Thursday, March 11, 2010

Regim Zionis meluluskan pembinaan apartmen di Tebing Barat menjelang lawatan Biden


Selasa, 9 Mac, 2010

Israel meluluskan pembinaan 112 apartmen di sebuah penempatan Tebing Barat pada hari Isnin, satu langkah yang menimbulkan kemarahan pihak Palestin sehari selepas mereka bersetuju dengan perasaan berat untuk mengadakan perbincangan damai secara tidak langsung dengan kerajaan berpendirian keras Israel.

Langkah itu juga diambil menjelang lawatan Naib Presiden AS Joe Biden ke Israel. Beliau ialah pegawai tertinggi dari kerajaan Barack Obama yang akan mengunjungi kawasan itu setakat ini.
Sewaktu kunjungan Biden, AS berharap untuk mengumumkan permulaan semula rundingan tidak langsung Israel – Palestin. Utusan khas Obama ke Timur Tengah, George Mitchell yang akan menjadi orang tengah sekarang sedang mengadakan persiapan terakhir rundingan dengan kedua-dua pihak di Baitulmuqaddis dan Ramallah pada hari Ahad dan Isnin.

Menteri Pertahanan Ehud Barak dari kerajaan gabungan Parti Buruh berhaluan kiri-tengah memberi kuasa kepada pemaju untuk meneruskan pembinaan 112 apartmen di penempatan ultra-Orthodox Beitar Illit, di barat daya Baitulmuqaddis.
Seorang jurucakap wanita pejabatnya berkata bahawa projek 112 apartmen itu telah pun diberi lampu hijau oleh kerajaan Israel terdahulu di bawah Ehud Olmert dan peringkat pertama pembinaannya telah bermula sebelum Perdana Menteri Benjamin Netanyahu mengumumkan moratorium pembinaan di Tebing Barat yang diduduki yang dibuat pada bulan November.

Ketua perunding Palestin Saeb Erekat mengutuk langkah itu.
Rundingan sengit antara pasukan yang dilantik oleh Abbas dan kerajaan Israel berhaluan tengah di bawah perdana menteri Ehud Olmert sebelum ini gagal sekitar 15 bulan yang lepas, sejurus sebelum Israel menuju pilihan raya yang melihat parti nasionalis Likud Netanyahu kembali berkuasa, sementara Parti Kadima Olmert dipaksa menjadi pembangkang.

Biden dijangka mendarat di Tel Aviv Khamis petang untuk lawatan tiga hari yang juga akan meliputi bandar-bandar Tebing Barat Ramallah dan Betlehem pada hari Rabu. Demikian disahkan oleh sebuah kenyataan dari Kedutaan Besar AS di Tel Aviv.
Di tengah-tengah proses perdamaian yang beku, Obama sendiri telah menahan diri daripada melawat Israel, atau Tebing Barat sehingga kini.

Artikel asal: http://www.ikhwanweb.com/article.php?id=23607
 

My Blog List

FIKRAH & DAKWAH Copyright © 2009 Blogger Template Designed by Bie Blogger Template