Friday, November 6, 2009

Petikan Buku Al-Awaiq


النور الأول : الإستعاذة من الفتن
Cahaya Pertama : Mohon Perlindungan-Nya Drp Fitnah
http://harisbain.blogspot.com/
  1. Apabila engkau merasakan ada sesuatu yang tak kena, ternampak bibit kekeliruan dan kepelikan mula menampakkan hujung rambutnya.... segeralah memohon agar Dia melindungimu. Itulah ajaran Rasul dan amalan Ammar Bin Yaser ketika berhadapan dengan bibit awal fitnah khilaf sesama Islam di kala itu : Ya Allah! Lindungilah aku drp Fitnah " أعوذ بالله من الفتن " riwayat al Bukhari. Ammar ini telah diperakui oleh nabi bahawa dia adalah dari kelompok yang betul dan dia akan dibunuh oleh kelompok pelampau.
  2. Ibnu Hajar dalam Fathul bari menyatakan " Hadith ini menjadi dalil sunnat untuk seseorang itu mengulangi doa agar diselamatkan drp fitnah walaupun dia yakin dia berada di atas landasan yang benar, bimbang entah- entah dia terjerumus ke lembah fitnah yang tidak dijangka
  3. Untuk itu , wahai sahabat dan anak- anakku, ulangilah dengan kerap doa di atas, dalam sebarang sempena hidupmu, agar Dia melindungimu, walaupun engkau tidak cerdik ( dengan kebendulanmu, atau luar jangkaanmu) untuk memahami tipu muslihat orang lain. Allah itu adalah sebaik pembantu dan pelindung, mengasihi hambaNya yang gusar dan bimbang.
  4. Tapi, bukan sebarang istiazah, ...... pohonlah dengan hati yang sangat tulus, agar engkau diselamatkan kerana fitnah itu amat gelap untuk kau kenali dengan segera... dan jauhilah mereka yang enggan bersamamu memohon diselamat.... sehingga kegelapan itu hilang dek munculnya fajar pagi.
  5. Begitulah juga nasihat yang diperolehi oleh seorang ahli zuhud Yusuf Bin Al Husain hasil aduannya tentang dirinya yang mula cinta kepada dunia secara agak berlebihan dan mula terserlak akhlak yang dia tak sukai untuk dirinya : Bismillahir Rahman al Rahim, telah sampai kepadaku suratmu dan aku faham kandungannya. terimakasih atas kepercayaanmu kepadaku. Aku merasakan kamu perlu melazimi doa dan kerap mengetuk pintuNya kerana sesiapa yang mengetuk pintu tanpa jemu, pasti akan dibenar masuk. Kalau kamu ada kesediaan untuk memiliki kesucian nurani, tinggalkanlah perilaku dan tatacara yang buruk itu. Ianya tiada sebarang manfaaat buat agama dan duniamu. Jauhkanlah dirimu dari terus mendekati mereka yang tak terjamin kamu akan terselamat dari petaka kealpaan dan kecuaian. Binalah benteng kukuh untuk menghadapi pancaroba itu dengan sifat qanaah dan mengharap ganjaranNya sahaja dan pohonlah agar Dia mengurniaakan buatmu kepekaan untuk bertaubat
  6. Untuk itu, wahai teman dan anak- anakku! Kerap dan terus berdoa agar kau diselamatkan drp fitnah dan dikurniakan keinsafan dan kepekaan untuk bertaubat
أعوذ بالله من الفتن

Nota: Kitab Al-Awaiq ditulis oleh Abu Ammar Muhammad Ahmad Arrashid yang gambarnya ada dalam posting solat jenazah AlMarhum Sheikh Hasan Bashir
 

My Blog List

FIKRAH & DAKWAH Copyright © 2009 Blogger Template Designed by Bie Blogger Template