Friday, March 12, 2010

Ikhwan Muslimin dan Penyertaan Politik


Selasa, 9 Mac 2010

Oleh Mohamed Habib




Kerajaan dan regim cenderung menyesuaikan irama mereka ketika masyarakat waspada. Islam mengajak pengikutnya untuk secara aktif terlibat dalam urusan masyarakat.
Bekerja dalam politik adalah hak dan kewajipan, bukan hanya untuk muslim, tetapi bagi warga negara secara umum -- masing-masing berdasarkan tenaga dan kapasiti seseorang.

Untuk turut terlibat dalam politik seharusnya tidak menjadi hak eksklusif parti-parti politik, tapi setiap warga negara boleh terlibat. Sebenarnya penglibatan politik merupakan petanda positif dan prihatin untuk negara sendiri.


Mereka yang terlibat dalam kerja politik perlu mempunyai pengetahuan, dan perlu mengikuti peristiwa - pada peringkat tempatan, serantau dan antarabangsa - dengan mata yang analitikal. Hari ini langit terbuka dan rangkaian komunikasi yang luas telah mengurangkan privasi sehingga sebuah peristiwa yang berlaku di satu tempat di dunia dapat memiliki natijah dan kesan untuk tempat-tempat lain di dunia.


Walaupun kerja politik mempunyai tarikan tersendiri, tapi di sisi lain ia merupakan masalah dan tanggungjawab. Penglibatan menjadi semakin sukar dalam iklim politik di mana kurangnya etika dan perjuangan, helah dan persaingan penuh dengan ketidakadilan. Hal ini menjelaskan mengapa begitu banyak ahli politik menderita stres, kecewa, dan bahkan tekanan dalam beberapa kes, di samping keadaan fizikal umum lain seperti tekanan darah tinggi, diabetes dan sindrom kerengsaan usus besar.

Tetapi orang-orang yang berdakwah menyeru kepada Islam dan yang mematuhi ajaran-ajarannya menemukan bahawa kesabaran, keteguhan, tekad, iman, dan kepuasan adalah sangat penting untuk misi mereka. Orang sedemikian, atau sebahagian besar daripada mereka, hidup dalam kegembiraan tak pernah berakhir. Mereka mempunyai fikiran yang jelas, secara psikologis stabil dan menikmati perasaan ketenteraman batin, meskipun kesulitan yang mereka temui sepanjang jalan, yang sering memakan waktu mereka jauh daripada keluarga dan boleh mengalihkan mereka untuk sementara daripada misi mereka.


Ikhwan Muslimin terlibat dalam politik untuk melaksanakan hak mereka dan untuk memenuhi tugas mereka untuk negara mereka. Saya percaya bahawa Ikhwan Muslimin saat ini tidak mempertimbangkan bersaing untuk menjadi presiden. Ikhwan Muslimin berhajat menjadi wakil dalam Majlis Rakyat, bersama dengan sesama warga negara Mesir lain, untuk mempastikan proses perubahan berjalan terus. Perubahan ini akan menamatkan penindasan, menghentikan rasuah, dan menamatkan kemerosotan saat ini di semua bidang.


Ikhwan Muslimin percaya bahawa pendidikan, penyelidikan sains dan teknologi, bersama dengan program pembangunan yang komprehensif, harus menjadi sarana untuk kemajuan. Islam adalah sekaligus agama dan sebuah tamadun. Ketika Ikhwan Muslimin melakukan peranan politiknya, ia melakukannya dengan dibimbing oleh pemahamannya terhadap Perundangan Islam dan prinsip yang mencerminkan identiti bangsa Mesir ini. Dalam hal ini saya ingin menegaskan bahawa tidak ada ahli Ikhwan Muslimin yang suci atau sempurna, dan bahawa mereka menggunakan pemikiran mereka untuk mencapai penilaian yang layak dan membuat pilihan yang benar - yang mungkin benar atau mungkin salah pada akhirnya.

Mengenai apakah Ikhwanul Muslimin bercadang untuk membentuk sebuah parti atau tidak, saya mengatakan bahawa hal ini berkaitan dengan iklim politik umum, yang dicirikan oleh parti-parti yang kurang upaya. Parti-parti yang ada telah dilemahkan akibat daripada sekatan ketat mengenai prestasi mereka, atau kerana struktur dalaman mereka yang lemah dan kurangnya visi.
Kedudukan parti politik Ikhwan Muslimin dan ElBaradei hanyalah menunjukkan kelemahan tersebut. Ikhwan Muslimin lebih suka melihat parti-parti ini menjadi lebih kuat, kerana penguatan mereka akan mewujudkan sesuatu yang baru untuk kerja politik, termasuk untuk Ikhwan Muslimin. Kini parti politik telah mendorong terciptanya reformasi baru dan gerakan perubahan yang bekerja di luar parti politik yang ada.

Pada saat ini nampaknya tidak ada insentif untuk menubuhkan sebuah parti untuk Ikhwan Muslimin.
Ikhwan Muslimin, seperti semua patriot, sedar bahawa Amerika-Zionis merancang untuk mengancam keselamatan wilayah dan berusaha untuk merosakkan kestabilan tanah air kita. Ikhwan Muslimin akan selalu menentang rancangan tersebut. Ikhwan Muslimin percaya bahawa pendudukan Zionis di Palestin, tanah Arab dan Islam, akan terus menjadi ancaman bagi seluruh umat. Oleh kerana itu, semua bentuk jihad yang harus digunakan dan masalah dalaman kita tidak boleh mengalihkan perhatian kita daripada apa yang berlaku di Palestin. Ini adalah takdir bahawa Mesir, rakyatnya dan kerajaannya, untuk mempertahankan kedaulatan Arab dan Mesir mampu melaksanakan tugas ini. Akhirnya, saya ingin mengatakan bahawa regim yang ada mempunyai dasar tersendiri ketika berurusan dengan Ikhwan Muslimin.

Ikhwan Muslimin mempunyai mekanisma "waras dan bijaksana" berurusan dengan rakyat, dan regim mempunyai mekanisma untuk menekan dan mengasingkan Ikhwan Muslimin dari kehidupan politik.
Namun hubungan tegang antara regim dan Ikhwan Muslimin tidak boleh berterusan selamanya, kerana pada akhirnya akan merugikan semua pihak. Sebenarnya tindakan mengasingkan kumpulan yang bersifat kebangsaan yang mewakili tonggak etika yang diperlukan bagi masyarakat yang sihat hanya akan melambatkan pembangunan.

Saya menyeru para bijaksana dalam regim untuk menunjukkan toleransi dan tidak mengecualikan sebarang pihak, kerana perubahan tidak boleh dilakukan oleh parti tunggal, tidak mengira betapa pentingnya.
Saya berharap seruan ini dapat didengar, kerana hari mendatang mungkin mempunyai banyak peluang untuk kita semua.

Artikel Asal: http://www.ikhwanweb.com/article.php?id=23606
 

My Blog List

FIKRAH & DAKWAH Copyright © 2009 Blogger Template Designed by Bie Blogger Template