Sunday, October 16, 2011

Risalah Mursyid: Pembohongan tentang Keganasan Islam



Risalah dari Prof. Dr. Muhammad Badi’, Mursyid Am Ikhwan Muslimin,

15 sept 2011



Segala puji bagi Allah, salawat dan salam ke atas Rasulullah saw dan orang-orang yang mengikutinya. Setelahnya ..

Pada tarikh 11 September 2011 kita terkenang satu peristiwa yang terjadi 10 tahun yang lalu, iaitu peristiwa yang mengubah wajah dunia. Peristiwa ini berlaku hanya selang beberapa bulan Bush Jr. memegang kekuasaan Rumah Putih . Ia datang bersamanya sayap ekstrimis, satu kumpulan yang disebut “neo-konservatif” yang memegang tampuk kekuasaan di Amerika.

Oleh kerana ekstremis kanan ketika itu bersungguh-sungguh dalam membuat perencanaan yang memungkinkan Amerika dapat memenuhi keinginannya untuk melakukan penguasaannya ke atas dunia secara menyeluruh di sepanjang abad kedua puluh satu ini, mereka bertegas bahawa abad ini adalah “abad Amerika” sepenuhnya.. Maka dirancanglah peristiwa 11 September untuk memberikan peluang keemasan dalam melancarkan operasi ketenteraan tanpa batas, sehingga dapat memperkukuh penguasaan Amerika ke atas dunia di bawah slogan “perang melawan keganasan” (terrorisme). Dunia Islam adalah sasaran peperangan ini.

Pandangan Barat terhadap dunia Islam berasaskan dua teori utama: Teori pertama ialah “Pertembungan Peradaban”, yang dibangunkan oleh Bush secara peribadi, dan menjadi sandaran Bush dalam melakukan serangan terhadap dunia Islam. Teori lainnya adalah “Kesudahan Sejarah”. Kedua-dua teori telah sependapat mengatakan bahawa Islam adalah ancaman terbesar dan satu-satunya yang sedang dihadapi umat manusia sekarang ini. Oleh itu, mereka menghasut untuk melakukan serangan terhadap dunia Islam dan menghancurkannya sebelum datangnya bahaya ini.

Munculnya idea “paksi kejahatan” dan membuat tuduhan melulu ke atas negara-negara tertentu seperti Iraq dan Afghanistan sebagai negara-negara samseng. Membuat tuduhan “Al-Qaeda” sebagai kumpulan samseng pertama yang menjadi fokus Amerika untuk memulakan serangan dan pendudukan di Afghanistan, kemudian Iraq, sehingga Amerika melakukan jenayah ketenteraan dan moral terbesar dan pencabulan dalam hak asasi manusia seperti di penjara “ Guantanamo” dan “Abu Gharaib “, dan di penjara bergerak dan pesawat di seluruh dunia, yang mana para tahanan dipindahkan ke dalamnya supaya selepas itu para pemimpin kuku besi boleh melakukan penyiksaan dan pembunuhan untuk mewakili Amerika.

Jikalau pentadbiran Amerika seringkali memperingati peristiwa 11 September, dan mengira kerugian manusia dan material, dan menyediakan statistik dan angka, kita juga ingin menyatakan contoh bencana Palestin yang disebabkan oleh Amerika; kehancuran, pemusnahan dan kerugian yang disebabkan oleh kebiadaban pendudukan Zionis ke atas Palestin. Bahkan lebih dari ratusan kali yang dilakukan oleh rakan sejawatannya dibanding kehancuran Menara Kembar di New York dan jika ditambahkan dengan adanya ratusan ribu manusia yang terkorban dan terluka, diusir dan dinafikan dari tanah air mereka. Hakikat yang tidak boleh ditolak ialah bangsa Palestin kini tidak ada lagi negara, tidak ada ada lagi keamanan, tidak ada lagi kedamaian dan tidak ada lagi kebebasan. Semua ini menjadi bencana kepada bangsa Palestin dan bencana sepanjang sejarah ini.

Kami menuntut agar pentadbiran Amerika semasa hari ulang tahun peristiwa 11September ini untuk mengakui bahawa ada penjajahan Zionisme, ada perampasan tanah di bumi Palestin yang disebut dengan “pendudukan”, ada usaha meyahudikan Al-Quds dan Tebing Barat, ada usaha penghancuran dan perobohan ke atas rumah-rumah warga Palestin dan pengusiran warganegaranya yang sah setelah merampas identiti mereka. Jika Amerika benar-benar prihatin untuk memerangi keganasan atau terrorisme, maka mereka harus mencari motif dan penyebabnya. Tidak diragui bahwa peristiwa ini berlaku kerana adanya penindasan dan penyiksaan ke atas rakyat Palestin dan menimbang dengan timbangan tertentu, iaitu yang berpunca dari bencana di bumi Palestin.

