Friday, January 1, 2010

Pegawai Tentera Perancis Menyelia Pembinaan Tembok Bawah Tanah di Mesir

Artikel Asal: http://www.ikhwanweb.com/article.php?id=22244&ref=search.php

Pegawai Tentera Perancis Menyelia Pembinaan Tembok Bawah Tanah di Mesir
Pekerja-pekerja Mesir membina dinding besi bawah tanah di sempadan Mesir-Gaza

French Military officials supervise construction of underground wall in Egypt.



Pegawai-pegawai Perancis dan Amerika sedang memantau pembinaan tembok kepingan-kepingan logam sedalam 60 kaki di sepanjang sempadan Mesir yang lakukan oleh pekerja-pekerja rakyat Mesir. Pembinaan tembok di sempadan Rafah ini merupakan usaha untuk menyekat terowong yang merupakan laluan utama untuk membawa senjata ke wilayah Palestin, melewati pengawal sempadan.

Projek sempadan ini merupakan salah satu tindakan yang dilakukan oleh Mesir, dengan kerjasama Amerika Syarikat, untuk menghalang penyeludupan sejak tamatnya peperangan Israel dengan Hamas pada musim sejuk lepas. Terowong-terowong ini merupakan sasaran utama serangan Israel.

Penduduk-penduduk di sepanjang sempadan menyaksikan pekerja-pekerja pembinaan Mesir membersihkan tanah dan menggali lubang-lubang dalam. Pekerja-pekerja itu mengisi lubang-lubang itu dengan pasir. Mesin-mesin gerudi dapat dilihat menjalankan operasi di sempadan sebelah Mesir.

Mesir mengambil sikap berhati-hati dalam bekerjasama untuk menutup terowong yang digunakan untuk membawa segala keperluan baik makanan, ubat-ubatan mahupun bahan binaan. Tanpa terowong ini, ekonomi Gaza yang tergugat kerana berhadapan dengan sekatan sejak Hamas menguasai semenanjung Gaza pada tahun 2007, mungkin runtuh.

Pegawai-pegawai Mesir dan Israel menjelaskan projek di sepanjang sempadan dilaksanakan dengan kerjasama Amerika Syarikat. Pegawai-pegawai Amerika dan Perancis pula menegaskan jika binaan tembok bawah tanah ini berjaya, ia akan dijadikan model untuk diperluaskan ke kawasan perang lain bagi menghalang pengganas.
 

My Blog List

FIKRAH & DAKWAH Copyright © 2009 Blogger Template Designed by Bie Blogger Template