Dalam wawancara pertama dengan akhbar perdana Al-Ahram yang dikendalikan negara, Pengerusi IM Dr Mohammed Badie telah menegaskan bahawa Ikhwan komited untuk melaksanakan prinsip syura dalam semua bidang kehidupan.
Junta tentera meyakinkan beliau melalui dua perkara penting berkaitan penglibatan tentera dalam era peralihan di Mesir sekarang: pertama, mereka tidak akan terus berkuasa selepas tempoh enam bulan, dan kedua, tercapainya hasrat rakyat Mesir untuk menghapuskan peraturan kediktatoran dan berjaya mengubahnya menjadi pemeritahan sendiri oleh rakyat.
Ketika tentera bertindak perlahan dan berhati-hati terhadap perkhidmatan keselamatan negara, mereka mungkin telah dimaafkan. Badie berkata IM bimbang, sambil bertanya:
Adakah anda fikir tentera akan mengulangi tindakan mereka untuk terus kekal berkuasa seperti yang berlaku selepas revolusi 1952? Beberapa kuasa politik mendesak tentera supaya bersetuju untuk terus memegang kuasa dan memerintah Mesir selama dua atau tiga tahun. Mereka bertanya mengapa perlu terburu-buru? Mereka mendesak begitu meskipun pimpinan tentera menjelaskan yang mereka tidak berhasrat berbuat begitu kerana tugas utama mereka ialah untuk melindungi sempadan. Pun begitu, saya yakin bahawa tentera akan kembali ke berek mereka.
Al-Ahram: Penyertaan Ikhwan dalam membuat keputusan tentang masa depan Mesir telah menimbulkan keprihatinan banyak pihak, mengapa?
Badie: Kebimbangan ini ada sebabnya. Saya telah memanggil kuasa-kuasa politik untuk menghadiri satu pertemuan semalam, dan ia dihadiri oleh 50 orang yang mewakili hampir semua spektrum politik, termasuk yang mewakili puak Koptik. Pertemuan itu juga di bawah pemerhatian Dewan Tertinggi Angkatan Tentera. Tujuannya ialah supaya semua orang sedar bahawa kita semua adalah satu seperti sewaktu kami berada di Medan Tahrir di Kaherah. Ia juga bertujuan untuk mencabar usaha-usaha yang ingin menggagalkan kejayaan yang telah dicapai oleh revolusi dan untuk mengesahkan kebebasan beragama dan beribadah.
Al-Ahram: Apakah ini, seterusnya, akan menghapuskan kebimbangan rakyat?
Badie: Kami akan menghormati keputusan referendum dan mereka yang mengundi ‘tidak’, tetapi kami akan mengundi "ya". Kami juga ingin meyakinkan semua bahawa IM tidak akan bertanding semua kerusi parlimen dalam pilihan raya akan datang dan tidak akan mencalonkan sesiapa pun untuk jawatan presiden.
Al-Ahram: Adakah anda berfikir bahawa anda boleh mendapatkan majoriti?
Badie: Ya, kami mampu melakukannya memandangkan kami memenangi seperlima kerusi dalam pemilihan 2005. Pada waktu itu IM berkata: Kami tidak mahukan majoriti di parlimen akan datang, dan ini merupakan mesej kepada semua parti politik walaupun kami mempunyai kemampuan untuk bersaing dalam 448 kerusi. Jika kami dapat melakukan hal ini dalam keadaan yang menekan, tidaklah sukar bagi kami untuk melakukannya sekarang.
Al-Ahram: Jika anda benar-benar memiliki majoriti apakah bijak untuk membuat konsesi yang tak sepatutnya?
Badie: Kami tidak mencarinya kerana ancaman pengambilalihan Ikhwan Muslimun masih digunakan sebagai helah bagi kuasa asing untuk terus mencampuri urusan dalaman Mesir.
Al-Ahram: Adakah penggunaan IM sebagai alasan terhad di dalam atau di luar negera?
Badie: Setiap orang memantau Ikhwan dengan teliti, samada di dalam ataupun di luar negera. Dalam negara, ada yang menyatakan bahawa jika IM memperoleh majoriti kami akan mengenepikan parti-parti pembangkang lain sementara saluran-saluran berita AS dan Israel, dari berbagai spektrum politik, terus mempropoganda ketakutan ini yang pada asalnya dicipta oleh Mubarak bertujuan untuk mempertahankan cengkamannya ke atas kuasa. Oleh itu, kami mengisytiharkan kami bukan mahu mendominasi, tetapi kami hanya ingin menyertai.
Al-Ahram: Apakah tuduhan bahawa anda akan mempunyai majoriti penuh sebenarnya bermaksud pengecualian kekuatan politik lain seperti Salafi dan Sufi?
