Sunday, March 7, 2010

Risalah Mursyid: Rasulullah saw sebagai teladan dalam menempuh ujian, cobaan dan rintangan


Risalah dari Dr. Muhammad Badee', Mursyid Am Ikhwanul Muslimin,



Dengan menyebut nama Allah SWT dan segala puji hanya milik Allah, selawat dan salam ke atas Rasulullah saw dan orang-orang yang mengikutinya..


Sempena memperingati hari kelahiran Rasulullah saw yang membawa rahmat Allah bagi semesta alam dan sebagai teladan bagi seluruh manusia yang akan kita bahas (dengan pertolongan Allah dan taufiq-Nya) pada dua risalah yang saling melengkapi; pertama;

Bagaimana Rasulullah saw menghadapi berbagai dugaan dan rintangan, dan yang kedua: Nabi sebagai teladan dan pembawa khabar gembira.

Pertama: ujian, dugaan dan rintangan

Ketika kita merenungkan ayat-ayat Allah dalam Al-Qur’an yang berbicara tentang ujian, dugaan dan rintangan yang dihadapi oleh para nabi dan rasul, maka kita akan mendapati bahawa hal tersebut merupakan sunnah yang tidak pernah menyimpang dan terlepas bahawa mereka sebagai makhluk yang mulia dan golongan yang dimuliakan oleh Allah adalah sebagai golongan yang akan terus menempuh ujian yang begitu hebat “kepada para nabi, kemudian yang serupa dengannya”.

Bahkan ujian, cobaan dan rintangan dalam pelbagai bentuk dan keadaan ke atas para nabi dan Rasul, terutama -yang merupakan puncak dari semuanya- adalah ke atas nabi tercinta Muhammad saw. Betapa banyak ujian dan cobaan yang baginda hadapi yang tidak dirasakan oleh orang lain agar menjadi contoh yang dominan dan teladan yang baik bagi semua orang yang sedang menghadapi berbagai ujian dan cobaan, yang tertindas dan yang didustakan dan disiksa ..

لَقَدْ كَانَ لَكُمْ فِي رَسُولِ اللَّهِ أُسْوَةٌ حَسَنَةٌ لِمَنْ كَانَ يَرْجُو اللَّهَ وَالْيَوْمَ الْآخِرَ وَذَكَرَ اللَّهَ كَثِيرًا

Sesungguhnya telah ada pada (diri) Rasulullah itu suri teladan yang baik bagimu (aitu) bagi orang yang mengharap (rahmat) Allah dan (kedatangan) hari kiamat dan Dia banyak menyebut Allah”. (Al-Ahzab:21)

Baginda saw menempuh ujian dalam pelbagai bentuk; yatim piatu sejak kecil, terasing sejak kanak-kanak, kemiskinan sehingga terpaksa menjadi penggembala kambing, kemudian penderitaan bertambah sejak datuk, pakcik, isteri, anak laki-lakinya meninggal dunia, begitu juga dengan masalah anak-anak perempuannya yang diceraikan oleh suami mereka, ujian dalam memikul amanah risalah, ujian menghadapi beratnya rintangan, penentangan, penghinaan dan dilempari dengan batu, dilempari kotoran ke atas tubuhnya yang mulia, ujian dan siksaan terhadap para pengikutnya dengan bermacam bentuknya; dikepung, dipulau dan dipenjara sehingga “tidak ada makanan yang dapat mereka makan kecuali daun kering yang dapat mengisi tekak mereka”. Semua itu tidak pernah berlaku di mana-mana penjara di dunia sehingga sekarang.

Ramai para sahabat yang memohon kepadanya untuk bermunajat dan berdoa dengan harapan doa beliau akan dikabulkan dan mampu mengangkat penderitaan yang mereka alami. Hal itu boleh berlaku sekiranya nabi saw tidak menyedari bahawa keadaan seperti ini adalah sunnatullah bagi para pendokong dakwah sebagaimana firman Allah:

وَلَنَبْلُوَنَّكُمْ بِشَيْءٍ مِنَ الْخَوْفِ وَالْجُوعِ وَنَقْصٍ مِنَ الْأَمْوَالِ وَالْأَنْفُسِ وَالثَّمَرَاتِ وَبَشِّرِ الصَّابِرِينَ

Dan sungguh akan Kami berikan cobaan kepadamu, dengan sedikit ketakutan, kelaparan, kekurangan harta, jiwa dan buah-buahan. dan berikanlah berita gembira kepada orang-orang yang sabar”. (Al-Baqarah:155)

Siapakah mereka?!

