Monday, May 30, 2011

Pimpinan IM berforum di Malaysia awal Jun

Kuala Lumpur.  31 Mei.  Pertubuhan Ikram Malaysia (IKRAM) akan menganjurkan satu forum umum bertajuk: “Ikhwan Muslimin’s Role In Building A New Middle East” Sabtu depan. Penceramah yang dijemput terdiri daripada dua anggota kepemimpinan IM di Mesir dan Kuwait serta seorang pemimpin Islam Nusantara.  Penceramah pertama ialah Sheikh Hussein Ibrahim, anggota pimpinan kanan IM dan bekas ahli ...

Saturday, May 28, 2011

IM akan terus Melindungi dan Membentengi Revolusi Mesir

Ringkasan berita-berita Ikhwanweb. Khamis 26 Mei 2011 IM telah menganjurkan Majlis-majlis Seminar Hari Selasa di wilayah-wilayah di seluruh negara bagi mengingatkan rakyat Mesir supaya memelihara dan melindungi revolusi yang telah menumbangkan rejim Hosni Mubarak daripada kumpulan yang cuba menyelewengkannya untuk kepentingan mereka sendiri. IM mengecam usaha-usaha yang dibuat oleh kroni bekas rejim yang cuba merosakkan...

Friday, May 27, 2011

Risalah Mursyid: Memperingati Nakbah… Warga Arab mengepung rejim Zionis

Risalah daripada Prof. Dr. Mohammed Badie– Mursyid Am Ikhwan Muslimun 20 Mei 2011 "Palestin" … negeri yang berkat, negeri para anbiya’; tempat turun pelbagai risalah; negeri jihad dan ribat (perjuangan) sehingga hari kiamat. Ia terukir di kedalaman jiwa, menjadi jantung yg sentiasa berdenyut dan merupakan urat nadi dengan setiap titisan darah yang tumpah ke bumi. Negeri ini adalah sebahagian dari aqidah umat. Isu Palestin...

Monday, May 23, 2011

Mursyid Am: IM berpegang kepada Prinsip Masyarakat Madani

Isnin 23 Mei 2011 Dr. Mohamed Badie, Mursyid Am IM menegaskan IM mahukan masyarakat madani yang berlatar-belakangkan Islam. Tegasnya lagi, IM tidak mendahului atau di belakang rakyat Mesir, sebaliknya sentiasa bersama mereka di masa kesusahan. Ketika memberikan ucapan di hadapan ribuan yang menyertai majlis perasmian Ibu Pejabat IM, beliau berkata, “ Setiap ahli IM, lelaki, wanita, pemuda dan pemudi menwarkan khidmat...

Friday, May 20, 2011

Islam, Pekerja dan Revolusi

Risalah daripada Prof. Dr. Mohammed Badi’ – Mursyidul Am Ikhwan Muslimin 12/5/2011 Segala puji bagi Allah, selawat dan salam ke atas Rasulullah saw dan orang-orang yang mengikutinya. Adapun selepasnya.. Islam dan pekerja: Islam menggesa untuk bekerja, dan menetapkan kebebasan bekerja untuk mencari rezeki, dan menjadikan setiap Muslim bertanggungjawab secara langsung melakukan pekerjaan yang bermanfaat bagi dirinya sendiri...

Sunday, May 15, 2011

Palestin Berada di Zaman yang Baru oleh Mursyid Am Ikhwan Muslimun

Segala puji bagi Allah, selawat dan salam ke atas Rasulullah saw dan mereka yang mengikutinya dari semasa ke semasa sehingga hari Kiamat. Mesir dan Palestin adalah satu nyawa Pencapaian terpenting revolusi Mesir ialah menerbitkan sumber kebebasan, ketinggian dan kemuliaan kepada bangsa Arab dan Islam. Ia telah mengembalikan cita-cita dengan harapan yang baru kepadanya, dan memberikan contoh yang unggul atas kemampuannya...

Sunday, May 8, 2011

Risalah Mursyid: Seruan Kebangkitan dan Pembinaan

Mesej daripada Prof. Dr. Mohammed Badie – Mursyidul Am Ikhwanul Muslimin28/4/2011 Segala puji bagi Allah, selawat dan salam ke atas Rasulullah, keluarganya, para sahabat, mereka yang mengikutinya dan menurut petunjuknya. Pembersihan yang berterusanRevolusi Mesir yang diberkati masih membuahkan hasil dan menunjukkan bukti praktikal kekuatan rakyat yang hebat, yang hidup...

Monday, May 2, 2011

IM Menutup Persidangan 2 Hari; Memilih Pimpinan Parti

Sabtu, 30 April 2011 Setelah bersidang selama dua hari, Majlis Syura IM telah mengumumkan keputusan-keputusan yang tercapai dalam sidang paling bersejarah dalam tempoh 16 tahun. Pelbagai isu telah dibincangkan termasuk masa depan Parti Kebebasan dan Keadilan serta peranannya dalam arena politik Mesir. IM mengesahkan bahawa ia akan bertanding sehingga 50% kerusi parlimen tetapi menegaskan tidak akan mengemukakan calon...
 

My Blog List

FIKRAH & DAKWAH Copyright © 2009 Blogger Template Designed by Bie Blogger Template