Sunday, December 20, 2009

Bersikap positif dalam memelihara kesejahteraan kapal



Artikel asal: http://www.al-ikhwan.net/positiveness-dan-akibat-melubangi-kapal-1511/

8/1/2009 | 9 Muharram 1430 H
Mukadimah

Sikap positif yang dimiliki seseorang merupakan sesuatu yang terpuji jika ia dihubungkan dengan sikap positif organisasi. Karisma individu pula merupakan merupakan tuntutan jika ia memberi sumbangan dalam membangunkan karisma organisasi.

Dalam memupuk nilai-nilai ini, Rasulullah SAW mengaitkan perumpamaan indah kepada kita yang menggambarkan adanya saling tindak antara sifat positif individu dengan sifat positif jamaah. Beliau juga melakukan rawatan nabawi yang mujarab yang meleburkan sifat ego individu ke dalam kemanfaatan organisasi, yang bertolak dari tarbiyah yang memberikan hak individu secara sempurna dan tanpa dikurangi, namun pada masa yang sama memegang tangan individu itu dengan kuat dari melampaui dasar organisasi dan hak organisasi dalam merealisasikan sasaran -sasaran umumnya.

Empat Peringatan:

Tidak ada seorang pun hidup dalam alam ini secara sendirian, walaupun ia dipenjara seorang diri di dalam sebuah sel gelap. Setiap individu hendaklah memahami bahawa Allah SWT mencipta manusia agar saling ta'aruf (mengenal), ta'awun (bantu membantu), tadhamun (bersatu padu) dan sebagian mereka memberikan khidmat kepada yang lain.


Sebahagian manusia terhadap yang lainnya Baik Arab maupun bukan Arab Saling memberikan khidmat Walaupun tidak mereka rasa
(Madah seorang penyair)

Namun, sebilangan individu mempunyai ego melampau, mereka selalu merasa merekalah yang terbaik, paling afdhal, paling pintar, dan paling berhak -dibanding dengan orang lain yang ada - untuk menjadi qiadah, pelopor, memberi kesaksian, dan memimpin, walaupun kapasiti mereka belum sampai ke peringkat memikul pelbagai tanggung jawab berat organisasi ini.

Inilah tabiat penganut falsafah egoisme, iaitu Iblis yang menyangka bahawa unsur api lebih baik daripada unsur tanah, maka ia berkata, "
Aku lebih baik daripada dia (Adam AS), Engkau ciptakan aku daripada api, sementara Engkau ciptakan dia (Adam AS) daripada tanah" (Al-A'raf: 12, Shad: 76).

Termasuk dalam arti unsur, sebab ia meyakini dalam dirinya mempunyai kehebatan peradaban yang memberinya kelayakan untuk memunculkan pelbagai cara kreatif dalam menyelesaikan masalah dan rintangan sebagaimana yang diusulkan oleh salah seorang penumpang kapal yang digambarkan dalam hadits Nabi SAW, iaitu daripada An-Nu'man bin Basyir RA daripada Rasulullah SAW, beliau bersabda:


"
Perumpamaan seseorang yang berkomitmen ketika berada dalam batas-batas Allah dan yang terperosok ke dalamnya adalah seumpama satu kaum yang mengundi pada sebuah kapal, maka sebahagian mereka mendapat tempat di bahagian atas kapal dan sebahagiannya mendapat bahagian di bawah kapal. Orang-orang yang berada pada bahagian bawah kapal, jika mengambil air mesti melewati orang-orang yang berada di bagian atas, lalu mereka berkata: 'Bukankah lebih baik kita membuat lubang pada lantai kita, supaya kita tidak mengganggu yang di atas kita', maka, jika mereka membiarkan niat membuat lubang itu, nescaya seluruh penumpang kapal akan celaka, dan jika mereka menghalang niat orang yang membuat lubang itu, nescaya mereka yang membuat lubang selamat dan selamat pula seluruh penumpang kapal". (HR. Bukhari dan Muslim)


Jika pelbagai riwayat hadits ini kita himpun, kita akan melihat satu "gambaran kenabian" yang indah yang memuatkan puluhan pelajaran tarbawi yang sangat kita perlukan, namun saya hanya akan memberi penekanan kepada empat pelajaran sahaja yang secara langsung mempunyai hubungan dengan tema ijabiyah (sifat positif). Pelajaran-pelajaran lain kita tinggalkan dahulu sampai datang masanya pada kesempatan lain.

