Saturday, February 13, 2010

Kaherah: Perintah tahanan 15 hari untuk Pimpinan IM











Rabu, 10 Februrari 2010

Pihak pendakwaraya telah mengemukakan perintah tahanan 15 hari terhadap kepemimpinan IM yang ditangkap di dalam operasi mutakhir pemerintah ke atas pembangkang.

Tahanan yang merupakan golongan yang disegani dan dihormati termasuk:

  1. Dr Essam El-Erian
  2. Dr Mohyee Hamed
  3. Dr Abdul Rahman Al-Barr
  4. Ahmed Ali Abbas
  5. Mohamed Saad Elewa
  6. Ibrahim Alsayed
  7. Ahmed Abdul Atty
  8. Mustafa Alshorbatly
  9. Dr Mohamed Abdul Ghany
  10. Waleed Shalaby
  11. Dr Ihab Ibrahim
  12. Dr Ali Abdul Rahim
  13. Khalaf Thabet Haridy
  14. Eng. Mosaad Ali Qutb
  15. Dr Mohamed Aldisouky
Kumpulan ini telah dituduh dengan pelbagai kesalahan yang biasanya ditujukan kepada IM. Peguam utama kumpulan ini Abdul Monem Abdul Maqsoud memberitahu Ikhwanweb bahawa kumpulan ini tidak akan memberi sebarang kenyataan kerana jelas pihak pendakwa telah menetapkan keputusan iaitu menahan kumpulan tersebut selama 15 hari sementara menunggu siasatan.

Dr Mahmoud Ezzat, Dr Mohyee Hamed, Dr Abdul Rahman Al-Barr dipindahkan ke Penjara Al Marg manakala tahanan lain dibawa ke Penjara Tora.

Artikel asal: http://www.ikhwanweb.com/article.php?id=23100
 

My Blog List

FIKRAH & DAKWAH Copyright © 2009 Blogger Template Designed by Bie Blogger Template