Isnin, 28 Disember 2009
Oleh Mohammed Abdul-Raouf Asharq Al-Awsat
Dr. Mohamed Habib, Timbalan Mursyid Ikhwan Muslimin (IM), menafikan beliau berniat untuk meninggalkan atau berpisah darti pergerakan IM kerana tidak terpilih menduduki Maktab Irsyad IM. Jelas beliau "Gerakan (IM) hidup dalam seluruh jiwa dan raga saya. Saya sentiasa memikirkan tentang IM walaupun ketika tidur. Oleh itu bagaimana saya boleh berpisah dengan IM?" Dalam kenyataan pertamanya setelah pilihanraya Maktab Irsyad kepada Asharq Al-Awsat, Habib berkata, "Saya masih lagi Timbalan Pertama kepada Mursyid ul-'Am (MA) dan masih seorang anggota dalam Maktab Irsyad Antarabangsa, Majlis Syura Antarabangsa IM, disamping mengganggotai Majlis Syura IM Mesir."
Jelas Dr Habib kepada Asharq Al-Aswat, "Sebelum saya bersama IM ketika zaman muda dahulu, saya tidak mempunyai apa-apa; tiada sebarang risalah mahupun peranan dalam hidup ini. Setelah menyertai IM saya terus berubah. Saya mempunyai peranan dalam Islam dan Masyarakat. Hubungan saya dengan IM kerana ini hubungan kasih sayang dan cinta."
Dr Habib menegaskan bahawa segala apa yang telah diperkatakan bersabit dengan beliau meninggalkan IM adalah tidak benar. Katanya lagi, "Bagi saya IM adalah hidup saya, harapan saya, impian saya ....inilah dunia, dan inilah juga akhirat, oleh itu bagaimana saya boleh meninggalkan IM?"
Dr Habib mengakui bahawa wujud beberapa perbezaan pendapat di antaranya dan beberapa tokoh IM berkaitan dengan pemilihan. Katanya, "Memang ada lagi butiran yang belum didedahkan dan akan diumumkan apabila sampai masanya nanti. Tidak semua yang mengetahuinya telah bersuara."
Habib juga berkata,"Saya berharap ada peluang dan masa yang lebih panjang sebelum pemilihan Maktab Irshad dibuat. Lagipun mandat Majlis Syura akan tamat Jun hadapan. Pada pandangan saya pemilihan patut ditangguh hingga ketika itu. Dengan penuh kasih sayang dan rasa hormat kepada semua sahabat-sahabat, saya yakin adalah lebih baik menunggu, kerana tidak ada perlunya untuk tergesa-gesa.
Walauapapun Habib telah menambah,"Saya memohon supaya ALLAH menolong sahabat-sahabat kita terus maju untuk mengelakkan mereka melangkah ke belakang. Kini mereka berhadapan dengan cabaran-cabaran yang berat. Saya memohon agar perhatian mereka tidak diganggu oleh saya dan pendirian saya. Mereka mestilah mengutamakan kebajikan Gerakan (IM)."
Habib menyatakan bahawa IM adalah milik kesemua anggotanya, dari Mursyid 'Am hinggalah ke anggota yang paling bawah sekali. Gerakan (IM) ini adalah milik keseluruhan Ummat Islam.
Keputusan pemilihan untuk jawatan Mursyid 'Am IM, dijangka akan dapat diketahui tidak berapa lama lagi. Ada desas-desus yang mengatakan Habib mungkin tepilih untuk jawatan tertinggi ini sebagai ganti kerana tidak diplih menduduki Maktab Irsyad. Habib berkata, "semua ini adalah dalam bidangkuasa Majlis Syura. Saya cuma mengharapkan agar Majlis Syra akan mengambil masa secukup-cukupnya (sebelum membuat keputusan) apapun keputusannya. Kami berdo'a kepada ALLAH untuk membimbing mereka dalam pemilihan calon yang paling sesuai untuk memikul tanggung-jawab ini dalam suasana yang amat mencabar yang sedang dihadapi kini.
Keputusan pemilihan 16 anggota Maktab Irsyad IM, telah diketahui pada Isnin yang lalu. Terdapat beberapa kejutan. Ini termasuk terkeluarnya Dr Mohamed Habib, Timbalan Mursyid, dan tokoh-tokoh lain seperti Dr Abdul Moneim Abd Futuh, Abdullah Khateeb, dan Sabri Arafa sementara Dr Assam al-Arian telah terpilih untuk menganggotai barisan Maktab Irsyad baru ini.
Terkeluarnya Dr Mohamed Habib adalah sesuatu yang memeranjatkan, terutama ketika mana beliau adalah Timbalan Mursyid IM sekarang ini. Beliau juga adalah calon terlayak bagi jawatan Mursyid 'Am setelah Mahdi Akef mengisytiharkan untuk tidak bertanding apabila mandatnya selesai bulan Januari nanti.