Pelajaran I: Anda Menjadi Penumpang Bersama Kami

Ya, semua kita adalah musafir, dan semua kita adalah penumpang sebuah kapal. Sangat tidak logik kalau kapal itu tidak memiliki nakhoda.


Dan menjadi suatu bentuk kegilaan dan kedunguan jika nakhoda kapal itu lebih dari pada satu orang, "Jika di langit dan di bumi ada banyak Tuhan selain Allah, hancur binasalah langit dan bumi itu".

Dan sudah menjadi sunnatullah, musafir itu berbeza-beza kelasnya, kelas I, II, III dan kelas terakhir. Tempat duduknya juga berbeza, ada yang di depan, belakang, sisi kanan, sisi kiri, tengah, atas atau bawah. Tugasan dan fungsinya juga berbeza, ada nakhoda, pembantu nakhoda, penjaga keselesaan penumpang, pengedar akhbar, makanan dan minuman, pengawal keselamatan, pengatur lalu lintas perjalanan kapal dan lain-lain lagi.

Ada penumpang yang memanfaatkan waktu terluang perjalanan untuk "menjual" berbagai-bagai hadiah. Ada yang memanfaatkan keberadaan "beberapa tokoh terkenal" untuk berkenalan dengan mereka, tukar menukar kad nama, nombor telefon, dan alamat. Ada yang bernasib baik, maka dia mendapat seorang "kenalan baru" yang merupakan peluang seumur hidup, lalu dia tidak menyia-nyiakan kesempatan tersebut. Dan seterusnya ...

Yang penting, semua itu adalah logik dan dapat diterima, dan semua itu merupakan tabiat sebuah perjalanan dan ekoran daripada ta'aruf dan manfaat lain bagi sebuah perjalanan. Mungkin ada sebahagian penumpang yang memiliki ego besar yang melampaui semua hal yang wajar tadi, sehingga dia melakukan pelbagai percubaan untuk memaksa "keinginannya" kepada semua penumpang, termasuk kepada krew kapal. Perangai keanak-anakan ini seringkali timbul dalam pelbagai bentuk, namun intinya sama, iaitu mengganggu keselesaan kehidupan orang-orang yang sedang musafir. Antara bentuk-bentuk ini ialah:

  • Percubaan menyusup ke dalam kabin kawalan untuk mengganggu nakhoda dan berusaha ikut terlibat dalam mengendalikan kapal, pertama dengan cara mengejek nakhoda sebagai pimpinan yang gagal.
  • Berusaha menduduki kerusi yang bukan haknya, misalnya ingin menduduki kelas I. Tujuannya adalah untuk mencipta kekacauan dalam organisasi kapal. Juga untuk menanamkan kesan negatif terhadap kemampuan pengelola kapal dalam menunaikan hak kepada yang empunya ... dan dalam menempatkan penumpang sesuai dengan kelas masing-masing.
  • Berusaha membuat lubang pada dinding atau lantai kapal untuk mengambil air dengan mudah dari bawah kakinya, agar ia tidak susah payah naik turun untuk keperluan air ...
  • Ke hulu ke hilir secara keterlaluan di antara para penumpang, berjalan ke sana ke mari, menimbulkan pertengkaran, mengarang cerita dan berbual pelbagai isu untuk mencipta kekacauan di kalangan penumpang, kadang-kadang sampai ke tahap mencipta keraguan tentang keselamatan kapal, atau keraguan tentang kemampuan dan kecekapan nakhoda dan krewnya, atau keraguan terhadap peta perjalanan, arah yang dituju, kedudukan dan tujuan ...ringkasnya ingin memberitahu kepada para penumpang bahawa perjalanan yang ditempuh telah mengalami penyimpangan dari jalur yang seharusnya ditempuh dan sebagainya.
Pelbagai usaha dilakukan, yang terpenting bagi kita daripada nas hadits nabi yang menjadi kajian kita ini ialah, pemilik gagasan "membuat lubang" lupa bahawa ada ribuan penumpang bersama dengannya dalam dek kapal itu. Padahal, kerusi yang anda duduki bukanlah milik anda secara total. Dan anda tidak memiliki kebebasan mutlak untuk sewenang-wenangnya melunjurkan kaki, sehingga mengganggu penumpang di depan, belakang, dan sisi anda, kerana mereka juga memiliki "hak" atas lokasi yang disediakan untuk setiap penumpang.

