Sunday, May 15, 2011

Palestin Berada di Zaman yang Baru oleh Mursyid Am Ikhwan Muslimun

Segala puji bagi Allah, selawat dan salam ke atas Rasulullah saw dan mereka yang mengikutinya dari semasa ke semasa sehingga hari Kiamat.

Mesir dan Palestin adalah satu nyawa

Pencapaian terpenting revolusi Mesir ialah menerbitkan sumber kebebasan, ketinggian dan kemuliaan kepada bangsa Arab dan Islam. Ia telah mengembalikan cita-cita dengan harapan yang baru kepadanya, dan memberikan contoh yang unggul atas kemampuannya merebut kebebasan mereka dan mengalahkan rejim yang zalim. Harapan itu amat bermakna terutama pada saat kita melihat kebangkitan yang sebenar untuk membangunkan umat menuju ‘jantung yang berdegup’ (Palestin), sehingga tercapai pembebasan yang lebih besar di negara-negara Islam dari cengkaman kerajaan yang zalim, kejam dan tidak adil, dan mendirikan sebuah sistem yang adil lagi berkebajikan.

Seiring dengan itu, tidak menghairankan bahawa kita menggabungkan ke dalam satu jiwa antara bangsa Mesir dalam revolusi mereka dengan perasaan rakyat Palestin yang membara perjuangan mereka. Penggabungan ini mampu melemahkan kekuatan atas kekuatan. Justeru, seluruh Palestin adalah satu suara dari revolusi Mesir yang bertembung secara langsung dengan semua cabaran yang mengelilingi umat kita yang besar. Isu Palestin telah menempuh dimensi baru selepas revolusi Mesir. Perubahan itu pasti datang, dan matlamatnya pasti tercapai, jika usaha akar umbi disatukan untuk mengembalikan kebebasan dan kemuliaan tanpa melihat organisasi, kelompok atau ideologi tertentu. Terus meletakkan keutamaan dalam memberi perhatian kepada generasi revolusi baru yang berintelektual, yang memikul tanggungjawab kemerdekaan dan kebebasan, mampu untuk menghadapi cabaran dan mengisinya, bahkan mengalahkannya. Ia sama seperti yang dilakukan oleh bangsa Mesir yang telah mencetuskan satu revolusi yang penuh berkat. Kejayaan ini memperlihatkan bahawa apabila setiap kekuatan perpaduan dan kesatuan rakyat bangkit dengan mengenepikan kepentingan peribadi, ia akan mencetuskan gerakan rakyat dan politik yang membuka jalan kepada kehidupan yang lebih baik dan bermaruah.

Mesir dan Pembebasan Palestin

Mesir merupakan kunci bagi bangsa Arab dan menjadi cermin kepada kesejahteraannya. Hari ini ia kembali sihat, telah kembali, insya Allah – dengan terjatuhnya rejim diktator. Ia bersedia untuk melaksanakan projek akan datang iaitu pembebasan Baitulmuqaddis selepas mereka menutup pintu-pintu Palestin dengan dinding batu dan konkrit. Bangsa kita dipaksa berhadapan dengan penderitaan akibat pengepungan yang kejam dan mereka mengerang kesakitan angkara kekejaman tentera Zionis yang dikutuk di peringkat antarabangsa. Hasil dari revolusi juga telah mengembalikan Mesir kepada peranannya yang utama di dunia Arab selepas selama ini rejim diktator yang lalu sentiasa diancam oleh rejim Zionis dengan pelbagai tekanan disamping pemilikan senjata nuklear yang dimonopoli rejim Zionis di wilayah ini. Tekanan rejim Zionis itu berjaya membuatkan mereka menyerah diri dan menjadi pengecut untuk menuntut hak tanah air mereka yang asal.

Antara hak massa yang telah keluar berjuta-juta orang dalam sebuah revolusi damai yang dilindungi oleh pahlawan tentera yang setia - dan masih setia - untuk memainkan peranan bersejarah dalam menjaga bangsa dan melindungi revolusi ini ialah mengatasi kerosakan yang sudah berlaku dalam isu Palestin. Antara haknya juga ialah memasukkan salah satu tujuan Revolusi iaitu melakukan proses perubahan ke arah pembebasan Palestin melalui pengorbanan yang sangat besar dan nyawa jiwa-jiwa yang mulia. Pada hari ini perlulah ditetapkan pendirian yang serius tentang permasalahan umat Islam, iaitu hak rakyat Palestin untuk bebas seperti orang lain di dunia. Bahkan antara hak revolusi Mesir sekarang ialah menyeru pembebasan setiap inci negara Islam kita: Iraq dan Afghanistan, sama seperti kedudukan Palestin.

Rakyat Palestin dan fasa baru

Bukanlah revolusi Mesir hanya sekadar revolusi ke atas sistem pemerintahan semata-mata. Malah ia juga sebuah revolusi dalaman terhadap penindasan, penghinaan, intimidasi, kelaparan dan kekecewaan. Ia juga sebuah revolusi luaran sebagai pemimpin utama untuk menyambung kesatuan Arab dan memainkan peranan menyatukan negara-negara Islam selepas tiga puluh tahun tunduk kepada dasar Zionis Amerika dan menurut kehendak perjanjian Camp David. Ekoran itu kita telah menyaksikan suatu skandal yang amat memalukan berupa perjanjian penjualan gas kepada musuh dengan harga yang tak munasabah berbanding harga di pasaran Mesir dan pasaran dunia. Transaksi itu mengakibatkan kerugian tahunan berjumlah 3 bilion dollar! Rakyat Palestin bersorak gembira meraikan revolusi saudara mereka di Mesir yang telah memecahkan halangan ketakutan dan persenjataan dengan penuh keberanian sambil mengerahkan berjuta-juta orang ke jalan raya. Saat ini sangat memerlukan perpaduan, pembaikan dan tanggungjawab demi perubahan dan mencipta sejarah. Saat ini juga menyaksikan bahawa bangsa ini masih dalam sihat sejahtera, dan bukan seperti yang digambarkan oleh rejim penindas sebagai pengganas yang hanya tahu untuk meledakkan diri mereka, atau bangsa yang malas berusaha untuk memulihkan kebebasan mereka. Demikianlah, rakyat Palestin sudah boleh dalam waktu terdekat untuk mengumumkan permulaan suatu fasa baru bagi kebangkitan Arab, mempercepat langkah untuk pembebasan Palestin dan negara-negara saudara kita yang dijajah. Jelasnya, bumi diciptakan dalam keadaan bebas dan kita dilahirkan bebas. Dengan itu kebebasan adalah hak asasi manusia. Justeru, isu Palestin terangkum dalam ruang lingkup iman dan al-Quran. Firman Allah swt (bermaksud):

