Risalah dari Prof. Dr. Muhammad Badi’, Mursyid Am Ikhwan Muslimin, 08-09-2011
Segala puji bagi Allah, selawat dan salam ke atas Rasulullah saw dan orang-orang yang mengikutinya.. selanjutnya.
Setiap bangsa pasti menginginkan kebebasan
Pelbagai revolusi yang suci telah tercetus di kalangan bangsa Arab adalah untuk mengembalikan harga diri yang dirampas, kehormatan yang dipijak-pijak dan kebebasan yang dirampas dari tangan para diktator melalui kekuasaan mereka dengan melakukan pemalsuan dan penipuan, dan memimpin negara dengan penindasan dan kezaliman.
Pelbagai revolusi ini telah menjadi catatan sejarah baru bagi bangsa Arab, dan tertulis dalam lembaran yang akan menjadi sejarah bagi seluruh umat secara keseluruhan, melalui apa yang kita lihat dan kita saksikan, dan melalui adanya faktor-faktor kejayaan dan kemenangan rabbani dari Allah SWT, selaku pembuat kemenangan yang hakiki, untuk melindungi umat supaya menuju kepada satu tujuan. Pada masa yang sama tidak mengalihkan perhatian mereka terhadap musuh yang sentiasa mengintai mereka. Mereka memberikan pengorbanan yang sangat besar kepada kejayaan revolusi dan isu-isu bangsa, dari kemerdekaan dan tiada lagi kebergantungan yang menjadikan mereka dalam satu kesatuan yang erat untuk membebaskan tanah air Islam, terutama Palestin, yang mendukung keamanan Arab dan mewujudkan perlindungan tempat-tempat suci.
Setelah itu Allah mengurniakan kepada rakyat Mesir dan Tunisia, dan akhirnya Allah mengurniakan kepada rakyat Libya kemenangan ke atas pemerintah mereka, kebebasan serta memiliki kemahuan. Oleh kerana itu, kami menyeru kepada seluruh bangsa dan pemerintahan Arab dan Islam untuk mendukung gerakan umat yang merindukan kebebasan di Yaman dan Syria. Kami berharap bahawa pemerintah negara ini memiliki sikap patriotisme dan kemanusiaan yang mendorong mereka untuk mendahulukan kepentingan rakyat dan bangsa daripada kepentingan lainnya, kerana rakyat dan bangsa pasti akan kekal sementara mereka pasti akan binasa dan hancur. Begitu juga, mereka hendaklah mengetahui bahawa Allah pasti akan meminta pertanggungjawaban atas kepimpinan mereka dalam hal pengurusan sumber negara dan hak-hak manusia, dan supaya mereka memilih apakah mereka termasuk orang yang didoakan oleh Nabi kepada kebaikan atau keburukan.. sebagaimana sabda Nabi saw (bermaksud):
“Ya Allah, bagi mereka, yang menjadi pemimpin atas urusan kaum muslimin lalu bersikap lemah lembut, maka berikanlah kelembutan kepadanya dan barangsiapa memecah belah, maka hancrkanlah” (Muslim)
Kami mengingatkan bahawa rakyat yang keluar untuk menuntut hak-hak asasi mereka seperti keadilan dan kebebasan tidak mungkin kembali secara berperingkat-peringkat selagi mana tidak mencapai tujuan yang kerananya mereka keluar, dan juga kerana darah yang tidak berdosa mengalir melalui tindakan melampaui batas yang dilakukan oleh rejim yang zalim; sehingga bertambah marak api revolusi dan bertambah kuat tuntutan para pemberontak, sekalipun begitu lama pemerintahannya namun tiba masa pasti akan berakhir. Allah berfirman (bermaksud):
“Dan janganlah sekali-kali kamu (Muhammad) mengira, bahwa Allah lalai dari apa yang diperbuat oleh orang-orang yang zalim”. (Ibrahim:42)
Sesungguhnya melalui pelbagai revolusi Arab setelah seluruh bangsa mendapatkan kepuasan dan keyakinan terhadap Islam dan Syariah, kini telah terdedah bahawa AS sedang cemas dan ketakutan, dan seluruh sekutu-sekutu Amerika di rantau tersebut turut merasa terancam. Jelaslah bahwa salah satu “pencapaian” terbesar AS di rantau ini adalah meneutralkan, meminggirkan peranan Mesir dan melemahkannya, Arab hanya menyaksikan peristiwa holocaust Israel terhadap rakyat Palestin di Gaza, melihat adanya penyelarasan antara Mesir-Israel, penutupan sempadan, menghancurkan terowong dan kemudian membangunkan tembok. Rakyat telah menyedari adanya fasal-fasal sulit di dalam Perjanjian Camp David sehingga mendorong para penganalis memberikan komentar:
Timur Tengah Raya tampaknya sedang menggubah diri dengan mekanisme baru iaitu revolusi rakyat.