Hadits Nabi menyatakan,
"Lalu mereka berkata: 'Kalau kita membuat lubang pada dek kita ...'. Pertanyaannya: Adakah seorang penumpang bersama organisasi mempunyai dek peribadi (miliknya), khusus untuknya dalam sebuah kenderaan perjalanan? Dan apakah seseorang yang tanggung jawabnya adalah menakhodai kapal, mencukupkan diri dengan sekadar memegang kendali kemudi, menekan brek dan minyak? Adakah orang yang bertanggung jawab bagi makanan dan minuman penumpang cukup membahagikannya kepada kelas I saja? Adakah termasuk hikmah jika para penumpang mendiamkan saja sikap orang-orang yang ingin melubangi kapal, lubang pada titik yang diyakininya sebagai dek-nya itu dengan alasan supaya tidak mengganggu penumpang yang di atasnya atau yang berada di sampingnya?

Jawaban bagi pelbagai pertanyaan ini datang dalam sebuah kalimah yang sangat mendalam daripada murabbi pertama, iaitu Rasulullah SAW, ketika beliau bersabda,
"Maka, jika mereka memegang tangan orang yang ingin membuat lubang itu, nescaya mereka yang ingin membuat lubang selamat dan selamat pula seluruh penumpang kapal".


Subhanallah !!!

Mereka telah menyelamatkannya, dengan cara memegang tangan yang ingin membuat lubang dan mencegahnya melakukan perbuatan itu. Dan dengan cara ini, mereka telah menyelamatkan diri mereka, dengan suatu usaha kerja ta'awun.

Namun, jika mereka diam dan membiarkan, mungkin kerana takut atau tamak, maka pembiaran ini akan mencelakakan pelaku pelubangan dan timbul pula bagi kecelakaan yang lainnya, sebab mereka menumpang kapal yang sama.

Tidakkah telah aku katakan: Kita ini menumpang satu kapal? Tidakkah telah aku katakan: Pukul tangan setiap orang yang bermaksud membuat lubang dalam kapal, maka, dengan memukul ini akan terwujudlah kemaslahatannya dan kemaslahatan semua penumpang? Kemudian yang terakhir, tidakkah telah aku katakan kepada pemilik gagasan melubangi kapal: Bahawa kami menjadi penumpang bersama mu wahai saudaraku, dan engkau pun menjadi penumpang bersama kami wahai saudaraku!

Pelajaran II: Mas'ul Perjalanan Tidak Sama Dengan Penumpang
Ada perbezaan ketara antara masul perjalanan dengan penumpang. Bagi penumpang, yang terpenting baginya adalah tiga hal asasi, sebab inilah haknya, sedangkan selebihnya bersifat tambahan

  1. Yang terpenting baginya adalah mendapatkan keselesaan dalam perjalanan, baik dari segi rehat maupun tugas.
  2. Yang terpenting baginya adalah semua haknya terpenuhi, dimulai dari hak atas tempat duduknya yang sah.
  3. Yang terpenting baginya adalah sampai ke destinasi dengan selamat dan membawa keberuntungan. Jika pengelola perjalanan memberikan khidmat tambahan, dengan memberikan pelbagai hadiah, peta negara yang dituju, bantuan menukar wang, alamat hotel dan tempat-tempat lawatan dan maklumat budaya dan sebagainya, maka semua ini amat baik dan menarik simpati pelanggan baru, dan mungkin hal ini menjadi model iklan yang membuat pengelola semakin popular dan menjadi pilihan penumpang untuk perjalanan selanjutnya, jika pengelola terus menjaga kualiti pelayanan yang bagus ini.

Jika semua hal di atas adalah hak setiap penumpang, maka perlu diketahui bahawa penumpang juga memiliki kewajiban. Antaranya: Menghormati tata tertib dan peraturan pihak pemandu perjalanan dan cara kerjanya. Lebih-lebih lagi menghormati orang-orang yang mengorganisasikan perjalanan mereka dan orang yang memberikan layanan kepada seluruh penumpang.