“untuk membinasakan sehabis-habisnya apa saja yang mereka kuasai” (A-Isra’: 7)

Kita yakin bahawa Allah akan mencukupkan keperluannya. Sesungguhnya Allah melaksanakan urusan yang dikehendakiNya dan Allah telah menyediakan ketentuan bagi tiap-tiap sesuatu.

Apakah selepas itu?!

Apa yang berlaku selepas itu menjadi pertimbangan penting buat pilihan Revolusi. Apakah yang berlaku selepas berjaya meningkatkan keseimbangan kekuatan? Apakah yang berlaku selepas rakyat dan tentera menjadi bagaikan satu tangan? Ya .. tidak akan berlaku lagi perlindungan dari Zionis selepas hari ini. Palestin tidak akan dibiarkan tanpa perhatian Mesir yang kuat dan Gaza tidak akan dibiarkan dalam kepungan atau menjadi pengemis. Justeru, dengan harapan ini, telah kembali kepercayaan diri rakyat Palestin ke arah penstrukturan domestik atas dasar kemasalahatan, mengenepikan perebutan kuasa dan kepuakan. Melalui semangat kesatuan rakyat telah bangkit dan rejim-rejim diktator telah jatuh. Penguasa akan lenyap, sedangkan rakyat tetap kekal. Mengatasi semua pertimbangan, kebenaran adalah yang tertinggi dan perintahnya perlu dilaksanakan. Ketentuannya telah berlalu dalam membantu penduduknya dan mengembalikan hak-hak mereka yang dirampas – mengembalikan kemuliaan mereka yang telah lenyap dan kekayaan mereka yang dijarah.

Apakah yang berlaku selepas ketakutan dan panik menimpa Zionis setelah terjadinya pemuafakatan antara Fatah dan Hamas? Ia sebenarnya ketakutan tentang masa depan Palestin dan isu konflik yang kini terancam dek revolusi nasional. Nentanyahu menyebut bahawa dia tidak akan mengusahakan persepakatan damai Zionis dengan Hamas. Ia seolah-olah mengesahkan bahawa Hamas bercita-cita menghancurkan negara mereka seperti sangkaan mereka sendiri! Pihak Radio tentera Zionis melaporkan tentang galakan untuk memecahkan usaha setelah Abu Mazen dilihat mula ‘bermain dengan api’ melalui pemuafakatan dengan Hamas, dan setelah pemerintah Palestin dilihat memilih untuk condong kepada pemuafakatan. Ini sebenarnya nada yang sudah lapuk. Amerika harus menyedari bahawa dunia telah berubah. Hanya Amerika yang masih degil dengan pendirian bahawa Palestin berdepan ancaman gerakan pengganas - merujuk kepada Hamas - yang akan menjadi sebahagian dari pemerintah Palestin!

Apakah yang berlaku selepas majlis tentera mengambil pendirian untuk menyokong dan memastikan suasana kondusif buat isu Palestin? Setelah tiada lagi cengkaman dari rejim diktator yang selama ini langsung tidak mengusahakan jalan penyelesaian, majlis tentera telah mengambil langkah berani menamatkan pemecahan dan menandatangani kepentingan kedua-dua belah pihak. Ia merupakan pencapaian baru bagi Mesir, yang diwakili oleh anggota majlis tentera, yang berusaha untuk mencipta ruang bagi membuka sempadan Rafah secara kekal selepas penutupan panjang. Penutupan itu berjaya menidakkan umat daripada memperolehi 3 bilion dolar melalui perdagangan bebas. Ini satu jaminan untuk mengembalikan semula keuntungan Arab untuk orang Arab. Justeru, pelaburan yang menggantikan perang ke atas umat kini menjadi pemacu ekonomi dan meningkatkan saiz pertukaran domestik. Ia suatu yang diperlukan untuk membangunkan kehidupan rakyat dan meningkatkan kesejahteraan mereka. Kegembiraan Palestin adalah juga dari usaha rakyat Mesir. Mereka kini terus menyokong Palestin dan sentiasa mengikuti keputusan-keputusan majlis tentera hari demi hari.

