Sabtu, Mac 20, 2010
Peyahudian Baitulmaqdis dan serangan terhadap Masjid Al-Aqsa telah memasuki satu peringkat genting terutama selepas kerajaan penakluk Israel membuka sebuah Kuil Yahudi berhampiran masjid Al-Aqsa sebagai langkah awal untuk menghancurkan masjid Al-Aqsa. Bandar ini telah menyaksikan pelbagai pelanggaran hak asasi manusia di sekitar masjid Al-Aqsa dan tempat-tempat yang berhampiran susulan daripada pemberontakan rakyat Palestin di Tebing Barat.
Meskipun rakyat bersedia untuk mempertahankan hak dan kesucian mereka, regim Arab yang berkuasa, termasuk Pihak Berkuasa Palestin (PNA), tidak bersedia untuk berdiri menentang rancangan Tentera Penjajahan Israel (IOF) dalam meyahudikan Baitulmaqdis. Bahkan PA telah mencuba untuk mencegah penganjuran tunjuk perasaan menentang proses peyahudian di Tebing Barat sambil mengambil semua langkah yang perlu untuk mengelakkan tercetusnya pemberontakan Palestin ketiga.
Suasana di Mesir juga serupa di mana berlaku penangkapan berterusan ke atas ahli-ahli Gerakan Ikhwan Muslimun yang mengembelingkan protes massa pada Jumaat, Mac 12, 2010 dalam rangka untuk menyelamatkan Baitulmaqdis dan mempertahankan Masjid Suci.
Dalam perkembangan yang bergolak cepat di Palestin sekarang, IM menegaskan perkara-perkara berikut:
Pertama: Usaha IOF dalam meyahudikan Baitulmaqdis
1 – Ikhwan Muslimun terus menolak rencana IOF untuk merampas kawalan ke atas bandar lama Baitulmaqdis. Masjid Al-Aqsa adalah tanggung jawab semua umat Arab dan Muslim dan kita mesti kekal kuat dan tidak dihalang daripada matlamat kita biar apa pun pengorbanan yang diperlukan.
2 – Rejim-rejim Arab dan Islam mestilah menzahirkan kemarahan mereka dan memecah keheningan yang memalukan terhadap amalan IOF dan mengisytiharkan penolakan mutlak mereka. Semua hubungan dengan negara Israel mestilah diputuskan serta merta di samping mengusir dan menarik balik kedutaan yang berkaitan. Segala bentuk normalisasi antara musuh dan regim sudah memberikan alasan yang cukup bagi masyarakat untuk menyatakan kemarahan dan penolakan mereka terhadap peyahudian Baitulmaqdis dan pemusnahan masjid Al-Aqsa.
3 – Media Arab mesti melaksanakan peranan yang diberikan kepada mereka berkaitan matlamat Palestin sebagai isu terpenting. Ia harus berjuang untuk mendedahkan kezaliman rejim penakluk dan pembisuan Barat yang memalukan. Selain itu agensi-agensi antarabangsa dan negara-negara Eropah yang memegahkan diri mereka sebagai pembela kebebasan manusia dan martabat peribadi harus menyaksikan kekejaman ini. Baik media yang dikawal negara mahupun media bebas harus juga mendedahkan kelemahan rejim-rejim Arab serta menjadi terompet dalam menyebarkan pelanggaran-pelanggaran yang kerap terhadap Masjid Al-Aqsa.
4 – Semua masyarakat Arab dan Muslim mesti menjalankan peranan yang serius dan berkesan dalam mendesak rejim di negara mereka untuk menyokong perjuangan Palestin sepenuhnya. Rakyat mesti menolak sebarang skim yang bertujuan untuk mengekang suara orang ramai yang tidak berpuas hati dengan konspirasi yang disokong AS dan diterima oleh Eropah serta negara-negara Arab.
5 – Liga Arab mesti menarik balik serta merta inisiatif perdamaian tahun 2002. Selain itu ia tidak harus merestui sebarang rundingan langsung atau tidak langsung dengan penguasa penakluk Israel.
6 – Semua puak Palestin mesti mengenepikan perbezaan mereka dan menjadikan Masjid Al-Aqsa sebagai isu utama dan menyelaraskan semua usaha mereka.
Kedua: Kegiatan reformasi Ikhwan di arena politik Mesir
1 – Tidak diragui bahawa untuk mencapai reformasi politik dan pembaharuan sosial yang berkesan seluruh barisan politik pembangkang perlu bersatu dan sepakat atas satu pakej tuntutan yang asas. Pertama dan terpenting adalah menyeru kebebasan untuk semua, penamatan undang-undang darurat, dan pelaksanaan pengawasan kehakiman penuh ke atas pilihan raya parlimen bagi memastikan pilihan raya yang adil dan bebas dari penipuan, kebebasan untuk menubuhkan parti politik dan kebebasan untuk menerbitkan akhbar.
2 – Ikhwan Muslimun menegaskan bahawa mereka menentang apa yang disebut sebagai kesepakatan pemilihan. Parti NDP yang memerintah tidak mahu melihat gelombang kebangkitan politik di Mesir kerana ia akan mendedahkan amalan rasuah yang berleluasa di semua sektor negara. Ikhwan mempunyai keyakinan penuh pada pendapat orang ramai dan pilihan mereka dan percaya mereka mesti menikmati kebebasan penuh dalam memilih pemimpin dan wakil-wakil mereka di parlimen dan majlis tempatan.
3 – Regim yang ada sekarang berusaha untuk membahayakan kesatuan pembangkang Mesir dengan memburukkan imej mereka, mempersoalkan integriti mereka dan membakar api fitnah dan kebencian di antara parti.
4 – Kempen berpanjangan dalam menahan dan menangkap barisan Ikhwan Muslimun dan keengganan berterusan rejim dan pasukan keamanan negara dalam melanggar tuntutan dan keputusan mahkamah mengenai pembebasan tahanan mengesahkan bahawa Mesir sedang mengalami krisis yang berat. Regim pemerintah mesti menghentikan pendirian keras kepala dalam hubungannya dengan blok pembangkang aktif Mesir, terutama sekali dalam masa yang mencabar ini. Kami memperingatkan kesan buruk perilaku tak terkawal oleh pegawai keselamatan terhadap wanita dan anak-anak dan penyiksaan terhadap beberapa tahanan yang sebenarnya telah berlaku di wilayah pentadbiran Fayoum dan Giza.
Artikel Asal: http://www.ikhwanweb.com/article.php?id=23780