehi rahmat Allah dan
pertolonganNya, tidak kira bagaimana beratnya bentuk kezaliman dan penindasan
yang dilakukan dan bagaimana tinggipun pengorbanan dan tanggungjawab yang
diperlukan. Ini kerana kebebasan tidak akan diterima daripada manusia dan bukan
pula hasil dari berunding dengan pembunuh yang telah meminum darah. Sebaliknya,
kebebasan adalah hadiah yang terlepas daripada orang yang merampasnya dan dari orang
yang melantik diri mereka sebagai tuhan dengan menggunakan kekerasan. Jadi
bukanlah jalan untuk mencapai kebebasan dengan harga yang murah.
Segala yang berlaku di sekeliling kita mencerahkan
harapan walaupun ada sikap negatif daripada golongan pesimis. Imam al-Banna rahimahullah pernah berkata: “Pernah pada suatu ketika dahulu umat kita kaku dan diam membisu tetapi
kini ia mula bangkit dengan semangat yang membara. Jika tidak kerana belenggu
yang terlalu berat dan kepimpinan yang tidak berpusat, sudah tentu kesedaran
ini akan membawa kesan yang menakjubkan. Belenggu ini tidak akan kekal
selama-lamanya dan pasti berakhir. Dalam sekelip mata Allah boleh mengubah
banyak perkara. Orang yang kehairanan tidak akan selamanya dalam kehairanan,
setelah dia memperolehi petunjuk dan setelah keadaan huru-hara bertukar menjadi
stabil. Segala-galanya terserah kepada Allah. Anda sendiri pernah membaca awal
surah al-Qasas:
“Taa, Siin, Miim. Inilah ayat-ayat
Kitab – Al-Quran – yang memberi penjelasan. Kami bacakan kepadamu
(wahai Muhammad) sebahagian dari kisah Nabi Musa dan Firaun dengan keterangan
yang benar bagi orang yang beriman. Sesungguhnya Firaun telah
berlaku zalim di bumi (Mesir) dengan melampaui batas, serta ia menjadikan
penduduknya berpuak-puak. Ia menindas sepuak di antaranya dengan membunuh anak
lelaki mereka dan membiarkan hidup anak perempuan mereka. Sesungguhnya adalah
ia dari golongan yang membuat kerosakan. Dan Kami hendak berihsan
dengan memberikan pertolongan kepada kaum yang tertindas di negeri itu, dan
hendak menjadikan mereka pemimpin, serta hendak menjadikan mereka orang yang
mewarisi (apa yang dimiliki oleh Firaun dan kaumnya). Dan Kami
hendak memberi mereka kedudukan yang kukuh di negeri itu, serta hendak
memperlihatkan kepada Firaun dan Haman bersama-sama tentera mereka apa yang
mereka bimbangkan dari golongan yang bertindas itu.” (Al-Qasas: 1-6)
Apabila anda membaca ayat ini anda lihat bagaimana
keangkuhan golongan yang sesat. Mereka berbangga dengan kekuatan mereka. Mereka
begitu yakin dengan kehebatan mereka sehingga melupakan Allah yang sentiasa
memerhati mereka. Di saat mereka begitu gembira dengan kekuatan yang dimilki,
Allah yang Maha Berkuasa mengazab mereka. Kehendak Allah pasti membantu orang
yang dizalimi dan akan membantu orang yang menolong golongan yang lemah hingga
akhirnya golongan yang sesat akan hancur sama sekali. Ketika itu kebenaran akan
tertegak kukuh dan pendokongnya akan mencapai kemenangan. Ayat ini dan ayat
lain yang termaktub dalam Kitab Allah cukup untuk menolak segala alasan untuk
berputus asa oleh mana-mana bangsa Islam yang beriman dengan Allah, utusanNya
dan kitabNya. Bilakah umat Islam akan memahami hakikat yang dinyatakan oleh
kitab Allah ini?
