Tetapi sunnatullah dalam dakwah telah berlaku pada kita. Pembersihan saf mesti berlaku.
Akan ada orang yang akan merasakan bahawa mereka lebih betul dari orang lain. Hal ini adalah perkara biasa selagi mana masing-masing masih berpegang kepada tsawabit (prinsip tetap) yang telah digariskan oleh pengasas jamaah.
Garisan prinsip tetap ini telah memelihara jamaah dari awal dulu lagi.
Di sinilah kehebatan Ikhwan.
Prinsip perlunya ketaatan kepada pemimpin sah yang telah dipilih telah menjadi pemelihara kepada jamaah dalam melalui pelbagai badai fitnah dalaman yang akhirnya akan menguji siapakah yang mampu bertahan mengikut prinsip jamaah dan sanggup meleburkan pendapat peribadi.
Ramai orang mengaku pendokong Ikhwan tetapi sebenarnya mereka telah lama keluar dari garisan amal, fikrah, akhlak dan tsawabit Ikhwan.
Sebahagian orang mendakwa mereka masih mengikut manhaj Ikhwan yang diasaskan oleh Imam AlBanna.
Kumpulan-kumpulan serpihan yang wujud di pelbagai negara akan mendakwa mereka tetap ikhwan walaupun telah dikeluarkan dari sistem tandzim Ikhwan di negara masing-masing.
Mereka belum menyedari bahwa sebenarnya mereka dikeluarkan dari sistem Ikhwan kerana mereka tidak lagi berpegang kepada tsawabit Ikhwan yang jelas seperti mentaati keputusan syura dan pimpinan yang sah.
Di antara asas Ikhwan ialah Usul Isyrin, yang menjadi tonggak rukun pertama daripada rukun-rukun baiah, AlFahmu. Kefahaman dan pegangan yang kukuh dengan 20 prinsip itu membezakan di antara pendokong Ikhwan sebenar dengan orang yang berpura-pura mendokong ikhwan, walaupun mereka menghafal setiap mukasurat daripada kitab-kitab Ikhwan.
Seperti tertera di dalam artikel Shidqul Intima':
Lihat http://fikrah-dakwah.blogspot.com/2009/11/shidqul-intima-menjadi-anggota-jamaah.html
"...Imam Al-Banna menulis Ushul ‘Isyrin ini:
1. Dalam rangka kesatuan pemikiran, gerakan dan manhaj tarbawi bagi Jama’ah di tengan berbagai badai,
2. Agar tidak muncul berbagai madrasah pemikiran atau “jama’ah-jama’ah” yang menyusup ke tengah-tengah Jamaah,
3. Untuk tidak memberi toleransi terhadap adanya pemikiran yang menyusup atau gagasan yang menengtang Jamaah –disebabkan adanya emosi yang meluap yang bermaksud menyusupbarisan,
4. Untuk menjaga jama’ah agar tetap berada di atas garis tarbawi dan da’awi yang asal, menepis berbagai kotoran dan upaya-upaya penumpangan terhadapnya,
5. Dan pada akhirnya agar menjadi rujukan saat terjadi ikhtilaf (perbedaan) atau saat munculnya satu bentuk inhiraf, sebab Ushul ‘Isyrin dapat membantu penyelamatan amal, dan implementasi yang baik yang akan menjaga Jama’ah dan anggotanya dari berbagai penyelewengan..."
Dari sini timbul persoalan, adakah mereka membaca Usul Isyrin, memahaminya, menghayatinya dan berpegang dengannya?
Mari kitab lihat Asas yang kelima.
Asas KELIMA:
“Pendapat imam (ketua) dan timbalannya dalam masalah yang tidak dinaskan atau telah dinaskan tetapi nas tersebut boleh ditafsirkan dengan pengertian lain, demikian juga pendapatnya dalam masalah yang berhubung dengan maslahat umum, boleh diterima dan diamalkan sekiranya pendapat tersebut tidak bertentangan dengan kaedah syariat. Pendapat tersebut boleh jadi berubah menurut keadaan, persekitaran dan adat. Taabud (pengabdian) adalah menjadi asas kepada ibadat dengan tidak melihat kepada rahsia, hikmat dan tujuan ibadat tersebut.”