Kita telah menyaksikan pelbagai peristiwa kezaliman ke atas Palestin oleh rejim yang digulingkan – perjanjian Camp David, normalisasi, eksport gas ke Israel, bersekongkol dengan musuh dengan berdiam diri terhadap pencerobohan di Gaza, pengepungan dan kelaparan, pembinaan dinding besi di sempadan, dan membenarkan Zionis masuk tanpa visa. Ketika itu juga Menteri Luar Negara rejim Mubarak sanggup mengisytiharkan bahawa dia tidak akan membenarkan rakyat Palestin menyeberangi sempadan secara aman tanpa ‘memecahkan kakinya.’ Mereka berusaha menangkap pejuang Palestin dan menutup sempadan Rafah. Kini Mesir menuntut dengan suara yang kuat perkara berikut: menghentikan isu normalisasi yang membawa kepada kestabilan musuh kita, menamatkan masalah keselamatan sempadan Zionis, membunuh penyusup untuk musuh, menyelesaikan isu kepentingan ekonomi seperti Suez dan eksport gas yang merugikan disamping untuk keselamatan bangsa kita, bekerja keras untuk menyelesaikan pembukaan sempadan Rafah secara kekal, dan mempertimbangkan kembali perjanjian Camp David untuk dibentangkan kepada ahli-ahli parlimen yang dipilih melalui pilihanraya yang bebas. Inilah masanya untuk rakyat menyatakan pendapatnya selepas hak itu dirampas selama bertahun-tahun. Ini juga masanya untuk Mesir menawarkan perlindungan dan membantu kejayaan perdamaian Palestin. Sekiranya penjajah itu tidak memahami melainkan melalui logik kekerasan, biarkan rakyat Palestin yang kuat menentangnya. Namun sumber kekuatan saat ini adalah untuk mendamaikan dan bersatu bagi menamatkan situasi perpecahan. Setelah itu biarlah intifadhah rakyat yang akan menamatkan pendudukan dan mengembalikan Al-Aqsa yang dikasihi. Semua itu bagi Allah tidak terlalu jauh!


http://www.ikhwanonline.com/new/Article.aspx?SecID=213&ArtID=83759

Sunday, May 8, 2011

Risalah Mursyid: Seruan Kebangkitan dan Pembinaan


Mesej daripada Prof. Dr. Mohammed Badie
 – Mursyidul Am Ikhwanul Muslimin
28/4/2011

Segala puji bagi Allah, selawat dan salam ke atas Rasulullah, keluarganya, para sahabat, mereka yang mengikutinya dan menurut petunjuknya.

Pembersihan yang berterusan
Revolusi Mesir yang diberkati masih membuahkan hasil dan menunjukkan bukti praktikal kekuatan rakyat yang hebat, yang hidup dan sentiasa hadir dan yang masih menikmati semua unsur kekuatan, kesihatan dan keselamatan yang menjanjikan masa depan lebih cerah dalam waktu terdekat, dengan izin Allah. Kita telah melihat rakyat Mesir memutuskan untuk membenteras parti yang korup dan pendokong kerosakan, dan menuntut supaya dikembalikan dana dan harta awam yang dirampas untuk diserahkan kepada negara. Rakyat yang hebat masih bersungguh-sungguh memburu pemimpin dan sisa korupsi yang telah merencatkan kemajuan bangsa sejak beberapa dekad yang lalu, dan telah menghancurkan keperibadian Arab Mesir yang tinggi untuk kepentingan musuh-musuh bangsa demi faedah peribadi dan diri sendiri. 

Adalah penting untuk meneruskan proses pembersihan menurut caranya sambil kebangkitan rakyat terus berkekalan. Proses pendakwaan yang adil dan serius perlu dijalankan sehingga tiada lagi saki baki rejim yang terlepas daripada kejahatan mereka, atau melupuskan dokumen di tangan mereka yang mendedahkan rasuah dan kejahatan mereka, atau meneruskan usaha penyeludupan wang dan harta benda hasil rampasan milik bangsa ini. 

Dalam hal ini, kita menarik perhatian para pegawai dan mereka yang memerintah negara tentang keperluan untuk membuat susulan dengan baik dan serius mengenai nasib yang berbeza di antara antara pemimpin korup yang dipenjarakan dengan rakan mereka yang masih bebas dan  pemimpin yang melarikan diri ke luar negara. Ini kerana tidak diragukan lagi bahawa mereka tidak berhenti dari menggerakkan usaha untuk merapatkan barisan dan organisasi operasi mereka dalam cubaan untuk memadamkan Revolusi, dan cubaan untuk menyingkirkan semua dakwaan. 

Menuju masa depan untuk membina sebuah kebangkitan bangsa
Sekalipun kami sangat berminat dengan kesinambungan revolusi dalam hal proses pembersihan, ini tidak bererti bahawa kami hanya menitikberatkan permasalahan ini sahaja. Malah, usaha mestilah dilanjutkan untuk mencapai mesej revolusi dibina, iaitu mesej kebangkitan di Mesir dan pembentukan sebuah negara bebas dan moden hasil dari pengorbanan para syuhada’ dan darah mereka yang tercedera demi revolusi ini, dan yang telah menyerahkan kebebasan, kemuliaan, umur dan harta mereka demi mencapai impian yang diidamkan. Hal ini mewajibkan mereka bekerja untuk kestabilan urusan negara, segera mengembalikan aktiviti awam dan kegiatan ekonomi, wajib menghapuskan semua halangan untuk menyumbang dalam program yang mulia ini, dan wajib semua orang yang memiliki kemuliaan dan keikhlasan kepada bangsa ini untuk mengambil bahagian dalam melaksanakan kerja, seperti firman Allah swt (bermaksud):
dan tolong-menolonglah kamu dalam (mengerjakan) kebajikan dan takwa” (Al-Maidah: 2)

Dalam hal ini, kita menyeru kepada perkara berikut:

 *    Menarik perhatian kerajaan dengan tuntutan revolusi dan rakyat berkaitan pelantikan gabenor. Tidak logik untuk meletakkan urusan ini sama seperti yang dilakukan pada zaman yang penuh korupsi dengan melantik gabenor dari wajah-wajah sama yang telah menyumbang kepada korupsi pada masa lalu; yang membawa pengaruh buruk, memprovokasi rakyat dan menghalang kepentingan negara dan merosakkan prestij negara.

