Ku tulis kenyataan ini pada jam 2.30pm waktu msia 23 okt 2009 di atas kapal QR 2520 menuju Khourtum, Terasa berat rasanya jari ini memetik papan keyboard, tapi aku terus sedaya ku memaksa jari jemari ku, Ku gagahi demi kerana seorang sahabat bahkan seorang syeikh yg yang ku kenali sebelum ini, yang ku sayangi kerana Allah, yang aku kenali hampir sepuluh bersama ku dalam urusan dakwah, tanpa ku sedari air mata ku mengalir, entah aku tidak pasti ini kali yang ke berapa… semenjak saat-saat ku dihubungi Mr F menyatakan usaha Doktor di Hospital pakar Damansara menemui kegagalan, ku minta teruskan usaha, selepas hampir sejam akhirnya beliau berkata “Ustaz mengikut definisi Doktor beliau sudah meninggal, aku kaku seketika masih tidak boleh ku percaya… aku yg pertama mendapat berita ini, pada masa yang sama Dr H masih lagi menghantar sms menyatakan syeikh hasan sedang tenat… aku tahu syeikh sudah pergi buat selamanya, namun aku masih menaruh harapan, manalah tahu Allah berkuasa atas segalanya, beberapa minit kemudian secara kebetulan Akhi A dari Sri Lanka menghubungi dan bertanya khabar syeikh Hasan, aku tidak sanggup menyatakan pada beliau, apatah lagi mahu melafazkannya, lalu ku beritahu akan hubungi sekejap lagi, lalu ku hubungi Dr T meminta beliau pastikan dengan dengan Dr. H, bagi ku biarlah org lain yang mengesahkan kematiannya … bukan aku… akhir aku terpaksa akur dengan ketentuan Ilahi selepas Dr. T menyatakan syeikh disahkan meninggal melalui pengesahan Dr H. Aku kemudian menghubungi Akh A Sri Langka tapi lidahku kelu… akhir aku mampu sebut ya akhi “ Inna lillah wa inna ilahi rajiuun” … beliau terus menangis teresak2… Ya Allah… aku hanya mampu mendengar tangisan beliau…
Semasa di Hospital aku gagahi menghubungi Abu T di Filipina menangis tersesak2 di talipun, aku juga tidak dapat menahan perasaan, sebak dan ku terpaksa putuskan percakapan…
bermula di saat itu terlalu kerap air mata ku mengalir, ia tidak pernah berlaku kepada ku sebelum ini, dalam sejarah hidup , aku pernah kehilangan ibu ku tersayang semasa aku berumur 9 tahun, kematian bapaku lima tahun yang lalu, sememangnya aku menangis tapi tidak sekerap ini, …bermula dari berita kematian 22hb. jam 8.30 pagi hingga saat ini, entah kenapa airmataku terlalu kerap keluar tanpa sedari, aku cuba mengelak tapi tidak berdaya…. Ya Allah berilah kekuatan kepada hamba mu ini,
Ikhwah sekalian…. sekarang aku dalam perjalanan ke Khourtum. semasa Ikhwah mula meninggalkan kami di lapangan terbang KLIA selepas bersalaman dan wida’ dengan ku, yang paling akhir Dr L dan keluarganya diikuti Ustaz H dan Akhi H…. aku mula melangkah masuk ke dalam Terminal, terasa sungguh berat kaki ini untuk melangkah, sesekali aku tertanya sendirian apa yang aku buat ni ?? kemana aku mahu pergi sekarang ? Aku hampir tak percaya… Aku sedang menghantar mayat Syeikh Hasan Basyir.. ya Allah kenapa ini yang berlaku…. aku menghantar jenazah Syeikh Hasan yang kerap bersama ku sebelum ini… selalu bercakap mengenai dakwah, perkembangan ikhwah, perancangan maktab dan banyak lagi… Aku sepatutnya memastikan kesihatan beliau di Hospital… tetapi sekarang aku menghantar jenazah beliau… air mataku terus semakin kuat mengalir.
Semasa aku menulis ini Ukht Amal zaujah Syeikh Hasan mencelah , katanya ustaz sebelum ini Ust Hasan bersama kita duduk atas kerusi dalam flight, tapi sekarang kita berada di sini, beliau berada di bawah ustaz….dalam Kargo….katanya … sungguh pilu aku mendengarnya… aku hanya mampu mendengar… hidangan dalam penerbangan langsung tidak selera untuk aku sentuh.
Kalau sebelum ini aku menaiki kapal bermusafir ke luar negara, urusan mutabaah dan penerangan, biasanya atas arahan beliau, tapi kali ini aku ke luar bukan atas arahan beliau apa lagi permintaannya , aku ke luar kali ini kerana menemani jenazah beliau yang kaku, Kali Ini Aku Ke Khourtum Sudan sesekali terus aku tidak sanggup menghantar kepada keluarga beliau sebujur badan yang kaku… dalam bekas yang di sudahkan di sealkan…
Akhuukum
Abu Usaid