Menggubah harapan masa depan
Pertama – Pembersihan yang berterusan:
Kesempurnaan proses pembersihan telah menjadi tuntutan rakyat dan keperluan pihak revolusioner, dan pembersihan dari mereka sedang berusaha untuk kembalikan pada kehidupan politik yang kejam sedangkan mereka mengalami kebingungan. Mereka tidak akan Berjaya mengembalikan kepada apa yang mereka inginkan, kerana revolusi yang mulia ini masih tetap memberikan buahnya, dan memberikan bukti praktikal akan kekuatan rakyat, identitinya dan peradabannya, dan menikmati berbagai unsur kekuatan, kesihatan dan keselamatan, dan sentiasa memberikan perhatian dalam mengejar prioriti dan sisa-sisa kerusakan yang telah mengekang rakyat kepada kemajuan selama puluhan tahun, dan melakukan penghancuran identitas Arab yang kokoh untuk kepentingan musuh-musuh hanya untuk meraih manfaat peribadi dan kepentingan individu.
Kedua – Kesatuan saff adalah suatu keperluan:
Kesatuan barisan adalah suatu keperluan bagi umat Islam. Di dalam syariat secara tegas telah menyebutkan akan pentingnya kesatuan tersebut dan bagaimana Islam memeliharanya. Allah berfirman:
“Hai orang-orang yang beriman, bertakwalah kepada Allah sebenar-benar takwa kepada-Nya; dan janganlah sekali-kali kamu mati melainkan dalam Keadaan beragama Islam. Dan berpeganglah kamu semuanya kepada tali (agama) Allah, dan janganlah kamu bercerai berai, dan ingatlah akan nikmat Allah kepadamu ketika kamu dahulu (masa Jahiliyah) bermusuh-musuhan, Maka Allah mempersatukan hatimu, lalu menjadilah kamu kerana nikmat Allah, orang-orang yang bersaudara; dan kamu telah berada di tepi jurang neraka, lalu Allah menyelamatkan kamu dari padanya. Demikianlah Allah menerangkan ayat-ayat-Nya kepadamu, agar kamu mendapat petunjuk”. (Ali Imran:102-103)
Hari ini, kita juga sangat memerlukan kesatuan saff, kerana perpecahan dan perselisihan akan melahirkan kelemahan dan mensia-siakan usaha, mencerai-beraikan potensi, terutama ketika bangsa kita sedang menghadapi berbagai konspirasi dan tipudaya para perosak. Oleh kerana itu, apakah kita ingin memberi khidmat kepada mereka dengan perpecahan kita dan seterusnya mengabaikan umat kita? Justeru adalah suatu kewajiban kepada setiap gerakan revolusi Arab mempunyai kesedaran tentang bahaya perpecahan, menyedari pentingnya kesatuan dan perpaduan, bekerja untuk mengukuhkannya dengan sikap dan perbuatan, bukan sekadar kata-kata meskipun berbeza pandangan namun tidak memecah belah hati, meskipun ada banyak cara dan wasilah namun tidak berbilang-bilang tujuan. Oleh itu, dialog secara berterusan tentunya akan mendekatkan yang jauh, dan membaiki yang pecah sekiranya ada. Inilah sunnatullah di dalam kehidupan.
Para revolusioner di negeri kita hendaklah menjauhkan diri dari mengkhianati satu sama lain atau setiap kumpulan cuba untuk mengambil dari kumpulan lain atau mengambil keuntungan darinya. Marilah kita bersatu terhadap kepelbagaian yang ada, dan bekerja sama terhadap hal-hal yang kita sepakati dan bertolak ansur terhadap perbezaan yang terjadi antara kita. Apatah lagi perkara yang kita sepakati begitu besar bahkan sangat besar sementara perkara yang kita perselisihan sangat sedikit sekali. Oleh itu, janganlah kita jadikan yang sedikit menutupi yang banyak atau memberikan pengaruh besar atasnya.
