Sunday, October 23, 2011

Ghozlan seru perdamaian segera di kalangan kumpulan Palestin berikutan pertukaran tawanan

Khamis 20 Oktober 2011

Jurucakap media bagi IM, Dr. Mahmoud Ghozlan menyeru kumpulan-kumpulan Palestin Hamas dan fatah untuk menyempurnakan proses perdamaian dan permuafakatan. “ Berikutan pertukaran tawanan di antara Palestin dan Israel, perdamaian patut diwujudkan  di antara kedua-dua kumpulan”, ujarnya.

Di dalam kenyataannya kepada Ikhwanweb, beliau menegaskan, “ Selepas berunding selama beberapa tahun, Hamas telah berjaya mendapatkan persetujuan bagi pembebasan tawanan Palestin. Suasana ini sangat sesuai dan menggalakkan bagi menyelesaikan isu kebangsaaan bagi membolehkan fasa selanjutnya bermula”.

Sementara itu, Pemimpin Hamas, Khaled Mashaal menyebut di dalam satu sidang akhbar di Kaherah pada Selasa lepas, “Kejayaan rundingan dan pertukaran tawanan telah menimbulkan harapan untuk perdamaian sebenar di antara Hamas dan Pihak Berkuasa palestin. Beliau mengesahkan bahawa satu jemputan telah dihantar kepada Pemimpin Palestin Mahmoud Abbas untuk menghadiri perbincangan mengenainya di Kaherah.

http://www.ikhwanweb.com/iweb/index.php?option=com_content&view=article&id=32588:ghozlan-urges-speedy-reconciliation-between-palestinian-factions-following-prisoners-swap&catid=10388:paragraphs&Itemid=858



 

My Blog List

FIKRAH & DAKWAH Copyright © 2009 Blogger Template Designed by Bie Blogger Template