Rangkuman Kesetiaan Dan Penghargaan Tak Bertepi Buat Si Dia 2
Aku masih terkejut – bukan kerana tak redha- tapi sebenarnya…….. dia amat istimewa buatku. Semasa hayatnya kurasakan sebahagian sahaja daripadanya…. Tapi selepas pemergiannya, kurasakan sesuatu yang terlalu berbeza…. Kalau aku mengetahui perkara ghaib- tak mungkin ku ketahui- nescaya ku gandakan apa sahaja untuk keselesaannya. Aku belajar bahawa… kalau perkara itu baik, dia itu baik… mulia di sudut syariat dan adat… jangan bertangguh melakukannya, takut tak sempat… samada dia yang pergi atau aku yang pergi.
Aku masih ingat… sehari sebelum pemergiannya, kami sepasukan ( aku, fauzi dan nizam) berpakaian pasukanku, menziarahinya di pembaringannya. Dia anak jantan( memang jantan pada emosi dan sikapnya) yg kuat. Sepatutnya empat hari di ICU, dia sudah boleh berpindah ke wad biasa setelah 2 hari berlalunya pembedahan. Dia bertanya kepadaku “ kenapa lambat datang? Baru kutahu aku juga istimewa padanya, ingin ditemui segera.Ku berikan ungkapan semangat padanya” Besarnya pahalamu, menanggung luka di kepalamu, umpama luka ashab Uhud. Kamu sekarang di tengah medan tempur, Ardh Ribath, cedera pula, sabar pula, redha pula. Di situ kulihat dan semakin kufahami hakikat tawakkal. Memilih secara bebas, faham, tahu risikonya dan berserah secara bulat kepada Al Rahman. Memang dia sebenarnya Al Rahman: Dengan kasih sayangNya, pembedahan berjaya, dengan kasih sayangNya juga, Dia mengambilnya utk bersamaNya di sisiNya, matinya di tengah medan tempur, mati secara mulia. Dia antara perancang dan peneraju utama kesejahteraan dan keutuhanku dan teman- teman. Dia yang menebaskan semak di jalananku dan teman- teman ( sepatutnya kami yang menebasnya… tapi kerana mulianya nuraninya, perkasanya rasa tanggungjawabnya) dia yang menyinsing lengan membuangkan paku dan kaca yang mengganggu kelancaran kami ke hadapan. Amat kutahu letihnya dia bermusafir berulang alik utk membantu menyelesai, merungkai simpulan dengan caranya yg tersendiri, merapat yg jauh dan menjauh. Tiadakah di sana hati yg mahu menghargai jerih keras insan ini lalu mendengar nasihatnya?
Aku makin faham nilai ukhuwwah. Kita tak serupa; pada warna, saiz, lisan dan segalanya, tapi kita berkasih sayang… kerana apa ye? KeranaNya rupanya. Aku berjanji akan berhati- hati berbahasa, menggunungkan baik sangka dan lapang dada, meningkatkan taqwa agar jahat itu tak datang dari sisiku.
Rupa- rupanya ukhuwah dan perpaduan itu amat besar ertinya. Besar pahalanya, besar kesanya, ledakan atom kesannya kalau dirobek jalinan indahnya…..
Untuk teman- temanku, fashbiruuuuuu. Kuatkanlah kesabaranmu utk mengawal diri dan keputusanmu agar anyaman indah ukhuwwah dan kesatuan ini terus utuh, terus mekar, mewangi atau…. paling tidak, kalau berlaku robekan, bukan datang dari sisimu. Dia telah pergi, amanahnya terlaksana, kita bagaimana?
Mohon maaf kerana berjela..Emosiku sedang menggila…. dan aku gembira mengungkapkannya. Hayatilah nasyid Hijjazku, kelak bergenang air matamu….airmata ukhuwah dan kesetian.
Di petik dari Laman Ustaz Abd Haris Bain
http://harisbain.blogspot.com/2009/10/bagai-semalam-kau-bersama-kami.html