CERPEN: Di sini ia bermula…
Sebuah syarikat besar di Malaysia, IsoMetrico (M) Berhad merupakan sebuah syarikat multinasional yang telah sekian lama wujud di Malaysia. Bisnes syarikat ini meliputi pengumpulan bahan-bahan mentah dan diproses untuk kegunaan di Malaysia dan antarabangsa. Sistem pemperosesan menggunakan templat/model yang dihasilkan dipatentkan oleh sebuah syarikat antarabangsa IsoMetrico International yang telah lama wujud dan beroperasi di berpuluh-puluh negara.
Syarikat IsoMetrico (M) telah menubuhkan pelbagai anak syarikat di Malaysia termasuk Aman Plus Sdn Berhad, Ismatic Ori Sdn Bhd dan Jimat Wang Sdn Bhd. Syarikat IsoMetrico (M) telah melabur wang dan tenaga yang banyak dalam membangunkan syarikat-syarikat berkenaan.
Semua anak-anak syarikat ini pada mulanya sangat berdaya maju serta memenuhi kehendak IsoMetrico (M). Semua anak syarikat dikawal-selia dengan baik oleh IsoMetrico (M), memastikan semua berjalan mengikut perancangan bisness keseluruhan bagi mencapai matlamat KPI yang ditetapkan oleh IsoMetrico International. Semua anak syarikat diberikan bidang khusus (niche) masing-masing dan dengan itu operasi dan bidang tugas mereka tiada persaingan atau pertindihan dengan anak-anak syarikat yang lain, apa lagi dengan bapa syarikat mereka, IsoMetrico (M).
Sebagai syarikat milik penuh IsoMetrico (M), semua ahli Lembaga Pengarah Aman Plus Sdn Berhad, Ismatic Ori Sdn Bhd dan Jimat Wang Sdn Bhd dilantik oleh IsoMetrico (M). Dari semasa ke semasa, Lembaga Pengarah anak-anak syarikat ini dipanggil menemui Lembaga Pengarah IsoMetrico (M) bagi membentangkan perancangan dan prestasi masing-masing.
Ada kalanya, berdasarkan keperluan operasi, ahli Lembaga Pengarah anak-anak syarikat di tukar ganti, dan dipindahkan dari satu anak syarikat ke anak syarikat yang lain. Ini tidak menimbulkan sebarang masalah kerana semua ahli Lembaga Pengarah berkenaan tahu, mereka adalah pekerja yang hanya menjalankan amanah syarikat bapa dan mereka sentiasa taat dan sedia berkhidmat untuk IsoMetrico (M), bukan untuk kepentingan peribadi.
Masa berlalu…
Tanpa disedari oleh pihak IsoMetrico (M), beberapa orang di kalangan pengurus dan ahli lembaga pengarahnya telah secara diam-diam menubuhkan sebuah syarikat lain dengan nama Qutlah Sdn. Bhd. Secara diam-diam juga, Qutlah telah berusaha membuat bisness yang hampir sama dengan IsoMetrico (M).
Dan untuk mendapatkan platform yang lebih baik, mereka telah berkonspirasi bagi mengambil-alih secara senyap-senyap pengurusan dan Lembaga Pengarah Syarikat Ismatic Ori Sdn Bhd. Di samping itu, mereka telah menyingkirkan beberapa ahli Lembaga Pengarah Ismatic Ori Sdn Bhd yang masih setia menjalankan bisnes asal yang ditetapkan Isometrico (M). Hasilnya, Ismatic Ori Sdn Bhd akhirnya menjadi anak syarikat dan kuda tunggangan bagi Syarikat Qutlah Sdn. Berhad.
Selang beberapa lama syarikat Qutlah kini menjelmakan diri mereka di dalam Ismatic Ori. Bukan itu, sahaja Qutlah telah mengarahkan agar nama Ismatic Ori Sdn Bhd ditukar menjadi Ismatic Fake Sdn Bhd dan menukar bidang kerja dan business Ismatic Fake tanpa merujuk kepada Isometrico (M).