Juga orang yang bertanggung jawab bagi keselesaan dan keamanan perjalanan mereka ... agar aspek keamanan dan keselesaan dapat direalisasikan. Jika muncul di kalangan para penumpang - walaupun daripada kelas I – orang yang bermaksud merubah dirinya daripada sekadar penumpang dan ingin menjadi pemilik kapal, atau ingin menjadi penanggung jawab perjalanan, sementara para pengelola kapal dan para penanggung jawab kapal dan penumpangnya diam sahaja ... mendiamkan perilaku para penumpang yang bermaksud merubah dirinya dari sekadar penumpang demikian tadi, pasti akan terjadi kekacauan dalam kapal, urusan menjadi berkecamuk, tidak jelas, lalu setiap penumpang berhadapan risiko tenggelam.

"
Dan jika mereka membiarkan orang yang bermaksud melubangi kapal itu, nescaya para penumpang kapal akan binasa, dan binasa pula mereka yang membuat lubang itu".

Adapun kewajiban para penanggung jawab perjalanan, iaitu tiga hal tersebut di atas yang menjadi hak para penumpang, ditambah dengan dua kewajiban lainnya, sehingga kesemuanyanya menjadi lima kewajiban, yakni:

  1. Mencipta suasana yang menyenangkan semasa perjalanan, baik dari segi keselesaan mahupun perkhidmatan.
  2. Memberikan hak setiap penumpang, baik dari segi tempat duduk, makanan, minuman dan istirehat.
  3. Menghantar seluruh penumpang ke destinasi.
  4. Memastikan disiplin yang semestinya dan mencipta suasana saling menghormati antara sesama penumpang dan krew kapal.
  5. Berusaha sebaik mungkin untuk memastikan keselamatan perjalanan, baik semasa mengemudikan kapal mahupun semasa interaksi dengan semua penumpang.
Namun, lima kewajipan ini harus diimbangi dengan berbagai-bagai hak, yang dengan hak-hak ini akan terciptalah suasana perjalanan yang baik, serta memberikan jaminan keamanan dan keselamatan. Di antara hak terpenting dan paling mendesak bagi pihak krew kapal ialah, hendaklah setiap penumpang komited dengan etika perjalanan, sebab hampir semua syarikat perjalanan di seluruh dunia melarang para penumpang untuk merokok sepanjang perjalanan, sebab hal ini mengganggu para penumpang. Dan perlu dingat ada perbezaan besar antara gangguan yang ditimbulkan oleh asap rokok dengan gangguan yang ditimbulkan oleh asap fitnah!


Pelajaran III: Masyarakat Islam itu Salimus-Shadr

Kita semua berada dalam satu kapal. Bagi kita, kapal ini milik bersama. Oleh sebab itu, kewajipan kita yang pertama adalah menjaga kapal ini daripada
khuruq (tenggelam), syuquq (pecah), tsuqub (berlubang-lubang) dan segala upaya irbak (kekacauan), za'za'ah (menggoncang ketsiqahan) dan tasykik (keraguan). Hal ini diperlukan dalam rangka menjamin wujudnya dua sasaran besar:

  1. Mengamankan perjalanan dari segala ancaman dalaman dan luaran.
  2. Menjaga kapal dari segala bentuk khuruq atau tsuqub.

Biasanya, dalam suatu perjalanan, ada tiga jenis manusia:

  1. Orang-orang yang berdiri tegak pada batas-batas Allah SWT. Bagi mereka yang terpenting adalah mashlahat umum. Semangat mereka adalah keselamatan seluruh penumpang dan keamanan mereka. Juga keselamatan dan keamanan kapal dan krewnya. Oleh sebab itu kita dapati mereka.

a. Tetap berjaga ketika semua orang tidur. Menegakkan amar ma'ruf dan nahi munkar.

b. Bersemangat untuk menempatkan penumpang sesuai dengan kedudukannya.

c. Mengutamakan layanan istimewa demi keselesaan dan keselamatan penumpang.

Tidak ada yang diinginkan daripada semua ini, baik balasan mahupun ucapan terima kasih.

2. Orang-orang yan g memaksa mengikut kehendak mereka kepada seluruh penumpang, seakan-akan kapal itu adalah "milik bapa mereka", sementara yang ainnya mereka pandang sebagai perompak atau pencari wang. enilaian paling menjijikkan daripada kelompok ini terhadap para penumpang adalah "abiru sabil" (orang-orang yang menumpang lewat). Sebab itulah s epanjang perjalanan, mereka berjalan hilir mudik ke sana ke mari, menciptakan suasana tidak selesa dalam kehidupan para penumpang dengan pelbagai tindak-tanduk yang tidak ada hubungannya dengan adab-adab perjalanan.