Kewajipan kita
untuk menolong Palestin dan Syria
–
Berusaha
secara berterusan dan bekerja keras untuk mencapai perpaduan di kalangan semua
rakyat Palestin dan Syria; kerana kemenangan mereka bergantung apabila
berpegang teguh kepada Allah dan tidak berpecah-belah. Sebarang perpecahan dan
perselisihan mereka adalah tanda kegagalan dan kerugian; kerana perpaduan
adalah rahsia kekuatan mereka.
–
Bekerja untuk menyatukan bangsa Arab dan Islam, menyatukan pandangan
mereka dan menyusun barisan mereka kepada matlamat utama yang paling besar,
yang boleh disimpulkan dalam dua perkara:
·
Berdiri
teguh di hadapan pemerintah, penzalim dan pembunuh.
·
Menyumbangkan segala yang ada untuk memberikan bantuan material dan sokongan moral
kepada saudara-saudara kita di Palestin dan Syria.
–
Bekerja untuk menggembeling seluruh dunia; dalam usaha untuk menyelamatkan
rakyat tersebut daripada penindasan dan kekejaman tentera, yang dibantu oleh
Barat dan Timur; untuk menghalang senjata daripada sampai kepada regim ini,
menyatakan pandangan di dalam forum-forum antarabangsa, mengenakan sekatan dan
melemahkan kuasanya.
–
Segera dalam berdoa … Orang Islam, selain dari mengambil semua yang ada dari segi material, ia juga
hendaklah mengetuk pintu langit dan mengadapkan wajah kepada Allah dengan doa
orang yang ditindas dan ditekan supaya dibukakan kepadanya pintu langit.
“Atau siapakah yang memperkenankan doa orang yang menderita
apabila ia berdoa kepadaNya, dan yang menghapuskan kesusahan, serta menjadikan
kamu pengganti (umat-umat yang telah lalu) mendiami dan menguasai bumi? Adakah
sebarang tuhan yang lain bersama-sama Allah? Amat sedikit di antara kamu yang
mengingati (nikmat Allah itu).” (An-Naml:
62)
kerana Rasulullah saw telah
bersabda (bermaksud):
“Sesungguhnya doa dan bencana
adalah dua perkara yang berhimpun.”
Dengan
keengganan Arab menyokong dan menolong rakyat Palestin dan Syria mahupun dunia
bersekongkol atas keengganan mereka itu; maka semestinya bagi umat Islam tidak
berhenti dari berdoa kerana doa adalah senjata yang dimiliki oleh setiap umat
Islam. Ibnu Abbas ra
meriwayatkan bahawa Nabi saw telah mengutus Mu’adz ke Yaman dan baginda berkata
kepadanya:
"Takutlah kamu akan doa seorang yang dizalimi, kerana
doa tersebut tidak ada hijab (penghalang) di antara dia dengan Allah." (Bukhari
dan Muslim)
Sabda Rasulullah saw (bermaksud):
“Doa orang yang dianiaya itu akan diangkat oleh Allah ke
atas awan, dan dibuka untuknya pintu-pintu langit, kemudian Allah berfirman, "Demi
kemuliaan-Ku, sungguh Aku akan tolong engkau walaupun tidak sesegera.” (Tirmizi dan Ahmad)
Di antara doa Salahuddin al-Ayubi
iaitu: "Wahai Tuhanku, kekuatan manusia telah tidak berdaya untuk menolong
agamaMu, hanya yang tinggal ialah merasa tenang kepadaMu, berpegang teguh
dengan agamaMu, dan bergantung harap kepada keagunganMu. Cukuplah Engkau
sebaik-baik tempat berserah." Alangkah lembut dan halus doa ini yang lahir
daripada hati orang yang tertindas di Syria: Ya Allah, wahai Tuhan, tiadalah
bagi kami penolong selain Engkau, ya Allah …
Ya, tiada penolong untuk anda
selain Allah. Tiada bantuan untuk anda melainkan dari Allah. Tiadalah bagi anda
penjaga dan penolong selain Allah. Cukuplah Allah sebagai penjaga dan cukuplah
Allah sebagai penolong.