 *    Melakukan penyelesaian segera berkaitan majlis tempatan yang merupakan salah satu aspek terpenting yang telah menjerumuskan rejim Mesir lepas kepada korupsi.

 *    Terdapat kemahuan yang sebenar untuk melakukan penstrukturan dan pembangunan semula Sinai Utara dan Selatan, dan kerja-kerja projek nasional untuk membangun semula Sinai bagi meningkatkan pelaburan ke atas kekayaan mineral Sinai, dan mengeksploitasi kekayaan air bawah tanah, memajukan bidang pertanian yang berjuta-juta hektar, dan melaksanakan pembangunan yang menyeluruh ke atas sebahagian daripada negara yang sangat berharga yang berfungsi untuk menjaga sempadan timur Mesir.

 *    Seruan kepada warga Mesir yang berada di luar negara untuk menyumbang kepada pembangunan tanah air, dan melaburkan pengalaman mereka yang pelbagai dan wang yang disimpan dalam pembangunan dan kebangkitan tanah air tercinta ini. Pihak kerajaan hendaklah menetapkan peraturan dan perlindungan untuk menarik modal warga Mesir dan Arab, dan menyediakan sebab-sebab kejayaan projek secara serius.

 *    Seruan kepada usahawan Arab dan Muslim untuk melabur dalam pelbagai bidang di Mesir yang telah bebas dari rasuah, dan penuh dengan peluang yang menjanjikan kegembiraan dan kepuasan kepada setiap pelabur yang serius. Dalam hal ini, kita menghargai usaha yang kerajaan lakukan untuk menggiatkan hubungan dengan negara-negara Arab dan negara-negara jiran, dan menghargai kunjungan yang kerap dari negara-negara Arab, dan seruan untuk pemulihan lengkap peranan Mesir di dunia Arab dan serantau setelah dimusnahkan oleh rejim terdahulu.

 *    Mengucapkan terima kasih kepada pihak tentera dan kerajaan Mesir kerana mengembalikan peranan Mesir yang asasi dan sebagai pelopor dalam memelihara dan melaksanakan keamanan, menamatkan kepungan ke atas saudara-saudara kita di Palestin, dan meminta pegawai di sempadan untuk membuka terus sempadan Rafah untuk saudara-saudara kita di Gaza, dan bekerja untuk membentuk kawasan perdagangan bebas di daerah Rafah. Inilah kedudukan saudara-saudara kita di Palestin yang merupakan sebahagian dari kita, kedudukan Mesir di tengah-tengah Bangsa Arab dan peranannya di kalangan saudara-saudaranya yang lain.

 *    Seruan kepada kerajaan Mesir untuk lebih memberi perhatian kepada senario di Afrika, khususnya negara-negara di Lembah Nil. Kami juga  menyeru Al-Azhar dan Gereja Mesir untuk menyokong pendirian Mesir di Afrika.

 *    Kami mengajak masyarakat dan kerajaan-kerajaan Arab dan Islam untuk menyokong gerakan rakyat marhaen untuk kebebasan di Libya, Yemen dan Syria. Kami berharap penguasa negara-negara ini memiliki patriotisme dan nilai kemanusiaan untuk mendahulukan kepentingan masyarakat dan bangsa daripada apa jua kepentingan lain. Ini kerana rakyat dan bangsa terus kekal sedangkan penguasa akan silih berganti. Begitu juga supaya mereka tahu bahawa Allah akan menyoal mereka tentang apa yang dilakukan terhadap urusan negara dan hak-hak orang lain, dan boleh memilih untuk mengajak diri mereka kepada Rasulullah saw kerana terdapat ungkapan seorang sarjana: "Ya Allah, sesiapa yang menjalankan sesuatu urusan umatku sehingga membahagiakan mereka, maka berilah kebahagian kepadanya. Sesiapa yang memecah-belahkan urusan umatku sehingga berlaku persengketaan, maka pecah belahkanlah hidupnya”. Kami mengingatkan mereka bahawa rakyat yang keluar untuk menuntut hak-hak asasi mereka seperti kebebasan dan keadilan tidak mungkin berundur selagi tujuan mereka keluar itu tidak tercapai. Darah orang yang tidak berdosa akibat tindakan kejam rejim diktator akan menjadikan revolusi terus menyala dan terus melaungkan tuntutan pejuang-pejuang pembaharuan. Ini kerana kekejaman dan ketidakadilan selama mana sekalipun ia tetap akan lenyap. Firman Allah swt (bermaksud):  
Dan janganlah sekali-kali kamu (Muhammad) mengira bahwa Allah lalai
 dari apa yang diperbuat oleh orang-orang yang zalim” (Ibrahim: 42).

Kita meminta kerajaan membina semula hubungan Mesir dengan pelbagai negara di seluruh dunia atas dasar persamaan dan perkongsian; demi mencapai ketinggian bangsa Mesir. Begitu juga kerajaan mestilah serius untuk mengambil tindakan lanjut terhadap penjarah wang rakyat yang dilarikan oleh pimpinan korup dalam rejim yang lepas ke luar negara dan melaksanakan pembentukan jawatankuasa khas undang-undang untuk mengembalikan harta rakyat yang merupakan hak bangsa ini.

Selawat dan salam ke atas Rasulullah, keluarga dan para sahabatnya, dan segala puji bagi Allah, Tuhan semesta alam.

Monday, May 2, 2011

IM Menutup Persidangan 2 Hari; Memilih Pimpinan Parti


Sabtu, 30 April 2011

Setelah bersidang selama dua hari, Majlis Syura IM telah mengumumkan keputusan-keputusan yang tercapai dalam sidang paling bersejarah dalam tempoh 16 tahun.