3. Orang-orang yang diam mencari selamat. Mencuba bersikap baik dengan para krew kapal dan bersikap baik pula kepada kelompok kedua. Mereka berdiam "sabar" terhadap pihak krew di satu segi dan terhadap perilaku kelompok kedua di sisi yang lain, sambil menunggu datangnya penyelesaian dalam waktu terdekat.

Sebenarnya, sikap positif tidak menerima sikap "damai" dan "berbaik-baik" kecuali dalam tempoh yang singkat sahaja, sehingga menjadi jelas, mana satu benang putih dan mana satu benang hitam. Dan sehingga diketahui hakikat dan niat krew kapal mahupun kelompok kedua yang mengacau itu. Bahkan, keselamatan semua penumpang bermula dari disiplin setiap penumpang untuk duduk sesuai dengan tempat yang tersedia, atau sesuai dengan nombor tiket yang dibawanya, atau sesuai dengan hasil "undi", sebagaimana yang disebut dalam hadits, "Sesungguhnya ada satu kaum yang mengundi naik kapal", dengan demikian, setiap tempat duduk itu menjadi definisi berdasar ketentuan "undian". Maka, hendaklah setiap penumpang menghormati undang-undang "undian" dan ridha terhadap cara Allah SWT membahagi kepadanya, sehingga kapal akan sampai ke daratan dengan aman.

Pelajaran IV: Titanic dan Gunung Ais


Titanic adalah kapal besar. Namun, bahagian gunung ais di bawah air laut itu lebih besar. Gunung ais ini telah menghancurkan kapal besar ini. Ini maknanya:

1. Kekuatan kapal, betapa pun ia, tidak boleh menjadikan pemiliknya terkena ghurur, lalu melajukan kapal di lautan secara semberono tanpa mengambil kira pelbagai kemungkinan mendadak yang tidak dapat ditanggung oleh kekuatan kapal. Ghurur itu musuh kekuatan. Bersandar pada alat-alatan secara keseluruhan tanpa memberi perhatian yang sepatutnya kepada aqidah tawakkal kepada Allah, akan membawa kepada kesudahan yang sangat menyedihkan.

2. Ghaflah dari Allah SWT, bersantai-santai di atas kerusi empuk dalam perjalanan kehidupan yang berjalan dalam hembusan angin tenang, tidak akan berlangsung lama. Sebab, setelah angin tenang akan datang badai yang membangunkan semua yang tidur, mengingatkan yang lalai, serta mengambil banyak pelajaran bagi mereka yang kegirangan dengan perhiasan dunia dan kelezatan kehidupan yang mereka miliki.


http://inlinethumb41.webshots.com/44200/2956325720103830173S600x600Q85.jpg

Dan hal ini adalah sunnatullah pada hamba-hamba-Nya,

"Dialah Tuhan yang menjadikan kamu dapat berjalan di daratan, (berlayar) di lautan, sehingga apabila kamu berada di dalam bahtera, dan meluncurlah bahtera itu membawa orang-orang yang ada di dalamnya dengan tiupan angin yang baik, dan mereka bergembira kerananya, datanglah angin badai, dan (apabila) gelombang dari segenap penjuru menimpanya, dan mereka yakin bahawa mereka telah terkepung (bahaya), maka mereka berdoa kepada Allah dengan mengikhlaskan ketaatan kepada-Nya semata-mata, (mereka berkata), "
Sesungguhnya jika engkau menyelamatkan kami dari bahaya ini, pastilah kami akan termasuk orang-orang yang bersyukur". Maka tatkala Allah menyelamatkan mereka, tiba-tiba mereka membuat kezaliman di muka bumi tanpa (alasan) yang benar. (Q.S. Yunus: 22 - 23).

Subhanallah !!!


Inilah tabiat manusia, tidak berubah, tidak berganti dan tidak berpaling dari gaya opportunisnya:

- Jika angin berhembus tenang, mereka bergembira dengannya.

- Jika datang angin badai, mereka menjadi panik.

- Jika terkepung oleh gelombang dari setiap penjuru, mereka ingat Allah (mereka berdoa kepada Allah dengan mengikhlaskan ketaatan kepada-Nya semata-mata, (mereka berkata), "
Sesungguhnya jika engkau menyelamatkan kami dari bahaya ini, pastilah kami akan termasuk orang-orang yang bersyukur". (Yunus: 22).