Badie: Ikhwan selalu menekankan bahawa mereka tidak mencari majoriti dan mereka sebenarnya mengharapkan penyertaan pihak lain dalam rangka untuk memastikan reformasi yang tulen. Penyebaran khabar palsu tentang Ikhwan adalah strategi politik yang tidak sah dan tidak berasas. Pilihan raya kesatuan sekerja jelas membuktikannya.
Al-Ahram: Jika anda belum atau tidak akan menamakan calon presiden, siapakah pada pandangan anda calon yang paling layak untuk mengambil alih presiden?
Badie: Mesir penuh dengan bakat. Buat masa ini ahli-ahli politik sedang berusaha untuk meletakkan batu asas kepada suatu sistem politik baru yang akan menjadikan presiden sebagai hamba rakyat sambil menyediakan peraturan yang boleh membantu untuk mencegah kemunculan pemerintah diktator yang baru. Dia harus dipertanggungjawabkan oleh orang-orang yang memiliki hak untuk memilih wakil mereka, memandangkan presiden dipilih dari kalangan rakyat dan harus komited kepada kebebasan dan keadilan, melindungi hak-hak mereka dan peduli kepada semua warga negara tanpa diskriminasi atas dasar ras, warna kulit, jantina, bahasa, atau agama.
Al-Ahram: Adakah anda lebih suka supaya diadakan pemilihan presiden dahulu, sebelum pemilihan parlimen?
Badie: Mengadakan pemilihan dewan negara dan dewan rakyat sebelum pemilihan presiden akan menjamin bahawa presiden baru tidak akan mempunyai kuasa yang tidak terhad dan rakyat harus diyakinkan dengan mekanisme baru yang diambil oleh tentera. Oleh kerana itu kami setuju dengan pemilihan parlimen dahulu.
Al-Ahram: Saya melihat seolah-olah anda bersetuju dengan tentera dalam segala hal. Adakah anda merasa yakin dengan tentera dan anda tidak takut yang mereka akan merebut kuasa seperti pegawai-pegawai Revolusi Julai?
Badie: Tentang Revolusi Julai, pada waktu itu tidak ada pengalaman sebelumnya dan situasi adalah berbeza dengan orang ramai turun ke jalan untuk menyokong pegawai-pegawai tersebut. Pada awalnya tentera menjanjikan reformasi dan perubahan yang sebenar. Selepas itu junta tentera mengingkari janji dan menyeksa rakyat yang tak berdosa terutama sekali ahli IM. Bukti sekarang memperlihatkan bahawa junta merupakan satu kumpulan, bukan individu, seperti Abdel Nasser, yang memerintah seperti seorang diktator sambil menghina Mohammed Naguib.
Al-Ahram: Bagaimana dengan pemilihan tempatan?
Badie: Pemilihan tempatan adalah paling berbahaya dan harus diselesaikan, kerana ia merupakan asas untuk menyalurkan perkhidmatan kepada orang ramai dengan cara yang lebih mudah dan ahli-ahli parlimen mendedikasikan diri kepada undang-undang. Kami menyeru rakyat untuk membubarnya, tetapi bukan sekarang.
Al-Ahram: Bagaimana dengan parti Kebebasan dan Keadilan, adakah anda akan memimpinnya sebagai pengerusi IM?
Badie: Parti Kebebasan dan Keadilan akan menjadi badan bebas dan keanggotaannya akan dibuka kepada semua rakyat Mesir yang menerima syarat-syarat dan programnya selepas ia ditubuhkan.
Al-Ahram: Adakah anda akan mempengerusikannya atau tanggung jawab itu akan ditugaskan kepada ahli lain dari Maktab Irsyad?
Badie: "Kebebasan dan Keadilan” akan benar-benar bebas, tidak terikat kepada Maktab Irsyad IM. Ia akan tunduk kepada undang-undang yang mengawasi pendaftaran parti-parti pembangkang.
Al-Ahram: Apakah parti itu akan serupa dengan Dewan Kemanfaatan Iran?
Badie: Soalan ini tidak mempunyai tempat di sini.
Al-Ahram Adakah keahlian parti terbuka bagi kaum Koptik?
Badie: Parti keahlian akan terbuka untuk semua dan mereka akan diterima dengan baik seperti Dr Rafik Habib yang mengumumkan kesediaannya untuk menyertai parti itu sewaktu kami berbicara berdua tentang urusan Mesir pada Selasa lepas.
Al-Ahram: Adakah ini bermakna anda bersetuju dengan tuntutan kaum Koptik; terutama sekali kebenaran untuk membina gereja?
Badie: Isu ini diprovokasi oleh rejim Mubarak untuk menabur benih perselisihan di kalangan rakyat sedangkan Pope sendiri menganjurkan supaya dilaksanakan undang-undang Islam dalam bab perceraian. Kristian mempunyai hak yang sama seperti Muslim dan undang-undang perlu disusun untuk membolehkan tempat ibadah dibina untuk semua.