Artikel Asal: http://ikhwanweb.com/article.php?id=21897
Selasa, I Disember, 2009 17:54
Kaherah: Hari itu adalah hari cuti di seluruh Mesir. Hari di mana kebiasaannya rakyat melupakan kerja dan menggunakan hari ini untuk melawat keluarga dan solat berjamaah bersama-sama.
Aidil Adha merupakan antara salah satu keadaan yang sukar diperolehi di mana jalan-jalan Mesir akan menjadi tenang dan jauh dari kesesakan dan sibuk – gambaran sebuah negara yang masih hidup dan sejahtera. Namun, bagi sebahagian rakyat Mesir, cuti hari raya bukanlah sesuatu yang dapat diraikan lantaran pihak berkuasa keselamatan negara yang bertindak kejam terhadap individu yang berani mempertahankan pendirian.
Aidil Adha merupakan antara salah satu keadaan yang sukar diperolehi di mana jalan-jalan Mesir akan menjadi tenang dan jauh dari kesesakan dan sibuk – gambaran sebuah negara yang masih hidup dan sejahtera. Namun, bagi sebahagian rakyat Mesir, cuti hari raya bukanlah sesuatu yang dapat diraikan lantaran pihak berkuasa keselamatan negara yang bertindak kejam terhadap individu yang berani mempertahankan pendirian.
Bagi seorang gadis Mesir, mempertahankan hak adik lelakinya berakhir dengan sesuatu yag tidak baik. Menurut laporan berkecuali daripada Pentadbiran Sharqeya di wilayah Delta Utara, gadis tersebut, yang namanya tidak diumumkan kepada media, telah ditahan oleh pihak keselamatan ketika dalam perjalanannya untuk solat di stadium. Polis menuntut supaya adik lelakinya menanggalkan serban Palestin yang dipakainya kerana kononnya ia menggambarkan seorang rakyat Palestin.
Apabila gadis tersebut membantah mengatakan yang adiknya kesejukan dan memerlukan serban itu untuk memanaskan badannya, polis terus menangkap si gadis dan membawanya ke balai polis berdekatan. Menurut peguam berkaitan kes ini, gadis tersebut dipercayai masih berada di bawah tahanan dan dijangka akan dihadapkan ke muka pengadilan selepas cuti perayaan ini.
Kumpulan hak asasi dan Ikhwanul Muslimin telah menuduh kerajaan berusaha menyekat kebebasan bersuara dan kebebasan beragama dengan memaksa anak muda untuk menanggalkan serban.
Abdel Abdel Moneim Maksoud, peguam ternama Ikhwanul Muslimin, berkata bahawa serangan "biadap" terhadap kebebasan rakyat Mesir sebegini adalah petanda bahawa Negara tidak semakin baik. Dia meminta kumpulan hak asasi agar memaklumi bahawa kerajaan "tidak boleh terus menggunakan tindakan begini terhadap rakyatnya, terutama ketika mereka hanya ingin bersolat bersama ribuan yang lain."
Penangkapan itu berlaku selepas kementerian dalam negeri menafikan adanya usaha menghalang ahli keluarga dari melawat penjara semasa cuti raya. Namun, Ikhwanul Muslimin melaporkan bahawa sekurang-kurangnya 30 keluarga telah dilarang melawat kerabat mereka yang ketika ini dipenjarakan. Mereka mengatakan bahawa beberapa keluarga di Suez telah berusaha mendapatkan perintah mahkamah untuk membenarkan mereka melawat ahli keluarga mereka ketika musim perayaan ini, namun kerajaan, tanpa mendengar hujah pembela telah menolak permintaan mereka.
"Keluarga daripada 33 tahanan Ikhwanul Muslimin di Suez berhadapan dengan gangguan dari pihak berkuasa keselamatan negara" ketika mereka cuba untuk melawat keluarga mereka. Minggu lepas, kementerian mengeluarkan kenyataan yang mengatakan bahwa keluarga tidak akan dihalang melawat ahli keluarga mereka yang ditahan di penjara, tetapi kenyataannya, keluarga-keluarga ini hanya dapat menghabiskan cuti perayaan mereka bersendirian.