الَّذِينَ إِذَا أَصَابَتْهُمْ مُصِيبَةٌ قَالُوا إِنَّا لِلَّهِ وَإِنَّا إِلَيْهِ رَاجِعُونَ

(iaitu) orang-orang yang apabila ditimpa musibah, mereka mengucapkan: “Inna lillaahi wa innaa ilaihi raaji’uun”. (Al-Baqarah:156),

Maksudnya adalah kita dan apa yang kita miliki adalah milik Allah semata-mata. Kita semua dan apa yang ada di tangan kita merupakan pinjaman yang harus dikembalikan dan akan diambil semula oleh pemilikNya bila-bila masa yang Dia kehendaki.

Oleh karena itu, nabi saw menjadikan para sahabat sebagai contoh, sebagai contoh paling sukar dari apa yang mereka alami berupa penyiksaan dan penganiayaan, sebagaimana yang pernah dialami oleh nabi Isa putera Maryam AS, untuk meyakinkan mereka bahawa harga sebuah pengorbanan dan habuan yang sangat bernilai iaitu syurga bagi siapa yang ingin menjual jiwanya dengan mengharap ridha Allah. Kerana harta milik Allah sangatlah mahal. Tidak ada yang dapat mereka lakukan melainkan sabar dan teguh sampai Allah memberi kemenangan kepada agama ini atau mereka yang binasa.

Sesungguhnya rasul telah ditawarkan dengan pelbagai tawaran yang memukau. Wahai golongan yang menyangka bahawa kami mahukan kuasa.Mereka pernah menawarkan;”seandainya kamu mahukan kerajaan pastilah kami lantik kamu menjadi raja, kalau kamu mahukan harta nescaya kami akan kumpulkan harta untukmu sehingga kamu menjadi lebih kaya dari kami”. Tetapi rasul s.a.w menolak tawaran itu dan menjawab; “Tidak wahai bapa saudaraku, seandainya mereka meletakkan matahari di kananku dan bulan di kiriku agar aku tinggalkan tugas dakwah ini pastilah aku tidak akan tinggalkannya sehinggalah Allah memberikan kemenangan kepada agamanya atau binasa yang lainnya”.

Allah telah memberikan peringatan kepada Nabi saw dan kepada kita setelahnya:

وَأَنِ احْكُم بَيْنَهُم بِمَا أَنزَلَ اللَّهُ وَلَا تَتَّبِعْ أَهْوَاءَهُمْ وَاحْذَرْهُمْ أَن يَفْتِنُوكَ

Dan hendaklah kamu memutuskan perkara di antara mereka menurut apa yang diturunkan Allah, dan janganlah kamu mengikuti hawa nafsu mereka. dan berhati-hatilah kamu terhadap mereka..” (Al-Maidah:49)

وَدُّوا لَوْ تُدْهِنُ فَيُدْهِنُونَ

“Maka mereka menginginkan supaya kamu bersikap lunak lalu mereka bersikap lunak (pula kepadamu)”. (Al-Qalam:9)

Jelaslah bahawa berdasarkan prinsip-prinsip yang asal, Ustaz Al-Banna mengajarkan kepada kita bahawa segala cabaran yang menimpa diri kita dalam menempuh jalan dakwah ini merupakan petanda bersihnya jalan ini dan benarnya arah jalan ini..