Ismatic Fake mula menyebarkan dakwaan bahawa bapanya, IsoMetrico (M) tidak begitu pandai mengurus bisness di Malaysia. Ismatic Fake mengembangkan operasi sehingga bersaing dan bertindih bukan sahaja dengan rakannya Jimat Wang, tetapi juga IsoMetrico (M) sendiri. Seolah-olah Ismatic Fake pula mahu melawan tawkey!
Pihak Lembaga Pengarah IsoMetrico (M) telah membuat beberapa tindakan bagi memperbetulkan keadaan, memberi nasihat, membuat domestic enquiry dan cuba membawa Ismatic Fake kepada fungsi dan peranan yang sepatutnya di mainkan. Namun semua itu tidak diendahkan.
Untuk menjaga keutuhan Syarikat dan tidak mahu menunjukkan perpecahan, IsoMetrico (M) terpaksa bertolak-ansur dan kadangkala membiarkan Ismatic Fake beroperasi sedemikian, walaupun menyalahi peraturan.

Perkara yang sama dilakukan oleh syarikat Qutlah terhadap Amal Plus Sdn Bhd. Aman Plus ditubuhkan oleh Isometrico (M) untuk melakukan tugas-tugas khas memasarkan produk khas syarikat Isometrico . Malangnya, setelah syarikat Qutlah menguasai Aman Plus, mereka lantas mencantas kepentingan dan hubungan dengan Isometrico (M) dan menjadikan seolah-olah syarikat itu milik peribadi mereka.
Untuk melaporkan operasi di peringkat IsoMetrico International, kadangkala IsoMetrico (M) menghantar beberapa orang wakil yang ada kalanya terdiri daripada ahli Lembaga Pengarah anak-anak syarikat yang tanpa disedari telah menubuhkan Qutlah Sdn Bhd . Malangnya, wakil-wakil menggunakan kesempatan ini untuk memburuk-burukkan bapa syarikat IsoMetrico (M) di peringkat antarabangsa. Walaupun mereka dilantik oleh Lembaga Pengarah dan dibayar gaji oleh Isometrico (M) , mereka sanggup menyebar fitnah bahwa IsoMetrico (M) tidak melaksanakan bidang tugas yang diperuntukkan kepadanya seperti diperuntukkan oleh IsoMetrico International. Mereka menggunakan kesempatan perjalanan ke luar negara atas biayaan IsoMetrico (M) untuk melobi agar IsoMetrico International menamatkan kontraknya dengan IsoMetrico (M) dan menggantikannya dengan Isma Fake sdn bhd sebagai wakil sah di Malaysia. Di samping itu mereka mengambil peluang untuk membuka cawangan-cawangan Isma Fake Sdn. Bhd di beberapa negara asing.
Masa terus berlalu…
Oleh kerana bisnessnya semakin membesar, Isma Fake menjadi semakin besar kepala. Pada satu ketika, ia mula membuat dakwaan di kalangan pelanggan-pelanggan baru bahawa IsoMetrico (M) telah ditamatkan perkhidmatannya oleh IsoMetrico International. Diceritakan juga bahawa kononnya Isma Fake kini telah mengambil alih peranan IsoMetrico (M) dan diiktiraf sebagai wakil rasmi IsoMetrico International di Malaysia. Ia mula melaksanakan hal-hal yang sebelum ini dibuat oleh IsoMetrico (M), termasuk membuat kontrak-kontrak khas dengan pelanggan-pelanggan atas nama IsoMetrico International. Mereka juga melaksanakan program kesetiaan (loyalty program) sendiri berbentuk kad keahlian, dan bersaing dengan IsoMetrico (M) dalam setiap bidang perniagaan.