Ketiga – Bekerja dan Membina:
Di samping pembersihan yang berterusan dan kesatuan saff yang kukuh, juga meneruskan kekuatan dan semangat para revolusioner, dengan syarat bertanggung jawab, tidak mengganggu kegiatan perekonomian, sehingga mereka tidak berpeluang untuk merosakkan tujuan revolusi. Di antara keutamaan kebangkitan saat ini ialah kita memerlukan pilihanraya umum yang sebenar, terbuka, jujur dan adil, di mana rakyat boleh memilih calon pilihannya supaya kita mempunyai orang yang memantau atas nama rakyat terhadap berbagai hal yang berlaku di dalam negera mereka. Oleh itu ia mempunyai kuasa untuk memantau tugas yang dibebankan kepada mereka jika mereka mengkhianati amanah yang ditugaskan kepadanya.
Kita juga memerlukan perlembagaan baru sesegera mungkin sesuai dengan keinginan rakyat setelah diadakannya pilihanraya legislatif yang menghasilkan parlimen yang bebas, untuk memulakan peringkat pembinaan, rekonstruksi dan reformasi ke atas kerosakan yang dilakukan oleh rejim diktator selama ini. Juga untuk mengembalikan rakyat kepada kedaulatan dan martabat yang menjadi haknya.
Menuju masa depan untuk membina kebangkitan umat
Sewajarnya kita mulai bekerja untuk merealisasikan mesej yang menjadi punca tercetus revolusi, iaitu mesej kebangkitan untuk negeri ini, mendirikan negara-negara yang merdeka di negeri yang telah banyak menyumbangkan para syuhada dan mengalirkan darah-darah mereka di jalannya, membela orang-orang yang tidak berdosa dan jujur menuju kebebasan, kemuliaan dari kemerdekaan, usia dan harta mereka untuk mencapai kemerdekaanya; sehingga mewajibkan kita untuk terus bekerja demi kestabilan dalam urusan negara , mengembalikan aktiviti awam dan kegiatan ekonomi untuk terus bergerak dan beroperasi, dan mewajibkan kita untuk menghilangkan berbagai hambatan yang menjadi penghalang dalam menyumbang kepada projek yang mulia ini.Hal ini juga mewajibkan setiap orang yang merdeka, jujur dan ikhlas pada bangsa ini supaya melangkah memikul kewajibannya untuk bekerja di dalamnya. Allah berfirman:
“Dan tolong menolonglah kamu dalam (mengerjakan) kebajikan dan takwa, dan janganlah tolong menolong dalam berbuat dosa dan pelanggaran. dan bertakwalah kamu kepada Allah, sesungguhnay Allah amat berat siksa-Nya”. (Al-Maidah:2)
Harapan akan masa depan bererti membangun generasi masa depan. Dalam ertikata bahawa kelahiran kembali sebuah bangsa dimulai dengan membangun institusi dan pentadbiran negara dan kerajaannya; sama ada dari segi politik, ekonomi, undang-undang, ilmu, informasi, sosial, seni, sukan, tentera, polis dan sebagainya .. pembangunannya dalam bidang-bidang yang tertentu dan pada orang-orang tertentu (specialis) dari rakyat yang penuh amanah dari pelbagai agama dan budaya, sesuai dengan perintah Allah (bermaksud):
“Sesungguhnya orang yang paling baik yang kamu ambil untuk bekerja (pada kita) ialah orang yang kuat lagi dapat dipercaya”. (Al-Qashash:26)
Dan takutkan peringatan dan teguran Nabi saw (bermaksud):
“Jika suatu perkara dipegang oleh orang yang bukan ahlinya, maka tunggulah waktu kehancurannya”. (Bukhari)
Justeru, pembangunan yang hakiki, stabil dan kukuh adalah yang dibangun berdasarkan nilai-nilai Islam yang agung seperti keadilan, kebebasan, syura, perpaduan, kerjasama, penggabungan, ihsan, ketelitian dan berpegang teguh pada jati diri. Allah berfirman (bermaksud):
“Hai orang-orang yang beriman, taatilah Allah dan taatilah Rasul (Nya), dan ulil amri di antara kamu. kemudian jika kamu berlainan Pendapat tentang sesuatu, Maka kembalikanlah ia kepada Allah (Al Quran) dan Rasul (sunnahnya), jika kamu benar-benar beriman kepada Allah dan hari kemudian. yang demikian itu lebih utama (bagimu) dan lebih baik akibatnya”. (An-Nisa:59)
Selawat dan salam ke atas Rasulullah saw, beserta keluarga dan para sahabatnya.
Allah yang Maha Besar dan segala puji hanya milik Allah.

http://www.ikhwanonline.com/new/Article.aspx?SecID=213&ArtID=90825