Mursyidul Am Dr. Mohammed Badee’ kepada Reuters: Ikhwan Muslimun mengecam keganasan dalam semua bentuk dan menggesa ditubuhkan satu barisan sepadu bagi memerangi sikap tidak toleransi.
Jumaat 29 Januari 2010
Merujuk penglibatan Ikhwan Muslimun dan khabar angin menyatakan rejim pemerintah tidak akan memberi peluang yang sama seperti pilihanraya parlimen tahun 2005, Mursyidul Am menjawab Ikhwan Muslimun akan menurut mengikut kehendak orangramai. Ikhwan Muslimun juga menyatakan jika pilihanraya adalah bebas, adil dan telus, maka ia akan menerima keputusan rakyat dan menekankan bahawa gerakan ini sentiasa menghormati kebebasan membuat pilihan serta bersuara.
Peranan Ahli Parlimen Ikhwan Muslimun
Mursyidul Am berbangga dengan pencapaian gerakan ini di Parlimen dan pelaksanaan meluas kaedah pemantauan oleh ahli Parlimen seperti penyiasatan, soal-siasat, pembentangan soalan, serta cadangan deraf undang-undang. Beliau memperincikan kesungguhan ahli Parlimen IM menghadiri mesyuarat dewan rakyat serta penglibatan dan interaksi yang dimainkan mereka dalam perbincangan-perbincangan yang penuh kontroversi. Beliau menambah, 90% soalan yang dikemukakan di Parlimen datangnya dari ahli parlimen Ikhwan dan sekiranya tiada campurtangan rejim, Ikhwan Muslimun sepatutnya berhak diberi 40 kerusi tambahan. Mursyidul Am menyatakan masalah sebenar bukan berpunca daripada badan perundangan ataupun pada pencalonan tetapi daripada mekanisma yang tidak cekap bagi mengendalikan pilihanraya secara bebas dan adil. Beliau mencemuh pengendalian pilihanraya masakini yang mana terdapat kertas undi mencatatkan nama pemilih yang telah meninggal dunia yang mengundi parti pemerintah, NDP.
Beliau menyatakan pindaan perlembagaan yang diluluskan baru-baru ini tidak dilihat sebagai ancaman politik kepada gerakan ini kerana Ikhwan Muslimun bukan sekadar berminat dalam politik sahaja, malah ianya adalah gerakan Islam yang wujud berdasarkan Quran dan Sunnah. Gerakan ini lebih memberi tumpuan kepada reformasi dan kemajuan dalam negara Mesir dan untuk Mesir.
“Kami menggalakkan rakyat Mesir supaya memperjuangkan hak mereka dan kami menentang penindasan dan penafian hak serta kebebasan asasi yang sedang berlaku sekarang. Maka kami menuntut pemerintah dan kerajaan mengembalikan hak-hak ini.”
Ikhwan Muslimun dan kaum Copt (Kristian Mesir)
Berhubung dengan pandangan Ikhwan tentang kaum wanita dan Copt, Badie menegaskan bahawa kaum Copt merupakan rakan senegara. Beliau menerangkan bahawa keputusan Ikhwan untuk mencalon kalangan Copt atau wanita untuk Presiden bergantung pada pandangan ulama. Oleh itu terpulang kepada rakyat untuk menentukan pemimpin mereka. Beliau memetik kenyataan Pope Shenouda III (Ketua kaum Copt) yang mana telah berkata bahawa kaum Copt tidak bertujuan untuk mencalon untuk Presiden sebab perkara ini akan ditentukan oleh kehendak rakyat, yang dalam konteks Mesir akan berpihak kepada kaum Islam. Mursyidul Am berpendapat bahawa keputusan Pope itu adalah bijak dan selaras dengan pandangan Ikhwan Muslimun bahawa Mesir adalah negara Islam dan jawatan Presiden berkehendakkan ciri-ciri tersebut.
Ikhwan dan keganasan
Amaran Presiden Mubarak akan mengamalkan pendekatan yang yang tegas terhadap keganasan tidak membimbangkan gerakan ini kerana mereka juga menentang keganasan. Keganasan dalam apa bentuk pun akan dikecam oleh Ikhwan Muslimun. Gerakan ini tidak pernah dan tidak akan menerima keganasan. Sebaliknya mereka menuntut keamanan, kesabaran dan toleransi. Beliau merujuk kepada Biro panduan pilihanraya gerakan itu sebagai contoh aliran pemikiran yang sederhana yang mana mereka lebih mementingkan demokrasi dan kematangan dialog dari keganasan dan kezaliman.
Merujuk kepada pilihanraya Presiden beliau menafikan ada pemimpin Ikhwan Muslimun yang pernah bertanding sebagai calon atau pun kemungkinan akan bertanding pada pilihanraya akan datang, atau memberi sokongan pada satu calon untuk menidakkan peluang calon lain kerana isu ini adalah terlalu awal. Beliau menggesa pertubuhan masyarakat, kesatuan sekerja, dan kesatuan pelajar digunakan sepenuhnya. Badee menafikan adanya dailog dengan mana-mana Pentadbiran Amerika atau Eropah, menegaskan bahawa sebarang dailog dengan mereka mestilah mengikut saluran sah negara Mesir.
Badee mengakhiri temuramah dengan menegaskan bahawa kebebasan hak adalah perjuangan kemanusiaan dan semua negara patut diberi layanan yang sama. Tidak ada negara yang berhak untuk menundukkan atau menzalimi orangramai. Barat sepatutnya mendukung persamarataan untuk semua orang dan dan bersatu melawan kezaliman dan ketidakadilan seperti yang sedang berlaku di Palestin dengan penjajahan Israel. Begitu juga di Iran dan Afghanistan. Beliau mengingatkan sekiranya mahu melawan kezaliman, kita mesti mampu menyuarakannya. Kezaliman boleh terus berleluasa jika tiada yang bersuara menentangnya.
Artikel Asal: http://www.ikhwanweb.com/article.php?id=22864