Setelah membuat semakan kepada IsoMetrico International, semakin jelas bahawa Isma Fake sebenarnya membohongi pelanggan-pelanggan mereka. Pihak Lembaga Pengarah IsoMetrico International tidak pernah berbincang, apa lagi berhasrat untuk melantik Isma Fake sebagai wakil di Malaysia kerana itu bertentangan dengan prinsip operasi IsoMetrico yang dilaksanakan di semua negara. IsoMetrico International yang mula risau dengan perkembangan yang tidak sihat itu telah menegur pimpinan Isma Fake.
Beberapa nasihat dan surat diutus oleh Lembaga Pengarah IsoMetrico International kepada ahli Lembaga Pengarah Isma Fake untuk menghentikan tindakan di luar disiplin dan memudaratkan keutuhan Syarikat payung IsoMetrico (M) yang telah sekian lama wujud, dilesenkan oleh IsoMetrico International dan mempunyai sistem pengurusan yang sistematik dan mantap.
Akhirnya, pihak IsoMetrico International menghantar wakil-wakil rasminya bagi menyelesaikan kemelut tersebut melalui domestic enquiry. Pihak ahli Lembaga Pengarah Isma Fake telah dipanggil untuk memberi penjelasan terhadap aktiviti di luar sistem yang dilaksanakan mereka. Akhirnya semua yang hadir menandatangani satu surat yang antara lain menyebutkan persetujuan akujanji untuk setia bersama IsoMetrico (M) dan Lembaga Pengarahnya serta menyokong semua peraturan dan strategi perniagaan yang ditetapkan.
Namun, dakwat tandatangan belum kering, kumpulan Lembaga Pengarah Isma Fake telah bertindak melanggar akujanji mereka sendiri. Semua butiran-butiran akujanji dibakul-sampahkan.
Natijahnya, pihak IsoMetrico International memberi mandat kepada pengurusan IsoMetrico (M) untuk mengambil tindakan yang sewajarnya bagi membendung kedegilan Isma Fake yang masih dibuai dengan harapan mereka menjadi wakil rasmi IsoMetrico . Namun, harapan mereka semakin berkecai.
Pihak Lembaga Pengarah IsoMetrico (M) memberi kata-dua kepada pihak Isma Fake; terus menjadi anak syarikat IsoMetrico yang berdisiplin, kembali berganding tangan dan mengikut perancangan keseluruhan IsoMetrico (M) atau bersedia untuk ditamatkan pertalian dengan IsoMetrico (M) dan seterusnya IsoMetrico International.
Isma Fake memilih untuk memutuskan hubungan dengan IsoMetrico (M), tetapi oleh kerana khuatir akan kehilangan pengaruh dan pelanggan serta keinginan untuk menjadi juara, pihak Isma Fake mengambil keputusan untuk terus menjalankan aktiviti haram mereka atas nama IsoMetrico International, walaupun tidak direstui oleh Syarikat mega antarabangsa tersebut.
Hasilnya, IsoMetrico (M) membuat pengisytiharan kepada umum bahawa syarikat Isma Fake Sdn Berhad dan Aman Plus yang dirampas secara haram oleh Qutlah Sdn Bhd kini dianggap sebagai bukan lagi anak syarikat yang sah IsoMetrico. IsoMetrico (M) juga mengeluarkan semua saham daripada Isma Fake dan Aman Plus mengarahkan semua anak-anak syarikat lain IsoMetrico (M) agar tidak lagi membuat sebarang urusan bisness dengan Isma Fake dan Aman Plus. Berdasarkan mandat dari IsoMetrico International, semua anak syarikat IsoMetrico di negara-negara lain juga sedang diarahkan untuk tidak lagi memberi kerjasama dengan aktiviti bisness Isma Fake Sdn Berhad atau Amal Plus Sdn Bhd di negara masing-masing.