- Jika Allah SWT memberikan keselamatan, keamanan dan lepas dari mara bahaya, mereka lupa baiahnya kepada Allah SWT, "
Sesungguhnya orang-orang yang berbaiah kepadamu (wahai Muhammad) pada hakikatnya mereka berbaiah kepada Allah" (Al-Fath: 10), mereka melepaskan perjanjian mereka, berlepas dari komitmen mereka untuk bersyukur dan mengakui nikmat Allah, dan mereka bergerak di muka bumi dengan pelbagai "program" pelanggaran hak, " Maka tatkala Allah menyelamatkan mereka, tiba-tiba mereka membuat kezaliman di muka bumi tanpa (alasan) yang benar." (Yunus: 23).

Hasilnya sudah dapat diketahui, sebahagian orang mengetahuinya dan sebahagian lagi tidak. Mereka ditimpa pelbagai bencana di dunia, dan pada hari kiamat, hisab mereka di sisi Allah SWT sangatlah sulit, "
Hai manusia, sesungguhnya (bencana) kezalimanmu akan menimpa dirimu sendiri; (hasil kezalimanmu) itu hanyalah kenikmatan hidup duniawi, kemudian kepada Kami-lah kembalimu, lalu Kami khabarkan kepadamu apa yang telah kamu kerjakan". (Yunus: 23)


Kesimpulan:

Daripada kisah agung ini dapat disimpulkan bahawa:

1. Setiap tempat duduk penumpang, telah ditentukan oleh hasil undian.

2. Setiap penumpang dalam organisasi kapal, hendaklah menerima apa jua hasil undian itu.

3. Setiap penumpang hendaklah menempati tempat duduknya sesuai dengan yang telah ditetapkan Allah SWT untuknya dan sesuai dengan angka undian yang diperolehnya dalam proses undian bebas.

4. Setiap penumpang hendaklah komited dengan adab bepergian, demi menjamin keselesaaan bersama.

5. Setiap penumpang hendaknya saling menghormati, menghargai penumpang yang berada di atas dan juga yang berada di bawah.

6. Setiap penumpang bekerjasama dalam menegah tangan seseorang yang bermaksud membuat lubang pada kapal - satu perbuatan yang didasarkan kepada ijtihad yang salah, namun ia menduga bahawa dengan ijtihadnya itu dia telah berbuat baik kepada orang yang berada di atas dan yang berada di bawah -- sebab, tidak semua ijtihad boleh diterapkan. Jika prinsip ini tidak difahami, maka kita akan terperosok kepada ijtihad seekor beruang yang ingin mengusir lalat yang hinggap di muka anaknya, lalu ia mengusirnya dengan melemparkan batu besar ke arah muka anaknya itu (seperti dalam sebuah kisahyang popular).

Ijabiyah (sikap positif) jelas terdapat dalam kisah tarbawi yang indah ini terdapat dalam sabda Rasulullah SAW, "
Kalau kita membuat lubang pada lantai dek, sehingga kita tidak mengganggu yang di atas kita". Jadi, niatnya baik, iaitu ingin menghindari gangguan, tetapi akibatnya sangat buruk jika semua penumpang lain tidak memukul dengan kuat tangan-tangan yang berusaha membuat lubang itu, sebab yang akan binasa bukan hanya nakhoda dan krewnya, akan tetapi, seluruh kapal akan tenggelam dengan seluruh isinya, termasuk semua penumpangnya.

Siapa saja yang mendengar hadits ini dan menyaksikan filem Titanic, tidak memerlukan lagi penceramah yang berkata kepadanya, "
Sesungguhnya lubang satu jarum akan mampu menenggelamkan kapal sebesar Titanic". Dan bahawasanya diamnya para penumpang yang membiarkan pembuat lubang itu walaupun mungkin "dengan niat baik", adalah satu sikap negatif yang akibatnya juga buruk, iaitu binasanya semua penumpang.

La haula wala quwwata illah billah

Kredit gambar:
Feri Pulau Pinang (
http://media.photobucket.com/image/feri%20pulau%20pinang/najibu/feri.jpg)
Feri Karam: (http://www.riaupos.com/gfx/berita/00-dumai-expres-karam.jpg)
Ship in wave:(http://inlinethumb41.webshots.com/44200/2956325720103830173S600x600Q85.jpg)

 

My Blog List

FIKRAH & DAKWAH Copyright © 2009 Blogger Template Designed by Bie Blogger Template