Pelbagai isu telah dibincangkan termasuk masa depan Parti Kebebasan dan Keadilan serta peranannya dalam arena politik Mesir.

IM mengesahkan bahawa ia akan bertanding sehingga 50% kerusi parlimen tetapi menegaskan tidak akan mengemukakan calon untuk pilihanraya Presiden. Bagaimanapun, tiada keputusan diambil tentang siapakah yang akan disokong sebagai calon Presiden.

Persidangan diakhiri dengan pemilihan Dr. Mohamed Morsy sebagai Ketua Parti Kebebasan dan Keadilan manakala Dr. Essam Al-Erian terpilih sebagai Timbalan Ketua dan Setiausaha Agung akan disandang oleh Dr. Saad Ketatny. Ketiga-tiga mereka akan mengosongkan jawatan mereka dalam Maktab Irsyad.

Walaupun keputusan belum diambil samaada mereka akan menubuhkan pakatan dengan kumpulan politik lain, IM sedang berbincang dengan kumpulan politik lain dalam membentuk visi masa depan politik Mesir. Ketatny menerangkan apabila parti dilancarkan, keputusannya akan diambil secara bersendirian, selaku entiti berlainan walaupun parti dan IM akan menyelaraskan usaha-usaha mereka.

IM mengesahkan parti baru itu akan melibatkan keahlian dari segenap lapisan masyarakat mesir termasuk golongan Qibti. Parti Kebebasan dan Keadilan akan menjadi parti madani berdasarkan Islam dan memenuhi segenap peruntukan undang-undang dan perlembagaan Mesir.

Morsy juga menegaskan IM adalah sebuah entiti Islam yang sebahagian wadahnya melibatkan kerja politik yang akan dizahirkan melalui usaha-usaha Parti Kebebasan dan Keadilan.


Sumber: http://www.ikhwanweb.com/article.php?id=28494

Saturday, April 23, 2011

Persepsi Terhadap IM – Suatu Perjuangan Antarabangsa




Rabu, 20 April, 2011

Sebuah badan ‘think  tank’ pemantau ekstremisme yang berpusat di London telah melontar kritik terhadap kerajaan Britain atas rancangannya untuk mengadakan lawatan rasmi ke ibu pejabat Ikhwan Muslimun di Mesir.

Di tengah kekhuatiran yang meningkat terhadap jalinan hubungan dengan kumpulan Islam, termasuk IM, seorang bekas pegawai CIA juga telah mengeluarkan amaran bahawa IM akan menggunakan kuasa untuk mengenepikan perjanjian damai dengan Israel. Memandangkan Israel merupakan sekutu utama AS di rantau itu, peringatan ini telah mendapat perhatian.

Seperti dimaklumi, referendum di Mesir baru-baru ini berfungsi untuk menguatkan Ikhwan Muslimun yang sekarang berada dalam kedudukan politik terbaik di Mesir.

Referendum baru-baru ini membawa perubahan perlembagaan signifikan yang telah memungkinkan pilihan raya berlangsung dalam masa enam bulan. Jika dilaksanakan, IM dipercayai  mampu meraih sehingga 40% kerusi parlimen, menjadikan mereka wakil terbesar dalam kerajaan.

Kesan terbesar IM dilihat akan terserlah jika kumpulan-kumpulan pembangkang lain bergabung dengannya. Apapun, AS dan Israel merasa mereka akan menjadi sasaran jika IM menang dalam sebarang pecaturan kuasa, meskipun IM berterusan mengeluarkan kenyataan yang menyatakan komitment mereka untuk membentuk masyarakat madani yang didasarkan pada keadilan sosial dan kesediaan mereka menghormati perjanjian antarabangsa yang dimetrai oleh rejim yang lepas.

AS dan Israel khuatir IM akan berusaha untuk memburukkan Israel, walaupun tindak-balas ganas tentera Israel dan penggunaan kekuatan berlebihan terhadap Palestin, khususnya di Semenanjung Gaza, telah didokumentasikan dengan baik dan sudah tersohor di seluruh dunia.

Dalam reaksi yang diselubungi ketakutan terhadap pertumbuhan dan peningkatan pengaruh sah IM, Israel bimbang bahawa Mesir, di bawah pengaruh IM, akan mendesak supaya perjanjian dengan Israel digubal semula.

Memandangkan pengaliran dana Amerika ke Israel dimudahkan oleh  perjanjian ini, Israel benar-benar bimbang.

IM kini terkenal dengan saranan ke arah demokrasi dan polisi perubahan tanpa kekerasan, namun sokongan mereka terhadap Hamas dianggap mendatangkan ancaman bagi Israel yang menjadi semakin gelisah dengan perubahan yang berlaku di seluruh wilayah berhampiran.

AS dan Israel masih enggan membiarkan diri mereka mempercayai bahawa IM bersedia dan mampu terlibat dalam politik dan dalam masa sama menjadi unsur penstabil di Mesir tanpa penggunaan kekerasan, walaupun IM mempamerkan tindak tanduk yang layak dijadikan teladan sepanjang Revolusi 25 Januari.

Perlu ditekankan bahawa kalaulah IM menyimpan niat rahsia untuk menggunakan kekerasan, revolusi itulah masa terbaik untuk mengeluarkannya.

Ikhwan Muslimun tidak segan silu menjulang  iltizam mereka kepada nilai-nilai dan etika Islam dan terhadap keinginan untuk membina bangsa mereka pada tahap peradaban yang tinggi sambil menyatukan umat Islam atas asas rahmat dan taqwa.

Ikhwan Muslimun telah membentuk parti politik baru bernama Parti Kebebasan dan Keadilan susulan dari perubahan di negara itu selepas Revolusi 25 Januari. IM kini mengharungi tahun-tahun yang bergejolak sepanjang rejim Mubarak, bekerjasama dengan kuasa-kuasa pembangkang dan mengatur kegiatan sosial, sokongan dan nasihat kepada rakyat Mesir.

