Tuesday, October 27, 2009

Jenazah Selamat Disemadikan


Jenazah Selamat Disemadikan

Jumaat 23 Okt. 2009

Maaf atas kelewatan kenyataan ini ditulis, sepatutnya ini ditulis sebaik sahaja ianya berlaku, namun selepas ketibaan jenazah di Airport Khourtum sehingga lah selesai ditanam, aku terasa sungguh penat, bukan sahaja kepenatan badan bahkan perasaan dan segalanya.. apabila selesaikan jenazah dikebumikan aku meminta ikhwah yang mengiringi ku Abu Yasin, seorang akh berjawatan menteri menghantarku ke Hotel… hari esoknya aku meneruskan urusan berkaitan ..

Aku tidak berkesempatan menulis selepas kenyataan pertama, walaupun ramai yang bertanya mana gambar syeikh di kebumikan?, kalau tak silap aku sahaja yang mengambil gambar, tidak sempat gambar ku kirim wakil ikhwan Sudan sudah memasukkan laporan ke Ikhwan Online…

Disinikan ku cuba tulis apa yang temampu bagi perkongsian bersama, pada hari Jumaat 23 Okt. 09 tepat jam 11.40am waktu Sudan kapal terbang mendarat, hatiku bertambah gementar, tak sanggup rasanya berjumpa dengan keluarga al marhum, sebaik sahaja masuk ke terminal, kelihatan 2 org berjalan masuk bersama pegawai airport, bapa saudara dan sepupunya, masuk terus bertanya kepada zaujah almarhum apa yang berlaku, suasana pilu dan kesemuanya menangis…..

Kami seterusnya dibawa ke rumah almarhum, menunggu ketibaan jenazah yang diuruskan oleh ikhwah dan keluarganya. . setiba di persekitaran rumah ratusan manusia menunggu, dua khemah putih siap dipasang… semasa sampai aku dikerumuni keluarga dan ikhwah… Alhamdulillah tiada soalan diajukan, sememangnya aku tidak mampu menjawab…setiap orang yang datang mengangkat tangan berdoa dan membaca fatihah , sudah menjadi kebiasaan mereka…

Seberapa ketika jenazah tiba, disambut dengan penuh sayu dan teriakan, kebanyakan menyebut La ila ha illallah… ratusan manusia menyebut dengan nada yang sama… jenazah dibawa masuk ke dalam rumah ayah al marhum… sekejap terus di bawa ke Masjid untuk solat jumaat, dan solat jenazah… barulah aku teringat hari ini Jumaat… Alhamdulillah Syeikh sebenarnya meninggal hari jumaat, dibawa solat di masjid Rahmah tidak jauh dari rumah beliau dan berdekatan dengan tanah perkuburan Farouk..

Ramai yang menghadiri solat jumaat, dan semasa Solat jumaat hampir sebahagian khutbah kedua Imam menyebut-nyebut perihal almarhum, memuji kebaikannya, seorang duat yang disegani, peranannya diluar negara serta sumbangan beliau dalam harakah islam di Sudan… barulah aku perasan beliau sangat dihormati dan dikenali di sana… Seterusnya solat jenazah diimamkan oleh Muraqib Am Sudan Syeikh Al Hibri…

Jenazah beliau disemadikan di Perkuburan Farouk bersebelahan Masjid Al Rahmah, ratusan yang mengiringi jenazah menjangkau ribuan… sekumpulan pelajar dari Universiti Afrikia Sudan mengiringi jenazah dengan sepanduk…


Abu Usaid

 

My Blog List

FIKRAH & DAKWAH Copyright © 2009 Blogger Template Designed by Bie Blogger Template