Namun berlaku kehendak Allah di mana sebelum berlangsung ulang tahun kali ke10 peristiwa 11 September, tercetus revolusi dan intifadhah Arab melawan kezaliman, kekejaman, kediktatoran, korupsi dan kekerasan, revolusi yang berjaya menggulingkan para pemimpin kuku besi terkuat di rantau yang telah dikenal pasti sebagai tempat terbesar apa yang dinamakan “perang” terhadap terorisme. Mereka telah mengeringkan sumber-sumbernya, menyerang Islam, mengepungnya, dan mengambil bahagian dalam menyerang Iraq, Afghanistan dan pengepungan Gaza. Mereka adalah “Ben Ali” di Tunisia, “Qadhafi” pengarah teroris di Libya, dan (Mubarak) “harta karun strategik” Zionis di Mesir.

Sedangkan pentadbiran AS mendakwa dengan dasar politik dan kewajipan menjalankan demokrasi serta pembelaannya ke atas hak asasi manusia mampu mencetuskan revolusi Arab. Inilah pembohongan terbesar. Padahal revolusi Arab adalah untuk menangkis serangan Zionis dan Amerika bagi menghadapi pembohongan dari pemimpin diktator mengenainya. Paling tidak, apa yang kita lihat ialah kepanikan dan ketakutan yang mencengkam Zionis setelah berlaku revolusi rakyat Mesir terhadap mereka dan perubahan dalam hubungan strategik antara Mesir dan Turki, di mana puncaknya adalah ketika Erdogan melakukan kunjungan ke Kaherah untuk membentuk fokus baru dalam menghadapi perencanaan Zionis.

Inilah hikmah Allah yang begitu jelas bahawa setiap kezaliman pasti akan berakhir. Kini kita dapat menyaksikan berakhirnya para dictator dan kezaliman di seluruh dunia Arab. Kita juga ketika ini dapat menyaksikan permulaan keruntuhan penguasaan Amerika dan peradaban Barat. Kini kita telah mendengar suara-suara yang bergema dari sana yang memberikan peringatan betapa buruknya tempat kembali umat manusia yang terjerumus dalam tamadun yang kosong tanpa iman. Manusia tidak mendapatkan keuntungan apapun dalam diri mereka kecuali kebimbangan, kegusaran dan penyakit mental hingga meningkatnya kes-kes bunuh diri, walaupun keseronokan materialistik dan kebebasan syahwat yang tidak terkawal dan tanpa nilai telah bermaharajalela.

Kini terbukti dengan jelas dan nyata untuk semua orang yang mempunyai hati dan kesedaran bahawa keselamatan umat manusia adalah ketika mengikuti manhaj Islam, sistem dann nilai-nilainya walaupun ada usaha yang berterusan dan penuh kesungguhan untuk mewujudkan salah faham dan memberikan gambaran yang buruk. Namun semuanya berakhir dalam kegagalan yang hina. Jelaslah bagi semua orang bahawa keselamatan umat manusia, walau bagaimana kesengsaraannya adalah dengan mengikuti ajaran Islam di semua bidang, kerana di dalamnya terdapat keselamatan dan kebebasan. .

“Celupan Allah yang mencorakkan seluruh kehidupan kami dengan corak Islam); dan siapakah yang lebih baik celupannya daripada Allah? (Kami tetap percayakan Allah) dan kepadaNyalah kami beribadat". ”. (Al-Baqarah:138)

Jika “kaum pembangkang pertama” telah jatuh dengan cepatnya maka tentulah “Pembangkang Kedua” akan lebih cepat jatuhnya seperti halnya kaum pembangkang yang pertama .. itulah sunnatullah yang tidak akan pernah berubah dan berganti.

“Kerana engkau tidak sekali-kali akan mendapati sebarang perubahan bagi " Sunnatullah " (undang-undang peraturan Allah), dan engkau tidak sekali-kali akan mendapati sebarang penukaran bagi perjalanan " Sunnatullah " itu.” (Fathir:43)

Inilah janji Allah yang tidak pernah melanggar janji-Nya dan begitu juga dengan ancaman-Nya, tidak pernah mengubah firman-Nya. Maha benar Allah SWT semasa berfirman (bermaksud):

“Dan telah sempurnalah Kalimah Tuhanmu (Al-Quran, meliputi hukum-hukum dan janji-janji-Nya) dengan benar dan adil; tiada sesiapa yang dapat mengubah sesuatupun dari Kalimah-kalimahNya; dan Dia lah yang sentiasa Mendengar, lagi sentiasa Mengetahui.” (Al-An’am:115)

Semoga Allah memberi selawat dan salam ke atas nabi Muhammad saw, keluarga dan para sahabatnya. Allah Maha Besar dan kepada Allah segala pujian

http://www.ikhwanonline.com/new/Article.aspx?SecID=213&ArtID=91256
 

My Blog List

FIKRAH & DAKWAH Copyright © 2009 Blogger Template Designed by Bie Blogger Template