Selasa, 16 Februari 2010
Pasukan Keselamatan Mesir menangkap 16 daripada para pemimpin Ikhwanul Muslimin pada hari Selasa 8 Januari 2010. Penangkapan tersebut termasuk Timbalan Mursyidul Am Dr Mahmoud Ezzat, dan tiga ahli Maktab Irsyad iaitu Dr Essam Elerian, Dr Mohy Hamed dan Dr Abdel Rahman El-Barr.
Dua belas pemimpin IM lain dan tokoh-tokoh dalam masyarakat Mesir juga ditangkap sekaligus membuktikan bahawa sistem pemerintah yang mahu mengecualikan dan menolak penyertaan kekuatan politik rakyat dan masyarakat dalam pilihan raya Parlimen dan Majlis Syura yang akan datang.
Penangkapan ini dibuat terus-menerus sebagai tanda kebobrokan dan penindasan oleh sistem pemerintah tanpa memperhatikan masalah-masalah yang dihadapi oleh negara secara dalaman dan luaran. Dari mengutamakan masalah untuk meredakan ketegangan sosial, mengatasi krisis ekonomi dan memulakan pendamaian antara rejim dengan semua lapisan masyarakat, rejim pemerintah lebih sibuk untuk menjadi diktator dan berbuat kezaliman. Penangkapan dibuat berikutan pemilihan Mursyidul Am Ikhwanul Muslimin yang telah dijalankan dengan gambaran kematangan sosial dan politik gerakan tersebut yang tidak menyenangkan pihak berkuasa yang mahukan ketegangan dan ketidakstabilan serta merobek prinsip kebebasan.
Hal ini juga berlaku ketika cabaran-cabaran berkenaan pembebasan Palestin yang merupakan perkara utama bagi dunia Arab dan dunia Islam, menunjukkan bahawa ada usaha mendasar untuk membatalkan dan menghancurkan semua kekuatan yang menyokong rakyat Palestin dan penentangan terhadap Israel untuk membebaskan Palestin dan Masjid Aqsa.
Kami ingin menekankan perkara berikut:
1. Ikhwanul Muslimin ditubuh berdasarkan reformasi dengan dasar Islam yang benar dan lengkap melalui semua usaha yang damai. Kami menyeru kepada orang-orang Islam di mana kerajaan merupakan sebahagian daripadanya dan kebebasan adalah salah satu prinsipnya. Rejim pemerintah perlu menghentikan sarana dan langkah untuk menghancurkan usaha yang merosakkan identiti, budaya dan tamadun Mesir.
2. Kempen yang zalim ini tidak akan sesekali berjaya menjejas atau mengalihkan perhatian dari seruan dan jalan kami. Kami tidak akan berundur dari pendekatan dan kaedah pembaharuan kami serta perubahan berperingkat secara damai. Strategi utama kami dalam fasa berikutnya adalah untuk meneruskan usaha IM bagi mencapai matlamat kami melalui semua sarana yang menepati perlembagaan dan perjuangan secara damai dengan memperluaskan hubungan dan dialog dengan semua pihak dalaman untuk kepentingan negara.
3. Penangkapan yang berterusan dan juga sejumlah tuduhan yang tidak adil terhadap IM serta permusuhan yang terus berlangsung terhadap usaha mereka tidak akan memanfaatkan negara, bahkan hal itu akan menyebabkan ketidakstabilan dan inilah antara keinginan pihak Israel.
4. Penangkapan tersebut bertujuan untuk menutup bantahan-bantahan rakyat; maka kami menyeru kepada semua kekuatan nasional untuk mengutuk kempen ini, mengisytiharkannya dan bersatu dalam menentang kezaliman dan rasuah.
5. Penangkapan ini merupakan respon awal kepada mereka yang mendakwa bahawa gerakan IM berpecah belah dan berpuak-puak, dengan istilah-istilah seperti "reformis", "konservatif", "merpati" dan "helang". Penangkapan ini adalah respon terhadap hubungan antara IM dan rejim pemerintah yang rosak.
6. Tindakan yang menindas ini menggambarkan keadaan sebenar sistem pemerintah dan kegagalan dasar-dasar di samping juga masalah-masalah yang menimpa rakyat Mesir.
7. Langkah ini telah merosakkan reputasi dan maruah negara Mesir dan juga menggagalkan rakyat daripada memainkan peranan mereka untuk kepentingan negara dan tanah air. Hal ini adalah untuk kepentingan beberapa orang yang mahu kekal dengan pangkat, mendorong mereka untuk terus mengamalkan rasuah dan penindasan, serta merompak kekayaan negara untuk kepentingan beberapa orang sahaja. Ini hanya mengukuhkan lagi hegemoni global (Amerika dan Israel) dan kami Ikhwanul Muslimin tidak akan pernah bersetuju dan berdiam diri.
Artikel asal: http://www.ikhwanweb.com/article.php?id=23199