Tuesday, October 11, 2011

Akef: Kebangkitan semula Mesir ialah matlamat IM dan FJP




Mahdi Akef, mantan Mursyidul Am menyeru pentadbiran tentera (SCAF) untuk segera menyerahkan kuasa dan menamatkan tempoh peralihan supaya kehidupan boleh kembali biasa secepat mungkin.

Ketika berucap di sebuah persidangan di Beheira (90 km dari Kaherah), Akeh berkata, “ Rakyat Mesir menyedari apa yang berlaku. Mereka yang mencipta kebebasan ini dan mereka yang memilikinya. Jadi mereka pasti tidak akan menyerahkannya dengan mudah. Kami sangat yakin bahawa tiada siapa boleh memusnahkan prinsip-prinsip revolusi.”

Beliau menegaskan Mesir perlu bekerja keras bagi memulihkan dan menjana ekonomi, keselamatan, pendidikan dan industry pelancongan.

Menurut Akef, revolusi ini tidak terhad kepada mana-mana kumpulan. Sebaliknya ia diserti oleh semua rakyat dari pelbagai golongan. Medan tahrir adalah bukti kukuh tentang kehebatan rakyat dan ketinggian akhlak mereka.

Beliau juga menjelaskan bahawa IM tidak mengemukakan calon Presiden bukan kerana tiada yang layak, tetapi demi kepentingan Negara Mesir. Menurutnya matlamat utama parti Kebebasan dan Keadilan (FJP) ialah bekerja untuk pembangunan keseluruhan Mesir.

http://www.ikhwanweb.com/iweb/index.php?option=com_content&view=article&id=32476:akef-egypts-revival-is-goal-of-muslim-brotherhood-and-freedom-and-justice-&catid=10393:mb-news&Itemid=685

 

My Blog List

FIKRAH & DAKWAH Copyright © 2009 Blogger Template Designed by Bie Blogger Template