Terdapat kumpulan-kumpulan politik di Mesir yang baru muncul dalam arena politik yang terbuka sekarang tapi IM mewarisi suatu legasi penghormatan yang unggul di kalangan masyarakat Mesir dan dikenali dengan tekad tinggi untuk memenangkan kepentingan terbaik buat Mesir.

Kekhuatiran AS bahawa IM sedang memodelkan kumpulan mereka seperti Iran adalah tidak  berasas. Begitu juga dengankebimbangan bahawa gerakan itu akan membatalkan perjanjian perdamaian 1979 dengan Israel dan menentang kepentingan AS di Timur Tengah yang masih ditimbulkan  meskipun IM membuktikan secara berterusan yang mereka adalah sebuah kuasa Islam yang sederhana.

Dengan membentuk Parti Kebebasan dan Keadilan yang baru, IM membuktikan bahawa mereka tidak takut untuk mematuhi peraturan negara dan dengan berbuat demikian mereka telah menceburkan diri secara sah ke dalam kancah arena politik Mesir.


http://www.ikhwanweb.com/article.php?id=28433

Monday, April 11, 2011

Menyerang Qiyadah Melumpuhkan Dakwah

Muhammad Abdullah Al Khatib

Wahai Ikhwan, karena dakwah kamu semua merupakan kekuatan besar melawan kezaliman, maka wajar kalau kamu mengerahkan segala senjata dan kemampuan untuk menghadapi dakwah kamu semua, bahkan tidak ada jalan lain kecuali mereka memanfaatkan senjata dan kemampuan untuk memerangi musuh dan membentengi dakwah kalian.

Cara paling berbahaya yang digunakan oleh musuh yang licik adalah usaha menimbulkan pergeseran dalaman di dalam dakwah, sehingga mereka dapat memenangkan pertarungan karena kekuatan dakwah menjadi lemah akibat berpecah-belah. Sesuatu yang paling efektif dalam menimbulkan pergeseran dalaman dalam dakwah adalah hilangnya tsiqah antara ahli dan pimpinan. Sebab bila ahli sudah tidak memiliki sikap tsiqah pada pimpinannnya, maka makna ketaatan akan segera hilang dari jiwa mereka. Bila ketaatan sudah hilang, maka tidak mungkin ada kepemimpinan dan karenanya pula tidak mungkin jamaah dapat wujud.

Oleh karena itulah, maka Imam Asy-Syahid menekankan rukun tsiqah dalam Risalah At-Ta’alim dan menjadikannya sebagai salah satu rukun bai’at. Imam Asy-Syahid juga menjelaskan kepentingan rukun ini dalam menjaga solidariti dan kesatuan jamaah, ia mengatakan: “…Tidak ada dakwah tanpa kepemimpinan.

Kadar tsiqah – yang timbal balik – antara pimpinan dan yang dipimpin menjadi penentu bagi sejauh mana kekuatan sistem jamaah, kemantapan langkah-langkahnya, keberhasilan dalam mewujudkan tujuan-tujuannya, dan kemampuannya dalam mengatasi berbagai halangan dan kesulitan. “Ta’at dan mengucapkan perkataan yang baik adalah lebih baik bagi mereka” (QS 47:21). Dan tsiqah terhadap pimpinan merupakan segala-galanya bagi keberhasilan dakwah.”


Kita tidak mensyaratkan bahwa yang berhak mendapat tsiqah kita adalah pemimpin yang sebagai orang yang paling kuat, paling bertakwa, paling mengerti, dan paling fasih dalam berbicara. Syarat seperti ini sangat sulit dipenuhi, bahkan hampir tidak terpenuhi sepeninggal Rasulullah saw. Cukuplah seorang pemimpin itu, seseorang yang dianggap mampu oleh saudara-saudaranya untuk memikul amanah (kepemimpinan) yang berat ini. Kemudian apabila ada seorang ikhwah yang merasa bahwa dirinya atau mengetahui orang lain memiliki kemampuan dan bakat yang tidak dimiliki oleh pimpinannya, maka hendaklah ia mendermakan kemampuan dan bakat tersebut untuk dipergunakan oleh pimpinan, agar dapat membantu tugas-tugas kepemimpinannya bukan menjadi pesaing bagi pimpinan dan jamaahnya.

Saudaraku, mungkin anda masih ingat dialog yang terjadi antara Abu Bakar ra dan Umar ra sepeninggal Rasulullah saw. Umar berkata kepada Abu Bakar, ‘Ulurkanlah tanganmu, aku akan membai’atmu.’ Abu Bakar berkata, ‘Akulah yang membai’atmu.’Umar berkata, ‘Kamu lebih utama dariku.’ Abu Bakar berkata, ‘Kamu lebih kuat dariku.’

Setelah itu Umar ra berkata, ‘Kekuatanku kupersembahkan untukmu karena keutamaanmu.’ Umar pun terbukti benar-benar menjadikan kekuatannya sebagai pendukung Abu Bakar sebagai khalifah.
Tatkala seseorang bertanya kepada Imam Asy-Syahid, ‘Bagaimana bila suatu kondisi menghalangi kebersamaan anda dengan kami? Menurut anda siapakah orang yang akan kami angkat sebagai pemimpin kami?’
Imam Asy-Syahid menjawab, ‘Wahai ikhwan, angkatlah menjadi pemimpin orang yang paling lemah di antara kamu. Kemudian dengarlah dan taatilah dia. Dengan (bantuan) kamu semua, ia akan menjadi orang yang paling kuat di antara kalian.’