سَتُسْجَنُوْنَ وَتُشَرَّدُوْنَ وَتُنْقََلُوْنَ وَتُصَادَرُ أَمْوَالُكُمْ، وَسَيَسْتَغْرِبُوْنَ فَهْمَكُمْ لِلإِسْلاَمِ عِنْدَهاَ تَكُوْنُوْنَ قَدْ بَدَأتُمْ تَسْلُكُوْنَ سَبِيَلَ أَصْحَابِ الدَّعَوَاتِ

Saudara akan dipenjara, disiksa, di buang negeri dan dirampas hartabenda Mereka akan terus berusaha membuat saudara asing dengan pemahaman Islam saudara yang dengan itulah saudara telah memulai jalan di jalani pendukung dakwah

Sehingga tidak ada seorangpun yang menduga bahawa ujian dan rintangan ini sebabnya adalah kerana kita telah menceburi ke kancah politik dan kita ikut bertanding di dalam pilihanraya. Jika kita berhenti dari politik dan sekadar bergiat dalam kerja dakwah dan tarbiyah maka pastilah kita dan saudara kita serta jamaah kita akan selamat dari berbagai kezaliman, penyiksaan, pemenjaraan, penangkapan, perampasan harta, pemisahan terhadap anak, isteri, orang tua dan ibu.

Inilah wahm (salah faham). Mereka tidak memerangi kita kerana kita berada di pentas politik atau parlimen, menguasai persatuan NGO dan kelab olahraga, tidak hanya itu.. Demi Allah sekiranya kita tinggalkan mereka dan urusan mereka maka mereka tetap tidak akan tinggal diam meninggalkan kita dan urusan kita.

Ketahuilah sebab sebenar tentangan mereka kepada kita adalah kerana kebenaran yang kita bawa, tentang Islam yang syumul yang selalu kita laungkan seperti yang disampaikan oleh Waraqah bin Naufal, sepupu Ummul Mukminin Khadijah binti Khuwailid kepada Rasulullah saw:
Tidak ada seorangpun datang seperti yang engkau bawa kecuali engkau akan mengalami ujian!”.

Kita dan mereka berada dalam satu kapal yang mana mereka cuba merosakkannya. Tugas kita adalah mencegahnya dari melakukan kerosakan supaya kita selamat dan mereka juga selamat bersama kita jika mereka mahu menerima seruan kita.

Demikianlah Siti Khadijah yang memiliki wawasan yang jauh dan dianugerahkan hikmah. Beliau berkata bahwa nabi saw “ sentiasa memuliakan tamu, menjalin silaturrahim, menanggung beban, selalu membantu sepanjang usianya, dan memberikan kemenangan bagi orang-orang yang tertindas”. Kita berusaha mempersembahkan apa yang telah diperintahkan oleh Islam kepada kita dan apa yang dipamerkan oleh teladan kita Rasulullah saw tentang perbuatan-perbuatan baik dan kebajikan. Semua itu menyebabkan mereka menambah lagi tekanan seperti penutupan sekolah-sekolah kita, penyitaan pejabat-pejabat kebajikan sosial kita dan klinik-klinik kita yang selalu memberikan dan menawarkan kebaikan, kebajikan dan perubatan bagi semua umat, Muslim dan Kristian.

Beliau –Siti Khadijah- juga yang meyakinkan Rasulullah saw dan meyakinkan kita semua setelah itu selagi kita melakukan apa yang dilakukan oleh Rasulullah yang mulia;

وَاللهِ لَنْ يُخْزِيْكَ اللهُ أَبَدًا

Demi Allah, Allah tidak akan mengabaikan dirimu selamanya”;

Justeru ujian tersebut merupakan sunnah Ilahi bahawa siapa yang melakukannya akan dimusuhi oleh para pendukung kebatilan dan tentera syaitan. Namun kesudahan dari itu selamanya milik orang-orang yang bertaqwa. Sejarah tersebut telah muncul dan akan terus berpanjangan.

Perkara yang menjadi keutamaan yang dilakukan Rasulullah saw adalah mencari benteng dakwah dan melindunginya, bukan untuk mencari keselamatan dirinya dari berbagai siksaan dan ujian “Siapa yang melindungiku hingga aku dapat menyampaikan dakwah Rabb-ku “… “Sampai Allah memenangkannya atau menghancurkan selainnya”.

