Mahasiswa IM telah melancarkan kempen "YA" di Universiti Iskandariah bagi mengalakkan rakyat menyertai pungutan suara pindaan Perlembagaan yang akan diadakan pada Sabtu 19 Mac.
Laman sesawang Ikhwanweb hari ini melaporkan mahasiswa berkenaan telah menganjurkan beberapa seminar bersama pensyarah dan mahasiswa di pelbagai Fakulti bagi menerangkan pungutan suara serta menggalakkan mereka menyertai dan mengundi "YA" bagi menyokong cadangan pindaan perlembagaan.
Sementara itu, Ikhwanweb hari ini juga melaporkan IM telah mengeluarkan kenyataan mencadangkan satu inisiatif sebagai menggabungkan idea-idea yang dipersetujui oleh semua kumpulan pembangkang.
Inisiatif tersebut menggariskan bidang-bidang yang memerlukan reformasi besar bagi membolehkan negara Mesir mencapai perubahan secara aman dengan jayanya. Kebebasan politik dan pertanggung-jawaban termasuk di dalam cadangan-cadangan penting yang dikemukakan.