Setelah dikenakan tindakan sedemikian, Isma fake dan Aman Plus membawa cerita kepada pelanggan-pelanggan dan rakan-rakannya bahawa ia dizalimi. Kononnya IsoMetrico (M) telah bertindak seperti diktator, padahal tindakan yang terakhir ini terhasil setelah bertahun-tahun Qutlah Sdn bhd menjalankan bisness haram di luar pengawasan dan pemantauan Isometrico (M). Ia dibuat setelah dinilai dan dinasihatkan dengan teliti oleh IsoMetrico International.
Apabila pembohongan mereka semakin terserlah dan ruang lingkup pergerakan haramnya mula menjadi semakin sempit, Isma Fake mula membuat storyline baru yang lain iaitu menyalahkan Lembaga Pengarah IsoMetrico (M) yang kononnya melobi IsoMetrico International agar tidak mengiktiraf Isma Fake.
Sayangnya, Lembaga Pengarah Isma Fake lupa bahawa untuk mengatakan Ahli Lembaga Pengarah IsoMetrico International boleh di’tipu’ kononnya oleh lobi Lembaga Pengarah IsoMetrico (M) adalah satu penghinaan kepada kewibawaan dan maruah IsoMetrico International. Adakah masuk logika akal pemimpin-pemimpin besar dan berpengalaman di dalam IsoMetrico International boleh termakan oleh kononnya ‘cerita-ceriti’ yang dibawa oleh pimpinan IsoMetrico (M)?
Mereka juga lupa bahawa pihak IsoMetrico International telah mempunyai pengalaman yang banyak menangani pelbagai kerenah anak-anak syarikat yang tidak berdisiplin di banyak negara lain. Mereka tahu siapa yang sebenarnya pembawa cerita dan siapa yang membawa fakta. Bak kata perpatah, bagi pengurusan IsoMetrico International yang sangat arif dengan sepak terajang politik perpecahan, ‘Sekilas ikan di air, mereka sudah tahu jantan betinanya’.
Apabila storyline ini juga semakin tidak diyakini oleh pelanggan-pelanggannya, kisah terbaru pula dikeluarkan oleh Lembaga Pengarah Isma Fake iaitu “sebenarnya syarikat Isma Fake tidak perlu mempunyai hubungan dengan IsoMetrico International. Walaupun mereka masih memasarkan produk dan perkhidmatan yang serupa dengan apa yang dibuat oleh IsoMetrico International dan IsoMetrico, mereka tidak perlu mendapat lesen dari IsoMetrico International untuk memasarkan produk tersebut, kerana produk yang baik itu milik semua orang.”

Untuk menyedapkan hati pelanggan setia mereka, mereka berkata bahawa Isma Fake tidak pernah dimiliki oleh sesiapa. Mereka juga tidak segan silu mendakwa bahawa Aman Plus ditubuhkan oleh mereka sebagai individu. Tanpa segan silu mereka berbohong dengan memadamkan peranan dan penglibatan Isometrico (M) dan pelaburannya yang banyak di dalam dua buah syarikat tersebut. Mereka tidak sedar pembohongan tersebut dicatat oleh Allah dan dilihat oleh pelanggan-pelanggannya.
Pelanggan-pelanggan Isma Fake yang bijak dan matang kini mula dapat menilai setiap perkembangan yang berlaku dan mula berhijrah kembali melanggan produk-produk Ikrar Setia Bhd.
Baru-baru ini IsoMetrico (M) yang kini telah berkembang menjadi Syarikat Berhad dengan menubuhkan puluhan anak syarikat baru dan menukar namanya kepada Ikrar Setia Bhd.
Helah terkini Isma Fake ialah, Isma Fake tak ada kena mengena dengan Ikrar Setia Bhd, seolah-olah ingin memadamkan sejarah hitamnya. Tidak kah mereka sedar bahawa hutang tidak terhapus sekadar kerana syarikat sudah bertukar nama.
Sama-samalah kita saksikan…entah apa lagi helah dan storyline yang bakal muncul…