Oleh kerena itu seruan yang selalu disenandungkan adalah “Jihad jalan kami” dengan berbagai macam bentuknya dan sesuai dengan kemampuan setiap orang yang berada dalam jamaah kami; dan inilah, yakni jihad, puncak kemuliaan Islam. Jihad yang paling utama adalah menyampaikan kebenaran di hadapan pemerintah yang zalim. Lihatlah bagaimana nilai kebenaran di sisi Allah bagaimanapun hasilnya, walaupun nyawa sebagai pertaruhan. Pada saat itu merupakan puncak kematian di jalan Allah – bagaimanapun keadaan dan di manapun tempatnya- merupakan cita-cita kami.

Seolah-olah Rasulullah saw dalam sejarahnya yang mulia dan indah berkata kepada kita dengan nyata: Adakah anda menyangka bahawa segala ujian dan dugaan akan berhenti bahkan sehingga kejayaan dan berdirinya sebuah negara Islam yang dipimpin oleh Rasulullah saw sekalipun?

Bukankah ini yang terjadi .. Ya.. bahawa dugaan adalah dugaan dan ujian adalah ujian,

أَمْ حَسِبْتُمْ أَن تَدْخُلُوا الْجَنَّةَ وَلَمَّا يَعْلَمِ اللَّهُ الَّذِينَ جَاهَدُوا مِنكُمْ وَيَعْلَمَ الصَّابِرِينَ

Apakah kamu mengira bahawa kamu akan masuk syurga, Padahal belum nyata bagi Allah orang-orang yang berjihad di antaramu dan belum nyata orang-orang yang sabar”. (Ali-Imran: 142),

Hasilnya adalah sama dengan hasil siapa yang menjual dirinya dan hartanya kepada Allah dan tidak mempersoal Allah bagaimana dan bila dapat mengambil atau mengambil sebahagiannya. Kita semua hanya milik Allah dan semuanya pasti akan kembali kepada Allah.

Demikianlah Rasulullah saw yang Allah telah berikan kejayaan kepadanya dan kepada para sahabatnya walaupun terpaksa mengharungi berbagai ujian dan cobaan hingga menemui Tuhannya. Antaranya baginda pernah mengalami patah tulang rusuknya dan terluka wajahnya, bahkan terguris luka di pipinya yang mulia. Semua ini merupakan pelajaran yang sangat berharga bagi umat. Ujian yang terbesar adalah yang ada pada jiwa orang-orang dari pasukan pemanah yang telah melanggar perintahnya yang menyebabkan kelukaan kepada Rasulullah saw.

Bahkan ujian yang paling memeritkan bagi orang-orang yang beriman yang tulus ialah semasa menghadapi golongan munafik di Madinah dengan berbagai permasalahannya terutama pada ketika dunia mulai terbuka luas ke atas dakwah mereka. Tidak ada waktu untuk berehat-rehat bagi orang yang beriman dari berbagai ujian kecuali Allah SWT telah memberikan kepada mereka keteguhan hati bagaimanapun bentuknya. Nabi dan para sahabat tidak berubah dan bertukar pendirian -saat menghadapi ujian dan rintangan serta cobaan- hingga menemui Tuhannya dan Allah redha kepadanya. Waktu rehatnya adalah semasa berjumpa dengan Tuhannya.

Baginda s.a.w telah melalui bersama umat Islam lebih kurang 30 peperangan dan ekspedisi hanya dalam waktu 10 tahun saja. Pada waktu sakit baginda s.a.w juga menderitai sakit dan sangat terkesan akan keletihan dan susah payah selama ini, menderita kesan racun angkara perbuatan seorang Yahudi yang diletakkan pada baginda pada waktu perayaan setiap tahun.

Saya bisikkan ke telinga setiap akh yang tercinta akan firman Allah SWT:

وَإِذَا جَاءَهُمْ أَمْرٌ مِنَ الْأَمْنِ أَوِ الْخَوْفِ أَذَاعُوا بِهِ وَلَوْ رَدُّوهُ إِلَى الرَّسُولِ وَإِلَى أُولِي الْأَمْرِ مِنْهُمْ لَعَلِمَهُ الَّذِينَ يَسْتَنْبِطُونَهُ مِنْهُمْ وَلَوْلا فَضْلُ اللَّهِ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَتُهُ لَاتَّبَعْتُمُ الشَّيْطَانَ إِلَّا قَلِيلاً