‘Wahai Ikhwan, mungkin anda masih ingat perselisihan yang terjadi antara Abu Bakar dan Umar dalam menyikapi orang-orang yang tidak mau mengeluarkan zakat. Sebagian besar sahabat berpendapat seperti pendapat Umar, yaitu tidak memerangi mereka. Meski demikian tatkala Umar mengetahui bahwa Abu Bakar bersikap keras untuk memerangi mereka, maka ia mengucapkan kata-katanya yang terkenal, yang menggambarkan ketsiqahan Umar yang sempurna, ‘Demi Allah, tiada lain yang aku pahami kecuali bahwa Allah telah melapangkan dada Abu Bakar untuk memerangi mereka, maka aku tahu bahwa dialah yang benar.’

Andai Umar ra tidak memiliki ketsiqahan dan ketaatan yang sempurna, maka jiwanya akan dapat memperdayakannya, bahwa dialah pihak yang benar, apalagi ia telah mendengar Rasulullah saw bersabda, ‘Allah swt telah menjadikan al haq (kebenaran) pada lisan dan hati Umar.’ Alangkah perlunya kita pada sikap seperti Umar ra tersebut, saat terjadi perbezaan pendapat di antara kita, terutama untuk ukuran model kita yang tidak mendengar Rasululiah saw memberikan cadangn kepada salah seorang di antara kita, bahwa kebenaran itu pada lisan atau hatinya.

Mengingat sangat pentingnya ketsiqahan terhadap fikrah dan ketetapan pimpinan, maka musuh-musuh Islam berusaha sekuat tenaga untuk menimbulkan keragu-raguan pada Islam, jamaah, manhaj jamaah, dan pimpinannya. Betapa banyak serangan yang dilancarkan untuk melaksanakan misi tersebut.

Oleh karena itu, seorang akh jangan sampai terpengaruh oleh serangan-serangan tersebut. Ia harus yakin bahwa agamanya adalah agama yang haq yang diterima Allah swt. Ia harus yakin bahwa Islam adalah manhaj yang sempurna bagi seluruh urusan dalam kehidupan dunia maupun akhirat. Ia harus tetap tsiqah bahwa jamaahnya berada di jalan yang benar dan selalu memperhatikan Al Quran dan Sunah dalam setiap langkah dan sarananya. Ia harus tetap tsiqah bahwa pimpinannya selalu bercermin pada langkah Rasulullah saw serta para sahabatnya dan selalu tunduk kepada syariat Allah dalam menangani persoalan yang muncul saat beraktivitas serta selalu memperhatikan kemaslahatan dakwah.

Kami mengingatkan, bahwa terkadang sebagian surat kabar atau media massa lainnya mengutip pembicaraan atau pendapat yang dilakukan pada pimpinan jamaah, dengan tujuan untuk menimbulkan keragu-raguan, menggoncangkan kepercayaan, dan menciptakan ketidakstabilan di dalam tubuh jamaah. Oleh karena itu, seorang akh muslim tidak diperbolehkan menyimpulkan suatu hukum berdasarkan apa yang dibaca dalam media massa, tidak boleh melunturkan tsiqahnya, dan tidak boleh menyebarkannya atas dasar pembenaran. Ia harus melakukan tabayyun (semakan) terlebih dahulu.

Allah swt menegur segolongan orang yang melakukan kesalahan dengan firman-Nya, “Dan apabila datang kepada mereka suatu berita tentang keamanan ataupun ketakutan, mereka serta merta menyiarkannya. Dan kalau mereka menyerahkannya kepada Rasul dan ulil Amri di antara mereka, tentulah orang-orang yang ingin mengetahui kebenarannya (akan dapat) mengetahuinya dari mereka (Rasul dan ulil Amri). Kalau tidaklah karena karunia dan rahmat Allah kepada kamu, tentulah kamu mengikut syaitan, kecuali sebahagian kecil saja di antaramu.” (QS 4:83).

*Dikutip dari Kitab Nadzharat Fii Risalah at-Ta’alim (Bab Ats-Tsiqah) terbitan Asy-Syaamil.

Artikel asal di: http://www.al-ikhwan.net/

Friday, April 8, 2011

Peranan Agama Dengan Kemunculan Revolusi


Agama sentiasa memainkan peranan penting di Mesir dan lebih-lebih lagi selepas Mubarak turun, Islam muncul kembali dalam arena politik.

Khamis, 7 April, 2011

Dengan kejayaan revolusi di Mesir dan kejayaan mengusir Mubarak dan rejimnya, rakyat Mesir sekarang berjaya mencipta suatu persekitaran politik baru dan sekarang peranan agama dalam kehidupan politik kembali menjadi tajuk perbincangan. Agama sentiasa memainkan peranan penting di Mesir dan lebih-lebih lagi selepas Mubarak tumbang, kumpulan Islam muncul kembali dalam arena politik.

Sewaktu Mubarak masih berkuasa, Ikhwan Muslimun telah mengutarakan slogan keagamaan yang diterima dengan baik oleh rakyat Mesir. Sekarang dengan kemunculan IM sebagai sebuah entiti yang sah di Mesir dari segi undang-undang, dan dengan kewujudan pelbagai kumpulan pembangkang yang berusaha untuk mengemukakan pindaan dan perubahan yang diperlukan, perdebatan telah bermula mengenai tempat agama dalam Perlembagaan masa depan Mesir dan aktiviti politik yang kembali giat di kalangan kumpulan-kumpulan Islam. Memandangkan Mesir terkenal sebagai masyarakat beragama, jelas bahawa Islam akan mempunyai tempat dalam gerakan menuju demokrasi.

