Monday, January 11, 2010

Kenyataan IM tentang pembinaan tembok besi antara Mesir dan Gaza

Menjadi tanggung jawab kita untuk membela mereka yang memerlukan

Jumaat, Januari 1, 2010

MB’s statement on the construction of the steel wall between Egypt and Gaza














Dengan Nama Allah, yang Maha Pemurah, yang Maha Mengasihani.

Kenyataan Ikhwan Muslimun tentang pembinaan tembok besi antara Mesir dan Semenanjung Gaza dan penghalangan konvoi ‘penyelamat nyawa’ memasuki Gaza.

Ikhwan Muslimun mengikuti dengan penuh keperihatinan tindakan pengepungan zalim dan berterusan ke atas Semenanjung Gaza setahun selepas pencerobohan biadap Israel menggunakan segala macam senjata yang terlarang dengan sokongan Amerika Syarikat dan NATO, sambil seluruh rejim dan kerajaan Arab diam membisu. Meskipun pelbagai resolusi berbeza dikeluarkan oleh Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu, Pertubuhan Persidangan Islam dan Liga Arab tentang pentingnya menamatkan kepungan terhadap Gaza, namun kepungan itu terus berlanjutan.

Malangnya, pengepungan itu dilanjutkan dengan kerjasama Mesir! Penderitaan rakyat Palestin bertambah lagi dengan adanya tembok besi yang direka bentuk dan dibangunkan oleh Israel dan Amerika, dan dibina di sempadan antara Mesir dan Semenanjung Gaza atas alasan palsu bahawa tembok itu adalah untuk keselamatan dan kedaulatan Mesir.

Kelangsungan keselamatan negara Mesir sebenarnya memerlukan penentangan kuat terhadap ancaman Israel, bekerja dan menyokong rakyat Palestin dalam langkah dan usaha mereka serta menghapuskan kepungan terhadap Gaza.

Pihak penguasa Mesir mencegah konvoi ‘penyelamat nyawa’ daripada memasuki Gaza atas alasan yang sangat lemah lagi provokatif.

Tanggung jawab nasional, kemanusiaan dan perundangan yang sah menuntut kita
berdiri teguh bersama-sama saudara-saudara kita yang dikepung dan yang memerlukan. Ini kerana perjuangan rakyat Palestin adalah perjuangan semua orang Arab dan orang Islam, dan Baitulmuqaddis adalah salah satu tempat paling suci bagi kita manakala sejuta setengah penduduk Gaza itu adalah saudara-saudara kita. Mereka adalah manusia dan sudah tentunya dilarang untuk mengepung, membahaya, mengkebulurkan dan mencekik mereka, khususnya selepas pemusnahan meluas di Semenanjung Gaza akibat pencerobohan yang tidak berperi kemanusiaan yang dilancarkan oleh Israel tahun lepas. Serangan itu meninggalkan mereka tanpa tempat berteduh, mahupun makanan, ubat-ubatan atau rawatan perubatan.

Presiden Republik Mesir sebelum ini turut menyatakan bahawa beliau tidak akan membenarkan rakyat Palestin kebuluran dan ramai Ulamak Islam telah melarang pembinaan tembok "pembunuh" ini.

Sudah sampai masanya untuk kita menolak semua arahan AS dan Israel, untuk memenuhi kewajipan kita, untuk takut kepada Allah dan untuk bekerja dengan tulus ikhlas bagi menyelamatkan perjuangan kita dan nyawa orang-orang kita di Gaza.

Dengan itu, kami menuntut perkara-perkara berikut:
Memberhentikan pembinaan tembok pembunuh supaya kita tidak menjadi rakan kongsi dalam jenayah pembunuhan.
Membenarkan konvoi bantuan kemanusiaan memasuki Gaza serta merta.
Membuka pintu laluan Rafah secara berterusan sebagai laluan pemeriksaan sempadan biasa. Langkah ini juga akan menamatkan masalah penyeludupan dan sebagainya.

"Wahai orang-orang yang beriman! Janganlah kamu melanggar syiar-syiar kesucian Allah, jangan melampaui kehormatan bulan-bulan haram, maupun haiwan-haiwan korban, maupun al-qalaaid, dan jangan pula mengganggu orang-orang yang mengunjungi baitul haram, mereka mencari kurniaan dan keredhaan tuhan mereka. Tetapi apabila kamu telah menyelesaikan ihram, maka bolehlah kamu berburu. Dan janganlah sampai kebencian kamu terhadap satu kaum kerana mereka menghalang-halangmu dari masjidil haram, mendorongmu berbuat melampaui batas. Dan tolong menolonglah kamu dalam kebenaran dan ketakwaan, tetapi jangan kamu tolong menolong dalam dosa dan permusuhan. Bertakwalah kepada Allah. Sesungguhnya Allah sangat keras siksaan-Nya." (Al-Maidah: 2)

Ikhwan Muslimun.

Kaherah: 9 Muharram, 1431 Hijrah.
26 Disember 2009.

Artikel asal:http://www.ikhwanweb.com/article.php?id=22396
 

My Blog List

FIKRAH & DAKWAH Copyright © 2009 Blogger Template Designed by Bie Blogger Template