Mungkin situasi yang kita lihat
di rantau Arab ketika ini, sebagai jawapan daripada Allah kepada doa-doa orang
yang dizalimi dan ditindas telah diangkatkan kepada Allah tanpa hijab.
Sesungguhnya telah tiba saat kemenangan selepas kekejaman sampai ke kemuncaknya.
Rakyat telah menanggung beban kekejaman seberat gunung sehingga bilangan orang
Syria yang terkorban mencecah 10,858 orang syahid di hari ke 365 .
Jumlah yang terkorban di Palestin
dalam sedekad yang lalu menghampiri 8,000 orang syahid, termasuk 1,923
kanak-kanak dan 460 wanita.
Wahai warga Palestin, wahai warga
Syria … Tetap teguhlah, tetap teguhlah
kerana kemenangan akan menjelma.
Kemenangan akan muncul hari esok dengan pembukaan dan penaklukan dari Allah
serta kemenangan yang nyata. Kenapa tidak ..
Saudara-saudara anda di Mesir sehingga pada petang 11 Februari 2011, tiada
seorang pun terbayang bahawa mereka berjaya menjatuhkan regim Mubarak selepas
beberapa minit kemudian. Sebelumnya di Tunisia, presidennya secara tergesa-gesa
melarikan diri meninggalkan negara. Di Libya dan Yaman rejim jatuh setelah
beberapa ketika. Kini tiba giliran rejim-rejim yang lain di mana orang yang
ditindas dan disiksa berkata bilakah datangnya pertolongan Allah? Jawapan
daripada Tuhan: Ketahuilah bahawa saat pertolongan Allah kian hampir.
“Adakah patut kamu menyangka bahawa kamu akan masuk syurga,
padahal belum sampai kepada kamu (ujian dan cubaan) seperti yang telah berlaku
kepada orang yang terdahulu daripada kamu? Mereka telah ditimpa kepapaan
(kemusnahan harta benda) dan serangan penyakit, serta digoncangkan (oleh
ancaman bahaya musuh), sehingga berkatalah Rasul dan orang yang beriman yang berada
bersamanya: Bilakah (datangnya) pertolongan Allah?” Ketahuilah sesungguhnya
pertolongan Allah itu dekat (asalkan kamu bersabar dan berpegang teguh kepada agama
Allah).” (Al-Baqarah: 214).
Janji
Allah ialah memberikan ganjaran yang besar di akhirat dan juga kemenangan serta
penaklukan di dunia.
“Wahai orang yang beriman! Mahukah Aku tunjukkan sesuatu
perniagaan yang boleh menyelamat-kan kamu dari azab seksa yang tidak terperi
sakitnya? Iaitu, kamu beriman kepada Allah dan rasulNya, serta kamu berjuang
membela dan menegakkan agama Allah dengan harta benda dan diri kamu; yang
demikian itulah yang lebih baik bagi kamu, jika kamu hendak mengetahui (hakikat
yang sebenarnya). (Dengan itu) Allah akan mengampunkan dosa
kamu, dan memasukkan kamu ke dalam taman-taman yang mengalir di bawahnya sungai,
serta ditempatkan kamu di tempat tinggal yang baik dalam Syurga ‘Adn. Itulah
kemenangan yang besar. Dan ada lagi limpah kurnia yang kamu
sukai, iaitu pertolongan dari Allah dan kemenangan yang cepat (masa
berlakunya). Dan sampaikanlah berita yang mengembirakan itu kepada orang yang
beriman.” (As-Soff: 10-13)
Allah yang Maha Besar dan segala pujian hanya bagi Allah.
Selawat dan salam ke atas Nabi
Muhammad saw yang bersifat ummi, keluarganya dan para sahabatnya. Segala pujian
adalah untuk Allah Tuhan seluruh alam.
Subscribe to:
Posts (Atom)