IM adalah satu bahagian asas dan penting dalam kerangka agama Mesir dan mereka begitu dihormati. Mereka memegang suatu persepsi Islam yang sederhana dan bertolak ansur. Bagi IM, tidak ada pertentangan antara demokrasi moden dan undang-undang Islam yang menjamin kebebasan kepercayaan dan bersuara berdasarkan kesopanan awam dan hak-hak yang sama bagi wanita. IM juga komited kepada pembentukan sebuah kerajaan berdasarkan kedaulatan rakyat. Pengalaman menunjukkan bahawa IM telah berjaya mengadun gabungan strategi politik dengan prinsip-prinsip agama yang membentuk landasan etika dan moral.

Fasal satu dalam Perlembagaan Mesir - tahun 1971 - menjadikan Islam sebagai agama negara dan prinsip-prinsip undang-undang Islam sebagai dasar undang-undang. Fasal khusus ini tidak termasuk dalam referendum yang diadakan baru-baru ini tetapi beberapa pihak bimbang bahawa jikalau wujud sebuah perlembagaan baru, fasal tersebut mungkin tercicir. Pada masa yang sama pihak sekular khuatir yang fasal tersebut boleh mengarah kepada pembentukan negara Islam, seterusnya menjadikan Kristian Koptik didiskriminasikan.

Pindaan Perlembagaan, walaubagaimanapun, menjamin kewarganegaraan yang sama bagi setiap orang tanpa memandang agama, bangsa atau kepercayaan. Identiti agama di suatu negara tidak perlu mengganggu proses politik, tetapi, pada masa yang sama, mestilah dipelihara.

Sementara orang-orang Kristian Koptik menuntut peluang yang sama untuk menyertai arena politik, begitu juga kumpulan-kumpulan Islam, yang telah ditekan sekian lama, pun tidak seharusnya dikecualikan daripada kehidupan politik. Siapa saja yang menghormati prinsip kebebasan beragama dan kesamaan semua pihak mempunyai hak untuk turut serta dalam pembangunan Mesir baru. Pada masa yang sama, setiap individu atau kumpulan yang mencetuskan sebarang bentuk sektarianisme haruslah dipandang sebagai ancaman bagi demokrasi.

Islam di Mesir mempunyai pelbagai sudut dan tidak ada kumpulan yang boleh mengatakan ia mewakili 'Islam'.

Ikhwan Muslimun mewakili Islam sederhana, parti Wasat menawarkan tafsiran agama yang lebih progresif, dan gerakan Salafi mengambil pendekatan lain sama sekali dan pendirian mereka untuk menolak dan mengecam usaha revolusi baru-baru ini, yang dilihat sebagai pemberontakan terhadap kuasa yang memerintah, jelas menampakkan pandangan mereka.

Kewujudan kumpulan-kumpulan tersebut tidak semestinya bererti bahawa kebebasan Mesir yang baru dijumpai itu berada di bawah ancaman. Bahkan, arena terbuka politik Mesir akan memberikan peluang dan kesempatan kepada kumpulan-kumpulan agama untuk menyajikan mesej yang menarik kepada majoriti rakyat Mesir yang masih resah. Radikalisme, sebaliknya, adalah suatu ancaman kerana ia bertentangan dengan undang-undang yang baru ditubuhkan dan pastinya, mereka yang menyokongnya akan terpinggir dari segi politik.

Mesir baru saja berjaya menggulingkan autoritarianisme, dan sama sekali tidak bersedia untuk mengembalikannya dibawah topeng agama. Islam di Mesir tidak akan dibenarkan menjadi alat untuk menindas, tetapi sebagai sarana untuk toleransi dan kebebasan.

http://www.ikhwanweb.com/article.php?id=28359

Sunday, April 3, 2011

Mursyidul Am IM Merasmikan Markaz IM di Alexandria


Jumaat, 1 April, 2011

Mursyidul Am Dr. Mohamed Badie merasmikan Markaz IM di Alexandria pada petang Rabu. Sebilangan pemimpin IM turut hadir termasuk Gomaa Amin, Naib Mursyidul Am Mohamed Abdel Monem, Hassan Ibrahim dan Mohamed Sowidan.

Mursyidul Am telah bertemu sejumlah pemuda dan pemimpin di Alexandria. Beliau mengulas tentang projek pembangunan kerja IM, sambil menyebut setiap ahli mestilah mengambil bahagian dalam tugas membina kerja IM dalam fasa Mesir yang bersejarah ini.

Beliau menegaskan bahawa pemuda telahpun mengambil peranan dalam penulisan sejarah Mesir sambil menyebut yang IM akan menyusun kem-kem buat pemuda selepas era kejatuhan Mubarak dan rejimnya. Beliau menekankan yang perkhemahan ini sangat penting dalam membina keperibadian dan watak ahli IM.

Beliau juga menyatakan kepentingan untuk mengembangkan karya media IM dan turut mengisytiharkan bahawa mereka akan menubuhkan sebuah saluran TV satelit dan menerbitkan sebuah akhbar.

Beliau menyeru para pemuda untuk menghargai dan memahami pandangan-pandangan yang berlawanan dan berkata: "Kita harus terus istiqamah dalam mencapai yang terbaik untuk misi kita dan kita akan menganjurkan banyak pertemuan dengan para pemuda dan pemimpin IM untuk mendapatkan pandangan sebanyak mungkin bagi membangunkan kerja kita."

Pada akhir pertemuan itu pemuda-pemuda telah mendesak Mursyidul AM IM agar mereka boleh memperbaharui janji setia mereka kepada beliau, memandangkan keadaan keselamatan sewaktu rejim lalu telah membuatkan mereka sukar untuk melakukannya.

http://www.ikhwanweb.com/article.php?id=28315
 

My Blog List

FIKRAH & DAKWAH Copyright © 2009 Blogger Template Designed by Bie Blogger Template