Apa huraian yang tertera di dalam kitab-kitab Ikhwan mengenai Usul ini?
Berikut kita nukilkan beberapa petikan yang relevan:
1. Syarah Usul Isyrin
“Pendapat imam dalam perkara-perkara ijtihadiah, iaitu perkara-perkara yang tidak disebutkan dalam nas Al-Quran atau hadith, atau ada nas yang menyentuh perkara tersebut tetapi boleh ditafsirkan dengan beberapa pengertian dan demikian juga pendapat imam dalam perkara-perkara yang bersangkutan dengan masalehulmursalah (maslahat umum) adalah diterima dan berkuatkuasa, kecuali pendapat-pendapat beliau itu bertentangan dengan kaedah-kaedah syariat atau bertentangan dengan asas-asas yang telah dipersetujui oleh ulamak Islam, atau bertentangan dengan nas Al-Quran atau hadith yang jelas, kerana kaedah dalam Islam telah mengatakan: “Ijtihad tidak boleh dilakukan dalam masalah yang bertentangan dengan nas”.
Anggota jamaah haruslah mematuhi dan mentaati keputusan yang dibuat oleh ketua mereka melalui ijtihadnya, kerana ijtihadnya adalah sah di segi syariat. Tetapi andainya ijtihad ketua keluar dari landasan yang telah diharuskan dan bertentangan dengan nas syariat, anggota jamaah tidaklah wajib mematuhi dan mentaati ketua mereka dalam ijtihadnya, kerana tidak ada ketaatan kepada makhluk dalam perkara maksiat kepada Khalik.”
2. Nadhorat Fi Risatuttalim
“ Dalam usul ini, Imam Assyahid menerangkan beberapa siasah syari’yah, perkara yang harus atau tidak bagi imam dan naibnya. Beliau meletakkan batas-batas syarak untuk itu. Apabila batas-batas tersebut tidak dijaga, ia akan menatijahkan tidak terlaksananya hukum hudud, hak-hak pula akan menjadi sia-sia di samping membuka pintu-pintu kejahatan dan kerosakan.
Di antara hak-hak penting di dalam usul ini ialah beramal dengan pandangan ijtihad imam dan naibnya dalam ruang-lingkup yang tertentu dengan syarat-syarat yang akan kita sebutkan nanti.
Kepentingan beramal dengan pandangan imam dan naibnya terserlah dalam menyelesaikan pertelingkahan, memutuskan urusan-urusan serta menjaga jamaah daripada berpecah dan tenaga tidak berpadu”.
3. Annahjul Mubin Lisyarhi Al-Usul Ishrin
“ Pensyarah Kitab Akidah Thahawiyah mengatakan: “ Nash-nash al-Quran, Sunah dan ijmak menunjukkan bahawa pemimpin negara, imam salat, hakim, panglima perang dan amil zakat harus ditaati dalam masalah-masalah ijtihadiah, bukan ia yang mengikuti pengikutnya dalam masalah-masalah ijtihdiah. Merekalah yang wajib mentaati pemimpin dan meninggalkan pandangan pribadi mereka sendiri. Hal itu kerana kemaslahatan persatuan dan kesatuan, serta bahaya perpecahan dan polemik lebih besar dibanding dengan maslaah-maslah ijtihadiah yang parsial ini.
Nah, bandingkanlah pegangan kumpulan-kumpulan serpihan yang anda temui dengan prinsip-prinsip yang jelas tertera di dalam manhaj Ikhwan yang evergreen ini.
Berhati-hatilah jika ada pihak yang memberikan alasan dan justifikasi bagi membolehkan mereka tetap melanggar perkara-perkara asas dalam Ikhwan seperti ni.
Tiba masanya untuk anda mengatakan TIDAK kepada penyelewengan yang jelas daripada jalan, manhaj, fikrah dan tsawabit Ikhwan.