Dan apabila datang kepada mereka suatu berita tentang keamanan ataupun ketakutan, mereka lalu menyiarkannya. dan kalau mereka menyerahkannya kepada Rasul dan ulil Amri di antara mereka, tentulah orang-orang yang ingin mengetahui kebenarannya (akan dapat) mengetahuinya dari mereka (Rasul dan ulil Amri). Kalau tidaklah kerana kurnia dan rahmat Allah kepada kamu, tentulah kamu mengikut syaitan, kecuali sebahagian kecil saja (di antaramu)”. (An-Nisa:83)

Tidak ada seorangpun yang menghalangi anda untuk berfikir yang lebih baik kerana berfikir dan bertafakkur adalah suatu kewajipan yang mendapat balasan dan pahala.

Benar wahai saudaraku, tidak mengapa memberikan cadangan kepada Rasulullah saw kerana bagindalah yang mengajar dan memotivasi kita, namun sampaikanlah cadangan anda kepada qiyadah sehingga syura yang penuh berkah akan menyempurnakan dan memberikan penyelesaiannya. Sebahagian sahabat selalu mengatakan inilah pendapatku tetapi aku berharap agar tidak dijadikan sebagai keputusan lalu diamalkan kerana takut menjadi riya dan sombong lalu menghilangkan pahala. Namun setelah diambil keputusan...

فَإِذَا عَزَمْتَ فَتَوَكَّلْ عَلَى اللَّهِ إِنَّ اللَّهَ يُحِبُّ الْمُتَوَكِّلِينَ

Maka apabila kamu telah membulatkan tekad, Maka bertawakkallah kepada Allah. Sesungguhnya Allah menyukai orang-orang yang bertawakkal kepada-Nya”. (Ali Imran:159)

Kepada sekalian ikhwah yang tercinta, terutama yang berada di balik jeriji besi

Sungguh telah terdapat dalam jiwa Rasulullah saw teladan yang baik dan hal itu telah tertanam dalam jiwa kamu. Justeru bersabarlah dan berharaplah kebaikan dariNya dan bayangkanlah akan nikmatnya ganjaran nescaya kamu akan melupakan segala pahitnya kesabaran dan dalam waktu sekejap -Insya Allah- kamu akan mengatakan telah hilang penjara, leher telah basah dan ditetapkan ganjaran Insya Allah.

Pandanglah agama kamu kepada orang yang paling tinggi dari kamu dan pandanglah dunia kamu kepada orang yang paling bawah dari kamu nescaya Allah akan menuliskan kepada kamu darjat orang-orang yang sabar dan orang-orang yang bersyukur. Semoga Allah melapangkan kesedihan kamu dan penderitaan saudara-saudara kamu.

Bahkan kepada akhawat yang tertawan dan berada di penjara-penjara Zionis perampas bumi Palestin, dan orang-orang yang berada di belakang kamu, di belakang mereka dan di belakang akhwat ada keluarga, anak dan dakwah telah meninggalkan warisan yang terbaik seperti yang telah ditinggalkan oleh hamba-hambaNya yang salih..

نَحْنُ أَوْلِيَاؤُكُمْ فِي الْحَيَاةِ الدُّنْيَا وَفِي الآخِرَةِ وَلَكُمْ فِيهَا مَا تَشْتَهِي أَنفُسُكُمْ وَلَكُمْ فِيهَا مَا تَدَّعُونَ . نُزُلاً مِنْ غَفُورٍ رَحِيمٍ

Kamilah pelindung-pelindungmu dalam kehidupan dunia dan akhirat; di dalamnya kamu memperoleh apa yang kamu inginkan dan memperoleh (pula) di dalamnya apa yang kamu minta”. (Fushilat:31-32)

وَاللهُ غَالِبٌ عَلَى أَمْرِهِ وَلَكِنَّ أَكْثَرَ النَّاسِ لا يَعْلَمُونَ

Dan Allah berkuasa terhadap urusan-Nya, tetapi kebanyakan manusia tiada mengetahuinya”. (Yusuf:21)

Artikel asal http://www.ikhwanonline.com/Article.asp?ArtID=60605&SecID=213
 

My Blog List

FIKRAH & DAKWAH Copyright © 2009 Blogger Template Designed by Bie Blogger Template